Anda di halaman 1dari 3

Sajak Peta Kedamaian Mereka selalu menjanjikan kedamaian di atas meja rundingan tangan-tangan dengan pena hanya melakarkan

skrip wayang dan mereka itulah pelakon, pengarah dan tukang hias pentas. Ketiks seorang pengarah menjerit agar hentikan serangan pelakon masih menumpahkan darah pelakon bagaikan gila meratah tubuh-tubuh kerdil dan lemah benar dia seorang pengarah bijaksana dalam abad ini. Dunia tempat mereka mementaskan sandiwara gila ini menjadi saksi yang bakal ditanya disoal tentang bagaimana pembela-pembela terdekat menjadi kehilangan deria dan entah di mana kasihan. Antara harga kedamaian demi sebuah kenyataan di meja bisu itu dibayar dengan kepalsuan dan ugutan betapa hanya tunggul-tunggul kayu sahaja yang bisa membina negara membasuh darah di jalan-jalan panas.

1.Tema : Kemanusiaan Tema keseluruhan sajak Peta Kedamaian karya Ihsan Noorzali ini ialah tentang kemanusiaan yang semakin terhakis dalam diri manusia. Kemanusiaan yang semakin terhakis nilainya ini merujuk kepada peribadi seorang pemimpin negara yang sepatutnya berdiri untuk memperjuangankan kedamaian negara bukan sekadar bersandirawa demi kepentingan diri sendiri. 2. Persoalan

Sandiwara pemimpin negara -Persoalan ini jelas pada rangkap pertama sajak Peta Kedamaian karya Ihsan Noorzali yang menggambarkan situasi pemimpin-pemimpin negara sedang berbincang untuk mencapai kedamaian demi rakyat di negara-negara yang dilanda musibah namun semua itu hanyalah sebuah sandiwara untuk menipu rakyat. Kekejaman manusia -Persoalan ini jelas pada rangkap kedua sajak Peta Kedamaian karya Ihsan Noorzali iaitu penyajak menjelaskan tentang kekejaman manusia membunuh kanak-kanak kecil yang tidak bermaya pada baris keempat dan kelima rangkap ini. Ketidakprihatinan pemimpin negara -Persoalan ini terbukti pada rangkap ketiga sajak Peta Kedamaian. Penyajak ada menyebut tentang pemimpin yang hilang rasa kasih mengasihani sesama manusia.\

Maksud Sajak Rangkap pertama : Mereka yang dimaksudkan penyajak dalam rangkap pertama sajak ini ialah pemimpin-pemimpin negara yang sering berada di meja rundingan untuk mencapai kedamaian di negara yang ditimpa musibah. Walau bagaimanapun kedamaian yang dijanjikan tidak ditepati dan mereka pemimpinpemimpin negara itu berpura-pura melaksanakan tugas mereka sebagai pemimpin sama seperti seorang pelakon, pengarah dan tukang hias pentas. Rangkap kedua : Dalam rangkap kedua ini, penyajak ada menyebut tentang pelakon-pelakon. Pelakon-pelakon yang dinyatakan penyajak ialah tentera-tentera pemimpin yang berada di medan perang. Meskipun pemimpin negara mengarahkan tentera-tenteranya untuk menghentikan serangan,

tentera-tenteranya tetap enggan mematuhi arahan pemimpin mereka. Tentera-tentera ini bagaikan hilang sifat kemanusiaan sehingga sanggup mencabut nyawa kanak-kanak kecil yang lemah. Rangkap Ketiga : Penyajak menerangkan bahawa dunia ini menjadi medan bagi para pemimpin munafik berpurapura menjalankan kewajipan sedangkan dunia ini menyaksikan perbuatan keji dan tidak berbelas kasihan terhadap rakyat jelata. Rangkap Keempat : Sebuah harga kedamaian yang dibicarakan para pemimpi yang diharapkan hanyalah sebuah kepalsuan, ugutan dan harapan yang belum pasti tercapai. Mereka Mereka yang sanggup

berkorban untuk negara hanya segelintir rakyat yang tiada kudrat namun sanggup berjuang demi kedamaian sebuah negara.