Anda di halaman 1dari 2

LEBAH MENGUMPUL MADU

Ring! Ring! Ring! Musim bunga sudah bermula. Haroro dan Hariri terbang mencari madu. Pada ketika itu, Haroro dan Hariri bertemu dengan seekor lalat. Hai, nama saya Yaya. Boleh saya bermain dengan kamu? :Kami mahu bermain dengan kamu tetapi badan kamu berbau. Yaya cuba memujuk Haroro dan Hariri. Akhirnya, mereka menurut ajakan Yaya. Tiba sahaja suatu tempat yang kotor, Yaya berteriak kepada lalat-lalat yang lain, kawan-kawan! Lihat, kita ada kawan baharu. Mari main bersama kami, ajak seeokor lalat yang bernama Jaja. Kita tidak mahu. Mama dan bapa kami melarang kami bermain di tempat yang kotor. Wahai, lebah yang baik, ibu bapa kamu tidak akan tahu perbuatan kamu ini. Kali ini sahaja kamu ingkar pada perintah mereka. Mereka pasti akan memaafkan kamu. Haroro dan Hariri akhirnya termakan pujukan Yaya. Mereka bersama-sama bermain di kawasan bersampah itu. Mereka turut makan sisa-sisa makanan. Lalat-lalat itu berasa gembira kerana berjaya mempengaruhi dua beradik lebah itu. Pasti kamu bosan kerana hanya makan benda yang manis. Di sini kamu berdua berpeluang merasa makanan pedas, masin, pahit dan banyak lagi! Wah, tidak sangka ya! Enak juga makan bersama lalat-lalat. Lalat itu berasa bangga. Mereka berjaya memperbodohkan lebah itu. Selepas kenyang, mereka berhenti makan. Perut mereka buncit, badan mereka juga bertambah kotor. Mari kita mandi-manda di sana!

Haroro dan Hariri pun terbang bersama menuju ke sebuah longkang yang airnya berwarna hijau dan penuh dengan sampah sarap. Tiba-tiba. Perut Haroro dan Hariri berasa sakit. Badan pun mula gatal. Lalat tertawa melihat mereka berdua. Kamu berdua ini manjalah. Mudah sakit. Cepatlah bermain dengan kami. Kami tidak sihat. Kami harus pulang. Kamu berdua memang tidak mahu bermain dengan kami. Kamu jahat! Kami tidak sepatutnya bermain dengan kotoran. Hariri marah kepada lalat. Dia berasa tertipu oleh lalat-lalat itu. Hariri dan Haroro pulang ke rumah. Kami ditipu oleh lalat, Papa. Maafkan kami. Sekarang kamu sudah faham akibat bermain dengan kotoran. Haroro dan Hariri berjanji tidak akan bermain degan kotoran lagi. Mereka meneruskan tugasan mereka mengisi madu di sarang.

Anda mungkin juga menyukai