Jika badan si kecil dengan tiba-tiba diserang oleh ruam merah terang dan berbintik di leher, bawah lengan atau di tepi lampin atau seluar dalam, jangan panik; ianya mungkin hanya ruam panas. Ruam panas, juga dikenali sebagai ruam mencucuk atau ruam gatal (miliria), adalah erupsi kulit yang boleh timbul apabila bayi anda terlalu panas dalam cuaca panas dan lembap. Ruam timbul di kelipat-kelipat kulit atau di tempat-tempat pakaian bayi rapi, termasuk di sebelah atas dada, leher, kelangkang dan ketiak. Jika anak anda memakai topi, ruam itu akan merebak ke kulit kepala atau dahi.
Tidak, ianya tidak sakit, tetapi kadangkala terasa tersangat gatal dan menjengkelkan, dan sensasi yang mencucuk hebat atau perit itu mungkin akan mengganggu anak anda. Setengah daripada bintik itu juga mungkin terasa pedih jika disentuh.
Gunakan losyen kalamin Sapukan secara banyak (kecuali dekat kawasan mata) terutama sekali jika bayi anda kelihatan resah dan menangis apabila anda menyentuh kulitnya. Gunakan krim hidrokortison (1/2 peratus) ... atas nasihat doktor atau ahli farmasi jika ruam itu tersangat teruk. Elakkan salap dan losyen lain sebab ianya akan membuat ruam menjadi lebih teruk sebab memerangkap kelembapan dalam kulit. Rujuk kepada doktor jika anak anda mendapat suhu tinggi. Dia mungkin akan mengesyorkan supaya bayi diberi larutan parasetamol untuk meringankan ketidakselesaannya dan menurunkan suhu badan. (Jangan sekali-kali memberi anak kecil aspirin sebab, ada kalanya, walaupun amat jarang, ianya boleh menyebabkan kondisi yang mengancam nyawa dikenali sebagai sindrom Reye.) Awasi anak anda pada masa ini: sebab apabila suhunya turun, badannya boleh menjadi sejuk dan perlu dipanaskan semula.
Patutkah saya bawa anak saya berjumpa doktor bagi ruam panas?
Pergi jumpa doktor jika:
anak anda mempunyai suhu tinggi (lebih dari 39 darjah C / 102 darjah F) yang tidak reda apabila diberi ubat; ruam tidak hilang selepas tiga atau empat hari; ruam menjadi lebih teruk.