Anda di halaman 1dari 1

Soalan 1 : Apakah yang anda faham tentang konsep kurikulum dan pengajaranb sekolah?

Kurikulum ditakrifkan sebagai segala rancangan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolahataupun sesebuah institusi pelajaran untuk mencapai matlamat pendidikan(Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979). Kurikulum merupakan suatu rancangan yang meliputisegala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dankepercayaan masyarakat Malaysia. Kurikulum berperanan untuk mengembangkan potensimurid-murid dari segi intelek, jasmani, rohani, emosi dan sosial dengan cara seimbang danmenyeluruh, membina sifat-sifat yang boleh membawa ke arah perpaduan negara sertamenghasilkan tenaga rakyat yang mahir dan terlatih untuk keperluan Negara Pendidikan di Malaysia berkembang seiring dengan zaman begitu juga denganperkembangan kurikulum dan pengajaran di sekolah. Perkembangan tersebut dapat dapatdibahagi kepada tiga peringkat iaitu sebelum merdeka, selepas merdeka dan sistem pendidikansemasa. Perkembangan kurikulum dan pengajaran di sekolah akan dibincangkan dalam konteksperkembangan pendidikan di Malaysia. Perkembangan tersebut meluputi kandungan dan jeniskurikulum dan sistem pengajarann yang berlaku selaras dengan tahap perkembangan pendidikandi Malaysia. Konsep kurikulum adalah merangkumi pengalaman kehidupan nyata dan tidak nyata yang dipilih, diorganisasi dan disusun oleh sarjana pendidikan dan pakar kurikulum secarateliti dan profesional, demi menjadikan pelbagai jenis aktiviti pembelajaran nyata dan tidak nyataseperti yang dijalankan dalam dan luar bilik darjah, dalam dan luar sekolah untuk semuaperingkat persekolahan.Menurut Kerr J. K (1968), Hirst (1975) serta Nicholls S. H. dan Nicholls A (1978)telah mentakrifkan kurikulum adalah rancangan di peringkat sekolah manakala B.O.Smith,W.D. Stanley dan J. H. Shores (1957), J. G Saylor & W. M Alexander (1974) dan K. Egan(1978) menyatakan kurikulum adalah rancangan bidang pendidikan. Selain itu, Tyler(1950) ,G.A. Beauchamp (1968) dan A.S Robinson (1971) memfokuskan kurikulum kepada objektif danproses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku sama ada di sekolah atau di luar sekolah.Konsep kurikulum sekolah mengandungi lima aspek sebagaimana yang digambarkan dalamrajah di sebelah

Anda mungkin juga menyukai