Anda di halaman 1dari 3

1.

Pengenalan

Dalam merancang pengajaran dan pembelajaran berbagai elemen dan aspek yang perlu difikirkan oleh pendidik dan mereka yang terlibat dengan pengajaran. Harus diingat bahawa elemen yang mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja wujud di dalam kelas malahan terdapat juga di luar bilik darjah. Memandangkan elemen yang perlu

difikirkan terlalu banyak dan meluas, pendidik perlu memikirkan satu reka yang terbaik untuk membina dan merancang pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan bersesuaian.

Reka bentuk pengajaran merupakan mekanisma yang digunakan oleh perancang bagi membina dan merancang dalam segala aspek pengajaran dan pembelajaran. Tanggapan yang menyatakan reka bentuk pengajaran hanya perlu difikirkan oleh pentadbiran pendidikan sahaja adalah tidak tepat. Menurut Yusup Hashim (1998),

kandungan dan corak pembelajaran mestilah dengan kualiti pengajaran dan pembelajaran yang baik. Seorang pendidik akan merancang pengajaran dan pembelajaran sebelum Justeru itu, setiap pendidik seharusnya dapat menguasai reka

memasuki bilik darjah.

bentuk pengajaran bagi menjamin kualiti pembelajaran dan pengajaran yang baik dan berkualiti.

2.0

Perancangan dan Pengajaran Pembelajaran

Pengajaran terancang rapi akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan dan menarik. Begitu juga pengajaran berasaskan media tidak terkecuali memerlukan perancangan yang rapi. perancangan bererti susun atur pengajaran agar pembelajaran dapat berlaku secara berstruktur dan sistematik. Oleh itu, Gagne di dalam Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran oleh Noriati A. Rashid (2009) telah membahagikan penyampaian pengajaran disusun secara berperingkat. yang diutarakan Terdapat Sembilan peringkata penyampaian pengajaran

1. Tarik perhatian pelajar 2. Beritahu pelajar objektif pembelajaran 3. Cungkil dan kaitkan pengetahuan sedia ada pelajar 4. Sampaikan isi pelajaran/bahan pengajaran pembelajaran 5. Bombing pembelajaran pelajar 6. Uji penguasaan pembelajaran pelajar melalui aktiviti 7. Beri maklum balas tentang penguasaan pembelajaran pelajar 8. Taksir pencapaian pembelajaran

9. Tingkatkan ingatan dan pemindahan pembelajaran.

Model ASSURE dapat membantu guru merancang pengajaran yang memanfaatkan penggunaan media. Model ASSURE berfokus kepada perancangan pengajaran pembelajaran sebenar dalam bilik darjah. Model ini dapat membantu guru merancang pengajaran berasaskan media dalam bilik darjah masing-masing.

2.1

Model ASSURE

Sesuatu perancangan pengajaran yang berjaya perlu memenuhi beberapa kriteria. Aplikasi model ASSURE yang mengandungi enam langkah dapat menjamin kejayaan perancangan pengajaran dengan sistematik dan rapi. Langkah-langkah dalam model ASSURE adalah seperti berikut :

Analyse learners (Analisis Pelajar)

State objectives
S (Nyatakan objektif)

Select methods,media and materials (Pilih kaedah,media dan bahan)

Utilize media and materials

U
(Gunakan media dan bahan sumber)

Require learner participation (Libatkan pelajar dalam pembelajaran)

Evalute and revise E (Nilai dan semak)

Anda mungkin juga menyukai