Anda di halaman 1dari 2

BERUANG BEANY SI PEMBULI

Hai semua. Selamat petang guru-guru, selamat petang kawan-kawan. Nama saya Jusreen. Saya dari kelas Tahun 1. Hari ini saya ingin bercerita tentang Beruang Beany Si Pembuli. Beany suka bagaimanapun, membuli di tiada sekolahnya. yang Walau berani siapa

melaporkan kepada cikgu kerana takut dipukul. Pada suatu hari, Si Kucing sedang bermain dengan kawan-kawannya, iaitu Si Burung dan Si Tikus. Pada masa yang sama,Beany pun datang. Aku mahu bola itu, kata Beany. Beany menolak Si Kucing sehingga terjatuh, kemudian dia mengambil bola itu. Itu bola dia, jerit Si Burung. Aku tak peduli, jawab Beany. Beany menghentakkan kakinya lalu pergi. Si Kucing menangis. Kawan-kawannya cuba memujuk Si Kucing, kemudian mereka balik ke kelas.

BERUANG BEANY SI PEMBULI


Semasa waktu rehat, Si Burung membeli sepinggan mi. Tidak lama kemudian, Beany pun datang. Beany mengambil mi itu, lalu makan dengan gelojohnya. Saya akan beritahu cikgu! kata Si Tikus. Berani kamu beritahu?, jerit Beany dengan marah. Ketiga-tiga sahabat itu segera memberitahu guru kelas mereka, iaitu Cikgu Arif. Cikgu Arif mendengar cerita anak muridnya dengan teliti. Kemudian, dia menyiasat kes tersebut. Akhirnya, Beany didapati bersalah. Beany dihukum membersihkan tandas sepanjang minggu. Dia berasa malu kerana membuli. Dia menyesal dan berjanji tidak akan membuli lagi. Itulah cerita tentang Beany Si Pembuli. Kawankawan, jangan lah kita membuli rakan kita yang lain. Kerana pembuli akan menerima hukuman yang setimpal.

Anda mungkin juga menyukai