Anda di halaman 1dari 4

GMGA 1024 - POLITIK DAN PENTADBIRAN

UUM (PACE)

UNIT PENDIDIKAN JARAK JAUH PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE) UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

GMGA 1024 POLITIK DAN PENTADBIRAN

TUGASAN 1

DISEDIAKAN UNTUK : DR KHAIRUL AZMAN BIN MOHAMAD SUHAIMY

DISEDIAKAN OLEH :

NAMA BIBI SUHANA BINTI SHAHRUDIN


NO MATRIK : 210583

NO MATRIK 210583

ALAMAT EMAIL & NO PUSAT H/P Bibi_suhana@yahoo.com PLK UUM & 019-7427435 KAMPUS JOHOR BAHRU
Page 1

GMGA 1024 - POLITIK DAN PENTADBIRAN

UUM (PACE)

TAJUK JURNAL : POLITIK PENTADBIRAN DI MALAYSIA: PENILAIAN PEGAWAI AWAM TERHADAP DASAR POLITIK DAN KEPIMPINAN NASIONAL PENULIS : AHMAD ATORY HUSAIN ULASAN JURNAL

a)

Intipati umum jurnal

Menurut Ahmad Atory Husain mengatakan bahawa penilaian pegawai awam terhadap dasar-dasar politik dan kepimpinan nasional telah banyak mempegaruhi dan mengubah paradigma, tindakan dan sokongan rakyat terhadap kerajaan dan pemimpin itu sendiri. b) Objektif penulisan

Objektif penulisan jurnal ini adalah membuat penilaian terhadap pegawai awam keatas pembentukkan dasar politik, ianya memfokus kepada era pentadbiran Dr. Mahathir. Beliau telah melaksanakan beberapa dasar politik. Dr Mahathir sentiasa menyuntik semangat nilai-nilai murni seperti berdisiplin, produktif, beretika dan mempunyai integriti di kalangan pegawai awam untuk mencapai matlamat ke arah negara maju, Oleh sebab itu pegawai-pegawai mempunyai penilaian tersendiri terhadap dasar politik. c) Lokasi atau subjek kajian

Lokasi yang menjadi pilihan penulis ialah di kalangan pegawai awam di semua Kementerian Persekutuan termasuk Jabatan Perdana Menteri (semua cawangan di peringkat negeri). Perkara yang dikaji ialah perubahan tingkah laku dan tanggapan di kalangan pegawai awam terhadap dasar-dasar dan program yang telah dijalankan oleh kerajaan. d) Penemuan kajian

Dalam kajian tinjaun pendapat di kalangan pegawai awam, soal selidik digunakan untuk mengumpulkan data sama ada dasar-dasar yang dilaksanakan memberikan manfaat atau tidak. Antara dasar yang digunakan adalah daripada segi pentadbiran awam, Dasar Pandang Ke Timur, Dasar Penswastaan dan lain-lain.Dari segi politik, Akta Rahsia Rasmi, Akta keselamatan Dalam Negeri dan lain-lain. Kajian telah dibuat keatas 25 buah kementerian, dalam lingkungan 2003 hingga 2004 melalui soal selidik dengan menggunakan dua cara. Pertamanya melalui serahan tangan dan dikutip sendiri oleh penyelidik dan pembanci. Keduanya pula melalui pos. Pegawai awam ini juga terdiri dari 3 katogeri iaitu Pegawai Tinggi Kerajaan, Pegawai Tinggi dan Pegawai Kerajaan tingkat biasa. Melalui soal selidik
NO MATRIK : 210583 Page 2

GMGA 1024 - POLITIK DAN PENTADBIRAN

UUM (PACE)

beberada sumber data diperolehi antaranya taburan responden (pegawai awam) mengikut kementerian, jawatan atau pangkat responden, peringkat jabatan berkhidmat dan tempoh perkhidmatan. Perubahan yang dibawa oleh pihak kerajaan bukan sahaja diterima namun ada juga yang membangkang. Soal selidik juga turut diutarakan kepada responden untuk menilai pandangan mereka . Antara isu-isunya ialah Akta Keselamatan Dalam Negeri (Internal Security Act) dalam isu ini 82.1% responden bersetuju apabila dikatakan ISA hanya digunakan dalam kes yang boleh menjejaskan ketenteraman awam dan keselamatan negara. Dalam dasar pentadbiran negara, amalan neutraliti di kalangan kakitangan kerajaan amat dituntut. Dari pandangan dan pendapat responden 56.9% pegawai awam merosot amalan neutralitinya. 73.9% bersetuju mengatakan Akujanji merupakan suatu pendekatan yang digunakan untuk memantapkan disiplin di kalangan kakitangan awam. Kajian juga turut membincangkan tentang pendapat responden ke atas pemerintahan negara dalam membangunkan negara, sebanyak 96.1% bersetuju bahawa Kerajaan Malaysia telah berjaya dalam membangunkan negara dan meyakinkan rakyatnya untuk berdiri teguh di belakang pemimpin negara walaupun berhadapan dengan cabaran getir. Berbeza pula dengan pendapat responden terhadap kejayaan Malaysia dalam mengagihkan kekayaan negara, sebanyak 52.6% tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut. Lantaran itu, nilai-nilai kepimpinan calon parti politik amat dititik beratkan. Soal selidik yang telah dijalankan menunjukan kepimpinan yang dipilih oleh responden ialah amanah (81.0%) tegas, berwawasan, bertanggungjawab, sabar dan berdisplin juga dipentingkan. e) Nilaian terhadap jurnal

Saya amat bersetuju dengan isu yang diungkapkan dalam penulisan jurnal ini. Peranan seorang pemimpin sangat penting disamping kemahiran, pengetahuan, kelulusan dan karisma. Namun begitu nilai-nilai murni seperti amanah, bertanggungjawab, berwawasan, tegas dan berdisplin adalah elemen yang dituntut. Sebagai seorang pegawai awam pula amalan neutraliti amat dituntut. Pegawai awam juga harus berdisiplin dan amanah, apa yang paling penting pegawai kerajaan harus menyokong dan taat setia kepada kerajaan yang memerintah.

NO MATRIK : 210583

Page 3

GMGA 1024 - POLITIK DAN PENTADBIRAN

UUM (PACE)

Rujukan: Ahmad Atory Hussain, (1998). Reformasi pentadbiran awam di Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Ahmad Atory Hussain, Malike Brahim, Amir Hamzah Abdul, Muhamad Fuad Othman & Zaheruddin Othman, (2005). Perkembangan politik pentadbiran di Malaysia: Kajian ke atas pendapat pegawai awam terhadap isu-isu nasional. Laporan Penyelidikan Universiti Utara Malaysia. Tidak Diterbitkan. Anderson, E. James, (2000). Public policy making. New York: Preager Publishers. Dye, R. Thomas, (1978). Understanding public policy. New Jersey: Prentice Hall. Esman, Milton J., (1972). Administration and development in Malaysia: Institution building and reform in a plural society. Ithaca: Cornell University Press. Ghazali Mayudin & Mazni Buyong, (2006). Pemahaman tentang hukum hudud di Terengganu dan Selangor dalam Sity Daud & Zarina Othman (eds.). Politik dan keselamatan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Ho Khai Leong, (2003). Pentadbiran Mahathir terkepung dalam Ho Khai Leong & Chin, James (eds.) Pentadbiran Mahathir: Prestasi dan krisis dalam pemerintahan. Kuala Lumpur: Times Books International. Hng Hung Yong, (2004). Five mens & five ideas: Building national identity. Subang Jaya: Pelanduk Publications. Johardy Ibrahim, (1999). Sektor awam berubah. Utusan Malaysia (25 Oktober): 6. Kassim Ahmad, (2000). Kontroversi hukum hudud. Pulau Pinang: Forum Iqra. Malaysia, (2006). Perintah-perintah Am dan Arahan perkhidmatan. Kuala Lumpur: International Law Book Services. Malaysia, (2001). Pekeliling Perkhidmatan bilangan 17 tahun 2001: Penguatkuasaan Surat Akujanji Untuk Pegawai Awam. Kuala Lumpur: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Malaysia, (1994). Dasar-dasar pembangunan Malaysia. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). Malike Brahim, (2002). Dasar awam di Malaysia: Respons kepada isu-isu Semasa. Pemikir. (Januari-Mac): 89-112. Puthucheary, Mavis, (1978). The politics of administration: The Malaysia experience. London: Oxford University Press.

NO MATRIK : 210583

Page 4

Anda mungkin juga menyukai