Anda di halaman 1dari 3

IMPAK GANGGUAN SEKSUAL TERHADAP PRODUKTIVITI PEKERJA Terdapat bukti kukuh bahawa kebanyakan kes gangguan seksual di tempat

kerja adalah tidak dilaporkan. Perasaan malu, tiada tempat mengadu, rasa bimbang dijadikan bahan sindiran, apatah lagi perasaan takut diberhentikan kerja menyebabkan kebanyakan mangsa enggan melaporkan masalah yang dihadapi, dan dengan itu terpaksa menderita dan memendam perasaan.(Gangguan Seksual : Pengurusan Tingkah Laku dan Perkembangan Gender dalam Organisasi : Abd Rahim Abd Rashid (Kementerian Sumber Manusia, 1999: hal. I). Antara kesan gangguan seksual terhadap pekerja adalah seperti berikut : i. Tekanan Psikologi Pekerja yang mengalami gangguan seksual akan menghadapi tekanan psikologi seperti rasa tidak selamat, keadaan masa depan tidak menentu, terhina dan bimbang. Kesan yang buruk kepada perkembangan dan kesejahteraan hidup pekerja dapat dilihat jika perkara ini dibiarkan berterusan. ii. Hak dan Maruah Tergugat Hak asasi manusia dan kepentingan mempertahankan maruah wanita atau pekerja dicabuli oleh perbuatan gangguan seksual. Wanita atau pekerja yang mengalami masalah gangguan seksual akan merasa bahawa maruahnya tergugat. Masalah gangguan sosial juga akan menyebabkan penafian terhadap hak-hak pekerja seperti kenaikan pangkat, hak pembayaran gaji, hak mendapat pengiktirafan san sebagainya. iii. Amalan Pilih Kasih Kesan buruk kepada moral dan hak pekerja dapat dilihat akibat amalan pilih kasih yang didorong oleh kepentingan seksual. Amalan pilih kasih yang terjadi akibat hubungan personal dan interpersonal dijadikan alasan bagi majikan untuk menilai

seseorang pekerja adalah bersifat bias, tidak adil, dan bersifat diskriminasi terhadap pekerja lain. iv. Perpecahan Rumah Tangga Perpecahan rumahtangga khususnya dalam kalangan pekerja wanita adalah salah satu kesan buruk daripada gangguan seksual. Pekerja wanita dipaksa mengikuti ketua atau majikan bekerja di luar jam bekerja tetapi sebaliknya majikan atau ketua mempunyai muslihat gangguan seksual. Hal ini akan menimbulkan perbalahan dan di akhiri dengan perpecahan rumah tangga apabila diketahui oleh pasangan mereka.

IMPAK GANGGUAN SEKSUAL TERHADAP PERKEMBANGAN ORGANISASI TEMPAT KERJA i. Imej Awam yang Buruk Imej awam organisasi akan terjejas apabila terdapat banyak kes yang berkaitan dengan gangguan seksual di laporkan di akhbar dan dibawa ke mahkamah yang melibatkan majikan, pekerja dan organisasi tertentu dan mendorong tindakan awam seperti memboikot produk keluaran syarikat atau firma berkenaan. Imej organisasi akan terjejas dan ini memberi kesan buruk kepada perkembangan syarikat atau fima yang terlibat. ii. Kredibiliti Pengurusan Terjejas Gangguan seksual di tempat kerja berlaku berpunca daripada penyalahgunaan kuasa oleh pihak pengurus kerana kesalahan moral adalah suatu pelanggaran etika dan tanggungjawab. Justeru itu, tiada tolah ansur dalam mengatasi isu gangguan sosial melibatkan yang melibatkan salah guna kuasa dan kedudukan golongan atasan atau pihak tertinggi organisasi.

iii.

Kelemahan Pengurusan Tingkah Laku Gangguan seksual harus dicegah dengan mengingatkan tentang tindakan yang boleh dikenakan, melaksanakan kod etika gangguan seksual dan menjelaskan dasar yang berkaitan dengan tingkah laku dan disiplin pekerja perlu difahami oleh pekerja daripada bawahan sehinggalah pihak pengurusan organisasi.