1.0
DEFINISI NISBAH PLOT Nisbah plot adalah satu ukuran intensiti pembangunan yang di cadangkan berbanding dengan keluasan tapak. Berdasarkan Bahagian 1, Seksyen 2 - Akta 267, Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan, 1982 mendefinisikan Nisbah Plot sebagai nisbah di antara jumlah luas lantai sesuatu bangunan dan luas plot bangunan itu.
2.0
PENENTUAN KELUASAN TAPAK DAN RUANG LANTAI 2.1 Keluasan tapak yang termasuk di dalam pengiraan nisbah plot adalah: i. Keluasan tapak (kasar) plot tanah termasuk bahagian yang terlibat dengan serahan tanah (pembesaran jalan dan jalan susur). Ianya juga termasuk kawasan tapak tanah Kerajaan yang akan dipohon untuk tujuan dicantum dengan tanah pemaju sebagai sebahagian pembangunan.
2.2
Keluasan tapak yang tidak termasuk di dalam pengiraan nisbah plot seperti berikut: i. Tapak yang terlibat dengan pengambilan balik tanah (tidak termasuk ke dalam pengiraan).
2.3
Ruang lantai yang tidak termasuk di dalam pengiraan nisbah plot : i. ii. iii. Ruang lantai bagi cadangan tempat letak kereta Ruang lantai bagi gerai penjaja di bawah pengawasan, pengendalian, pembahagian gerai serta penentuan kadar sewa ditentukan oleh DBKL. Ruang terbuka atau berbumbung tanpa dinding seperti bumbung podium, breezeway column, beranda, cantilever atau ruang rekreasi.
3.0
KAEDAH PENGIRAAN 3.1 KIRAAN MENGIKUT JENIS PEMBANGUNAN 3.1.1 Pembangunan Satu Jenis Kegunaan Melibatkan cadangan hanya satu kegunaan dalam satu permohonan, ianya terdiri daripada : a) Pejabat atau; b) Belibelah atau; c) Hotel/pangsapuri servis Contoh 1 - Cadangan satu blok pejabat 20 tingkat yang mengandungi TLK. Di paras 2 dan 3 dan basemen 1 4 i) ii) Luas tapak : 50,000 kp Luas lantai (tidak termasuk ruang letak kereta) : 289,868 kp
CARA PENGIRAAN Nisbah plot : : Cadangan luas lantai (pejabat) / Luas tapak 289,868 kp : 50,000 kp N.P 5.79
Contoh 2 - Cadangan Hotel (Cadangan satu blok jenis sederhana 7 tingkat (103 bilik) dengan 3 tingkat basemen tempat letak kereta. i) ii) Luas tapak : 7,736 kp Cadangan luas Lantai hotel : 44,981 kp
CARA PENGIRAAN Nisbah plot : : Cadangan luas lantai (Hotel) / Luas Tapak 44,981 kp : 7,736 kp N.P 5.8
Nota: Ruang lantai bagi kemudahan perkhidmatan hotel termasuk restoran, dewan, kolam renang, gimnasium, aked, coffe house dan lain-lain adalah termasuk di dalam pengiraan nisbah plot
CARA PENGIRAAN KAWASAN PLINTH 1.0 Definisi Kawasan Plinth Mengikut (Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982), Akta 267, kawasan plinth adalah Kadar Kawasan Sesuatu Lot Yang Diliputi Oleh Bangunan. Kawalan kawasan plinth membenarkan lebih banyak perancangan kawasan kegunaan awam seperti kawasan hijau dan kawasan permainan kanak-kanak yang boleh diguna sama. Kawasan Plinth bangunan yang kecil berbanding keluasan tapak memberikan persekitaran yang harmoni dengan adanya lebih banyak ruang di aras tanah di sesuatu pembangunan.
2.0 Maklumat Asas dan Penentuan Tapak Bagi Pengiraan Kawasan Plinth Maklumat asas sebelum membuat pengiraan kawasan plinth adalah : a. b. Penentuan Keluasan tapak yang diliputi bangunan Penentuan Keluasan tapak pembangunan a. Penentuan Keluasan Tapak Yang Diliputi Bangunan Kawasan yang diliputi bangunan adalah ukuran luas perimeter dinding luar bangunan. Struktur bangunan yang tidak dikira sebagai plinth adalah: i. Struktur bagi tujuan rekreasi (gazebo, pergola, wakaf) ii. Bangunan pencawang TNB luar bangunan iii. Pondok pengawal iv. Anjung kereta v. Balkoni vi. Cucur atap vii. Kolam renang@fish pond, fountain di aras tanah b. Penentuan Keluasan Tapak Pembangunan Bagi sesuatu cadangan pembangunan, tapaktapak berikut tidak diambil kira sebagai keluasan tapak untuk kiraan kawasan plinth: i. Tapak yang terlibat dengan serahan kemudahan awam (jalan, parit)
3.0
Pengiraan Kawasan Plinth Kawasan Plinth dikira dengan membahagikan keluasan tapak yang diliputi bangunan dengan keluasan tapak. Kawasan Plinth = Keluasan tapak diliputi bangunan x 100 Keluasan Tapak
3.0
Contoh Kiraan Kawasan Plinth i. ii. Luas lantai tapak bangunan = 20,000 kp. Luas tapak cadangan = 40,000kp. Keluasan lantai tapak bangunan x 100 Keluasan Tapak 20,000kp x 100 40,000kp = 50%
Kawasan Plinth = =
4.0
Penetapan Kawasan Plinth Mengikut Jenis Pembangunan 4.1 Pembangunan Kediaman (Plinth 50%) Kawasan Plinth yang dibenarkan sehingga 50% adalah bangunan kediaman berbilang tingkat (pangsapuri). 4.1 Pembangunan Selain Kediaman (Kawasan Plinth 60%) Kawasan Plinth yang dibenarkan adalah 60% seperti bangunan perdagangan (Kompleks Perniagaan, Pejabat dan Hotel (Free Standing Building).
Nota: Kawasan Plinth sehingga 70% adalah dibenarkan hanya bagi pembangunan Perdagangan free standing (Kompleks Perniagaan, Pejabat dan Hote) dengan syarat ruang di tingkat bawah unjuran (Cantilever tidak melebihi 15 kaki dan tidak melebihi anjakan bangunan yang ditetapkan dari sempadan lot) digunakan bagi tujuan kemudahan awam (pejalan kaki atau kawasan lapang). Ketinggian unjuran Cantilever tersebut juga hendaklah tidak kurang 6 meter dari aras tanah seperti rajah berikut:
Cantilever 15 kaki