Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGACARA MAJLIS MAJLIS KASIH DISEMAI BAKTI DITUAI SEMPENA PERSARAAN TN HJ MD.RUSLI BIN A.

RASHID 28 JUN 2010 Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Tuan Haji Md. Rusli Bin A.Rashid diiringi difdif kehormat masuk ke dalam dewan. Pagi yang indah penuh ceria Hari yang berbahagia penuh bermakna Kami bawakan kepada anda Majlis Kasih Disemai Bakti Dituai sempena persaraan, Tuan Haji Md. Rusli Bin A.Rashid, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis. BismilLahir Rahmanir Rahim Assalamu `Alaikum W.B.T. Yang Berusaha Dr Hamzah Bin Ihsan Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis Yang Berusaha En Elias Bin Talib Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis Yang Dihormati Tuan Haji Hasan Bin Haris Pengerusi Jawatankuasa Majlis Kasih Disemai Bakti Dituai dan seluruh ahli jawatankuasanya Yang Diraikan Tuan Haji Md. Rusli Bin A.Rashid Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis

Seterusnya Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Unit, barisan pensyarah, guru-guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis, hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian. Selamat datang ke : Majlis Kasih Disemai Bakti Dituai sempena persaraan Yang Diraikan Tuan Haji Md. Rusli Bin A.Rashid, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis. Sirih berlipat sirih pinang Sirih dari Pulau Mutiara Pemanis kata selamat datang Awal BismilLah pembuka bicara Sarung ketupat berisi inti Dibawa budak sambil berlari Kehadiran semua sangat dihargai Moga Majlis bertambah seri Bunga mawar cantik tersemat Dipetik gadis di tepi titi Doa dibaca memohon Rahmat Moga Majlis sentiasa diberkati Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh En Mohd Rosdi Bin Mahamud. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Amin Amin Ya Rabbal `Alamin Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada En Mohd Rosdi Bin Mahamud atas bacaan doa itu tadi.

Jasamu dikenang Budimu tak terbilang Semangatmu dijulang Kepimpinanmu gemilang Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan yang dilakukan oleh Yang Diraikan Tuan Haji Md. Rusli Bin A.Rashid sepanjang perkhidmatan beliau di dalam dunia pendidikan yang berakhir sebagai Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian Tiap pertemuan pasti ada perpisahan Itu adat, itu lumrah kehidupan Begitulah rentetan perjalanan Walau sukar untuk ditelan Tapi kaki tetap mengorak jalan Selagi hayat dikandung badan Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan multimedia sempena persaraan Yang Diraikan Tuan Haji Md. Rusli Bin A.Rashid. Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan multimedia sempena persaraan Yang Diraikan Tuan Haji Md. Rusli Bin A.Rashid. Mudah-mudahan ianya dapat memberi sumber inspirasi buat kita semua. Tak molek jika ada alu tiada lesungnya Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berusaha Dr Hamzah Bin Ihsan, Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Dr Hamzah Bin Ihsan atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi. Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan Tuan Haji Md. Rusli Bin A.Rashid. Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan. Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Diraikan Tuan Haji Md. Rusli Bin A.Rashid atas ucapan itu tadi. Sudah teradat si anak lelaki Mati berjuang, berundur jangan Berani kami menjunjung adat Bukan memberi kata dan puji Hanya budi dalam ingatan Buat kenangan sepanjang hayat Bagi memeriahkan lagi Majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita saksikan persembahan daripada kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Little Khalifah. Mereka akan mendeklamasikan sebuah sajak yang bertajuk Jasamu Dikenang dan mendendangkan 2 buah lagu yang bertajuk Terlalu Indah dan Bertemu dan Berpisah. Itulah sebentar tadi kumpulan Little Khalifah yang telah menampilkan sebuah pesembahan yang cukup istimewa. Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda kenangkenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini iaitu Yang Diraikan Tuan Haji Md. Rusli Bin A.Rashid Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada Dr Hamzah Bin Ihsan, Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis untuk mengiringi Yang Diraikan Tuan Haji Md. Rusli Bin A.Rashid untuk menerima cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata daripada wakil-wakil kelas. Dipersilakan wakil daripada kelas ............................... Dipersilakan wakil daripada kelas ................................ Dipersilakan wakil daripada kelas.................................. Dipersilakan wakil daripada kelas ............................... Dan yang terakhir, Majlis mempersilakan kepada Yang Dihormati En. Elias bin Talib, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis untuk menyampaikan cenderamata daripada Badan Kebajikan Guru dan Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus untuk Yang Diraikan Tuan Haji Md. Rusli Bin A.Rashid. Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Tuan Haji Md. Rusli Bin A.Rashid atas kesudian menerima cenderamata itu tadi. Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih di atas kesudian Yang Berusaha Dr Hamzah Bin Ihsan mengiringi Yang Diraikan Tuan Haji Md. Rusli Bin A.Rashid sebentar tadi. Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai cenderamata sebentar tadi. Itulah sebentar tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan kepada Yang Diraikan Tuan Haji Md. Rusli Bin A.Rashid. Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan Umpama berkayuh telah sampai di muara Umpama berjalan telah sampai di destinasi

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara. Kuning emas masaknya padi Mawar merah dalam jambangan Terima kasih daun keladi Budi tuan jadi kenangan Tuai padi antara nampak Esok jangan layu-layuan Intai kami antara nampak Esok jangan rindu-rinduan Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Sebelum bersurai, kita akan menyaksikan buat kali terakhirnya Yang Diraikan Tuan Haji Md. Rusli Bin A.Rashid akan menandatangani buku rekod kehadiran sebagai tanda berakhirnya tugas rasmi beliau di dalam dunia pendidikan ini. Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Tuan Haji Md. Rusli Bin A.Rashid kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan agar Yang Diraikan Tuan Haji Md. Rusli Bin A.Rashid bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian. Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis Kasih Disemai Bakti Dituai ini. Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis ini. Pergi ke dusun memetik kelapa Kelapa muda si kelapa barli Jari disusun maaf dipinta Panjang usia bersua kembali Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.

Anda mungkin juga menyukai