Anda di halaman 1dari 8

contoh RPH PSV- bidang membentuk dan membuat binaan

as salam and welcome.. CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Tarikh

4 Oktober 2011

Matapelajaran : Pendidikan Seni Visual Tahun 2 : 6 Cerdas Jumlah Pelajar : 30 orang Bidang Kegiatan : Membentuk dan Membuat Binaan Jenis Kegiatan : Membentuk dan Membuat Binaan dengan kaedah cantuman pencungkil gigi Isi Kandungan - Tema : Perabot Rumah - Tajuk : Katil Comel Adikku Kemahiran : 3.1.3 Memerhati bentuk, benda-benda alam, dan buatan manusia untuk memahami fungsinya. 3.2.2 Meneroka dan memastikan kesesuaian ciri-ciri bahan dan alat untuk menghasilkan rekaan 3.3.2 Mengetahui bagaimana bentuk tertentu dicantumkan bagi menghasilkan sesuatu objek. 3.4.1 Berbincang dan menilai hasil bentuk rekaan dan binaan dari segi proses membuat olahan bahan, unsur-unsur seni, fungsi dan kemasan. Objektif Eksplisit : Pada akhir pembelajaran murid-murid dapat: 1. Menyebut empat contoh perabot di rumah dengan betul. 2. Menggunakan alat & bahan yang sesuai dengan betul untuk membuat binaan model katil kadar siap 80%. 3. Menceritakan aspek-aspek seni yang terdapat pada penghasilan binaan model katil dengan betul. Penerapan Nilai : Sabar dan tekun. Penggabungjalinan : Kemahiran Hidup KBKK : Mencetus idea, menganalisis Bahan Bantu Mengajar : Komputer riba, carta, dan nota guru. Bahan Bantu Belajar : Lembaran kerja, Model katil. Alat,Bahan,Media : pisau, gunting, cotton bud, pencungkil gigi, gam kasut. Pemulihan : Menjarakkan susunan antara pencungkil gigi Pengayaan : Membuat kemasan untuk model katil yang dihasilkan.

Isi Kandungan Set Induksi (5 minit) - Permainan Teka Kata.

-Sesi soal jawab a. Di antara jawapan yang diberikan, yang manakah yang berbeza? b. Mengapakah kerusi berbeza? c. Adakah kerusi tergolong dalam kategori alatan elektrik?

Aktiviti P & P Guru Murid 1. Guru 1. Murid membahagi membentuk kelas kepada tiga kumpulan tiga 2. Murid kumpulan. 2. Guru tampil ke meminta hadapan wakil dari untuk setiap menjawab kumpulan Teka Kata. tampil 3. Kumpulan menjawab yang soalan. menjawab 3. Guru dengan betul memberi mendapat pujian kepada pujian. kumpulan yang menjawab dengan betul.. 4. Guru menjalankan sesi soal jawab: Apakah peralatan yang berbeza antara kesemua jawapan yang diberikan. (Kerusi) Mengapa kerusi berbeza daripada jawapan lain? (Kerusi merupakan perabot, manakala yang lain adalah peralatan elektrik) 1.Muridmurid

BBM - Teka Kata

Catatan/Lakaran # dilampirkan

KBKK: Mencetus idea Mengkategori Menganalisis

Langkah 1

1. Pengenalan 1.1 Guru memperkenalk

- Stesyen A Resos A

Kemahiran: 3.1.3

(15 min.) 2. Mencari & an tajuk berkongsi 2.1 Guru maklumat membahagi kelas kepada 3 stesyen A, B, C 2.2 Guru memberi tugasan mencari i. Maksud dan membina. ii. Teknik-teknik mencatat maklumat pada membina. lembaran iii. Contoh-contoh kerja dan perabot. menggunakan resos yang Aras 1 disediakan di setiap Menyebut stesyen. empat contoh 2.3 Guru perabot di meminta wakil rumah. dari setiap stesyen membaca jawapan lampiran 3. Mempamerkan kerja dan pelajar-pelajar dan lain menerangkan mencatat carta jawapan di langkah lampiran kerja yang berkenaan 2.4 Guru menghuraikan 4. Tunjukcara maklumat yang diberikan oleh murid.

Isi Penting

mendengar dan melihat BBM yang ditunjukkan. 1. Muridmurid bergerak ke stesyen. 2. Muridmurid

Pautan internet dan bahan fotostat Komputer riba (Maksud membina) - Stesyen B Resos B Peta minda menggunakan ( Teknikresos dan teknik menjalankan penghasilan tugasan dalam 3. Wakil dari bidang setiap stesyen membina) membaca - Stesyen C dan ,muridResos C murid lain Komputer mencatat. riba (Jenis perabot) -Lampiran Kerja 1. Lampiran kerja(Guru) 2. Lampiran 1.Muridkerja murid melihat (Murid) bbm yang ditunjukkan. 2.Murid-Carta murid Langkah membaca carta langkah 3..Muridmurid mendengar dengan teliti. Pencungkil gigi.

*Sampel resos dilampirkan Gabungjalin: Kemahiran hidup

Strategi: Kemahiran ICT

* dilampirkan

*lakaran & maklumat carta dilampirkan

1. Murid melihat tunjukcara 3.2 Guru meminta guru murid-murid dengan teliti.

3.1 Guru mempamerkan carta langkah

membaca carta secara inividu, berkumpulan 3.3 Guru menerangkan langkahlangkah penghasilan. 4.1 Guru menunjukcara penghasilan Model Katil Bayi 1.Guru 1. Murid meminta murid membentuk membahagi kumpulan enam kerja dan kumpulan. mengeluarkan 2. Guru alat & meminta murid bahan 2. Murid membentuk membina kumpulan kerja dan model perabot mengeluarkan katil. alat dan bahan 3.Guru meminta murid membuat binaan model perabot (katil) dengan pencungkil gigi.

Langkah Aktiviti Penghasilan 2 (30 min.) Produk

Aras 2
Menghasilkan model katil dengan teknik binaan.

Bahan fotostat bergambar topi, kertas untuk templat, pensil warna / krayon, pisau/ gunting

-Penerapan nilai: Kerjasama, Ketekunan, Kesabaran Kemahiran: 3.3.2 Strategi: Masteri *Aras rendah

Aras 3
Melengkapkan peralatan pada model katil.

*Aras tinggi -guru menyelia dan membimbing murid di semua aras Strategi : BCB Pengayaan Pemulihan

Langkah 3 (5 min.)

Apresiasi

1. Guru memilih beberapa hasil kerja murid, menjalankan apresiasi dan menjalankan

1.A- paling cantik C- kurang menarik A.

Produk yang dihasilkan.

Menegaskan penggunaan bahasa seni visual. Asas-asas Seni

sesi soal jawab: a. Diantara semua hasil kerja berikut, yang manakah yang paling cantik? Yang manakah kurang menarik? b. Mengapakah A lebih cantik?

A : Bentuk menarik Susunan kemas C : Bentuk menarik Susunan bengkang bengkok

Penutup (5min.)

Rumusan

c. Mengapakah C kurang menarik? 1. Guru meminta beberapa murid menyebut langkahlangkah penghasilan produk. 2. Guru memberitahu alat & bahan yang diperlukan untuk minggu depan. 3.Guru meminta murid mengemas tempat

1. Beberapa orang murid memberitahu langkahlangkah penghasilan. 2. Murid mendengar dan mencatat. Murid mengemas tempat.

Kemahiran: 2.4.1

Nilai: Kebersihan

Konsep 5P merupakan aspek penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana melalui proses ini pelajar dapat menyesuaikan maklumat dalam rangsangan serta menghasilkan satu pelajaran yang bersepadu dan menyeluruh serta mengelakkan kebosanan dalam kalangan murid. Konsep 5P terdiri daripada proses penggabungjalinan kemahiran, penyerapan pengetahuan, penerapan nilai murni, pemulihan dan pengayaan PERLAKSANAAN 5P DALAM PENGAJARAN PSV

Penggabungjalinan Penggabungjalinan ialah satu proses yang menggabungkan pelbagai bidang kemahiran dalam satu pengajaran dan pembelajaran bagi mewujudkan satu pelajaran yang intergratif dan menyeluruh. Penggabungjalinan ini bertujuan untuk membantu murid dalam penguasaan pelbagai kemahiran secara serentak dalam satu proses pengajaran dan pembelajaran. Meningkatkan keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Menarik lebih minat pelajar kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna kepada murid-murid.Memberi ruang dan peluang bagi pertumbuhan dan perkembangan murid- murid secara seimbang dan menyeluruh. Terdapat tiga bentuk penggabungjalinan iaitu penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran, pengabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain dan penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum. Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran melibatkan kemahiran lisan atau pertuturan, membaca, menulis, mengira, melukis, mewarna dan lain-lain. Contohnya cikgu menyuruh pelajar melukis lima buah-buahan tempatan kemudian mewarna buah-buahan tersebut Oleh itu pelbagai kemahiran yang dapat diterapkan dalam aktiviti tersebut antaranya ialah kemahiran berfikir, melukis dan mewarna. Kemahiran utama yang cikgu tersebut hendak fokuskan ialah kemahiran melukis iaitu objektif utama pengajaran dan pembelajaran. Manakala kemahiran sampingan ialah kemahiran yang digabungjalinkan dengan kemahiran utama iaitu kemahiran mewarna dan berfikir. Bentuk penggabungjalinan yang seterusnya ialah penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran yang lain. Penggabungjalinan antara satu mata pelajaran dengan mata pelajaran lain amatlah penting untuk meningkatkan kemahiran murid. Contohnya kemahiran daripada Pendidikan Seni Visual boleh digabungjalinkan dengan mata pelajaran Kajian Tempatan. Bagi mata pelajaran Kajian Tempatan, pelajar perlu megenali peta Malaysia. Oleh itu pelajar perlu melukis dan mewarna peta Malaysia mengikut nama-nama negeri yang terdapat di Malaysia. Kemahiran dalam Pendidikan Seni Visual seperti melukis dan mewarna digabungjalinkan dalam mata pelajaran Kajian Tempatan.

Bentuk penggabungjalinan yang terakhir ialah penggabungjalinan merentas kurikulum. Penggabungjalinan ini melibatkan kemahiran - kemahiran belajar untuk belajar, kemahiran berfikir secara kreatif & kritis, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran pelbagai kecerdasan dan kemahiran generik. Penggabungjalinan merentas kurikulum bermaksud kemahiran diluar pembelajaran. Contohnya dalam menghasilkan kraf tangan, pelajar haruslah berfikir secara kreatif dan kritis bagaimana hendak menghasilkan kraf yang menarik.

Penyerapan Pengetahuan Penyerapan pengetahuan adalah proses menyebati dan menyatupadukan pengetahuan atau unsur isi pengetahuan daripada suatu matapelajaran lain ke dalam isi pelajaran bagi satu mata pelajaran yang diajar. Penyerapan pengetahuan melibatkan unsur pengetahuan dan bukannya kemahiran. Kelebihan Penyerapan pengetahuan dalam Pendidikan Seni Visual ialah aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik walaupun tajuk yg hendak dipelajari pada asalnya bersifat sebaliknya.Kelebihan ke dua ialah aktiviti pengajaran dan pembelajaran yng lebih produktif dan efektif. Kelebihan seterusnya ialah pemilihan isi pengetahuan yang menarik daripada mata pelajaran lain,murid menjadi lebih ceria, bersemangat dan progresif. Terakhir, murid-murid menjadi lebih faham dengan sesuatu yang dipelajarinya dengan penyerapan, hubung kait dengan pengetahuan dari mata pelajaran lain. Dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual, guru boleh menambahkan pengetahuan pelajar dengan menceritakan serba sedikit mengenai sejarah Seni Visual serta tokoh-tokoh terkenal dalam seni. Oleh itu, guru bukanlah semata-mata mengajar kemahirankemahiran mewarna dan melukis sahaja

Penerapan Nilai-Nilai Murni Penerapan nilai-nilai murni ialah proses menerapkan nilai-nilai dalam pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum. Penerapan nilai ini berlangsung melalui dua pendekatan iaitu pendekatan implisit dan pendekatan eksplisit. Pendekatan implisit seperti guru-guru secara tidak langsung menerapkan sesuatu nilai. Contohnya, guru berpakaian bersih dan kemas apabila mengajar dan secara tidak langsung guru tersebut menerapkan nilai kebersihan dan kekemasan untuk dijadikan contoh kepada pelajar. Pendekatan eksplisit ialah mengadakan suatu peraturan, arahan dan sebagainya yang bertulis tentang sesuatu perkara yang diharapkan. Penerapan secara eksplisit adalah lebih terancang, dengan matlamat dan cara pelaksanaan serta penilaian yang jelas. Dalam konteks pendididikan seni visual, guru tersebut boleh meminta sekumpulan pelajar mengemas bilik seni sekolah. Secara tidak langsung ini dapat menerapkan nilainilai murni seperti kerjasama, ambil berat dan sikap toleransi.

Pengayaan Pengayaan adalah satu aktiviti yang lebih mencabar kebolehan pelajar disamping menambah minat dan pengalaman yang dapat membantu pelajar ke arah perkembangan dan bakat diri. Pengayaan juga dapat membuatkan pelajar berminat untuk belajar sendiri dan mempunyai sifat berdikari bagi membolehkan mereka meneruskan pembelajaran seumur hidup serta melahirkan daya kreativiti menerusi pemikiran dan kebolehan untuk menilai kerja mereka sendiri. Aktiviti pengayaan juga dapat membuka peluang kepada pelajar untuk mengembang minat, daya kreativiti, sifat ingin tahu, bakat kepimpinan serta dapat melibatkan diri dalam membuat keputusan untuk diri, kumpulan dan juga masyarakat. Dalam Pendidikan Seni Visual, guru boleh mempelbagaikan aktiviti pembelajaran mengikut bidang-bidang tertentu untuk meningkatkan dan menambah minat pelajar dalam mata pelajaran seni. Aktiviti tersebut haruslah mencabar serta menguji kemahiran pelajar supaya pelajar dapat melahirkan daya kreattviti tersendiri.

Pemulihan Pemulihan bertujuan untuk membaiki kelemahan pembelajaran. Melalui pendidikan pemulihan pelajar yang lemah dapat diasuh dan diberikan tumpuan yang lebih berbanding pelajar lain. Contohnya, dalam Pendidikan Seni Visual, pelajar yang kurang kemahiran dalam melukis akan diajar mengikut teknik-teknik yang sesuai secara berulang kali. Pelajar juga turut diberikan peluang untuk mencuba menggembangkan potensi diri mereka dalam pelajaran dan minat mereka untuk mecuba ke tahap yang lebih maju. Jom Baca Entry Ni pula....

Anda mungkin juga menyukai