Anda di halaman 1dari 21

(TEMPLET TUGASAN - VERSI BAHASA MALAYSIA)

(MUKA SURAT HADAPAN)

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER MEI / TAHUN 2013

KOD KURSUS: OUMM3203

TAJUK KURSUS: PROFESSIONAL ETHICS

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : :

750617017391001 750617-01-7391 0197547723 zarahin@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN

PUSAT PEMBELAJARAN JOHOR

HISHAMMUDDIN BIN OTHMAN 750617017391 <OUMM3203>

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.0

PENGENALAN DEFINISI RASUAH

2 3 45 56 6 10

SEJARAH RASUAH TEORI BERKAITAN RASUAH 2.0 ANALISA EKONOMI BERKAITAN RASUAH

3.0 4.0 5.0

ANALISA UNDANG-UNDANG BERKAITAN RASUAH ANALISA ETIKA BERKAITAN RASUAH KESIMPULAN

10 - 14 14 19 19 20

RUJUKAN

HISHAMMUDDIN BIN OTHMAN 750617017391 <OUMM3203>

1.O PENGENALAN Ikrar Integriti Korporat dalam memerangi rasuah merupakan inisiatif penting bagi meningkatkan keyakinan pelabur terhadap Malaysia dan menarik lebih banyak pelaburan asing (FDI) ke negara ini. Sesebuah syarikat yang menandatangani Ikrar Integriti Korporat ini akan memastikan bahawa syarikat mereka tidak akan

terlibat dalam sebarang jenayah rasuah. Ikrar Integriti Korporat menggariskan prinsipprinsip yang perlu diterima pakai oleh badan-badan korporat untuk menunjukkan komitmen mereka ke arah mewujudkan persekitaran perniagaan yang adil, telus dan bebas dari rasuah.

Terdapat 5 prinsip dalam Ikrar ini iaitu:

i. MEMPROMOSIKAN nilai-nilai ketelusan, integriti dan tadbir urus yang baik; ii. MEMPERKUKUHKAN mekanisme kawalan dalaman dengan memasukkan elemen-elemen yang menyokong pencegahan rasuah; iii. PEMATUHAN undang-undang serta peraturan-peraturan yang berkaitan untuk memerangi rasuah; iv. MEMBANTERAS sebarang bentuk amalan rasuah; dan v. MENYOKONG inisiatif pencegahan rasuah yang diusahakan oleh Kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ikrar Integriti Korporat ini telah dibangunkan secara bersama oleh Institut Integriti Malaysia (IIM), Transparency International Malaysia (TI-M) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Sehingga bulan Disember 2011, sebanyak 61 buah syarikat korporat telah menandatangani Ikrar Integriti Korporat ini dan ianya boleh dilayari melalui portal IIM dan SPRM.(Sumber dari: Portal Rasmi SPRM).

Di sini dapat kita perhalusi bahawa pelaksanaan ikrar ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya amalan rasuah yang boleh menyebabkan keruntuhan sesebuah organisasi. Sekiranya amalan rasuah ini terus diamalkan bermakna ianya akan

menjejaskan kredibiliti sesebuah negara, secara tidak langsung ekonomi negara akan 2

HISHAMMUDDIN BIN OTHMAN 750617017391 <OUMM3203>

terjejas dan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat. Sebelum kita melihat lebih jauh di sini kita akan membincangkan mengenai apa itu sogokan atau rasuah.

1.1 DEFINISI Rasuah atau sogokan atau dalam erti kata lain ialah suapan, tumbuk rusuk, makan suap, wang saku, duit kopi, bawah meja dan sebagainya ialah satu bentuk penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. Suapan terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan upah, diskaun. (Portal rasmi: SPRM) Definisi rasuah (bahasa Latin: corruptio daripada kata kerja corrumpere = busuk, rosak, menggoyahkan, memutar balik, menyogok) menurut Transparency International rasuah ialah perilaku di jabatan-jabatan atau pejabat-pejabat awam, termasuklah para politikus dan pegawai-pegawai, yang secara tidak wajar dan tidak sah atau tidak menurut undang-undang, mengayakan diri atau memperkaya kerabatnya (keluarga dan sahabat handai), dengan menyalahgunakan kuasa dan kepercayaan awam yang diberi kepada mereka. Selain itu rasuah juga ditakrifkan sebagai memberi sesuatu kepada orang-orang yang tertentu dengan niat untuk mendapatkan sesuatu yang bukan menjadi haknya. Memberi sesuatu itu sama ada dalam bentuk wang ringgit, harta benda, jawatan, perkhidmatan, janji manis dan sebagainya. Perkara ini diberikan kepada orang yang tertentu yang tidak layak menerimanya. Di dalam kamus Concise Law Dictionary. P.G.Osborne memberi definisi bribery and corruption sebagai perbuatan giving or offering any reward to any person to influence his conduct; or the receipt of such reward. John B. Saunders pula menulis dalam kamus Mozley and Whiteleys Law Dictionary memberi definisi corruption is the taking or giving of money for the performance or non performance of a public duty. 3

HISHAMMUDDIN BIN OTHMAN 750617017391 <OUMM3203>

Perkataan rasuah itu juga berasal daripada perkataan bahasa arab yang berbunyi alrisywah. Dalam Al-Quran rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perbuatan jenayah lain seperti merompak, memeras ugut dan menipu.

1.2

SEJARAH RASUAH

Menurut sejarah Jepun, rasuah mula diperkatakan pada era Edo (1603-1868) yang diistilahkan sebagai sidepno-shito yang bermaksud wang dari bawah meja. Apabila disebut sahaja rasuah, terbayanglah kepada kita ada dua pihak iaitu yang memberi dan yang menerima. Sejarah rasuah bermula sejak awal kehidupan manusia bermasyarakat lagi, iaitu pada tahap organisasi kemasyarakatan yang rumit mulai wujud.

Gejala rasuah telah membelenggu manusia sejak beribu tahun lamanya. Kegiatan rasuah yang berlaku adalah berbeza-beza pada waktu dan tempat yang berlainan. Terdapat banyak catatan kuno yang menceritakan tentang gejala rasuah yang telah berlaku dimasa lalu contohnya mengenai masalah penyuapan terhadap para hakim dan tingkah laku para pegawai pemerintah. Kegiatan rasuah ini terus menular dan berlaku sehingga kini dan telah meninggalkan pelbagai kesan yang negatif kepada sesebuah negara. Misalnya Empayar Rom, Empayar Uthmaniah, Dinasti Ming dan sebagainya yang tidak terurus pentadbirannya sehingga menyebabkan tentera dan kakitangan awamnya terpaksa mengamalkan rasuah sehingga akhirnya meruntuhkan pemerintahan negara tersebut.

Mengikut sejarah, kegiatan rasuah di negara ini berlaku sejak zaman kesultanan Melaka lagi. Kejatuhan kesultanan Melaka di tangan orang-orang Portugis dikatakan ekoran dari sogokan wang dan hadiah oleh tentera-tentera Portugis kepada pegawaipegawai tertentu yang bertugas di Istana Sultan Melaka. Kegiatan rasuah ini terus wujud sehingga pemerintahan orang-orang British di Tanah Melayu dan dibuktikan bilamana pentadbiran British ketika itu telah menguatkuasakan undang-undang rasuah dalam tahun 1871 di mana perbuatan menerima hadiah yang boleh disifatkan sebagainya sebagai rasuah telah dikanunkan sebagai satu kesalahan undang-undang iaitu dalam kanun 4

HISHAMMUDDIN BIN OTHMAN 750617017391 <OUMM3203>

kesiksaan, 1871. Kemudian budaya rasuah ini terus menular dan berlaku di Malaysia seperti tiada jalan penyelesaiannya.

Menyedari betapa seriusnya keadaan ini, Perdana Menteri Malaysia kelima, Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, berikrar untuk membanteras perbuatan rasuah hingga ke akar umbi. Hal ini kerana rasuah adalah umpama barah yang akan meruntuhkan negara jika tidak dibendung dengan segera.

1.3

TEORI-TEORI BERKAITAN DENGAN RASUAH

Secara umumnya, penjelasan para ahli mengenai rasuah dapat dikelompokkan menjadi tiga bahagian:

1.3.1

Teori Kesempitan Teori ini menjelaskan bahawa orang merasuah kerana gajinya kecil,

pendapatannya rendah, hidupnya susah tetapi kehendaknya banyak. Secara umumnya, menurut teori ini, kesejahteraan perlu ditingkatkan dan gaji dinaikkan. Namun masalahnya, jika teori ini benar, mengapa banyak pelaku korupsi itu ternyata orang-orang yang kehidupannya makmur? Maka di sini dapat kita lihat bahawa gejala ini berlaku disebabkan dua faktor utama iaitu kesempitan hidup dan yang kedua kerana bersikap tamak. Vito Tanzi dalam kajiannya telah menyatakan bahawa walaupun bergaji tinggi dan hidup mewah semua itu tidak akan menjamin seseorang individu itu melakukan rasuah.

1.3.2

Teori Kesempatan Menurut teori ini orang melakukan rasuah kerana ada kesempatan yang terhidang

di hadapan mereka. Namun begitu pada awalnya seseorang individu itu tidak mempunyai keinginan atau rencana sama sekali untuk melakukan rasuah. Teori ini juga didapati ada masalah. Masalah yang berlaku ialah tidak semua orang yang punya kesempatan akan 5

HISHAMMUDDIN BIN OTHMAN 750617017391 <OUMM3203>

melakukan rasuah. Ini kerana dapat kita rumuskan di sini bahawa tidak ramai orang yang melakukan rasuah tetapi mereka ini mudah terdedah kepada rasuah. Teori ini berpijak pada andaian keliru ini menganggap manusia itu cenderung berbuat jahat. Jadi untuk mengelakkan gejala ini terus menular dalam kalangan masyarakat pintu rasuah ini hendaklah ditutup rapat-rapat atau jangan sesekali memberi peluang atau ruang walau sedikitpun kepada kita. Iwan Fals (1986) Otak tikus memang bukan otak udang. Jadi daripada kata-kata ini dapat kita kaitkan di sini otak perasuah tidak sama dengan otak komputer.

1.3.3

Teori Kelemahan Pendukung teori ini percaya bahawa perlakuan rasuah merebak akibat kelemahan

pentadbiran atau kepimpinan dalam sesebuah negara atau organisasi. Bentuk hukuman yang tidak mantap menyebabkan berlakunya gejala ini selain itu juga disebabkan oleh factor kurangnya pengawasan. Namun teori ini pada asalnya terjebak dalam logika muter-muter alias cicular reasoning. Bahawasanya rasuah disebabkan oleh pemerintahan yang lemah dan pemerintahan lemah disebabkan oleh rasuah. Pemerintahan mesti kuat agar rasuah lenyap dan korupsi baru lenya bila pemerintahan kuat.

2.0 Rasuah

ANALISA EKONOMI KESAN DARIPADA RASUAH mempersulit kemajuan ekonomi apabila kecekapan menurun selain

mengubahsuaikan sistem yang selama ini diterima pakai dan efektif. Dalam sektor swasta, perbelanjaan akan meningkat kerana wujudnya perbelanjaan "di luar akaun", belanja perundingan dengan pejabat/jabatan yang korup (duit kopi?), dan serta risiko pembatalan projek/konsesi. Walaupun ada yang menyatakan bahawa rasuah

mengurangkan kos kerana birokrasi berjaya "dicairkan", penyelidikan terbaru mendapati hal demikian tidak berlaku, sebaliknya lebih tinggi lagi kosnya kerana pejabat/jabatan korup tersebut akan membuat lebih banyak peraturan dan hambatan yang baru. Rasuah juga menjejaskan persaingan dalam perniagaan dan pasaran seluruhnya apabila syarikat

HISHAMMUDDIN BIN OTHMAN 750617017391 <OUMM3203>

tertentu yang mempunyai "hubungan" dilindungi daripada persaingan, lantas melahirkan syarikat/industri yang tidak berdaya maju. Jenayah rasuah dan pengelakan cukai telah menelan belanja dunia bagi negara membangun hampir $ 6 Trilion atas dekad lalu. Dana haram terus membarah dalam dunia hari ini yang diketuai oleh China berdasarkan satu laporan baru daripada kumpulan pemerhati kewangan. Keadaan seperti ini jelas menunjukkan bahawa jenayah rasuah inilah yang akan menggugat kestabilan negara pada masa akan datang. Ekonomi sesebuah negara sudah pasti akan terjejas. Ini yang berlaku kepada negara-negara yang sedang membangun terpaksa menentang rasuah bagi meningkatkan ekonomi. Negara kaya dan miskin juga terpaksa berjuang bersama-sama untuk merangsang pertumbuhan ekonomi. Semua negara ini dapat kita perhatikan seperti negara India, Nigeria dan Filipina kesemua ini berkaitan dengan amalan rasuah. Dalam banyak keadaan kita akan lihat terdapat jurang luas antara warganegara kaya dan miskin serta masalah-masalah keselamatan dalam negeri. Rasuah ini juga menyebabkan wujudnya pengaliran wang haram. Pemimpin Group 20 ekonomi utama semakin menumpukan satu tindakan keras terhadap penggubahan wang haram, kerahsiaan bank dan jalan keluar cukai. Kesemua ini bertujuan untuk mengelakkan negara-negara yang sedang membangun akan terus ketinggalan. Para pakar ekonomi juga berpendapat, antara punca ekonomi beberapa buah negara Asia dan Afrika berkembang lemah, terutama di Afrika, ialah rasuah yang berbentuk "penagihan sewa" yang menyebabkan perpindahan penanaman modal ke luar negara, bukannya dilaburkan di dalam negara (yang sering kali disebut orang betapa ramai diktator Afrika mempunyai akaun bank di Swiss). Berbeza pula dengan diktator di Asia, seperti Suharto yang sering meminta sogokan (daripada setiap biaya atau keuntungan projek), namun lebih memberikan perhatian dalam pelaburan dalaman, seperti dalam projek prasarana, kewangan, perbankan, dan lain-lain (yang bermanfaat kepada rakyat jelata Indonesia).

HISHAMMUDDIN BIN OTHMAN 750617017391 <OUMM3203>

Pakar daripada Universiti Massachussetts memperkirakan, dari tahun 1970 hingga 1996, "perlarian" modal 30 buah negara Sub-Sahara berjumlah sekitar US $187 bilion (RM710.6 bilion); melebihi jumlah hutang luar negara-negara tersebut! (Hasilnya, Mancur Olson mengutarakan model ekonomi tentang pembantutan pembangunan). Dalam kes Afrika lagi, antara punca lain termasuklah ketidakstabilan politik; dan kerap kali kerajaan baru yang berjaya menggulingkan pemerintah lama, merampas segala harta kerajaan terdahulu yang diperoleh daripada rasuah. Mereka kemudiannya akan melakukan perkara yang sama, tanpa henti, dan menyimpan hasilnya di seberang laut untuk persiapan "masa-masa sukar". Secara umumnya amalan rasuah atau sogokan ini sudah pasti akan menjejaskan ekonomi. Dalam hal ini rasuah akan menganiayai orang yang sepatutnya berhak mendapat sesuatu seperti projek pembinaan dan seumpamanya. Ini akan menimbulkan pula kesan jangka panjang di mana orang yang dianiaya akan turut melakukan rasuah pada waktu lain agar pekerjaan yang lain pula jatuh ke tangannya.. Secara tidak langsung pengaliran wang haram akan berlaku di sebabkan sifat tamak. Sikap ini jugalah yang akan menyebabkan banyak pembinaan yang terbengkalai atau mudah rosak disebabkan tidak mengikut kesesuaian spesifikasi yang ditetapkan oleh jurutera yang bertauliah. Keadaan ini berlaku apabila kontraktor terlebih dahulu telah memberi rasuah kepada jurutera atau arkitek. Sikap ingin cepat kaya inilah yang akan menyebabkan orang lain teraniaya. Nilai tawaran yang tinggi dalam sesuatu sebut harga juga menyebabkan ramai kontraktor yang mencuba merebut peluang tender yang dibuka. Keadaan ini menyebabkan jika agensi kerajaan tidak membuat dasar yang lengkap menyebabkan akan berlakunya budaya rasuah dalam usaha mendapatkan tender yang dibuka. Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya ketidaktelusan dalam memberi peluang perniagaan kepada orang awam. Keadaan seperti ini sudah semestinya akan menjadikan negara kita akan menjadi tidak stabil disebabkan tiadanya keadilan dalam membuat keputusan.

HISHAMMUDDIN BIN OTHMAN 750617017391 <OUMM3203>

2.1

KAJI SELIDIK PRESIDEN TRANSPARENCY INTERNATIONAL.

Berikut adalah keputusan kajiselidik yang telah dibuat oleh Datuk Paul Low Presiden Transparency International Malaysia yang bertajuk Separuh firma Malaysia hilang kontrak kerana rasuah. Separuh daripada syarikat-syarikat yang beroperasi di Malaysia yang ditinjau telah melaporkan bahawa mereka telah kehilangan kontrak atau perniagaan kepada pesaing kerana rasuah sepanjang tahun lalu, demikian menurut satu kajiselidik antarabangsa.

Malaysia mempunyai nisbah tertinggi syarikat iaitu 50 peratus yang menjawab 'ya' kepada soalan tersebut. Ini berbanding dengan 47 peratus di Indonesia, 36 peratus di India, 30 peratus di Amerika Syarikat, 27 peratus di China, 24 peratus di Nigeria, 17 peratus di United Kingdom, 10 peratus di Hong Kong, 9 peratus di Singapura - dan yang paling rendah - 2 peratus di Jepun.

HISHAMMUDDIN BIN OTHMAN 750617017391 <OUMM3203>

Secara amnya dapat kita perhatikan di sini bahawa negara yang dibebani masalah rasuah mempunyai pasaran saham yang tidak menentu, pengawasan sistem perbankan yang tidak cekap dan pasaran modal yang kecil. Dengan kata lain negara yang mengamalkan rasuah membayar pada harga yang mahal untuk program pembangunannya terutama dalam pembangunan ekonomi. Justeru itu tidak hairanlah Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi telah menubuhkan Institut Integriti Malaysia dan pelancaran Pelan Integriti Nasional pada April 2004 iaitu selepas dilantik memegang jawatan Perdana Menteri.

Berdasarkan kepada CPI 2006, Malaysia menduduki tangga ke-44 dunia berbanding tangga ke- 39 untuk tahun 2005 dan 2004 serta tangga ke 37 untuk 2003. Dari segi peratusannya mata yang dicatatkan ialah 4.9 peratus, merosot jika dibandingkan 5.1 peratus untuk 2005 , 5.0 peratus 2004 dan 5.2 peratus 2003.

3.0 ANALISA UNDANG-UNDANG KESAN DARIPADA RASUAH Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang dimana seseorang

mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan (favours) daripada pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut. Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terdapat empat kesalahan rasuah yang utama: 3.0.1 Meminta/Menerima Rasuah Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta menerima atau bersetuju menerima suapan rasuah sebagai dorongan atau upah untuk melakukan apa-apa jua berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi, principal atau majikan berkenaan 3.0.2 Menawar/Memberi Rasuah

10

HISHAMMUDDIN BIN OTHMAN 750617017391 <OUMM3203>

Mana-mana orang atau ejen secara rasuah menawar atau memberi rasuah sebagai dorongan untuk mendapatkan sesuatu peluang yang boleh membawa keuntungan kepada sesebuah organisasi.

3.0.3 Membuat Tuntutan Palsu Mana-mana orang memberi kepada ejen, atau ejen member kepada majikannya suatu dokumen yang diketahuinya atau disedarinya mengandungi butiran palsu yang boleh memberi keuntungan dengan tujuan untuk mengelirukan majikannya 3.0.4 Menyalahguna Jawatan/Kedudukan Mana-mana pegawai badan awam menggunakan jawatan atau kedudukan untuk mendapat suapan membuat apa-apa keputusan atau mengambil tindakan berhubung dengan apa-apa perkara mengenainya dimana pegawai itu saudara maranya atau sekutunya sama ada kepentingan secara langusng atau tidak langsung.

Pemberian rasuah jika tidak dibendung akan mengakibatkan banyak masalah sosial kerana undang-undang tidak akan dipatuhi dengan sepenuhnya. Maka

kegiatan jenayah dan ketidakadilan akan berleluasa. Rasuah di kalangan penguatkuasa adalah perkara biasa di kebanyakan negara pengeluar petroleum dan negara miskin terutamanya di Amerika Latin.

Undang-undang berkaitan sogokan di United Kingdom telah dikemaskini pada 2010 di bawah akta sogokan. Akta ini dibuat adalah bertujuan untuk menjadikan syaratsyarat 1997 Persidangan OECD lebih baik untuk mengelakkan rasuah. Perundangan yang dibuat ini bersifat paling tegasd di dunia ini kerana satu tanggungan keras akan dikenakan ini semua bertujuan untuk menghalang sesebuah syarikat daripada melakukan sogokan. Apabila undang-undang ini dikemaskini secara tidak langsung akan meletakkan satu 11

HISHAMMUDDIN BIN OTHMAN 750617017391 <OUMM3203>

beban pembuktian kepada syarikat-syarikat menunjukkan mereka mempunyai prosedur prosedur mencukupi di tempat kerja yang boleh menghalang sogokan.

Sogokan tempatan telah lama dikenal pasti sebagai satu jenayah dalam hampir semua negara termasuk Malaysia. Bagaimanapun ,sogokan pegawai asing adalah satu kejadian agak akhir-akhir ini.Kecenderungan melakukan sogokan asing telah bangun secara mendadak disebabkan globalisasi, yang mempunyai membenarkanbagi satu kenaikan signifikan di aktiviti-aktiviti ekonomi antarabangsa.

Dalam memberikan respons kepada kecenderungan yang semakin meningkat dan berkaitan dengan artikel 16 United Nation Convention Against Corruption (UNCAC), yang membuat rujukan nyata bagi sogokan bukan sahaja pegawai awam asing tetapi juga pegawai organisasi antarabangsa awam. Malaysia sangat berkesan untuk kesalahan sogokan awam asing dengan mengambil langkah-langkah perlu menggabungkan satu syarat tertentu baru untuk sogokan pegawai awam asing ke dalam perundangan dalam negeri.

Seksyen 22 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Akta 2009 mewakili sumbangan legislatif Malaysia bagi usaha antarabangsa menjenayahkan kelakuan seperti itu. Peruntukan menetapkan bahawa mana-mana orang yang bersendirian, atau oleh atau sempena mana-mana orang lain memberi, janji atau tawaran, atau bersetuju untuk memberi atau menawarkan, bagi mana-mana pegawai awam asing, atau menjadi satu pegawai awam asing,bermohon, terima atau mendapat, atau bersetuju untuk menerima atau cubaan memperoleh, sama ada untuk kepentingan yang pegawai awam asing atau tentang orang yang lain, apa-apa suapan sebagai satu dorongan atau memberi ganjaran untuk, atau sebaliknya kerana pegawai awam asing menggunakan kedudukan dia mempengaruhi apa-apa perbuatan atau keputusan negara asing atau organisasi antarabangsa awam yang pegawai menjalankan mana-mana tugas rasmi.

Pegawai awam asing mempersembahkan, setelah melakukan, atau menahan diri daripada mempersembahkan atau membantu dalam memperolehi, mempercepatkan, 12

HISHAMMUDDIN BIN OTHMAN 750617017391 <OUMM3203>

melambatkan,menghalang atau mencegah prestasi, mana-mana daripada tugas rasmi dia; atau pegawai awam asing membantu dalam memperolehi atau mencegah membenarkan mana-mana kontrak untuk kepentingan mana-mana orang melakukan satu kesalahan, walaupun yang pegawai awam asing tidak mempunyai kuasa, betul atau peluang jadi menunjukkan atau menahan diri, atau menerima kepuasan tanpa berniat jadi lakukan, menunjukkan atau menahan diri, atau tidak yang sebenarnya jadi berbuat, menunjukkan atau menahan diri, atau yang dorongan atau ganjaran bukan berkaitan dengan skop tugas rasmi dia. Haruskah di sabitan menjadi bertanggungjawab bagi satu pemenjaraan selama suatu tempoh tidak melebihi dua puluh tahun dan denda sebanyak tidak kurang daripada lima kali jumlah atau nilai kepuasan atau sepuluh ribu ringgit, mana-mana ialah yang lebih tinggi. Sebagai tambahan, peruntukan menutup apa-apa perbuatan membantu dan bersubahat di dalam suruhanjaya kesalahan,berpakat melakukan kesalahan atau cuba untuk melakukan kesalahan. Sesetengah negara akan berhujah bahawa rasuah ialah budaya mereka dalam memberikan hadiah yang mana di jalan mereka sendiri boleh menunjukkan penghormatan, penghargaan atau kesyukuran, tanpa menentukan hadiah kecil dan besar atau nilai hadiah. Maka, di Malaysia, kami mempunyai dalam perundangan kami, bukti itu adat ialah tidak boleh diterima seperti satu pembelaan untuk satu kesalahan sogokan satu pegawai awam asing. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Akta 2009 membekalkan bahawa bukti seorang rakan sejenayah dan ejen provokasi boleh digunakan sebagai keterangan boleh terima di pendakwaankesalahan sogokan pegawai awam asing. Peruntukan ini akan menjadi tidak ternilai, sebagai suatu hanya untuk sedar rasuah itu ialah kadang-kadang dianggap sebagai 'jenayah senyap' antara orang dewasa yang rela. Maka, jika terdapat mana-mana mandiri menambat perhatian lain dan keterangan menyokong, maka pemberidan penerima rasuah boleh didakwa, masing-masing. Rundinganrayuan diperkenalkan ke dalam Criminal Procedure Code di Malaysia, yang akan sekali lagi membolehkan kerjasama pesalah-pesalah bersama di pendakwaan kesalahan-kesalahan sogokan.

13

HISHAMMUDDIN BIN OTHMAN 750617017391 <OUMM3203>

Selain itu , ada juga dalam skim Akta, satu peruntukan bahawa terdapat satu tanggungjawab melaporkan semua bentuk sogokanpercubaan urusniaga dan kegagalan lakukan begitu juga satu kesalahan, yang di sabitan menjadi bertanggungjawab bagi denda sebanyak tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau untuk penjara selama suatu tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-dua.

4.0 ANALISA BERETIKA BERKAITAN SOGOKAN Etika adalah satu bidang mengenai melakukan perkara yang betul. Ahli falsafah mendapati ia adalah subjek yang rumit. Teori etika diasaskan kepada andaian bahawa manusia adalah rasional dan bebas membuat pilihan. Teori etika sebenarnya cuba meningkatkan maruah, keamanan, kegembiraan dan kesejahteraan manusia. Peraturan etika melibatkan semua orang. Ia bertujuan untuk mencapai keputusan yang baik untuk manusia sejagat. Perilaku yang tidak beretika, walaupun tidak melanggar undang-undang boleh menjejaskan kerjaya dan reputasi kita. Etika juga merupakan satu disiplin ilmu yang mengkaji tentang moral, prinsip moral, kaedah moral dan tindakan serta kelakuan manusia yang betul Greek ethos French dan Granrose (1995) : set panduan/peraturan bertingkahlaku menyelesaikan konflik terhadap keinginan Buchnolz (1989) : sistem panduan tingkahlaku Shea (1988 : 17) : prinsip bertingkahlaku yang mengawal individu atau profesion dan sebagai satu standard tingkahlaku.

4.1

PERKEMBANGAN TEORI ETIKA

Etika bermula di zaman purba Greek apabila ahli-ahli falsafah hanya memberikan tumpuan kepada kebaikan moral. Socrates (469-399 B.C.) menggunakan pendekatan yang mencabar dan menggalakkan rakan-rakannya untuk berfikir tentang kebaikan dan kesihatan roh. Idea utama Socrates tentang etika adalah berhubung dengan menyakinkan orang agar berakhlak mulia. Socrates mengatakan bahawa kebahagian adalah mustahil diperoleh tanpa memiliki kebaikan moral dan tindakan yang tidak beretika akan

14

HISHAMMUDDIN BIN OTHMAN 750617017391 <OUMM3203>

mengganggu orang lain malah beliau menganggap orang yang tidak beretika sebagai orang yang lemah dan mempunyai psikologi yang tidak sihat. Plato (428-348B.C.) mengkaji hubungan etika dan personaliti manusia. Kebaikan moral adalah suatu imbangan dan harmoni di kalangan perbezaan yang wujud dalam roh. Kebaikan moral sebagai suatu keperluan terhadap kesihatan roh tetapi kebaikan yang sejati adalah sukar dicapai. Mengikut Plato kebaikan moral adalah berada di bahagian dalaman intelektual. Aristotle (384-322B.C.) pula, beliau melihat kebaikan moral agak berbeza daripada Plato dan Socrates di mana beliau menyatakan bahawa kebaikan moral mempunyai hubungan yang sedikitdengan intelektual tetapi lebih kepada sifat (character) atau personaliti. Plato dan Socrates juga mengatakan beretika itu mempunyai hubungan yang rapat antara kebaikanmoral dan personaliti yang sihat. Bagaimanapun ketiga-tiga ahli falsafah ini berpendapat bahawa kebajikan seseorang itu bergantung sepenuhnya dan berada dalam tangan. Sekiranya etika dahulu menekankan kebaikan moral dan rasionalnya, etika moden banyak menfokuskan kepada menentukan sifat-sifat beretika menerusi tindakan. Etika moden telah membentuk dua persaingan iaitu : 1. tindakan yang mempunyai sifat etika dalaman dan memerlukan status moral daripada akibat (consequences) yang dibuat 2. tindakan itu sama ada betul atau salah. Dahulunya ia dikenali sebagai Teologikal dan sekarang dikenali dengan Deontologikal iaitu pendekatan kepada etika.

4.2

TEORI UTILITARIANISME

Teori ini merupakan suatu aliran atau dimensi di bawah teori etika Teologikal yang juga dikenali sebagai consequentialism. Ia adalah doktrin moral yang mengkehendaki manusia supaya bertindak untuk menghasilkan kebaikan secara maksimum. Kebaikan ini termasuklah kegembiraan atau keseronokan kepada semua pihak Tindakan dikatakan sebagai bermoral jika ia menghasilkan kegembiraan yang maksimum. Jeremy Bentham (1748-1832) dan John Stuart Mill (1806-1873) adalah dua orang tokoh yang dikaitkan 15

HISHAMMUDDIN BIN OTHMAN 750617017391 <OUMM3203>

dengan teori ini. Bentham mengenalpasti 7 elemen yang perlu dipertimbangkan untuk mengukur keseronokanmencipta kalkulus Hedonistik Bentham yang memberi skala antara 10 hingga +10. Elemen yang dimaksudkan oleh Bentham ialah intensiti, jangka masa, kepastian, kesegeraan,kesedaran, keberkesanan dan had atau batasan. 1. Intensiti bermaksud kedalaman. Sejauhmanakah dalamnya kesan pengalaman terhadap seseorang. 2. Jangka masa. Berapa lamakah keseronokan atau kesengsaraan akan berakhir? 3. Kepastian. Adakah anda pasti sama ada mengalami keseronokan atau kesengsaraan akibat sesuatu yang berlaku. 4. Kesegeraan. Kepantasan anda mengalami rasa seronok atau sebaliknya. 5. Kesedaran. Apakah kemungkinan anda mengalami rasa seronok pada masa akan datang? 6. Keberkesanan. Apakah kemungkinan anda mengalami rasa sengsara pada masa hadapan? Mangsa tragedi selalunya sentiasa berasa takut dan risau 7. Had atau batasan. Berapa kerapkah kesengsaraan dan keseronokan dicetuskan dalam kehidupan orang lain? Daripada persoalan yang dikemukakan ini dapat kita rumuskan bahawa amalan sogokan ini merupakan satu perlakuan salah kerana amalan ini akan memudaratkan orang lain. Seperti yang kita sedia maklum utilitarian ialah memberikan sebanyak mungkin kebaikan kepada masyarakat majoriti. Oleh itu amalan sogokan ini mestilah dibanteras dengan pelaksanaan undang-undang yang rapi.

4.3

TEORI ETIKA TELEOLOGIKAL KLASIK: UNIVERSALISME

Teori etika ini menyatakan nilai moral suatu perlakuan tidak boleh dinilai ke atas kesudahan ini kerana kesudahannya tidak jelas dan tidak dapat ditentukan hasilnya semasa perlakuan tersebut dibuat. Nilai prinsip bermoral sesuatu perlakuan sebaliknya 16

HISHAMMUDDIN BIN OTHMAN 750617017391 <OUMM3203>

harus bergantung kepada niat seseorang itu yang membuat keputusan atau tindakan. Sekiranya anda mempunyai niat yang baik terhadap orang lain, ini menunjukkan anda mempunyai moral yang patut dipuji walaupun secara tidak sengaja walaupun anda juga sering kali menyakiti orang lain dengan sikap anda yang cuai. Daripada teori ini dapat kita kaitkan bahawa dalam konsep ini sekiranya kita memberi hadiah kepada seseorang itu hendaklah dianggap sebagai satu sumbangan dengan penuh keikhlasan. Hal ini akan dapat mengelakkan kita daripada mengharapkan apa-apa balasan. Jika seseorang itu mengharapkan balasan di sinilah akan bermulanya amalan sogokan. Oleh itu apa sahaja yang kita lakukan kepada seseorang sebaik-baiknya kita cuba elakkan diri kita daripada meminta balasan. Inilah yang menyebabkan teori ini masih lagi belum mantap kerana kita sukar untuk memenuhi kehendak orang lain.

4.4

TEORI KEADILAN PEMBAHAGI

Utilitarianisme atau universalisme tidak dapat mengadili sesuatu perlakuan bermoral di dalam setiap keadaan . Teori ini merupakan suatu etika moden yang berdasarkan kepada konsep nilai tambah terhadap kedua-dua konsep teori klasik. John Rawls berpendapat secara eksplisit berdasarkan kepada keutamaan suatu nilai tunggal iait keadilan. Keadilan satu sifat baik yang menjadi teras kepada pembentukan sosial, contohnya kebenaran adalah yang paling utama di dalam suatu sistem pemikiran. Kita dapat melihat bahawa konsep keadilan dalam rasuah pasti berlaku ini kerana apabila sesorang itu akan cuba membalas jasa seseorang telah membantu mereka. Oleh itu dalam teori ini akan mengingatkan kita agar berhati-hati semasa menerima balasan daripada seseorang.

4.5

TEORI KEBEBASAN PERIBADI

Sistem ini memberi keutamaan kepada suatu nilai tunggal daripada suatu prinsip tunggal iaitu kebebasan. Kebebasan menjadi keutamaan yang perlu derlebih difikirkan terlebih dahulu bagi memenuhi keperluan masyarakat. Adat atau pendirian yang mencabuli kebebasan individu atau undang-undang harus ditolak walaupun ianya mampu memberikan kebahagian dan manfaat kepada yang lain. Teori ini diperluaskan lagi 17

HISHAMMUDDIN BIN OTHMAN 750617017391 <OUMM3203>

kepada suatu sistem eika untuk membuat penilaian terhadap tingkah laku. Individu berhak membuat pilihan sepenuhnya untuk mencapai hala tuju mereka sendiri. Pilihan ini akan dikira adil, betul atau wajar selagi pilihan yang sama juga turut diberikan kepada orang lain. Keadilan bergantung kepada peluang sama rata untuk membuat pilihan dan pertukaran. Namun peruntukan di atas tidak sama untuk kekayaan dan pendapatan. Berdasarkan teori ini dapat kita rumuskan bahawa teori ini memberikan kebebasan kepada individu untuk menilai sama ada sogokan itu merupakan satu nilai yang boleh memberi keuntungan atau keruntuhan kepada diri atau masyarakat. Secara tidak langsung seseorang individu itu mempunyai kebebasan berfikir dengan membuat penilaian yang terbaik untuk mengelakkan diri daripada melakukan atau menerima rasuah. Dalam konteks yang sebenar seseorang itu akan berusaha mencari jalan yang terbaik bagi mengelakkan diri melakukan rasuah. Namun begitu dalam persaingan dari segi ekonomi pada hari ini ramai yang menggunakan kebebasan peribadi semata-mata untuk mendapat keuntungan segera. Secara keseluruhannya dapat kita rumuskan di sini bahawa keempat-empat teori ini ada kebaikan dan ada keburukannya. Kebaikan dari satu sudut teori ini dapat membantu kita membezakan sesuatu pemberian itu sama ada rasuah atau hadiah. Konsep rasuah atau sogokan yang kita sedia maklum seseorang itu memberi sesuatu kepada orang-orang yang berkepentingan untuk mendapatkan sesuatu projek yang boleh membawa keuntungan kepada syarikat mereka. Dalam satu hal yang lain pula orang berkepentingan itu pula meletakkan syarat kepada orang perseorangan agar memberikan sesuatu agar projek itu menjadi milik individu tersebut. Dalam hal yang lain pula sesuatu tender itu akan dibuat secara terbuka agar semua pihak bebas menawarkan perkhidmatan yang akan diberikan. Pada masa ini jika sesebuah syarikat itu Berjaya mendapatkan projek tersebut, syarikat itu memberikan sesuatu kepada orang berkepentingan sebagai satu hadiah kemenangan. Namun hadiah itu hendaklah diberikan secara sama rata kepada ahli-ahlinya yang lain. Ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya salah faham dalam sesebuah organisasi agar hadiah yang diberikan itu tidak dianggap rasuah. Segala dokumen atau profil syarikat yang Berjaya juga hendaklah didedahkan agar syarikat tersebut tidak membuat kerja sekadar untuk 18

HISHAMMUDDIN BIN OTHMAN 750617017391 <OUMM3203>

mendapatkan keuntungan sahaja. Begitu juga halnya dengan pihak yang menegakkan undang-undang agar dapat mengelakkan diri daripada menerima rasuah. Ini bertujuan untuk mengelakkan perbuatan buruk seperti membunuh, mengedar dadah, penyeludupan, aduan kes rasuah tidak dapat diselesaikan.

5.0 KESIMPULAN Secara keseluruhannya dapat kita perhatikan di sini bahawa amalan sogokan atau rasuah ini akan banyak membawa kepada masalah sosial yang serius jika gejala ini tidak dapat ditangani dengan berkesan. Sehubungan itu badan yang bertanggungjawab hendaklah melaksnanakan tugas dengan penuh integriti tanpa mengira pangkat dan kedudukan seseorang individu. Ini kerana kita tahu bahawa rasuah itu ialah satu barah yang boleh memusnahkan ekonomi dan pentadbiran negara. Kesan rasuah kepada

individu ialah seseorang individu itu akan kehilangan pekerjaan dan kejatuhan moral dan maruah akan tercalar. Ini berlaku kepada seorang bekas Menteri Besar yang telah ditangkap atas tuduhan menerima rasuah. Secara tidak langsung kredibiliti beliau sebagai orang yang berpengaruh telah terjejas. Rasuah juga menyebabkan ketidakadilan dalam sesebuah masyarakat ini kerana terdapat sikap mengenepikan hak-hak orang tertentu. Seterusnya menggalakkan jenayah dan melindungi penjenayah. Keadaan in akan mewujudkan golongan yang kaya semakin kaya dan yang miskin terus miskin. Oleh sebab itu Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi telah menubuhkan Institut Integriti Malaysia dan pelancaran Pelan Integriti Nasional pada April 2004 iaitu selepas dilantik memegang jawatan Perdana Menteri. Penubuhan ini bertujuan untuk mengelakkan amalan rasuah yang semakin membarah dalam masyarakat. Seterusnya dengan penubuhan ini juga diharap dapat meningkatkan kecekapan dan integriti pentadbiran. Seterusnya akan menstabilkan politik dan keselamatan. Adalah diharapkan juga agar amalan rasuah ini akan terus dibanteras agar dapat menjadikan negara berada dalan prestasi yang baik dan rakyatnya yang sentiasa produktif untuk meningkatkan ekonomi negara. Dengan cara itu sahajalah negara akan menjadi lebih aman dan rakyat yang harmoni.

19

HISHAMMUDDIN BIN OTHMAN 750617017391 <OUMM3203>

Rujukan:

Abd. Khalil Abdul Manap.(1974) Satu Taipologi Rasuah di Malaysia. Hlm 37. Bertrand De Speville. (2004). Overcoming Corruption. Hlm 78. Hussain Mohamad. (2003). Gejala Rasuah : Mewah, Bergaya, tetapi Celaka Padahnya. Hlm 63. Ismail Awang. (1999). Gejala Rasuah dalam Budaya Kerja. Hlm 43. Kamarudin Arim. (2004). Kajian Kes Tentang Rasuah di Malaysia. Hlm 92. Mohd Yusuf Bahir. (2007). Kuasa pemangkin Rasuah. Hlm 35. Mohd. Nordin Ahmad. (1995). Masyarakat Melayu. Budaya Rasuah dan Penyelesaiannya. Hlm 13. Noor Sulastry Yurni Ahmad. (2011). Barah Rasuah dan Transformasi di Malaysia. Rasidah Abdul Rasyid. (1990). Rasuah:Satu Kajian Mengenai Sebab -Sebab Berlakunya Rasuah. Syed Hussein Alatas. 1995. Rasuah. Sifat, Sebab dan Fungsi. Hlm 175. Syed Hussein Alatas. 1995. Rasuah. Sifat, Sebab dan Fungsi. Hlm 184.

20

Anda mungkin juga menyukai