Anda di halaman 1dari 12

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBML1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

Sebagai salah seorang guru Bahasa Melayu, anda diminta menyediakan laporan berdasarkan analisis yang mencakupi tiga perkara berikut: (a) (b) (c) Menjelaskan Definisi dan konsep peribahasa dalam pengajaran bahasa Melayu. Menjelaskan Ciri-ciri kepentingan pengajaran peribahasa dalam pengajaran bahasa Melayu. Menghuraikan strategi dan teknik pengajaran peribahasa yang sesuai.

NAMA TUTOR : EN. MANIYAMIN B IBRAHIM PUSAT LATIHAN : UNIVERSITI TERBUKA (OUM) CAWANGAN TAWAU.

SEMESTER SEPTEMBER 2012

HBML1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

JAPIRIN AMIT(750103125897001)

ISI KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT

1.0

Pengenalan

2.0

Definisi dan Konsep

4-5

3.0

Ciri-ciri Kepentingan Pengajaran Peribahasa

5-6

4.0

Strategi dan Teknik

6-10

5.0

Kesimpulan

10-11

6.0

Bibliografi

12

1.0

Pengenalan

HBML1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

JAPIRIN AMIT(750103125897001)

Tujuan laporan berdasarkan analisis tentang definisi dan konsep, ciri-ciri kepentingan, strategi dan teknik pengajaran peribahasa dalam pengajaran Bahasa Melayu adalah untuk mengetahui permasalahan murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Aspek peribahasa semakin kurang dititikberatkan walaupun peribahasa merupakan elemen penting dalam kemahiran berbahasa. Peribahasa adalah percakapan bijaksana dan ringkas yang merupakan warisan dari zaman dahulu yang meniti dimulut orang-orang dulu hingga kini , kadang-kadang ianya dikenali sebagai perkataan orang tua-tua sahaja. Ia adalah salah satu daripada warisan generasi lampau yang merupakan salah satu seni percakapan yamg popular di kalangan masyarakat melayu. Dengan analisis ini, perancangan strategi dan teknik dirancang bagi mengatasi permasalahan tersebut. Peribahasa adalah satu aspek bahasa yang menarik yang terdapat dalam kurikulum Bahasa Melayu yang sering digunakan dalam penulisan karangan dan lakonan drama serta pementasan mahupun filem. Penghafalan peribahasa maupun maksudnya adalah suatu cara yang menyebabkan murid bosan dan cepat lupa. Oleh itu, amat penting bagi murid untuk memahami peribahasa bukan sahaja dari maksudnya tetapi juga mengetahui penggunaannya sesuai dengan konteks dan situasi yang diberikan. Memandangkan murid begitu berminat terhadap pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan teknologi maklumat, alangkah baiknya jika guru dapat menggunakan teknologi maklumat semasa mengajar peribahasa. Bagi menghasilkan pembelajaran yang lebih berkesan, guru boleh menggunakan kaedah kecerdasan pelbagai atau Multiple Intelligence (MI) dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Permasalahannya sekarang adalah pada zaman serba moden ini timbul pula cabaran untuk mempertingkatkan kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu dalam kalangan murid. Hal ini disebabkan murid lebih cenderung menggunakan Bahasa Inggeris daripada Bahasa Melayu. Penekanan terhadap penggunaan bahasa Inggeris di rumah menyebabkan penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan murid di sekolah kurang dan agak terbatas. Maka itu, pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah menjadi begitu mencabar terutama dalam pengajaran dan pembelajaran peribahasa. Berdasarkan maklum balas daripada murid mengenai pengajaran dan pembelajaran peribahasa, murid hanya memahami penggunaan peribahasa melalui penghafalan maksud peribahasa yang diberikan. Oleh itu, kebanyakan murid tidak dapat mengaplikasikan penggunaan peribahasa yang sesuai dalam karangan mereka. Hal ini menyebabkan murid sering melahirkan rasa jemu dan bosan dengan teknik penghafalan lebih-lebih lagi apabila mereka tidak dapat memahami maksud dan penggunaan peribahasa yang dipelajari. Melalui pendekatan dan kaedah akan membantu usaha meneliti keberkesanan pedagogi yang berfokus kepada keupayaan murid mencapai pembelajaran yang lebih berkesan baik dari segi individu atau
3

HBML1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

JAPIRIN AMIT(750103125897001)

berkumpulan. Pendekatan ini juga akan membolehkan guru meninjau semula aktiviti pembelajaran yang telah dijalankan berdasarkan maklum balas murid dan pencapaian murid dalam kerja harian, ujian atau peperiksaan. Natijahnya, melalui analisis ini guru dapat memperbaik pembelajaran murid.

2.0

Definisi dan konsep peribahasa dalam pengajaran Bahasa Melayu.


Menurut Za'ba, peribahasa ialah satu susunan kata yang pendek dengan makna yang luas,

mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya. Peribahasa tradisi akan merujuk kepada peribahasa yang digunakan dalam pertuturan sehari-harian ataupun secara bercetak sebelum tarikh kemerdekaan. Peribahasa moden pula merujuk yang dicipta selepas tarikh tersebut. Peribahasa merupakan sabahagian daripada bahasa kiasan dalam budaya Melayu. Keindahan suatu peribahasa merupakan cara sesuatu peribahasa itu digunakan, untuk membina minda. Menurut Abdul Samad Idris.1990:ix, peribahasa merupakan salah satu daripada jelmaan intelektualiti penutur bahasa Melayu. Ia diungkap melalui bahasa yang indah-indah. Setiap ungkapan yang tercipta disusun dan dipadan dengan cara tersendiri untuk membolehkan idea, rasa dan buah fikiran pengungkapnya dapat diserlahkan dengan lebih bermakna. Oleh itu, menerusi peribahasa ini, penutur Bahasa Melayu berjaya mengungkap falsafah yang lebih mendalam tentang aspek-aspek ketamadunan, pemikiran, ethos dan moral bangsa Melayu sejak sekian lama. Mengikut takrifan Kamus Dewan pula, peribahasa ialah ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mempunyai pengertian yang tertentu , ia juga disebut sebagai bidal , pepatah atau seumpamanya. Menurut Kamus Fajar pula , peribahasa ialah patah-patah kata , rangkai kata atau ayat yang telah sedia tersusun tetap dengan maksud tertentu. Manakala menurut Ghazali Dunia pula, dalam bukunya Langgam Sastera Lama ( Kuala Lumpur ; Oxford University Press, 1969 ) menyatakan bahawa peribahasa adalah suatu bentuk pengucapan yang banyak kita jumpai dalam kesusasteraan lama, sebagai wakil cara berfikir bangsa kita pada zaman itu . Mohd. Adnan Mohd Ariffin turut membuat kesimpulan dari pengertian peribahasa yang telah diberikan oleh Ghazali Dunia di atas dapat diterima sebagai satu fakta , tetapi tidak seharusnya ditafsirkan secara berlebihan sehingga menyebabkan ada orang yang beranggapan bahawa peribahasa hanya milik sastera lama dan juga sekaligus milik masyarakat zaman lampau sahaja. Oleh itu, mungkin generasi muda akan memandang remeh terhadap peribahasa dan tidak menganggapnya sebagai satu ciri kekuatan pengucapan dalam pertuturan dan penulisan.
4

HBML1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

JAPIRIN AMIT(750103125897001)

3.0 Ciri-ciri Kepentingan Pengajaran Peribahasa Bahasa Melayu


Dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah, peribahasa mempunyai kedudukan yang sama penting dalam aspek lain.Ini kerana peribahasa berupaya untuk berkembang dan relevan dengan bahasa tersebut secara keseluruhannya. Pembelajaran dan penghayatan peribahasa adalah bertujuan meningkatkan keupayaan berbahasa dalam kalangan murid. Kemahiran berbahasa ini pula akan diteliti dalam konteks kebolehan murid menggunakan peribahasa dalam aktiviti seharian dan penulisan. Hasil penulisan tentunya akan bertambah dan menjadi lebih indah dan bermutu sekiranya dimuatkan dengan peribahasa yang tepat dan sesuai. Walaubagaimanapun, murid perlu diajar mengenai ciri dan penggunaan peribahasa secara mudah dan tepat. Namun begitu, murid tidak seharsnya digalakkan menghafal sesuatu peribahasa sebaliknya mereka akan diransang agar menggunakan peribahasa dalam pelbagai situasi. Untuk mencapai tujuan ini, beberapa halangan perlu dihadapi semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Antaranya ialah kesukaran murid untuk mengingat sesuatu peribahasa ekoran sifat yang mempunyai pelbagai makna. Selain itu jumlah dan jenisnya yang banyak, sifat peribahasa yang hanya sesuai untuk keadaan tertentu menyebabkan minat dan kecenderungan untuk mempelajarinya berkurangan. Namun itu, pengajaran berpusatkan guru turut menyebabkan pengajaran peribahasa tidak begitu berkesan. Guru hanya memberikan penjelasan mengenai maksud peribahasa, manakala murid akan berusaha menghafal peribahasa yang diberikan dan tidak dapat menghayatinya sehingga mereka menganggap peribahasa adalah sesuatu yang sukar untuk dipelajari. Sebagai jalan penyelesaian, adalah dicadangkan supaya pengajaran peribahasa di dalam bilik darjah menggunakan pendekatan konstektual , iaitu guru bertindak sebagai fasilitator. Melalui pendekatan ini, pengamatan perlu dilakukan mengenai hubungan antara perkara yang dibandingkan, diikuti dengan menyimpul makna yang simbolik dan terakhir membuat penilaian terhadap ketepatan peribahasa berdasarkan konteks dan situasinya. Dengan kaedah ini, murid akan diajar menghayati peribahasa berdasarkan konteks dan situasi. Penggunaan peribahasa dalam karangan adalah bertujuan untuk memperindah bahasa dan untuk menimbulkan daya tarikan atau kesan-kesan lain. Karangan dan pertuturan akan lebih menarik jika peribahasa adalah unsur gaya dalam pertuturan dan penulisan. Untuk menggunakan peribahasa dengan lebih baik, seseorang hendaklah betul-betul memahami peribahasa itu dan mengetahui tempat dan ketikanya peribahasa itu diperlukan. Peribahasa tidak wajar dipaksakan ke dalam konteks. Pemaksaan ini akan menyebabkan karangan atau pertuturan itu tidak menarik. Dengan kata lain, pemaksaan peribahasa dalam sesebuah karangan akan menyebabkan tujuan penggunaannya tidak tercapai.
5

HBML1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

JAPIRIN AMIT(750103125897001)

Kesimpulannya, peribahasa dalam pengajaran bahasa Melayu amat bergantung pada daya kreativiti seseorang guru. Seseorang guru yang kreatif melihat peribahasa sebagai salah satu bahan pengajaran yang banyak mempunyai unsur-unsur pengajaran, kemasyarakatan,kemahiran berfikir dan sebagainya. Peribahasa juga boleh diaplikasikan dalam pelbagai kemahiran bahasa seperti penulisan karangan, kemahiran lisan atau bercerita, teka-teki atau kuiz, kemahiran tatabahasa, pemahaman dan sebagainya.

4.0 Strategi dan teknik mengajar Bahasa Melayu menggunakan Peribahasa.


Penggunaan strategi dan teknik mengajar Bahasa Melayu menggunakan Peribahasa terhadap murid yang tidak dapat mengaitkan peribahasa dalam kehidupan mereka dan jarang sekali menggunakan peribahasa dalam penulisan. Tedapat murid yang tidak dapat menguasai penggunaan peribahasa dengan baik walaupun telah didedahkan kepada mereka pelbagai teknik sewaktu pengajaran. Antara teknik pengajaran yang telah digunakan berbentuk kuiz, permainan dan latih tubi. Murid sekadar menghafal makna peribahasa atas tujuan untuk menduduki peperiksaan. Format peperiksaan memberi mereka beberapa pilihan untuk memilih jawapan yang tepat tetapi kebanyakan daripada mereka gagal mendapat markah yang baik untuk komponen peribahasa. Mereka tidak memahami maksud peribahasa lantas mereka mempunyai kesukaran untuk memahami maksudnya. Berdasarkan masalah ini strategi dan teknik yang baharu diambil dengan segera untuk mengatasi masalah ini. Lantas selari dengan pendekatan sekolah terhadap penerapan Cooperative Learning Structures (CLS), strategi dan teknik perlu dijalankan untuk meningkatkan penggunaan peribahasa dalam penulisan karangan murid melalui CLS supaya pembelajaran murid lebih efektif. Praujian dan pascaujian dijalankan untuk menguji keberkesanan strategi ini. Memandangkan prestasi murid dalam komponen peribahasa merupakan antara masalah yang dihadapi oleh guru pada setiap tahun, guru perlu merancang strategi dan teknik untuk membantu murid memahami dan mengingati peribahasa dengan lebih efektif. Menurut Abbas Mohd Shariff (2006), guru harus bertanggungjawab untuk mengajarkan peribahasa bukan secara kritikal dan kreatif malah disampaikan secara terbuka dan objektif. Berikut Model Rangka Kerja Teori CLS yang akan diserapkan dalam strategi dan teknik mengajar Bahasa Melayu menggunakan Peribahasa berdasarkan Prinsip PIES Transforming Instruction (Mengubah Pengajaran) dan Transforms Outcomes (Mengubah Hasil Pembelajaran) :

Positive Interdependence (Kebergantungan Positif)


6

HBML1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

JAPIRIN AMIT(750103125897001)

Kebergantungan positif membina sikap saling membantu dan membina budaya kecemerlangan dalam kalangan murid serta menambah kekerapan dan mutu bantuan yang diberikan oleh rakan dalam kumpulan. Individual Accountability (Tanggungjawab Individu)

Tanggungjawab individu meningkatkan penglibatan dan motivasi murid secara berkesan. Equal Participation (Penglibatan yang Sama)

Murid yang biasanya tidak mahu atau kurang terlibat akan terangsang untuk terlibat dalam aktiviti pembelajaran apabila penglibatan murid disamakan. Simultaneous Interaction (Interaksi Serentak)

Penglibatan murid, keberkesanan pengajaran dan pengurusan kelas menunjukkan peningkatan yang tinggi apabila interaksi serentak dijalankan berbanding struktur yang berurutan.

Praujian dan pascaujian Guru akan menyediakan aktiviti pembelajaran dan pengajaran secara bertahap sepanjang 6 minggu kajian dijalankan. Praujian dan pascaujian akan digunakan untuk melihat sejauh mana CLS dapat membantu meningkatkan pencapaian murid.

HBML1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

JAPIRIN AMIT(750103125897001)

Strategi CLS Strategi pengajaran dan pembelajaran secara berkumpulan diterapkan adalah untuk menilai pemahaman murid. Struktur yang digunakan ialah Simultaneous Round Table dan Numbered Heads Together. Rubrik Pengubahsuaian telah dibuat kepada skema pemarkahan bagi karangan. Kini, komponen markah bagi bahagian bahasa disisipkan penggunaan peribahasa dalam kategori gaya bahasa. Pengubahsuaian kepada skema ini akan dapat memantau penggunaan peribahasa sewaktu penulisan. Guru hendaklah memantau sama ada murid sekadar menggunakan peribahasa tanpa mengaitkan peribahasa tersebut dalam penjelasan ayat-ayat seterusnya. Teknik pengajaran penulisan secara Parallel writing Teknik pengajaran penulisan pula seperti membina penghasilan ayat diajarkan kepada murid. Murid diberi ayat-ayat contoh yang menggunakan peribahasa. Seterusnya murid harus membina ayat yang serupa pula. Selain itu, pembinaan perenggan juga digunakan. Guru memaparkan contoh karangan menggunakan peribahasa dan murid-murid hendaklah menulis karangan bermula dengan perenggan satu, dua dan tiga. Prosedur Kajian Berdasarkan strategi dan teknik pengajaran Bahasa Melayu menggunakan Peribahasa pada murid tersebut, maka bagi sesi pengajaran yang pertama, Penggal 2 minggu 5, murid diberi kertas praujian untuk menulis sebuah karangan. Melalui kertas praujian ini, guru hendaklah meneliti struktur ayat serta penggunaan bahasa sewaktu menggabungkan idea mereka dalam penulisan. Markah untuk kertas praujian ini juga dicatat oleh guru. Pada sesi pengajaran kedua, Penggal 2 minggu 6, guru hendaklah memperkenalkan peribahasa kepada murid. Peribahasa tersebut hendaklah digunakan oleh murid sewaktu mereka membina ayat. Peribahasa yang mesti murid gunakan telah pun didedahkan kepada mereka sewaktu peperiksaan CA1. Selain itu, guru juga menjalankan kerja berkumpulan yang menggunakan CLS. Antara struktur CLS yang digunakan ialah Simultaneous Round Table dan Numbered Heads Together. Berikut merupakan penerangan bagi kaedah CLS dengan secara terperinci:

Simultaneous Round Table


8

HBML1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

JAPIRIN AMIT(750103125897001)

Guru hendaklah member setiap kumpulan 4 kertas dan 4 pena. Setiap ahli kumpulan menulis sepotong ayat yang menggunakan peribahasa. Apabila masa telah tamat, murid berhenti. Murid menukar kertas mereka secara bergilir-gilir dengan mengikut urutan jam. Murid berhenti menulis dan berkongsi

Numbered Heads Together Guru akan memberi setiap ahli kumpulan sehelai kertas dan sebatang pena. Guru memberi setiap ahli kumpulan nombor 1 hingga 4. Guru memaparkan soalan peribahasa dan murid-murid dalam kumpulan memikirkan jawapannya. Murid akan menulis jawapan mereka tanpa bercakap. Murid hendaklah menunjukkan jawapan mereka dan berbincang. Apabila semua telah bersetuju tentang jawapan yang sesuai, mereka bersedia untuk mengemukakan jawapan mereka. Guru memanggil nombor tertentu. Ahli kumpulan atau murid tertentu akan berdiri dan menunjukkan jawapannya.

Guru menggunakan struktur CLS ini melalui pengajaran yang dijalankan untuk mengajar teknik membina ayat dengan menggunakan peribahasa. Kerja berkumpulan yang menggunakan struktur tersebut dapat memastikan proses pembelajaran yang efektif dalam kalangan murid. Pada sesi pengajaran yang ketiga, Penggal kedua minggu ketujuh, guru akan memaparkan karangan contoh yang menggunakan peribahasa kepada murid. Kemudian, murid menulis perenggan pertama sebuah karangan berdasarkan contoh rangka karangan yang telah guru paparkan. Proses ini akan diulang untuk sesi pengajaran keempat dan kelima, iaitu pada Penggal kedua Minggu kelapan dan kesembilan untuk menulis perenggan dua dan tiga. Karangan yang telah murid-murid lengkapkan kemudiannya disemak oleh guru. Pada Minggu kesepuluh, guru akan mengumpulkan data untuk kajian ini. Pengubahsuaian telah dibuat kepada skema pemarkahan bagi karangan. Kini, komponen markah bagi bahagian bahasa disisipkan penggunaan peribahasa. Pengubahsuaian kepada skema ini dapat memantau penggunaan peribahasa dalam penulisan murid.

HBML1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

JAPIRIN AMIT(750103125897001)

Dalam era digital kini, murid sudahpun terdedah dan terlibat dalam pelbagai bentuk komunikasi digital. Oleh itu, dengan menggunakan ICT, minat murid dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dapat dipertingkatkan. Selain daripada itu, melalui penggabungjalinan perisian seperti Powerpoint, permainan domino, tayangan klip video serta aktiviti permainan kuiz yang dijalankan di dalam bilik darjah menjadi pembelajaran peribahasa akan aktif dan berjaya menarik minat murid.

5.0

Kesimpulan Peribahasa adalah suatu cabang dalam sastera Melayu dan merupakan ikatan bahasa atau puisi

Melayu kuno yang bernilai sastera ( Ishak Ramly ). Peribahasa itu sama tuanya dengan bahasa sesuatu bangsa dan peribahasa mula-mula digunakan apabila bangsa manusia mulai mengenal peradaban, ketika organisasi kehidupan perlu diatur, batas antara yang baik dengan yang buruk perlu diadakan, untuk menjadi pendinding tatatertib pergaulan dan perhubungan hidup sesama manusia ( Abdullah Hussain ). Peribahasa (termasuk kiasan, simpulan bahasa, petatah-petitih, bidalan, perbilangan dan perumpamaan) ialah rangkaian kekata yang lahir daripada amatan para bijaksana (intelek) terhadap perihidup manusia, yang tetap dan tidak akan berubah susunannya, yang lekat di mulut (dapat disebut bila-bila masa sahaja), dan yang luas maknanya lagi benar tujuannya ( Muhammad Ariff Ahmad ) Berkaitan pula dengan penggunaan peribahasa dalam pengajaran Bahasa Melayu adalah bergantung pada daya kreativiti seseorang guru. Seseorang guru yang kreatif akan melihat dan menggunakan peribahasa sebagai salah satu bahan pengajaran yang banyak mempunyai unsur-unsur pengajaran, kemasyarakatan, kemahiran berfikir dan sebagainya. Peribahasa boleh juga diaplikasikan dalam pelbagai kemahiran bahasa seerti penulisan karangan, kemahiran lisan atau bercerita, teka-teki atau kuiz, kemahiran tatabahasa, dan pemahaman. Seorang guru yang kreatif boleh membina sendiri bahan bantu mengajar, bagaimanapun bagi guru yang kesuntukan masa, terdapat CD/VCD yang dijual di pasaran berkaitan peribahasa dan yang sesuai digunakan khususnya di peringkat sekolah rendah.

Berdasarkan strategi dan teknik pengajaran Bahasa Melayu menggunakan Peribahasa pula, ia dapat dilihat pada keberkesanan penggunaan struktur CLS dalam pengajaran dan pembelajaran. Struktur ini
10

HBML1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

JAPIRIN AMIT(750103125897001)

tidak terikat kepada mana-mana aspek pengajaran malah juga boleh digunakan dalam pengajaran karangan. Kaedah ini juga menunjukkan bahawa peribahasa harus diterapkan dalam penulisan murid supaya mereka dapat memahaminya dengan baik. Melalui proses pemikiran yang kritis dan mengaitkan peribahasa dalam sesebuah situasi dapat meluaskan pemahaman murid terhadap peribahasa. Murid akan menggunakan daya pemikiran mereka untuk meneliti peribahasa yang sesuai untuk penulisan karangan mereka. Strategi dan teknik ini juga akan menunjukkan peningkatan yang besar dalam hasil penulisan murid serta penggunaan bahasa mereka. Strategi dan teknik ini diharapkan akan berjaya meningkatkan prestasi murid dalam dua aspek yakni penulisan dan penggunaan bahasa dalam karangan mereka serta komponen peribahasa dalam kertas bahasa. Strategi dan teknik ini boleh dijalankan untuk peringkat yang sama dengan menumpukan kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan eksperimental dan kumpulan terkawal untuk melihat keberkesanannya. 2700 patah perkataan.

6.0

Bibliografi Abdullah Hassan (2002). Koleksi Terindah Peribahasa Melayu. Pahang: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.
11

HBML1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

JAPIRIN AMIT(750103125897001)

Asmah Haji Omar disebut dalam Zulkifley Hamid, 1997. Bahasa dan Budaya,dalam Pelita Bahasa , Jilid 9:4, hlm,26-27, Kuala Lumpur, DBP, hlm 26 Asmah Haji Omar (2008). Ensiklopedia Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abbas Mohd Shariff (2006). Strategi Pengajaran & Pembelajaran Bahasa. Singapura: Alfa Media. Marzano, Pikering and Pollock (2009). Classroom Instruction 298 That Works: Research Based Strategies for Increasing Student. Association Mohd. Ali Abdul Hamid (1986). Kamus Peribahasa. Kuala Lumpur: K Publishing & Distributors Sdn. Bhd. Zainal Abidin Ahmad (2002). Ilmu Mengarang Melayu / Zainal Abidin Ahmad (Za'ba); dengan pengenalan oleh Asmah Haji Omar . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

12