kecederaan lutut yang serius telah berlaku, sekiranya ia bengkak dan sakit setelah terpelecok atau akibat dikasari. Ramai pesakit tidak menyedari akan kecederaan mereka kerana kesakitan dan bengkak akan reda dengan sendiri dalam masa beberapa minggu. Pesakit hanya menyedari fungsi lutut tidak normal apabila cuba bermain semula dan mendapati lutut senang terkehel dengan sendirinya. Malangnya ramai yang masih tidak mendapatkan rawatan pada peringkat ini. Dalam masa beberapa tahun lutut akan mulai sakit dan bengkak akibat kehausan selaput rawan dan menjadi bertambah longgar.
Latar belakang
Di Malaysia, permainan bolasepak adalah antara jenis sukan yang paling popular di kalangan masyarakat kita tidak mengira bangsa ataupun umur. Sungguhpun sukan ini kurang lasak berbanding dengan sukan ragbi, namun kecederaan tetap berlaku.
Kebanyakkan kecederaan yang dialami oleh pemain boleh dianggap ringan. Walau bagaimanapun terdapat juga kecederaan lutut yang serius yang sering berlaku tetapi tidak dikesan atau lambat dikesan. Kecederaan lutut ini dikatakan serius kerana membawa kesan buruk dalam jangkamasa panjang (5-10 tahun) dimana lutut itu akan haus, bengkak dan kesakitan osteoarthritis.
Ligamen Krusiat
Ligamen ligamen ini terletak ditengah tengah lutut dan ia menyambungkan tulang peha (femur) kepada tulang kering (tibia). Terdapat 2 jenis ligamen krusiat iaitu ligamen krusiat depan (ACL anterior cruciate ligament) dan ligamen krusiat belakang (PCL- posterior cruciate ligament) yang
masing masing berukuran antara 2.5 3.5cm panjang. Mereka berfungsi memegang sendi lutut dengan kukuh agar ia stabil ketika lutut digerakkan. Kestabilan ini penting supaya pergerakkan lutut berfungsi dengan lancar dan licin. Oleh kerana kedua dua ligamen ini berkedudukan menyilangi antara satu dengan lain membentuk seperti huruf X maka ia dinamakan cruciate.
Didalam keadaan dibawah lutut pemain terasa seolah ia meletup dan berbunyi pop sambil lutut terpelecok, pemain akan rebah ke tanah kesakitan dan terpaksa diusung keluar padang. Lutut akan mula bengkak dengan cepat. Jika anda pernah mengalami kecederaan seperti diatas kemungkinan besar (90% kebarangkalian) ligamen ACL anda telah tercedera/ putus.
Dihospital atau klinik x-ray lutut yang diambil tidak akan menunjukkan sebarang kelainan. Pemain diberi ubat tahan sakit dan jaminan bahawa tiada kecederaan serius telah berlaku pada lutut beliau kerana x-ray kelihatan normal. Pemain akan pulang ke rumah dengan rasa puas hati kerana diberitahu kecederaan tidak serius. Dalam masa 2-3 minggu bengkak pada lutut akan surut dan sakit berkurangan. Pemain boleh berjalan dengan lebih selesa, sungguhpun kemungkinan semasa sembahyang masih kekok sedikit. Hampir semua mereka yang mengalami kecederaan ACL boleh kembali ke pekerjaan asal jika bekerja dipejabat. Setelah 2-3 bulan berlalu, lutut akan terasa seolah olah telah sembuh dan pada masa itulah ramai yang akan beraksi semula dipadang atau mula melakukan sukan/senaman berat. Sebaik sahaja pemain mula bermain, dalam masa tidak sampai 5 minit pun ketika hendak melakukan dribble atau menendang bola, lutut yang tercedera akan terseliuh semula dengan sendirinya. Pemain akan terpaksa keluar padang walaupun sakit dan bengkak mungkin tidak seteruk kali pertama. Kesakitan dan bengkak akan surut semula dan setiap kali ini berlaku pemain akan turun ke padang semula dan lutut akan sekali lagi terseliuh. Ada sesetengah akan terus bermain bolasepak walaupun lutut kerap terkehel, manakala sesetengah akan berhenti bermain buat selamanya. Bagi mereka yang terus bermain walaupun lutut kerap terkehel akan timbul masalah kecederaan pada struktur struktur lain yang terdapat didalam lutut seperti meniskus, selaput rawan, tulang dan ligamen ligamen lain. Lutut kemungkinan terkunci jika meniskus terkoyak sambil tersangkut dicelah sendi. Apabila ini berlaku lutut akan tiba tiba tersangkut dan tidak dapat diluruskan. Lutut akan haus dengan cepat jika ia terkehel terlalu kerap. Ligamen ligamen lain mungkin tercedera juga dimana menyebabkan lutut bertambah longgar. Didalam keadaan dibawah lutut pemain terasa seolah ia meletup dan berbunyi pop sambil lutut terpelecok, pemain akan rebah ke tanah kesakitan dan terpaksa diusung keluar padang. Lutut akan mula bengkak dengan cepat. Jika anda pernah mengalami kecederaan seperti diatas kemungkinan besar (90% kebarangkalian) ligamen ACL anda telah tercedera/ putus. Dihospital atau klinik x-ray lutut yang diambil tidak akan menunjukkan sebarang kelainan. Pemain diberi ubat tahan sakit dan jaminan bahawa tiada kecederaan serius telah berlaku pada lutut beliau kerana x-ray kelihatan normal. Pemain akan pulang ke rumah dengan rasa puas hati kerana diberitahu kecederaan tidak serius. Dalam masa 2-3 minggu bengkak pada lutut akan surut dan sakit berkurangan. Pemain boleh berjalan dengan lebih selesa, sungguhpun kemungkinan semasa sembahyang masih kekok sedikit. Hampir semua mereka yang mengalami kecederaan ACL boleh kembali ke pekerjaan asal jika bekerja dipejabat. Setelah 2-3 bulan berlalu, lutut akan terasa seolah olah telah sembuh dan pada masa itulah ramai yang akan beraksi semula dipadang atau mula melakukan sukan/senaman berat. Sebaik sahaja pemain mula bermain, dalam masa tidak sampai 5 minit pun ketika hendak melakukan dribble atau menendang bola, lutut yang tercedera akan terseliuh semula dengan sendirinya. Pemain akan terpaksa keluar padang walaupun sakit dan bengkak mungkin tidak seteruk kali pertama.
Kesakitan dan bengkak akan surut semula dan setiap kali ini berlaku pemain akan turun ke padang semula dan lutut akan sekali lagi terseliuh. Ada sesetengah akan terus bermain bolasepak walaupun lutut kerap terkehel, manakala sesetengah akan berhenti bermain buat selamanya. Bagi mereka yang terus bermain walaupun lutut kerap terkehel akan timbul masalah kecederaan pada struktur struktur lain yang terdapat didalam lutut seperti meniskus, selaput rawan, tulang dan ligamen ligamen lain. Lutut kemungkinan terkunci jika meniskus terkoyak sambil tersangkut dicelah sendi. Apabila ini berlaku lutut akan tiba tiba tersangkut dan tidak dapat diluruskan. Lutut akan haus dengan cepat jika ia terkehel terlalu kerap. Ligamen ligamen lain mungkin tercedera juga dimana menyebabkan lutut bertambah longgar.
Kitaran yang akan berlaku sekiranya kecederaan ACL tidak menerima rawatan
Setelah beberapa tahun, kekerapan dan kesenangan lutut terpelecok berlaku dengan bertambah kerap menyebabkan ia bengkak dan kesakitan menjadi kronik. Pada waktu ini pemain tidak dapat bermain lagi / tidak dapat berjalan jauh/ berdiri lama/ menaiki tangga/ sembahyang dalam keadaan yang normal kerana lutut sakit, bengkak dan pergerakkan terjejas. Berat badan mula meningkat kerana susah hendak bersenam. Ini menimbul kesan pada lutut kerana terpaksa memikul beban yang lebih, juga masalah kesihatan lain akibat kegemukkan mungkin juga timbul. Sayangnya usia pemain itu mungkin hanya 30an atau 40an dimana badan dan kemahuan masih ada untuk terus aktif tetapi lutut tidak membenarkan. Senario diatas menceritakan bagaimana kecederaan ACL membawa kepada masalah kronik dalam jangkamasa panjang jika tidak dirawat atau dikesan pada peringkat awal.
Di Malaysia kefahaman dan pendedahan orang ramai terhadap kecederaan ligamen ACL masih jauh kekurangan, oleh itu jika anda pernah mengalami kecederaan lutut dimana ia menjadi bengkak dengan serta merta, kemungkinan besar ligamen ACL anda telah cedera. Dapatkan rawatan awal di hospital yang mempunyai kepakaran ortopedik atau kecederaan sukan supaya masalah ini dapat dikesan pada peringkat awal dan tidak dibiarkan berlarutan. Anda perlu berbincang dengan doktor ortopedik anda tentang rawatan lanjutan. Ini banyak bergantung kepada aktiviti seseorang serta minat dan motivasi individu tersebut untuk terus bersukan.
untuk merawat secara pembedahan atau tanpa memerlukan pembedahan. Rawatan tanpa pembedahan. Ini mungkin disebabkan faktor usia pesakit atau aktivti harian yang dilakukan tidak begitu lasak. Pesakit merasai kestabilan lutut tidak begitu terjejas. Rawatan meliputi/ merangkumi program menguatkan otot, selalunya menggunakan brace untuk membantu kestabilan. Rawatan pembedahan. Ligamen ACL diganti dengan serat tendon patella yang dimasukkan dan dipasangkan kedalam sendi. Pembedahan ini diikuti oleh program rehabilitasi bagi menguatkan dan mengembalikan pergerakkan sendi lutut ke keadaan asal. Rawatan pembedahan gantian ligamen ACL dilakukan dengan menggunakan bantuan teknik artroskopik, iaitu menggunakan kamera kecil serta peralatan canggih yang dimasukkan ke dalam lutut sewaktu pembedahan dilakukan. Teknik ini mengecilkan lubang atau hirisan yang perlu dilakukan dengan pembedahan konvensional atau terdahulu. Menyebabkan masa pemulihan serta sakit dari luka pembedahan berkurangan.
Antara pemain bolasepak profesional yang telah kecederaan ACL mereka dan kembali aktif pada peringkat antarabangsa adalah: Ruud Van Nistlerooy Roy Keane Paul Gascoigne Alan Shearer Del Piero Gustavo Poyet Ruud Gullitt
http://cederalutut.blogspot.com/2011/02/kecederaan-lutut-yang-serius-kecederaan.html http://bone.co.id/2011/02/14/cedera-acl-ligamen-anterior-cruciate-ligament/