Anda di halaman 1dari 4

PRABACAAN 1.

Kaedah Abjad Kaedah abjad adalah kaedah pengajaran bacaan yang tertua sekali iaitu telah dijalankan semenjak kerajaan Greek dan Rom. Kaedah ini mementingkan mengenal nama-nama huruf dan bunyi huruf-huruf itu. Kaedah ini dimulakan dengan memperkenalkan nama-nama huruf kepada kanak-kanak iaitu 26 huruf vokal dan konsonan yang bermula dengan huruf a,b,c sehingga z. Seterusnya mereka dierkenalkan dengan huruf-huruf vokal iaitu a,e,i,o dan u. Kemudian, cantuman di antara huruf konsonan dan huruf vokal yang membentuk suku kata contohnya, ba, be, bi, bo dan bu. Peringkat seterusnya ialah memperkenalkan diftong iaitu ai, au dan oi. Bunyi-bunyi itu akan disambungkan supaya menjadi suku kata, misalnya ba+tu menghasilkan bunyi batu. Kemudian murid akan mengenal rangkai kata, ayat dan seterusnya diajar membaca. Kaedah abjad mempunyai kelebihannya tersendiri iaitu sesuai dengan susuk bahasa Malaysia kerana bahasa Malaysia terdiri daripada suku-suku kata yang hampir tetap bunyinya. Kaedah ini juga membolehkan kanak-kanak membaca perkataanperkataan baru walaupun belum dipelajarinya kerana mereka dapat mengenal hurufhuruf dan membunyikan vokal dan konsonan dengan baik. Kaedah ini juga memberi asas dan binaan yang kukuh dalam membaca. Maka, kecekapan dan kemahiran membaca dapat tercapai serta memberi keyakinan kepada murid-murid.

2. Kaedah Suku Kata Kanak-kanak mengeja dan membatang suku kata seperti b,a =ba dan t,u=tu. Kemudian suku-suku kata ini digabungkan menjadi perkataan, misalnya ba, tu =batu. Kanak-kanak juga mengeja terus sesuatu perkatan seperti b,a,t,u=batu. Melalui kaedah suku kata, murid-murid akan mahir mengeja. Hal ini disebabkan mereka dilatih mengeja tiap-tiap perkataan yang dibacanya. Kaedah ini juga memudahkan guru-guru menjalankan kerja-kerjanya kerana tidak memerlukan bahan bantu pengajaran dan pengajaran yang banyak. Namun, kaedah ini mempunyai kelemahan dari segi kelancaran murid-murid membaca. Mereka tidak lancar membaca kerana mereka sibuk mengeja dan tumpuan mereka adalah kepada huruf semata-mata. Murid-murid juga tidak faham apa yang dibacanya. Oleh kerana terlalu mementingkan ejaan dan sebutan, fahaman langsung tidak dihiraukan. Di samping itu, murid-murid akan membaca dengan berlagu dan tidak mempedulikan rangkai kata dan tempat-tempat berhenti. Kaedah ini juga tidak membangkitkan perasaan gemar membaca kerana kaedah ini bertentangan dengan psikologi kanak-kanak untuk menguasai sesuatu iaitu bermula dengan keseluruhannya dan membawa kepada bahagian-bahagiannya. Kaedah ini juga mengelirukan kanakkanak kerana nama huruf tidak menepati bunyi huruf-huruf itu.

3. Kaedah Fonik Kanak-kanak diminta untuk membunyikan suku kata dan menyambungkan dengan suku kata yang lain. Misalnya, (ba, tang) akan menghasilkan bunyi batang. Kanak-kanak perlu membunyikan huruf-huruf dahulu dan menjadikannya suku kata dan seterusnya perkataan. Misalnya, b (beh) dan a (ah) menghasilkan bunyi ba. Kebaikan kaedah ini adalah sesuai dengan susuk Bahasa Melayu kerana Bahasa Melayu adalah terdiri daripada suku-suku kata yang hampir tetap bunyinya. Selain itu, kaedah ini juga membolehkan kanak-kanak membaca perkataan-perkataan itu di luar perbendaharaan kata mereka. Namun begitu, kaedah ini akan menyebabkan bacaan murid tidak licin. Hal ini disebabkan oleh perhatian murid itu tertumpu kepada suku-suku kata dan satu lepas satu. Kaedah ini juga tidak menarik kerana suku-suku kata yang diajar itu tidak mempunyai makna yang nyata pada mereka. Kelemahan kaedah ini pula ialah murid-muird membaca dengan lancar mengikut cara tradisional tanpa memahami apa yang dibacanya. Mereka hanya mementingkan sebutan dan kelancaran membaca. Murid-murid terbawa-bawa tabiat membaca sambil mengeja. Hal ini akan menyebabkan mereka membaca merangkak-rangkak dan tidak faham apa yang dibaca. Kaedah ini dikatakan tidak sesuai dengan kehendak pendidikan dan psikologi murid-murid kerana pengajaran tidak keseluruhan yang bermakna. Kaedah ini juga boleh membosankan murid-murid terutamanya apabila mereka diberi latihan latih tubi yang berlebihan.

4. Kaedah Pandang Sebut Kaedah ini mementingkan dua perkara utama. Pertama, kanak-kanak

dikehendaki membunyikan perkataan atau rangkai kata berdasarkan pengalaman melalui gambar. Kedua, kanak-kanak akan membunyikan ayat melalui gambar yang sedia ada cerita. Guru boleh mengajar bacaan melalui kaedah ini dengan mengikut beberapa proses. Mula-mula, kanak-kanak diminta untuk mengecam dan mengenal perkataan dengan memandang keseluruhannya. Setelah dicam, perkataan tersebut tidak dibunyikan dan juga tidak dieja. Sebaliknya, perkataan tersebut akan terus disebut. Pada peringkat permulaan, perkataan-perkataan yang disampaikan mengikut kaedah ini disertakan dengan gambar. Bagi mempelajari ayat pula, kanak-kanak diminta mengecam terus ayat-ayat yang pendek dan mudah dengan tidak mengeja satu-satu perkataan yang terkandung di dalamnya. Setelah mengecam, murid-murid akan diminta untuk terus membaca. Kaedah pandang sebut memerlukan pengulangan dan latih tubi yang banyak. Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah perkataan, kaedah rangkai kata dan kaedah ayat. Kelebihan menggunakan kaedah pandang sebut untuk mengajar bacaan adalah kaedah ini sesuai dengan ilmu jiwa kanak-kanak kerana mereka mempelajari sesuatu secara keseluruhan dan menarik minat murid-murid. Kaedah ini juga bersesuaian dengan resmi semula jadi kanak-kanak mempelajari sesuatu iaitu daripada keseluruhan kepada bahagian-bahagiannya. Tambahan pula kaedah ini dari awal mementingkan makna. Oleh yang demikian, kanak-kanak dari mula mendapat latihan memahami perkara yang dibaca oleh mereka. Seterusnya, guru dapat melatih kanak-kanak membaca dengan sebutan dan rentak irama ataupun alunan suara yang betul dari mulanya. Namun begitu, bacaan kanak-kanak mungkin terhad kepada perkataan, rangkai kata dan ayat-ayat yang telah diajarkan sahaja. Kaedah ini tidak membolehkan kanakkanak mengenal huruf secara formal dan akibatnya mereka lambat mengenal suku kata.

Anda mungkin juga menyukai