Anda di halaman 1dari 22

HALAMAN PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Nama Tarikh : : Muhamad Faris B. Mohd Yusni : 29 Ogos 2013

PENGHARGAAN Syukur Alhamdulillah kepada Allah s.w.t. kerana telah diizinkan oleh-Nya, maka telah dapat juga saya menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya. Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah pembimbing saya iaitu Pn. Hamidah Bt. Abdul Hamid yang tidak pernah jemu memberi bimbingan, dorongan dan tunjuk ajar tentang bagaimana hendak menghasilkan tugasan ini dengan baik dan sempurna. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang turut sama membantu dalam menyiapkan tugasan ini.Tanpa sokongan dan kasih sayang mereka, mungkin saya tidak dapat menyiapkan tugasan ini kerana ianya memerlukan tenaga, buah fikiran dan wang ringgit. Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan sekelas yang banyak membantu dengan sudi berkongsi maklumat, pendapat dan idea yang bernas demi menyiapkan tugasan ini. Jasa kalian amat saya hargai. Justeru itu, semoga saya memperoleh banyak manfaat dari segi pengetahuan dan pengalaman terutamanya dalam bidang pendidikan semasa menyiapkan kerja kursus ini untuk menjadi seorang guru yang baik pada masa hadapan. Sekian,terima kasih.

ISI KANDUNGAN PERKARA HALAMAN PENGAKUAN PENGHARGAAN PENDAHULUAN TUGASAN A TUGASAN C BIBLIOGRAFI LAMPIRAN BORANG KOLABORASI MUKA SURAT 1 2 4 6 14 17 19 29

PENDAHULUAN Pendidikan adalah satu sistem dinamik yang akan melalui perubahan dari semasa ke semasa bagi memenuhi keperluan dan aspirasi sesebuah negara. Perubahan yang berlaku antaranya adalah untuk menyediakan modal insan yang sejajar dengan perkembangan dunia semasa dalam memastikan sesebuah negara 3

tidak akan ketinggalan dalam aspek perkembangan dan pembangunan peringkat global. Dalam sistem pendidikan di Malaysia, kita telah sedia maklum bahawa perubahan-perubahan yang berlaku memerlukan komitmen daripada semua pihak. Sehubungan dengan itu, pelbagai strategi perlu disusun dan diatur dalam melaksanakan perubahan. Dalam tugasan Guru dan Cabaran Semasa (EDU 3109), guru pelatih dikehendaki menyiapkan tiga tugasan dalam semester ini. Guru dikehendaki menjelaskan secara jelas tentang persediaan diri menjadi guru mata pelajaran yang berkesan di sekolah dalam Tugasan A. Manakala Tugasan B, guru pelatih perlu memberi justifikasi berkaitan bebanan tugas guru di sekolah bersam ahli kumpulan. Akhir sekali, guru pelatih perlu menggunakan pengalaman diri dalam mengawal tekanan emosi dan membuat refleksi berkaitan cara-cara mengatasi tekanan emosi.

TUGASAN A

Skop tugas guru era modenisasi ini dilihat kian mencabar dengan segala kemajuan sains dan teknologi. Dahulu guru hanya mengajar menggunakan chalk and talk, namun kini, perkembangan sains dan teknologi yang pesat telah meletakkan satu perubahan yang besar terhadap pengajaran guru. Kemajuan sains dan teknologi telah mempengaruhi gaya pengajaran guru zaman kini. Begitu juga 5

dengan dasar-dasar kerajaan yang kian berubah menyebabkan guru perlu membuat anjakan paradigma terhadap sistem pendidikan yang ada di negara ini. Kini, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM) telah menggantikan dasar Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 (PIPP). Di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPM, 2012;1-4), tiga objektif utama telah menjadi fokus iaitu ; a) Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia berfokuskan penambahbaikan akses kepada pendidikan, meningkatkan standard (kualiti), merapatkan jurang pencapaian (ekuiti), menggalakkan perpaduan dalam kalangan murid serta memaksimumkan keberkesanan sistem. b) Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistem pendidikan dan setiap murid bagi 13 tahun yang seterusnya sehingga tahun 2025. c) menggariskan program transformasi yang menyeluruh untuk sistem

pendidikan, termasuk perubahan utama dalam Kementerian Pelajaran Malaysia, yang membolehkan sistem ini memenuhi permintaan baharu dan jangkaan yang meningkat serta menyokong transformasi perkhidmatan awam. Objektif yang ingin dicapai di dalam PPPM ini adalah berdasarkan apa yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). PPPM ini adalah satu semangat yang berterusan dalam merealisasikan FPK sehingga berjaya. Sebagai guru, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk merealisasikan apa yang telah dirancang untuk pembangunan pendidikan negara. Peranan guru amatlah penting untuk memastikan apa yang dirancang oleh pihak pelaksana dasar berjaya disampaikan oleh murid. Oleh itu, guru perlulah bersedia dari pelbagai aspek untuk melaksanakan apa yang telah dirancang untuk meletakkan pendidikan di tahap yang lebih profesional. Apakah yang dimaksudkan dengan inovasi? Kamus Dewan Edisi Keempat mendefinisikan perkataan inovasi sebagai sesuatu yang baru diperkenalkan seperti kaedah, sistem, adat dan lain-lain yang baru. Inovasi juga merupakan perihal (tindakan dan sebagainya) mengadakan, memulakan dan sebagainya sesuatu yang 6

baru. Menurut Zainal Haji Awang (2008), Inovatif bermaksud suatu tindakan bagi mengada atau memulakan sesuatu yang baru. Manakala Ronger E. Miller (1971) menyatakan bahawa inovasi merupakan idea, amalan atau objek yang di anggap baru oleh seseorang. Dalam konteks sekolah, guru perlu bersifat inovasi dan memainkan peranan yang penting dalam merealisasikan aspirasi Kementerian Pendidikan untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara dan misi membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia. Tan Sri Muhyiddin juga pernah menyebutkan bahawa, "Keutamaan guru berinovasi adalah memastikan murid berupaya menggunakan ilmu yang diajarkan di dalam bilik darjah bukan semata-mata untuk berjaya dalam peperiksaan malah membolehkan mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi di dunia nyata. Tambahan pula, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menyatakan bahawa guru berinovasi antara lainnya mampu menyediakan persekitaran pembelajaran paling kondusif dan memberi ruang seluas-luasnya kepada murid untuk mengasah kebijaksanaan berfikir. Dalam artikel berkenaan, Timbalan Perdana Menteri juga berpandangan bahawa guru berinovasi juga termasuklah guru yang berupaya menilai pencapaian dan potensi murid secara holistik serta sentiasa mengambil langkah proaktif untuk meningkatkan kecemerlangan murid supaya dapat bersaing di dunia yang semakin mencabar. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, holistik membawa makna bersifat saling berkait antara satu sama lain sebagai satu sistem bersepadu yang menyeluruh, bukan sekadar menyentuh aspek-aspek tertentu sahaja. Di dalam bilik darjah, kepimpinan guru menjadi aspek utama untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan berkualiti. Dengan kepimpinan guru yang berkesan di dalam kelas, segala teori-teori pengajaran dapat diaplikasikan di kepada murid-murid dengan lancar. Lashway (2002), telah membincangkan peranan kepimpinan guru untuk menjana keberkesanan pengajaran dan pembelajaran daripada program Leading Learning Communities yang dibangunkan oleh National Association of Elementary School Principals (NAESP). NAESP telah merumuskan peranan kepimpinan guru untuk menjana keberkesanan pengajaran dan pembelajaran iaitu; dengan mendorong murid-murid supaya mengutamakan usaha belajar; menentukan harapan pada pencapaian yang tinggi; menyesuaikan kandungan pengajaran dan pembelajaran ke arah piawaian yang standard; menggunakan pelbagai sumber data untuk menilai pembelajaran; 7

dan mengaktifkan sokongan komuniti atau pihak yang berkepentingan stake holder untuk kejayaan sekolah. Transformasi pendidikan telah menyebabkan berlaku penggubalan semula kurikulum sekolah. Kini, Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Menengah (KSSR & KSSM) menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dan Menengah (KBSR & KBSM). Fokus KSSR adalah untuk memastikan selepas enam (6) tahun persekolahan murid mencapai standard pengetahuan, kemahiran dan nilai yang ditetapkan bagi setiap tahap. KSSR memberi penekanan kepada 4M iaitu kemahiran membaca, menulis, mengira dan menaakul. Kemahiran menaakul adalah keupayaan membuat pertimbangan dan penilaian dengan menggunakan akal atau logik. Salah satu fokus KSSR iaitu menaakul memerlukan guru mengubah cara pengajaran supaya pengajaran yang dilakukan dapat memberi peluang kepada murid untuk berfikir mengenai apa yang dipelajari, bukan hanya belajar tetapi tidak memahami apa yang dipelajari. Inovasi dari aspek pengurusan bilik darjah yang kondusif menurut Noriati A. Rashid (2010) membawa kepada perubahan dari aspek pendekatan berpusatkan murid, kemudahan pengajaran dan pembelajaran dan landskap maklumat. Oleh yang demikian, perubahan daripada pengajaran tradisional yang lebih berpusatkan guru perlu diubah agar bersesuaian dengan kehendak semasa. Seseorang guru efektif atau berkesan semestinya mempunyai kecekapan yang mendalam dalam bidang atau subjek yang diajar. Guru perlu mempunyai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang komprehensif terhadap bidangnya. Guru seharusnya sentiasa meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam subjek diajar agar sentiasa kemaskini, menarik, bertenaga dan inspirasional. Seperti yang kita tahu, ada kalanya murid akan bertanya perkara melebihi sukatan pelajaran atau kurikulum yang terdapat dalam buku teks. Sekiranya guru berkebolehan menjawab dengan tepat bersama fakta dan bukti kukuh, pasti akan menimbulkan minat, keyakinan dan kecenderungan murid untuk mengikuti lanjutan topik tersebut. Lebih menarik dan efektif sekiranya guru dapat menghidupkan ilmu berkenaan dan mengaitkan dalam kehidupan murid. Murid akan melihat dan menilai ilmu yang dipelajari adalah berguna untuk dirinya pada masa ini dan akan datang. Selain itu, murid-murid memerlukan cara, kaedah, teknik dan gaya pengajaran dan pembelajaran yang berubah-ubah. Jika guru masih menumpukan kepada kaedah lama dan tradisional, adalah tidak mustahil sekiranya masalah malas 8

belajar, ponteng sekolah, kurang minat belajar dan sifat membenci guru akan tetap berterusan (Mohd Izranuddin, 2006). Pengajaran yang berpusatkan murid merupakan suatu pendekatan terkini yang berkesan dan dapat menggalakkan murid untuk berfikir pada aras tinggi. Antara kaedah pembelajaran yang boleh digunakan ialah inkuiri penemuan, pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran berasaskan masalah dan pembelajaran berasaskan main. Dengan penglibatan pelajar secara aktif dalam bilik darjah akan dapat membina pertumbuhan dan perkembangan fizikal, emosi, mental dan sosial pelajar itu sendiri. Dari sudut pengajaran dan pembelajaran pula, kemudahan harus dipelbagaikan dan ditambah oleh guru bagi memenuhi kepelbagaian bakat dan kecerdasan murid di samping meningkatkan kebolehan murid untuk merancang, mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri, mencipta dan berkarya. Kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang menitikberatkan kepelbagaian latar belakang dan sosiobudaya murid membolehkan pengalaman dan pengetahuan sedia ada murid dikaitkan dengan pengalaman baharu yang hendak dibina. Perubahan landskap maklumat sudah tentu mengalami perubahan dengan perkembangan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Hal ini meliputi kualiti pusat sumber yang menjadi pusat Literasi Maklumat di sekolah. Guru perlu bertindak untuk memainkan peranan dalam mengurus pusat sumber dengan sehabis baik bagi membolehkan murid belajar untuk memperoleh kemahiran mengakses maklumat, membuat penelitian bahan, memahami bahan serta proses pemilihan dan memproses bahan. Bagi pendapat saya, guru inovasi masa kini perlu berkemahiran tinggi dari aspek Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) memandangkan pada abad ini, negara berdepan dengan cabaran globalisasi, liberalisasi, pengantarabangsaan dan pengembangan TMK. Untuk mengekalkan ciri seorang guru yang berkualiti dan berkesan, seseorang guru itu perlu berusaha dengan sentiasa menggunakan aplikasi IT dalam pengajaran dan pembelajaran. Suatu yang tidak dapat dinafikan bahawa kesediaan para guru meningkatkan sifat inovatif dalam diri berupaya membantu sistem pendidikan negara mencapai tahap sistem pendidikan bertaraf dunia. Salah satu hasrat Kementerian Pendidikan adalah ingin meletakkan profesion guru menjadi profesion yang international setanding dengan profesion-profesion lain. Kebelakangan ini juga dilihat anjakan paradigma berlaku secara besar-besaran terhadap bidang perguruan antaranya adalah menaik taraf institusi-institusi 9

pendidikan guru, meningkatkan kemahiran ikhtisas guru, menyediakan programprogram pembangunan guru, menyediakan latihan khusus untuk guru senior, rombakan pengurusan pendidikan dan sebagainya. Semua yang dilakukan oleh pihak kerajaan adalah semata-mata untuk memastikan bahawa profesion perguruan mempunyai standardnya tersendiri bagi memastikan transformasi yang berlaku di dalam pendidikan berlaku secara seiring antara murid dan guru. Untuk memastikan guru sentiasa maju setapak ke hadapan, guru perlulah sentiasa melakukan perubahan terhadap teknik pengajarannya. Guru perlu menilai pengajaran atau amalan reflektif setiap hari untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan yang wujud semasa pengajaran berlaku. Di sinilah guru boleh menambah baik pengajarannya dari semasa ke semasa. Setiap guru perlulah mempunyai inisiatifnya tersendiri untuk melaksanakan kajian terhadap pengajaran yang telah dilakukan kerana dengan membuat penyelidikan dan penyiasatan, guru dapat meningkatkan pemahaman tentang teori pembelaajaran yang menjadi pegangan, merealisasikan nilai-nilai pendidikan di dalam bilik darjah. Guru yang sentiasa melakukan penyelidikan terhadap pengajarannya, akan memberikan impak yang cukup besar terhadap pembangunan intelek, jasmani, rohani dan emosi murid-muridnya malah dapat memberikan kesan kepada pihak sekolah seterusnya kepada sistem pendidikan itu sendiri. Kualiti pendidikan seorang guru terhadap anak didiknya menentukan hasil proses pembelajaran yang efektif. Untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti, guru dituntut untuk memiliki kemampuan yang cukup. Tanpa kemampuan yang cukup, sukar bagi bagi guru untuk menjayakan pembelajaran berkualiti (Cicih Sutarsih,2012) Pendekatan guru sebagai penyelidik akan memberi ruang kepada guru untuk merancang sendiri inovasi seterusnya memerhati dan menilai sendiri tindakan yang dilaksanakan (Noraini Idris dan Shuki Osman, 2009). Tambahan pula, guru harus sentiasa membaca buku ilmu pendidikan, mengikuti kursus peningkatan ilmu profesionalisme keguruan serta menghadiri seminar atau konvensyen pendidikan di dalam atau luar negeri. Melalui program-program sebegini, guru akan keluar daripada amalan pengajaran dan pembelajaran yang lapuk dan mereka didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran pedagogi terkini. Secara keseluruhannya, pembacaan yang luas dalam dalam pelbagai bidang memberi keyakinan kepada seseorang guru untuk menyampaikan pengajaran dengan berkesan.

10

Untuk menjadi guru mata pelajaran yang berkesan, guru perlu bersedia dan merancang pengajaran sebelum memasuki bilik darjah. Terdapat beberapa kepentingan persediaan mengajar dalam perancangan pengajaran. Di antaranya ialah, ia membolehkan guru menentukan objektif pengajaran yang sesuai dengan sukatan pelajaran dan kebolehan murid. Selain itu, guru juga dapat menentukan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai dengan objektif pengajaran serta dapat membantu guru memilih bahan dan sumber serta aktiviti yang sesuai. Guru juga dapat memastikan semua isi pelajaran dapat disampaikan kepada murid dengan baik. Persediaan mengajar penting dalam memberi keyakinan kepada guru-guru, terutamanya guru-guru baru serta memastikan pengajaran lebih sistematik dan berkesan dari segi pengawalan kelas, penggabung jalinan dan penyerapan secara terancang. Guru perlu berfikiran kreatif dan inovatif. Hal ini kerana guru yang kreatif dan inovatif dapat mencetuskan idea baru dan dapat menterjemahkan kehendak serta matlamat kurikulum dengan menggunakan kaedah, pendekatan dan strategi pengajaran serta pembelajaran yang kreatif dan inovatif. Kecekapan guru mengadaptasikan pembaharuan dan inovasi dalam pengurusan akan menjadikan mereka sebagai guru yang cemerlang dan disukai murid. Guru-guru juga perlu lebih kreatif mencari pembaharuan untuk mempelbagaikan lagi kaedah pengajaran dalam setiap topik pengajaran khususnya mata pelajaran Matematik. Guru boleh menyediakan aktiviti yang menarik untuk murid-murid serta menyediakan bahan bantu mengajar (BBM) yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran. Malaysia merupakan negara majmuk yang mempunyai pelbagai bangsa, fahaman agama dan budaya. Oleh sebab itu Malaysia dikatakan sebuah negara yang unik dari segala aspek. Atas perbezaan inilah kadangkala rakyat sedikit sebanyak mempunyai masalah untuk penyesuaian diri kerana di negara ini, setiap suku kaum bebas mengamalkan budaya mereka sendiri. Nejamah Mohd Yusof (2005) menyatakan dalam kalangan negara-negara yang penduduknya terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik seperti Amerika Syarikat, England, Switzerland, Belanda, India, Indonesia, Australia dan Malaysia menghadapi pelbagai cabaran serta kesulitan dalam usaha mengintegrasikan rakyatnya. Keadaan ini menjadi semakin sukar dan rumit jika setiap kumpulan etnik mahu mengekalkan identiti masing-masing dan tidak mahu menerima satu identiti nasional yang dapat mewujudkan perpaduan antara pelbagai kumpulan etnik. 11

Hal ini dilihat memberi impak yang besar terhadap sistem pendidikan di Malaysia. Selepas Malaysia mencapai kemerdekaannya, perubahan sistem pendidikan dilihat berubah paling ketara terutamanya dari segi sistem persekolahan. Jika dahulunya sebelum merdeka sistem sekolah adalah mengikut kaum masing masing, tetapi telah berubah dengan menggabungkan semua kaum di dalam satu sekolah yang kini dipanggil Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) hasil daripada laporan Barnes 1950. Laporan Barnes 1950 telah menjadi penggerak perubahan kedudukan pendidikan orang Melayu kerana telah bangkit kesedaran semangat nasionalisme selepas tamat Perang Dunia II pada tahun 1946 (Shahril @ Charil Marzuki & Habib Mat Som, 1999) Perubahanperubahan yang berlaku di dalam pendidikan memberikan kesan yang besar kepada peranan guruguru di Malaysia. Guruguru di sekolah kini bukan sahaja berperanan sebagai pengajar sematamata tetapi juga berperanan sebagai agen sosialisasi dalam menyatupadukan murid yang pelbagai kaum. Peranan guru ini amat penting bagi mewujudkan interaksi sosial antara muridmurid yang pelbagai kaum, mewujudkan kerjasama yang utuh, dan juga mewujudkan rasa kebergantungan murid di antara satu sama lain. Jika ketigatiga aspek ini wujud di dalam bilik darjah, sudah tentu pembelajaran akan berlangsung dengan berjaya kerana gurulah yang akan membentuk dan mempengaruhi persekitaran serta serta proses pembelajaran ke peringkat yang lebih signifikan (Akhiar Pardi et.al, 2012). Untuk memastikan proses komunikasi berlaku, komunikasi dua hala perlu diwujudkan oleh guru sama ada komunikasi itu antara guru dan murid ataupun murid dan murid di dalam pengajarannya. Komunikasi amatlah penting terutamanya kepada murid yang mempunyai perbezaan kaum kerana komunikasi dua hala memberi peluang kepada penutur menilai sama ada mesej yang dihantarnya dapat diterima oleh penerima atau sebaliknya. Komunikasi dua hala juga memberi ruang kepada penutur untuk menilai ketepatan mesej yang diterima oleh penerima mesej (Mohd Yusop Ab.Hadi, Baharom Mohamad, Jamaludin Hashim, Abdul Rashid Razzaq, 2008). Oleh itu, murid dapat memahami apa yang disampaikan oleh guru, dan secara tidak langsung, dapat mengenali rakan rakannya di antara satu sama lain seterusnya dapat memupuk keharmonian pembelajaran di bilik darjah. Sebelum memulakan sesuatu pekerjaan, kita sebagai manusia harus bersedia dari aspek fizikal dan mental. Persediaan penting bagi menghadapi sebarang keadaan di mana kita tidak tahu sebarang kemungkinan dan situasi yang 12

bakal terjadi. Bagi seorang guru, persediaan mengajar amat penting di mana ia dapat menentukan tahap profesionalisme guru tersebut bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan mengelakkan keadaan yang tidak diingini daripada berlaku terutamanya terhadap murid. Peranan guru sebagai inovator penting dalam usaha melahirkan generasi memenuhi ciri-ciri modal insan holistik iaitu modal insan yang sejajar dengan perkembangan peringkat global dan memiliki peribadi unggul, menjunjung budaya bangsa dan negara.

13

TUGASAN C

REFLEKSI Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, tekanan emosi bermaksud. gangguan emosi akibat konflik yang tidak dapat diselesaikan dan dicirikan dengan keresahan sama ada melalui pertuturan atau perlakuan tertentu. Tekanan emosi tidak dapat dielakkan oleh semua manusia di atas muka bumi ini. Dalam konteks sebagai guru 14

pelatih juga tidak dapat elak daripada masalah ini. Hal ini kerana guru pelatih sering mengalami gangguan atau tekanan emosi berpunca daripada bebanan kerja kursus dan projek, masalah, keluarga, wang dan hubungan dengan rakan-rakan Walau bagaimanapun, saya ingin berkongsi cara-cara saya menguruskan tekanan emosi semasa belajar di IPG Sultan Abdul Halim. Cara pertama ialah melakukan ibadah. Seperti kita tahu, sudah menjadi satu lumrah manusia mempunyai agama dan kita akan kembali kepada Maha Pencipta dengan mendirikan solat, berdoa, berzikir dan membaca al-Quran. Alhamdulillah, cara ini amat mujarab dan berkesan kepada saya dalam mengawal tekanan emosi. Selain itu, saya juga telah mengurangkan tekanan emosi dengan melakukan aktiviti melibatkan fizikal atau bersukan dan berekreasi. Melalui cara ini, saya juga dapat melakukan satu aktiviti yang menyihatkan badan dan merncerdaskan minda. Tekanan yang dihadapi semakin terkawal kerana sukan merupakan aktiviti yang menyeronokkan dan menenangkan fikiran bagi saya. Contoh aktiviti yang sering saya lakukan bagi mengurangkan tekanan dan ingin sarankan ialah futsal, paintball, boling dan berkelah. Di samping itu, terapi muzik juga merupakan medium berkesan dalam mengurangkan tekanan. Walau bagaimanapun, pemilihan lagu juga harus bersesuaian dengan minat kita. Muzik yang sesuai boleh mengurangkan tekanan darah, melegakan badan dan mententeramkan minda saya. Jenis muzik yang terbaik bagi saya ialah muzik yang dapat menaikkan kembali semangat saya untuk belajar. Tambahan pula, saya juga mengamalkan dan mengaplikasikan sistem jadual belajar yang sistematik. Hal ini sangat penting kerana kebanyakan guru pelatih yang menghadapi masalah masa dan bebanan tugasan berpunca daripada tiada perancangan jadual belajar. Melalui jadual yang sistematik, saya dapat belajar dan menyiapkan sesuatu tugasan mengikut masa yang ditetapkan. Seperti yang kita tahu, guru pelatih Ipg telah menerima elaun sebanyak RM 3800.00 hingga RM 4400.00 untuk 6 bulan. Jumlah elaun ini sebenarnya sudah mencukupi untuk setiap guru pelatih. Sekiranya tiada perancangan yang betul, maka elaun tersebut akan digunakan dengan perkara sia-sia. Situasi ini amat saya akui dan terjadi pada diri saya sendiri. Sebagai kesan, dua bulan terakhir dalam semester merupakan bulan-bulan yang amat menekankan guru pelatih. Kita tidak dapat menggunakan elaun tersebut untuk perkara penting seperti perbelanjaan makan 15

minum, alat tulis dan perkara-perkara emergency. Perkara emergency boleh saya huraikan sebagai musibah, kemalangan dan penyakit yang berlaku secara tiba-tiba dan di luar jangkaan kita semasa guru pelatih mempunyai masalah kewangan, Oleh yang demikian, saya telah mengambil pengajaran dan menerima nasihat daripada ibu bapa saya supaya mempunyai simpanan lain seperti ASBN. perkara ini amat membantu saya dari segi kawalan perbelanjaan dan mengelakkan tekanan-tekanan yang merunsingkan saya ketika masih bergelar pelajar atau guru pelatih. Sebagai tuntasnya, setiap manusia mempunyai cara tersendiri untuk mengatasi segala tekanan dalam hidup mereka. Setiap masalah itu sebenarnya ada jalan penyelesaiannya. Walau bagaimanapun, kita juga perlu berusaha menyelesaikan dan mengatasi segala tekanan dengan segera supaya tidak memudaratkan diri dan mengganggu fokus kita untuk belajar.

16

BIBLIOGRA FI

BIBLIOGRAFI

17

Akhiar Pardi et.al (2012). Asas Kepimpinan & Perkembangan Profesional Guru . Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn.Bhd. Choong, L. K. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku . Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Haliza Hamzah, Nesamalar, J. S. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pelajaran Malaysia (2012), Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 Noriati A. Rashid, Boon, P.Y., Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2009). Murid dan Alam Belajar. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Noriati A. Rashid, Boon, P.Y., Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Zuraidah A. Rashid (2010). Guru dan Cabaran Semasa. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Syed Ismail Syed Mustapa, Ahmad Subki Miskon. (2010). Asas Kepimpinan & Perkembangan Profesional. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Berita Harian Online. (16 Mei 2012). Guru berinovasi adalah guru berkualiti: Muhyiddin. Diakses ruberkualiti_Muhyiddin/Article Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. (2012). Khutbah Jumaat 19 Jamadilakhir 1433h Guru Penjana Inovatif Pendidikan. Diakses pada 11 Ogos 2013 daripada http://www.jheains.sabah.gov.my/downloads1/Khutbah-Jumaat/Tahun2012/05-Mei/11-Mei-2012.pdf Laman Web Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia. Diakses pada 11 Ogos 2013 daripada http://www.moe.gov.my/ Shahira Ramli (2012). Isu 3: Guru Inovatif Melonjakkan Prestasi Negara. Dilayari pada 13 Ogos 2013 daripada http://gurucakna.blogspot.com/2012/09/isu-2guru-inovatif-melonjakkan.html pada 10 Ogos 2013 daripada http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Guruberinovasiadalahgu

18

LAMPIR AN

19

20

BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS NAMA PELAJAR KUMPULAN MATA PELAJARAN NAMA PENSYARAH TARIKH 28.07.2013 : MUHAMAD FARIS B. MOHD YUSNI : PISMP-MT SEMESTER/PERINGKAT: 8 : GURU DAN CABARAN SEMASA : PN. HAMIDAH BT. ABDUL HAMID CATATAN Tugasan perlu dihantar selewatlewatnya pada 29.08.2013. T/TANGAN

PERKARA YANG DIBINCANGKAN Menerima soalan tugasan dan taklimat daripada pensyarah mata pelajaran- Pn. Hamidah bt. Abdul Hamid. Memahami kehendak soalan tugasan

01.08.2013

Membuat jadual pelaksanaan tugas

04.08.2013 hingga 14.08.2013

Merujuk buku nota.

Melihat langkahlangkah menyelesaikan soalan tugasan.

15.08.2013 hingga 25.08.2013

Menyediakan draf

Menjawab soalan Membuat jadual data Melakarkan graf Membuat rumusan Membetulkan ejaan Menyusun maklumat mengikut

26.08.2013

Membuat semakan draf

21

keutamaan 27.08.2013 hingga 28.08.2013 Menyusun tugasan Segala maklumat telah lengkap Tugasan telah dijilidkan dengan kemas 29.08.2013 Menghantar tugasan yang lengkap.

22

Anda mungkin juga menyukai