Anda di halaman 1dari 2

Arahan Orienteering

Pelepasan Berjalan kaki menghala ke arah utara sehingga anda sampai ke simpang Kg. Gusi. Belok ke kanan dan bergerak 1000 langkah ke hadapan ke Titik kawalan 1. Kenalpasti dan catat 10 jenis tumbuhan herba di sepanjang laluan anda.

Titik Kawalan 1 Titik kawalan 1 adalah tempat berbukit dengan ketinggian 10 meter di atas paras laut. Setelah anda tiba di Titik kawalan 1, berjalan 4 langkah ke arah barat laut dengan bearing 45. Mesej Satu berada dalam kawasan ini. Cari dan bergerak mengikut arah yang diberi.

Titik kawalan 2 Dari Titik Kawalan 1, bergerak 20 langkah ke arah utara dengan bearing 50. Titik kawalan 2 adalah pada paras 15 meter di atas paras laut. Cari Mesej 2 yang tersembunyi di celah kulit sepohon pokok yang bercabang 2 pada paras 1 meter.

Titik kawalan 3 Bergerak 25 langkah ke arah timur laut dengan bearing 60. Titik kawalan 3 agak rendah dari Titik Kawalan 2 dan muka buminya agak curam. Berhati-hati semasa bergerak! Cari arahan seterusnya dalam lingkungan 3 langkah dari titik kawalan.

Titik kawalan 4 Bergerak menuruni bukit berkecuraman 60 ke arah timur dengan bearing 15. Kenalpasti pokok palma yang berbunga kuning . Cari arahan Titik Kawalan 5 dalam lingkungan 3 meter dari pohon tersebut.

Titik kawalan 5 Bergerak menuruni bukit dengan kecuraman 45 ke arah tenggara dengan bacaan bearing 80. Anda akan melewati kawasan kampung. Teruskan bergerak ke arah selatan sehingga anda tiba di Dewan Serbaguna . Anda akan mendapat arahan seterusnya daripada seorang individu yang menunggu anda di situ.

Penutupan Tahniah! Anda telah berjaya melalui pengalaman orienteering! Sila berkumpul untuk menunggu giliran anda dibawa balik ke pusat .