Anda di halaman 1dari 6

INFORMATION of ELAKSAMANA

Gempa Bumi Menurut Astrologi dan Astronomi Gempa bumi yang kerap berlaku ini adakah ia benar-benar berkaitan dengan gejala cakerawala di atas sana ? Ini soalan cepumas, siapa yang boleh beri jawapan ? OKlah, kalau tak ada siapa yang nak jawab, biarlah saya berikan sedikit klu itupun tak banyak, Cuma minta anda semua berfikir ajer. Dr. Abdul Rahman Hj. Abdullah dari USM dalam buku beliau Falsafah Alam Semesta Dalam Sejarah Tauhid Melayu menyatakan: bermula dengan kisah kejadian pertama, iaitu cahaya, air dan api, lalu kejadian bumi. Selepas itu dijadikan ikan paus raksasa, diikuti oleh lembu besar yang mempunyai banyak tanduk, yang duduk di atas ikan paus ini. Di atas salah-satu tanduknya diletakkan bumi, yang mana apabila diubah tempatnya ke tanduk-tanduk lain, nescaya berlakulah gempa bumi. Demikianlah seterusnya dijadikan bintang, syurga, jin dan malaikat, sehinggalah kepada penciptaan Nabi Adam. (halaman 57). Ironinya, Bumi berada di atas tanduk Lembu yang dikatakan satu tanggapan orang Melayu silam bahkan dijadikan bahan ketawa dan perlecehan sebenarnya tidak dikaji dalam-dalam terlebih dahulu. Oleh sebab pemahaman kita di zaman kini yang mudah melatah mengatakan itu semua mengarut kerana kita sendirilah yang tidak mampu merenungi dan menghayati sejenak apa yang mereka petuakan. Mengikut pusingan kedudukan bumi di angkasa, adalah didapati Bumi bergerak dari satu buruj ke satu buruj dalam tempoh 1000 tahun. Justifikasi ini bermaksud bahawa pergerakan Bumi di sepanjang garis ekliptik memang mencakupi segala macam jenis gempa di sepanjang orbitnya mengitari matahari. Sebarang gempa bumi yang berlaku adalah semenjak berjuta-juta tahun silam semenjak bumi ini dijadikan dan gempa tetap berlaku dari zaman ke zaman. Bumi mengalami liukan paksi dalam tempoh 25 ribu tahun bahkan dua kali liukan paksi dalam tempoh 50 ribu tahun! Justeru, bayangkan demikian banyak gempa yang berlaku di sepanjang liukan paksinya dalam tempoh ribuan bahkan jutaan tahun itu! Adakah bumi benar-benar berada di atas tanduk lembu pada 26 Disember 2004 lalu di mana gempa bumi berlaku di Acheh yang mengakibatkan bencana gelombang besar tsunami? Menurut simulasi perisian Starry Night Pro 4.5.2 / 5.0.1, pada malam sejurus sebelum gempa bumi, adalah didapati buruj Lembu (Taurus) berembang tepat di atas kepala di Banda Acheh pada jam 11.45 malam, 25 Disember 2004 lalu. Terdapat bulan penuh purnama di atas tanduk lembu ini! Keesokannya gempa bumi pun berlaku pada jam 9.30 pagi di Lautan Hindi, hanya beberapa kilometer jauhnya dari utara Pulau Sumatera. Sama ada berbetulan, hanya Allah jualah Yang Maha Mengetahui. Bukannya kita ingin mengatakan bahawa berembangnya buruj Lembu ini adalah kemuncak kepada peristiwa yang bakal akan berlaku tetapi ini semua adalah sekadar jangkaan kita semata. Kita tidak disuruh percaya bulat-bulat konsep astrologi seperti ini tetapi patutnya sekadar merenungi betapa segala petunjuk di alam cakerawala yang telah Allah ciptakan. Rajah di bawah menunjukkan kedudukan buruj Lembu ketika zenith (rembang). Kelihatan di sini ialah Komet Machholz yang berada betul-betul di bawah kaki lembu manakala bulan penuh purnama berada tepat di atas kepalanya! Selalunya

PaRaDoX / elaksamana@Yahoo.com All Right Reserved Presented 2006

INFORMATION of ELAKSAMANA

orang dahulukala mengatakan bahawa apabila datangnya komet, ia selalunya dikaitkan dengan malapetaka dan bencana yang akan berlaku. Jadi, bagaimana pula dengan bulan yang berada di atas kepala lembu itu walhal bulan selalunya tidak selalu pun membawa khabar buruk. Baiklah, pendapat ahli saintis yang mengatakan bahawa bulan mempunyai pengaruh yang kuat terhadap bumi adalah benar diakui. Kenapa? Kerana, bulanlah yang mempengaruhi air laut pasang dan surut. Tahukah anda semua bahawa permukaan bumi juga turut sama pasang dan surut seiring dengan air laut. Walaupun pasang surut permukaan (daratan) bumi tidaklah begitu ketara tetapi ia tetap mengalami pasang dan surut yang berkesan malahan agak kuat terhadap aktiviti plat bumi dan gunung berapi. Inilah yang sebenarnya berlaku ketika malam sejurus sebelum detik jam 12 malam, 26 Disember 2004 lalu bilamana bulan berada tinggi di langit dan gravitinya menarik kuat permukaan lautan dan juga daratan. Ketika bulan purnama tinggi di langit, air laut sedang mengalami pasang perbani atau pasang besar. Berbetulan pada ketika itu aktiviti dalaman bumi sangat kritikal maka, letusan gempa bumi dasar laut memang tidak dapat dielakkan lagi. Manakala gempa bumi yang kuat dirasai oleh penduduk di Kudat, Sabah akibat kesan gempa di Laut Filipina pada 5 Februari 2005 mungkinkah juga lanjutan dari petunjuk di cakerawala bilamana buruj Lembu berada di atas kepala pada jam 6.38 malam hari yang sama? Adakah apabila lembu itu bergerak-gerak di laluan ekliptiknya maka gempa bumi akan berlaku? Tidaklah dapat kita pastikan tetapi inilah klu-klu yang menarik untuk kita carikan penjelasannya secara saintifik. Segala perkaitan sebegini masih tidak diketahui setepat mana dan perlukan kajian lanjutan namun itulah sedikit sebanyak gambaran dari simulasi perhitungan astronomi masa-nyata (real-time) dari perisian Starry Night Pro yang serba canggih ini. Harap anda semua boleh memahami bahawa perjalanan cakerawala itu di bawah ketentuan Allah belaka dan tiadalah Dia menjadikan semua gejala di langit dan di bumi tanpa petunjuk. Petunjuk dari-Nya ada di alam cakerawala untuk orang-orang yang memikirkan.

PaRaDoX / elaksamana@Yahoo.com All Right Reserved Presented 2006

INFORMATION of ELAKSAMANA

Kedudukan buruj Lembu pada jam 11:45 malam, 25 Disember 2005 di Acheh.

PaRaDoX / elaksamana@Yahoo.com All Right Reserved Presented 2006

INFORMATION of ELAKSAMANA

Kedudukan buruj Lembu pada 6:38 malam, 5 Februari 2005 di Kudat, Sabah (terbenam matahari di Sabah : 5.22 malam). Bumi tepat di atas laluan ekliptik yang berwarna ungu (pink) sementara bulan atas garisan berwarna hijau. Kelihatan grid ekliptik dalam rajah di atas. Neraca (Mizan), Syurga dan Neraka Adakah di antara anda yang pernah bermain game DOOM 3 ? Saya pernah bermain game ini hingga tamat. Game DOOM 3 ini berkisar mengenai penjelajahan ke planet Marikh yang gersang dan merah. Kita akan memegang watak hero yang mendarat di planet Marikh untuk menyiasat kehilangan ramai penjelajah di bawah permukaan planet Marikh. Sepanjang penyiasatan kita di koloni Marikh, kita akan berdepan dengan mayatmayat hidup yang berubah sama ada hasil mutasi genetik atau disampuk oleh syaitan. Pada mulanya kita tidak menyedari bahawa lama-kelamaan kita akan menemui satu terowong yang membawa kita jauh ke dasar planet Marikh. Apa yang kita ketahui ialah di koloni Marikh ini para saintis menjalankan kajian untuk mengekstrakkan ferum superoksida kepada besi (ferum) dan oksigen selain mendapatkan air dari ais beku di permukaan. Apa yang kita dapati pada mulanya tampak normal tetapi bertukar kepada histeria apabila para koloni yang asalnya rakan-rakan sepenjelahan bertukar watak menjadi ganas seakan dirasuk oleh syaitan dan kita terpaksa menembak mereka satu persatu sebagai satu survival untuk membolehkan kita hidup di situ. Penyiasatan kita berterusan hinggalah kita menemui satu jalan ke bawah permukaan Marikh iaitu tempat di mana para penyelidik dan saintis dikatakan hilang tanpa berita. Di

PaRaDoX / elaksamana@Yahoo.com All Right Reserved Presented 2006

INFORMATION of ELAKSAMANA

sini kita akan mendapati terdapat kesan-kesan relics tamadun lampau planet Marikh dan kita menjangkakan mungkin ini adalah tinggalan makhluk asing yang pernah hidup di Marikh ribuan tahun lampau tetapi jangkaan kita silap apabila kita menemui satu senjata kuno yang mampu menghisap kekuatan iblis dan syaitan. Rupa-rupanya relics yang kita temui dan pegang ini ialah senjata untuk membunuh iblis dan syaitan. Ini bermakna, tamadun yang ditemui oleh para penjarah (raiders) yang hilang itu ialah tamadun syaitan yang mendiami dasar bumi planet Marikh! Saya tersentak apabila memikirkan bagaimana para programmer game ini berupaya membangunkan satu software untuk menyedarkan kita bahawa iblis atau Azazil atau Lucifer yang disebut dalam Al Quran pernah menetap di Marikh untuk beribadat kepada Allah sebelum manusia dijadikan! Itulah kenapa kebencian Iblis terhadap manusia adalah amat-amat sangat kerana iblis tidak mempusakai bumi sebagai tempat tinggal yang lebih baik selepas itu! Bumi dipusakai oleh manusia dan itulah kehendak Tuhan Yang Maha Esa. Lantaran kebencian iblis yang amat dalam terhadap manusia maka iblis bersumpah akan terus menyesatkan manusia selama-lamanya. Saya terfikir kenapa waktu maghrib adalah waktu di mana iblis dan syaitan menerawang untuk menyesatkan umat manusia. Tidak lain adalah kerana warna merah ufuk langit adalah sama dengan warna planet merah tempat iblis beribadat ratusan ribu tahun sebelum manusia dijadikan Tuhan! Mungkin benar dan cetusan ilham pengetahuan ini datangnya dari game DOOM 3 ini. Nampaknya para programmer game DOOM 3 terutama John Carmack mempunyai idea yang sangat bernas sekali dalam membangunkan game yang begitu cantik sekali grafik dan bijak sekali kepintaran buatannya (artificial intelligent) ini! John Carmack adalah ikon dunia game 3D yang tidak asing lagi kepada peminat game first person shooter (fps) yang pernah membangunkan game Wolfenstein 3D, game 3D pertama yang wujud di dunia! Sekarang saya sedar bahawa kaum Nasrani sebenarnya turut berfikir bahawa iblis pernah mendiami planet Marikh dan itulah yang akan anda rasai jika anda bermain game ini. Bertitik-tolak dari hakikat ini, kenapa tidak kita berfikir sejenak mengenai maksud rajah yang saya paparkan di bawah iaitu yang menunjukkan kala jengking (Aqrab / Scorpius), neraca atau dacing (Mizan / Libra) dan anak dara (Sunbulah / Virgo). Fikir-fikirkan apakah maksud yang tersirat ini. Jika tidak dapat juga berfikir, baiklah saya berikan jawapannya. Jika anda beriman kepada Allah maka hidup anda diberkati Tuhan, dan anda akan mati dalam husnul khatimah (pengakhiran yang baik) dan insya Allah akan ditempatkan di Jannah (syurga) yang dipenuhi oleh para bidadari yang masih dara remaja, belum disentuh oleh jin dan manusia. Ini kerana timbangan kebaikan anda melebihi timbangan kejahatan anda pada hari penghisaban kelak di mana timbangan yang di sebelah kanan adalah lebih berat dari timbangan di sebelah kiri. Namun, bagaimana jika seseorang itu tidak beriman dan mengingkari tegahan dan larangan Allah? Jawapannya ialah suul khatimah iaitu pengakhiran yang buruk bersebabkan timbangan kejahatannya lebih berat di sebelah kiri dari timbangan di sebelah kanan. Nerakalah tempatnya kembali dan ia akan ditempatkan di bersamasama haiwan berbisa termasuk ular dan kala jengking.

PaRaDoX / elaksamana@Yahoo.com All Right Reserved Presented 2006

INFORMATION of ELAKSAMANA

Itulah maksud yang boleh anda semua fahami dari rajah yang saya paparkan di bawah ini dan diharapkan anda menyedari bahawa tidak sia-sia Allah Taala membuat perumpamaan-perumapamaan di langit untuk dihayati dan direnungi serta diambil iktibar. Ini bermakna segala ilmu pengetahuan manusia adalah datangnya dari sumber Ilahi dan benarlah firman Allah ketika Dia ditanya oleh para malaikat: kenapakah Engkau ingin mencipta manusia yang kelak akan menumpahkan darah . Jawab Allah: Aku lebih mengetahui Sesungguhnya Nabi Adam telah dianugerahi oleh Allah dengan pengetahuan namanama benda baik di langit dan di bumi dan sebab itulah kenapa segala buruj-buruj di langit dinamai manusia sekian dan sekian. Tidak lain ialah semuanya adalah ilham pengetahuan yang telah diberikan oleh Allah kepada manusia. Maka jadilah sekian-sekian buruj di langit bentuknya begini dan begini menurut perhatian dan pengamatan manusia zaman-berzaman. Seharusnya kita sedar bahawa Allah telah menciptakan sekian buruj di langit mempunyai bentuk yang khusus kerana tiadalah Dia menciptakan semua ini dengan sia-sia. Hanya orang yang berfikir sahajalah yang mendapat iktibar darinya. Doa kita: Tiadalah Engkau jadikan semua ini dengan sia-sia maka jauhilah kami dari siksa neraka. (rabbana ma khalaqta haza bathila, subhanaka faqina azabannar).

Kala jengking simbolik kepada haiwan di neraka yang akan menyiksa golongan kafirin dan munafiqin. Neraca adalah simbolik penghisaban di Mahsyar kelak. Anak dara adalah simbolik bidadari syurga yang akan menemani golongan beriman, bertaqwa dan beramal soleh. Simboliknya, di kiri itulah neraka dan di kanan itulah syurga!

PaRaDoX / elaksamana@Yahoo.com All Right Reserved Presented 2006

Anda mungkin juga menyukai