Anda di halaman 1dari 1

PENDAHULUAN Sepertimana yang kita ketahui, agama islam merupakan agama yang mudah difahami oleh setiap individu

dan juga merupakan agama yang tidak memberi paksaan kepada pengikutnya. Sehubungan itu, masalah berkaitan akidah seharusnya tidak wujud dalam kalangan masyarakat yang beragama islam kerana banyak sumber yang boleh kita perolehi untuk dijadikan panduan dan menjelaskan permasalahan yang timbul dalam kalangan masyarakat. Antara sumber-sumber yang boleh kita jadikan sebagai panduan ialah Al-Quran,Al-hadith dan kitab-kitab agama. Namun, panyelewengan akidah yang berlaku pada masa kini menyebabkan penjelasan tentang ilmu akidah menjadi sedikit rumit dan memerlukan masa untuk difahami. Dalam agama islam, akidah itu merupakan satu perkara yang telah ditetapkan malah wajib kita berpegang terhadapnya disertakan dengan kepercayaan dan kayakinan yang kukuh tanpa sebarang syak. Timbulnya syak merupakan satu keraguan dan itu bukanlah satu akidah. Akidah Islam ialah kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah sebagai rabb dan ilah serta beriman dengan nama-namaNya dan segala sifat-sifatNya juga beriman dengan adanya malaikat, kitabkitab, para Rasul, Hari Akhirat dan beriman dengan taqdir Allah sama ada baik atau buruk termasuk juga segala apa yang dating dari Allah. Seterusnya patuh dan taat pada segala ajaran dan petunjuknya. Oleh itu, akidah Islam ialah keimanan dan keyakinan terhadap Allah dan RasulNya serta apa yang dibawa oleh Rasul dan dilaksanakan dalam kehidupan Selain itu, cara kita berpegang kepada sumber-sumber agama yang asli menjamin ketulenan agama dipelihara dari segi prinsipnya dan disamping itu membenarkan cabang agama berkembang untuk menangani cabaran semasa kerana asas perlaksanaan agama adalah bermula dari ijtihad dan diikuti dengan ittiba(ikutan) dan diakhiri dengan taqlid. Selain itu juga, akidah tidaklah hanya kepada Islam sahaja namun setiap kumpulan agama turut mempunyai akidah mereka tersendiri. Akidah tersebut menjadi asas kahidupan mereka

Anda mungkin juga menyukai