Anda di halaman 1dari 6

"What are the attributes that will help you to be a successful learner in an online learning environment?

a) An overview of online learning environment. b) The attributes (characteristics of adult learners, learning styles, other important matters) of the learner and how it can help them to be successful in online learning environment. c) Practical suggestions of the strategies that can be adopted by the learners to be successful in an online learning environment.

Apakah ciri-ciri yang akan membantu anda untuk menjadi pelajar yang berjaya dalam persekitaran pembelajaran dalam talian? a) b) gambaran persekitaran pembelajaran dalam talian. atribut (ciri-ciri pelajar dewasa, gaya pembelajaran, perkara-perkara penting yang lain) kepada pelajar dan bagaimana ia boleh membantu mereka berjaya dalam persekitaran pembelajaran dalam talian. praktikal cadangan strategi yang boleh digunakan oleh pelajar untuk berjaya dalam persekitaran pembelajaran dalam talian.

c)

CABARAN BELAJAR SAMBIL BEKERJA

Malaysia adalah sebuah negara yang menyediakan pelbagai kemudahan pendi-dikan sama ada di peringkat sekolah mahupun pengajian tinggi. Kerajaan melalui Kementerian Pelajaran dan Kementerian Penga-jian Tinggi memainkan peranan penting dalam menjamin kualiti serta kemudahan sistem pendidikan di negara ini. Secara umumnya, terdapat 20 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan 469 Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) melibatkan kolej, kampus cawangan, kolej uni-versiti dan universiti. Sesetengah institusi pengajian tinggi (IPT) ini turut menawarkan program pengajian bagi mereka yangberkerjaya dan proses pengaji-an diadakan secara separuh masa. Peluang pengajian yang banyak tersedia secara jarak jauh atau luar kampus juga memberikan banyak kemudahan terutama kepada golon-gan ini. Malah ada IPT yangmenekankan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH), yang dianggap berman-faat kepada individu kerana dapat meningkatkan taraf hidupnya melalui peningkatan kemahiran, pembaikan sahsiah diri dan penam-bahan ilmu. Pengajian secara jarak jauh atau luar kampus memerlukan komitmen tinggi kepada golongan berkerjaya.Ini kerana mereka perlu bijak mem-bahagikan masa untuk pelajaran dan kerjaya.Pendekatan ini memberikan pen-didikan yang lebih inovatif kepada pekerja yang mampu menjalankan kursus ijazah pertama dan pada masa sama bekerja sepenuh masa.

Apakah itu e-learning? Definisi e-learning ini seringkali berubah-ubah selaras dengan kemajuan teknologi pada masa kini. Ia juga seringkali disalah tafsirkan dalam iklan-iklan promosi pendidikan. Bagaimanapun secara umumnya, e-learning adalah sebarang pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN atau Internet) untuk penyampaian isi kandungan, interaksi ataupun pemudahcaraan. Internet, Intranet, satelit, tape audio/video, TV interaktif dan CD-ROM adalah sebahagian dari media elektronik yang dimaksudkan di dalam kategori ini. Pengajaran boleh disampaikan secara synchronously (pada waktu yang sama) ataupun asynchronously (pada waktu yang berbeza). Bahan pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan melalui media ini mempunyai teks, grafik, animasi, simulasi, audio dan video. Ia juga harus menyediakan kemudahan untuk discussion group dan bantuan profesional isi pelajaran secara dalam talian (on-line). (Learnframe, 2001). Bagaimanapun fokus kertas ini hanya kepada bahan pengajaran dan pembelajaran elearning yang boleh disampaikan melalui Internet, Intranet atau CD-ROM yang mempunyai ciri-ciri multimedia (teks, grafik, animasi, simulasi, audio dan video) dan mempunyai kemudahan untuk discussion group serta membolehkan bimbingan dijalankan dalam talian (on-line). Apakah perbezaan antara pembelajaran tradisional dan e-learning? Di dalam sebarang bentuk pembelajaran, kejayaannya banyak bergantung kepada usaha guru dan juga pelajar. Bagaimana pun untuk tujuan perbandingan diberikan perbezaan antara pembelajaran tradisional dan e-learning. Di dalam kelas tradisional, guru dianggap sebagai pendita di atas pentas. Guru dianggap sebagai orang yang serba tahu dan ditugaskan untuk menyalurkan ilmu pengetahuan beliau kepada pelajarnya. Sebarang perancangan pada kebiasaannya adalah berpusatkan guru. Di dalam pembelajaran e-learning fokus utamanya adalah pelajar. Pelajar perlu berdikari pada masa-masa tertentu dan bertanggung-jawab untuk pembelajarannya. Suasana pembelajaran e-learning akan memaksa pelajar memainkan peranan yang lebih aktif dalam pembelajarannya. Pelajar membuat perancangan dan mencari bahan atau maklumat dengan daya usaha, dan inisiatif sendiri.
http://unclemilydungun.blogspot.com/2011/07/masalah-pelajar-baru-di-atas-talian.html

MASALAH PELAJAR BARU DI ATAS TALIAN TIGA MASALAH UTAMA YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR-PELAJAR BARU ATAS TALIAN 1. Masalah Pengurusan Masa Menurut Schilke (2001) Terlalu sibuk dengan kerja lain, gangguan daripada kerja lain, hal rumah dan tempat belajar, kekurangan masa untuk belajar atas talian dan faktor

pengurusan masa adalah masalah-masalah yang terpaksa dihadapi oleh pelajar-pelajar baru di atas talian. Pembahagian masa diantara kerjaya, keluarga, aktiviti sosial dan pembelajaran menjadi masalah utama yang perlu ditempuhi oleh pelajar-pelajar terutamanya bagi pelajarpelajar baru. Kesibukan dengan kertas kerja yang diberi oleh Pusat Pengajian, kesibukan dengan kerja-kerja pejabat yang perlu diuruskan, kesibukan dengan keluarga, kerja rumah amat memeningkan kepala dan memberi banyak masalah kepada pelajar-pelajar terutama kepada pelajar-pelajar yang baru menempuh alam pembelajaran secara atas talian ini. Bagi pelajarpelajar baru ianya seolah-olah seperti satu kejutan budaya bagi mereka kerana mereka akan menghadapi kekurangan dan kekangan masa yang pasti ianya akan membawa kesan negatif dan boleh menganggu fokus mereka terhadap pembelajaran. Bagi pelajar-pelajar yang telah bekerja dan berumahtangga masalah ini adalah lebih kritikal dan jika tidak diatasi dengan bijak pasti akan membawa impak negatif kepada pembelajaran mereka. Bagi mengatasi masalah ini, formula-formula hendaklah dicari agar tidak berlaku gangguan-gangguan negatif dan pembelajaran dapat difokus dengan baik dan berkesan.

Motivasi Diri

Menurut Gross (1992), mendefinisikan motivasi adalah sama sukar seperti mendefinisi psikologi dan ini adalah disebabkan kajian motivasi melibatkan faktor pendorong dan faktor penghalang dari segi biologi, sosial ataupun psikologi dalam usaha mengatasi kemalasan kita dan mendorong kita secara diingini ataupun tidak diingini kepada tindakan yang yang dikehendaki. Prestasi motivasi diri yang semakin menurun dari hari ke hari merupakan salah satu masalah utama di dalam pembelajaran di atas talian atau pembelajaran secara online ini. Sebagai pelajar baru di atas talian sudah pasti kita terpaksa menempuh pelbagai halangan dan kesusahan kerana kita belum pernah menghadapi situasi pembelajaran seperti ini. Masalah ini kebiasaannya wujud disebabkan pelajar itu sendiri dan sikapnya di dalam menerima pembelajaran. Gagal dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan sistem pembelajaran merupakan salah satu faktor yang menyebabkan gangguan negatif terhadap motivasi diri pelajar. Selain daripada itu, masalah di tempat kerja, masalah atau krisis keluarga, masalah kewangan, kurang sokongan dari rakan-rakan, kurang sokongan dari majikan juga merupakan faktor yang menurunkan motivasi pelajar-pelajar terutamanya kepada pelajar-pelajar baru. Kalau diperhatikan motivasi antara pelajar-pelajar di atas talian yang mendapat tajaan dan pelajar-pelajar yang menggunakan perbelanjaan sendiri juga agak berbeza motivasinya. Bagi mereka yang mendapat tajaan mereka akan belajar hanya setakat untuk lulus sahaja dan berbeza dengan mereka yang belajar menggunakan perbelanjaan sendiri di mana faktor ini akan memotivasikan diri mereka belajar dengan bersungguh-sungguh dan mendapat keputusan yang cemerlang. Yang pasti masalah dorongan diri yang semakin menurun untuk

mengikuti pembelajaran akan menyebabkan timbulnya perasaan malas dan menerima pembelajaran secara lewa akan terpalit kepada diri pelajar-pelajar.

3.

Masalah Gangguan Stress

Lessard (1998) mendapati stress bukan sahaja dialami oleh orang-orang dewasa, tetapi malahan turut dialami oleh pelajar-pelajar Universiti. Ini kerana Universiti merupakan persekitaran yang unik yang seringkali menuntut pelajar menyumbangkan pelbagai peranan dan tugas yang perlu dilaksanakan. Bagi pelajar-pelajar baru di dalam sistem pembelajaran di atas talian mereka akan mengalami gangguan stress yang berganda jika hendak dibandingkan dengan pembelajaran secara tradisional. Masalah akan datang dari pelbagai sudut dan dari segenap aspek yang pasti akan menganggu perasaan dan emosi dan secara tidak langsung akan memberi stress atau tekanan perasaan kepada pelajar-pelajar. Menurut Wright (1967) kebiasaannya stress akan dialami dalam pelbagai keadaan seperti rasa kesunyian, kurang tidur, keresahan, kebimbangan yang tinggi serta simpton-simpton fisiologi yang ditunjukkan kesan daripada sesuatu peristiwa yang dialami. Apabila berlaku stress, faktor fizikal dan rohani akan terganggu dan stress itu boleh menjadi negatif ataupun positif. Stress yang positif akan memastikan kita sentiasa berjaga-berjaga, mendorong kita agar lebih bermotivasi di dalam menghadapi cabaran atau rintangan serta membawa kita di dalam mencari jalan penyelesaian. Manakala stress atau tekanan perasaan negatif adalah masalah ataupun impak negatif yang boleh menganggu pelajar-pelajar samada dari segi kesihatan mental dan fizikal, personaliti dan juga prestasi pembelajaran itu sendiri. Menurut Campbell dan Svenson (1992), apabila stress dilihat dari segi aspek negatif atau tekanan yang terlalu tinggi, ianya boleh mendatangkan kesan negatif terhadap tahap kesihatan dan pencapaian akademik para pelajar. Bagi pelajar-pelajar baru kebiasaannya faktor yang selalu memberi tekanan dan menimbulkan stress ialah kesuntukkan masa di dalam menyiapkan kertas kerja yang diberi, kurang kemahiran di dalam perkakasan komputer, kurang mahir di dalam menggunakan sumber-sumber yang disediakan seperti kemudahan MyVLE yang disediakan oleh pihak OUM, bebanan kerja di pejabat yang semakin bertambah dan sebagainya.

Pembelajaran Dalam Talian

Pengalaman menjalankan pengajaran dalam talian bersama pelajar MTM6053 adalah sangat memberangsangkan. Lokasi pelajar yang berasal dari serata negeri dengan pelbagai perkhidmatan Internet telah menjadikan kelas ini lebih menarik dan kaya dengan pengalaman baru. Gangguan perkhidmatan internet sering berlaku semasa kelas dilaksanakan, terutamanya bagi pelajar yang menggunakan perkhidmatan "broadband". Pihak telcos tidak seharusnya memandang ringan masalah ini, sesuatu perlu dilaksanakan untuk meningkatkan perkhidmatan broadband di Malaysia. Ternyata kini permintaan dari pengguna adalah tinggi, malah sanggup berbelanja dan mengharapkan perkhidmatan yang terbaik.

Masalah teknikal juga merupakan cabaran baru kepada pelajar yang tidak mahir IT, contohnya konfigurasi alat komunikasi seperti mikrofon dan kamera. Ramai yang sanggup berbelanja membeli peralatan yang diperlukan, termasuk menambahbaik kelajuan internet di rumah masing-masing. Peralatan yang tidak mengikut spesifikasi semasa juga menjadi rintangan terhadap keberkesanan dan perjalanan kelas ini.

Semangat untuk belajar dan menggunakan teknologi internet adalah tinggi walaupun pun tidak mahir menggunakannya. Kemahiran menggunakan peralatan berkenaan dipelajari secara tidak langsung dari rakan sekelas, suami, isteri dan tidak kurang juga yang dibantu oleh anak-anak yang sememangnya sangat cepat menguasai penggunaan aplikasi internet dan peralatannya. Antara aplikasi yang saya gunakan ialah Forum MyGuru2, Google doc, DimDim, Skype, Twitterr dan SMS. Mod pembelajaran yang digunakan adalah berbentuk chatting, email, blogging dan video konferen. Tahniah kepada semua pelajar saya kerana tidak mudah berputus asa dan berani menerokai kaedah baru ini. Pengalaman ini sangat berharga dan InsyaAllah akan cuba didokumenkan untuk perkongsian para pendidik yang ingin berjinak dengan Web 2.0 dan Education 3.0. Perancangan yang lebih terperinci akan dibuat berdasarkan pengalaman ini, semoga dapat dimanfaatkan bersama warga pendidik.
http://nazrisaad.blogspot.com/2010/08/pembelajaran-dalam-talian.html

Perlaksanaan kelas atas talian yang berlaku sangat menarik dan membuka minda bahawa pembelajaran bukan sahaja berlaku didalam kelas malah di luar pun boleh tanpa mengira di mana kita berada. Penambahbaikan itu sangat perlu, terutamanya saya yang menggunakan broadband. Saya berharap kelas seperti dapat dilaksanakan lagi Pada pendapat saya, penggunaan pembelajaran dalam talian haruslah mendapat liputan meluas sama ada di IPTA/IPTS dan mahupun sekolah-sekolah di Malaysia. Pendedahan penggunaan pembelajaran dalam talian perlulah dilaksanakan walaupun sekadar pengetahuan asas penggunaan teknologi di Malaysia agar penuntut-penuntut tidak terasa ketinggalan zaman.

Baru-baru ini, pensyarah kami iaitu Tn.Hj Nazri telah memperkenalkan penggunaan Dimdim webinar sebagai salah satu kaedah pembelajaran dalam talian, saya sangat teruja menggunakan teknologi ini kerana saya mendapat pengetahuan baru tentang penggunaan teknologi terkini disamping itu saya boleh ekses internet dimana-mana sahaja. Lebih menarik adalah saya dapat berkongsi ilmu yang dibincangkan semasa kelas online bersama-sama keluarga saya terutama ibubapa saya. Mereka juga gembira melihat saya belajar di rumah disamping itu mereka dapat melihat apa yang saya sedang pelajari bersama-sama pensyarah dan rakan-rakan pengajian saya yang lain. saya ingin berkongsi pengalaman saya bersama rakan-rakan dan pensyarah saya dalam "pembelajaran dalam talian" di blog saya. Di dalam blog saya ada menceritakan serba sedikit teknologi yang digunakan serta kekangan yang dihadapi sepanjang pembelajaran secara talian. pembelajaran atas talian ini adalah satu pengalaman yang pertama bagi saya. walaupun sudah beberapa tahun mempelajari bidang teknologi ini,tetapi saya adalah pengguna novice untuk kelas atas talian ini.penggunaan Google Doc dan Webinar Dimdim membolehkan kami menjalankan kelas tanpa bersemuka, tetapi apa yang penting adalah maklumat yang hendak disampaikan, saya terima dengan baik.cadangan untuk menggunakan aplikasi-aplikasi seperti yang Tn haji nyata untuk pembelajaran amat menarik dan saya bersetuju. pada pendapat saya, guru dan pelajar perlu didedahkan dengan aplikasi terkini yang mana amat mudah dan sesi pembelajaran lebih santai.Tidak dinafikan, masalah utama kita adalah capaian internet yang slow. saya harap pada masa hadapan, masalah ini boleh diatasi dan kita semua mendapat faedah daripadanya. satu pengalaman y amat berharga bg sy apabila menggunakan kaedah pembelajaran atas talian ini. sebelum ni sy xpernah menggunakan webinar Dimdim dlm pembelajaran sy. sy ucapkan jutaan tima kasih tn hj. Nazri memberi peluang y amat bmakna dlm menggunakan dimdim nie..

Anda mungkin juga menyukai