Anda di halaman 1dari 1

Kesan Pengurusan Prestasi Yang Baik.

Imbuhan prestasi merupakan satu eleman yang penting dalam proses pengurusan prestasi kakitangan, diman ia memberi penghargaan kepada pencapaian yang telah diperolehi. Ianya boleh dibuat dalam bentuk seperti pujian, peluang untuk latihan dan pembangunan serta kenaikan pangkat. Manusia sangat mengambil berat sekiranya imbuhan dalam penilaian prestasi berbentuk ganjaran kewangan. Apabila adanya tekanan dalam perniagaan untuk meningkatkan prestasi reaksi yang biasa dibuat oleh kebanyakan pengurus ialah untuk mendapatkan keputusan yang cepat walaupun mereka tidak mempunyai sistem yang komprehensif dalam sesuatu pengurusan prestasi. Objektif prestasi yang berhubung dengan hubungan kerja dan hasil/kesan adalah :1. Untuk motivasi pekerja apabila mereka diberi penghargaan yang mempunyai kaitan terhadap daya usaha mereka. 2. Untuk meningkatkan fokus dan komitmen pekerja dalam mencapai objektif. 3. Untuk membantu pembangunan budaya prestasi dan pengukuhan budaya yang sedia ada. 4. Untuk penghargaan kepada individu yang mengambil bahagian dalam kejayaan organisasi. 5. Untuk menolong melatih dan menentukan kakitangan yang berkualiti tinggi. 6. Untuk memastikan imbuhan adalah sejajar dengan prestasi organisasi. 7. Atasi sebab ekuiti, ianya diterima agar mereka yang banyak melibatkan diri harus menerima penghargaan atau imbuhan yang tertinggi. 8. Untuk mencapai objektif organisasi, beberapa bayaran insentif boleh dibuat. 9. Untuk menggalakan fokus terhadap prestasi individu ataupun pasukan ianya bergantung terhadap keperluan organisasi.