Anda di halaman 1dari 10

CAPA RENGAT

KARYA: BAHARUDDIN KAHAR DISEDIAKAN OLEH: PN NOOR AZLIN BINTI A AZIZ

BUNGA CAPA RENGAT

TEMA

Bertemakan kekeluargaan dan kemasyarakatan

PERSOALAN
1. Persoalan perasaan cinta sesama manusia melangkaui budaya. Contoh: Aku yang berasal dari bandar menyukai Su yang tinggal di kampung yang jauh dari arus pembangunan. 2. Persoalan kemesraan membuahkan kualiti persahabatan. Contoh: Kemesraan yang ditunjukkan oleh Su kepada aku menyebabkan aku amat suka tinggal di kampung hingga sukar untuk melupakan kampung walaupun pada asalnya aku amat tidak selesa berada di kampung. 3. Persoalan menghargai keaslian alam sebagai anugerah Tuhan. Contoh: Dapat dilihat pada watak aku yang nenghargai dan menjaga Capa Rengat yang diberikan oleh Su. 4. Persoalan mengenang kembali tempat asal usul. Contoh: Su seronok mandi sungai dan bermain kota Buatan tempat asal ibunya.

Watak dan Perwatakan :


Aku Seorang anak remaja. Menghargai alam sekitar. Proaktif dan cergas. Mempunyai pandangan bernas. Berfikiran positif.

Ibu
Pertengahan usia Tegas dengan pendirian. Sikap terburu-buru membuat keputusan. Prihatin terhadap orang lain. Berperilaku mesra

Su
Budak perempuan awal remaja. Bersikap periang. Aktif dan cergas. Bijak mengolah keadaan. Taat kepada ibu

Pakcik Kinto
Bapa saudara Aku. Mahir selok-belok di kampung. Mempunyai kemahiran menembak. Ikhlas melayani tetamu. Melaksanakan urusan dengan cekap

Gaya Bahasa
1. Kata Ganda Contoh: Tiba-tiba, seolah-olah, bukit-bukit, kadang-kadang, baik-baik

2. Anafora
Contoh: Mengapa jadi sayu? Mengapa jadi kesepian?

3. Inversi (Keterbalikan ayat) Contoh: Demi memandang gunung-ganang dan padang belukarnya yang subur itu, segala rasa kesepian itu hilang. Sepatutnya. Segala rasa kesepian itu hilang apabila memandang gunung-ganang dan padang belukarnya yang subur itu. 4. Personifikasi Contoh: Melahirkan sinar cemburu.

5. Simile Contoh: Seperti ada sesuatu yang memukul-mukul hatiku.

Pengajaran :
1. Kita hendaklah menghargai alam sekitar. Pak Cik Kinto dan aku menghargai keindahan alam sekitar semasa pergi berburu di hutan. 2. Kita hendaklah menghargai persahabatan. Contoh: Aku menghargai persahabatan dengan Su dan sanggup menjaga bunga Capa Rengat yang diberi oleh Su kepadanya. 3. Kita hendaklah menyemaikan kasih sayang antara keluarga. Contoh: Aku menyayangi Pak Cik Kinto bapa saudaranya walaupun baru saja mengenalinya. 4. Hendaklah kita bekerjasama dalam melakukan sesuatu perkara yang sukar. Contoh: Su,aku dan rakan-rakannya bekerjasama membina rumah katak dan jalan ke rumah katak.

Anda mungkin juga menyukai