Anda di halaman 1dari 18

Tajuk 4

TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN GURU : STRES

7 JAM

4.0

SINOPSIS

Tanggungjawab guru kini kian mencabar bukan sahaja melalui profesion keguruan itu sendiri tetapi juga dari masyarakat yang telah meletakkan harapan yang tinggi terhadap guru dan sekolah. Justeru, kestabilan emosi guru sangat diperlukan untuk mengelakkan sebarang tekanan dalam melaksanakan amanah yang telah ditetapkan. Sewajarnya seseorang guru mempunyai keupayaan untuk menjalankan semua tanggungjawab yang diberi tanpa sebarang tekanan kerana guru mempunyai peranan yang penting untuk membangunkan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan social. Sehubungan itu, sangatlah penting seseorang guru mengurus tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada mereka tanpa stress dan tekanan. Sekiranya guru gagal mengurus emosi dan stress yang dihadapi, maka sukarlah baginya untuk membentuk modal insan sebagaimana yang diharapkan melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan.

4.1

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat: i. Mengenal pasti tanda-tanda tekanan emosi yang dihadapi oleh guru ii. Menganalisis contoh dan kes-kes tekanan emosi dalam konteks sekolah di Malaysia. iii. Mengenal pasti tanda-tanda tekanan emosi yang dihadapi oleh guru dan iv. Menghuraikan langkah-langkah untuk menangani dan mengurus tekanan emosi yang dihadapin oleh guru

4.2

KERANGKA TAJUK

Tekanan Emosi Dalam Kalangan Guru

Stres

Burn Out

Langkah-Langkah Pengurusan Tekanan Emosi

4.3

STRES

4.3.1 Pengenalan Kepada Stres Manusia kini semakin pantas dan ghairah untuk bergerak bersama-sama kemajuan sains dan teknologi. Buktinya seseorang itu boleh mengelilingi dunia dengan cepat menggunakan kapal terbang berkuasa jet atau sampai ke destinasi yang hendak dituju dengan pantas menggunakan keretapi peluru di samping berbagai-bagai kemajuan global lain yang telah dicapai oleh dunia pada hari ini. Kemajuan yang dikecapi ini turut menyumbang kepada beberapa aspek kebaikan mahupun keburukan. Namun aspek terpenting sekali ialah setiap individu perlu bertanya kepada diri sendiri sama ada kemajuan yang dikecapi ini menimbulkan stres atau pun tidak kepadanya. Apa yang jelas stres merupakan satu pengalaman yang lumrah dalam kehidupan seharian setiap individu. Seseorang itu seolah-olah tidak dapat mengelak daripada mengalami keadaan stres yang kewujudan stres. 2 berpunca daripada situasi-situasi yang menjurus ke arah

Peristiwa-peristiwa suka dan duka dalam kehidupan serta persekitaran sentiasa menjadi pemangkin kepada timbulnya stres dalam bentuk fizikal, sosial, dan psikologikal. Kesan stres kepada seseorang individu itu banyak bergantung kepada ciri-ciri, sikap, dan corak pemikiran seseorang. Hal Ini memberikan gambaran yang jelas bahawa setiap manusia perlu memahami stres dan corak pemikiran yang dimiliki oleh mereka sebelum mencari jalan penyelesaian kepada fenomena stres ini. Sebenarnya stres mengalami stres. ahli biologi, bukannya apa yang berlaku kepada kita tetapi bagaimana kita Apa yang jelas di sini ialah semua orang tidak mengira sama ada fizik mahupun psikologi sibuk cuba memperkatakan dan Pada masa sekarang kita mendengar perbincangan hangat pencemaran, pengawalan lalu lintas , memberi reaksi kepada apa yang berlaku kepada kita yang boleh menyebabkan kita kimia,

merasainya. Berbagai-bagai pendekatan juga cuba dikenal pasti untuk menjelaskan mendefinisikan stres. menerusi media atau pendapat perseorangan tentang stres dalam kehidupan yang berkaitan dengan permasalahan keluarga, peperangan, konfik kaum dan berhubung dengan kematian. Walau bagaimanapun

tidak ramai ahli cendekiawan yang cuba menjelaskannya secara spesifik mengikut disiplin tertentu. Berikut adalah beberapa pandangan tentang tafsiran stres; Menurut Selye (1975), stres didefinisikan sebagai tindak balas tidak spesifik yang berlaku kepada tubuh badan terhadap sebarang tuntutan atau permintaan. Gmelch (1994) pula melihat perkataan stres itu sendiri merujuk kepada perkataan kebimbangan, kekecewaan, ketegangan dan tekanan, kecelaruan dan kesakitan. Gillett (1997) pula melihat stres sebagai perasaan yang mematikan rangsangan atau kehilangan perasaan. Seaward (2006) memberi takrifan stres sebagai pengalaman menerima gangguan secara sebenar atau khayalan ke atas salah satu elemen mental, fizikal atau kesejahteraan spiritual yang membawa kepada tindak balas dan penyesuaian psikologikal. Ironinya pendapat stres kini telah memasukkan elemen spiritual bagi melihat maksud stres itu sendiri.

4.3.2 Jenis-Jenis Stres Berdasarkan beberapa pendapat pakar stres, boleh disimpulkan bahawa terdapat lima jenis stres iaitu; Stres Positif Stres Positif didefinisikan sebagai jenis stres yang sihat. Stres ini boleh dijelaskan sebagai pengalaman atau peristiwa yang boleh memotivasikan seseorang. Stres jenis ini bukan sahaja untuk kesejahteraan dari aspk perubahan psikologikal pada tubuh badan tetapi juga melibatkan rangsangan tenaga yang boleh membantu seseorang melakukan sesuatu dengan lebih baik. Stres Negatif Stres negatif merujuk kepada perkataan yang menjelaskan tentang stres yang buruk atau mendatangkan kesan negatif. perubahan Stres jenis ini akan mengakibatkan seseorang mengalami banyak masalah kesihatan dan penyakit. Hal ini mungkin disebabkan oleh rutin harian, kehilangan pekerjaan, terlalu banyak pinjaman yang perlu Stres jenis ini jika tidak dijelaskan, perubahan tempat kediaman dan sebagainya. dapat dikawal akan memacu kepada wujudnya stres kronik. Hyperstress Hyperstress wujud apabila seseorang itu memaksa dirinya untuk melakukan sesuatu yang melebihi kemampuan dirinya. Keadaan ini boleh berlaku apabila seseorang itu melakukan pekerjaan dalam tempoh masa yang terlalu lama atau hanya melibatkan perkara yang sangat mudah seperti menjaga bayi yang sentiasa mengalami masalah perut yang tidak selesa. Stres jenis ini boleh menyebabkan seseorang mudah naik angin, kerap menangis dan burnout.

Hypostress Hypostress ialah stres yang perlu selalu diberikan perhatian. Stres jenis ini berlaku apabila seseorang berasa bosan atau melakukan sesuatu yang tidak mencabar. Contohnya pekerja yang melakukan kerja di bahagian pemasangan di kilang elektronik. Lama kelamaan mereka akan berasa bosan apabila berdiri dan melakukan perkara yang sama seperti robot. Simptom orang yang mengalami hypostress ialah rasa tidak bermaya, hilangnya kreativiti dan berkemungkinan mengalami kemurungan. Stres Kronik Stres Kronik didefinisikan sebagai sesuatu yang seseorang itu tidak dapat mengawalnya. Stres jenis ini merupakan kemuncak kepada punca stres atau keadaan apabila seseorang tidak dapat mengelak lagi daripada berhadapan dengan keadaan stres tersebut. Stres jenis ini merupakan jenis yang paling teruk yang hadapi oleh seseorang. Hal ini akan menyebabkan seseorang itu tidak dapat mengawal diri dan seterusnya menyebabkan tubuh badannya tidak dapat berfungsi seperti yang sepatutnya. 4.3.3 Punca-Punca Stres Menurut Faizah dan Mazlan (2010), punca stres kehidupan merangkumi lapan faktor iaitu : i. Gaya Hidup a. Disiplin pemakan yang tidak sihat. b. Gemar berbelanja menggunakan kad kredit walaupun ada kalanya barangan yang dibeli tidak diperlukan. c. Tidak dapat membezakan antara waktu bekerja dengan waktu berehat bersama sama keluarga. d. Kurang melakukan senaman bagi menjaga kesihatan diri. e. Tidak dapat menyusun ritma tidur yang sistematik.

ii.

Kewangan a. Mempunyai masalah disiplin kewangan yang teruk. b. Sifat individu yang tidak pernah merancang sebelum berbelanja. c. Gaji yang tidak mencukupi untuk menampung kehidupan peribadi dan keluarga. d. Perancangan kewangan yang buruk. e. Kerap terganggu dengan masalah kewangan.

iii.

Personaliti. a. Sukar untuk melahirkan perasaan gembira. b. Tabiat terlalu banyak bercakap daripada mendengar. c. Kerap tergesa-gesa untuk menyiapkan sesuatu kerja. d. Kerap mengambil keputusan tanpa berfikir secara rasional. e. Mudah marah walaupun terhadap perkara-perkara yang remeh dan kecil.

iv.

Spiritual. a. Tidak redha terhadap apa yang telah berlaku ke atas diri sendiri. b. Mudah menyalahkan orang lain. c. Sukar untuk berasa tenang apabila menghadapi sesuatu masalah atau dugaan hidup. d. Sukar menjalinkan hubungan persahabatan. e. Kurang bersabar dalam menghadapi sesuatu keadaan terutamanya yang melibatkan perkara-perkara yang sukar.

v.

Peristiwa Hidup a. Berasa diri tidak berguna. Keadaan ini berlaku akibat sikap yang terlalu melihat kelemahan diri dan aspek negatif berbanding aspek yang positif. b. Seseorang yang mempunyai kenangan pahit yang sentiasa membelenggu kehidupan. 6

c. Berasa Tuhan tidak adil terhadap dirinya. d. Kerap berasa kesunyian. merasa bosan dan stres. e. Masalah sejarah perpisahan yang telah membuatkan diri merana dan sentiasa mengalami stres. vi. Persekitaran a. Berasa lemas dan sesak kerana terlalu ramai anggota keluarga tinggal bersama-sama di dalam sebuah rumah. b. Mempunyai masalah dengan jiran. c. Individu yang berasa bilik tidur tidak selesa dan tidak sesuai untuk dijadikan tempat berehat. d. Mempunyai masalah dengan suasana kehidupan keluarga yang bising dan menyebabkan fikiran seseorang kusut. e. Berasa tempat tinggal sekarang terlalu sesak dan tidak selesa. vii. Perhubungan a. Mempunyai masalah untuk berkomunikasi dengan rakan sekerja. b. Berasa rakan-rakan sukar untuk mendengar luahan perasaan yang hendak dikongsi. c. Mempunyai masalah sukar berasa gembira apabila bersama rakan. d. Berasa orang yang rapat dengan anda sukar untuk memahami diri anda. e. Mempunyai sikap tidak selesa apabila bergaul dengan masyarakat setempat. Keadaan ini telah membuatkan individu itu

viii.

Pekerjaan a. Mempunyai sikap suka melambat-lambatkan kerja. b. Mempunyai masalah dengan kawalan pelajar semasa mengajar. c. Berasa jadual waktu mengajar yang diberikan kepadanya adalah membebankan. 7

d. Berasa kurang dihargai oleh pihak sekolah. e. Seseorang yang beranggapan bahawa dasar pelajaran membebankan dan terlalu banyak perubahan dilakukan.

4.3.4 Tanda-Tanda Stres Psikologikal Ciri-Ciri Psikologikal Mudah berasa bimbang, tertekan, keliru dan mudah meradang. Timbulnya perasaan kecewa, marah dan kebencian. Emosi terlalu sensitif dan sangat pasif. Memendam perasaan, menarik diri dan kemurungan. Kurangnya komunikasi yang berkesan. Timbulnya perasaan tidak mahu bergaul dan suka mengasingkan diri. Rasa bosan dan tiada kepuasan kerja. Keletihan pada mental, penurunan fungsi intelektual dan kehilangan tumpuan. Kehilangan sifat spontaneity dan kreativiti. Menurunya rasa harga diri.

Tingkah laku Ciri-Ciri Tanda Tingkah Laku Suka melengah-lengahkan kerja, mengelak bekerja dan suka ponteng kerja. Menurunnya prestasi dan produktiviti kerja. Meningkatnya penggunaan alkohol, penyalahgunaan dadah dan bahan-bahan terlarang. Kerap menunjukkan tingkah laku sabotaj dalam pekerjaan. Tabiat makan yang melampau dan peningkatan berat badan. Tingkah laku makan yang tidak normal sebagai bentuk penarikan diri dan kehilangan berat badan dengan tiba-tiba dan kemungkinan hal berkombinasi 8

dengan tanda-tanda kemurungan. Meningkatnya tingkah laku berisiko tinggi, termasuk cuai dalam memandu dan berjudi. Meningkatnya tingkah laku agresif, vandalisme dan jenayah. Menurunya kualiti hubungan dengan keluarga dan rakan. Membunuh diri atau cuba membunuh diri.

Tanda Fizikal Ciri-Ciri Tanda Fizikal Meningkatnya denyutan jantung, tekanan darah dan kecenderungan mengalami penyakit kardiovaskular. Meningkatnya nonadrenaline) Mengalami masalah gangguan gastrointestinal termasuklah irritable bowel syndrome, radang dinding usus besar dan ulser. Meningkatnya kecederaan dan kemalangan pada tubuh badan Keletihan fizikal dan berkemungkinan mengalami sindrom keletihan yang kronik. Gangguan pernafasan, termasuklah gangguan keseluruhan bahagiannya. Gangguan pada kulit. Sakit kepala, sakit pada bahagian bawah punggung dan ketegangan otot. Rosaknya fungsi imunisasi badan, termasuklah mempunyai risiko tinggi untuk menghidapi kanser. rembesan hormon stres ( contohnya, adrenaline dan

Rumusan Stres boleh menjejaskan banyak aspek kehidupan individu. Cuba mengecapi situsi kejayaan terhadap keadaan yang menimbulkan stres. menangganinya di dalam situasi yang istimewa. bagaimana individu itu mengendalikannya. Perlu juga diberi perhatian tentang bagaimana anda memberi reaksi dan apa yang anda lakukan untuk Bagi mewujudkan lebih keadaan berjaga-jaga, individu itu perlu mengenal pasti situasi yang menimbulkan stres dan Lebih banyak seseorang itu memahami tentang dirinya, maka pengendaliannya akan lebih baik.

4.4 BURNOUT DALAM KALANGAN GURU 4.4.1 Pengenalan Konsep Burnout diperkenalkan oleh Freudenberger (Wood, 2000). Burnout didefinisikan sebagai satu keadaan yang disebabkan oleh depersonalisasi, keletihan dan suatu pencapaian yang semakin menurun. Keadaan ini menunjukkan keletihan dari segi emosi, mental, fizikal yang disebabkan stres yang melampau dan berpanjangan. Keadaan ini akan menyebabkan seseorang individu menjadi hilang minat dan motivasi untuk terus melaksanakan kewajipan serta tugas dalam kehidupan seharian. 4.4.2 Implikasi Burnout Burnout akan menyebabkan individu jadi : pemarah bersifat sinis 10

lemah semangat berasa tidak berguna berasa tidak berupaya kurang daya produktivitinya

Pernahkah anda mengalami keadaan-keadaan seperti berikut? Jika ya, anda mungkin tergolong dalam kalangan mereka yang mengalami Burnout. Apakah simptom-simptom burnout? Kesan terakhir yang lebih teruk adalah individu tidak boleh berfungsi dengan baik lagi. - Tanda fizikal rasa letih sepanjang masa, imuniti rendah, perubahan masa tidur dan cara pemakanan, sakit kepala, sakit belakang dan otot. - Tanda-tanda tingkah laku menarik diri daripada tanggungjawab, mengasingkan diri daripada orang lain, menangguhkan tugas dan mengambil masa yang lama untuk menyempurnakannya, menggunakan bahan ubat atau alkohol untuk menangani masalah, memindahkan kekecewaan kepada orang lain, mengabaikan tugas, datang kerjalewat tetapi balik awal. -Tanda emosi berasa diri gagal, ragu-ragu pada diri sendiri, kurang motivasi, tidak berupaya, kurang berpuas hati, mengasingkan diri, imej semakin negatif dan sinis.

4.4.3 Punca-Punca Burnout Guru Selepas membaca bahagian ini anda akan tahu seseorang itu burnout. Antara punca-puncanya: 11 punca-punca yang menjadikan

- berasa tidak dihargai walaupun telah bekerja dengan penuh komitmen - mengalami stres dalam tempoh yang panjang. - Kehendak pelanggan melebihi keupayaan guru contoh tekanan memenuhi target peperiksaan sangat tinggi sedangkan jumlah guru kurang. - kurangnya budaya mentor guru-guru baru biasanya memerlukan bimbingan daripada rakan yang lebih senior. Namun budaya membimbing kurang dilaksanakan akibat setiap guru dibebani oleh pelbagai tugasan perkeranian. - tiada pengiktirafan dan ganjaran, ekspektasi tugas yang tidak jelas, suasana kerja yang tidak bersistematik. - dari segi sosial kerja yang terlalu kuat tanpa rehat, tiada masa untuk bersosial, diberi tugas yang banyak tanpa bantuan, tidak cukup tidur dan kurangnya sokongan. - personaliti guru sendiri juga menjadi penyebab kepada burnout. Guru yang berpersonaliti A mempunyai kebarangkalian yang besar berhadapan dengan burnout.

4.4.4 Perbezaan Di antara Stres Dan Burnout STRES BURNOUT Penglibatan diri yang keterlaluan Pelepasan dari melibatkan diri Menyebablkan perasaan cemas dan Menghasilkan ketidakupayaan hiperaktif Kehilangan tenaga Mengakibatkan kegelisahan

dan

berputus asa Kemerosotan motivasi dan harapan Mengakibatkan pengasingan dan

kemurungan Kecederaan secara fizikal Terhiris perasaan Mungkin menyebabkan maut terlalu Mungkin menyebabkan perasaan seperti awal hidup tidak bermakna Jadual 1 Perbezaan di antara Stres dan Burnout

4.4.5 Cara-Cara Mengatasi Burnout

12

Tahukah anda bahawa burnout yang dibiarkan berpanjangan akan membawa kesan yang sangat mendalam kepada produktiviti dan mental individu. Untuk itu langkah pencegahan adalah lebih berkesan daripada cuba mengubatinya. Langkah pencegahan awal terhadap individu perlu di titikberatkan. Antara kaedah yang terbaik ialah kaedah pencegahan secara holistik atau menyeluruh. Kaedah ini melibatkan jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sosial. Di sekolah, aktiviti-aktiviti peningkatan profesionalisme dalam pengurusan stres perlu dilaksanakan. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah: - bengkel pengurusan masa - bengkel pengurusan stress - bengkel pengurusan kewangan - latihan rekreasi dan pemakanan - peningkatan tahap ketahanan diri - membentuk budaya saling memahami - membentuk suasana kerja yang kondusif - meningkatkan kecerdasan emosi guru - sambutan perayaan mengikut kaum yang terdapat di sekolah.

Rumusan Tekanan emosi dalam kalangan guru semakin meningkat akibat daripada proses globalisasi dan modenisasi. Dengan tercetusnya isu globalisasi, tanggungjawab guru semakin mencabar dan peranan guru turut berubah. Hal sedemikian menyebabkan guru-guru menghadapi tekanan emosi. Ada sebahagian guru yang tidak mampu menangani tekanan emosi ini dan berhadapan dengan tekanan stres dan akhirnya mengakibatkan burnout. Dengan membaca modul ini sedikit sebanyak membantu anda lebih memahami konsep burnout, tanda-tandanya, punca-punca yang menyebabkan burnout, implikasi serta 13

cara-cara mengatasinya. Guru yang berkesan adalah guru yang dapat menangani masalah sendiri dan dapat terus melangkah dengan melaksanakan tanggungjawab dengan cemerlang serta membahagiakan diri sendiri. 4.5 LANGKAH-LANGKAH PENGURUSAN TEKANAN EMOSI 4.5.1 Pengenalan Konsep Konsep Tekanan Emosi : Menurut Dr. Hans Selye iaitu pengasas kepada teori stress atau tekanan perasaan telah mendefinisikannya sebagai suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya. (Dr.David B.Posen, Lifestyle Counselor and Psychotherapist) ; Stress) Bebanan ini boleh wujud dalam bentuk ancaman, cabaran ataupun apa-apa perubahan dalam hidup seseorang yang memerlukan pengubahsuaian yang selari dengannya. Ada tekanan perasaan yang baik yang dinamakan sebagai eustress dan ada pula yang membawa keburukan yang dinamakan sebagai distress. Tekanan yang positif amat diperlukan dalam hidup untuk menjadikan kita lebih berhatihati, bermotivasi, kreatif dan lebih memberikan tumpuan dan perhatian kepada apa yang sedang kita lakukan. Sebenarnya banyak penemuan dan ciptaan oleh saintissaintis telah berlaku di saat mereka tertekan dengan masalah-masalah tertentu. Contohnya, ketika Alexander Graham Bell sedang berusaha untuk membantu tunangnya, Mable Hubbard, yang telah hilang pendengarannya, beliau telah berjaya mencipta telefon yang telah meledakkan sistem telekomunikasi pada hari ini. (Stephen C. Phillips, The Ten Laws Of Success)

4.5.2 Langkah Menangani Stres Kita tahu bahawa stres adalah perlu dan penting dalam mempengaruhi kehidupan seseorang. Walau bagaimanapun, kesan yang sangat buruk akan ditanggung oleh seseorang individu jika stres yang ditanggung terlalu berat. Oleh itu, persediaan fizikal dan mental sangat perlu bagi sebagai alternatif penyelesaian terhadap stres yang 14

dihadapi. Benarlah pepatah mengatakan mencegah lebih baik daripada mengubati yang membawa maksud merawat sebelum merebak. Oleh itu, pengetahuan terhadap pengurusan stres adalah suatu yang perlu dijadikan garis panduan kepada kita untuk terus menghadapi cabaran yang mendatang. Berikut ialah langkah-langkah menangani stres : i .Uruskan Masa Dengan Efektif Urusan atau rutin harian memerlukan jadual atau rancangan. Pastikan kita mempunyai masa untuk diri sendiri dan masa untuk melakukan aktiviti yang dapat mengurangkan tekanan. Lakukan aktiviti yang paling penting terlebih dahulu. ii. Elakkan Mengambil Dadah atau Alkohol Dadah atau alkohol hanya sekadar menghilangkan simptom tekanan dan apabila berhenti mengambilnya, stres pasti akan kembali.

iii. Rehat Seketika Ketika melakukan sesuatu kerja pastikan kita berhenti rehat seketika untuk meminimumkan tekanan. Lakukan regangan, berjalan atau buat panggilan kepada rakan. Apabila kembali untuk menyambung kerja, pastikan anda dapat lakukan kerja itu dengan lebih efektif. iv. .Kurangkan Gangguan Ketika melakukan kerja yang penting, pastikan anda tidak diganggu. Contohnya matikan bunyi telefon, tutup pintu bilik atau pergi ke suatu tempat yang orang lain tidak dapat mencari anda.

15

v. Makan Makanan yang menyihatkan Elakkan mengambil makanan yang tinggi lemak, gula dan sodium. Sekiranya bercadang untuk keluar sepanjang hari, pastikan anda mengambil dan makan makanan yang menyihatkan. Jika tidak, ia akan menyebabkan tahap tenaga menjadi rendah. vi. Lakukan Meditasi Meditasi adalah senaman yang bagus dan menyihatkan. Ini termasuklah bernafas dalam-dalam yang dapat meningkatkan kerehatan pada otototot tubuh. Jangan lupa juga untuk mengimaginasikan suasana yang menenangkan fikiran. vii. Berfikiran Positif dan Belajar Mengawal Ketakutan Elakkan daripada menumpukan kepada perkara atau fikiran negatif. Sebaliknya fokus dan katakan kepada sesuatu yang positif mengenai diri sendiri setiap hari. Jangan buang masa dengan berasa bimbang mengenai sesuatu perkara yang tidak dapat diubah atau dicapai. viii. Dapatkan Nasihat Meminta pertolongan, nasihat dan pandangan tidak bermakna anda lemah. Terdapat banyak sumber yang dapat membantu anda menyelesaikan stres. Jadi ambil peluang untuk menemui atau mendengar nasihat oleh pakar motivasi atau kaunselor. ix. Belajar Katakan 'TIDAK' Jangan sesekali rasa bersalah untuk mengatakan tidak. Melakukan dan menambah projek atau kerja lain ketika sibuk akan menyebabkan anda bertambah tertekan. Berbincanglah dengan penyelia anda jika menghadapimasalah berkaitan kerja. x. Dapatkan Tidur yang Cukup 16

Tidurlah sekurang-kurangnya 6 - 8 jam sehari. Walau bagaimanapun seseorang akan mengalami masalah tidur apabila mereka terlalu stres memikirkan dan menyiapkan kerja yang bertimbun.

xi. Lakukan Senaman Aktiviti fizikal adalah cara terbaik untuk menangani tekanan. Cara ini akan merembeskan endorphin dan memberikan kesegaran secara semulajadi. Teknik pengurusan tekanan paling mudah dan boleh dilakukan di manamana. Bernafas dengan cepat akan meningkatkan tindak balas tekanan. Bernafaslah dalam-dalam dan perlahan.

Rumusan Secara keseluruhannya, gejala stres adalah suatu lumrah yang tidak boleh kita elakkan. Hal ini kerana stres adalah suatu tekanan yang boleh memberikan manfaat kepada seseorang, namun stres juga adalah punca kepada kegagalan dalam hidup. Sekiranya stres ini tidak dibendung dan dihadapi dengan waras maka gejala yang tidak sihat akan menyerang diri dan mengakibatkan kemudaratan. Oleh itu, pendekatan mudah yang diberikan penekanan di atas terhadap cara-cara menangani stres dapatlah membantu kita dalam meneruskan hidup untuk mencari nafkah dan sebagainya dengan lebih baik dan sistematik.

17

Latihan 1 Jelaskan punca masalah menulis dalam kalangan murid dan langkah-langkah bagi mengatasi masalah tersebut.

Berehatlah sambil minum-minum, sebelum anda memulakan latihan kedua

Latihan 2 Dalam bentuk grafik, bandingkan antara tulisan mekanis dan tulisan mentalis berserta contoh-contoh yang sesuai.

Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan

Itu saja yang perlu anda lakukan.......SELAMAT BERJAYA.

18