Anda di halaman 1dari 4

Edisi 3 Ahad,19 Julai 2009 26 Rejab 1429 http://www.kmp.matrik.edu.

my

Kandungan:
• Majlis Perasmian Pembukaan Majlis Perasmian Pembukaan
• Pertarungan Kontroversi
• Libasan maut KMP Majlis perasmian Karnival Kokurikulum Matrikulasi
• “Checkmate” ke-9 diadakan di Astaka, Kompleks Sukan KMP
• Dentuman Keranjang KAKOM dengan penuh meriah. Pada pukul 8.46 malam,
bermula ketibaan YB Dr. Hj. Mohd Puad Zarkashi, Timbalan
Menteri Pelajaran Malaysia yang diiringi oleh Dr.
• Injured!!!
Sariah binti Abd Jalil, Timbalan Pengarah BMKPM
• Bola Jaring KMNS bermula
dan Pengarah KMP, Puan Azuyah binti Hassan.
garang
Perarakan lintas hormat kontinjen-kontinjen
• Pertandingan Kebudayaan
KAKOM ke-9 diiringi oleh kumpulan pancaragam
• Sinaran emas buat KMJ
dari Kolej Sultan Abd Hamid (KSAH). Perarakan
didahului oleh pancaragam KSAH diikuti oleh 250
orang sukarelawan KAKOM. Kontinjen pertama berarak masuk ialah kontinjen KMPP yang diketuai
Waktu solat bagi negeri Perlis
oleh En. Mohd. Mokhtar Din dan diikuti oleh kontinjen KMM yang diketuai oleh En. Bairim Ibrahim,
20 Julai 2009
kontinjen KMPk yang diketuai oleh Pn. Roshidah Abdul Rahman, kontinjen KMJ yang diketuai oleh
Subuh 5.49 Tuan Hj. Rahman Nansok, kontinjen KMPh yang diketuai oleh En. Mohd. Salleh Ahmad, kontinjen
Syuruk 7.12 KMK yang diketuai oleh En. Abd Manaf Musa, kontinjen KMNS yang diketuai oleh En. Othman
Basiran, kontinjen KML yang diketuai oleh En. Mohd Othman Yussof, kontinjen KMara yang terdiri
Zuhur 1.27 daripada gabungan dua kolej, iaitu Kolej Mara Kulim dan Kolej Mara Kuala Nerang dan kontinjen
Asar 4.50 Kolej Matrikulasi Perlis yang diketuai oleh En. Che Embi Sulaiman. Kontinjen KMP, iaitu kontinjen
tuan rumah KAKOM ke-9 merupakan kontinjen yang terakhir melangkah masuk ke perbarisan.
Maghrib 7.39
Isyak 8.54 Dalam ucapan YB Dr. Hj. Mohd Puad Zarkashi,
penglibatan dalam kegiatan kokurikulum boleh
membentuk sifat daya saing dalam kalangan
Sidang Editor/ Jurugambar pelajar. Beliau menegaskan pelajar yang mem-
punyai daya saing sentiasa bersemangat tinggi
Pensyarah untuk mengejar kejayaan. Seterusnya,acara
En. Mohd Pauzi Jaafar kemuncak ialah menaikkan bendera kejohanan.
Pn. Siti Hasnidah Musa Majlis ini diteruskan dengan nyanyian Lagu KA-
Pn. Liew Chye Hong Perbarisan lintas hormat KOM yang disampaikan oleh koir KMP, terdiri
Pn. Nurjannah Shahidan daripada 33 orang pelajar di bawah bimbingan
En. Saiful Anwar Kamaludin Pn. Noor Kartina Husin. Seterusnya, lafaz ikrar kejohanan yang diketuai oleh saudara Mohd Ariff
En. Mohd Zukhairi Hashim Mohd Taib.
En. Ghazali Hashim Kontinjen-kontinjen KAKOM diperkenalkan kepada YB Dr. Hj. Mohd Puad Zarkashi dan
diiringi oleh Dr. Sariah dan Pn Azuyah. Semua tetamu disajikan dengan persembahan pan-
Pelajar caragam oleh pelajar-pelajar KSAH. Pasukan
Muhammad Khairul Anwar pancaragam ini diketuai oleh Drum Major, sau-
Aeefi Al-Ghazali Mohd Idrus dara Husaini Hashim. Beliau merupakan drum
Nur Nabilah Hanis major terbaik dalam pertandingan pancaragam
Tan Hui Ru peringkat negeri Kedah tahun 2009. Di samping
Ira Iryani Mohd Ariff itu, majlis juga merakamkan ucapan terima
Nur Nadia Rosman kasih kepada Tuan Haji Morazuki Hashim, Pen-
Nurul Fariza Azza getua KSAH, jurulatih iaitu En. Shahrul Aman,
Nur Natasha En. Izham Ibrahim dan En. Sharidin Zakaria.
Syafiq Helmy Semua tetamu telah menikmati jamuan minum
Syazwan malam di Dewan Sri Kayangan.
Norhazlinda Bacaan lafaz ikrar KAKOM

KAKOM 2009
M 2 Buletin KAKOM Liputan hari pertama pertandingan 19 Julai 2009

PERTARUNGAN KONTROVERSI

K olej Matrikulasi Labuan memulakan ekspedisi mereka dengan cemerlang apabila mengalahkan Kolej Matrikulasi Perak di arena
A futsal, awal pagi tadi. Walaubagaimanapun, perlawanan tersebut dipenuhi dengan beberapa kontroversi apabila jaringan
kedua KML dibabak kedua permainan, mendapat bantahan daripada pemain pasukan KMPk. Namun, pengadil tetap dengan
pendiriannya untuk mengesahkan jaringan tersebut. Menurut salah seorang daripada pemain KML, “Ia memang satu keputusan terbaik
yang dibuat oleh pengadil kerana membenarkan jaringan tersebut, bola tersebut sudah melepasi jaringan sebelum wisel dibunyikan”.
Di babak akhir, perlawanan mula bertambah agresif terutamanya apabila salah seorang daripada pemain KML dilayangkan kad merah.
Namun perlawanan tersebut kekal sehingga wisel penamat dengan keputusan 2-0. Antara perlawanan lain yang menjadi tumpuan
ialah pasukan tuan rumah menentang KMPP namun nasib tidak menyebelahi tuan rumah apabila tewas kepada KMPP dengan
jaringan 2-1. KMJ pula menewaskan KMARA dengan jaringan 2-1, manakala KMK menang bergaya 3-1 keatas KMNS. Bagi
perlawanan kedua,kejayaan cemerlang pada awal pagi
tadi tidak berterusan apabila KML terpaksa akur atas
kekalahan 4-2 kepada KMJ. Manakala KMARA yang
cuba untuk melupakan kekalahan awal pagi tadi, terikat
4-4 dengan KMPk sehingga perlawanan tamat.
Perlawanan seterusnya ditangguhkan untuk memberi
laluan kepada persiapan Majlis Perasmian Pembukaan.

Pertarungan sengit di gelanggang futsal

LIBASAN MAUT KMP


Sorakan penuh semangat yang diberikan oleh penyokong dan semangat
membara yang dihamburkan para atlet KMP, menjadikan pasukan KMP
mendahului Kolej Matrikulasi Perak (KMPk). KMP gemilang di bumi sendiri
dengan menumbangkan KMPk pada pusingan pertama pertandingan sepak
takraw antara regu KAKOM 2009. Setelah libasan demi libasan dibuat, KMP
menang bergaya dengan meninggalkan KMPk sebanyak 2-0 untuk perla-
wanan pada pagi itu. Setelah tamat perlawanan antara KMP dan KMPk,
digelanggang yang sama, menyaksikan KMNS berjaya membelasah KMK
Lipatan kemenangan KMP
dengan kemenangan sebanyak 2-1. Pada masa yang sama, gelanggang B
melihat pertarungan sengit antara KMPP dan KMJ, KMPP mendahului
mata sebanyak 2-0, diikuti pula dengan regu KMARA menewaskan regu KML dengan
mata 2-1. Seterusnya di gelanggang A perlawanan diteruskan dengan pasukan KMNS dan
KMM mata diperolehi ialah 0 untuk KMNS, 2 untuk KMM.

“Checkmate”
Pertandingan catur pada pusingan pertama bermula seawal jam 8.30 pagi. Pertandingan ini
dibahagikan kepada dua kategori iaitu lelaki individu dan wanita individu. Beberapa pasu-
kan telah menunjukkan kehebatan dalam menundukkan lawan masing-masing. Antara
pasukan yang telah memenanginya untuk sesi pagi hari pertama ialah KMP, KMM, KMPP,
KMK untuk lelaki manakala wanita dari KMNS, KMK, KMPh, KMP dan KMPk. Pusingan
kedua bermula jam 3.30 petang. Pada sesi petang ini pasukan lelaki telah dimenangi oleh
KMP, KMPP, KMPk, KML dan KMNS manakala wanita diungguli oleh KMNS, KMPk, KMPP
dan KML. Pertandingan seterusnya akan disambung pada esok pagi. Kita saksikan lagi
pusingan-pusingan seterusnya nanti…
Fokus..fokus..

KAKOM 2009 KOLEJ MATRIKULASI PERLIS


M 3 Buletin KAKOM Liputan hari pertama pertandingan 19 Julai 2009

Dentuman Keranjang KAKOM bermula


Walaupun pertandingan bola keranjang hari ini dimulakan dalam keadaan yang agak
mendung, namun tidak langsung mematahkan semangat yang membara dalam diri
para kontinjen untuk membawa pulang pingat bagi pasukan masing-masing. Diantara
perlawanan yang mencuri tumpuan adalah perlawanan diantara pasukan lelaki KMM
dan KMJ, pasukan KMM telah mendahului perlawanan tersebut dengan keputusan 7
– 6 dalam suku masa yang pertama. Namun sikap tidak mudah patah semangat
yang ditunjukkan KMJ, nyata membuahkan hasil apabila perlawanan terikat 10-10
disuku masa kedua. Namun begitu, pasukan KMM jelas tidak ingin memberi peluang
kepada pasukan KMJ untuk menang apabila pengadil membuat penentuan penalti.
Disebabkan permainan psikologi yang dilakukan oleh pasukan KMM, pasukan KMJ
terpaksa akur dengan keputusan akhir perlawanan iaitu 12 – 11.
Dalam perlawanan antara pasukan lelaki yang lain, pasukan tuan rumah, KMP telah
berjaya mengutip mata yang pertama selepas beberapa minit mulanya perlawanan bersama KMPk. Semangat para atlet pasukan tuan
rumah membara dan terus menggegarkan gelanggang bola keranjang. Akhirnya, pasukan KMP telah berjaya membuktikan kehebatan
mereka dengan keputusan 14 – 5. Menurut salah seorang pemain KMP, Ng Wei Quan, beliau berharap akan menunjukkan tahap pres-
tasi yang maximum pada perlawanan yang seterusnya.
Di gelanggang B pula, menemukan pasukan bola keranjang wanita KML dan KMPP. Sepanjang perlawanan tersebut berlangsung,
sorakan penyokong pasukan KML asyik diulang supaya semangat pemain pasukan mereka dapat menunjukkan tahap prestasi yang
tertinggi. Pasukan KML telah berjaya membelasah pasukan KMPP dengan keputusan 11 – 1.

Injured!!!
Pasukan wanita bola keranjang KMM terpaksa merehatkan salah seorang pemain-
nya kerana beliau telah mengalami pendarahan di bahagian kepala semasa pelang-
garan dengan seorang pemain KMP tetapi kecelakaan ini tidak memutuskan seman-
gat beliau untuk meneruskan perjuangannya. Selepas dinasihati oleh jurulatih, be-
liau dihantar ke hospital oleh pihak JPA3 untuk menerima rawatan yang selanjut-
nya. Namun begitu, pemain KMP tidak mengalami kecederaan yang serius, hanya
di bahagian mulut. Ia sedikit sebanyak mengganggu prestasi kedua-dua pasukan ini.
Pasukan KMP bangkit dengan penuh semangat dan meneruskan serangan yang
bertubi-tubi kepada pasukan KMM. Dengan mata 6 – 3, pasukan KMM telah tewas
di tangan pasukan tuan rumah.

BOLA JARING KMNS BERMULA GARANG


Hari pertama kejohanan menemukan KMPP dan KMPh, KMP dan KMPk di
gelanggang A manakala gelanggang B, KMK dan KMM, KMNS dan KMJ. Pusingan
pertama menyaksikan persaingan sengit antara KMPP dan KMPh dengan kedua-dua
pasukan menunjukkan permainan agresif, namun kemenangan tipis KMPP 16 – 15 sudah cukup
memberi semangat untuk terus melangkah ke pusingan berikutnya. Keputusan-keputusan lain
yang diperolehi, KMK tewas kepada KMM 15 – 18, pasukan tuan rumah KMP juga turut
mengalami nasib yang sama apabila tewas kepada KMPk 17 – 20.
KMNS bermula garang apabila mendapat kemenangan besar 28 – 11 terhadap
lawannya. Corak permainan pantas yang ditunjukkan pada separuh masa pertama
tidak mampu dikejar KMJ. Walaupun persembahan pada separuh masa kedua
menyaksikan kebangkitan KMJ namun mereka akur dengan keputusan yang
tidak berpihak kepada mereka. Kerana semangat juang yang tinggi, seorang
pemain diposisi tengah KMNS tetap meneruskan permainan yang hanya berbaki
2 minit walaupun mengalami sedikit kecederaan dibahagian perut.
Keseluruhan keputusan di sebelah petang adalah seperti berikut , KMK
menewaskan KMPh 15 – 11 dan KMM menewaskan KMPP 27 – 13. Pertemuan
antara KMPk dan KML menyaksikan kemenangan berpihak kepada KMPk 19 -
Pemain bola jaring 13, manakala KMJ menewaskan KMARA 23 -14.
N.Sembilan pasti mengancam
KAKOM 2009 KOLEJ MATRIKULASI PERLIS
M 4 Buletin KAKOM Liputan hari pertama pertandingan 19 Julai 2009

Pentas DSK bergema dengan dendangan lagu asli

Pada petang 19 julai, jam 3 petang Dewan Sri Kayangan KMP telah dihiburkan dengan suara-
suara lunak pelajar dari seluruh kolej matrikulasi yang telah menghantar wakil mereka bagi
menyertai pertandingan nyanyian lagu tradisional KAKOM 2009. Permulaan pertandingan
nyanyian didahului oleh peserta dari KMPh, Abd Rahman Bin Abdulillah dengan lagunya Seri
Bunian. Nyanyiannya yang menusuk kalbu telah menyentuh jiwa penonton.
Antara peserta yang menyerlah bakat nyanyiannya pada petang itu ialah peserta dari KMNS,
Mohd Asraf Bin Mohd Rashid. Saudara Asraf telah mempertaruhkan Pantun Budi sebagai lagu
pilihannya. Tarian lemah gemalai yang menjadi pembukaan persembahannya juga mendapat
tepukan gemuruh dari penonton. Beliau juga bijak dalam menguasai pentas dengan tariannya.
Selain pelajar dari KMPh dan KMNS, tuan rumah KAKOM, KMP turut menghantar peserta Nur
Fatimah Nabila Bte Omar dengan mempertaruhkan lagu Sayang Musalmah sebagai lagu pilihan.
Suara lantang dan nyaring penyanyi dari KMP itu menggamatkan seluruh dewan pertandingan.
Peserta yang terakhir yang membuat persembahan pada petang itu ialah peserta dari Pulau
Pinang, Nurul Adila Bt Azzahar yang mendendangkan lagu Damak. Acara pertandingan nyanyian
tradisional berjalan dengan lancar dan telah tamat pada jam 4.30 petang

Sinaran Emas Pertama buat KMJ


Pertandingan Pidato Bahasa Melayu ini telah berlangsung di Dewan Kuliah 2 Kolej Matrikulasi
Perlis pada jam 8.30 pagi. Peserta dari Kolej Matrikulasi Johor, Muhammad Arif bin Dzulkanai,
telah terpilih sebagai pemidato terbaik sekaligus dinobatkan sebagai juara pertandingan ini. Beliau
telah berjaya menumpaskan 9 orang pemidato lain dari kolej-kolej matrikulasi dalam pertandingan
tersebut. Manakala naib juara telah dimenangi oleh saudari Noriah bt Mat Dait daripada KMPh dan
tempat ketiga pula dimenangi oleh saudara Syahril Zulfadhli bin Herman daripada KML.
Ketua juri, Tuan Haji Abdul Karim bin Omar, sem-
pat memberikan komen-komen yang membina sebe-
lum keputusan diumumkan.Antaranya, beliau telah
menegur beberapa kesalahan seperti kesalahan tata-
bahasa,sebutan dan sebagainya.

Coret-Coret KAKOM ke-9

Dari kiri, pemidato gangsa, emas dan perak

GELANGGANG TENIS MENJADI TUMPUAN


Acara tenis perseorangan dilanda sedikit masalah teknikal
dan acara tersebut terpaksa ditangguhkan ke jam 2.30
petang tadi. Pemain lelaki tenis KMNS perseorangan telah
meraih kemenangan dalam acara mereka pada hari ini.
Mohd Nasri dari KMNS telah mengalahkan KMARA dengan
Libasan maut mata akhir sebanyak 8-0. Acara lelaki bertambah hangat
apabila Mohd Nasri memenangi satu lagi perlawanan. KMP
harus akur dengan kekalahan pada hari ini. Manakala acara
perseorangan wanita menjadi tumpuan ramai apabila KMPP
menang satu mata. Pukulan kencang terakhir KMPP telah
membawa kemenangan dengan perbezaan 8-7. Kekalahan
acara perseorangan wanita buat KMNS bukanlah pengakhiran untuk Nur Amallina. Sau-
dari Amallina akan berhadapan dengan pemain yang tidak kurang hebatnya dari KMPk
pada hari kedua, esok.
Lambaian mesra

KAKOM 2009 KOLEJ MATRIKULASI PERLIS

Anda mungkin juga menyukai