1.0
Pengenalan Perkataan olahraga berasal daripada perkataan Greek athlos yang bermaksud
bertanding. Olahraga juga boleh dibahagikan kepada acara balapan dan acara padang. Ia adalah aktiviti fizikal yang bersifat saingan antara individu atau kumpulan. Ianya juga melibatkan beberapa acara berlainan yang berasaskan kepada pergerakan-pergerakan semula jadi seperti berlari, melompat dan membaling. Menurut Abdul Latif,pada zaman klasik olimpik kuno, acara olahraga agak keras dijalankan, lebih mencabar dan tidak tersusun. Lama-kelamaan ia menjadi lebih teratur sehinggalah pada tahun 1896 apabila bermulanya Sukan Olimpik Moden pertama di Athens dan diikuti dengan tertubuhnya Pertubuhan Olahraga Amatur Antarabangsa atau IAAF pada tahun 1912. Pada masa itu ia merupakan badan tertinggi yang bertanggungjawab ke atas setiap aktiviti dan kejohanan olahraga di dunia. Setiap negara termasuk Malaysia boleh bergabung di dalam persekutuan ini iaitu melalui persatuan di negara masing-masing. Setelah itu, sukan olahraga telah diubahsuai dan diperkembangkan secara lebih sistematik sehingga kini. Olahraga yang dikelolakan pada bentuk awal secara tersusun telah dikenali berlaku pada zaman klasikal terutamanya Sukan Olimpik Kuno.. Nilai pendidikannya dan peranannya dalam peningkatan keadaan fizikal telah menyebabkan olahraga dipraktikkan di semua negara. Berlari, melompat dan melontar atau membaling adalah perlakuan semula jadi manusia yang melambangkan keupayaan dan kemahiran asas manusia sebagai insan yang mempunyai fikiran. Kemahiran-kemahiran ini telah diperkembangkan dan diperbaiki sehingga menjadi acara sukan yang seterusnya dipertandingkan. Sukan ini berjaya mewujudkan sifat-sifat positif dalam diri seseorang seperti sifat ingin berlumba, berazam, berjaya serta mewujudkan semangat sepasukan dan perkembangan personaliti. Kebolehan manusia ini telah menjadi suatu acara pertandingan yang menarik dari semasa ke semasa sehingga mampu menarik minat ramai orang dari serata dunia sejak turun-temurun lagi. Daripada itu, maka istilah olahraga (atlhetics) yang merangkumi acara-acara berlari, melompat dan melontar wujud. Mereka yang terlibat dengan acara ini dikenali sebagai olahragawan (lelaki) dan olahragawati (wanita). Berdasarkan catatan Sejarah, olahraga dipercayai bermula lebih kurang 1000 tahun sebelum Masihi di Greece Kuno. Wajarlah dipercayai bahawa olahraga merupakan salah satu sukan yang tertua di dunia. Menurut catatan dalam buku The Encyclopedia of Sports, acara pertama yang dicatatkan sebagai sukan ialah
Olahraga 2
lompat jauh iaitu oleh ahli sukan Sparta yang bernama Chionis pada Sukan Olimpik tahun 656 sebelum Masihi. Sukan olahraga di England telah berjaya dihidupkan oleh Royal Military College di Sandhurst yang telah mengadakan temasya sukannya pada tahun 1812. Lima tahun kemudian, kelab olahraga yang pertama iaitu The Necton Guild ditubuhkan. Sebuah kelab olahraga peringkat universiti telah ditubuhkan oleh Oxford University pada tahun 1850, iaitu Exeter College Athletic Club dan kelab ini masih wujud sehingga sekarang. Amateur Athletic Club di England telah mengadakan Kejohanan Olahraga Kebangsaan yang pertama di dunia pada tahun 1866. Sambutan penduduk dunia terhadap sukan olahraga terus meningkat dari semasa ke semasa.
Olahraga 3
1.1
Olahraga antarabangsa
Mengikut catatan sejarah, olahraga dipercayai bermula pada 3000 tahun yang lampau di Greece.Oleh itu ianya boleh dianggap sebagai acara sukan yang tertua di dunia.Mengikut catatan, Sukan Olimpik kuno bermula tahun 776 S.M di Greece.Mengikut The Encyclopediaof Sports acara pertama yang dicatatkan sebagai sukan olahraga ialah lompat jauh dimana ahli sukan Sparta iaitu Chionis berjaya melompat sejauh 23 kaki 1 inci pada Sukan Olimpik 656 S.M. Peringkat awal sukan olahraga melibatkan orang-orang Yunani dan Roman yang cenderung kepada permainan-permainan membaling, sukan kereta kuda lumba, gusti, serta sukan pertempuran. Di zaman pertengahan anak-anak lelaki kepada orang orang bangsawan akan dididik untuk berlari, melompat dan bergusti, sebagai tambahan kepada menunggang, berlawan tombak dan latihan senjata. Olahraga bermula dari Sukan Olimpik Moden yang telah diadakan buat kali pertama di Greece tahun 1896. Sukan ini dianjurkan oleh Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa yang bergabung dengan Majlis Olimpik Antarabangsa dan ia diadakan empat tahun sekali. Sukan ini tidak mungkin wujud kembali jika tiada orang yang bernama Baron Pierre de Coubertin menerajuinya. Pada Sukan Olimpik yang pertama itu sebanyak 295 atlit telah menyertainya. Olahraga merupakan elemen yang paling penting dalam sukan Olimpik Moden. Ia dipraktikkan di semua negara kerana nilai pendidikannya dan peranannya boleh memberi peningkatan kepada fizikal individu. Ia juga merupakan asas yang diperlukan untuk prestasi optimum dalam sukan lain. Tambahan pula ia menawarkan peluang kepada penyelidik untuk mengkaji pergerakan manusia. Di England sukan olahraga telah dihidupkan oleh Royal Military College di Sandhurst dimana temasya sukan bermula pada 1812.Kemudian Kelab Olahraga yang pertama ditubuhkan iaitu The Necton Guild. Setelah itu semakin banyak kelab olahraga yang ditubuhkan dan ada kelab olahraga peringkat universiti yang ditubuhkan iaitu pada tahun 1850
Olahraga 4
di Oxford University, Exeter College Athletic Club. Manakala kejohanan kebangsaan yang pertama ialah pada tahun 1866 dianjurkan oleh Amateur Athletic Club di England. Seterusnya kejohananan antarabangsa yang pertama diadakan pada tahun 1876 antara England dan Ireland.Menjelang abad ke-20 ramai atlit Amerika Syarikat telah mampu mencatatkan prestasi yang memberangsangkan. Namun begitu atlit dari negara Eropah lain juga turut cemerlang dalam acara-acara olahraga. Ternyata kebanyakkan peserta dari negara Amerika Syarikat ialah berketurunan Negro.Sememangnya ketika itu atlit dari Asia dan Afrika masih belum mampu menyaingi kemampuan atlit dari Eropah.Tetapi kini senario tersebut telah berubah dan boleh dikatakan atlit Asia dan Afrika dianggap setaraf dengan atlit Eropah. Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa telah ditubuhkan pada tahun 1912.Kewujudan IAAF telah menggerakkan program-program olahraga yang telah diubahsuai dan diperkembangkan secara berterusan.Selepas itu semua negaraboleh menganggotai badan tertingi sukan olahraga dunia ini.Peranan IAAF ialah sebagai penasihat dan pengiktiraf kepada semua perjumpaan sukan terbesar ini.Persekutuan ini adalah satu-satunya badan atau pertubuhan yang boleh mengiktiraf sebarang rekod ataukejayaan yang dicapai oleh atlit.Segala peraturan dan undang-undang yang berkaitandengan olahraga adalah dibawah tanggungjawab IAAF. Dalam menjaminkejayaan sesuatu penganjuran sukan, perancangan dan pengurusan yang licin, bersistem dan berkesan amat diperlukan dan membuahkan hasil iaitu prestasi yang baik. Bermula dari peringkat sekolah, mereka yang terpilih akan mengambil bahagian pula di peringkat daerah, zon, negeri, kebangsaan sehinggalah ke peringkat antarabangsa. Pada peringkat awal wanita-wanita tidak dibenarkan menyertai acara balapan dan acara padang Sukan Olimpik sehingga tahun 1928. Setelah itu banyak kejayan yang diperolehi atau dilihat pada Sukan Olimpik. Contohnya pada 1992 di Barcelona lebih dari 135 negara yang menyertai sukan ini. Cogan kata bagi Sukan Olimpik ialah Perkara yang penting didalam sukan bukanlah kemenangan, tetapi mengambil bahagian seperti perkara yang penting dalam hidup ialah berusaha. Berdasarkan kepada cogan kata inilah banyak negara yang telah menyertainya walaupunamat sukar untuk mencapai sesuatu kemenangan.
Olahraga 5
1.2
Pada tahun 1906 Sukan olahraga dipertandingkan secara teratur dan formal dan pada tahun tersebut Perak Athleticns Association (PAA) ditubuhkan di Taiping, Perak, oleh pegawaipagawai British yang bertugas di Malaya. Pada tahun yang sama juga kejohanan olahraga yang pertama di Malaysia di adakan di Padang Ipoh. Selama lima puluh tahun kejohanan peringkat kebangsaaan dikelolakan di atas padang rumput dan Padang Ipoh dianggap padang yang terbaik di Malaya. , Stadium Bandaraya Pulau Pinang mula dibina pada tahun 1932, yang menjadikannya stadium yang pertama di negara kita. Namun begitu trek bitumen hanya wujud pada tahun 1957 di stadium tersebut. Malaya mengambil bahagian dalam pertandingan olahraga di peringkat antarabangsa pada kali pertama dalam pertandingan Empires Games di Cardiff, Great Britain pada tahun 1948. Empires Games ditukarkan menjadi Commonwealth Games atau Sukan Komanwel apabila kebanyakan negara yang di bawah jajahan Great Britain mencapai kemerdekaan, temasuklah negara kita pada tahun 1957. Negara kita menyertai acara olahraga di Kejohanan Sukan Olimpik buat kali pertama pada tahun 1956 di Melbourne, Australia.Kita juga mengambil bahagian dalam acara olahraga buat kali pertama di Sukan Asia ke-4 di Jakarta pada tahun 1962. Pada peringkat antarabangsa Malaysia telah menganjurkan beberapa kejohanan besar di. Selain daripada Sukan SEA atau asalnya dipanggil Sukan SEAP, Malaysia telah menganjurkan Kejohanan Balapan dan Padang Asia pada tahun 1991. Sukan Komanwel 1998 adalah menjadi kemuncak penglibatan ramai jaguh antarabangsa bertanding dalam arena olahraga semasa Malaysia menjadi tuan rumah. Di peringkat sekolah, kejohanan olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia telah menganjurkan kejohanan olahraga yang pertama pada tahun 1958, iaitu pada tahun Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia ditubuhkan.Semenjak itu, kejohanan olahraga MSSM diadakan pada setiap tahun secara bergilir-gilir antara semua negeri di Malaysia.
Olahraga 6
2.0
Acara Olahraga
Sukan olahraga kini dikenali sebagai acara balapan dan padang merupakan sejenis sukan yang menarik dan amat berlainan daripada sukan-sukan lain. Ini disebabkan dalam olahraga terdapat banyak acara baik untuk lelaki mahupun wanita, dan acara-acara ini sama ada secara perseorangan ataupun berpasukan. Acara yang dimaksudkan dengan padang ialah yang melibatkan penyertaan di kawsan padang seperti lontar peluru, lompat jauh, lompat tinggi, merejam lembing, lompat bergalah dan sebagainya. Manakala acara balapan ialah penyertaan di trek seperti lari 100 meter, 200 meter, lari berganti-ganti, lari berpagar dan sebagainya. 2.1 BALAPAN
Di negara kita boleh dikatakan di setiap stadium disediakan balapan mengelilingi padang bola. Ini memudahkan mana-mana pihak untuk menganjurkan sesuatu kejohanan atau perjumpaan olahraga. Biasanya balapan yang mengandungi Iapan lorong disediakan. Balapan diperbuat daripada bitumen dan ada pula daripada tartan. Setiap lorong balapan sejauh 400 meter . Di sekolah atau daerah, kebanyakan balapan dibuat apabila perjumpaan olahraga diadakan. Begitu juga dengan kemudahan untuk acara-acara padang. Bahagian atau kawasan tertentu di dalam padang dikhaskan bagi semua acara padang. Setiap pihak penganjur akan berusaha mengadakan kemudahan ini sebaik mungkin mengikut kesesuaian atau peringkat perjumpaan itu. Pihak penganjur sukan hendaklah memastikan supaya semua acara yang akan dipertandingkan dalam sesuatu acara balapan dapat dijalankan dengan baik dan sempurna. Persediaan awal yang merangkumi peralatan dan kemudahan untuk setiap acara hendaklah diberi perhatian. Salah satu kemudahan yang utama ialah balapan yang bakal diadakan dalam perjumpaaan itu. Berikut adalah acara balapan dalam olahraga:
Kategori
1. Lari Jarak dekat 100 m 200 m
Acara
Peserta
Lelaki / Wanita Lelaki / Wanita
Olahraga 7
400 m
Lelaki / Wanita
2.
3.
Lari Jarak Jauh 3000 m 5000 m 10,000 m Wanita Lelaki / Wanita Lelaki
4.
Lari berhalangan
3000 m 100 m
5.
Lari berpagar
110 m 400 m
6.
Lari berganti-ganti
4 x 100 m 4 x 400 m Lelaki / Wanita Lelaki / Wanita Lelaki / Wanita Wanita Lelaki Wanita Lelaki / Wanita Lelaki
7. 8. 9. 10.
ACARA-ACARA KHAS Jika diperhatikan terdapat beberapa acara yang mempunyai kelainan dipertandingkan sebagai acara olahraga. Oleh sebab ciri-ciri acara ini agak berbeza dan tersendiri maka ia agak sukar
Olahraga 8
untuk dikategorikan sebagai acara balapan atau acara padang. Umpamanya, acara dekathon dan heptathon yang merupakan gabungan ketiga-tiga kumpulan acara tersebut, mungkin juga bcleh dikategorikan sebagai balapan dan juga padang. Begitu juga dengan acara maraton dan lumba jalan kaki. Satu lagi acara yang sering diadakan di peringkat sekolah dan mendapatan sambutan yang menggalakkan ialah tarik tali tetapi di kebanyakan perjumpaan olahraga dunia cara ini tidak diadakan. Di negara kita pertandingan tarik tali lebih merupakan salah satu acara dalam Sukaneka, yang dianggap sebagai sukan sambil bergembira dan bukan pertandingan. Bagairnanapun, sejak beberapa tahun lalu ada pihak yang menganjurkan pertandingan tarik tali secara khusus, dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan. Marathon Acara maraton juga merupakan acara olahraga yang disertai o]eh lelaki dan perempuan. Marathon sering diadakan dalarn perjumpaan olahraga utama dunia, walaupun di negara kita, khususnya di peningkat sekolah tidak diadakan. Marathon adalah acara lan jarak jauh sejauh 26 batu 385 ela diadakan sejak Sukan Olimpik Kuno lagi. Mengikut sejarah. acara ini adalah sempena sejarah Greek Kuno sebagai lambang pembawa berita yang berlari sejauh 26 batu 385 ela sebelum dia meninggal dunia disebabkan keletihan. Acara marathon diadakan di luar kawasan balapan, menggunakan jalar raya biasa. Hanya permulaan dan akhir acara sahaja diadakan di dalam balapan. Disebabkan jarak yang amat jauh. kebanyakan penganjur olahraga mengetepikan acara marathon daripada senarai acara marathon untuk acara ini disamping diadakan secara berasingan. Ada kalanya juga diadakan pada jarak yang lebih dekat dan dinamakan marathon mini. Lumba Jalan Kaki
Dilihat pada nama acara Lumba Jala Kaki adalah sejeni acara berjalan laju yang mungkin juga meupakan gabungan antara aktiviti berjalan dan berlari. Di perigkat sekolah acara irii tidak diadakan kecuali dalam perjumpaan sukan olahraga dewasa sahaja. Terdapat beberapa jarak yang dipertandingkan, khusus untuk lelaki ataupun perempuan. Biasanya lumba jalan kaki diadakan berasingan, bersempena sesuatu peristiwa atau hari-hari perayaan. Perkara penting
Olahraga 9
dalam lumba jalan kaki ialah jarak serta kekerapan membuat langkahan. Kelenturan pergerakan badan dan gabungan ayunan tangan dapat menin~katkan kelajuan. Peserta tidak dibenarkan berlani dalam acara mm. Disebabkan kelajuan langkahan yang ditunjukkan oleh para peserta, penonton seolah-olah beranggapan mereka benlari anak, tetapi sebenarnya tidak. DekathIon Dekathlon adalah gabungan 10 acara yang merangkumi lanian, lompatan dan lontaran. Semua acara ini dijalankan disepanjang dua hari, dan dikhaskan untuk lelaki sahaja. Susunan pertandingan acara adalah seperti berikut. Hari pertama 100 m Lompat jauh Lontar peluru Lompat tinggi 400 m Hari kedua 110 m lari berpagar Lempar cakera Lompat bergalah Rejam lembing 1500 m
Atlit yang menjuarai acara ini sering dianggap sebagai atlit paling lengkap. Perserta yang mengambil bahagian harus menggabungkan kelajuan, kekuatan, kelenturan, keazaman serta semangat kesukanan yang tinggi. Mereka juga marnpu mengekalkan prestasi yang tinggi sepanjang dua hari acara itu dijalankan. Untuk memenangi acara ini secara keseluruhan, peserta perlu mengambil bahagian dalam semua acara. Setiap pencapaian dalam sesuatu acara akan diberkan mata mengikut ketetapan yang digariskan oleh persekutuan Olahraga Amatur Antarabangs(IAAF). Peserta menunjukkan prestasi yang tlnggi sudah tentu memperoleh mata yang tinggi. Mata yang dipungut oleh para pesertata dalam ke semua sepuluh acara itu diumlahkan dan eserta yang memungut mata tertinggi dikira sebagai pemenang.
Olahraga 10
Acara dekathon mi dipercavai ala pada akhir abad ke-19. Ketika itu terdapat 10 acara yang digabungkan, tempoh pertandingan hanva dalam sehari sahaja. Dekathon pertama kali disenaraikan sebagai acara Sukari Olimpik pada tahun 1012 ketika sukan itu diadakan di Stockholm. Ketika itu semua acara ini dijalankan dalam masa tiga hari. Bagaimanapun, kini acara tersebut diadkan dalam tempoh dua han sahaja bagi mengelakkan peserta daripada kemungkinan menjadi bosan dan membebankan. Kini dekatlon merupakan acara tetap dalam setiap perjumpaan olahraga utama dunia. Heptathlon
Heptathlon mierupakan gabungan tujuh acara yang dikhususkan untuk wanita sahaja. Untuk menguji kemampuan para peserta menerusi gabungan ketiga-tiga acara olahraga. Acara heptathlon juga diadakan dalam tempoh dua han. Acara-acara yang terdapat dalam acara heptathlon mi mengikut susunannya adalah seperti berikut: Hari pertama 100 m berpagar Lompat tinggi Lontar peluru 200 m Hari kedua Lompat jauh Rejam lembing 800 m
Seperti dekathlon, pemenang daIam acara heptathlon ditentukan menerusi jumlah keseluruhan mata vang dipungut dalam semua acara yang dipertandingkan. Peserta yang berjava memungut mata terbanyak dikira pemenang. Hanya pemenang keseluruhan diberikan hadiah dan bukan pemenang untuk setiap acara yang dipertandingkan. Pemenang acara ini dianggap sebagai juara keseluruhan bahagian wanita.
Olahraga 11
3.0
Lari Pecut
Lari pecut merupakan larian yang memerlukan teknik yang betul bagi mendapatkan kesan yang sebenar. Contohnya peserta-peserta dunia kebanyakannya menggunakan teknik dan di sapming itu juga mereka mempunyai kelebihannya tersendiri, antaranya mereka mempunyai kaki yang panjang. Lari pecut ini terbahagi kepada beberapa acara iaitu 100 meter, 200 meter dan 400 meter.
3.1 3.1.3
Untuk langkah terakhir atlet haruslah menonjolkan dada ke hadapan sementara lengan tegak ke belakang untuk menyentuh satah tegak tepi garisan penamat.
3.1.4
FASA MULAAN Atlet akan menukar dengan cepat dari posisi pegun ke aksi larian. Tujuannya adalah untuk mencapai langkah pemecutan penuh seberapa cepat yang boleh. 3.1.5 Latihan Ansur Maju
Tujuh hingga lapan langkah yang pertama dipanggil penambahan kelajuan kerana posisi yang diambil oleh atlet dalam fasa ini adalah berbeza daripada permulaan larian. Fasa ini dipanggil pick-up kerana terdapat variasi berlebihan dalam kelajuan pada langkah-langkahnya dalam
Olahraga 12
jarak pendek lebih kurang 10 meter iaitu atlet maju daripada kelajuan kosong kepada lebih kurang 9 meter sesaat. -Kelajuan atlet bertambah sebanyak lebih kurang 30-35 meter selepas fasa pick-up. -Kelajuan maksimum adalah kelajuan atlet masih terkawal iaitu dia tidak terlebih berlari dan aksi lariannya adalah mudah dan licin. Selepas mencapai kelajuan maksimum, atlet harus meneruskan larian dengan tenang untuk mengekalkan kelajuan yang telah dicapai sehingga tamat larian.
3.1.6
Apabila acara 100 meter dijalankan, penggunaan blok adalah amat penting untuk membantu pelari pecut. Oleh yang demikian, kedudukan blok haruslah betul, iaitu untuk acara 100 meter blok perlu diletakkan di tengah-tengah lorong.
3.2 3.2.1
Acara 200 meter adalah acara yang dilakukan dengan usaha sepenuhnya tetapi dalam keadaan terkawal. Perbezaan yang ketara di antara acara 100 meter dengan 200 meter adalah dalam daya ketahanan kelajuan yang boleh didefinisikan sebagai keupayaan mengekalkan kelajuan tinggi merentasi jarak yang lebih jauh. Untuk acara 200 meter atlet mesti memperolehi teknik larian yang betul pada bahagian selekoh kerana jarak 100 meter yang pertama akan dilari pada bahagaian selekoh. Jika berlari di bahagian selekoh, blok-blok mulaan akan ditempatkan berhampiran garisan luar yang membatasi lorong larian, supaya mengikut satu trajektori permulaan yang bertangen pada selekoh; iaitu 5 6 meter melepasi garisan.
Olahraga 13
3.2.2
Teknik
BERLARI ATAS SELEKOH Apabila meningkatkan kelajuan di bahagian selekoh, daya emparan (centrifugal force) mudah menyebabkan atlet tergelincir keluar. Untuk mengatasi gaya ini, atlet akan condong ke selekoh dan memusingkan badan untuk mendahulukan bahu kiri. Cara ini akan menolong badan atlet bergerak dalam gaya yang lebih BERLARI DI LORONG LURUS Bahagian kedua perlumbaan 200 meter, adalah berlari 100 meter pada bahagian lorong lurus. Lebih kurang antara 80 120 meter dari garisan permulaan, iaitu di antara garisan selekoh dan bahagian lurus atlet akan mencapai puncak kelajuannya. Atlet harus mengekalkan posisi larian yang betul di bahagian selekoh dengan bahu kiri sedikit mendahului bahu kanan supaya atlet tidak tergelincir tetapi menuju ke lorong lurus dan mengekalkan dapat berlari dengan bersahaja kelajuan yang telah dicapai. berkordinasi. sedikit tubuh
3.2.6
Aktiviti yang boleh dilakukan untuk memanaskan badan di bahagian awal suatu pelajaran olahraga. Antaranya: -Lari setempat, angkat lutut tinggi-tinggi dan gerakkan tangan dengan pantas. -Lari Pecut sejauh 20-30 meter secara berulang-ulang. -Lari sambil mengejar pasangan dan cuba cuit mana-mana bahagian badannya Sebelum sampai di tandaan 30 meter. Berlari anak denan pantas tukar kepada lari pecut sejauh 30-50 meter. Lari kutip mata (lari ulang-alik) Latihan lari sejauh 30 meter. Beri perhatian kepada pergerakan tangan, kedudukan kepala dan sebagainya. Latihan berlari di bahagian selekoh. Condongkan badan sedikit ke dalam iaitu ke arah lorong. Hayunkan tangan melintasi badan.
Olahraga 14
3.3 3.3.1
Acara 400 meter juga diklasifikasikan sebagai lari pecut kerana ia masih memerlukan keupayaan atlet mencapai puncak kelajuan. Dalam acara 400 meter pelari-pelari berlari dalam satu pusingan trek. 3.3.2 Teknik
Teknik untuk larian 400 meter adalah berbeza dengan larian yang digunakan oleh atlet dalam jarak yang lebih pendek. Langkah pelari 400 meter harus panjang dan kendur dengan usahanya beransur-ansur. Perlumbaan 400 meter bermula di atas selekoh, oleh itu tidak perlu berusaha mendapatkan suatu kelajuan tinggi yang tertentu dalam jarak 100 meter yang awal. Usaha harus bertambah secara beransur-ansur supaya kelajuan maksimum dicapai dalam bahagian kedua di lorong lurus yang pertama (di antara 150 meter dan 200 meter). Atlet kemudiannya memasuki selekoh kedua dengan langkah terkawal. Atlet hendaklah menumpukan perhatian supaya tidak kehilangan kelajuan dan berusaha mengekalkannya walaupun ini amat sukar dilakukan. Bagi memudahkan larian, jarak 400 meter ini dibahagikan kepada dua peringkat iaitu 200 meter pertama dan 200 meter kedua. Pelari harus memperuntukkan masa yang wajar untuk sesuatu peringkat jarak ini, misalnya 25 saat untuk 200 meter pertama dan 25 saat untuk jarak 200 meter yang kedua atau masa yang sama untuk setiap jarak 200 meter. Perancangan masa begini adalah lebih baik dibandingkan dengan masa 30 saat untuk 200 meter pertama dan 25 saat untuk 200 meter kedua. Biasanya seseorang pelari 400 meter akan cuba mendapatkan suatu permulaan dan larian pada selekoh pertama dengan baik, larian yang selesa pada lorong lurus yang pertama meningkatkan kelajuan pada selekoh kedua dan akhir, diikuti dengan meningkatkan kelajuan untuk bertambah secara
Olahraga 15
pada bahagian lurus terakhir sehingga ke garisan penamat. Semasa berlari untuk acara ini, pelari harus dapat mengekalkan lariannya walaupun dalam keadaan tertekan, sama ada daripada pelari lain atau pun daripada penonton. Kesimpulannya, penggunaan strategi Iarian yang bersesuaian terutama sekali untuk acara pecut seperti 400 meter, adalah perlu dan penting. Sekali lagi ditegaskan bahawa adalah tidak mungkin seorang pelari yang baik sekalipun mampu mengekalkan pada kelajuan yang sama sepanjang jarak itu. 3.3.6 3.4 3.4.1 Undang-undang dan Peraturan Lari Berganti-ganti Pengenalan
Acara lari berganti-ganti adalah sejenis sukan olahraga yang berasal dari Amerika Syarikat. Salah satu aktiviti yang menimbulkan idea seumpama ini ialah perjalanan kereta kuda jarak jauh yang lebih dikenali sebagai pony express di mana surat-surat atau berita disampaikan dari satu tempat ke satu tempat yang lain Satu lagi aktiviti yang menjadi punca utama lahirnya acara ini ialah permainan pasukan ahli bomba yang dinamakan kereta bomba . Ahli daripada satu pasukan bomba akan berlari dengan pantas dan menyentuh kereta bomba ini sebagai syarat kepada ahli bomba lain dalam pasukan untuk bersedia. Perlumbaan ini juga diubahsuai melalui satu perlumbaan yang bermula di Universiti Pennsylvania , Amerika Syarikat . Pada mulanya , perlumbaan ini dimulakan dengan seorang pelari membawa bendera dan menyampaikan kepada pelari lain yang menanti dihadapan . Pada tahun 1893 . dua orang peminat olahraga dari Universiti Pennsylvania , iaitu Frank Ellis dan Laussat Geyelin memulakan acara ini buat kali pertama pada abad ke-19 di Amerika Syarikat .Larian ini dalam jarak metrik , dengan satu pasukan terdiri empat orang . Seorang akan berlari sejauh 402.34 mter (suku batu) dengan membawa baton untuk diterima olh rakan-rakannya . Setiap perserta berlari pada jarak yang sama . Pada tahun 1895 , Amerika Syarikat telah mewujukan Pennsylvania Relay Carnival yang merupakan acara tahunannya .Dari situ acara lari berganti-ganti ini dikembangkan kebandar-bandar lain di Amerika Syarikat dan terus mendapat sambutan yang amat mengalakkan . Selepas itu acara ini tersebar kenegara-negara lain .
Olahraga 16
Terdapat perbagai acara lari berganti-ganti yang dipertandingan , diantaranya ialah 4 X 100 meter , 4 X 200 meter , 4 X 400 meter , 4 X 800 meter , 4 X 1500 meter dan lari berganti-ganti jarak jauh. Walaubagaimanapun , dalam kebanyakan pertandingan olahraga sama ada di peringkat sekolah ,negeri, kebangsaan atau antarangbangsa ,hanya acara 4 X 100 meter dan 4 X 400 meter yang didedahkan atau dipertandingan . Kedua-dua acara ini disertai oleh perserta lelaki dan wanita . Selain daripada itu terdapat juga lari berganti-ganti secara campuran atau gabungan seperti acara 4 X 100 meter , 4 X 400 meter ,4 X 400 meter dan 4 X 800 meter meter .Namun begitu , acara acara ini jarang diadakan. Pada prinsipnya , seseorang pelari akan berlari pada jarak yang sama , sama ada dalam acara 4 X 100 meter , 4 X 400 meter ataupun jarak yang lain . Sungguhpun begitu , dalam larian sebenar terdapat jarak larian dikalangan empat pelari terlibat kerana wujudnya pertukaran baton yakni ada perlari yang berlari pada jarak yang lebih jauh atau lebih dekat daripada yang lain . Objektif lari berganti-ganti ialah membawa baton dari tempat permulaan sehingga penamat menerusi empat orang perserta secepat mungkin .Perkara penting yang menjadi faktor utama dalam menentukan kejayaan dalam acara ini ialah persefahaman di antara pelari didalam pasukan. 3.5 Lompat Jauh
Menurut sejarah, permulaan acara lompat jauh telah dikesan pada awal tahun 708 s.m. iaitu semasa Sukan Olimpik Kuno di Greece. Menurut catatan, lompatan pertama yang dilakukan adalah sejauh 7.05 meter oleh Chionis iaitu seorang atlit dari Sparta. Teknik dan gaya lompatan yang dilakukan adalah berbeza daripada lompatan yang dilakukan pada masa kini. Berdasarkan bukti-bukti yang didapati daripada lukisan yang terdapat pada tembikar pada zaman dahulu, lompatan di buat secara berkali- kali sama ada dalam bentukmul tiple, double triple atauqui ntriple. Apabila Sukan Olimpik Moden dimulakan pada tahun 1896, lompat jauh telah dikategorikan dalam acara olahraga dan bermula daripada itu ia telah diterima dalam kebanyakkan kejohanan yang diadakan di pelbagai peringkat dunia. Peraturan dan teknik lompatan diperbaiki dari semasa ke semasa sehingga kepada bentuk lompatan yang digunakan pada masa kini. Lompat jauh dianggap acara yang mudah untuk dipelajari berbanding acara lompatan yang lain tetapi
Olahraga 17
jika teknik dan peraturan lompatan tidak dipelajari dengan baik ia boleh membawa kepada risiko kecederaan.
Lompat jauh adalah sejenis acara olahraga di mana seseorang atlet mencoba mendarat sejauh yang boleh dari tempat yg dituju.Acara ini diminati walaupun tidak ramai orang yang mempunyai kebolehan membuat lompatan yang jauh.Dalam masa yang singkat,atlet mestilah membuat pelarasan bagi membetulkan kedudukan pusat gravitinya, kelajuan dan kedudukan kaki. Untuk mendapatkan pendaratan yang jauh dari tempat lonjakan pelompat jauh perlu menjalani latihan yang sistematik di bawah bimbingan jurulatih. Matlamat utama bagi pelompat jauh adalah berlari pada kelajuan maksimum dan berkebolehan meletakkan kaki di papan lonjak dengan betul dan tepat tanpa gangguan terhadap kelajuan awal.Perlu diingat, masalah utama pelompat jauh adalah mengekalkan langkahan larian pada tiga ke empat langkah sebelum melonjak,Disamping itu pelompat jauh harus meningkatkan komponen kelajuan, kekuatan otot dan kuasa eksplosif. Lompat jauh telah dijadikan sebagai sebahagian daripada Sukan Olimpik. Acara ini juga dicatat sebagai dua daripada rekod dunia yang paling lama berdiri dalam sebarang acara balapan dan padang. Pada 1935, Jesse Owens mencatatkan rekod dunia yang tidak dipecahkan sehingga 1960 oleh Ralph Boston. Lompat jauh adalah salah satu daripada acara Olimpik pada Yunani Purba. Seseorang atlit akan memegang beban pada kedua-dua tangan yang dipanggil halteres. Beban ini akan dilayangkan ke hadapan seiring apabila atlet melompat untuk menambah momentum dan dibaling ke belakang apabila berada di udara untuk menolaknya ke hadapan. Paling dingati dalam acara purba adalah seorang lelaki dipanggil Chionis di mana pada Olimpik 656 SM mencatatkan lompatan sejauh 7 m 5 cm. Kini acara rekod acara tersebut telah dipegang oleh Mike Powell dari USA dengan lompatan sejauh 8.95 meter manakala bagi acara wanita rekod acara tersebut telah dipegang oleh Galina Chistyakova dari Soviet Union dengan lompatan sejauh 7.52 meter. LOMPAT JAUH
Olahraga 18
Sebelum melakukan latihan lompat jauh,kita mestilah melakukan aktiviti memanaskan badan sebagai langkah keselamatan supaya tidak tercedera semasa latihan.Regangkan otot-otot utama di bahagian kaki, paha, badan dan tangan. Pastikan juga kawasan lari landas dan pendaratan selamat untuk melakukan aktiviti lompat jauh.Kawasan pendaratan berpasir mestilah digemburkan dan diratakan agar pendaratan dapat dilakukan dengan selamat.Pastikan papan lonjakan diletakkan dengan baik dan betul. LATIHAN YANG SESUAI DILAKUKAN UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN LOMPAT JAUH Lakukan bangkit tubi L-seat. Tujuannya:Menguatkan bahagian abdominal. Bergayut pada palang dinding atau seumpamanya,angkat kedua-dua kaki lurus dan belakang badan rata di dinding.
Olahraga 19
Tujuannya:Menguatkan bahagian abdominal (penting bagi lunjuran kaki semasa mendarat). Hujung kaki diletakkan di atas platform 8 cm tebal.Naik dan turunkan tumit pada julat yang maksimum (lakukan dengan atau tanpa beratan). Tujuannya:Menguatkan achcillies tendon. Aktiviti naik turun bangku ketinggian 50 cm dengan ekstensi maksimum kaki (cuba naikkan badan setinggi yang boleh). Tujuannya:Menguatkan quadriceps. Latihan plyometric. Lompat dari kotak berketinggian 50 cm dengan satu kaki. Kemudian dengan pantas lompat ke atas dengan bantuan kaki yang bebas, tangan dan bahu. Tujuannya:Meningkatkan kuasa ekplosif kaki sewaktu lonjakan. Lakukan aktiviti juak lentik dinamik.Posisi duduk,lutut bengkok dan tangan di belakang.Naikkan lutut kaki lonjakan. Tujuannya:Meningkatkan pergerakan dan kekuatan bahu, pinggang dan kaki. Lari, lompat ke atas kotak dengan kaki lonjak dan melonjak seberapa jauh yang mungkin dengan ayunan kaki bebas. Tujuannya:Memperbaiki dan meningkatkan kebolehan lonjakan, layangan dan koordinasi badan dan tangan (imbangan). PERALATAN Acara lompat jauh tidak memerlukan sebarang kelengkapan. Namun, sebenarnya ia juga memerlukan peralatan khusus, iaitu ruang atau kawasan dan juga alatan khas. Berikut adalah antara ruang dan peralatan yagn diperlukan untuk acara lompat jauh.
Olahraga 20
3.6
Lontar peluru
Sebagai acara padang dalam sukan olahraga, lontar peluru terus menjadi salah satu acara yang dipertandingkan dalam kebanyakan perjumpaan olahraga. Oleh sebab acara ini disertai oleh lelaki dan wanita, bermakna penyertaan agak meluas. Teknik lontaran juga diperbaiki dan disesuaikan dari semasa ke semasa bagi menjamin kelicinan dan peningkatan dalam lontarannya. Begitu juga dengan kaedah latihan yang diadakan bagi mereka yang mengambil bahagian dalam acara ini, turut ditingkatkan termasuk penekanan terhadap jenis, latihan, tempoh latihan aktiviti-aktiviti sampingan, serta pemakanan. Lontar peluru merupakan acara lontar yang paling mudah dilakukan berbandingkan dengan tiga acara lontaran yang lain. Walaupun sebilangan besar daripada peserta dan pemenang acara ini pada peringkat antarabangsa, terdiri daripada peserta yang berbadan besar, tegap, berat dan kuat, tetapi ini bukanlah sesuatu yang menjadi syarat utama yang menentukan penyertaan atau kejayaan seseorang dalam acara ini. Pelontar peluru harus mampu mengenal pasti dan mengaplikasi teknik dan gaya lontaran yang baik yang diperolehi melalui latihan bersistem di bawah pengawasan jurulatih khusus untuk acara ini.
PERALATAN Lontar peluru yang merupakan satu lagi acara lontaran dalam sukan olahraga diadakan dengan menggunakan peralatan tertentu dan di dalam kawasan khas yang disediakan di kawasan yang bebas daripada sebarang halangan atau gangguan. Dalam melaksanakan acara ini, peserta serta pegawai pertandingan harus juga memberikan perhatian pada keselamatan sama ada kepada peserta itu sendiri, atau peserta lain ataupun orang ramai.
Olahraga 21
110 - 130 mm Peralatan yang diperlukan untuk acara ini tidaklah banyak. Begitu juga kawasan untuk mengadakan acara ini tidaklah luas, malah dari segi saiz kawasan, lontar peluru memerlukan kawasan paling kecil dibandingkan dengan acara lontaran yang lain. Berikut adalah peralatan yang diperlukan untuk lontar peluru. Bulatan peluru mestilah diperbuat dari gelung besi, keluli atau bahan-bahan yang sesuai dan bahagian atasnya mestilah sama rata dengan tanah di luar. Bahagian dalam bulatan dibuat dengan simen atau lain bahan yang kukuh dan tidak licin. Permukaan bulatan ini mestilah rata dan 14mm 26mm ke bawah pada bahagian ke atas gelong besi bulatan. Bulatan yang boleh di alih dengan sfesifikasi di atas boleh digunakan.
Terdapat Empat Fasa Lontaran dalam acara Lontar Peluru iaitu : 1. Fasa Persediaan 2. Fasa Gelungsuran 3. Fasa Lontaran 4. Fasa Pemulihan Fasa Persediaan ( Preparation ) Peserta bersedia dalam bulatan lontaran Peluru dipegang dengan cara yang betul Tenang keadaan mental dan emosi serta berada dalam keadaan selesa KAEDAH LATIHAN YANG DICADANGKAN 1. Latihan Bebanan
Olahraga 22
Latihan bebanan adalah sejenis kaedah latihan untuk membina, kekuatan, kuasa dan daya tahan otot. Latihan ini memerlukan pengkhususan, penambahan beban, ansur maju rintangan dan urutan aktiviti. Diantara jenis latihan bebenan ialah isometrik, konsentrik, isentrik dan isokinetik. Faktor-faktor yang perlu diambil kira adalah seperti intensiti latihan, jangka masa latihan dan pemulihan, bilangan ulangan dan jumlah set yang ditetapkan dalam setiap aktiviti dan kekerapan latihan dalam seminggu. Selain itu prinsip-prinsip yang perlu ada seperti beratan yang sesuai dengan atlit, cara atau prosedur yang betul, penambahan beban secara progresif dan juga aktiviti yang dipilih hendaklah bersesuaian. Panduan membina dan meningkatkan : I. Daya tahan otot lebih kurang 50% berat maksima (ulangan 10 hingga 15 kali) II. Kekuatan otot lebih kurang 80% hingga 90% berat maksima (ulangan 3 hingga 6kali). III. Kuasa otot lebih kurang 80% hingga 90% berat maksima (ulangan 3 hingga 6kali, tetapi pantas). IV. Kelenturan otot lebih kurang 20% hingga 30% berat maksima (ulangan sederhana iaitu 6 hingga 8 kali). Objektif I. Membina kekuatan konponen otot secara umum dan khusus di bahagian bahu, tangan, pinggang dan kaki. II. Membina kuasa eksplosif otot bahu, pinggang dan akki. III. Membina daya tahan otot umum dan spesifik. IV. Membina kelajuan. V. Meningkatkan fleksibiliti. VI. Meningkatkan keupayaan sisitem kardiorepiratori. Sistem Tenaga I. Melibatkan sistem tenaga ATP PC dan ATP LA secara dominan. II. Sistem tenaga aerobik secara sekunder. Kekerapan I. 2 kali seminggu setiap latihan diselang sekurang-kurangnya dua hari.
Olahraga 23
4.0
Kesimpulan
Refleksi Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan olahraga ini pada masa yang ditetapkan. Bagi saya tugasan ini banyak membantu saya dalam aktivti kokurikulum saya memandangkan saya adalah guru kanan kokurikulum di sekolah. Apa yang menjadi kekangan pertama kepada saya ialah masa yang diperuntukkan membuat folio. Walaupun tugasan ini dijalankan secara individu namun ia masih sukar dijalankan kerana sebagai seorang guru dan ibu, saya mestilah bijak membahagikan masa agar
Olahraga 24
setiap tanggungjawab dapat dilaksanakan sepenuhnya. Tambahan pula sekarang ini banyak kursus-kursus sedang berjalan di peringkat sekolah. Berkat dorongan dan kata=kata semangat keluarga dan rakan sekeliling saya dapat meneruskan tugasan ini. Kebiasaannya olahraga ini dianggap satu subjek yang hanya melibatkan aktivti berbentuk fizikal sahaja. Namun demikian ia adalah satu perkara yang perlu diketahui secara teori dan memerlukan banyak praktikal atau teknik yang betul bagi mendapatkan hasil yang berkesan. Tugasan ini juga memberi pendedahan kepada saya bagaimana melakukann teknik yang betul dalam olahraga sama ada balapan ataupun padang. Sebagai seorang guru pasti terlibat dengan aktiviti kesukanan. Dengan adanya ilmu mengenai aktiviti balapan dan padang maka ia mempermudahkan urusan tunjukcara dengan betul. Ini kerana sekiranya kesilapan dilakukan ia menyebabkan sesuatu perkara yang tidak diingini akan berlaku. Contohnya cara memegang peluru bagi acara lontar peluru, jika kesilapan berlaku boleh menyebabkan jari-jari akan patah. Selain daripada itu saya juga dapat mengetahui sejarah tentang olahraga dan beberapa orang atlet dunia dalam acara-acara tertentu. Ini juga saya akan cuba aplikasikan dalam aktiviti kokurikulum nanti. Bagi semua guru walaupun tidak mengajar pendidikan jasmani tetapi beberapa teknik boleh dilakukan di dalam kelas untuk mengurangkan stress guru atau murid iaitu seperti senaman ringan. pengetahuan mengenai Saya juga dapat mengetahui jenis-jenis acara yang dipertandingkan dalam olaharga di peringkat sekolah mahupun peringkat kebangsaan.
Pelbagai acara terdapat dalam sukan olahraga, walaupun olahraga merupakan salah satu acara sukan sejak beraba-abad lagi. Perbezaan yang ketara antara olahraga dengan jenis sukan lain ialah bilangan acara yang banyak dan menyebabkan banyak jumlah pingat yang boleh dimenangi menerusi olaharaga, berbanding hanva satu pingat dalam sukan hda sepak atau hoki. Secara logik, adalah lebih ekonomik dan mudah jika penumpuan diberi kepada sukan olahraga kalau pungutan pingat dijadikan ukuran tidak rasmi dalam menentukan keupayaan sesebuah pasukan atau negara.
Olahraga 25
Seperti yang dinyatakan terdahulu, acara-acara olahraga dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu larian, lornpatan dan lontaran. Terdapat acara-acara yang dikhaskan untuj le]aki sahaja, dan ada pula acara yang boleh disertai oleh lelaki dan wanita. Setiap acara mempunyai undang-undang dan peraturan tersendiri, yang harus dipatuhi oleh semua peserta. Dengan itu penentuan pertandingan adalah mengikut penyertaan dalam sesuatu acara dan bukan olahraga secara keseluruhartnva. Justeru itu pemenang dalam sesuatu acara dipilih daripada kalangan peserta yang mengambil bahagian dalam acara itu sahaja. Penganjur sesuatu perjumpaan olahraga boleh menentukan jenis atau bilangan acara yang mereka akan pertandingkan. Fktor-faktor seperti bi]angan peserta, tingkat keupayaan mereka, kemudahan peralatan, keupayaan pihak penganjur, kewangan, keselamatan, keupayaan pegawai dan kaki tangan pengelola dan tempoh pertandingan akart menentukan bilangan dan jenis acara yang akan dipertandingkan dalam sesuatu perjumpaan. Umpamanva di peringkat sekolah, bilangan acara sukan sudah tentu berkurangan daripada jumlah acara untuk sukan-sukan seperti Sukan SEA, Sukan Asia, Sukan Kornanwel atau Sukan Olimpik. Dalam Sukan Olimpik, walaupun dianggap mempunyai jumlah acara olahraga yang maksimum, tetapi rnasih belum ]engkap sepenuh. Biasanva dalam Kejohanan Balapan dan Padang Antarabangsa, semua acara olaharaga dipertandingkan, termasuk untuk wanita.
Sejarah acara balapan dan padang (olahraga) Posted on July 25, 2010 by faozika Standard Jika dalam sukan bola sepak, hanya satu pingat emas dijadikan rebutan dalam kebanyakan sukan terbesar dunia seperti Sukan Olirnpik, Sukan Asia atau Sukan SEA, walaupun terdapat sekurang-kurangnya sebelas orang pemain dalam sesebuah pasukan. Dalam olahraga setiap acara mempertarunhkan pingat emas. Dengan hanya memenangi satu acara sahaja sudah cukup untuk mendapatkan pingat. Ini bermakna dalam kebanyakan perjumpaan sukan yang dinyatakan, hampir 40 pingat dipertaruhkan bagi acara olahraga.
Olahraga 26
Semua acara dalam olahraga merangkumi aktiviti larian, lompatan dan lontaran. Seorang atlit mungkin berkemampuan dalam satu atau dua aktiviti, tetapi adalah sukar bagi seseorang itu mahir dalam ketiga-tiga acara mi.Kebanyakan; atlit lebih suka inengkhususkan penyertaan dan penglibatan mereka, terutamanya di peringkat antarabangsa- Dengan itu mereka lebih mudah meningkatkan prestasi dan semasa ke semasa dengan hanya rnengambil bahagian dalam satu atau dua acara. Pengkhususan Di peringkat sekolah, seseorang munid dibenarkan mengambil bahagian dalam sejumlah tertentu acara yang mereka gemari atau yang mereka kuasai, sama ada daripada kumpulan larian, lompa tan atau lontaran. Selain mengambil bahagian dalam acara-acara individu, mereka juga digalakkan mengambil bahagian dalam acara-acara berpasukan seperti lan berganti-ganti. Qleh yang demikian, tidak hairanlah jika kita dapati dalam sesuatu perjurnpaan olahraga peringkat sekolah, seseorang murid mampu merangkul banyak pingat menerusi pelbagai acara. Bagaimanapun guru pengawas atau jurulatih akan memberi nasihat dan panduan tentang sesuatu acara yang harus disertai atau dikhususkan. Ini disebabkan di peringkat yang lebih tinggi, teknik sesuatu acara sukan rnenjadi lebih rumit. Tidak mungkin seorang atiit itu mampu meraih kejayaan dalam semua acara yang disertainya. Jadi bagi mengelakkan daripada menemui kegagalan, sudah tentu peserta akan memilih acara yang sesuai baginya yang mampu menjanjikan sesuatu kejayaan. Malah di peringkat antarabangsa sekali pun, dengan hanya mengarnbil bahagian dalam satu acara tertentu sahaja seseorang olahragawan mampu mencatat nama di peringkat tertinggi, dan mampu dijadikan contoh kepada olahragawan lain di seluruh duma. Dengan melakukan pengkhususan begini, mereka dapat menumpukan seluruh perhafian kepada seap aspek lathan yang bakal mereka ikuti. Malah mereka akan mempunyai jurulatih khas mengikut jenis acara yang mereka ceburi. Dengan itu sudah tentu bentuk latihan yang Iebih khusus dan mendalam akan mereka ikuti, dan bentuk ini mungkin berbeza mengikut perbezaan acara, walaupun semua mereka akan mengikuti latihan umum secara bersama.
Olahraga 27
latiptro.webs.com/.../Sejarah%20OLAHRAGA-2.ppt