Anda di halaman 1dari 39

Tajuk 5

INOVASI DAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

8 JAM

SINOPSIS Negara sedang menuju ke arah mencapai matlamat Wawasan 2020 sebagai sebuah negara maju menurut acuan sendiri. Sehubungan dengan itu, sudah menjadi tugas pendidik yang bertindak sebagai pelaksana pendidikan untuk menyiapkan diri menghadapi gelombang inovasi dalam pendidikan yang sentiasa mengalami perubahan selaras dengan perkembangan global dan dunia tanpa sempadan. Seorang guru masa kini perlu bijak dalam menangani semua perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan, bijak mengenalpasti dan mengaplikasi pelbagai strategi dan kaedah yang inovatif dalam pendidikan, mahir dalam menggunakan semua jenis teknologi dalam pengajaran dan mampu menyesuaikan diri dalam perubahan teknologi tersebut. Seseorang guru masa kini juga perlu mahir dalam merancang reka bentuk resos yang inovatif serta mampu menggunakan pelbagai reka bentuk pentaksiran dan penilaian yang terkini serta inovatif. Diharap dengan kemampuan guru mendepani semua perubahan dalam sistem pendidikan masa kini akan mampu meletak Malaysia sebaris dengan negara-negara yang maju pada tahun 2020. HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat: i. ii. Menerangkan inovsi dan perubahan dalam pendidikan. Mengenal pasti pelbagai strategi pengajaran inovatif dalam pendidikan.

iii. Mengaplikasi strategi inovatif dalam pengajaran dan pembelajaran iv. Menghuraikan pelbagai cara penggunaan teknologi dalam pengajaran v. Mengenal pasti ciri-ciri dalam perkembangan persekitaran pembelajaran vi. Menyesuaikan dan menyediakan diri dengan perubahan vii. Menjelaskan perkembangan ciri-ciri reka bentuk resos dalam pendidikan viii. Merancang dan merangka reka bentuk resos yang inovatif
19

ix. Mengemukakan reka bentuk pentaksiran dan penilaian yang inovatif KERANGKA TAJUK

INOVASI DAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

STRATEGI PENGAJARAN INOVATIF

PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN

PERKEMBANGAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN

REKABENTUK RESOS

REKABENTUK PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN YANG INOVATIF

5.1 STRATEGI PENGAJARAN INOVATIF


Hasil Pembelajaran : Menerangkan inovsi dan perubahan dalam pendidikan. Mengenal pasti pelbagai strategi pengajaran inovatif dalam pendidikan. Mengaplikasi strategi inovatif dalam pengajaran dan pembelajaran Pengenalan Khalifah Umar Al Khatab ada berpesan, ajarlah anak-anak kamu mengkut zamannya.Sehubungan itu strategi pengajaran dan pembelajaran perlu ada hubung kait dengan perkembangan semasa. Antara strategi yang ditekankan ialah aplikasi kemahiran teknologi dalam P & P, merentas pelbagai kurikulum dan berfokus kepada keberkesanan pembelajaran. Ke arah itu, guru perlu memahami sifat murid dan gaya pembelajaran mereka yang berbeza-beza serta menerapkan strategi pengajaran berpusatkan murid seluas mungkin. Strategi pengajaran inovatif yang dicadangkan ialah :
20

5.1.1 Pembelajaran Berasaskan Projek (Project Based Learning / PBL)

Pengenalan Strategi PBL adalah berasaskan tugasan amali secara sistematik atau terancang dalam jangka masa yang tertentu merujuk kepada prinsip-prinsip yang disyorkan oleh Merill. Murid-murid akan diberi tugasan berupa masalah yang mungkin akan dihadapi dalam situasi kehidupan seharian yang mungkin dapat diselesaikan melalui keadah pembelajaran berasaskan tugasan atau projek. Kaedah PBL bermula dengan penyelidikan tentang problem based learning dalam perubatan. Definisi PBL Proses pembelajaran ini berfokuskan tugasan berdasarkan isi pelajaran yang melibatkan kutipan dan analisis data serta penyediaan satu laporan yang lengkap dan betul secara holistik. Pelajar dapat melalui pengalaman belajar yang kompleks berdasarkan situasi sebenar terhadap permasalahan autentik yang memerlukan pemikiran kritis. Proses pembelajaran memerlukan pelajar mengaplikasi pelbagai sumber maklumat, menentukan dan mengurus sumber, masa dan bahan pembelajaran. Pelajar mempunyai autonomi dalam membina pembelajaran masing-masing dan rasa tanggungjawab dalam diri mereka akan turut meningkat.

21

Ciri ciri PBL

Langkah langkah PBL :

Rajah 5 : Langkah-langkah pelaksanaan PBL

22

Kriteria Pemilihan projek PBL Projek perlu menarik dan bermafaat serta dapat membina kemahiran baru, namun masih berfokus kepada aktiviti pembelajaran bukannya pentaksiran . Contoh aktiviti PBL: Pembelajaran dalam bilik darjah Uniform Sekolahku

Peranan Guru dalam PBL Membantu pelajar mengenali strategi pembelajaran yang sesuai Terapkan kaedah inkuiri menjana hipotesis, membuat ramalan dan menyelesaikan masalah Pastikan pelajar mempunyai pengetahuan tentang projek yang hendak dijalankan Alat pengukuran informal Aplikasi teknik pengurusan mutakhir Wujudkan suasana pembelajaran dan penerokaan Menarik perhatian murid-murid terhadap satu-satu topik yang khusus

Contoh aktiviti PBL: Pembelajaran luar bilik darjah kajian di lapangan

23

Apakah kelebihan PBL ? Memberi peluang kepada pelajar menjana idea mengenai topik tugasan yang dijalankan. Mengajar mereka untuk menerima dan menghormati perbezaaan individu. Menggalakkan mereka untuk sedia menanggung risiko dalam berkongsi idea dan pandangan masing-masing. Menunjukkan bahawa sumbangan idea mereka dihargai.

5.1.2 Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM)

Pengenalan Perkembangan Pembelajaran Berasaskan Masalah atau Problem Based Learning kini semakin diperluaskan penggunaanya kerana kaedah ini lebih efektif dalam menyelesikan pemasalahan berkaitan pembelajaran teori dan diaplikasi di pengiraan. Konsep ini bermula pada 1950an apabila kaedah ini University of Mexico Medical School. Konsep PBM Pembelajaran berasaskan masalah disokong oleh konsep pembelajaran secara kendiri bagi memudahkan para pensyarah dan pelajar melalui proses pembelajaran yang lebih berkesan dan efaktif. PBM merangkumi cabaran kepada keadaan penyelesaian masalah sebenar berkaitan topik yang dibincangkan, melibatkan penggunaan akal dan fikiran yang kritikal serta menyeluruh, kemahiran meyelesaikan pemasalahan yang berkaitan, memenuhi keperluan dan disiplin kerja atau tugasan, pembelajaran kendiri, gerak kerja berpasukan dan menguasai kemahiran komunikasi, serta bertanggungjawab dan
24

Case Western Reserve Medical School, McMaster University Medical School dan

gigih dalam menyelesaikan sebarang masalah yang berkaitan. Apakah kemahiran yang diperoleh daripada PBM? Hasil daripada pendekatan pengajaran berasaskan masalah, pelajar akan dapat : i. ii. iii. iv. v. vi. vii. belajar menyelesaikan masalah berdasarkan realiti permasalahan yang sebenar. menguasai kemahiran pemikiran aras tinggi (high order thinking skills). kemahiran menyelesaikan masalah. kemahiran mencari maklumat dari pelbagai bidang pengajian. kemahiran pembelajaran secara kendiri (Self-Directed Learning Skills). kemahiran bekerja secara berkumpulan. menguasai kemahiran berkomunikasi yang berkesan.

Ciri- Ciri PBM

25

Langkah-langkah Pembelajaran Berasaskan Masalah i. Kemukakan masalah ii. Jelaskan hasil pembelajaran iii. Sediakan persekitaran pembelajaran yang selamat iv. Sediakan bimbingan & strategi coaching appreticeship dan scaffolding v. Sediakan resos pembelajaran (modul pembelajaran, sumber pengayaan/ pemulihan, multimedia) vi. Debriefing viii.Penilaian secara berkumpulan dan individu

Haiwan juga berusaha untuk mengatasi masalah! Latihan : Cadangkan tiga aktiviti pembelajaran yang sesuai dijalankan secara PBM? i. ii. ______________________________________________________ ______________________________________________________

iii. ______________________________________________________

26

5.1.3 Pembelajaran Elektronik

Pengenalan Pembelajaran elektronik (e-pembelajaran) adalah salah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang mengaplikasikan infastruktur ICT bagi penyebaran pengetahuan dan pelaksanaan pembelajaran kolaboratif (collaborative learning). E-pembelajaran boleh diaplikasikan dalam pelaksanaan kursus atau program secara jarak jauh dan juga untuk tujuan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran bersemuka (face-to-face teaching and learning) bagi kursus atau program yang dilaksanakan secara konvensional. Konsep pembelajaran elektronik Dimensi pembelajaran secara kolaboratif melalui perbincangan atau interaksi secara bersemuka dapat dilanjutkan dan diperluas lagi secara dalam talian selari (synchronous) atau tidak selari. Melalui pendekatan ini juga, pelajar mempunyai masa pembelajaran yang lebih anjal untuk berinteraksi sesama mereka atau dengan pensyarah. Pelajar dapat menjimatkan masa dalam proses pengukuhan fakta perbincangan melalui carian maklumat di internet tanpa perlu meninggalkan sesi perbincangan dalam talian. Infostruktur ICT dalam aspek epembelajaran, terdiri daripada tiga komponen utama iaitu perkakasan komputer (sistem server, sistem rangkaian dan komputer pengguna), perisian serta aplikasi e-pembelajaran dan pelbagai kategori pengguna (pengajar, pelajar, pereka bentuk pengajaran, pembangun kandungan dan staf teknikal).

Dunia tanpa sempadan, peluang belajar pula tiada batasnya.


27

Pendekatan Pembelajaran Elektronik Online learning Web based learning Computer based training learning Jenis-jenis Pembelajaran Elektronik i. ii. Pembelajaran dalam talian sepenuhnya (Full time online learning) Pembelajaran blended (dalam talian + bersemuka) >Technology based learning >Web based training >Computer based learning supported collaborative

Technology enhanced learning >Computer

Jenis Komunikasi Pembelajaran Elektronik i. ii. Synchronous (Serentak)-Pertukaran maklumat berlaku at real time Asynchronous (Tidak serentak)-Pertukaran maklumat tertangguh

Bentuk Penyampaian P & P Pembelajaran Elektronik i. ii. iii. Cetak seperti jurnal, artikel, rencana, majalah, e-book Video seperti klip video, rakaman video, siaran satelit Audio seperti rakaman audio dan podcast

Ciri ciri Pembelajaran Elektronik i. ii. iii. iv. v. mengikut kadar kendiri pelajar mengikut kehendak atau keperluan pelajar memenuhi kepelbagaian gaya pembelajaran Capaian lebih mudah dan luas Perlukan kemahiran komputer dan internet

28

5.1.4 Pembelajaran Berasaskan Laman Sesawang (PBLS)

Pengenalan Pembelajaran dalam talian atau web based learning adalah proses pembelajaran sepenuhnya melalui laman sesawang dan tiada pertemuan bersemuka antara guru dengan pelajar. Konsep PBLS PBLS menggunakan gabungan streaming video, penerangan berbantukan power point, penerangan audio dan penyampaian-penyampaian lain dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran lebih luas dan kaya dengan sumber pembelajaran yang pelbagai dengan pautan laman berkaitan serta audio dan video. Maklumat pembelajaran, pentaksiran dan perkongsian idea serta pandangan menjadi lebih mudah, pantas dicapai dan dapat disebarkan melalui paparan menerusi laman sesawang. Fungsi PBLS dalam 7 aplikasi i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Pengumuman real time Teks, html, spread sheet, video, powerpoint, fail audio Buku gred real time Pautan luar (External links) Ruang perbincangan maya (Chat rooms) Kuiz automatik E-mel

Rehat

29

5.2 PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN Hasil Pembelajaran : Menghuraikan pelbagai cara penggunaan teknologi dalam pengajaran 5.2.1 Pengenalan Konsep Konsep Teknologi: Teknologi bukan alat semata-mata tetapi merangkumi proses, idea dan teknik moden dalam merancang yang melibatkan teori, pendekatan, dan kaedah di mana teknologi menjadi alat pemangkin kejayaan untuk mencapai tujuan atau menyelesaikan masalah. Konsep Pengajaran: Proses dan kerjasama antara pelajar dalam usaha konteks

menghasilkan aktiviti

kecekapan

keberkesanan

serta

mencipta

pembelajaran dengan galakkan penglibatan pelajar. Pengajaran juga melibatkan menyampaikan maklumat, memindahkan maklumat, mendorong pembelajaran dan meningkatkan mertabat manusia ke aras yang lebih baik. Konsep Teknologi Pengajaran: Gabungan manusia dan media yang

diaplikasikan dengan kemahiran dan teknik moden menerusi sistem dan pendekatan ke arah pencapaian P&P berkesan. Domain Teknologi Pengajaran (1994). Terdapat lima domain dalam teknologi pengajaran iaitu : i. Reka Bentuk- Reka bentuk sistem pengajaran; Reka bentuk mesej; Strategi pengajaran; ciri pelajar ii. Pembangunan -Teknologi percetakkan, audiovisual, berasaskan komputer, bersepadu. iii. Penggunaan- Penggunaan media, difusi dan inovasi; pelaksanaan ; Polisi dan Peraturan. iv. Pengurusan- Pengurusan projek, sumber, sistem penyampaian, pengurusan maklumat. v. Penilaian- Analisis masalah, Pengukuran rujukan kreteria, Penilaian formatif,

30

Penilaian Sumatif. Setiap domain mempunyai teori dan amalan masing-masing. Oleh itu ia boleh berfungsi dengan sendirinya atau berinteraksi dengan domain yang lain. Dengan memahami konsep dan domainnya, kita dapat berusaha ke arah mempertingkat kualiti pengajaran yang kita laksanakan serta pembelajaran yang dihasilkan.

5.2.2 Perkembangan Teknologi Dalam Pengajaran

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menegaskan bahawa penyaluran maklumat yang lebih berkesan seharusnya menggunakan teknologi maklumat. Kini kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) berubah kepada kaedah yang lebih canggih iaitu penggunaan komputer, bahan elektronik, liquid crystal display (LCD), kamera video digital dan pelbagai kemudahan lain dalam bilik darjah. Dalam era digital ini, komputer digunakan untuk menyelesaikan pelbagai masalah. Salah satu penggunaan Information Communication Technology (ICT) dalam P&P ialah melalui penggunaan komputer. Di negara kita pengetahuan dan penggunaan komputer di sekolah semakin berkembang. Guru dan pelajar juga digalakkan melayari internet sebagai sumber tambahan untuk mendapatkan maklumat untuk tujuan P&P. Selain daripada perisian untuk pengajaran Sains, Matematik dan bahasa Inggeris yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran, guru-guru boleh mengambil inisiatif membina perisian mereka sendiri dengan menggunakan komputer riba yang juga dibekalkan oleh KPM. Guru-guru sedar akan era ICT masa kini dengan perkembangan teknologi yang telah membawa satu ledakan maklumat kepada pendidikan negara. Senario P & P kini amat memerlukan guru-guru yang kreatif dan inovatif supaya hasil pembelajaran dapat dicapai dengan lebih efektif. Oleh itu guru perlu memperkembang kebolehan untuk mencipta, menghasilkan dan memperkembang sesuatu. Dengan seruan Kementerian Pelajaran Malaysia

31

(KPM) yang menggalakkan penggunaan ICT dalam P & P, guru perlu bertekad untuk memahirkan diri melaksanakan hasrat KPM. Guru perlu bersikap produktif, proaktif dan responsif terhadap kecanggihan teknologi ini. Oleh itu sebagai guru yang menggalas wawasan negara untuk mencapai taraf negara maju pada tahun 2020 dan demi menghadapi gelombang perubahan sistem pendidikan yang terlalu mencabar ini, serta sebagai pemangkin dengan kemahiran ICT yang terkini untuk dikongsikan kepada murid. 5.2.3 Pelaksanaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Menurut sumber dari Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) teknologi maklumat ditakrifkan sebagai teknologi yang digunakan oleh individu untuk mengumpul data dan menganalisis data menjadi maklumat berguna dan bermakna di samping menghasilkan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks, grafik, suara, animasi dan maya. Teknologi komunikasi pula membolehkan individu atau kelompok individu bertukar-tukar data dan maklumat dalam ruang waktu dan tempat yang tidak terbatas, cepat dan serentak melalui rangkaian setempat atau global. Oleh itu dapat disimpulkan bahawa ICT merujuk kepada kemampuan teknologi itu sendiri, yang berfungsi sebagai satu alat kemahiran yang memberi sokongan kepada pelajar, guru serta organisasi pendidikan bagi menyempurnakan amanah dan dijadikan sebagai salah satu kaedah melaksanakan kegiatan P & P yang terancang dan menarik. Kemahiran ICT meliputi pengetahuan tentang perisiaan pemprosesan perkataan, pemprosesan grafik, hamparan elektronik dan pengkalan data selain pengetahuan tentang kemahiran asas pengendalian komputer serta fungsi perkakasan komputer. Selain itu kamahiran ICT turut menyentuh keupayaan untuk menggabungkan ICT dalam P & P secara cekap dan efektif. Disarankan bahawa cara yang ideal untuk meningkatkan kemahiran guru terhadap penggunaan ICT adalah dengan menyediakan latihan kemahiran ICT . Apabila telah melalui sesi latihan, guru-guru akan lebih berkeyakinan untuk pendidikan cemerlang dan berkualiti, guru perlu bertekad menyiakan dan melengkapkan diri

32

menggunakan ICT bagi tujuan pengajaran. Perlu ditekankan bahawa kejayaan ICT dalam pendidikan bukan hanya terletak pada teknologi tetapi juga faktor-faktor lain seperti pendekatan pedagogi, jenis pelajar, tahap pencapaian pelajar, keperluan pelajar, guru dan persekitaran bilik darjah.

5.2.4 Penggunaan Teknologi Dalam Pengajaran Penggunaan teknologi dalam P&P telah dapat meningkatkan kualiti pengajaran. Kewujudan teknologi maklumat dan teknologi multimedia telah memberi kesan yang kuat hingga merubah kaedah dan teknik pengajaran tersebut. Antaranya ialah : i. media tayang seperti powerpoint, video, filem dan papan interaktif. Penggunaan multimedia ii. dalam pengajaran banyak membantu guru untuk mencapai objektif pembelajaran yang telah dirancang. Internet dalam pengajaran penggunaan emel, blog, portal dan laman sesawang memberi ruang untuk guru membimbing dan mengukuhkan pembelajaran. iii. Perpustakaan membolehkan Maya pelajar E-jurnal mengakses dan e-buku. Perpustakaan ( database) maya untuk pengkalan data

mendapatkan maklumat. iv. Web-based learning Bahan P&P dengan mudah boleh dipaparkan di laman sesawang. Dengan cara tersebut maklumat mudah diakses oleh pelajar. v. Pembelajaran secara atas talian (On-line learning) Kewujudan rangkaian pendidikan yang berkesan membolehkan pendidikan jarak jauh dilakukan vi. Penggunaan ICT dalam P & P- Dalam konteks ini, tiada satu cara pun boleh dikatakan sebagai terbaik dan mesti digunakan. Pendekatan terbaik yang sebenarnya ialah penggunaan ICT sesuai dengan keperluan murid, serta dapat membuahkan hasil yang diharapkan dalam jangka masa yang munasabah. (PPK, 2001). Selain itu, penggunaan ICT dalam P&P dikategorikan kepada 4 (PPK, KPM, 2001), iaitu:-

33

a.

ICT untuk pembelajaran tutorial : Digunakan untuk menyampaikan Ini

kandungan pelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan. latihan atau latih tubi. b. ICT untuk pembelajaran penerokaan (eksploratori):

termasuk pembelajaran ekspositori, demonstrasi sesuatu fenomena dan Penerokaan

berlaku apabila ICT

digunakan sebagai medium untuk mencari dan

mengakses maklumat daripada internet, CD-ROM dan sebagainya. Mendapatkan koleksi maklumat yang melibatkan pelajar-pelajar dan guru-guru berkongsi artikel, sumber pengajaran dan rancangan pengajaran atau berkongsi data untuk dianalisis. Pelajar boleh melihat demonstrasi yang urutan babaknya boleh dikawal oleh murid. c. ICT sebagai alat aplikasi : ICT membantu pelajar melaksanakan Penggunaan perisian aplikasi umum seperti pemprosesan tugasan pembelajaran, bukan sebagai mekanisma penyaluran maklumat P & P. perkataan oleh murid untuk menghasilkan karangan atau PowerPoint yang digunakan untuk membuat persembahan. Perisian aplikasi khusus seperti GSP, PowerPoint dan lain-lain adalah termasuk kategori alat aplikasi yang boleh digunakan untuk membantu murid melaksanakan aktiviti pembelajaran. d. ICT sebagai alat komunikasi : ICT membuka ruang kelas menjadi ruang maya dan membolehkan pembelajaran berlaku tanpa dibatasi ruang dan waktu serta mengikut rentak pelajar tersebut. ICT juga membuka peluang bagi semua pelajar yang berlainan keupayaan dan kebolehan untuk mengembangkan potensi mereka dan merangsang pendidikan sepanjang hayat. Komunikasi interpersonal juga boleh berlaku seperti penyertaan dalam kumpulan perbincangan eletronik, bilik darjah global yang melibatkan pelajar-pelajar bertukar pendapat tentang sesuatu topik dan hubungan elektronik dengan pakar.
Persediaan Latihan: Buat rujukan/ carian lanjutan berkaitan konsep teknologi dalam pengajaran

34

5.2.5 Impak Teknologi Dalam Pengajaran Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan

pembelajaran banyak memberi kesan yang baik kepada murid-murid khususnya yang berada di sekolah rendah. Namun begitu terdapat juga kelemahan yang timbul kesan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.

Latihan : Cadangkan peranan teknologi dalam pendidikan

Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran. Hal ini kerana guru dapat membuat persiapan dan bersedia lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui cara ini guru dapat mencari maklumat-maklumat berkenaan dengan pengajaran dengan lebih baik seterusnya dapat menyampaikannya kepada pelajar secara berkesan. Melalui penggunaan alat ICT sebagai alat bantu mengajar proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan berkesan. Contohnya dengan menggunakan alat seperti powerpoint, flash, video, visual guru-guru hanya perlu mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Melalui cara ini proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih mudah, ringkas dan padat kerana pelajar akan didedahkan dengan gambaran dan persembahan menarik serta mudah untuk difahami.Justeru, pelajar tidak akan mudah berasa jemu dan bosan dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran kerana tertarik dengan gaya persembahan yang ditunjukkan melalui penggunaan ICT. Di samping itu penggunaan ICT juga dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Dengan adanya ICT guru dapat mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran serta tidak hanya tertumpu kepada teknik pengkuliahan sahaja bahkan dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam ICT. Melalui

35

penggunaan alat ICT guru dapat menerangkan kepada pelajar dengan lebih terperinci serta mendalam mengenai sesuatu subjek.Contohnya penggunaan internet sebagai alat untuk mendapatkan pelbagai maklumat terkini mengenai dunia pendidikan. Kemahiran menggunakan internet juga membolehkan guru dan pelajar mendapatkan maklumat dan pengetahuan terkini dengan lebih cepat serta efisen tanpa perlu menunggu masa yang lama seterusnya dapat digunakan dalam aktiviti pembelajaran. Melalui cara ini kualiti pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan kerana maklumat-maklumat dapat terus di akses ke dalam sistem. Rumusan Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting kerana ICT dapat meningkatkan kemahiran guru dan pelajar. Melalui penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelajar akan didedahkan dengan pelbagai alatan dan bahan berkenaan ICT seperti komputer, LCD, CD, pendrive, hardware, software, internet dan sebagainya. Semua alatan dan bahan yang berkenaan dengan ICT mempunyai berbagai-bagai fungsi dan kegunaannya yang tersendiri untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Hal ini kerana melalui penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar akan lebih menguasai teknologiteknologi terkini yang dapat membantu dalam memahami setiap subjek yang dipelajari di samping menyimpan,memproses dan merekod setiap maklumat yang diperoleh. Kemahiran dalam menggunakan ICT ini mampu memberikan nilai tambah kepada guru agar dapat menggunakannya untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar agar kemahiran-kemahiran tersebut mudah untuk difahami. Di samping itu guru juga dapat menambahkan pengetahuan mengenai sistem ICT melalui pengalaman yang diperoleh semasa menjalankan proses Idea Anda: Cuba kongsikan pengalaman anda dalam penggunaan pelbagai teknologi dalam pengajaran pengajaran tersebut. Ini semasa pengajaran kerana proses dan

36

pembelajaran guru dan pelajar akan saling berinteraksi tentang apa yang dipelajari serta bertukar-tukar pendapat mengenai keberkesanan menggunakan sistem ICT ini di samping memberi cadangan bagi meningkatkan lagi kualiti penyampaiannya. Melalui cara ini guru dan pelajar akan berusaha lagi untuk menambahkan pengetahuan mengenai teknologi ICT ini. Dalam era dunia tanpa sempadan kini guru dan pelajar perlu menggunakan setiap teknologi yang ada agar tidak ketinggalan khususnya dalam bidang pendidikan yang banyak menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran .Pengetahuan yang mendalam mengenai ICT amat penting kepada guru-guru agar dapat diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk memudahkan lagi pemahaman murid-murid. Selain itu manfaat yang diperoleh kesan daripada penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah dapat memberikan peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang terdiri daripada pelbagai keupayaan. Di dalam sesebuah kelas tidak semua pelajar mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima sesuatu yang diajar oleh guru. Justeru, melalui penggunaan ICT murid-murid dapat memahami apa yang diajar dengan lebih jelas kerana proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik serta berkesan hasil daripada penggunaan alatan ICT tersebut. Contohnya melalui pengunaan alat seperti powerpoint,grafik,audio,video dan sebagainya maka murid-murid akan lebih memahami setiap apa yang diajar kerana mereka diberikan gambaran dan persembahan yang lebih mudah untuk difahami berbanding proses pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk pengkuliahan semata-mata. Melalui cara ini setiap masalah yang timbul dapat segera dimaklumkan oleh pelajar kepada guru kerana mereka mudah bertindak balas terhadap sistem yang diajar menggunakan ICT. Perbincangan: Bincangkan mengapa teknologi diperlukan dalam proses pengajaran pada masa kini?

37

5.3 PERKEMBANGAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN


Hasil Pembelajaran: Mengenal pasti ciri-ciri dalam perkembangan persekitaran pembelajaran Menyesuaikan dan menyediakan diri dengan perubahan Tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan perkembangan persekitaran pembelajaran? Dalam menuju Wawasan 2020, Malaysia kini semakin maju dalam pelbagai bidang termasuklah bidang teknologi maklumat dan komunikasi atau lebih dikenali dengan IT (Information Teknology). IT menjadi satu keperluan dalam kehidupan masyarakat pada hari ini. Anda tentu sedar bahawa IT merupakan alat utama dalam era maklumat kerana IT menjadi teras dalam komunikasi antara manusia dan pembekal maklumat kepada masyarakat. Menurut Mohd Izham (2007) peranan IT menjadi begitu penting terutama dalam bidang pendidikan sebagai asas penyaluran ilmu. Selaras dengan perkembangan semasa ini, secara tidak langsung memberi implikasi dan impak yang serius terhadap profesion keguruan seterusnya mendesak warga guru bersedia menerima perubahan serta sentiasa peka dengan perubahan budaya pendidikan dan misi pendidikan negara. Pendidikan bertaraf dunia mempunyai wawasan ke arah melahirkan generasi mengamalkan budaya fikir, kritis, kreatif dan inovatif. Hanya manusia yang berbudaya fikir dapat bersaing di medan antarabangsa serta menjana idea ke arah pembangunan tamadun ilmu, masyarakat, budaya, bangsa dan negara. Pendidikan masa kini bukan sahaja berkehendakkan manusia mengamalkan budaya fikir tetapi bersama-sama menggabungkan penggunaan teknologi dalam sebarang tindakan. Guru pada hari ini berdepan dengan pelajar yang dikenali sebagai generasi
38

internet. Mereka lebih selesa dengan dunia internet dan cekap serta pantas menguaai kemahiran dalam pelbagai unsur baharu dalam internet. kepada bilik darjah maya, seterusnya akan mengubah Maka persekitaran pembelajaran juga perlu berubah daripada bilik darjah formal persekitaran pembelajaran kepada pembelajaran personal.

Layari Internet Adakah anda pernah mendengar tentang istilah Personalised Learning Environment (PLE), Virtual Learning Environment, Intelligent Learning Environment (ITL) dan Open Learning Environment (OLE)

Mari kita fahami istilah-istilah di atas, PLE adalah pembelajaran yang berlaku secara online dalam pelbagai bentuk mengikut pilihan pelajar, VLE pula adalah pembelajaran yang berlaku secara online sepenuhnya atau secara gabungan iaitu pembelajaran yang berlaku secara online dan pertemuan formal, juga dikenali sebagai blended. ILE adalah persekitaran pembelajaran yang berlaku dalam situasi penyelesaian masalah, yang lebih kepada bentuk pembelajaran konstruktivisme dan discovery learning. Adakah anda telah memahami istilah perkembangan persekitaran

pembelajaran tersebut? di bawah.

Jika tidak, teruskan pembacaan anda bagi melihat

dengan lebih jelas tentang perbezaan istilah tersebut dalam jadual perbandingan

39

Personalised Learning Environment Pembelajaran berlaku


secara pelajar ------------------------Pembelajaran formal dan informal boleh berlaku ------------------------Maklumat isi pelajaran diperoleh pelbagai perisian ------------------------Pelajar halatuju pembelajarannya -------------------------Interaksi sosial berlaku melalui pelbagai penggunaan media dan sendiri yang menentukan arah dan melalui media online dalam pelbagai bentuk pilihan

Virtual Learning Environment


Pembelajaran secara sepenuhnya secara formal) berlaku online atau gabungan dikenali

Intelligent Learning Environment


Situasi masalah ---------------------------Konstruktivisme ----------------------------Discovery learning penyelesaian

Open Learning Environment


Satu pendekatan yang

pembelajaran

memberi fleksibiliti dan pilihan kepada pelajar terhadap apa, bila, kadar, di mana, dan bagaimana belajar -----------------------e-learning -----------------------menggalakkan pemikiran perspektif ------------------------menyediakan pembelajaran dan autonomi pelajar ------------------------Media (pangkalan elektonik data, sendiri kepada memberikan yang mereka

(online dan pertemuan sebagai blended ------------------------Pelajar perlu berdaftar ------------------------Maklumat dan aktiviti pembelajaran dimuatkan dalam portal pembelajaran papan buletin -------------------------Kawalan dibuat melalui Learning Management System Virtual Environment -------------------------Tiada interaksi sosial (LMS) dan Learning dan

berbeza dari pelbagai

perisian sosial -------------------------Word processor, E-mel, Audio, Weblog, Photo Sharing Service, Web browserFirefox, windows, Instant skype dll. messaging

tutorial komputer, video dll), media cetak (buku teks, artikel jurnal), atau manusia (pakar, ibu bapa, guru, rakan sebaya)

Jadual Perbandingan PLE, VLE, ILE dan OLE

40

Mengumpul Maklumat Dapatkan maklumat lanjut melalui internet ciri-ciri yang membezakan persekitaran pembelajaran maya dan persekitaran pembelajaran personal.

Menurut Jarvela (2006), sistem pembelajaran personal terdiri daripada tujuh dimensi kritikal iaitu : 1. Pembangunan kemahiran dalam bidang spesifik. 2. Mengaraskan bidang pendidikan melalui pimpinan untuk meningkatkkan kemahiran pembelajaran dan motivasi pelajar. 3. Menggalakkan pembelajaran melalui pembangunan motivasi 4. Kolaborasi dalam membina pengetahuan 5. Membangunkan model baru untuk kajian 6. Menggunakan teknologi sebagai satu alat sosial dan kognitif personal 7. Peranan baharu guru berdasarkan penggabungan pendidikan yang lebih baik dalam pembelajaran masyarakat. Kesemua dimensi ini adalah penting dalam usaha membangunkan sistem pembelajaran personal. Pendidikan di alaf baharu hasil daripada ledakan dan perkembangan teknologi dan pelbagai cabaran harus ditangani oleh guru dengan bijak. Guru di bilik darjah harus memahami fenomena perubahan ini dan berusaha menggabungkan pelbagai ilmu, kemahiran dan kreativiti ke arah melahirkan satu corak penyampaian yang berkesan dan bermakna.

Rehat

41

5.4 REKA BENTUK RESOS

Hasil Pembelajaran : Menjelaskan perkembangan ciri-ciri reka bentuk resos dalam pendidikan Merancang dan merangka reka bentuk resos yang inovatif Definisi Reka Bentuk Resos Suatu proses sistematik untuk mereka bentuk, membangun, melaksana dan menilai bahan pengajaran. Satu bidang sains untuk mencipta spesifikasi resos pengajaran dengan terperinci untuk pengembangan, penilaian, dan penyelenggaraan suatu keadaan yang boleh memudahkan pembelajaran suatu unit pelajaran kecil atau besar dalam suatu pelajaran dengan berasaskan bahan yang akan digunakan. Mengikut Syed Ismail bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki bin Miskun dalam buku, Guru dan Cabaran Semasa, (2010), rekabentuk resos merupakan suatu pengajaran proses sistematik untuk merekabentuk, membangun, dan melaksana dan menilai bahan pengajaran sains untuk mencipta spesifikasi resos dengan terperinci untuk pengembangan, penilaian penyelenggaraan. Seringkali kita mendengar perkataan resos dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di sekolah juga terdapat sebuah bilik khas untuk menyimpan bahan bantu mengajar yang dipanggil Bilik Sumber atau Bilik Resos.

42

Satu Satu proses proses sistematik sistematik untuk untuk mereka bentuk, mereka bentuk, membangun, membangun, melaksana melaksana dan dan menilai menilai bahan bahan pengajaran pengajaran

Guru Guru dan dan pelajar pelajar mempunyai mempunyai pilihan pilihan yang yang amat luas untuk amat luas untuk memilih memilih jenis jenis teknologi teknologi yang yang sesuai sesuai

REKABENT REKABENT UK UK RESOS RESOS

Teknologi Teknologi e-pembelajaran e-pembelajaran membuka membuka laluan laluan pengajaran pengajaran secara secara maya maya (melalui internet) dengan (melalui internet) dengan mudah mudah dan dan pantas. pantas.

Bidang Bidang sains sains untuk untuk mencipta mencipta spesifikasi spesifikasi resos resos pengajaran dengan terperinci pengajaran dengan terperinci untuk untuk pengembangan, pengembangan, penilaian penilaian dan dan penyelenggaraan penyelenggaraan suatu suatu keadaan keadaan yang yang boleh boleh memudahkan memudahkan pembelajaran pembelajaran suatu suatu unit unit pelajaran pelajaran dengan dengan berasaskan berasaskan bahan bahan yang yang akan akan digunakan digunakan Konsep Reka Bentuk Resos Rekabentuk resos digunakan untuk membangunkan pelbagai jenis bahan pengajaran dan pembelajaran menggunakan resos tradisional seperti bahan bercetak, bahan 2-D dan 3-D ataupun resos terkini seperti bahan berbantukan komputer melalui pelbagai media audio-visual, pengaksesan maklumat, pembelajaran secara online dan jaringan sosial. Tujuan Reka Bentuk Resos Sistem pendidikan Malaysia sedang mengalami perubahan dan transformasi yang pesat. Corak pendidikan masa kini semestinya sudah banyak berubah jika dibandingkan dengan masa yang lampau. Perkembangan teknologi maklumat membawa implikasi yang besar terutamanya dalam konteks pendidikan. Pengajaran-Pembelajaran Bantuan Komputer (PPBK) adalah salah satu cara pemindahan pengetahuan atau maklumat yang semakin popular di kalangan para pendidik selain dari resos traditional yang tidak berasakan teknologi.

43

Tujuan rekabentuk resos dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah; Mendorong murid menanam sifat berdikari sewaktu meneroka bidang ilmu. Pembelajaran berpusatkan murid. Menggunakan konsep Pembelajaran Masteri. Meningkatkan keseluruhannya. Bahan pengajaran berbantu komputer di pasaran adalah kurang sesuai dan tidak menepati objektif Falsafah Pendidikan Negara kerana pakar komputer yang menghasilkan bahan P&P tidak mahir dalam aspek pedagogi. Jenis Reka Bentuk Resos
BERASASKAN TEKNOLOGI ICT e-buku Buku dalam bentuk elektronik kandungannya sama dengan buku bercetak. e-majalah Majalah dalam bentuk elektronik namun kandungannya sama dengan majalah bercetak. e-portfolio Alat interaktif dinamik untuk memuatkan pengumpulan bahan pembelajaran murid, artifak, catatan interaksi guru dan murid. Blog dan Forum Kolaborasi dan bimbingan dalam talian. BUKAN BERASASKAN ICT Bahan 2-D namun Bahan yang bercetak, dilukis, digambarkan pada kertas atau apa permukaan 2D. Contoh seperti gambar, poster, bahan grafik, dll. Bahan 3-D Bahan yang merupai bahan sebenar. Contoh spesimen, diorama, model 3D, boneka, dll.

kualiti

serta

keberkesanan

sistem

pendidikan

44

1. Reka Bentuk Berasaskan Teknologi

Model Reka Bentuk Resos

45

1. Model Berorientasikan Bilik Darjah Model berorientasikan bilik darjah tidak menggalakkan guru membina bahan. Guru hanya memilih media yang sesuai dengan objektif pengajarannya bukan membina media seperti dalam model yang berorientasikan sistem. Model-model ini tidak berhajat menjadikan guru sebagai pembina bahan kerana tugas guru lebih banyak ditumpukan kepada pengajaran. Guru hanya merancang pelajaran untuk satu atau dua waktu dan menyediakan reka bentuk pengajaran sebelum masuk ke bilik darjah. Contoh-contoh model RP beroreintasikan bilik darjah adalah model Gerlach dan Ely (1980), model ASSURE (1996),model Kemp (1985) dan model Dick dan Reiser (1989). Berikut adalah dua contoh model berkenaan: Dalam model ASSURE (Heinich, Molenda, dan Russell, 1993) terdapat enam langkah: A - Analyse learners (Analisis pelajar), S - State objectives (Nyatakan objektif), S - Select media and materials (Pilih media dan bahan), U - Utilise media and materials (Gunakan media dan bahan), R - Require learner participation (Libatkan pelajar dalam pembelajaran), E - Evaluation/reviem (Penilaian/Semak semula bahan). Dalam model Dick dan Reiser (1989 ) terdapat Lapan langkah: (a) Tentukan matlamat, (b) Analisis ciri pelajar, (c) Tulis objektif, (d) Pilih/semak buku teks, (e) Bina ujian, (f) Bina aktiviti pengajaran, (g) Pilih media pengajaran,
46

(h) Laksana pengajaran. 2. Model Berorientasikan Produk Contoh model yang berorientasikan produk adalah model Van Patten (1989), model Leshin, Pollock dan Reigeluth (1990) dan model Bergman dan Moore (1990).

3. Model Berorientasikan Sistem Contoh model yang berorientasikan sistem adalah model IDI (1973), model IPISD (1975), model Dick dan Carey (1979), model Diamond (1989) dan model Seels dan Glasgow (1990). Berikut adalah contoh bagi produk dan satu contoh bagi sistem. i) Dalam model jenis produk Leshin, Pollock dan Reigeluth (1990) terdapat tujuh langkah: a. Analisis masalah b. Analisis domain c. Analisis dan susun tugasan, d. Analisis dan susun isi sokongan pelajaran, e. Tentukan peristiwa dan aktiviti pengajaran, f. Lakukan reka bentuk mesej interaktif, g. Nilai pengajaran. ii) Dalam model jenis sistem Dick dan Carey (1979) terdapat sembilan langkah: a. Kenal pasti matlamat pengajaran, b. Buat analisis pengajaran, c. Kenal pasti ciri dan perlakuan peringkat masuk pelajar, d. Tulis objektif prestasi, e. Bina item ujian rujukan kriteria, f. Bina strategi pengajaran, g. Bina dan pilih bahan pengajaran,
47

h. Reka bentuk dan jalankan penilaian formatif, i. Semak semula pengajaran.

Peringkat Reka Bentuk Resos Dalam peringkat merekabentuk resos, guru perlu juga mengambilkira aspek perancangan pengajaran yang akan dilaksanakan. Untuk memastikan pengajaran yang baik dapat dilaksanakan, reka bentuk resos pengajaran yang sesuai haruslah dipertimbangkan. Peringkat reka bentuk resos ialah: 1. Analisis Murid - Merangkumi tiga perkara iaitu ciri-ciri umum, kompentensi khusus peringkat masuk dan gaya pembelajaran. Ciri-ciri umum meliputi umur, tahap, tingkatan dan latar belakang sosioekonomi. 2. Nyatakan Objektif - Merupakan penyataan yang menentukan tingkah laku spesifik yang boleh diukur dan dilakukan murid setelah mengikuti sesuatu pengajaran. Menyatakan objektif dapat membantu guru dalam merancang resos pengajaran. Pemilihan kaedah, media dan bahan adalah berdasarkan tingkat kebolehan murid, dan objektif pengajaran. Oleh kerana kebiasaanya setiap kelas terdiri daripada murid pelbagai kebolehan, berkumpulan dan pengajaran secara kelas. Justeru penggunaan media dan bahan perlulah pelbagai. Pada peringkat ini terdapat beberapa langkah yang perlu dipertimbangkan antaranya adalah seperti berikut : beri gambaran awal tentang bahan yang akan digunakan penyediaan bahan sediakan persekitaran yang sepadan untuk pengajaran yang menggunakan bahan yang dipilih sediakan murid menerusi set induksi atau pernyataan objektif sediakan pengalaman pembelajaran supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan dan diingati oleh murid.
48

3. Penglibatan murid la penting untuk memastikan pembelajaran benar-benar berlaku. Aktiviti yang boleh dijalankan untuk melibatkan murid ialah seperti latih tubi, latihan, kuiz dan sebagainya. Guru juga boleh melibatkan murid dalam kaedah berkumpulan.

4. Penilaian Nilai dan semak adalah penting untuk melihat keberkesanan sesuatu perkara serta untuk menyediakan Penilaian langkah-langkah meliputi pencapaian untuk murid meningkatkan berdasarkan keberkesanannya.

kemahiran, sikap dan objektif.

Ciri-Ciri Rekabentuk Resos - Kos yang berpatutan (boleh juga guna bahan terbuang) - Mempunyai identiti kebangsaan - Menepati arahan dan kurikulum - Bersesuaian dengan pencapaian murid - Hiasan berpada dan ketepatan teknik

Kesan Kelebihan Reka Bentuk Resos Reka bentuk resos mempunyai banyak memberikan manfaat dan kelebihan kepada guru dan murid khususnya jika digunakan dengan bijaksana. Antara kelebihan reka bentuk resos ialah memberikan banyak sumber maklumat kepada guru untuk mengajar. Ini akan menjadikan guru lebih kreatif dan cekap. Guru dan murid juga boleh mengakses maklumat daripada pelbagai sumber. Selain itu, guru juga boleh mempelbagaikan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

49

Kepelbagaian pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas akan menarik minat murid untuk belajar. Di samping dapat mengemaskini bahan-bahan pengajaran dengan lebih bersistematik. Reka bentuk resos juga dapat menjimatkan masa guru untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.

Kelebihan Rekabentuk Resos

Rehat

50

5.5 REKA BENTUK PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN YANG INOVATIF Hasil Pembelajaran Mengemukakan reka bentuk pentaksiran dan penilaian yang inovatif Konsep Penilaian Penilaian merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif bagi menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran. Ia sebagai satu proses/prosedur yang sistematik bagi membuat dalam mentafsir hasil pengukuran yang bertujuan pengujian dan pengukuran Tujuan Penilaian i. Membantu guru mengetahui keupayaan penguasaan pelajar pelajar mahupun antara satu kelas dengan kelas yang lain. iii. Membuat perbandingan pencapaian pelajar dalam subjek tersebut dengan subjek lain. iv. Menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dengan yang rendah pencapaiannya. v. Membantu guru melakukan pengayaan dan pemulihan. guru menilai bahan dan teknik serta kaedah pengajaran vii. Meningkatkan keberkesanan pengajaran guru Prosedur dalam penilaian i. Persediaan Ujian. vi. Membolehkan pertimbangan memberikan maklumat

tentang pencapaian akademik, kemahiran atau sikap. Ia merangkumi aspek

ii. Membantu guru membuat perbandingan antara pelajar dengan

ii. Pentadbiran Ujian (Pemilihan Lokasi). iii. Pemeriksaan Dan Pengukuran Ujian. iv. Membuat Analisis. v. Interpretasi / Dapatan / Tindakan.
51

Pentaksiran Pembelajaran Tujuan pentaksiran adalah untuk memastikan pembelajaran berlaku seperti yang dirancang selain membantu guru merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran dapat memberikan manfaat kepada guru dan murid dalam bentuk maklum balas bagi meningkatkan pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran pembelajaran mempunyai pelbagai bentuk dan ciri.

Ciri-ciri Pentaksiran Pembelajaran di dalam bilik darjah:

Berpusatkan pelajar Memberikan penekanan terhadap pembelajaran di dalam bilik darjah dan bagaimana untuk menjadikan pembelajaran lebih berkesan Arahan guru Fungsi guru di sini ialah menentukan perkara-perkara yang hendak dinilai, bagaimana hendak menilai serta bagaimana hendak menggunakan maklumat yang diperoleh untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran Manfaat bersama Penglibatan pelajar dalam membuat penaksiran kendiri akan menjadikan pelajar lebih memahami isi pelajaran. Guru juga akan mendapat idea baharu untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Formatif Melalui pentaksiran, guru dapat menjadikan pembelajaran di dalam bilik darjah lebih berkualiti dan bukan semata-mata untuk tujuan penggredan. Melalui pentaksiran pembelajaran, guru dapat membuat penambahbaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Konteks pembelajaran spesifik Pentaksiran bagi sesuatu kelas tidak semestinya sesuai untuk kelas yang lain. Pentaksiran yang dilakukan biasanya khusus untuk keperluan bilik darjah, guru, pelajar dan mata pelajaran yang tertentu sahaja.
52

Berterusan Pentaksiran yang berterusan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berupa satu bentuk maklum balas yang memberikan maklumat tentang perkembangan pembelajaran pelajar. Amalan pengajaran yang baik Pentaksiran membolehkan amalan pengajaran yang baik dimanfaatkan sebaikbaiknya.

Perkembangan Dalam Pentaksiran Pembelajaran A. Pentaksiran Prestasi Menilai perkembangan pembelajaran pelajar secara langsung apa yang dapat dibuat, bagaimana proses dan pengalaman pembelajaran. Proses ini menilai keupayaan pelajar dalam melakukan sesuatu atau menggunakan sesuatu kemahiran dalam menghasilkan sesuatu yang baharu. Pentaksiran dibuat melalui pemerhatian terhadap apa sebenarnya dialami dan dihasilkan oleh pelajar. Pentaksiran prestasi juga dikenali sebagai pentaksiran autentik. Kelebihan pentaksiran prestasi. i. Merekod apa yang diketahui dan dilakukan oleh pelajar ii. Menilai keupayaan pelajar berfikir, membuat analisis, sintesis dan penilaian iii. Memudahkan guru membuat pentaksiran secara individu berdasarkan pemerhatian secara berterusan. iv. Memudahkan guru merancang pengajaran berdasarkan keupayaan pelajar. v. Memudahkan pihak sekolah, ibu bapa dan sebagainya memperoleh maklumat terperinci tentang pembelajaran pelajar. vi. Memudahkan guru mengurus pengajaran dan pembelajaran dengan lebih bermakna.

53

Komponen-komponen pentaksiran prestasi: i. ii. Senarai semak perkembangan Portfolio pembelajaran

iii. Laporan pembelajaran Ciri-ciri pentaksiran prestasi i. ii. Pelajar terlibat dalam aktiviti berbentuk autentik Tugasan akan jadi lebih bermakna, berbentuk aplikasi kemahiran, pengetahuan dan integrasi KBKK iii. Bagi mendapatkan tugasan yang baik, penggunaan bahasa dan laras bahasa yang betul perlu digunakan iv. Dua bentuk tugasan prestasi iaitu berasaskan projek dan berasaskan produk v. Penekanan diberikan terhadap kedalaman pemahaman dalam melaporkan tugasan Tugas guru dalam pentaksiran prestasi i. ii. Tentukan matlamat tugasan Sediakan hasil pembelajaran yang eksplisit

iii. Sediakan tugasan berdasarkan keadaan sebenar (real world) iv. Sediakan langkah pelaksanaan tugasan yang lengkap bagi membimbing pelajar v. Bina pentaksiran dalam tugasan iaitu dalam bentuk kontekstual vi. Guna borang penilaian agar pentaksiran dilakukan dengan adil dan tepat

B. Pentaksiran Berasaskan Portfolio Portfolio ialah satu bentuk bukti proses perkembangan pembelajaran.

Penyediaan portfolio merupakan antara keperluan dalam pentaksiran prestasi. Penyediaan portfolio yang sistematik mengandungi ciri-ciri berikut:

54

CRADLE iaitu: Collecting-mengutip Reflecting-refleksi dan catatan jurnal Assessing-penaksiran Documenting- mendokumentasi Linking- perkaitan Evaluating-penilaian Ciri-ciri Portfolio yang sistematis i. Komprehensif Pengumpulan data yang tepat dan pelbagai ii. Terancang dan sistematik Mengandungi perancangan yang baik sebelum dilaksanakan. iii. Bermaklumat Maklumat yang dimasukkan mestilah yang bermakna kepada guru. iv. Dibuat khusus Menepati tujuan dan matlamat penyediaannya. v. Autentik Maklumat yang dimasukkan berkait rapat dengan tugasan autentik pelajar. Prosedur pentaksiran portfolio i. ii. Kenal pasti tujuan dan fokus Rancang isi

iii. Reka bentuk analisis iv. Sediakan tatacara penyampaian v. Kenal pasti prosedur pengesahan vi. Laksanakan model pentaksiran
55

C. Pentaksiran Kendiri Penaksiran kendiri melibatkan pelajar menilai diri sendiri; apa yang telah dipelajari dan bagaimana dia mempelajarinya. Pelajar akan memantau perkembangan dan kemajuan pembelajaran mereka berdasarkan objektif dan hasil pembelajaran. Langkah-langkah pentaksiran kendiri: i. ii. Membuat refleksi pengalaman yang lalu Mengingat semula apa yang telah berlaku

iii. Menggambarkan semula idea yang telah dipelajari iv. Menyimpan rekod tindakan yang telah diambil v. Menentukan hala tuju akan datang

Strategi pentaksiran kendiri i. Modeling - menggunakan hasil kerja yang baik sebagai contoh ii. Kemahiran menyoal secara berfokus -pelajar diminta membina soalan untuk mendapatkan maklumat tambahan iii. Pengurusan grafik -bentuk visual yang dapat membantu pelajar menstruktur pemikiran mereka dalam bentuk diagram iv. Membuat refleksi pembelajaran- catatan jurnal tentang apa yang dialami v. Penilaian rakan sebaya - maklum balas daripada rakan sebaya vi. Senarai semak -untuk mentaksir sikap pelajar, tingkah laku dan tindakan pelajar semasa proses pembelajaran vii. Portfolio digital penggunaan ICT dalam pentaksiran pembelajaran viii. Aplikasi teknik pentaksiran bilik darjah -menggunakan pelbagai aktiviti penaksiran untuk pembelajaran
56

D. Pentaksiran Berasaskan Komputer i. ii. Pentaksiran ini merupakan pentaksiran yang disediakan, ditadbir dan disemak oleh komputer. Terdapat perisian khas untuk kegunaan guru. secara langsung iv. Prestasi pelajar akan ditentukan oleh program komputer berdasarkan aras kesukaran soalan v. Electronic votting system membolehkan guru membuat pentaksiran selepas pengajaran dan pembelajaran selesai vi. Tahap penguasaan pembelajaran pelajar dapat diukur dengan cepat dan tindakan susulan dapat dibuat. iii. Pentaksiran pembelajaran lebih menarik dan boleh mendapat maklum balas

Fikirkan Bagaimanakah pentaksiran masa kini yang inovatif berbeza dengan penaksiran tradisional?

Tamat Rujukan: Jarvela, S. (2006). Personalised Learning? New Insights into Fostering Learning Capacity. Persinalising Education ISBN-92-64-03659-8 OECD 2006. Mohd Izham Mohd Hamzah & Noraini Atan (2007). Tahap kesediaan guru Sains dalam penggunaan teknologi maklumat berasaskan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Jurnal Teknologi. 46(E) Jun 2007; 45-60.

57

Anda mungkin juga menyukai