Anda di halaman 1dari 15

Koleksi Contoh Esei Karangan SPM 2013 Terbaik Isu Semasa | melvister.

com

Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan kes ragut menjadi lebih serius: Kejadian ragut yang sering menjadi-jadi merupakan satu jenayah yang amat mengejutkan buat masyarakat kita. Kekerapan jenayah ini membuktikan bahawa ada sesuatu yang tidak betul dalam masyarakat kita dewasa ini. Media massa menghuraikan pelbagai faktor yang mendorong kejadian ini bersama-sama langkah untuk menanganinya tetapi jumlah kes ragut terus meningkat saban tahun. Oleh itu, apakah punca-punca jenayah ini menular dengan begitu cepat? Sebenarnya jenayah ragut ini menjadi begitu menjadi-jadi ekoran sikap masyarakat itu sendiri yang tidak memberi perhatian berat tentang aspek keselamatan mereka. Masih banyak individu dalam masyarakat kita yang suka membawa wang yang banyak dalam dompet atau tas tangan mereka dan ini menjadI sasaran peragut. Begitu juga dengan sikap kita yang gagal mengambil langkah-langkah keselamatan apabila pulang dari pejabat bersendirian, berjalan di lorong yang gelap, atau mudah percaya akan orang asing menjadikan kita sasaran mudah peragut. Jadi, aspek keselamatan diri yang kurang diberi perhatian telah menyebabkan ragut semakin menjadi satu kebiasaan di negara ini pula. Malah, kejadian ragut turut diburukkan lagi dengan keadaan ekonomi dunia yang sedang mengalami kegawatan ekonomi yang begitu teruk. Banyak kilang dan syarikat di negara ini yang terpaksa membuang pekerjanya kerana kekurangan permintaan terhadap produk mereka dengan drastik. Ketidakupayaan pekerja yang dibuang kerja itu untuk mencari kerja lain dalam masa yang terdekat telah menjurus mereka ke kancah jenayah terutama apabila memikirkan makan minum anak isteri pula. Oleh itu, kes ragut meningkat kerana banyak pekerja tidak mempunyai pekerjaan lalu beralih menjadi peragut untuk menyelesaikan masalah mereka secara mudah. Seterusnya masalah ini bertambah serius kerana kegagalan pihak berkuasa mengambil langkah pencegahan yang efektif. Kekurangan kamera litar tertutup di kawasan-kawasan berisiko tinggi menyebabkan masalah ini terus menjadi-jadi. Jika kerajaan memasang lebih banyak kamera seperti ini sudah pasti penjenayah berfikir dua kali sebelum bertindak. Oleh itu, kekurangan kamera litar tertutup telah menyebabkan masalah ini berterusan terutama di kawasan sunyi dan ketika waktu malam. Kemelut ini turut ditimbulkan akibat kekurangan didikan keagamaan terutama terhadap generasi muda kita. Amalan agama sudah makin dilupakan berdasarkan semakin moden

sesebuah masyarakat itu. Kekurangan aspek agama menyebabkan kurangnya ketahanan diri seseorang untuk tidak melakukan jenayah. Sudah hilang rasa takut akan balasan Tuhan jika melakukan kesalahan jenayah. Maka, ragut meningkat kerana masyarakat kita sudah lupa akan agama mereka. Akhirnya, semua pihak harus berganding bahu untuk menyelesaikan masalah jenayah ini tanpa perlu menuding jari mencari kesalahan pula. Sementara itu pihak kerajaan harus mencari alternatif untuk menangani isu pembuangan kerja ketika kegawatan ekonomi untuk memastikan jenayah ini tidak merebak. Kegagalan mengawal jenayah ini mampu menjejaskan imej negara pada mata masyarakat dunia. Mungkin peribahasa sudah terantuk baru tengadah memberikan kita satu pandangan supaya bersedia sedia sebelum masalah itu berlaku.

Sumber: Koleksi Contoh Esei Karangan SPM 2013 Terbaik Isu Semasa | melvister.com

Amalan berbudi bahasa dalam kalangan remaja semakin diketepikan. Pada pendapat anda, mengapakah perkara ini boleh berlaku dan bagaimanakah cara untuk mengatasi gejala ini berlaku. Amalan berbudi bahasa dalam kalangan remaja ini boleh dikatakan sebagai sikap bersopan ketika remaja itu berinteraksi dengan individu lain. Antara sikap berbudi bahasa itu meliputi memanggil orang lain dengan hormat, memberi laluan kepada orang tua, dan tidak menggunakan bahasa kesat ketika bercakap. Namun, mengapakah begitu banyak pihak berpendapat remaja kita semakin kesampingkan nilai-nilai ini? Masalah ini berlaku kerana ibu bapa terlepas pandang akan kepentingan kasih sayang dan kebajikan anak-anak mereka itu. Sikap terlalu memburu dunia kebendaan itu membawa ibu bapa tidak mempunyai masa untuk memberikan kasih sayang dan tunjuk ajar yang betul kepada anak. Ada juga ibu bapa yang terlalu sibuk ini menggunakan kaedah materialistik untuk mengatasi kesibukan mereka bekerja itu dalam mendidik anak. Akibatnya, kepincangan akhlak dan semakin menghilangnya budi bahasa berlaku dalam kalangan remaja dalam kadar yang begitu pantas serta meluas.

Selain itu, kewujudan pelbagai media massa di negara ini dalam tempoh terdekat turut menjejaskan kualiti budi bahasa remaja kita. Pelbagai program yang tersiar terutama penyiaran budaya luar telah mempengaruhi minda remaja kita untuk meninggalkan budi bahasa yang menjadi pegangan masyarakat kita suatu masa dahulu itu. Semakin lama remaja menonton program yang sebegini semakin terjejaslah konsep budi bahasa yang diterapkan dalam dirinya oleh ibu bapa dan pihak masyarakat itu. Jelaslah, remaja tidak lagi berbudi bahasa kerana terpedaya dengan kandungan palsu atau berunsur imaginasi khayalan media massa yang diimport itu. Untuk mengatasi masalah ini, ibu bapa memainkan peranan paling utama dalam membentuk akhlak anak-anak itu. Mereka harus meluangkan masa dan mempamerkan teladan yang betul serta memberikan didikan keagamaan kepada golongan muda itu. Remaja lebih mudah meniru budi bahasa itu apabila melihat sendiri kelakuan baik yang dilakukan oleh ibu bapa mereka. Ringkasnya, masalah ini boleh ditangani apabila ibu bapa tidak mementingkan aspek kebendaan sahaja. Tambahan pula, pihak sekolah turut mempunyai tugas berat dengan melaksanakan sistem pendidikan yang menekankan falsafah kemanusiaan yang sebenarnya. Pendidikan di sekolah hendaklah menekankan keperluan membentuk pelajar menjadi insan yang seimbang peribadinya dalam segi jasmani, rohani, dan intelektual. Masa pelajar banyak dihabiskan di sekolah yang membolehkan pihak sekolah menyemai nilai budi bahasa ini dengan lebih baik lagi mendalam itu. Sesungguhnya, kejayaan pihak pengurusan sekolah dalam melaksanakan tugasnya bakal menghasilkan remaja yang berbudi bahasa itu. Kerajaan juga boleh membantu memupuk konsep budi bahasa dalam jiwa remaja dengan mewujudkan satu program khas untuk remaja. Program Khidmat Negara merupakan satu aktiviti yang baik tetapi beberapa penelitian halus harus dilaksanakan terutama menekankan lebih banyak konsep budi bahasa yang praktikal untuk diamalkan oleh remaja zaman ini. Remaja yang menyertai program sebegini akan berinteraksi sesama sendiri untuk satu tempoh yang lama lalu penyemaian budi bahasa boleh dilaksanakan dengan mudah. Lantaran itu, program yang bercorak kebangsaan tentang budi bahasa harus dilancarkan oleh kerajaan dengan segera. Kesimpulannya, semua pihak harus memainkan peranan mereka dalam menyelesaikan kemelut sosial ini. Budi bahasa merupakan asas kehidupan yang bermaruah lagi bertamadun buat manusia. Jika remaja masih tidak mahu berubah sudah pasti masa depan negara ini akan mengalami satu zaman kegelapan yang panjang pula kerana budi bahasa merupakan asas kehidupan manusia sejagat. Bak kata pepatah biar mati anak, jangan mati adat yang

menekankan betapa pentingnya kita mengekalkan budaya berbudi bahasa ini dalam merealisasikan hasrat negara untuk menjadi negara cemerlang, gemilang, dan terbilang itu.

Media Massa sering melaporkan kejadian jenayah seperti kes ragut yang sering berlaku di negara kita sejak akhir-akhir ini. Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan kes ragut menjadi lebih serius. Kejadian ragut yang sering menjadi-jadi merupakan satu jenayah yang amat mengejutkan buat masyarakat kita. Kekerapan jenayah ini membuktikan bahawa ada sesuatu yang tidak betul dalam masyarakat kita dewasa ini. Media massa menghuraikan pelbagai faktor yang mendorong kejadian ini bersama-sama langkah untuk menanganinya tetapi jumlah kes ragut terus meningkat saban tahun. Oleh itu, apakah punca-punca jenayah ini menular dengan begitu cepat? Sebenarnya jenayah ragut ini menjadi begitu menjadi-jadi ekoran sikap masyarakat itu sendiri yang tidak memberi perhatian berat tentang aspek keselamatan mereka. Masih banyak individu dalam masyarakat kita yang suka membawa wang yang banyak dalam dompet atau tas tangan mereka dan ini menjadI sasaran peragut. Begitu juga dengan sikap kita yang gagal mengambil langkah-langkah keselamatan apabila pulang dari pejabat bersendirian, berjalan di lorong yang gelap, atau mudah percaya akan orang asing menjadikan kita sasaran mudah peragut. Jadi, aspek keselamatan diri yang kurang diberi perhatian telah menyebabkan ragut semakin menjadi satu kebiasaan di negara ini pula. Malah, kejadian ragut turut diburukkan lagi dengan keadaan ekonomi dunia yang sedang mengalami kegawatan ekonomi yang begitu teruk. Banyak kilang dan syarikat di negara ini yang terpaksa membuang pekerjanya kerana kekurangan permintaan terhadap produk mereka dengan drastik. Ketidakupayaan pekerja yang dibuang kerja itu untuk mencari kerja lain dalam masa yang terdekat telah menjurus mereka ke kancah jenayah terutama apabila memikirkan makan minum anak isteri pula. Oleh itu, kes ragut meningkat kerana banyak pekerja tidak mempunyai pekerjaan lalu beralih menjadi peragut untuk menyelesaikan masalah mereka secara mudah. Seterusnya masalah ini bertambah serius kerana kegagalan pihak berkuasa mengambil langkah pencegahan yang efektif. Kekurangan kamera litar tertutup di kawasan-kawasan berisiko tinggi

menyebabkan masalah ini terus menjadi-jadi. Jika kerajaan memasang lebih banyak kamera seperti ini sudah pasti penjenayah berfikir dua kali sebelum bertindak. Oleh itu, kekurangan kamera litar tertutup telah menyebabkan masalah ini berterusan terutama di kawasan sunyi dan ketika waktu malam. Kemelut ini turut ditimbulkan akibat kekurangan didikan keagamaan terutama terhadap generasi muda kita. Amalan agama sudah makin dilupakan berdasarkan semakin moden sesebuah masyarakat itu. Kekurangan aspek agama menyebabkan kurangnya ketahanan diri seseorang untuk tidak melakukan jenayah. Sudah hilang rasa takut akan balasan Tuhan jika melakukan kesalahan jenayah. Maka, ragut meningkat kerana masyarakat kita sudah lupa akan agama mereka. Akhirnya, semua pihak harus berganding bahu untuk menyelesaikan masalah jenayah ini tanpa perlu menuding jari mencari kesalahan pula. Sementara itu pihak kerajaan harus mencari alternatif untuk menangani isu pembuangan kerja ketika kegawatan ekonomi untuk memastikan jenayah ini tidak merebak. Kegagalan mengawal jenayah ini mampu menjejaskan imej negara pada mata masyarakat dunia. Mungkin peribahasa sudah terantuk baru tengadah memberikan kita satu pandangan supaya bersedia sedia sebelum masalah itu berlaku.

Kerajaan telah berusaha untuk mengukuhkan institusi kekeluargaan di negara ini ekoran peningkatan kes sosial pula. Nyatakan langkah-langkah yang mampu diambil oleh kerajaan untuk mengekalkan insititusi keluarga ini. Institusi keluarga bolehlah dikategorikan sebagai satu unit manusia yang meliputi ayah, ibu dan beberapa orang anak. Ada juga keluarga yang mempunyai bilangan orang tua yang lebih banyak seperti datuk, nenek, dan pak cik serta mak cik pula. Tindakan media massa yang memaparkan peningkatan gejala sosial berkait rapat dengan keruntuhan institusi keluarga telah menyebabkan semua pihak berasa terkejut lalu pelbagai pendapat kedengaran pula. Jadi, apakah langkah-langkah yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan untuk memastikan institusi keluarga di negara ini terus utuh?

Tindakan awal yang boleh dilakukan oleh kerajaan ialah kerajaan menggubal satu perundangan baru yang boleh memastikan keutuhan keluarga di negara ini terus berkekalan. Kewujudan akta yang lebih menyeluruh seperti mampu menangani masalah penceraian, penderaan anak dan isteri pasti mampu memberikan satu sinar baru kepada pembentukan keluarga yang sihat pula. Masyarakat akan lebih berhati-hati untuk bertindak mendera atau lari dari rumah begitu sahaja kerana sedar adanya peruntukan perundangan yang boleh memberi impak kepada diri mereka pula nanti jika dilakukan tanpa berfikir. Maka, tindakan mewujudkan satu perundangan yang lebih holistik mampu menghasilkan satu bentuk keluarga yang lebih baik di negara ini. Selain itu, kerajaan boleh menjalankan satu kempen kesedaran tentang peri pentingnya institusi keluarga ini diberi penekanan di negara ini. Dalam kempen ini dihuraikan bahawa kebanyakan gejala sosial yang berlaku di Malaysia mampu dikurangkan jika negara ini memiliki persepsi kepentingan keluarga yang sebenarnya. Pada masa yang sama kempen itu juga berupaya untuk menerangkan cara-cara untuk memiliki satu keluarga yang baik dan sihat supaya masyarakat boleh melakukan sesuatu pula terhadap keluarga mereka sendiri. Jelaslah, langkah mengadakan kempen bukan sahaja mampu menerangkan kepentingan keluarga kepada masyarakat tetapi juga berupaya mendidik mereka untuk memproleh satu keluarga yang sempurna. Bukan sahaja penggubalan perundangan dan menjalankan kempen tetapi kerajaan juga boleh menubuhkan satu agensi khas yang akan menguruskan semua aspek berkaitan dengan kekeluargaan di negara ini. Agensi ini akan merangka semua tindakan yang bersesuaian dengan perancangan kerajaan setelah mengadakan kajian mengenai keadaan keluarga di negara ini pula. Kewujudan agensi khas ini juga membuktikan kepada masyarakat bahawa kerajaan sememangnya bersungguh-sungguh dalam usaha untuk menangani masalah sosial yang berlaku itu. Sesungguhnya, penubuhan sebuah agensi khas keluarga sebegini mampu menjadikan semua aktiviti yang dilaksanakan terancang dan tepat kea rah sasarannya. Tindakan seterusnya ialah kerajaan boleh mewajibkan semua ibu bapa terutama pasangan yang baru berkahwin untuk menghadiri satu kursus keibubapaan. Kehadiran mereka dalam kursus sebegini memberikan mereka satu pengetahuan asas untuk mendidik anak sendiri apabila sampai masanya kelak. Pengetahuan mendidik sebeginilah yang bakal menjadikan keluarga itu lebih mantap kerana anak akan dididik dengan sempurna oleh ayah dan ibu mereka. Oleh itu, kursus yang dianjurkan ini menjadikan tugas untuk mendidik keluarga itu begitu mudah dan berkesan.

Malahan, keutuhan keluarga ini juga mampu ditingkatkan oleh kerajaan dengan menyediakan sistem perumahan yang selesa buat rakyat di negara ini terutama golongan yang berpendapatan rendah. Kita sedia maklum bahawa harga rumah di negara ini terutama di kawasan bandar begitu mahal sehingga ada keluarga yang tidak mempunyai rumah yang selesa untuk keluarga mereka. Keadaan ini menyebabkan anak-anak sering tiada di rumah lalu mereka mudah untuk terpengaruh dengan unsur-unsur negatif di luar rumah pula. Justeru, kemampuan kerajaan menyediakan perumahan yang baik buat rakyat di negara ini bakal menyaksikan semua gejala sosial yang berlaku menjadi berkurangan pula. Kesimpulannya, semua tindakan yang diutarakan tadi sememangnya mampu menghasilkan satu institusi keluarga yang utuh di negara ini. Kerjasama semua pihak terutama ibu bapaamat diperlukan jika tindakan-tindakan ini ingin mencapai sasarannya. Kegagalan untuk memberikan kerjasama yang sewajarnya pasti menjadikan gejala sosial yang melanda negara ini terus bertambah saban tahun. Slogan Rumahku, Syurgaku membuktikan betapa pentingnya keharmonian dan keutuhan keluarga itu buat pendidikan generasi masa depan negara ini.

Kesihatan dari segi fizikal, mental, rohani dan emosi amat penting dalam kehidupan remaja. Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan amalan-amalan remaja yang sihat. Kesihatan bukan sahaja berkaitan dengan bebas daripada penyakit tetapi juga memiliki pemikiran yang cerdas bersama-sama emosi yang stabil. Pemilikan kesihatan yang baik penting buat remaja kerana tahap kesihatan ketika usia mudalah yang akan menentukan tahap kesihatan mereka pada masa tua kelak. Untuk mendapatkan kesihatan yang baik, remaja harus melakukan amalan yang baik untuk perkembangan fizikal, mental dan emosi. Antara amalan yang yang harus dilakukan ialah remaja perlu mempunyai disiplin diri yang baik. Maksud disiplin dalam aspek ini ialah remaja itu mematuhi jadual belajar, menghormati orang tua, guru, rakan-rakan dan peraturan budaya serta undang-undang negara. Remaja yang berdisiplin sebegini pasti tidak akan terjebak dalam sebarang aktiviti yang tidak sihat dalam kehidupan mereka lalu mampu memiliki tahap kesihatan yang baik. Maka, amalan disiplin yang baik menjadikan seseorang remaja itu mempunyai kesihatan yang baik. Selain itu, remaja juga perlulah mengamalkan cara hidup yang sihat. Konsep cara hidup yang sihat ini meliputi makanan yang seimbang, melakukan riadah dan aktiviti kemasyarakatan.

Sudah banyak kajian yang membuktikan bahawa amalan cara hidup yang sihat menjadikan diri seseorang itu lebih positif dan mampu menjalani kehidupan mereka dengan lebih baik lagi. Sesungguhnya, cara hidup yang sihat menjamin kesihatan yang seimbang kepada remaja di negara ini. Malahan, amalan mempelajari dan mematuhi ajaran agama merupakan satu lagi amalan yang turut mampu menguatkan kesihatan seseorang itu. Semua ajaran agama menekankan aspek keseimbangan kehidupan seseorang supaya mampu menjalani satu kehidupan yang baik di dunia dan akhirat kelak. Sikap mematuhi amalan agama memberikan remaja satu matlamat hidup yang mampu meninggikan tahap kesihatan mereka pada masa yang serupa pula. Jadi, sikap mematuhi ajaran keagamaan boleh memberi remaja satu kepuasan dalam hidupnya yang berupaya juga meningkatkan tahap kesihatan. Remaja juga perlu bersikap tegas terhadap tindakan-tindakan negatif yang wujud dalam kehidupan mereka. Sikap suka merokok, melepak, dadah dan jenayah haruslah dikikis dalam minda remaja. Ketegasan remaja dalam semua aspek di atas itu mampu menjauhi remaja daripada sebarang kemelut sosial yang melanda negara ini lalu memberikan kesihatan yang baik kepada remaja juga. Bukan sahaja remaja sihat tetapi mereka seolah-olah sedar keperluan atau kepentingan hidup mereka di dunia ini. Amalan murni yang penting diamalkan seterusnya ialah remaja hendaklah mampu mengawal emosinya apabila berhadapan dengan sesuatu masalah. Ketenangan inilah yang memberikan remaja satu pemikiran yang rasional dan rela berbincang apabila mengalami sesuatu kemelut dalam hidup mereka. Semua tindakan yang diambil ketika berfikir rasional mampu memberikan satu persepi baru yang boleh menunjukkan jalan keluar terhadap masalah yang dihadapi itu. Oleh itu, sikap rasional ketika melakukan sesuatu tindakan boleh menjadikan kesihatan seseorang itu lebih baik. Kesimpulannya, semua amalan yang positif ini perlu dilaksanakan oleh remaja. Kesihatan remaja yang mengamalkan semua amalan ini pasti baik kerana bukan sahaja tubuh mereka sihat tetapi emosi serta pemikiran mereka turut menerima impak positifnya. Remaja yang sihat sebeginilah yang diperlukan oleh negara dalam mengharungi cabaran kehidupan moden kini.

Posted by Noor Azman Mahat at 8:37 PM No comments: Sunday, June 9, 2013 Karangan SPM 2013...Bentuk sumbangan negara kaya terhadap negara miskin?

Kemiskinan masih menjadi masalah utama di kebanyakan negara, walaupun terdapat banyak negara kaya di dunia. Sarankan bentuk sumbangan yang dapat diberikan oleh negara-negara kaya untuk membantu negara-negara miskin. Dalam era globalisasi ini semua negara saling memerlukan jika ingin berjaya dalam menghadapi cabaran kehidupan semasa. Lantaran itu, negara maju perlulah membantu negara miskin tanpa boleh menggunakan alasan bahawa kemiskinan bukanlah masalah mereka seperti dahulu itu. Kegagalan negara maju membatu negara miskin membasmi kemiskinan boleh membawa banyak impak negatif kepada kehidupan rakyat di negara maju itu sendiri juga. Ringkasnya, negara maju mempunyai banyak perkara yang boleh disumbangkan demi kemakmuran negara miskin. Salah satu sumbangan awal negara maju terhadap negara miskin ialah sumbangan modal kewangan. Sumbangan sebegini menjadikan sektor ekonomi negara miskin itu boleh berkembang dengan baik lalu berupaya mewujudkan peluang kerja yang lebih banyak. Kemampuan mewujudkan peluang kerja menjadikan semua rakyat sesebuah negara itu kemampuan untuk memiliki wang yang boleh digunakan untuk meninggikan taraf hidup mereka pula. Sesungguhnya, sumbangan modal ini memberikan peluang baru kepada negara miskin untuk keluar daripada kitaran kemiskinan yang dialaminya. Selain itu, sumbangan aspek pendidikan boleh juga dilakukan oleh negara maju. Mereka boleh menyalurkan pemberian biasiswa kepada pelajar-pelajar negara miskin yang berkaliber supaya mereka ini kelak mampu memajukan negara mereka suatu masa nanti. Penghantaran tenaga pengajar berpengalaman dari negara maju ke negara miskin menjadikan profession perguruan di negara baru itu lebih profesional lalu mampu mendidik anak bangsa mereka dengan lebih efisien dan efektif lagi. Jelaslah, sumbangan dalam sektor pendidikan boleh menyediakan satu kelompok rakyat yang berilmu dan bersedia menerima perubahan dunia. Malah, sumbangan kesihatan juga penting diberikan kepada negara miskin kerana kekurangan kualiti kesihatanlah yang menyebabkan banyak rakyat negara miskin hilang sia-sia belaka. Ketiadaan kemudahan kesihatan yang asas telah menjadi igauan buruk rakyat di negara miskin sejak dahulu. Kita sering melihat kadar kematian akan ketiadaan sistem kesihatan walaupun penyakit itu boleh diubati jika pesakitnya menerima rawatan awal yang efektif. Jadi, pemberian sumbangan kesihatan menjadikan negara miskin lebih mudah untuk mengharungi cabaran kehidupan yang lebih mencabar itu.

Tambahan pula, negara maju yang sudah lama berpengalaman dalam sesuatu bidang itu boleh menghantar pakar-pakar mereka ke negara maju untuk merancang proses pembangunan yang lebih holistik. Semua pengalaman yang dialami di negara maju boleh diaplikasikan di negara miskin itu untuk memastikan kesilapan yang serupa berlaku lalu mengurangkan kadar kos pembangunan pula. Sumbangan tenaga pakar ini juga boleh melatih tenaga rakyat negara miskin untuk menjadi lebih baik atau setaraf dengan negara maju tadi. Kesimpulannya, memang menjadi tanggungjawab negara maju untuk membantu negara miskin tanpa banyak alasan lagi. Semakin cepat sumbangan diberikan maka semakin mudahlah negara miskin ini keluar daripada kemelut yang melanda negara mereka itu. Pada masa yang sama, negara miskin perlulah bersedia menerima perubahan dan melakukan pengorbanan untuk meraih kemajuan jangka panjang kerana kesudian negara maju tidak cukup jika negara miskin itu sendiri enggan berubah.

Soalan: Beberapa peristiwa yang berlaku di dalam dan di luar yang melibatkan rakyat Malaysia menyebabkan wujud persepsi antarabangsa bahawa negara kita terlibat dengan gerakan pengganas. Cadangkan langkahlangkah yang sesuai untuk menangkis persepsi ini. Skema Jawapan 1 + 4 Pendahuluan Memang tidak dinafikan wujud persepsi yang cenderung mengaitkan negara kita dan rantau ASEAN dengan aktiviti pengganas. Tetapi jika teliti dengan dasar-dasar dan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan Malaysia, Malaysia berjaya mengekang dan berjaya menangani gerakan pengganas. Idea 1 Latar bekakang sejarah negara H1 Sejak zaman Kesultanan Melaka, memang wujud kegiatan lanun di perairan Selat Melaka dan kepulauan Nusantara tetapi berjaya dibenteras dari masa ke semasa oleh pemerintah. H2 Peristiwa Pengeboman Bali, yang melibat warga Malaysia; Nordin Mat Top menyebabkan Indonesia menuduh Malaysia menaja aktiviti pengganas. Namun yang rakyat asing dan Indonesia yang melakukan jenayah di Malaysia lebih ramai. H3 Memang wujud gerakan Parti Komunis Malaya (PKM )yang bertapak begitu lama di Malaysia tetapi berjaya dikekang dan PKM meletak senjata pada tahun 1992. Idea 2 Langkah-langkah kerajaan Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat H1 Sebagai sebuah negara yang cintakan keamanan dan kesejahteraan rakyat; yang menjunjung prinsip demokrasi Malaysia menetang keras sebarang aktiviti pengganas sama ada di dalam negara dan peringkat antarabangsa. H2 Ketegasan Malaysia itu dizahirkan dengan penyertaan Angkatan Tentera dan Polis Malaysia sebagai pasukan Pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu seperti di Congga, Somalia, Bosnia Herzegovina dan beberapa negara lagi. Idea 3 Sumbangan Malaysia membenteras pengganas H1 Malaysia memberi kominten kepada mana-mana negara di dunia dalam membenteras pengganas melalui pertukaran maklumat risikan. H2 Pertukaran maklumat dan risikan antara Malaysia, Indonesia, Thailand dan Australia membuahkan kejayaan dengan menahan aktiivis Mas Selamat , Nur Misuari dan beberapa anggota militan Islam Thailand. Idea 4 Malaysia menjadi perunding kedamaian di Selatan Filifina dan Thailand H1 Persepsi Malaysia sebagai penaja aktiviti pengganas amat tidak wajar kerana negara kita selalu menjadi perunding keamanan. H2 Kejayaan Malaysia menyelesaikan konflik Selatan Filiifina membuktikan komitmen Malaysia membenteras pengganas. Ide 5 Pendekatan sederhana ( wasatiah) Malaysia H1 Dasar kerajaan mengutamakan pendekatan rundingan berbanding kekerasan. Malaysia sentiasa mencari jalan perdamaian berbanding menggunakan kekerasan.

H2 Peristiwa Lahad Datu umpamanya membuktikan kekerasan hanyalah pendekatan terakhir setelah rundingan damai gagal dan demi keselamatan negara bangsa Malaysia. Kesimpulan Malaysia sebegai sebuah negara berdaulat, cinta kepada kemanan dan kesejahteraan sentiasa peka dengan sebarang aktiviti pengganas. Kepelbagaian langkah yang diambil oleh kerajaan Malaysia berjaya membenteras aktiviti pengganas.

PENGHASILAN KARANGAN STPM BAHARU(1)

Teknik Mengolah atau Mengembangkan Isi Karangan Oleh: Cikgu Mohd. Khir Kassim Guru Cemerlang Bahasa Melayu Pendahuluan Karangan yang baik haruslah diolah dengan mengembangkan isi iaitu menghuraikannya sambil mengemukakan bukti atau contoh yang sesuai. Dalam hal ini, kita jarang-jarang mendengar murid menghadapi masalah untuk mendapatkan isi karangan. Namun demikian kebiasaannya murid menghadapi masalah untuk mengolah atau mengembangkan isi karangan tersebut. Mereka selalunya menghadapi masalah untuk mengembangkan isi tersebut agar menjadi satu kesatuan idea dalam perenggan-perenggan karangan. Isi tersebut perlu dikembangkan menjadi satu pertautan idea antara satu perenggan dengan perenggan yang lain. Murid-murid juga selalunya menghadapi masalah untuk menulis karangan yang menepati jumlah perkataan, seperti yang dikehendaki oleh soalan. Kerap kali berlaku, murid-murid menulis karangan yang jumlah perkataannya kurang daripada yang telah ditetapkan oleh soalan. Perenggan karangan juga biasanya tidak seimbang kerana terdapat perenggan yang panjang dan ada pula perenggan yang pendek. Perkara ini berlaku kerana murid-murid tiada teknik atau cara yang boleh membantu mereka untuk mengembangkan isi karangan agar seimbang antara perenggan. Oleh hal yang demikian, cikgu akan membincangkan teknik atau cara-cara untuk mengolah atau mengembangkan isi karangan. Keperluan Soalan Bagi peperiksaan STPM, bahagian ini akan mengemukakan 4 soalan karangan yang berdasarkan isu-isu semasa. Berdasarkan trend soalan semasa, terdapat satu soalan yang biasanya merujuk kepada soalan karangan berformat. Murid-murid dikehendaki menulis sebuah karangan yang panjangnya hendaklah antara 650 hingga 700 perkataan dengan berdasarkan 4 soalan yang dikemukakan dalam peperiksaan STPM. Untuk menghasilkan karangan yang baik, empat proses yang berikut perlu diikuti oleh pelajar, iaitu: i. Membaca semua soalan ii. Membuat pemilihan dan perancangan iii. Menulis karangan iv. Membuat semakan Selepas proses pertama dan kedua itu dilakukan, barulah murid menjalankan proses yang ketiga iaitu menulis karangan. Proses menulis karangan akan melibatkan pengolahan dan pengembangan isi karangan yang diperoleh dalam proses yang kedua. Proses inilah yang paling rumit dan mencabar kebolehan, kemahiran dan pengetahuan murid. Oleh yang demikian, proses yang ketiga ini perlulah diberikan tumpuan utama kerana markah karangan murid akan ditentukan oleh proses yang ketiga ini. Teknik Mengolah Karangan dengan Menggunakan Formula 1. Pendahuluan i. Ikatan 2 Hati (IKTHH- Isi, Kesan, Tindakan, Hasil, Hubung kait) - Formula Dr. Ghazali Lateh Contoh perenggan pendahuluan Statistik kemalangan jalan raya seringkali meningkat pada musim perayaan utama negara kita. (I) Hal ini telah menyebabkan banyak kecederaan berlaku dalam kalangan pengguna jalan raya di samping banyak juga nyawa manusia yang terkorban. (K) Oleh itu pihak berkuasa telah meningkatkan usaha untuk mengurangkan

kemalangan jalan raya seperti penguatkuasaan undang-undang melalui ops sikap dan juga kempen keselamatan jalan raya. (T) Diharapkan jumlah kemalangan jalan raya akan dapat dikurangkan setelah langkahlangkah yang berkesan diambil oleh pihak berkuasa. (H) Oleh yang demikian usaha pihak berkuasa itu perlu diteruskan bukan sahaja pada musim perayaan malah pada hari-hari biasa untuk mengurangkan kes kemalangan jalan raya daripada terus meningkat di negara kita. (H) (96 perkataan) ii. Ismail Kena Cium Lembu Hitam (IKCLH Isi, Kesan, Contoh, Langkah, Hasil) Contoh perenggan pendahuluanTerdapat projek perumahan yang terbengkalai atau tidak disiapkan oleh pemaju perumahan di negara kita. (I) Hal ini sudah tentu akan menyusahkan pembeli pembeli rumah yang mengharapkan rumah mereka disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan. (K) Terdapat beberapa kes seperti ini yang berlaku di Kuala Langat, Gombak dan Hulu Langat, iaitu seperti yang dilaporkan oleh media massa arus perdana. (C) Oleh itu pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas terhadap pemaju perumahan yang bersikap seperti harapkan pagar, pagar makan padi ini untuk mengatasi masalah tersebut sebelum menjadi lebih serius. (L) Diharapkan langkah tersebut akan dapat mengatasi masalah yang terpaksa ditanggung oleh pembeli rumah yang hendak berpindah ke rumah sendiri. (H) (96 perkataan) 2. Isi Karangan i. 5W1H (Apa, Siapa, Mengapa, Bila, Di mana, dan Bagaimana) Contoh perenggan isi Kemalangan jalan raya yang berlaku kebanyakannya berpunca daripada sikap pengguna jalan raya yang cuai. Mereka biasanya tidak menumpukan perhatian semasa memandu kenderaan di jalan raya. (A) Kebiasaannya juga mereka menggunakan telefon bimbit semasa memandu kenderaan ataupun memandu dalam keadaan mengantuk. (M) Keadaan ini seterusnya menyebabkan pemandu kenderaan hilang kawalan dan seterusnya menyebabkan berlakunya kemalangan. (Ba) Oleh yang demikian, pengguna jalan raya perlulah berhati-hati dan tidak cuai semasa memandu kenderaan di jalan raya agar kemalangan dapat dielakkan daripada berlaku. Hal ini bertepatan dengan pepatah Melayu iaitu beringat sebelum kena dan janganlah sudah terhantuk baru nak tengadah. (M) (79 perkataan) ii. Individu dan Keluarga (Inke), Masyarakat (Kawan, Jiran dan Sekolah), Negara, Teknologi, dan Antarabangsa. ((InkeManeTekA) Contoh perenggan isiSalah satu punca penagihan dadah adalah disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya. (Kawan) Para ramaja biasanya mudah terpengaruh oleh perbuatan yang dilakukan oleh rakan-rakan mereka. Selain itu mereka juga ingin tahu dan ingin mencuba perkara tersebut. Hal ini biasanya akan menyebabkan mereka ketagih terhadap dadah. iii. Inikah Hasilnya Cinta (IKHC Isi, Kesan, Huraian, Contoh) Contoh perenggan isi Aktiviti sukan yang kita lakukan boleh menyihatkan badan kita. (I) Hal ini demikian kerana semasa kita bersukan, badan kita akan mengeluarkan peluh. (K) Seterusnya perkara ini berlaku disebabkan oleh jantung kita bekerja kuat dan mengepam darah ke seluruh badan. (H) Contoh aktiviti sukan yang boleh kita lakukan adalah seperti bermain bola sepak, badminton, hoki, dan berjoging. (C) 3. Penutup/kesimpulan i. Rasa Cinta Aku Pasti Hilang (RCAPH Rumusan, Cadangan, Ancaman, Harapan) - Formula Dr. Ghazali Lateh (saya tambah dengan P iaitu peribahasa) Contoh perenggan kesimpulan Kesimpulannya, masalah rasuah perlulah ditangani segera oleh pihak berkuasa di negara kita. (R) Oleh yang demikian pihak berkuasa perlulah mengadakan kempen secara besar-besaran tentang keburukan rasuah.

Kempen tersebut bolehlah dijalankan di media-media massa arus perdana dan juga melalui ceramah yang dijalankan oleh pegawai-pegawai Badan Pencegah Rasuah. (C) Hal ini demikian kerana jika masalah rasuah tidak diatasi sudah tentu akan merosakkan jentera pentadbiran negara. Jika jentera pentadbiran negara kita rosak sudah pasti kita semua yang akan menerima padahnya.(A) Perkara ini bertepatan dengan ungkapan, lebih baik mencegah daripada mengubati sesuatu penyakit.(P) Jadi, kita semua berharap agar masalah ini dapat ditangani dengan berkesan sebelum berleluasa atau menjadi lebih serius. (H) (102 perkataan) ii. Kena Hati-Hati (Kesimpulan, Hurai, Harapan) Contoh perenggan kesimpulanKesimpulannya semua pihak perlu bekerjasama untuk membanteras jenayah yang berlaku di negara kita. (K) Anggota masyarakat perlulah membantu pihak berkuasa dengan melaporkan kejadian jenayah yang berlaku dengan segera. (H) Dengan cara itu masalah jenayah ini diharapkan dapat dikurangkan dan dibanteras daripada terus berleluasa. Seterusnya hal ini membolehkan masyarakat di negara kita ini hidup dalam keadaan aman, tenteram dan harmoni.(H) Penutup Teknik yang dibincangkan tadi diharapkan dapat membantu murid-murid dalam menghuraikan dan mengembangkan isi karangan dengan baik. Diharapkan juga murid-murid dapat membina setiap perenggan karangan dengan teratur dan seimbang. Perenggan pendahuluan, perenggan isi, dan perenggan kesimpulan akan menjadi seimbang jika olahan dan huraian dirancang dengan baik dan jumlah perkataan yang dikehendaki akan dapat dipenuhi oleh murid-murid. Di samping itu murid-murid juga dinasihatkan agar membaca bahan-bahan bacaan yang relevan dan sesuai untuk membantu proses pengolahan dan pengembangan isi karangan. Murid-murid turut digalakkan membaca suratkhabar Utusan Malaysia dan Berita Harian, majalah Dewan Masyarakat, Dewan Siswa, Pelita Bahasa, Fokus, Kosmik dan sebagainya. Selain itu murid-murid juga dinasihatkan supaya banyak berlatih untuk mengembangkan isi karangan supaya tidak menghadapi masalah semasa berada di dalam dewan peperiksaan. Selamat mencuba formula yang dicadangkan ini. Posted by cikgu noorsinah at 20:16 Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook