PENGENALAN
Telah membincangkan tentang Falsafah dan prinsip pendekatan Orff dan empat proses utama dalam Pendekatan Orff. Akan memberikan anda beberapa contoh latihan yang boleh digunakan untuk mengaplikasikan ajaran dan falsafah pendekatan Orff dalam bilik darjah anda. Tip-tip yang penting yang harus diambil kira semasa mengaplikasikan pendekatan ini dalam bilik darjah.
Sebutan Berirama
Orff adalah berbeza daripada sebutan berirama dalam pendekatan Kodaly. Dalam pendekatan Kodaly, setiap detik mempunyi silibel yang khusus untuk mewakilinya. Manakala dalam pendekatan Orff, sebutan berirama adalah sebutan silibel yang direka oleh kanak-kanak untuk membantu pemahaman mereka tentang corak irama dan nilai setiap detik.
Sebutan Berirama
Orff menggalakkan kanak-kanak untuk menggunakan silibel yang tidak bermakna (nonsense syllabel) seperti ka, ta, la, tri, chi dan sebagainya Menurut Orff, sukukata-sukukata ini adalah sebutan natural dalam percakapan kanak-kanak. Mudah untuk mempelajari irama dan detik.
Sebutan Berirama
Kanak-kanak harus diajar untuk membuat improvisasi yang kecil berdasarkan corak irama yang diberikan oleh guru. Sebagai contoh berdasarkan skor diatas, apabila guru menepuk tangan pada detik yang pertama dan ketiga, kanakkanak boleh menghentam kaki mereka untuk detik-detik ini. Apabila guru memetik jari untuk detik yang kedua dan keempat, kanak-kanak boleh membuat improvisasi dan menepuk tangan pada detik ini ataupun mevokalkan suku kata ga, ga sebagai contoh untuk detik tersebut. Ini adalah beberapa contoh latihan yang boleh digunakan untuk mengajar perkusi badan dan improvisasi.
Alat Perkusi
Glokenspiel, Metalofon, Zailofon dan Dram Mempunyai warna ton yang berbeza. Setiap alat muzik ini mempunyai bar-bar yang boleh dikeluarkan (removeable). Kebarangkalian untuk kanak-kanak bermain not yang salah adalah minima.
Alat Perkusi
Untuk latihan ini, gunakan lagu-lagu yang hanya mempunyai not-not pantatonik. Mulakan dengan latihan yang mudah seperti memainkan notnot krotchet untuk setiap detil dalam meter 4 4 Kanak-kanak boleh dibenarkan untuk memainkan manamana not dalam skel pantatonik tersebut tetapi mereka harus bermain dalam irama yang betul. Tujuan latihan ini adalah untuk melatih koordinasi dalam pelajar. Mulakan dengan memberikan pelajar hanya satu mellet. Penggunaan dua mallet harus dikhaskan untuk kanak-kanak yang telah fasih dengan alat perkusi yang mereka main.
Corak ostinato
Improvisasi
Anda boleh membekalkan kanak-kanak dengan satu melodi yang mudah seperti lagu Skip To My Lou. Dalam skor lagu ini terdapat satu corak irama yang mudah. Mulakan kelas dengan mengajar kanakkanak corak irama ini dan kemudian berikan mereka beberapa contoh improvisasi yang boleh mereka buat untuk mencantikkan lagi bahagian iringan lagu ini.
SKIP TO MY LOU