Anda di halaman 1dari 11

Kesan kesan pencemaran pembuangan sampah adalah sampah yang mengandungi kimia atau bahan organik seperti sisa-sisa

makanan dan najis, jika dibuang secara berterusan ke dalam kawasan air boleh

menyebabkan air dikawasan itu mendapat jumlah nutrien yang berlebih-lebihan. Keadaan ini boleh menyebabkan berlakunya proses eutrophication dimana nutriennutrien tersebut menyebabkan alga tumbuh berlebihlebihan dan apa bila alga-alga itu mati, bakteria yang mereputkan atau decompose alga tersebut akan

mempergunakan jumlah oksigen yang banyak hingga menyebabkan hidupan air yang lain tidak dapat hidup kerana kekurangan oksigen. Kesan yang seterusnya ialah pembuangan sampah merata-rata tempat akan menjejaskan kesihatan

masyarakat sekeliling alam sekitar serta memberi impak kepada negara kita . Sisa-sisa pembuangan sampah boleh membawa pelbagai penyakit seperti demam denggi,

keracunan makanan dan sebagai. Misalnya, pembuangan sampah di dalam air boleh menyebabkan nyamuk Aedes membiak di dalam air dan boleh menyebabkan penyakit deman denggi kepada orang sekeliling serta boleh membawa maut. Selain daripada itu, memberi kesan visual yang negatif. Ianya juga boleh menjejaskan imej sesuatu kawasan itu dan memberikan gambaran bahawa penduduk dikawasan itu tidak pembersih walaupun hanya disebabkan oleh sebahagian daripada masyarakat sahaja. Tambahan pula, kesan pembuangan sampah boleh menwujudkan pencemaran udara di alam sekeliling. Sampah sarap yang membuang rata-rata atau tidak menguruskan dengan baik akan berbau busuk serta dapat nyamuk Aedes membiak di situ, lalat, dan menjadi tempat makanan ternakan. Ini akan menyebabkan tempat pembuangan sampah semakin kotor dan busuk. Maka bauan dan kotoran akan menjejaskan kehidupan sekeliling perumahan itu.

Sampah sarap (municipal solid waste) dianggap sebagai bahan yang tidak berguna dan tidak mendatangkan sebarang faedah, malah boleh mendatangkan mudarat jika disimpan. Dengan itu, selalunya sisa-sisa tersebut dibuang dan dilonggokkan di tempat-tempat pembuangan sampah sama ada menggunakan teknik pembuangan yang betul atau sebaliknya. Sampah boleh dikategorikan kepada dua, iaitu sampah domestik dan sampah bukan domestik (Ridwan Lubis, 1994). Sampah domestik adalah bahan-bahan buangan yang dibuang dari rumah atau dapur. Contohnya seperti botol, kaca, tin aluminium, beg plastik, kertas, pakaian buruk dan juga sisa makanan. Sampah bukan domestik pula adalah bahan-bahan buangan yang terhasil dari industri, tapak pembinaan, pekedai atau pasar dan pejabat. Bahan-bahan buangan ini terdiri daripada pelbagai jenis termasuklah sisa jualan, sisa pembuangan dan sisa daripada proses pengilangan.

Di Malaysia, terutamanya kawasan penduduk bandar menyumbang sekurang-kurangnya 1.5 kilogram pembuangan

sampah setiap hari, berbanding 0.8 kilogram bagi penduduk luar bandar. Angka ini terus meningkat dengan pertambahan penduduk dan tahap kehidupan rakyat yang semakin baik. Pembuangan sampah sesuka hati bukan sahaja akan menjejaskan kesihatan manusia bahkan juga turut mengancam hidupan laut. Oleh itu, semua pihak haruslah berganding bahu mencari jalan penyelesaiannya dengan secepat mungkin sebelum masalah ini menjadi semakin serius.

Rakyat Malaysia sering membuang sampah tidak kira tempat, asalkan ada kesempatan. Natijahnya, kita dapat melihat di mana-mana sahaja ada sampah tidak kira di rumah, pejabat, kedai, tepi dan dalam sungai dan seumpamanya. Ini demikian kerana adanya sikap tidak bertanggungjawab sesetengah masyarakat yang membuang sampah di meratarata tempat. Keadaan ini bukan sahaja mengotorkan alam sekitar dan jika dibiarkan ia akan menyebabkan keadaan sekeliling berbau busuk dan seterusnya menarik perhatian haiwan perosak seperti tikus dan lalat di mana haiwan ini turut

merupakan pembawa penyakit seperti Taun. Tambahan pula, takungan-takungan air seperti di tempat pembuangan sampah telah menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes. Keadaan ini mendorong kepada penyebaran penyakit Deman Denggi yang boleh membawa maut kepada manusia.

Selain itu, masalah pembuangan sampah turut mencemarkan keindahan dasar laut dan seterusnya menjejaskan kehidupan hidupan laut. Menurut laporan Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau dikenali sebagai UNEP telah menyatakan bahawa berlakunya kematian di kalangan hidupan laut seperti penyu, ikan, burung, ikan lumba-lumba dan anjing laut adalah disebabkan oleh tertelan barangan plastik. Mereka juga telah menganggarkan bahawa di seluruh dunia sebanyak seratus ribu ekor mamalia laut dan penyu mati setiap tahun disebabkan oleh sampah plastik. Kejadian ini telah mengganggu keseimbangan ekosistem akuatik.

Pembangunan yang serba moden kini telah menyebabkan masyarakat hilang nilai rasa tanggungjawab terhadap alam sekitar sehingga sanggup membuang sampah sarap ke dalam sungai. Keadaan ini merupakan salah satu punca pencemaran sungai yang berlaku pada masa kini. Sungai-sungai yang ada berdekatan dengan kediaman penduduk dijadikan sebagai tong sampah dengan membuang sampah secara besar-besaran tanpa mengendahkan kesan yang akan berlaku akibat daripada perbuatan tersebut. Walaupun tong sampah telah disediakan oleh pihak-pihak yang berwajib bagi memudahkan penduduk membuang sampah namun ia tidak digunakan dengan sebaik mungkin. Kebanyakkan sampah sarap yang dicampakkan ke dalam sungai adalah seperti tin kosong, kertas, plastik dan pelbagai sisa makanan. Sampah sarap tersebut mempunyai pelbagai bahan kimia yang boleh menjejaskan kualiti air sungai di samping mendatangkan bau yang kurang menyenangkan kepada persekitaran. Perlonggokkan sampah sarap yang terlalu banyak di sungai boleh menyebabkan aliran sungai disekat oleh

sampah tersebut dan seterusnya akan menyebabkan berlakunya banjir pada masa akan datang. Antara punca pencemaran sungai ialah pembuangan sampah sarap ke dalam sungai. Sampah sarap dan sisa buangan domestik yang dibuang ke dalam sungai memberikan kesan yang buruk kepada sungai. Hal ini kerana, pembuangan sampah sarap ke dalam sungai akan menyebabkan sungai dipenuhi plastik-plastik sampah dan bahan-bahan terbuang yang terapung pada permukaan air. Selain itu, warna sungai akan bertukar daripada jernih kepada kehitam-hitaman atau kehijauhijauan. Sebagai contoh, di negara kita sendiri, jika kita lihat sungai-sungai di kawasan bandar mahupun di kawsan kampung, keadaan sungai adalah keruh dan sisa-sisa sampah boleh dilihat terampai di permukaan sungai. Kesannya, hidupan akuatik akan musnah dan sumber air manusia akan tercemar serta menyebabkan bau yang kurang menyenangkan. Oleh itu, pembuangan sampah ke dalam sungai boleh menyumbangkan kepada pencemaran sungai.

Sampah sarap punca pencemaran di pulau pelancongan - Joseph Kurup


KOTA KINABALU 12 Jun - Penduduk di sekitar bandar raya ini khususnya berhampiran tebing sungai dan persisir pantai diminta tidak membuang sampah ke dalam air kerana perbuatan itu mengakibatkan bahan buangan hanyut ke pulau-pulau pelancongan berdekatan sekali gus mencemarkan persekitarannya. Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tan Sri Joseph Kurup berkata, perbuatan tidak bertanggungjawab yang sudah berlarutan sejak sekian lama itu perlu dihentikan segera. ''Semua sampah dan sisa buangan datang dari tiga batang sungai sekitar Kota Kinabalu dan masuk terus ke laut. Ini merupakan punca utama berlakunya pencemaran alam sekitar di pulau-pulau di sini. ''Mereka yang tinggal berdekatan sungai dan laut menjadi penyumbang utama kepada masalah ini," katanya pada sidang akhbar selepas melawat Pejabat Taman-Taman Sabah di Pulau Manukan, dekat sini, hari ini. Beliau mengulas masalah sampah sarap dari tanah besar yang masih menjadi masalah utama di beberapa pulau pelancongan yang jaraknya kira-kira lima batu nautika dari sini. Kurup berkata, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) memang ada mengenakan kompaun kepada orang ramai yang melakukan kesalahan itu tetapi masih tidak berkesan. Katanya, ramai yang tidak sedar bahawa dengan menjaga pulau-pulau berkenaan secara tidak langsung mampu untuk menggalakkan pembiakan hidupan marin di situ. Sehubungan itu, pihaknya akan melancarkan aktiviti kesedaran mengenai alam sekitar dan kepentingaan penjagaannya bagi memastikan khazanah alam tersebut tidak dicemari. Langkah itu katanya, adalah wajar supaya sebarang perbuatan atau kegiatan yang boleh mencemar atau merosakkan alam sekitar dapat di cegah untuk jangka masa panjang. ''Sasaran utama kita ialah generasi muda supaya mempunyai kesedaran tinggi mengenai perlunya memelihara alam sekitar, selain itu kita juga mahu penguatkuasaan undang-undang dilakukan," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0613&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sabah_%26_S arawak&pg=wb_05.htm#ixzz2hEUANJP1 Utusan Melayu (M) Bhd

REFLEKSI
Wong Wen Jing IPGKG/PPISMP/BM(SJKC)/2012/06/020 940406-12-5816 PPISMP BM/ PJ/ SJH SEMESTER 3

Saya amat bersyukur kerana saya telah berjaya menyiapkan kerja kursus yang berkod PJ 3311 P4 ini. Saya telah menghantar tugasan ini tepat pada masanya tanpa sebarang masalah. Saya berasa amat gembira kerana ditugaskan oleh pensyarah saya, Encik Hisham Bin Mohamed untuk menyiapkan kerja kursus ini. Setelah menerima kerja kursus ini, saya beranggapan tugasan ini agak sukar dan berasa keliru tentang tugasan ini pada mulanya tetapi pensyarah, Encik Hisham Bin Mohamed telah menerangkan secara terperinci mengenai tugasan ini. Setelah tugasan kerja kursus ini diterangkan oleh pensyarah, saya mendapati bahawa sebenarnya tugasan ini tidaklah begitu sukar seperti yang saya jangkakan. Saya mula mengorak langkah menyempurnakan tugasan ini dengan menghabiskan masa mencari bahan rujukan di perpustakaan dan juga mencari informasi tentang tajuk kerja kursus ini melalui internet. Hal ini demikian telah memudahkan kami untuk menyempurnakan tugasan ini. Saya juga berbincang dengan rakan-rakan agar memperoleh informasi dan pendapat yang bernas serta berguna terhadap kerja kursus ini. Dalam proses pelaksanaan kerja kursus ini, saya juga menghadapi beberapa masalah. Saya telah mengalami kesulitan dalam mendapatkan bahan saya kerana sumber dari internet kurang tepat dan juga sumber dari perpustakaan telah banyak dipinjam oleh pelajar yang lain. Walaupun begitu, ia tidak mematahkan semangat saya tetapi membuatkan saya semakin bersemangat dan bersungguhsungguh untuk meyempurnakannya. Segala ujian yang terpaksa ditempuhi dalam usaha pelaksanaannya saya hadapi dengan tabah dan sabar. Syukurlah saya mempunyai rakan sekelas yang begitu ambil berat dan pensyarah yang murah hati sudi menghulurkan bantuan kepada saya.

Melalui kerja kursus ini, saya telah mendapat sedikit sebanyak pendedahan dan pengetahuan. Dengan kata lain, tugasan ini telah meningkatkan kesedaran saya untuk memelihara dan memulihara alam sekitar. Alam sekitar merupakan kurniaan Tuhan yang diamanahkan kepada kita untuk menjaganya kerana kita akan mewariskannya kepada generasi akan datang. Seharusnya, alam ini perlulah digunakan dengan sebaik-baiknya, dijaga dengan teliti dan dilindungi daripada pencemaran. Namun, keadaan sekarang memperlihatkan bahawa manusia alpa dengan tanggungjawab mereka untuk menjaga alam sekitar kerana terlalu sibuk mengejar kemewahan dunia. Manusia lebih sibuk mengeksploitasi alam sekitaruntuk kepentingan diri sendiri tanpa memikirkan tentang kesan akibatnya kepada alam sekitar. Oleh itu, sebagai pendidik memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk melaksanakan tanggungjawab ini. Sebagai seorang guru nanti, saya akan memupuk nilai peka terhadap alam sekitar dalam kalangan pelajar. Di samping itu, saya lebih memahami dan menimba ilmu pengetahuan seperti sebab dan kesan pmbuangan sampah sarap. Sampah sarap bukan sahaja mencemarkan alam sekeliling , tetapi juga membawa penyakit kepada manusia. Manusia yang berpengetahuan tinggi seharusnya memikul tanggungjawab untuk menjaga alam sekeliling ini daripada dikotori dengan sampah sarap. Kesan pembuangan sampah sarap di merata- rata tempat agak mendalam dan meruncingkan keadaan negara. Jadi, sebagai seorang pendidik seharusnya menyebarkan ilmu pengetahuan tentang cara menguruskan sampah sarap di samping meringankan beban ibu dunia kita. Adakah kita mahu menunggu sehingga ibu dunia kita sudah teruk tercemar, barulah kita hendak mengambil tindakan seperti kata pepatah, sudah terhantuk baru tergadah? Dalam pada itu, saya telah meningkatkan pemahaman tentang kepentingan Sukan Rekreasi dalam kurikulum sekolah. Sukan rekreasi merupakan satu subjek yang harus dititikberatkan agar murid dapat berkembang dari seluruh aspek. Sukan rekreasi banyak mendatangkan manfaat kepada murid seperti memupuk nilai kerjasama, menyemai rasa sayang akan alam sekitar dan sebagainya. Melalui pelaksanaan kerja kursus ini, saya juga disedarkan bahawa murid bukan sahaja hanya terkongkong dalam bilik darjah tetapi haruslah dibekalkan dengan aktiviti sukan rekreasi. Justeru, saya akan mengaplikasikan ilmu tersebut dalam perkhidmatan sebagai guru pada masa nanti. Tidak dapat dinafikan bahawa saya juga diajarkan dengan strategi- strategi untuk menyelesaikan masalah pembuangan sampah sarap. Setiap hari, manusia akan menghasilkan

bilangan sampah sarap yang tidak dapat kita imaginasikan dan perlulah mencari tapak pelupusan sampah sarap. Dengan mempelajari cara yang dinyatakan dalam buku skrap kumpulan kami, bilangan sampah sarap akan dikurangkan secara berkesan dan secara tidak langsungnya melindungi alam sekitar ini. Dengan itu, guru perlulah berfikiran matang dan berpandangan jauh agar bijak menguruskan sampah sarap. Pelaksanaan tugasan ini juga memperkaya pengalaman dan pengetahuan tentang ilmu lain seperti ikatan tali dan cara membina khemah secara tidak langsungnya. Kemahirankemahiran tersebut amat memanfaatkan kepada kita semua. Dengan menguasai kemahiran tersebut, saya lebih berkeyakinan semasa menghadapi masalah semasa berada dalam hutan. Ikatan dan teknik tersebut dapat kita pratikkan dan mengharungi kesusahan tersebut. Saya sebagai seorang guru PJ nanti pasti akan menyalurkan ilmu pengetahuan bidang ini kepada anak- anak murid. Kerja kursus ini juga mengkehendaki kami menghasilkan buku skrap dengan tajuknya tertentu. Dalam usaha menghasilkan buku skrap ini, saya dicungkil daya kreatif dan daya fikiran yang lebih matang. Buku skrap menghantar mesej yang penting sekali secara ringkas. Organisasi buku skrap amat penting untuk mepersembahkan idea- idea tertentu. Jadi, saya memang banyak memperoleh manfaat dan didedahkan dengan cara membuat buku skrap yang baik. Oleh itu, saya sebagai seorang guru akan mengutamakan keperluan pelajar dan menghasilkan alat bantu mengajar agak menarik minat para pelajar. Tambahan pula, saya juga memupuk sikap bekerjasama dengan ahli kumpulan saya. Kumpulan kami bekerjasama dengan baik dan berkomunikasi dengan berkesan. Kami telah memberi komitmen yang tinggi dan menunjukkan sikap kerjasama antara satu sama lain. Kami saling membantu dan bertukar pendapat agar menghasilkan kerja kursus yang baik. Dengan itu, saya mempelajari menghormati pendapat orang lain kerana mengelakkan berlakunya perselisihan faham. Jadi, kerja kursus dalam bentuk kumpulan membantu saya memupuk nilainilai yang positif yang mampu diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kesimpulannnya, kerja kursus ini telah dijalankan dengan berjaya dengan bantuan pensyarah dan ahli kumpulan sekalian. Tugasan ini amat berkesan bagi saya memperdalam ilmu pengetahuan Sejarah saya di samping memperbaik kelemahan saya selama tempoh pelaksanaan kerja kursus. Akhir sekali, yang baik itu dari Tuhan, yang lemah itu saya yang terima.

Anda mungkin juga menyukai