Anda di halaman 1dari 31

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

UNIT 1
KONSEP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini anda akan dapat:

1. Menerangkan konsep pengajaran 2. Menerangkan proses pengajaran 3. Menerangkan model-model pengajaran 4. Menerangkan prinsip-prinsip pengajaran 5. Menerangkan konsep pembelajaran 6. Menyatakan proses pembelajaran 7. Menerangkan jenis-jenis pembelajaran

PENGENALAN

Pengajaran merupakan satu sistem aktiviti yang secara khusus ditujukan kepada murid-murid dengan tujuan membawa perubahan tingkah laku di kalangan mereka. Sistem aktiviti ini sebenarnya dirancang dan diolah oleh guru untuk menyampaikan pemahaman tentang maklumat atau pengetahuan tertentu kepada murid-murid dalam suasana yang dinamakan bilik darjah.

Pembelajaran pula merupakan satu proses mengumpul maklumat dan pengalaman secara berterusan, yang berlaku dalam diri seseorang sejak ia dilahirkan. Proses ini berlaku dalam dua bentuk, sama ada disedari atau pun tidak disedari. Pembelajaran melibatkan organ deria untuk mengesan semua bentuk

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

pengalaman dan ilmu pengetahuan yang berselerak di persekitaran. Sewaktu organ-organ ini digunakan, seseorang akan memilih rangsangan-rangsangan yang sesuai dan diperlukan daripada persekitaran itu, kemudian diproses dalam otak untuk dijadikan pengalaman yang bermakna. Tindakan mempraktikkan pengalaman yang baru diperoleh itu dianggap sebagai perubahan tingkah laku, dan ini menggambarkan satu pembelajaran.

ISI KANDUNGAN

Apakah konsep pengajaran?

Mengikut Koh Boll Boon (1985), pengajaran adalah satu proses yang kompleks yang dipenuhi oleh pelbagai unsur, termasuk kualiti pengajar, kecerdasan, bakat, minat, pengaruh motivasi, persekitaran sekolah dan dorongan ibu bapa terhadap murid itu. Sebagai satu proses, pengajaran merupakan suatu jaringan aktiviti yang dikendalikan oleh guru bagi menghubungkan murid-murid melalui pengalaman yang dijangka dapat dipindahkan setelah hubungan itu dikawal baik oleh kaedah tertentu yang digunakan.

Robert Glaser (1968) menyebut bahawa pengajaran adalah satu proses yang melibatkan empat elemen utama, iaitu objektif pengajaran, pengetahuan sedia ada, kaedah mengajar dan penilaian pencapaian. Semua elemen ini saling

mempengaruhi antara satu sama lain dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran menurut beliau adalah hasil daripada interaksi antara guru, murid, isi pelajaran, objektif pengajaran dan persekitaran. Sebenarnya, terdapat banyak tafsiran tentang istilah pengajaran. Walau bagaimanapun, secara keseluruhannya, pengajaran dalam konteks masa ini boleh ditafsirkan sebagai satu proses, bidang komunikasi, sains atau pun seni.

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Sebagai satu proses, pengajaran melibatkan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran yang membolehkan murid-murid mempelajari dan menguasainya secara berkesan. Mengajar bermaksud menukar tingkah laku dan kelakuan murid-murid melalui ilmu pengetahuan atau kepercayaan baru. Untuk mencapai hasrat ini, proses pengajaran harus dapat dilaksanakan secara berkesan, iaitu melalui prosedur yang sistematik yang telah terlebih dahulu dirancang. Perhatian harus diberi kepada aspek perancangan, pelaksanaan dan penilaian.

Sebagai satu bidang komunikasi, pengajaran harus melibatkan aktiviti-aktiviti perhubungan dan interaksi antara guru dan murid dan antara. sesama murid. Dalam pendidikan formal, pengajaran hanya dapat berlaku apabila wujudnya interaksi seperti ini secara berterusan dalam bilik darjah. la bertujuan untuk menyebarkan pengetahuan, sikap, dan kemahiran-kemahiran yang lain bagi mendapatkan gerak balas yang dikehendaki.

Sebagai satu sains pula, pengajaran adalah satu siri aktiviti yang berbentuk saintifik. Ini kerana pengajaran sentiasa melibatkan aspek-aspek pedagogi dan psikologi yang telah dikaji, diselidik serta diuji oleh ahli dan pakar pendidik. Semua perancangan, pengelolaan, penyampaian dan penilaian dalam satu proses pengajaran dikendalikan secara sistematik berdasarkan teori-teori dan prinsip, kaedah serta teknik mengajar yang telah disarankan oleh pakar-pakar ini, Aspek psikologi pembelajaran yang melibatkan perkembangan murid dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani juga ditekankan secara seiringan.

Pengajaran sebagai satu seni, biasanya melibatkan elemen-elemen seperti emosi, nilai dan tingkah laku manusia. Pengajaran dan pembelajaran hanya akan lebih bermakna apabila unsur-unsur ini ditekankan kepada murid-murid. Setiap murid yang terlibat dalam proses pembelajaran, mempunyai potensi intelek, emosi, rohani dan jasmani yang tersendiri. Kepakaran guru mengeksploitasi pengetahuan dan pengalaman mereka dengan cara mempelbagaikan teknik dan cara pengajaran, disesuaikan pula dengan keperluan murid, merupakan satu seni yang paling

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

berharga kepada guru-guru tersebut. Melalui bakat dan seni mengajar yang tersendiri, guru-guru mampu mengetengahkan satu bentuk pengajaran yang sempurna. Kebolehan menggunakan kreativiti sendiri seperti ini perlu dilatih dan seterusnya dikuasai untuk membolehkan terciptanya satu bentuk pengajaran yang lebih berkesan.

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

AKTIVITI 1.1 Dalam jadual berikut, tuliskan elemen-elemen yang terkandung didalamnya.

Aspek 2 Tafsiran Istilah Pengajaran Elemen-elemen Yang Terkandung Didalamnya.

Proses

Komunikasi

Sains

Seni

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Apakah proses pengajaran?

Proses pengajaran adalah satu pergerakan lakuan mengajar yang dilakukan oleh guru-guru di dalam bilik darjah. Dalam satu pengertian yang lebih luas, proses pengajaran biasanya melibatkan beberapa aktiviti penting, umpamanya aktiviti perancangan, aktiviti perlaksanaan, aktiviti menilai dan aktiviti mendapatkan maklum balas. Dalam bidang pengajaran dan pembelajaran, beberapa model pengajaran telah diperkenalkan oleh beberapa orang tokoh pendidik yang pakar dalam bidang ini. Model-model pengajaran yang telah terbukti keberkesanannya termasuklah Model Pengajaran Robert Glaser dan Model Pengajaran Sim.

Model Pengajaran Robert Glaser


Robert Glaser (1962) telah memperkenalkan model pengajarannya dengan membahagikan pengajaran kepada empat komponen penting. Menurut beliau, proses pengajaran bermula daripada penentuan objektif pengajaran. Objektif

pengajaran adalah perkara yang jelas tentang tingkah laku yang dapat dibuat oleh murid-murid untuk menunjukkan sesuatu yang telah dapat dipelajari. Objektif pengajaran merupakan hasil pengajaran yang dijangkakan dan bukan prosesnya. Ia juga merujuk kepada perubahan tingkah laku, perolehan dan penguasaan ilmu pengetahuan, nilai serta kemahiran.

Komponen kedua yang ditekankan oleh model ini ialah pengetahuan sedia ada, Robert Glaser menerangkan bahawa pengetahuan sedia ada adalah pintu bagi tingkah laku kemasukan dalam proses pengajaran. Guru menggunakan

pengetahuan sedia ada murid untuk merancang dengan baik kandungan dan strategi pengajaran dan pembelajaran. Biasanya, pengetahuan sedia ada merujuk kepada kebolehan intelek, aras motivasi dan penentu-penentu sosial serta budaya murid-murid. Dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran, guru harus memandang berat komponen ini untuk membolehkan mereka menghasilkan satu bentuk pengajaran yang berkesan.

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Komponen ketiga pula melibatkan kaedah mengajar. Komponen ini menekankan strategi tertentu yang melibatkan satu siri aktiviti secara sistematik dan efektif. Semua ini biasanya pembelajaran tertentu. berlandaskan prinsip dan teori-teori pengajaran dan

Komponen terakhir dalam model ini ialah penilaian. Penilaian dijalankan untuk menentukan sama ada murid-murid telah dapat mencapai objektif yang telah ditentukan oleh guru atau tidak. Penilaian dilakukan melalui proses bersoal jawab, pemerhatian, ujian formal atau tidak formal dan sebagainya. Hasil penilaian ini akan menyediakan maklumat penting untuk membolehkan guru mengesan kelemahan dan kekuatan pengajaran mereka. Ini seterusnya membolehkan mereka merancang dan memperbaiki strategi mereka untuk pengajaran yang lebih berkesan. Secara keseluruhannya penjelasan Model Robert Glaser ini diperlihatkan seperti berikut:

(i) Objektif Pengajaran Objektif adalah aspek utama yang ditekankan oleh model ini. Sama ada objektif am atau objektif tingkah laku, kedua-duanya hendaklah dinyatakan dengan jelas, padat dan mengikut tatacara menuliskan objektif yang sebenar. Bidang (domain) yang hendak diperkembangkan dalam diri murid-murid harus dikenali, iaitu sama ada bidang kognitif (mental), afektif atau psikomotor. Objektif yang ditentukan haruslah sepadan dengan kebolehan dan kemampuan murid-murid dan bukannya bersesuaian dengan kebolehan guru. Objektif tersebut hendaklah sesuai, iaitu tidak terlalu mudah atau terlalu sukar sehingga pelajar tidak dapat memainkan peranan mereka dalam proses pembelajaran. Aspek masa dan persekitaran juga harus diambil kira apabila memikirkan tentang objektif.

(ii) Pengetahuan sedia ada Perkara utama yang perlu diberi perhatian dalam memikirkan elemen-elemen penting pengajaran yang melibatkan pengetahuan sedia ada ialah kesediaan pelajar untuk menerima pelajaran pada hari berkenaan. Adakah pelajar sudah cukup

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

bersedia? Berapa banyakkah pengetahuan sedia ada yang dimilikinya berkaitan dengan isi pengajaran yang hendak disampaikan? Apakah ciri-ciri yang ada dalam diri murid-murid yang boleh membantu pengajaran atau menghalang pengajaran daripada berlaku? Adakah ciri-ciri yang ada itu boleh bertindak sebagai penggerak dan membuatkan murid-murid bersedia menerima pengajaran guru?

Kaedah atau pendekatan mengajar adalah juga elemen penting dalam proses pengajaran. la harus dapat dikenal pasti dan dipilih daripada yang terbaik supaya pengajaran dapat dijalankan melalui proses yang berperingkat melalui satu-satu prosedur tertentu secara berkesan. Kaedah yang akan digunakan perlu sesuai dengan kecerdasan, minat, keadaan murid, persekitaran pembelajaran dan isi yang hendak disampaikan. la harus dapat memberikan laluan mudah terutama dari segi pemahaman dan berupaya sepenuhnya menyampaikan maklumat dan kemahiran. Apa yang penting daripada penentuan kaedah ini ialah pelajar harus tidak mengalami masalah dalam mengikuti dan memahamkan pengajaran yang disampaikan. Di sinilah perlunya kemahiran, kecekapan dan pengalaman guru.

(iv) Penilaian Penilaian dijalankan untuk menentukan sama ada pelajar dapat mencapai objektif yang telah ditentukan oleh guru. Di pihak pelajar, penilaian perlu dilakukan dengan melihat secara khusus perubahan tingkah laku pelajar, iaitu sama ada mereka dapat melakukan sesuatu, membuat, menjawab, menjalankan, menyebut serta mempamerkan pemahaman mereka terhadap segala apa yang telah disampaikan kepada mereka. Di pihak guru pula penilaian boleh dilakukan untuk melihat keberkesanan pengajaran mereka. Jika maklumat balik daripada penilaian tersebut menunjukkan objektif yang ditemukan tidak tercapai, maka perlulah guru berkenaan melihat kembali di manakah silapnya. Guru perlu mengkaji sama ada objektif, kaedah atau elemen-elemen lain yang telah dirancang dan dilaksanakan itu mempunyai kelemahannya yang tersendiri. Sekiranya ada kesilapan ia harus diperbaiki.

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Adakah anda terfikir apakah kepentingan penilaian kepada pelajar dan guru?

AKTIVITI 1.2 Dalam ruang yang disediakan dibawah, bina peta minda bagi menjelaskan hubungan di antara komponen-komponen dalam model pengajaran Robert Glaser.

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

10

Model Sim
Sim beranggapan bahawa proses pengajaran melibatkan interaksi lima komponen penting dan komponen-komponen tersebut ialah objektif, guru, murid, isi, dan persekitaran. Menurut beliau lagi, dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran, proses berinteraksi boleh berlaku antara guru dan murid dengan satu, dua, atau tiga komponen yang lain. Semasa berlakunya interaksi, salah satu komponen akan menjadi fokus utama.

Dalam

model ini, Sim mendefinisikan persekitaran sebagai satu keadaan yang

melibatkan segala aspek budaya, sosioekonomi, lokasi, masa dan sebagainya yang terlibat dalam sesuatu situasi pengajaran dan pembelajaran. Isi pula adalah segala ilmu pengetahuan, saranan, mesej, peralatan, media dan cara-cara yang digunakan.

Bagi Sim, objektif pelajaran harus ditentukan secara jelas atau eksplisit dan mengikut keupayaan murid-murid. Isi pelajaran pula harus dipilih berdasarkan objektif pelajaran. Isi pelajaran hendaklah dirancang secara sistematik dan logik mengikut kaedah yang sesuai. Aspek psikologi murid yang melibatkan umur, minat, keupayaan harus diambil kira sewaktu merancang bahan-bahan pengajaran. Urutan dan masa juga adalah penting. Dalam model ini, guru memainkan peranan yang penting. Selain berkeupayaan menggunakan strategi pengajaran secara berkesan, mereka hendaklah juga mampu memupuk perhubungan baik dengan murid-murid. Ini penting untuk membolehkan wujudnya interaksi yang sihat antara mereka.

Implikasi Model Pengajaran Sim Model pengajaran Sim dibentuk berasaskan Konsep pengajaran sebagai satu bidang komunikasi. Ini bermakna bahawa pengajaran dan pembelajaran harus melibatkan interaksi yang berkesan antara guru dan murid dengan objektif dan isi pelajaran dalam sesuatu persekitaran tertentu. Berdasarkan model ini, pengajaran harus menekankan perkara-perkara yang berikut secara serius:

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

11

I.

Objektif pengajaran harus dinyatakan secara jelas dan nyata. Objektif

pengajaran difikirkan dari segi kemampuan intelek dan kebolehan murid-murid.

2.

Isi pelajaran yang dihidangkan haruslah dipilih dan diperingkatkan secara

teratur dan sistematik. Isi pelajaran harus berfokus kepada objektif pengajaran dan dirancang mengikut persembahannya yang terbaik. Ini bermakna bahawa guru

harus mengambil kira pendekatan dan kaedah atau teknik yang akan digunakan. Semua isi pelajaran yang telah dipilih itu hendaklah sesuai dan bertepatan dengan minat dan keperluan murid-murid dan dapat pula disampaikan dalam jangka masa yang ditetapkan.

3. Penyaluran isi dan nilai perlu dilakukan melalui kaedah dan teknik yang berkesan. Ini penting kerana penggunaan strategi pengajaran yang berlandaskan teori dan prinsip-prinsip pembelajaran tertentu membolehkan pemahaman berlaku dalam bentuk yang lebih sempurna.

4. Guru hendaklah memupuk perhubungan yang baik dengan murid-murid mereka. Interaksi yang sihat antara guru dan murid membolehkan suasana pengajaran dan pembelajaran berada pada tahap yang memberangsangkan.

5. Pembelajaran akan terlaksana dengan jayanya apabila guru mengambil berat tentang unsur-unsur persekitaran yang perlu disesuaikan dengan kedudukan sosioekonomi dan budaya murid-murid.

Sebagai kesimpulannya, pengajaran adalah kegiatan-kegiatan bilik darjah yang tersusun dan bersistematik, yang diwujudkan khusus untuk pelajar yang bertujuan untuk membolehkan berlakunya perubahan di kalangan mereka. Kegiatan-kegiatan yang dirancang dan dijalankan adalah untuk memberi pengetahuan baru, mengubah kepercayaan, dan mengubah tingkah laku. la melibatkan pergerakan akal dan pemikiran yang dapat dilaksanakan dalam bentuk latihan, indoktrinasi, pelaziman

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

12

dan instruksi. Segala bentuk ancaman, ugutan, paksaan dan propaganda yang boleh menyebabkan kebimbangan, ketakutan atau rasa tidak selamat kepada pelajar tidak dianggap sebagai pengajaran. Ini kerana setiap satu daripadanya tidak berkaitan dengan kecerdasan akal.

Adakah anda terfikir, mengapakah guru perlu memainkan perananpenting dalam menentukan keberkesanan model pengajaran Sim?

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

13

AKTIVITI 1.3 Dalam ruang yang disediakan dibawah, bina peta minda bagi menjelaskan hubungan di antara komponen-komponen dalam model pengajaran Sim.

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

14

Apakah Pembelajaran?

Stalling (1973) berpendapat bahawa pembelajaran berdasarkan tiga kriteria, yang penting. Pertama, pembelajaran harus menampakkan perubahan dalam tingkah laku. Kedua, pembelajaran harus melibatkan sesuatu pemikiran. Ketiga, pembelajaran harus menghasilkan perubahan melalui pengalaman atau latihan. Menurut Crow dan Crow (1983) pula, pembelajaran adalah pemerolehan tabiat, pengetahuan dan sikap, Pembelajaran melibatkan cara baru membuat sesuatu kerja. la berlaku dalam percubaan individu untuk mengatasi rintangan atau untuk menyesuaikan diri kepada situasi baru.

Pembelajaran

biasanya

berlaku

setelah

seseorang

itu

terdedah

dengan

persekitaran. la bermula daripada rangsangan yang diterima melalui pancaindera, Rangsangan ini dibawa ke otak untuk diberi makna dan disimpan dalam ingatan sebagai pengalaman. Apabila pengalaman ini digunakan semula dalam bentuk yang baru, ia dianggap sebagai perubahan tingkah laku (pembelajaran).

Pembelajaran merupakan proses pemerolehan kebiasaan, pengetahuan dan sikap. la melibatkan cara-cara baru untuk melakukan sesuatu kerja dan bertindak sebagai percubaan-percubaan individu mengatasi rintangan untuk menyesuaikan diri dalam satu situasi baru. Pembelajaran biasanya diertikan sebagai perubahan-perubahan tingkah laku yang progresif. la membolehkan individu-individu tersebut memenuhi minat mereka dan mencapai matlamat tertentu.

Pembelajaran merupakan semua perubahan atau penyesuaian semula tingkah laku manusia akibat latihan dan pemerolehan pengalaman, Pembelajaran adalah proses yang boleh menghasilkan perubahan pada tingkah laku akibat berlakunya tindak balas terhadap keadaan atau persekitaran. Pembelajaran menggalakkan

pemerolehan pengetahuan dan kemahiran dan ini dilakukan melalui satu perlakuan dan teknik tertentu yang bersifat saintifik dan sistematik. Dalam. proses

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

15

pembelajaran formal, ia melibatkan pelbagai kegiatan, umpamanya memerhati, meninjau, membaca, menyoal, memahami, mengingati, menyemak, merujuk, merumus, membuat keputusan dan sebagainya.

Kimble (1961) menyebut bahawa pembelajaran ialah perubahan potensi tingkah laku yang lebih kurang tetap dan yang berlaku akibat latihan yang diteguhkan. Kenyataan ini menggambarkan kepada kita bahawa pembelajaran menghasilkan perubahan tingkah laku dan pada setiap kali hasil pembelajaran itu diperlihatkan, ia haruslah merupakan tingkah laku yang dapat diperhatikan. Selain itu, perubahan tingkah laku itu bukan sementara sifatnya. la harus dikekalkan melalui latihan-latihan yang diteguhkan.

Menurut Robert M. Gagne, pembelajaran adalah perubahan tingkah laku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang berlaku yang disebabkan oleh proses pertumbuhan secara semula jadi. Hal ini dipersetujui oleh Morgan dan King yang menganggap pembelajaran itu sebagai apa sahaja tingkah laku yang kekal akibat pengalaman yang telah diperoleh atau latihan yang telah dijalani. Walau bagaimanapun, secara ringkas, pembelajaran dapat diertikan seperti yang berikut:

a. Pembelajaran adalah satu proses yang menyebabkan satu perubahan tingkah laku terhadap manusia. b. Perubahan tingkah laku yang dialami itu biasanya kekal dan stabil. c. Semua perubahan tingkah laku dihasilkan daripada pengalaman yang diperoleh dan latihan yang telah diikuti, dan bukan daripada sumbangan faktor-faktor lain. d. Perubahan tingkah laku itu biasanya berlaku dalam satu jangka masa tertentu dan tidak semestinya. diperoleh secara serta-merta.

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

16

Secara umumnya, belajar membawa maksud penyiasatan untuk kenyataan. la melibatkan idea atau atur cara yang belum lagi diketahui oleh individu. Sebarang penggunaan tenaga untuk pembelajaran bahan baru, penyelesaian kepada sesuatu masalah, dapatan terhadap perhubungan-perhubungan baru atau gerak kerja yang berfaedah boleh dianggap sebagai belajar. Dalam sesuatu proses pembelajaran, seseorang itu mungkin mendapat nilai-nilai lain selain yang utama yang dikehendakinya pada masa itu.

Bolehkah anda bayangkan apakah antara nilai-nilai lain, selain dari nilai utama yang dikehendaki dalam proses pembelajaran?

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

17

Apakah Prinsip-Prinsip Pembelajaran?

Kesedaran

terhadap

pentingnya

mengetahui

cara-cara

murid

menguasai

pembelajarannya harus ada di kalangan guru-guru, kerana pengetahuan yang sedemikian dapat membantu mereka menyajikan program pembelajaran dalam bentuk yang lebih sempurna. Berikut ini diperlihatkan beberapa prinsip pembelajaran yang dianggap penting diketahui oleh guru-guru sebelum mereka berhadapan dengan murid-murid mereka di bilik-bilik darjah.

a. Pembelajaran harus diterima sebagai satu proses yang berlaku dalam diri murid secara berterusan, iaitu selagi ada berlaku modifikasi atau perubahan terhadap tingkah laku mereka. Proses ini berlaku -men-ikut tahap-tahap tertentu;

berperingkat-peringkat secara tersusun dan sistematik. la berhubung kait dengan usaha memperoleh pengetahuan dan pengalaman baru.

b. Perubahan-perubahan tingkah laku yang dijangka berlaku di kalangan murid-murid harus dapat dilaksanakan melalui ciri-ciri yang berikut:

i. daripada yang tidak diketahui kepada yang diketahui. ii. daripada yang tidak faham kepada yang difahami. iii. daripada yang tidak kenal kepada yang dikenali. iv. daripada yang sedikit kepada yang banyak. v. daripada yang tidak boleh kepada yang boleh dilakukan. vi. daripada yang tidak dapat dirasai kepada yang dapat dirasai sepenuhnya dan sebagainya.

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

18

c. Murid-murid harus mempunyai kesediaan belajar yang tinggi. Aspek-aspek yang berhubung dengan mental, fizikal, emosi dan sosial murid-murid harus sudah cukup matang untuk membolehkan mereka menerima pembelajaran yang diajukan kepada mereka. Murid-murid harus memiliki himpunan pengetahuan dan pengalaman yang tersendiri sebelum mereka berhadapan dengan pengalaman baru. Biasanya, pembelajaran akan menjadi lebih berkesan apabila ditakrifkan berasaskan pengalaman dan pengetahuan yang sedia ada pada murid-murid.

d. Proses pembela,jaran hendaklah bergerak seiringan dengan penggunaan unsur-unsur motivasi yang berkesan. Hal ini penting kerana penggerak mampu memberi tenaga kepada pengajaran guru dail pembelajaran murid. Biasanya, seseorang murid boleh bergerak, bertindak balas atau belajar dengan cepat apabila mereka didorong oleh pelbagai penggerak yang sesuai. Guru boleh menggunakan penggerak dalaman (internal) alau penggerak luaran (external) untuk mencapai maksud tersebut.

e. Proses pembelajaran harus seberapa yang boleh melibatkan murid-murid bekerjasama dan berinteraksi serta belajar secara aktif. Mereka harus mampu bertukar-tukar pendapat dan pandangan, membuat pertimbangan, menaakul dan membuat keputusan secara berkesan. Perubahan tingkah laku harus dapat menggambarkan kematangan dan kedewasaan mereka.

f.

Proses pembelajaran harus dapat memenuhi keperluan psikologi dan keperluan murid-murid. Murid-murid harus memiliki kemahiran-kemahiran atau

luaran

pengetahuan yang disampaikan, di samping merasa puas dengan pembelajaran yang dihadapi.

g. Sesuatu pembelajaran yang baik akan terlaksana sekiranya murid-murid mengetahui objektif dan tugas masing-masing ketika itu. Kesedaran mereka

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

19

terhadap tujuan mereka belajar akan membuat mereka bersungguh-sungguh bekerja untuk memenuhi matlamat tersebut.

h. Murid-murid yang terlibat dalam sesuatu proses pembelajaran harus mempunyai pengetahuan tentang kemahiran-kemahiran belajar. Ini penting kerana ia

membolehkan pembelajaran yang sempurna. Unsur-unsur dalam kemahiran belajar yang perlu diketahui mengesan balik maklumat, menginterpretasi bahan, membuat catatan, merujuk, menggunakan pusat sumber dan sebagainya.

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

20

AKTIVITI 1.4 Dalam ruang yang disediakan dibawah, bina peta minda bagi menjelaskan prinsip-prinsip pembelajaran.

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

21

Apakah Jenis-Jenis Pembelajaran?

Pembelajaran dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu pembelajaran bagi memproses maklumat dan pembelajaran bagi menggunakan pengalaman yang tersimpan dalam ingatan.

a. Pembelajaran bagi memproses maklumat Pembelajaran jenis ini melibatkan usaha mengenal rangsangan, menamakan rangsangan, mengkelas rangsangan, membina konsep dan membina prinsip, Pembelajaran mengenal adalah peringkat yang paling asas. Pembelajaran pada peringkat ini menyangkut pelaziman klasik. Pembelajaran menamakan rangsangan pula bermula dengan penguasaan bahasa. Pembelajaran seperti ini berlaku dengan pelaziman operan dan juga pelaziman klasik. Sementara itu, pembelajaran pengkelasan berlaku setelah seseorang itu dapat mengenal rangsangan dan juga mengesan setiap sifat rangsangan itu. Rangsangan yang mempunyai sifat yang sama dikumpulkan dalam kelas-kelas atau kumpulan yang sama serta diasingkan daripada rangsangan yang mempunyai sifat yang berlainan. Untuk mendapatkan pembelajaran pengkelasan, banyak rangsangan diperlukan. Dengan perkembangan penanggapan, rangsangan boleh ditanggapi dengan lebih cekap lagi.

Kebolehan

memberi

gerak

balas

yang

menyeluruh

terhadap

rangsangan

menyebabkan kemahiran membanding beza berlaku. Kebolehan membahagikan sesuatu kepada kelas-kelas atau bahagian-bahagian yang lebih kecil menunjukkan berlakunya penguasaan sesuatu konsep. Sesuatu konsep itu dapat diajar dengan mengemukakan benda-benda yang menjadi ahli sesuatu kelas itu dengan serentak atau dengan turutan yang rapat. Pembelajaran prinsip pula menunjukkan bahawa seseorang itu bukan lagi di tahap mengendalikan benda-benda yang konkrit tetapi berupaya membuat kesimpulan atau rumusan yang berhubung dengan konsep berkenaan. Penguasaan pembelajaran ini menandakan seseorang itu faham akan konsep dan pertalian din antara konsep.

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

22

b. Pembelajaran berasaskan pengalaman Pembelajaran yang menggunakan pengalaman melibatkan jenis

pembelajaran membina kebiasaan, membina kemahiran dan menyelesaikan masalah. Pembelajaran pembiasaan terbentuk dengan gabungan kelaziman klasik dan kelaziman operan. Thorndike menamakan jenis pembelajaran ini pembelajaran cuba jaya. Pembelajaran jenis ini menekankan keadaan tingkah laku yang telah sedia dikuasai yang digunakan sebagai alat untuk memenuhi sesuatu keperluan. Kalau tingkah laku itu dilakukan, kemudian mendapat pengukuhan yang positif, tingkah laku itu pasti akan diulangi lagi.

Pembelajaran kemahiran melibatkan gabungan unit pembiasaan yang terdiri daripada pelaziman rangsangan-gerak balas. Gabungan unit rangsangan-gerak balas ini dirangka antara satu sama lain. Rangsangan dalam rangkaian itu bertindak sebagai 'petunjuk' yang digunakan untuk mengeluarkan sesuatu gerak balas. Susunan petunjuk ini membantu seseorang melakukan tingkah laku dengan lancar. Tingkah laku yang dilakukan dengan lancar ini dinamakan kemahiran. Pembelajaran menyelesaikan masalah memerlukan pemikiran dan penaakulan yang melibatkan pengalaman ' sedia ada bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi. Perkara penting yang diberi perhatian ialah kesedaran seseorang itu mengenai masalah yang sedang dihadapinya.

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

23

AKTIVITI 1.5 Huraikan intipati jenis-jenis pembelajran berikut:

1. Pembelajaran bagi memproses maklumat.

2. Pembelajran berasaskan pengalaman.

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

24

Apakah Proses Pembelajaran?

Pembelajaran merupakan proses yang dimulakan dengan penanggapan, iaitu membentuk persepsi terhadap rangsangan yang diterima oleh pancaindera. la melibatkan pengalaman atau kemahiran yang diterima melalui alat kederiaan seperti melihat. mendengar, merasa dan menghidu. Kesan rangsangan yang diterima adalah maklumat yang kemudiannya diproses dan disimpan sebagai pengalaman. Pengalaman dalam bentuk pengetahuan dan kemahiran ini akan dipanggil semula untuk digunakan bagi sesuatu tafsiran, atau untuk mencapai sesuatu matlamat atau menyelesaikan sesuatu masalah.

Rangsangan yang dapat

dikesan dan diterima akan menjadi pengalaman

sekiranya pengalaman itu penting dan kita mempunyai kepentingan terhadapnya, maka ia akan disimpan lama dan boleh dikeluarkan semula apabila ia diperlukan. Sekiranya pengalaman itu tidak digunakan, ia akan hilang dan dilupakan. Walau bagaimanapun. sekiranya pengalaman itu diproses selalu, ditokok tambah dan diperbaharui, ia akan kekal dalam ingatan, malahan ia menjadi semakin mantap. Langkah-langkah dalam proses pembelajaran seperti yang digambarkan itu dapat dilihat seperti ilustrasi yang berikut:

Proses pembelajaran melibatkan rangsangan sebagai penggerak utama kepada pembelajaran. Tumpuan perhatian akan berlaku hanya apabila adanya rangsangan. Hal ini amat penting. Apabila perhatian telah dapat ditumpukan sepenuhnya, seseorang itu akan berupaya memahamkan sesuatu maklumat. Sekiranya rangsangan tersebut jelas dan dapat difahamkan dengan baik, maka ia akan dikuasai dan seterusnya disimpan dalam ingatan. Ini berlaku dalam otak. Proses mengingat kembali pula akan berlaku apabila maklumat yang tersimpan itu diperlukan semula untuk digunakan.

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

25

Gagne (1966) menyatakan bahawa terdapat beberapa langkah dalam proses pembelajaran. Urutan langkah-langkah tersebut dibentuk melalui beberapa fasa seperti Yang berikut:

a. Fasa Motivasi Motivasi ialah penggerak yang melibatkan proses membangkit, mengekal dan mengawal minat (Bernard H.W., 1965). la mampu menciptakan keberkesanan sesuatu pembelajaran. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, motivasi dianggap sebagai unsur penting yang membolehkan pelajar terdorong untuk melibatkan diri secara aktif, mewujudkan situasi pembelajaran yang lebih bermakna, berfaedah dan menyeronokkan. Biasanya, motivasi yang baik akan menciptakan satu tarikan yang kuat untuk menjadikan pelajar terus berminat dengan pelajaran yang disampaikan.

Motivasi memerlukan rangsangan-rangsangan yang kuat. la melibatkan dua perkara penting, iaitu insentif dan motif penggerak. Insentif merupakan unsur-unsur yang merangsang seseorang untuk bertindak. la sering disampaikan secara ekstrinsik. Gaji, upah merupakan insentif kepada para pekerja. Dalam situasi pembelajaran bilik darjah, insentif diberi dalam bentuk markah, gred, penghargaan, tanda-tanda, bintang, hadiah, ganjaran, pujian dan sebagainya. Walau bagaimanapun,

penyalahgunaan insentif boleh membawa kesan negatif dalam proses pembelajaran. Pelajar mungkin lebih mementingkan tujuan untuk mendapat insentif dan bukan menghayati pembelajaran yang sebenar. Mereka beranggapan bahawa pendidikan seolah-olah tiada bezanya dengan usaha untuk mendapat gred, unit, agregat, sijil, diploma atau ijazah.

b. Fasa Tanggapan Tanggapan merupakan satu idea tentang sesuatu kelas objek. Apabila kita mempunyai satu konsep tentang sesuatu benda tertentu, kita mempunyai satu idea mengenai kualiti-kualiti yang perlu bagi benda tersebut. Tanggapan adalah berbeza

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

26

dengan gambaran. Gambaran ialah perbuatan mengeluarkan semula pengalaman deria yang sedia ada dari dalam ingatan, tetapi tanggapan merujuk kepada suatu makna yang diberikan kepada sesuatu idea yang abstrak. Misalnya, apabila kita menyebutkan kata 'sekolah' kepada seorang murid, murid itu akan membentuk satu konsep dengan memberikan ciri-ciri yang berkaitan yang perlu ada bagi sebuah sekolah. Murid itu akan menunjukkan kepada kita satu tanggapan yang betul tentang apa yang dimaksudkan dengan 'sekolah'. Tetapi jika murid itu cuba menggambarkan suasana atau keadaan sekolahnya berdasarkan ingatannya, maka dia dikatakan tidak membentuk tanggapan, tetapi telah memberikan gambaran tentang sekolah itu, Fasa ini meliputi kegiatan memerhati dan menanggapi sesuatu rangsangan. Kegiatan menanggap ini menerangkan bagaimana individu sedang membezakan satu rangsangan, daripada rangsangan-rangsangan yang lain.

c. Fasa Perolehan Fasa ini penting kerana pelajar akan memasukkan semua maklumat yang diterima ke dalam satu sistem kod yang berpusat di otak. Sistem kod ini menyerupai sebuah komputer yang cuba menyimpan pelbagai maklumat ke dalam fail-fail tertentu dan memudahkan proses pengeluaran apabila maklumat tersebut hendak digunakan kemudian. Saraf otak kita memproses rangsangan atau maklumat itu dengan cara yang paling sistematik supaya maklumat itu boleh disimpan dengan baik.

d. Fasa Penyimpanan Maklumat yang diperoleh disimpan ke dalam sistem saraf pusat. Biasanya, segala rangsangan yang mendapat perhatian manusia adalah diterima masuk ke dalam ingatan yang bertugas sebagai tempat simpanan segala macam pengalaman. Ingatan mempunyai peringkat-peringkat dan setiap peringkat itu pula mempunyai kesanggupan muatan yang terhad, Oleh sebab itu hanya rangsangan-rangsangan yang bererti sahaja yang mendapat tempat di dalam simpanan ingatan dan yang lain. akan hilang sebagai lupaan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, kesesuaian kaedah yang digunakan oleh guru dalam penyampaian pelajaran dapat

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

27

menambahkan pemahaman mereka. Dengan itu maklumat tersebut dapat kekal dalam ingatan mereka.

e. Fasa Ingatan Kembali Fasa ini merupakan fasa mengingat kembali tentang apa yang tersimpan di dalam fikiran. la dapat juga berfungsi apabila seseorang itu hendak memperbaiki, mengemas kini atau menyernak maklumat di dalam otaknya. Hal ini kerap dilakukan oleh pelajar di sekolah, terutama apabila mereka hendak mengulang kaji dan menduduki peperiksaan.

f. Fasa Generalisasi Di dalam proses pembelajaran, fasa ini dipanggil pindahan pembelajaran. Seseorang itu boleh menggunakan apa yang telah dipelajari dan yang tersimpan di dalam saraf pusat (otak) apabila berhadapan dengan keadaan yang berlainan. Fasa ini juga boleh dikatakan sebagai fasa aplikasi atau penggunaan. 11indahan pembelajaran ini terbahagi kepada dua, iaitu pemindahan sisi dan pemindahan menegak. Pemindahan sisi yang pernah juga disebut sebagai pemindahan lateral ialah sesuatu bahan pengetahuan yang dipelajari dalam mata pelajaran tertentu boleh membantu dalam penguasaan mata pelajaran yang lain pula. Misalnya, ilmu yang dipelajari dalam mata pelajaran makanan dan pemakanan boleh membantu dalam pembelajaran Sains Pertanian. Pemindahan menegak (vertical) ialah pembelajaran yang berlaku pada ketika. itu dapat membantu seseorang dalam mempelajari perkara-perkara yang lebih kompleks atau susah pada masa hadapan.

g. Fasa Prestasi Prestasi merupakan tingkah laku yang boleh diperhatikan dan disukat. Selepas menerima rangsangan, seseorang murid akan menggunakan keupayaan kognitifnya dalam menyusun gerak balas. Apabila gerak balas yang ditunjukkan,

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

28

memaparkan prestasi yang lebih baik daripada sebelum berlakunya proses pembelajaran dapat dikatakan bahawa pembelajaran bercorak positif telah berlaku.

h. Fasa Maklumat Balik Fasa ini merupakan fasa memperkenalkan peneguhan. Pelajar yang telah menunjukkan prestasi yang baik atau yang telah berusaha sepenuhnya bagi mencapai prestasi yang tinggi diberi ganjaran dengan cara meresapkan rasa berjaya mereka dalam diri. Peneguhan boleh dilakukan melalui tepukan, galakan, sebutan kata-kata yang merangsang, seperti memuji, melibatkan kebendaan atau gerak laku yang menyenangkan. Fasa maklumat balik ini berkait rapat dengan fasa motivasi. la merupakan penggerak kepada murid. Murid yang berjaya akan berubah ke tajuk baru yang lebih tinggi tahapnya dan yang kurang berjaya akan mengulangi langkah dalam proses pembelajaran tentang tajuk yang sama atau mencuba tajuk yang lebih mudah lagi.

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

29

AKTIVITI 1.6 Lengkapkan rajah berikut berkaitan 7 fasa dalam proses pembelajran.

Pembelajaran

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

30

RUMUSAN

Unit ini telah membincangkan tentang konsep serta proses pengajaran dan pembelajran. Aktiviti yang relevan juga diberikan bagi mengukuhkan lagi pengetahuan dan kefahaman pelajar berkaitan sub topik yang berkaitan. Secara umumnya dapat dikatakan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan perubahan tingkah laku dikalangan pelajar-pelajar melalui pengalaman di dalam dan luar bilik darjah.

KATA KUNCI

Pengajaran : Pengajaran bermaksud tempoh waktu berstruktur di mana pembelajaran dirancang terjadi. Ia melibatkan seorang atau lebih pelajar diajar oleh seorang guru.

Pembelajaran Pembelajaran dianggap sebagai perolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan.:

Objektif Pengajian Objektif pengajaran adalah esuatu pernyataan yang menjelaskan apa pelajar boleh buat di akhir satu-satu unit pengajaran.:

Model pengajaran :Model pengajaran adalah satu panduan kepada guru bagi menghasilkan satu sesi p & p yang menyeronokkan dan memotivasikan murid-murid selain untuk mengukur sejauh mana keberkesanaan penggunaannya terhadap murid-murid. :

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

31

PENILAIAN KENDIRI

1. Berikut adalah definisi pembelajaran kecuali i

A.

Pembelajaran ialah perubahan potensi tingkah laku yang lebih kurang tetap dan yang berlaku akibat vahan yang diteguhkan. Pembelajaran merupakan proses pemerolehan kebiasaaan, pengathuan dan sikap. Pembelajaran merupakan semua perubahan atau penyesuaian semula tingkahlaku manusia akibat latihan dan pemerolehan pengalaman. Pembelajaran adalah satu sistem aktiviti yang secara khusus ditujukan kepada murid-murid dengan tujuan membawa perubahan tingkahlaku di kalangan mereka.

B.

C.

D.

Anda mungkin juga menyukai