Anda di halaman 1dari 11

SK Haji Bujang Sebangan d/a Pejabat Pelajaran Daerah 94800 Simunjan SIMUNJAN Tel: 083648233 KOKO/KECERIAAN SEKOLAH/PERTANDINGAN/SIRI 1/2011

Februari 2011

KERTAS KERJA: PERTANDINGAN KEBERSIHAN SEKOLAH 2011


AM 1. Sekolah merupakan sebuah institusi tempat kemaenjadian murid. Oleh itu, suasana yang kondusif dan selesa perlu diwujudkan supaya dapat memangkinkan pembelajaran dan pengajaran (P&P). 2. Sehubungan itu, kebersihan persekitaran P&P perlu dipertingkatkan pada sebilangan masa ianya dijalankan. TUJUAN 3. Kertas konsep ini bertujuan untuk mencari jalan bagaimana pertandingan ini dapat dijalankan dengan mengambil kira impak perbelanjaan dan sumber kewangan untuk menjayakannya sepanjang tahun 2011 dan seterusnya ke tahun-tahun yang mendatang. OBJEKTIF 4. Pertandingan Kebersihan Kelas ini akan dapat mencapai objektif seperti berikut: a. meningkatkan tahap kebersihan kelas khasnya dan sekolah amnya.

b. menyemai perasaan sayang kepada bilik darjah dan menyumbang kepada pengurusan dan kebersihan bilik tersebut. c. menanam dalam diri murid semangat bertanding untuk menang dalam suasana yang sihat dan adil. d. menyemai semangat bekerjasama atau semangat kekitaan di kalangan warga kelas untuk bersama-sama mencapai visi dan misi kelas. e. membentuk perlakuan lazim yang sentiasa mengutamakan kebersihan dan benci kepada kekotoran. PELAKSANAAN 5. Pertandingan ini akan dijalankan berterusan sepanjang tahun dan dibahagikan kepada beberapa fasa:

a. b. c. 6.

Fasa Persediaan Fasa Pertandingan Fasa Selepas

Fasa Persediaan a. Pembentukan Jawatankuasa Induk (Lihat lampiran A) dan Jawatankuasa Kerja Pertandingan. i. ii. iii. iv. v. b. membincangkan peraturan-peraturan pertandingan membincangkan kriteria/aspek yang dipertandingkan membina instrumen pemantauan insentif, hadiah dan galakan peranan PIBG

Penghebahan i. Penghebahan dan Publisiti. Tempoh masa untuk fasa ini ditentukan dalam mesyuarat JKP. ii. Gotong Royong Perdana. Bertujuan untuk membersih seluruh kawasan sekolah supaya semua pihak bertanding dalam same level of playing field. iii. Persiapan kelas. Tempoh persiapan tertakluk kepada terma dan syarat yang dikeluarkan oleh JKP. Guru-guru kelas akan membuat pengumuman kepada anak didik masing-masing setelah pengumuman rasmi dibuat melalui sebaran-sebaran yang difikirkan sesuai untuk mempertingkatkan kesedaran dan semangat.

7.

Fasa Pertandingan a. Pertandingan akan dilancarkan oleh Guru Besar bersama YDP PIBG pada suatu hari yang difikirkan sesuai. Tarikh akan dipersetujui bersama oleh kedua-dua pihak dalam suatu mesyuarat kelak. b. Urusetia Pertandingan akan menentukan kebersediaan pertandingan bagi melicinkan perjalanan pertandingan tersebut. jentera

c. Penangguhan. Akan dibuat pada suatu hari yang sesuai sebelum Hari Penyampaian Hadiah dan Sijil Peringkat Sekolah berlangsung. Pemenang Keseluruhan pertandingan akan diumumkan pada hari tersebut.

8.

Fasa Selepas. a. Jawatankuasa Pertandingan akan membuat laporan pertandingan untuk dimajukan kepada Penolong Kanan Kokurikulum. b. Menilai pencapaian objektif yang telah dimasukkan.

c. Mencadang dan menambah baik program yang sedia ada untuk kelangsungan di masa hadapan. Kewangan 9. Impak kewangan a. Hadiah i. ii. iii. iv. b. c. d. 10. Mingguan Bulanan Johan Keseluruhan Naib Johan Keseluruhan

Jamuan Pelancaran Jamuan Gotong Royong Alat tulis

Bantuan dan Sumber Kewangan Yang Dicadang a. Denda. Setiap kelas yang mencapai markah di bawah paras TOV yang ditetapkan akan dikenakan denda dalam bentuk mata wang. Nilai denda akan dibincangkan di dalam mesyuarat JKP. b. Sumbangan wajib daripada guru-guru dan semua staf sokongan. Nilai seperti di dalam perenggan 10. a. di atas. c. Sumbangan dari Tabung Kebajikan Guru atas permintaan JKP dan persetujuan Tabung. d. Sumbangan dari PIBG sekolah atas permintaan JKP dan persetujuan YDP. e. f. Sumbangan daripada Yang Berhormat melalui kertas kerja. Sumbangan daripada ibu bapa / penjaga secara ikhlas melalui surat.

g. Sumbangan dari Tabung Wang Tidak Dituntut atas permintaan dan persetujuan penjaga tabung tersebut.

Bantuan Logistik 11. Keperluan asas dalam bentuk berikut perlu diadakan oleh pihak sekolah sebelum pertandingan dimulakan: a. b. c. d. e. f. Tong sampah Penyapu Penceduk sampah Pemadam papan tulis Penyapu bulu ayam (feather duster) Meja dan kerusi murid yang mencukupi

Jawatankuasa Pertandingan 12. 13. Suatu Jawatankuasa Kerja Pertandingan akan diwujudkan. Lihat Lampiran B Urusetia Pertandingan. Lihat Lampiran.

Penutup 14. Diharap dengan adanya kertas kerja ini, pertandingan kebersihan sekolah akan dapat dijalankan secara sitematik dan berkesan. Apa yang diharapkan ialah kesungguhan dan iltizam semua pihak yang terlibat secara langsung dan secara tidak langsung dapat akan menjadi suatu tabiat yang boleh memanfaatkan sekolah khasnya dan negara amnya.

FREDDY ALBAN INGGOL Pegerusi Biro Keceriaan Sekolah SK Haji Bujang Sebangan Simunjan

FAI/2Feb2011...

LAMPIRAN A. B. C. D. E. JAWATANKUASA INDUK JAWATANKUASA KERJA URUSETIA PERTANDINGAN TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN INSTRUMEN PENILAIAN

Edaran: Dalam Tindakan: Puan Satiah Bt Kamel SU En Japaruddin B Mohamad LS Tn Haji Zaini B Bujang KK En Abg Norazmi Abg Husaini Pn Siti Khatijah Bt Abdullah Maklumat: Guru Besar Penolong Kanan 1 Penolong Kanan HEM PK KoKurikulum

LAMPIRAN A KEPADA KOKO/KECERIAAN SEKOLAH/PERTANDINGAN/SIRI 1/2011 Bertarikh Februari 2011

JAWATANKUASA INDUK PENASIHAT ENCIK MOHD. RAMLAN BIN BOHRI Guru Besar PENGERUSI ENCIK JUNAIDI BIN BERAHIM Penolong Kanan Kokurikulum SETIAUSAHA ENCIK FREDDY ALBAN INGGOL Pengerusi Biro Keceriaan Sekolah AHLI Pn Satiah Bt Kamel En Japaruddin B Mohamad Tn Haji Zaini B Bujang En Abg Norazmi Abg Husaini Pn Siti Khatijah Bt Abdullah

A-1

LAMPIRAN B KEPADA KOKO/KECERIAAN SEKOLAH/PERTANDINGAN/SIRI 1/2011 Bertarikh Februari 2011

JAWATANKUASA KERJA PENASIHAT ENCIK JUNAIDI BIN BERAHIM Penolong Kanan Kokurikulum PENGERUSI ENCIK FREDDY ALBAN INGGOL Pengerusi Biro Keceriaan Sekolah SETIAUSAHA Pn Satiah Bt Kamel AHLI En Japaruddin B Mohamad Tn Haji Zaini B Bujang En Abg Norazmi Abg Husaini Pn Siti Khatijah Bt Abdullah

B-1

LAMPIRAN C KEPADA KOKO/KECERIAAN SEKOLAH/PERTANDINGAN/SIRI 1/2011 Bertarikh Februari 2011

URUSETIA PERTANDINGAN Pn Satiah Bt Kamel KETUA URUSETIA AHLI En Japaruddin B Mohamad Tn Haji Zaini B Bujang En Abg Norazmi Abg Husaini Pn Siti Khatijah Bt Abdullah

C-1

LAMPIRAN D KEPADA KOKO/KECERIAAN SEKOLAH/PERTANDINGAN/SIRI 1/2011 Bertarikh Februari 2011

TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN 1. Semua kelas dan tahap diwajibkan mengambil bahagian di dalam pertandingan kebersihan ini. Kelas-kelas yang dikecualikan adalah kelas pemulihan, Kelas KAFA dan Fardhu Ain. Pra sekolah tidak diwajibkan bertanding tetapi jika ingin menyertai, bolehlah mengemukakan secara bertulis penyertaan. 2. Semua pihak yang bertanding perlu mengisi dan menandatangani perjanjian pertandingan dan mempamerkan perjanjian tersebut di dalam kelas masing-masing sebagai ingatan dan rangsangan untuk lebih komited dalam program ini. 3. Semua pihak bersetuju bahawa denda berupa wang (pengiraan ia alah 10 sen x bilangan murid yang didaftar untuk kelas tersebut, pada tahun semasa). Denda dikenakan jika markah pencapaian pada hari tersebut tidak melepasi TOV yang ditetapkan oleh pihak pengajur. 4. Kategori-kategori yang dipertandingan dan hadiah-hadiah yang disediakan adalah seperti berikut: a. b. c. Juara Mingguan Juara Bulanan Juara Keseluruhan diisytiharkan pada penghujung penggal kedua

Pemenang-pemenang akan diumumkan pada hari Perhimpunan Sekolah oleh Pengerusi Pertandingan atau mana-mana ahli JKP. 5. Guru-guru kelas harus menggalakkan kreativiti murid dalam aspek keceriaan bilik darjah. Tidak dibenarkan mana-mana kelas mengubah bentuk asas bangunan atau bilik darjah namun inovasi terhadap susun atur dan tadbiran di dalam bilik darjah adalah terpulang kepada ahli-ahli dan guru kelas masing-masing. Konsep dan tema hiasan dalaman harus menjurus kepada penggalakan Pembelajaran dan Pengajaran. 6. Pihak penganjur tidak menyediakan sebarang dana kepada mana-mana pihak yang bertanding. 7. Setiap keputusan hakim yang dilantik adalah muktamad. Segala bantahan harus dikemukan kepada Pengerusi JKP sehari selepas keputusan diumumkan. Setiap bantahan harus disertai wang RM50.00 (tidak dikembalikan) di dalam sampul bertulis BANTAHAN. Semua bantahan akan diberi pertimbangan yang wajar, adil dan tanpa prejudis.

D-1

LAMPIRAN E KEPADA KOKO/KECERIAAN SEKOLAH/PERTANDINGAN/SIRI 1/2011 Bertarikh Februari 2011 INSTRUMEN PENILAIAN- HARIAN SEKOLAH KEBANGSAAN HAJI BUJANG SEBANGAN D/A PEJABAT PELAJARAN DAERAH SIMUNJAN 94800 SIMUNJAN PERTANDINGAN KEBERSIHAN KELAS SIRI 1/2011

Nama Pemeriksa: ......................................................... Tarikh:..........................2011

BIL

KELAS

Lantai

Tong / bakul sampah

Tingkap

Beranda

Hiasan Dalaman

Lain-lain

Jumlah Markah (TOV= )

1 2 3 4 5 6

Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6

Tandatangan Pemeriksa:....................................................................................... Ingatan: Borang ini hendaklah diserahkan kepada pihak Urusetia selewat-lewatnya pada pukul 0800 pagi pada hari berikutnya.

E-1

LAMPIRAN E KEPADA KOKO/KECERIAAN SEKOLAH/PERTANDINGAN/SIRI 1/2011 Bertarikh Februari 2011 INSTRUMEN PENILAIAN - INDUK SEKOLAH KEBANGSAAN HAJI BUJANG SEBANGAN D/A PEJABAT PELAJARAN DAERAH SIMUNJAN 94800 SIMUNJAN PERTANDINGAN KEBERSIHAN KELAS SIRI 1/2011

MINGGU KE-...............

Mulai :..........................2011 Hingga ............................2011

BIL

KELAS

Lantai

Tong / bakul sampah

Tingkap

Beranda

Hiasan Dalaman

Lain-lain

Jumlah Markah (TOV= )

1 2 3 4 5 6

Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6 Diisi oleh: Nama: ................................................................ Tandatangan:.................................................... Diaudit oleh: Nama: ................................................................ Tandatangan:.................................................... Disahkan oleh: Nama: ................................................................ Tandatangan:.................................................... E-2
COP SEKOLAH

Anda mungkin juga menyukai