Anda di halaman 1dari 2

Pendekatan Binaan Pendekatan binaan juga dikenali dengan pendekatan sintesis.

Mengikut pendekatan inipengajaran bacaan dimulakan dengan memperkenalkan unsur-unsur yang terkecil terlebihdahulu, kemudian diikuti dengan unsur-unsur yang lebih besar. Unsur-unsur yang kecil akanmembentuk unsur yang lebih besar. Dalam pengajaran kemahiran membaca, murid-muriddiperkenalkan dengan huruf-huruf terlebih dahulu. Huruf-huruf digabungkan menjadi sukukata, dan suku kata digabungkan menjadi perkataan. Kemudian perkataan akan membentukayat. Pendekatan ini menghasilkan kaedah abjad.

Pendekatan Cerakinan Pendekatan cerakinan (analisis) adalah pendekatan pengajaran yang mendahulukan unsur-unsur yang besar, kemudian unsur-unsur itu dicerakinkan kepada unsur-unsur yang kecil yang membentuk struktur yang besar itu. Pengajaran kemahiran membaca mengikut pendekatan ini dimulakan dengan cerita atau ayat. Kemudian ayat itu dicerakinkan kepadaperkataan, dan daripada perkataan dicerakinkan kepada suku kata dan seterusnya kepadahuruf. Dengan ini murid-murid dapat mengaitkan huruf-huruf yang tiada makna (abstrak)dengan cerita / ayat yang bermakna. Jadi, murid-murid mempelajari sesuatu yang bermaknadan menarik

Pendekatan Komunikatif Pendekatan komunikasi menekankan penggunaan bahasa dalam komunikasi. Yang dipentingkan dalam pembelajaran bahasa ialah tujuan dan bagaimana bahasa digunakan dalam situasi dan konteks tertentu. Untuk melaksanakankomunikasi dalam kemahiran membaca, guru harus merancang pembelajaranyang boleh mewujudkan situasidi manapelajar boleh berkomunikasidengan cekap dan tidak hanya tertumpu kepada penguasaanstruktur bahasa sahaja. Pelajar perlu berinteraksi dalam bentuk kerja kumpulan atau secaraberpasangan, dalam melakukan pelbagai aktiviti bagi mewujudkan hubungan interpersonal yang positif.

Antara aktiviti bacaan menggunakan pendekatan komunikatif ialah bercerita, teater pembaca, laporan/ulasan buku dan choral speaking. Prinsip pendekatan komunikatif: (a) murid mengetahui tujuan aktiviti yang dilakukannya; (b) pengajaran bahasa dibuat dalam konteks wacana; (c) pengajaran bahasa mengikuti proses komunikasi sebenar; (d) mempelbagaikan aktiviti komunikasi.

Zaim Asyraf, Arman Shahrani & Jantom Saba

Pendekatan Pengalaman Bahasa (LEA) Pendekatan pengalaman bahasa memberi penekanan kepada pengalaman ataupengetahuan sedia ada murid-murid dalam membaca. Murid-murid akan mudah memahamimesej yang cuba disampaikan oleh penulis dalam tulisannya sekiranya murid-muridmempunyai pengalaman membaca bahan yang menggunakan laras yang sama sertamereka mempunyai pengetahuan mengenai bidang yang dibincangkan. Dalam sesuatu proses membaca, terdapat tiga peringkat pemahaman, iaitu lateral,interpretasi & inferens, dan penilaian makna. Bagi setiap peringkat, murid-murid perlumempunyaipengalaman atau pengetahuan sedia ada untuk memudahkan merekamenguasai peringkat-peringkat tersebut. Sebagai contoh, pada peringkat lateral, murid-murid perlu mempunyai pengetahuan sedia ada mengenai ilmu kebahasaan (istilah,tatabahasa, ragam, laras bahasa, keindahan bahasa dan sebagainya) untuk mengecamtulisan yang dibacanya. Pengalaman mereka membaca pelbagai bahan yang mempunyai pelbagai laras, susuk ayatdan sebagainya akan memudahkan mereka mengenali tulisan tersebut.Pada peringkatinterpretasi & inferens, pengetahuan atau pengalaman murid-murid sangat diperlukan untukmentafsir makna (mesej) yang ingin disampaikan oleh penulis. Murid-murid mudah mentafsirmakna sekiranya bahan yang dibaca berkaitan dengan suatu bidang yang diketahuinya.Sebagai contoh, jika murid-murid mempunyai pengalaman atau pengetahuan tentangpelancongan akan memudahkan mereka memahami teks yang membincangkan soalpelancongan. Kesimpulannya, pendekatan ini memanfaatkan pengalaman murid dalampembelajaran kemahiran bacaan.

Seseorang guru perlu mengambil tindakan berikut;

(a) Beri sebanyak mungkin pengalaman kepada murid-murid untuk membantu merekamemahami bahan yang dibaca. Pengalaman boleh terdiri daripada pengalamansendiri atau pengalaman orang lain; (b) Bahan bacaan yang dipilih oleh guru untuk dibaca oleh murid-murid perlu sesuai dengan pengetahuan sedia ada mereka; (c) Sediakan bahan-bahan sokongan lain seperti gambar, grafik, bahan maujud dan sebagainya untuk membantu murid-murid menguasai konsep; (d) Perbincangan mengenai bidang yang terdapat dalam teks bacaan perlu dijalankan sebelum aktiviti membaca; dan (e) Guru perlu mempelbagaikan bentuk / laras bahan bacaan dalam pengajaran pembelajaran membaca.

Zaim Asyraf, Arman Shahrani & Jantom Saba