Anda di halaman 1dari 20

Pengajaran dan Pembelajaran Konstruktivisme

Lim Yi Ming Ellysuzyla Jerry Kolin Ahmad Mujahid bin Salim Muhammad Akid bin Suhaimi

Pengenalan
Menurut Hilbert dan Renkl (2007), konstruktivisme dikaitkan dengan pembinaan pengetahuan secara aktif untuk individu yang berfikir.

Dengan kata lain, seseorang murid tidak menyerap sebarang pengetahuan yang disampaikan oleh guru secara pasif, sebaliknya menyesuaikan sesuatu maklumat baharu untuk membentuk pengetahuan terkini menerusi interaksi dan komunikasi sosial dengan guru dan rakan-rakan.

Definisi Pembelajaran Konstruktivisme


Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang menjurus kepada kajian tentang cara-cara manusia belajar. Pembinaan pengetahuan bahru oleh murid dengan menguji idea menerusi pengetahuan dan pengalaman sedia ada.

Pengintegrasia pengetahuan baharu yang diperoleh daripada pembinaan intelektual sedia ada.

Model Pembelajaran Konstrukvisme


Asas model ini telah disesuaikan dalam Lima Fasa Needham iaitu orientasi, cetusan idea, penstrukturan semula idea, aplikasi idea dan refleksi.

Orientasi
Bertujuan untuk menarik perhatian dan minat serta memotivasikan murid supaya terus terlibat dalam pembelajaran. Contohnya, permainan bahasa dan penyoalan yang boleh menjana rasa ingin tahu murid. Implikasinya, murid akan lebih matang berfikir, di samping seronok melibatkan diri dalam pelakssanaan aktiviti dalam bilik darjah.

Cetusan Idea
Idea murid yang terdahulu dikenal pasti menerusi soalan-soalan yang diajukan dengan berasaskan penilaian untk dorongan berfikir. Bahan pembelajran digarap untuk merancakkan tekni inkuiri murid dalam menyelongkar dan menyiasat.

Kesannya, mruid akan berfkiran lebih luas bagi membina pengetahuan baru, menjana kesinambungan idea, membuat keputusan yang bijak serta berkredibiliti menyelesaikan masalah dalam pembelajaran. Aktiviti yang boleh dijalankan adalah seperti mengenal pasti maslaah, mengumpulkan maklumat, memproses data, membuat interpretasi dan merumus.

Penstrukturan Semula Idea


Murid berpeluang mengubahsuaikan kerangka alternatif pemikiran kepada konsep peneluran idea daripada persekitaran yang saintifik. Dalam fasa ini, idea baharu akan dipersembahkan ileh murid dalam pelbagai bentuk yang sesuai dengan kecerdasan mereka.

Penerangan dan aktiviti yang sejajar dengan kecerdasan murid digunakan untuk membentuk konsep yang lebih baharu dan dinamik. Dalam hal ini, contoh aktiviti adalah seperti interaksi perbincangan dalam kumpulan dan penyediaan laporan.

Kesan daripada penstrukturan idea, murid menjadi leih yakin dan berani untuk mencabar hipotesis yang telah diputuskan.

Aplikasi Idea
Fasa ini memaparkan udaha murid untuk mengenal pasti pemikiran baharu yang diubahsuai. Pengubahsuaian telah mula dikesan dalam penstrukturan semula idea dengan berdasarkan persekitaran lama kepada persekitaran baharu.

Konsep yang dibina boleh berkait dan berkembang kepada maklumat tambahan. Permaiann siber bahasa sesuai dijalankan dalam fasa ini. Kesannya, kefahaman tentang sesuatu konsep dan idea menjadi lebih jelas apabila murid terlibat secara langsung membina sesuatu pengetahuan baharu.

Refleksi
Refleksi memberikan fokus kepada penilaian tentang kefahaman murid untuk mengenal pasti sama ada idea terdahulu telah berubah atau sebaliknya. Aktiviti yang sesuai dijalankan adalah penyoalan dan pemberian bukti tentang apaapa yang perlu diketahui oleh murid dalam pembelajaran.

Murid-murid dapat menilai sama ada mereka faham ataupun tidak tentang sesuatu isi pelajaran. Ahli-ahli konstruktivis menegaskan bahawa murid perlu membina pengalaman baharu berdasarkan pengetahuan sedia ada.

Guru perlu membina pengalaman untuk mencabar idea yang dimiliki murid ke arah penstrukturan semula idea baharu. Ahli konstruktivis percaya bahawa murid mampu membentuk perwakilan pengetahuan atau frame of reference sendiri dalam persekitaran refleksi.

Ciri-ciri Pengajaran dan Pembelajaran Konstruktivisme


Menyusun atau menstrukturkan pengajaran dan pembelajaran berasaskan persekitaran idea utama. Pembelajaran dahulu atau pengetahuan yang sedia ada penting untuk pembelajaran baharu.

Guru wajar menimbulkan keraguan atau persoalan mencabar dalam minda murid untuk meneroka jawapan. Mengajar murid cara belajar iaitu menggunakan metakognitif dan metamemori.

Pembelajaran adalah usaha sama kognitif antara guru dengan murid atau murid dengan murid. Guru perlu menilai atau mengukur kefahaman murid tentang maklumat yang disampaikan semasa pengajaran.

Rumusan
Dalam pembelajaran dan pengajaran konstruktivisme, murid memainkan peranan utama dalam mengantara dan mengawal pembelajaran bahasa. Kesilapan murid dalam sesuatu aspek bahasa dianggap sebagai peluang untuk memahami pembinaan pengetahuan yang lalu.

Sekian, terima kasih!!

Anda mungkin juga menyukai