Anda di halaman 1dari 5

Masa/ agenda 08.15 08.30 pagi Ketibaan PPD, haji sulam, VIP, beca, kompang dan tarian. 08.

.30 08.40 pagi Ketibaan yang diraikan kedalam dewan Nyanyian lagu Negaraku dan negeri selangor 08.40 08.50 pagi Kata-kata aluan mc

Teks pengerusi majlis Untuk makluman hadirin dan hadirat sekalian, sedang berlangsung di luar dewan sekarang ialah acara tarian sempena mengalu-alukan ketibaan yang diraikan Tuan Haji Sulam Bin Askandar berserta keluarga diiringi oleh guru besar dan dif-dif kehormat. Mengumumkan ketibaan yang diraikan tuan haji sulam bin askandar berserta keluarga dengan diirngi guru besar dan dif-dif kehormat masuk ke dalam dewan. Hadirin dan hadirat diminta berdiri bagi sama-sama menyanyikan lagu negaraku dan negeri Selangor. Terima kasih kepada semua, hadirin dan hadirat dijemput duduk. Pagi yang indah penuh ceria Hari yang berbahagia penuh bermakna kami bwakan kepada anda majlis persaraan tuan haji sulam b. Askandar guru penolong kanan HEM SKBT. BismilLahirrahmanirrahim Assalamu `Alaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera. ( solutasi ) Yang berbahagia encik............................................................................ Penolong pegawai pelajaran daerah sabak bernam Yang berusaha encik Mohammad Zamhari b. Fadzlullah Guru besar sk. Bagan terap Yang berusaha puan norhayati bt hashim Guru penolong kanan pentadbiran sk. Bagan terap Yang berusaha puan normah bt bakari Guru penolong kanan kokurikulum sk bagan terap Yang berusaha encik mohd nor azmi bin sikit Guru penolong kanan PPKI sk bagan terap Yang berusaha barisan pengetua-pengetua, guru besar-guru besar sekolah sekitar daerah sabak bernam Yang berusaha yang dipertua PIBG sk bagan terap Tuan haji Mashor bin shahran Yang berusaha encik jalaludin bin sahabudin Pengerusi KKGK SK bagan terap merangkap pengerusi jawatan kuasa induk majlis persaraan pada hari ini. Yang diraikan tuan haji sulam bin askandar Guru penolong kanan HEM sk bagan terap Seterusnya tuan-tuan, hadirin- hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

Masa/ agenda Ucapan selamat datang

Teks mc Selamat datang ke majlis persaraan yang diraikan tuan haji sulam b. Askandar. Sirih berlipat sirih pinang Sirih dari Pulau Mutiara Pemanis kata selamat datang Awal BismilLah pembuka bicara Sarung ketupat berisi inti Dibawa budak sambil berlari Kehadiran semua sangat dihargai Moga Majlis bertambah seri.

Bacaan doa

Bunga mawar cantik tersemat Dipetik gadis di tepi titi Doa dibaca memohon Rahmat Moga Majlis sentiasa diberkati Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh al- fadhil ustaz mohamad jamil bin samingon. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan... xxxxxxxxxxx doa xxxxxxxxxxxxxxxxxxx Amin Amin Ya Rabbal `Alamin Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada al- fadhil ustaz mohamad jamil bin samingon atas bacaan doa itu tadi. Hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian, Majlis diteruskan dengan ucapan daripada tuan haji Mashor bin shahran yang dipertua PIBG SK bagan terap. Terima kasih diucapkan kepada tuan haji Mashor bin shahran yang dipertua PIBG SK bagan terap.

08.50 09.00 pagi Ucapan yang dipertua PIBG

09.00 09.15 pagi Ucapan guru besar

Hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian, Majlis diteruskan dengan ucapan daripada encik Mohammad Zamhari b. Fadzlullah Guru besar sk. Bagan terap Terima kasih diucapkan kepada encik Mohammad Zamhari b. Fadzlullah Guru besar sk. Bagan terap Majlis diteruskanucapan daripada yang berbahagia penolong pegawai pendidikan daerah sabak bernam encik............................................. Terima kasih diucapkan kepada yang berbahagia penolong pegawai pendidikan daerah sabak bernam encik.............................................

Masa / agenda 09.30 - 09.45 pagi Persembahan montaj persaraan

Teks mc Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan encik jalaludin bin sahabudin pengerusi KKGK merangkap pengerusi jawatan kuasa induk majlis persaraan pada hari ini dan tuan haji mashor bin shahran yang dipertua PIBG sk bagan terap bagi mengiringi yang diraikan tuan haji sulam bin askandar beserta isteri naik keatas pentas dan duduk di singgah sana yang telah disediakan. Hadirin-hadirat sekalian tiap pertemuan pasti ada perpisahan Itu adat, itu lumrah kehidupan Begitulah rentetan perjalan Walau sukar untuk ditelan Tapi kaki tetap mengorak jalan Selagi hayat di kandung badan Terlebih dahulu izinkan saya membacakan serba sedikit latar belakang insan yang dirai pada hari ini. Dilahirkan pada 20 APRIL 1957 dikampung batu 37 darat sabak bernam. Hasil perkongsian hidup bersama isteri tercinta telah dikurniakan 5 org cahaya mata iaitu 4 orang lelaki dan seorang perempuan. Pada 1964, Beliau mendapat pendidikan awal di SK TUN DR. ISMAIl, TEBUK PULAI seterusnya melanjutkan pelajaran di SMK ungku aziz sabak bernam peringkat SPM dan meneruskan pelajaran pada peringkat STPM di SMK Aminuddin Baki kuala lumpur . Seterusnya pada tahun 1977, beliau meneruskan pengajian didalam bidang pendidikan di maktab perguruan raja malewar , seremban dengan opsyen sains.

Sepanjang 34 tahun beliau telah pun berkhidmat di 5 institusi pendidikan. Berbekalkan prinsip kerjanya iaitu tepat dan kemas. 09.30 09.45 pagi Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan moontaj Persembahan multimedia persaraan yang telah disediakan oleh menyotee production. 09.45 10.15 pagi Saat indah bersamamu Ucapan tuan haji sulam Sayang tak berkesempatan abadikan saja salamku di ingatan. bin askandar Jasamu dikenang Budimu tak terbilang Semangatmu dijulang Khidmatmu gemilang Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti yang dicurahkan oleh Yang Diraikan tuan haji sulam bin askandar atau lebih mesra dengan panggilan tuan haji sepanjang perkhidmatan beliau di SK bagan terap. Tak molek jika ada alu tiada lesungnya Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya Tak lengkaplah Majlis jika yang diraikan tidak berbicara

Dengan ini dijemput tuan haji sulam bin askandar memberikan ucapan. Xxxxxxxxxxxx Terima kasih diucapkan kepada tuan haji sulam bin askandar atas ucpan itu tadi Sudah teradat si anak lelaki Mati berjuang, berundur jangan Berani kami menjunjung adat Bukan memberi kata dan puji Hanya budi dalam ingatan Buat kenangan sepanjang hayat Majlis dengan ini mempersilakan yang diraikan tuan haji sulam bin askandar menandatangani dokumen serahan tugas. Seterusnya majlis menjemput penolong pegawai PPD sabak bernam dan tuan guru besar naik keatas pentas bagi menyaksikan majlis menandatangani dokumen serah tugas dan buku rekod kehadiran. Dengan ini , dipersilakan tuan haji sulam bin askandar menyerahkan dokumen yang ditandatangani kepada tuan guru besar sk Bagan terap encik mohamad zamhari bin fadzlullah. Dengan itu berakhirlah tugas rasmi beliau dalam perkhidmatan. 10.25 10.40 pagi Acara memotong kek Hadirin hadirat sekalian Majlis diteruskan dengan acara memotong kek sempena hari kelahiran yang diraikan tuan haji sulam bin askandar yang jatuh pada hari ini iaitu 20 april. Majlis dengan ini menjemput isteri tercinta puan rogayah bt haji Ibrahim naik ke pentas bersama-sama penolong pegawai PPD sabak bernam dan guru besar bagi acara memotong kek dengan diiringi nyanyian Allah selamatkan kamu dari seluruh warga dewan. 1,2,3... nyanyi Majlis mengucapakan terima kasih kepada penolong pegawai PPD sabak bernam dan guru besar sk bagan terap kerana sudi memeriahkan acara memotong kek.

10.15 10.25 pagi Menandatangani serah tugas

Penyampaian cenderamata

Hadirin hadirat sekalian Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata kenangkenangan buat insan yang kita raikan. Sebelum itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan guru besar Sk bagan terap encik mohammad zamhari bin fazdlullah mengiringi yang diraikan tuan haji sulam bin askandar untuk

menerima cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan... Kita akan mulakan penyampaian cenderamata daripada (ikut senarai hadiah) Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada tuan guru besar ............................................................................................. Acara sebelum simbolik melepaskan burung Kita telahpun sampai ke penghujung acara Selepas ini akan diadakan acara melepaskan burung sebagai tanda simbolik tamatnya perkhidmatan tuan haji sulam bin askandar dalam bidang pendidikan. Tetapi sebelum itu, majlis ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan haji sulam kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan agar tuan haji bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan selepas persaraan. Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama meriahkan majlis persaraan ini. Kuning emas masaknya padi Penuh kepuk hasil tampian Terima kasih daun keladi Budi tuan jadi kenangan Tuai padi antara masak Esok jangan layu-layuan Intai kami antara nampak Esok jangan rindu-rinduan Bagi meneruskan acara melepaskan burung Dijemput tuan haji sulam bin askandar diiringi penolong pegawai PPD sabak bernam dan tuan guru besar sk bagan terap untuk melepaskan burung . Pergi ke dusun memetik kelapa Kelapa muda kelapa bali Jari disusun maaf dipinta Panjang usia bersua kembali Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.

Simbolik lepaskan burung