Anda di halaman 1dari 13

PENDIDIKAN SOSIOEMOSI KANAKKANAK (SGRC3043)

KULIAH 1 (A) TEORI-TEORI PERKEMBANGAN SOSIAL DAN EMOSI KANAK-KANAK

TEORI KEMATANGAN ARNOLD LUCIUS GESELL (1880-1961)

Baka paling penting menentukan perkembangan kanak-kanak. Kebolehan kanak-kanak bergantung kepada peringkat kematangan. Otak, tisu, saraf dan anggota badan harus matang dan bersedia sebelum diajar sesuatu kemahiran. Contoh bercakap dan berjalan. Perkembangan kanak-kanak tidak boleh dipaksa Ibu bapa tidak boleh membuat jangkaan yang tinggi dan hanya melihat proses pertumbuhan dan perkembangan ini.

LIMA PERINGKAT PERKEMBANGAN KANAKKANAK


A. PERINGKAT PERTAMA ( 0 1 TAHUN) Menghasilkan tangisan berlainan dalam menyatakan kehendak yang berlainan. Boleh senyum dan ketawa apabila berinteraksi dengan orang dewasa. 4 bulan: Kematangan fizikal dengan melakukan pergerkan mata untuk mengikuti objek bergerak. 6 bulan: Genggam objek, duduk, merangkak dan susun objek, berdiri dengan memegang sesuati. Semua perkembangan berlaku mengikut mekanisme kawalan kendiri berasaskan jadual biologi yang tetap.

B. PERINGKAT KEDUA (1 -2 TAHUN) Mula menampakkan kematangan fizikal dan mental melalui; - Ungkapan dan bahasa yang mudah. - Ikut arahan mudah. - Kenali riaksi dan emosi ibu bapa. - Boleh berjalan dan berlari.

C. PERINGKAT KETIGA ( 2 3 TAHUN) Mula berdikari; Makan, minum, pakai kasut dll. Kematangan fizikal - koordinasi proses berjalan dan berlari meningkat. Kematangan mental guna ayat-ayat mudah.

D. PERINGKAT KEEMPAT ( 3 4 TAHUN) Kematangan fizikal; peningkatan keupayaan koordinasi contoh dalam aktiviti permainan dan berbasikal. Mengikut arahan yang mudah. Ingin mendapat pujian dan perhatian ibu bapa.

E. PERINGKAT KELIMA ( 4 5 TAHUN) Peringkat penyesuaian sosial; Boleh berinteraksi dengan ibu bapa dan rakan. Terus meningkat dalam peringkat tadika dan prasekolah. Ingin tahu dan mula banyak bertanya.

TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET - 1960


KONSEP ASAS PIAGET: Bayi mengenali sesuatu objek melalui pembentukan skema (struktur kognitif). Pelbagai skema membentuk skemata. Ujud skemata yang baru dan bertambah menjadi lebih kompleks. Pengalaman dan pemikiran meningkat melalui proses akomodasi dan asimilasi. - Asimilasi : penyesuaian dengan yang lama. - Akomodasi : cara baru.

LIMA PRINGKAT PERKEMBANGAN KOGINITF PIAGET


A. PERINGKAT SENSORI MOTOR ( 0- 2 TAHUN) Belajar melalui intraksi deria (sensori dan motor) dengan persekitaran, Contoh, merasa, menggigit, mengangkat benda dll. Sudah boleh memerhati benda dan mendengar bunyi. Melakukan tindakan ulangan, contoh, hisap ibu jari. Meniru melalui pemerhatian perlakuan orang lain.

B. PERINGKAT PRAOPERASI ( 2 7 TAHUN) Boleh berfikir tanpa pemikiran lojik. Menzahirkan pemikiran simbolik melalui permainan olok-olok. Contoh, main masak-masak, berlagak sebagai doktor dan pemandu kereta. Penguasaan bahasa meningkat. Sukar mengoperasi konsep. Sukar menyusun objek ikut urutan.

C. PERINGKAT OPERASI YANG KONKRIT ( 7 -11 TAHUN) Peringkat pelajar sekolah rendah. ( 7 8 TAHUN). Berfikiran fleksibel; memahami sesuatu secara lojik mengikut perspektif tertentu sahaja dan boleh melakukan operasi mental secara tersusun. ( 9 11 TAHUN). Memahami sesuatu secara lojik mengikut perspektif yang luas dan boleh mengkelaskan objek.

D. PERINGKAT OPERASI FORMAL ( 12 TAHUN KEATAS)


Sudah diperingkat remaja. Boleh berfikiran lojik termasuk abstrak. Contoh; - Bayangan masa hadapan. - Ramalan dan hipotesis. - Eksperimen menguji idea, pemikiran saintifik. - Penyelesaian masalah melalui kombinasi pengetahuan, pengalaman dan kemahiran. - Konsep abstrak seperti demokrasi, tenaga dan graviti.

SEKIAN

Anda mungkin juga menyukai