Anda di halaman 1dari 2

JURNAL PRAKTIKUM MINGGU 3

MINGGU TARIKH TAJUK

:3 : : Kawalan Kelas

1. MASALAH pada minggu ketiga berpraktikum, saya berhadapan dengan masalah kawalan kelas. Justeru itu, aktiviti dan pengajaran yang dirancang sukar untuk dijalankan dengan sempurna. 2. ANALISIS Setelah diteliti kembali masalah yang timbul, masalah ini berlaku disebabkan oleh murid berasa seronok dan telah mengenali saya. Mereka telah mesra dan seronok dengan saya dan disebabkan itu, suasana bilik darjah agak bising dan tidak terkawal. Oleh itu, kawalan kelas tidak dapat dikawal dengan baik. 3. CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI

Mencari dan mengetahui strategi dan kaedah yang terbaik dalam mengawal suasana bilik darjah. Bertindak dengan lebih tegas dan memberi arahan dengan jelas agar suasana bilik darjah dapat dikawal. Mendapatkan pendapat, nasihat dan bimbingan daripada pensyarah

pembimbing, guru pembimbing dan warga sekolah. Berbincang dan bertukar pendapat mengenai cara untuk mengatasi masalah ini dengan rakan pelatih lain.

JURNAL PRAKTIKUM MINGGU 3

4. TEMPOH MASA Saya akan mengatasi masalah ini dalam minggu ini juga. Hal ini untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran yang dirancang dapat dijalankan dengan lebih lancar dan berkesan. Oleh itu, saya perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai tempoh masa yang telah saya tetapkan ini. 5. PENILAIAN KEJAYAAN Bagi memastikan usaha yang dilakukan ini berkesan, saya akan meminta pendapat dan pandangan daripada guru pembimbing serta pensyarah pembimbing untuk memantau hasil kerja saya. Selain itu, rakan pelatih juga merupakan tempat saya mengukur pencapaian dan prestasi saya dalam penyelesaian masalah ini. 6. TINDAKAN SUSULAN Semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan, saya akan menggunakan strategi dan kaedah yang terbaik dalam mengawal suasana kelas dan bertindak dengan lebih tegas. Saya juga akan menggunakan arahan yang jelas dan bertindak tegas agar suasana bilik darjah dapat dikawal dengan baik. Seterusnya, masalah ini dapat diatasi.

Tandatangan Guru Pelatih

Tandatangan Pensyarah Pembimbing

(NURAZLINDA BINTI AZHAR)

(PN SITI RAHIMAH BT HAMAT@MAMAT)

Anda mungkin juga menyukai