Anda di halaman 1dari 8

Tiap-tiap soalan diikuti tiga pilihan jawapan A, B, dan C atau empat pilihan jawapan A, B, C dan D.

Antaranya, ada satu jawapan sahaja yang betul. Pilih jawapan itu. Soalan 1 hingga Soalan 18 Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai. 1. Tukang kayu itu memanjat tiang rumah untuk memasang ________. A jejari C bebola B kekuda D lelangit Soalan 2 berdasarkan gambar 1 Soalan 5 berdasarkan gambar 2

Gambar 2 5. Jenny melakukan senaman setiap petang agar badannya kelihatan ________. A lampai C renjong B langsing D lonjong 6. Badan yang _______ akan menyebabkan otak menjadi ________. A lemah....cergas C sihat...sihat B sihat...cerdas D cergas...sihat

Gambar 1 2. Semua anggota tentera memakai pakaian _______ sebelum masuk ke dalam hutan. A celorong-celoreng C coreng-moreng B corat-coret D comot-momot 3. Eddie dan Azmi _________, kerana jika seorang mendapat kesusahan seorang lagi pasti akan membantu. A bagai cicak makan kapur B bagai isi dengan kuku C bagai bertepuk sebelah tangan 4. Mahzan sering dimarahi oleh ahli kumpulannya kerana dia tidak bersungguh-sungguh menyiapkan tugasannya seperti ________. A melukut di tepi gantang B mencurah air ke daun keladi C ayam takutkan helang D melepaskan batuk di tangga

Soalan 7 berdasarkan gambar 3

Gambar 3 7. Pak Belang _______ seekor anak kambing yang sedang berjalan di dalam semak itu. A membaham C meratah B menyiat D melahap 8. Untuk sampai ke tanah perkuburan Masai, saya perlu melintasi se_______ sungai. A dasar C buah B batang D bila

9. Air lautnya tenang kerana tidak ______ besar. A berombak C diombak B mengombak D berombak-ombak 10. Barang-barang yang dijumpai di gua itu merupakan barang-barang peninggalan _______. A prakata C prasejarah B prasekolah D prasangka 11. Mak Pah masih _______ dengan Limah kerana sikap Limah yang suka _______ dalam hal keluarganya. A berjauh hati ... campur tangan B bertikam lidah ... cari jalan C bermuka-muka ... cakap besar D berhati batu ... iri hati 12. Rima tidak menyahut panggilan kami _______ dia ada di dalam rumah. A manakala C jikalau B sedangkan D sekiranya 13. _______ dia hendak menyapa, memandang kita _______ tidak. A Sungguhpun ... tetapi B Jangankan ... pun C Walaupun ... namun D Sama ada ... atau 14. A "Cis! Pantang Melayu menyerah kalah, kata Hang Tuah. B "Cis pantang Melayu menyerah kalah! kata Hang Tuah. C "Cis, pantang Melayu menyerah kalah! kata Hang Tuah. 15. A B C D Bukan, dia yang saya cari. Bukan dia yang saya cari. Bukan dia yang saya cari? Bukan. Dia yang saya cari.

tenggelam. B umpama buah kepayang, dimakan mabuk dibuang sayang C umpama Belanda kesiangan 17. Pak Man terkenal dengan sikapnya yang pemurah. A peramah C bakhil B pemalas D pemarah 18. Ahli-ahli persatuan mendesak agar presidennya meletakkan jawatan. A mengugut C menggesa B menghasut D menuntut Soalan 19 berdasarkan Gambar 4

Gambar 4 19. Tun Abdul Razak ialah Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Semasa hayatnya,______ banyak melaksanakan dasar pembangunan negara. A ia C baginda B dia D beliau Soalan 20 dan soalan 21 Pilih soalan yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan. 20. Semua guru terlibat dalam aktiviti gotong-royong yang diadakan itu. A Bagaimanakah aktiviti gotong-royong itu diadakan ? B Siapakah yang terlibat dalam aktiviti gotong-royong yang diadakan itu ? C Mengapakah aktiviti gotong-royong itu diadakan ? D Aktiviti apakah yang melibatkan semua guru ?

16. Bagaimanakah nasib anak-anakku yang berada di perantauan________ , bisik ayah. A untung sabut timbul,untung batu

21. Johan sukan Sekolah Kebangsaan Desa Skudai telah disandang oleh Rumah Marikh. A Rumah Marikhkah yang menjadi johan sukan Sekolah Kebangsaan Desa Skudai ? B Bilakah Rumah Marikh menjadi johan sukan Sekolah Kebangsaan Desa skudai ? C Rumah apakah yang menjadi johan sukan Sekolah Kebangsaan Desa Skudai ? D Rumah siapakah yang menjadi johan sukan Sekolah Kebangsaan Desa Skudai ? Soalan 22 dan soalan 23 Pilih ayat yang betul. 22. A Ayah kepenatan setelah bekerja sehari-hari. B Lori yang sarat dengan muatan itu telah terbabas ketika menuruni jalan yang curam. C Sagil sekeluarga tinggal di kawasan pedalaman Sarawak. D Dedaun kering itu berjatuhan ditiup angin. 23. A Kami mengetahui akan hal itu sejak dua tahun yang lalu. B Pak cik kamu itu datang dari kampungkah ? kata Ana kepada rakannya. C Sakit sungguh hatiku melihat kelakuan budak nakal itu. D Bolehkah kita berkenalan, tanya Roslan kepada murid baru itu. Soalan 24 dan soalan 25 Pilih jawapan yang paling sesuai bagi soalan yang diberikan. 24. Bagaimanakah dia memperoleh modal untuk memulakan perniagaan itu ? A Setelah mendapat modal barulah dia memulakan perniagaan itu

B Dia memerlukan modal yang besar untuk memulakan perniagaan itu. C Dia memulakan perniagaan mencagar tanah untuk mendapatkan modal. D Dia mendapat modal untuk memulakan perniagaan itu dengan mencagarkan tanah miliknya. 25. Bolehkah saudara membawa ibu saya yang sakit ini ke klinik ? A Sudah tentu. Lagipun, klinik dibuka 24 jam. B Sudah tentu. Saya pun memang hendak ke klinik. C Boleh juga, Ibu kamu pernah dirawat di klinik itu. D Boleh juga. Saya kenal jururawat di klinik itu. Soalan 26 hingga soalan 28 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi. 26. Zainal dan Siti telah berjaya memecahkan rekod dalam acara lumba lari di Sukan Asia yag lalu. A Rekod dalam acara lumba lari Zainal dan Siti telah berjaya dipecahkan di Sukan Asia yang lalu. B Rekod Zainal dan Siti di Sukan Asia yang lalu dalam acara lumba lari telah berjaya dipecahkan. C Rekod Zainal dan Siti dalam acara lumba lari telah berjaya dipecahkan di Sukan Asia yang lalu. D Rekod dalam acara lumba lari telah berjaya dipecahkan oleh Zainal dan Siti di Sukan Asia yang lalu. 27. Pameran perkakasan komputer di Dewan Intan telah dirasmikan oleh Pengarah Pelajaran Negeri. A Pengarah Pelajaran Negeri telah merasmikan perkakasan di pameran komputer Dewan Intan. B Pengarah Pelajaran Negeri telah merasmikan pameran perkakasan

komputer di Dewan Intan. C Perkakasan pameran komputer di Dewan Intan telah dirasmikan oleh Penagarah Pelajaran Negeri. D Perkakasan komputer di pameran Dewan Intan telah dirasmikan oleh Pengarah Pelajaran Negeri. 28. "Mak, ini Masni, kawan sekelas saya. Dia baru sahaja bertukar ke sini, kata Samat kepada ibunya. A Samat memperkenalkan Masni, kawan sekelasnya yang baru bertukar ke situ kepada ibunya. B Samat menunjukkan Masni, kawan sekelasnya yang baru bertukar ke situ kepada ibunnya. C Samat menjelaskan kepada ibunya bahawa Masni, kawan sekelasnya, baru sahaja bertukar ke situ. D Samat memberitahu ibunya bahawa kawan sekelasnya dan baru bertukar ke situ bernama Masni. Soalan 29 dan soalan 30. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. 29. I Harga yang ditawar olehnya terlalu dalam. II Sungai di belakang sekolah kami tidak dalam. III Kami berada dalam keadaan ketakutan semasa ditahan oleh pihak polis. IV Buanglah sampah sarap itu ke dalam tong sampah. A I dan II sahaja B II dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja

30. I Tolong berikan alamat rumah saya kepada Kamal. II Ikutilah alamat yang diberikan oleh ibu dalam menjalani kehidupan harian. III Langit mendung alamat hari hendak hujan. IV Alamat, aku terlupa hendak membawa buku itu! A I dan III sahaja B II dan IV sahaja C I, II dan IV sahaja D I, II, III dan IV sahaja Soalan 31 hingga soalan 35 Baca pantun di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Anak nyonya memetik pulasan, Lalu diletak di atas para, Duhai adik kakak berpesan, Capailah wawasan demi Negara. Pisang emas dibuat pengat, Untuk hidangan para tetamu, Cekal berusaha kuat semangat, Demi menggenggam segulung ilmu. Terbang ke bendang burung kedidi, Burung merpati makan di tangan, Menggapai ilmu menyemai budi, Pekerti mulia menjadi amalan. Kain cindai berbunga unggu, Kain belacu dibuat basahan, Keamanan sejagat tidak diganggu, Kekalkan perpaduan, elakkan permusuhan. Dara manis mengayam raga, Raga buluh di hujung laman, Pengorbanan utuh amat berharga, Disanjung orang sepanjang zaman.

Soalan 31 hingga soalan 35 Baca pantun di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. 31. Mengapakah wawasan Negara perlu kita capai? A Supaya keindahan Negara akan terpelihara B Supaya rakyat Malaysia dapat hidup dalam keadaan aman dan makmur C Supaya nama Negara terkenal di seluruh pelosok dunia D Supaya Negara kita akan bertambah maju dan makmur 32. Frasa segulung ilmu dalam pantun dapat digantikan dengan A segedung pengetahuan B segulung ijazah C serangkap pantun D sehelai kertas 33. Apakah akibat sekiranya seseorang itu tidak mempunyai budi pekerti? A Seseorang itu akan dipandang hina oleh masyarakat B Seseorang itu akan mempunyai kedudukan yang tinggi dalam masyarakat C Kehidupan seseorang itu akan bertambah senang. 34. Pernyataan yang tidak benar tentang pantun ialah A setiap murid perlu belajar dan berusaha dengan bersungguh sungguh tanpa mengenal jemu. B kita hendaklah mengelakkan permusuhan untuk mengekalkan keharmonian negara C bangsa yang tidak mempunyai maruah ialah bangsa yang disanjung D masyarakat akan menyanjungi orang yang selalu menabur budi

35. Apakah yang dapat dilakukan oleh setiap rakyat untuk menjamin keamanan sesebuah Negara? A Bekerjasama dan bertoleransi antara pelbagai kaum untuk mewujudkan perpaduan B Mengunjungi rakan semasa hari perayaan C Bertegur sapa sesama jiran D Mengunjung tempat-tempat bersejarah di dalam Negara

Soalan 36 hingga soalan 40 Baca catatan di bawah dan kemudian jawap soalan-soalan yang berikut.

27IMEI 2006, SABTU Aku tidak melepaskan peluang mengikut kak long yang bertugas di sebuah stesen televisyen swasta membuat liputan tentang Fiesta Memcandat Sotong 2006. Tujuan fiesta yang dianjurkan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) itu adalah untuk mempromosi aktiviti mencandat sotong kepada para pelancong di tengah Laut China Selatan. Perjalanan ke jeti Merang selama tujuh jam dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda itu amat memenatkan. Namun, keletihan itu hilang apabila kedatangan kami disambut oleg Abang Irfan dengan mesra. Abang Irfan merupakan rakan baik kak long semasa di University of Portsmouth, United Kingdom. Selepas melepaskan penat,kami menaiki bot yang disewa khas ke Pulau Redang. Pada tengah hari itu, kami dihidangkan dengan masakan kampong yang sungguh menyelerakan. Selepas bersolat zuhur, para peserta Fiesta Mencandat Sotong 2006 mendaftar diri di meja urus setia. Kemudian, Abang Irfan selaku pihak urus setia telah menyampaikan beberapa taklimat ringkas kepada para peserta. Antara yang ditekankan oleh Abang Irfan adalah aspek keselamatan semasa berada di laut. Tepat pada pukul 10.00 malam, para peserta berlepas dengan bot nelayan dari jeti di Pulau Redang. Sebanyak 30 buah bot nelayan yang lengkap dengan juntaian mentol membawa peserta ke tengah lautan. Para peserta telah dibekalkan dengan candat dan umpan tiruan bewarna-warni yang menyerupai ubur-ubur. 28 MEI 2006, AHAD Cahaya daripada mentol bulat yang dibuat khas menerangi kegelapan malam. Tidak lama kemudian, seekor demi seekor sotong muncul di permukaan air. Akhirnya, umpan candatku telah memperdayakan mangsanya. Apabila ditarik ke atas bot, warna sotong yang bewarna putih serta-merta berubah dan disertai tompok-tompok bewarna unggu. Kemeriahan mula terasa apabila setiap peserta berjaya menaikkan sotong. Dalam keseronokan itu beberapa orang peserta telah disembur dengan dakwat hitam sotong. Setelah enam jam berlalu, kami berjaya menaikkan empat tong besar sotong segar. Antaranya ialah sotong ketupat, sotong mabong, sotong burung hantu dan sotong papan. Namun acara pada malam itu belum berakhir. Setelah pulang ke jeti, hasil tangkapan akan ditimbang dan selepas itu dipanggang. Rasa kantukku hilang apabila menjamu sotong panggang hasil tangkapanku. 36. Pada pendapat kamu , apakah pekerjaan kakak penulis? A Pegawai perikanan B Pembaca berita C Wartawan penyiaran D Pendidik 37. Apakah objektif fiesta itu diadakan oleh pihak LKIM? A Untuk memperkenalkan aktiviti mencandat sotong kepada pelancong di Laut China Selatan B Untuk menggalakkan orang ramai supaya melancong ke pulau-pulau yang terdapat di negeri Terengganui

C Untuk menyemai perasaan sayang akan alam sekitar kepada orang ramai D Untuk mendidik orang ramai supaya memelihara dan memulihara sotong daripada ancaman kepupusan 38. Apakah tujuan taklimat disampaikan oleh Abang Irfan? A Untuk memastikan peserta berseronok semasa melakukan aktiviti mencandat sotong B untuk memastikan para peserta mematuhi aspek keselamatan semasa berada di tengah lautan C Untuk memastikan para peserta menangkap sotong yang cukup matang sahaja

39. Pernyataan yang tidak benar berdasarkan catatan ialah A sotong telah mengeluarkan dakwat hitam untuk mempertahankan diri daripada ditangkap para peserta B bot para peserta hanya diterangi oleh mentol bulat yang dibuat khas untuk mencandat sotong C Abang Irfan bertugas di LKIM D Penulis pulang ke jeti dengan membawa hasil tangkapan yang banyak pada pukul 5.00 pagi 40. Mengapakah rasa kantuk penulis telah hilang? A Kerana dia telah menikmati keenakan sotong panggang hasil tangkapannya di laut tadi B Kerana dia telah menjual sotong yang ditangkapnya kepada peraih C Kerana dia telah memasak sotong yang ditangkapnya itu sendiri D Kerana dia memperoleh sotong terbesar pada malam itu

NBD_LABARU06@LWS SKEMA JAWAPAN : 1. D 2. A 3. B 4. D 5. B 6. B 7. A 8. B 9. A 10. C 11. A 12. B 13. B 14. C 15. B 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. 27. 28. 29. 30. A C C D B C D C D B D B A C A 31. 32. 33. 34. 35. 36. 37. 38. 39. 40. D B A C A C A B D A

Anda mungkin juga menyukai