Anda di halaman 1dari 21

Program Pendidikan Inklusif (PPI) untuk Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran (KKBP) Abstrak Tujuan kertas kerja ini adalah

untuk mencadangkan pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif (PPI) untuk Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran (KKBP) di Sekolah Kebangsaan Batu Kikir, Negeri Sembilan. Intipati program ini ialah setiap kelas yang mempunyai murid bermasalah pembelajaran akan disertasi oleh seorang guru pendidikan khas (guru damping) yang akan membantu murid-murid tersebut. Semua guru kelas dan guru mata pelajaran akan diberi kursus pendedahan berkaitan dengan murid-murid bermasalah pembelajaran dan Program Pendidikan Inklusif oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan badan pendidikan khas yang lain seperti Persatuan Autistik Kebangsaan Malaysia atau The National Autism Society Of Malaysia (NASOM) dan Pertubuhan Kanak-Kanak Insan Istimewa Cemerlang (PKIIC). Jangkaan dapatan daripada pelaksanaan program ini ialah guru-guru kelas dan guru mata pelajaran akan dapat menjalin kerjasama yang baik dengan guru-guru pendamping dari badan yang lain untuk membantu aktiviti pembelajaran murid-murid bermasalah pembelajaran. Murid-murid ini akan mampu mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran bersama-sama rakan sekelas yang lain dan berdikari sekiranya guru pendamping tidak hadir. PPI ini akan berkesan jika dirancang dengan rapi oleh pihak sekolah dengan kerjasama dan pemantauan berterusan dari KPM dan dijangka akan dapat diimplimentasikan dengan berkesan dan sistematik. Kata kunci: pendidikan inklusif, murid bermasalah pembelajaran, sekolah rendah

1.0

Pendahuluan

Pendidikan khas bererti program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid-murid khas. Pengajaran dan pembelajaran program ini menggunakan teknik yang bersesuaian dengan murid-murid khas. Ini termasuk menggunakan sumber dan peralatan khas untuk membantu pembelajaran murid-murid khas. Menurut Hallahan dan Kauffman(2006) pendidikan khas bermaksud "Satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi

keperluan kanak-kanak berkeperluan khas" manakala Gargiulo(2003) pula "Pendidikan Khas merupakan program pengajaran khusus yang direka bentuk bagi memenuhi keperluan pelajar luar biasa. Ia mungkin memerlukan penggunaan bahan-bahan, peralatan dan kaedah pengajaran khusus". Pendidikan Inklusif pula melibatkan pelajar dengan berkeperluan khas di dalam kelas biasa. Bantuan yang sesuai akan diberikan kepada mereka bagi membolehkan mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran bersama rakan sebaya mereka.(KamariahJarji,1994). Definisi pendidikan inklusif ialah keadaan dimana murid berkeperluan khas duduk dan belajar bersama murid aliran perdana di dalam kelas aliran perdana. Memasukkan murid pendidikankhas ini ke dalam kelas aliran perdana tidaklah mudah jika dilihat sekadar luaran sahaja. Jalan menuju ke arah inklusif bukanlah mudah. Menurut John Charema (2010) ianya melibatkan perubahan sikap, perubahan nilai, perubahan program latihan perguruan dan perubahan sistem di sekolah. Apabila perubaha ini melibatkan beberapa aspek dalam kehidupan, tidak semua orang sanggup dan selesa untuk berhadapan dengannya. Namun permintaan terhadap pendidikan inklusif semakin meningkat (John C, 2010). Ini adalah kerana masyarakat terutama sekali mula mengetahui tentang kepentingan program inklusif bagi murid berkeperluan khas. Kepentingan program inklusif ini boleh dinilai dari aspek akademik, sosial dan emosi murid pendidikan khas apabila mereka mula diinklusifkan.MenurutJennifer Katz & Pat Mirenda (2002) menyatakan dalam kajian mereka bahawa faedah pendidikan inklusif bukan sahaja kepada murid pendidikan khas namun turut juga mempengaruhi murid aliran perdana seperti pencapaian dalam akademik dan kemahiran bukan akademik seperti kemahiran asas kehidupan (seperti contoh komunikasi, kemahiran motor dan kemahiran kefungsian hidup. Oleh itu adalah penting bagi guru, ibu bapa, sekolah dan pihak luar memainkan peranan mereka masing- masing dengan sewajarnya bagi menjamin keberkesanan program pendidikan inklusif di sekolah. Setiap pihak yang bertanggungjawab dalam menjayakan program pendidikan inklusif perlu sedar dan memahami peranan mereka amsing- masing bagi mengerakkan pendidikan inkusif ini ke arah kebaikan semua pihak. Program Pendidikan Inklusif telah menjadi matlamat kepada usaha murni untuk memberi peluang pendidikan yang sama kepada semua murid tanpa mengira ketidakupayaan dan kecacatan mereka. Matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) adalah untuk memastikan semua sekolah dan murid mempunyai peluang dan keupayaan yang sama

untuk cemerlang. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengenal pasti jurang pendidikan yang perlu dirapatkan supaya akses, ekuiti dan kualiti dapat ditingkatkan. 2.0 Pernyataan Masalah

Program Pendidikan Inklusif (PPI) di sekolah arus perdana mengintegrasikan satu hingga lima murid berkeperluan khas dalam kelas arus perdana. Namun begitu, hanya segelintir murid berkeperluan khas mengikuti PPI. Ini kerana masih banyak sekolah arus perdana kurang bersedia untuk melaksanakan pendidikan inklusif serta kurangnya kepercayaan dan keyakinan ibu bapa untuk memilih pendidikan inklusif untuk anak-anak mereka yang berkeperluan khas. Hal ini kerana kebanyakkan ibu bapa berasa kurang yakin akan kebolehan anak-anak mereka untuk sama-sama bersaing dengan rakan sebaya yang tidak mempunyai masalah dalam pembelajaran. Mereka bimbang emosi anak meraka akan terjejas akibat daripada permasalahan dalam pembelajaran yang dialami oleh anak meraka. Selain itu kurangnya penglibatan organisasi atau badan-badan tertentu dalam menyediakan guru pendamping yang boleh mengajar semua jenis kanak-kanak mengagalkan usaha untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Walaupun pendidikan inklusif digalakkan oleh Kementerian Pelajaran, namun implementasi pendidikan inklusif masih belum lagi meluas. Masyakarat umumnya masih tidak boleh menerima keberkesanan dan kesan positif yang bakal diterima oleh kanak-kanak berkeperluan khas ini jika mereka ditempatkan di dalam kelas yang sama dengan kanak-kanak normal. Oleh yang demikian, cadangan/garis panduan yang menyeluruh ini perlu dijalankan dalam pelaksanaan PPI di Sekolah Kebangsaan Batu Kikir supaya ia dapat diimplimentasikan secara berkesan dan memberi impak positif kepada semua murid yang terlibat sama ada murid berkeperluan khas mahupun murid normal yang berada di kelas tersebut.

3.0 i.

Objektif Memberi peluang kepada murid berkeperluan khas menerima pengajaran dan pembelajaran dan menyertai semua aktiviti bersama dengan murid aliran perdana.

ii.

Pelajar khas dapat belajar dengan kadar lebih berkesan dalam kelas biasa daripada mereka berada dalam situasi yang terpisah. Ini kerana pertambahan peluang-peluang untuk belajar dan mempraktikkan kemahiran-kemahiran baru dalam konteks yang lebih natural dengan wujudnya model-model rakan sebaya (role model).

iii. iv. v. vi.

Menggalakkan perhubungan sosial yang positif di antara pelajar berkepeluan khas dengan murid di aliran perdana. Melawan sikap diskriminasi pelajar normal terhadap pelajar berkeperluan khas . Menambah keyakinan diri pelajar berkeperluan khas untuk menghadapi masyarakat. Pendidikan Inklusif menyediakan peluang yang lebih kepada pelajar berkeperluan khas untuk berdikari dan memperolehi peluang pekerjaan

4.0

Kepentingan cadangan/ garis panduan

Hasil garis panduan ini diharapkan akan dapat memberikan maklumat kepada pihak-pihak yang terlibat dalam perancangan dan pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif (PPI) muridmurid berkeperluan khas seperti Jabatan Pendidikan Khas, KPM, Unit Pendidikan Khas Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan pentadbir sekolah-sekolah yang mempunyai Program Intergrasi Pendidikan Khas di sekolah-sekolah harian. Pihak yang tersebut perlu memberikan perhatian yang lebih menyeluruh dalam merancang dan melaksanakan program yang lebih berkesan bagi muridmurid tersebut. Di pihak pentadbir sekolah dan guru-guru di sekolah pula diharapkan mendapat maklumat bagi menyediakan PPI yang berkesan bukan sahaja kepada murid inklusif tetapi juga melihat kepentingan sosial murid normal yang dipaksa menerima murid berkeperluan khas sebagai rakan sekelas. Penyediaan tempat yang sesuai akan membolehkan pihak yang terlibat dalam pelaksanaan PPI dapat merancang dengan lebih berkesan untuk mencapai fungsinya. (Farell et al, 2002).

5.0

KUMPULAN SASARAN

Murid-murid

pendidikan

khas

yang

telah

menguasai

kemahiran

asas

3M

iaitu

membaca,menulis dan mengira, murid-murid berkenaan mampu untuk mengurus diri, berkomunikasi dengan yang lain serta tidak mempunyai tingkahlaku yang ganjil yang akan menjejaskan komunikasi dengan guru mata pelajaran dan murid-murid lain serta tidak

menganggu aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Kesemua murid akan ditempatkan di setiap kelas mengikut tahap penguasaan kemahiran asas 3M. Paling utama juga murid-murid tersebut telah mendapat persetujuan dan kerjasama daripada ibu bapa mereka.Hanya ibu bapa yang bersetuju dengan syarat-syarat yang diberikan oleh pihak sekolah yang akan dipilih untuk mengikuti program ini.

6.0

POLISI KPM TENTANG PENDIDIKAN KHAS DAN KAITKAN DENGAN

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025.

Di Malaysia, kategori murid yang berkeperluan khas merangkumi murid yang mempunyai masalah penglihatan, masalah pendengaran, kesukaran bertutur, kurang upaya fizikal, kurang upaya pelbagai, dan masalah pembelajaran seperti autisme, Sindrom Down, ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder), dan disleksia. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menganggarkan secara purata 10% daripada populasi negara membangun mempunyai individu yang diklasifikasi sebagai kurang upaya. Di Malaysia, hanya 1% populasi di negara ini telah dikenal pasti sebagai individu berkeperluan khas dan berdaftar dengan program pendidikan khas. Kadar ini adalah di bawah anggaran jumlah murid dalam negara yang sepatutnya berkeperluan khas, kerana mereka yang kurang upaya jarang-jarang mendaftarkan diri di mana-mana agensi.

Selaras dengan dasar sedia ada, murid berkeperluan khas pada masa ini mempunyai akses kepada pendidikan dan boleh memilih satu daripada tiga opsyen persekolahan berikut:

Sekolah pendidikan khas: Sekolah khas dengan semua murid diklasifikasikan sebagai kurang upaya (seperti sekolah untuk masalah penglihatan atau murid kurang upaya yang lain);

Program Integrasi Pendidikan Khas (SEIP): Sekolah arus perdana yang mempunyai kelas khusus untuk murid berkeperluan khas; dan

Program pendidikan inklusif: Sekolah arus perdana yang mengintegrasi satu hingga lima murid berkeperluan khas dalam kelas arus perdana.

Hanya segelintir murid berkeperluan khas, iaitu sebanyak 6% yang diletakkan di dalam program inklusif. Sebanyak 89% mengikuti program integrasi dan hanya 5% mendaftar di sekolah pendidikan khas.

Walaupun murid mendapat akses kepada pelbagai opsyen persekolahan, kualiti pendidikan yang diberikan mempunyai beberapa kelemahan. Pertama, kekurangan guru yang berkelayakan dan sokongan profesional seperti pakar pendengaran dan ahli terapi. Kedua, walaupun kurikulum khusus untuk kumpulan berkeperluan khas telah dibentuk (misalnya, Kemahiran Asas Individu Masalah Penglihatan untuk murid bermasalah penglihatan, Bahasa Isyarat Komunikasi untuk murid masalah pendengaran), tetapi kurang sokongan dan bantuan untuk murid bermasalah pembelajaran seperti autisme. Terdapat dua perkara yang perlu diberi perhatian, iaitu pertama, murid ini mungkin lebih sesuai untuk kurikulum vokasional bagi menyediakan mereka dengan kemahiran hidup berbanding kurikulum akademik arus perdana. Kedua, kurangnya kemudahan di sekolah arus perdana seperti kemudahan mesra orang kurang upaya dan alat bantuan teknologi seperti alat pendengaran dan mesin taip Braille.

Pelan tindakan: meningkatkan kualiti pendidikan khas dan program inklusif Berdasarkan Salamanca Statement and Framework for Action on Special Needs Education (1994), kebanyakan sistem pendidikan berprestasi tinggi sudah pun mengamalkan pendekatan inklusif untuk pendidikan khas. Pernyataan ini menyebut bahawa murid keperluan khas perlu mendapat akses kepada sekolah arus perdana. Sekolah arus perdana yang berorientasikan pendidikan inklusif ini merupakan cara yang terbaik untuk mengatasi masalah diskriminasi, mewujudkan komuniti yang lebih terbuka terhadap pendidikan khas, dan masyarakat inklusif. Artikel 28 Akta Orang Kurang Upaya Malaysia 2008 menegaskan bahawa murid

berkeperluan khas perlu diberikan sokongan bagi membantu mereka mencapai kesamarataan dalam pendidikan. Berdasarkan amalan terbaik peringkat antarabangsa dan dasar sedia ada, Kementerian komited untuk menambah bilangan murid berkeperluan khas dalam model pendidikan inklusif, dan meningkatkan kualiti keseluruhan seperti yang diperuntukkan. Kementerian akan melaksanakan beberapa siri inisiatif untuk mencapai objektif ini. Gelombang 1 memberikan tumpuan kepada pengukuhan program sedia ada. Gelombang 2 memberikan tumpuan kepada peningkatan inisiatif, dan penambahan jumlah pakar bagi menangani pertambahan jumlah murid kurang upaya dan juga pelbagai jenis keperluan. Gelombang 3 menilai inisiatif yang dijalankan dan menggabungkan inisiatif yang berjaya. Dalam melaksanakan inisiatif ini, Kementerian akan menjalinkan kerjasama dengan organisasi seperti Southeast Asian Ministers of EducationOrganisation Regional Centre for Special Education (SEAMEO-SEN).

7.0

Jawatankuasa Program Inklusif Ppki 2013 PENGERUSI EN. ROSLAN BIN KECHIL (GURU BESAR SK Batu Kikir)

NAIB PENGERUSI PN. RUBITA BT MOHD ISA (PENYELARAS PPKI)

SETIAUSAHA PN. NORERMYLIA BT MOHAMED ASMUNI (SETIAUSAHA PROGRAM INKLUSIF PPKI)

BENDAHARI PN NORHAINI BT ABDUL MAJID

(GURU MATEMATIK PPKI)

AJK PN. HARLIZA BT HASSAN ( GURU BAHASA MELAYU & SAINS ) PN. HJH PUTERI KHURSIAH BT MANSOR ( GURU BAHASA INGGERIS ) EN. NOR AZAMAN BIN MOHAMED ( GURU MATEMATIK ) CIK WAN RABIEATUL ADAWIAH BT MIOR OTHMAN (GURU MATEMATIK PPKI) PN. NIK MASAAYU BTMOHAMAD (GURU PENDIDIKAN ISLAM PPKI) 7.1 Tenaga pengajar

Peranan dan tanggungjawab Guru pendidikan khas (guru pembimbing) dan Guru mata pelajaran dalam menjayakan Program Pendidikan Inklusif (PPI) adalah:

Bersama merancang pengajaran dan pembelajaran secara kolaboratif Merancang dan melaksanakan penilaian. Dedikasi dan komitmen yang tinggi. Layanan dan bimbingan yang adil.

7.2

STRATEGI PELAKSANAAN PROGRAM INKLUSIF 2013

AKTIVITI Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan oleh guru-guru sepanjang masa Kelas tambahan dan bimbingan selepas waktu

TUJUAN Murid belajar dan guru mengajar/membimbing

TINDAKAN Semua guru pendidikan khas dan jawatankuasa program inklusif.

CATATAN April November

Memudahkan proses P&P yang terancang

Semua guru pendidikan khas dan jawatankuasa program inklusif.

April September

persekolahan dan semasa cuti penggal Motivasi Kecemerlangan Diri serta Teknik Pengurusan Masa yang maksimum Perjumpaan bersama ibu bapa / penjaga dan waris murid-murid (2x) Latihan latih tubi menjawab soalan format UPSR, soalan percubaan negeri dan pelbagai sumber Bengkel Teknik Menjawab dan pemberian markah dalam semua subjek UPSR Pemberian Hadiah dan Ganjaran hasil keputusan ujian Meningkatkan motivasi serta kesungguhan murid Jawatankuasa kecemerlangan UPSR dan PIBG Ogos, November Murid mendapat pendedahan awal teknik pemberian markah Jawatankuasa kecemerlangan UPSR, Jawatankuasa Pendidikan Khas Mac Murid-murid akan didedahkan dengan pelbagai bentuk dan format soalan Semua guru pendidikan khas dan jawatankuasa program inklusif. April September Mendapat maklumat dan perkembangan prestasi murid-murid Mengenal pasti potensi diri dan kesedaran untuk kecemerlangan Guru Besar dan unit bimbingan dan kaunseling, jawatankuasa Pendidikan Khas Semua guru pendidikan khas dan jawatankuasa program inklusif. April, Julai April

Majlis Bacaan Yasin/Solat Dhuha/Solat Hajat (setiap Jumaat) dan Majlis Bacaan Yasin/Solat Hajat Perdana Khemah Ibadah dan Perkampungan UPSR

Memohon hidayah, petunjuk serta keizinan dari Yang Maha Esa

Guru Besar, Jawatankuasa kecemerlangan UPSR dan PIBG Jawatankuasa pendidikan khas

September

Kesedaran dalaman dan pertambahan ilmu

Jawatankuasa kecemerlangan UPSR, Unit Bimbingan dan Kaunseling, PIBG

Mei

Lain-lain aktiviti yang bersesuaian dari semasa ke semasa untuk kecemerlangan UPSR 2013

Meletakkan prestasi sekolah pada tahap maksimum

Guru Besar, jawatankuasa pendidikan khas dan PIBG

7.2.1

Proses Melaksanakan Strategi

BIL 1.

AKTIVITI Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan oleh guru-guru Pengagihan murid mengikut potensi pencapaian akademik

STRATEGI PERLAKSANAAN Membimbing murid dengan pelbagai kaedah dan pendekatan Guru-guru menggunakan pendekatan yang sesuai mengikut potensi muridmurid. Kelas dijalankan pada

TEMPOH Sepanjang masa P&P di dalam kelas Sepanjang tahun

2.

3.

Kelas tambahan dan

Febuari hingga

bimbingan selepas waktu persekolahan dan semasa 4. cuti penggal Motivasi Kecemerlangan Diri serta Teknik Pengurusan Masa yang maksimum 5. L atihtubi menjawab soalan format UPSR, soalan percubaan negeri dan 6. berbagai sumber Bengkel Teknik Menjawab dan pemberian markah dalam semua subjek UPSR

pukul 1.00 hingga 2.00 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat. Dijalankan 2 kali di mana guru kaunseling akan dijemput.

September

Februari dan Mei

Mendedahkan muridmurid dengan pelbagai bentuk soalan dan perbincangan. Penumpuan kepada teknik menjawab soalan dan teknik mendapat markah terbaik. Guru pakar dan guru pemeriksa kertas akan dijemput. Murid-murid yang mendapat keputusan terbaik pada setiap ujian bulanan dan peperiksaan akan diberikan ganjaran sebagai motivasi. Setiap pagi Jumaat mulai 27/1/2012 akan diadakan bacaan yasin/solat hajat/solat dhuha di bawah pimpinan ustaz jemputan. Murid-murid akan diserapkan dengan program kerohanian dan jati diri untuk kekuatan mental dan fizikal. Program akan dijalankan

Sepanjang tahun

Mac, April dan Mei

8.

Pemberian Hadiah dan Ganjaran hasil keputusan ujian

Sepanjang tahun

9.

Majlis Bacaan Yasin/Solat Dhuha/Solat Hajat (Setiap Jumaat) dan Majlis Bacaan Yasin/Solat Hajat Perdana

Sepanjang tahun

10.

Khemah Ibadah dan Perkampungan UPSR

April

di luar sekolah selama 3 11. Lain-lain aktiviti yang bersesuaian dari masa ke semasa untuk kecemerlangan UPSR 2012 Hari 2 Malam. Program Anak Angkat antara semua guru-guru SK Batu Kikir dan muridmurid Tahun 6. Sepanjang tahun

7.2.2

Strategi Pelaksanaan

Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah banyak bergantung kepada corak interaksi guru dengan murid, murid dengan murid dan murid dengan bahan pengajaran. Bagi memenuhi keperluan murid berkeperluan khas yang berada di dalam kelas, guru mata pelajaran akan membuat penyesuaian. Keadaan ini akan mengubah corak interaksi sedia ada dan sebaliknya memberi kesan kepada murid-murid normal pula. Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif (PPI) akhirnya, tidak memberi apa-apa kesan positif kepada murid berkeperluan khas. Malang sekali jika murid-murid normal turut rasa tergugat dan menganggap program ini telah memberi kesan negatif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran mereka (Gargiulo, R.M. 2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, yang dirancang Kementerian Pelajaran Malaysia sedang ke arah meningkatkan PPI di kalangan murid-murid berkeperluan khas, maka satu garis panduan yang menyeluruh perlu dijalankan terhadap semua faktor yang mempengaruhi pelaksanaan program tersebut. 8.0
1. 2. 3. 4. 5.

Kemudahan asas untuk pelajar khas (logistik) Kerusi meja seperti pelajar-pelajar normal. Buku Teks mengikut kemampuan tahap KKBP Bahan-bantu mengajar boleh diubah suai oleh guru resos dan Jawatankuasa akademik. Bahan rujukan/peralatan tambahan - atas kebijaksanaan/ inisiatif pihak sekolah. Bilik resos - perlu diadakan untuk tujuan sesi bimbingan dan khidmat bantu dan kaunseling.

8.2 Pengurusan
1.

Menyelenggara alat bantu dengar berfungsi dengan baik

2. 3.

Memastikan semua murid memakai alat bantu dengar Merakam program siaran TV Pendidikan untuk digunakan mengikut jadual waktu yang sesuai

4.

Bekerjasama dengan guru lain di sekolah dan agensi luar untuk membantu murid bermasalah pendengaran dari segi hal ehwal kebajikan dan kesihatan

5.

Mengadakan kolaborasi dengan pihak luar dalam menyalurkan maklumat, pendidikan dan pengetahuan kepada murid bermasalah pembelajaran.

9.0 Khas

Badan-badan Kerajaan dan Bukan Kerajaan yang Terlibat dengan Pendidikan

Pusat Latihan Jabatan Kebajikan Masyarakat Menyediakan perkhidmatan jagaan, pemulihan, latihan serta peluan pekerjaan kepada orang kurang upaya. Terdapat 11 buah institusi orang kurang upaya seperti di bawah:Taman Sinar Harapan (TSH) i. Pengenalan TSH Taman Sinar Harapan merupakan institusi yang dikhaskan untuk orang kurang upaya masalah pembelajaran yang memerlukan penjagaan, latihan, pemulihan dan perlindungan. Terdapat 7 buah Taman Sinar Harapan yang beroperasi di Malaysia. ii. Objektif

Memberi jagaan, perlindungan dan pemulihan kepada orang kurang upaya bermasalah pembelajaran yang terbiar, yatim piatu, tidak mempunyai penjaga dan yang memerlukan latihan pemulihan.

Memberi latihan pengurusan diri atau latihan aktiviti kehidupan seharian supaya mereka ini dapat melakukan sendiri tanpa bantuan dari orang lain.

Memberi latihan pra-vokasional supaya mereka boleh hidup berdikari. Memberi peluang kepada mereka untuk berinteraksi atau bergaul dengan kawan-kawan,

masyarakat atau orang lain melalui aktiviti-aktiviti sosial dan sebagainya.

Memberi latihan kemahiran sosial dan mendapatkan kerjasama dari badan-badan sukarela bagi tujuan integrasi dengan masyarakat.

Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi (PLPP) i. Pengenalan PLPP Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi adalah sebuah institusi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang memberikan perkhidmatan kepada orang kurang upaya anggota (OKU) melalui latihan vokasional serta pemulihan perubatan. ii. Objektif

Memberikan perkhidmatan yang komprehensif kepada OKU anggota untuk mendapatkan latihan vokasional dan pemulihan perubatan.

Mengembalikan kemahiran yang telah hilang akibat kemalangan bagi meningkatkan kemampuan mereka bekerja dan berdikari.

Mengambil langkah awal untuk pemulihan bagi mengelakkan kurang upaya menjadi bertambah teruk.

Menyediakan tempat perkhidmatan sebagai rujukan dan sumber latihan penuntut perubatan, jurupulih, juruteknik prostetik dan ortotik serta lain-lain kakitangan yang memerlukan.

Menjadi tempat rujukan untuk menjalankan kajian berkaitan OKU.

Pusat Harian Bukit Tunku i. Pengenalan Pusat Harian ini telah dibuka dengan rasminya pada 6 Jun 1989 oleh Y.B. Datuk Mustaffa bin Mohamad, Menteri Kebajikan Masyarakat Malaysia. Menerima kemasukan kes-kes pesakit jiwa yang telah menjalani rawatan perubatan di Hospital Permai di Johor Bahru, Hospital Bahgia di

Tanjung Rambutan, Hospital Besar di Kuala Lumpur bagi menjalani rawatan pemulihan yang disediakan di Pusat Harian Bukit Tunku supaya pesakit-pesakit ini dapat diserapkan lebih awal ke dalam masyarakat. ii. Objektif

Untuk membantu mengembalikan keupayaan atau kebolehan yang boleh menolong mereka untuk hidup lebih bebas di dalam masyakat.

Untuk menyedari keupayaan dan kebolehan seseorang pesakit jiwa dan memupuk keupayaan atau kebolehan tersebut.

Untuk mempertingkatkan tanggungjawab pesakit jiwa terhadap dirinya dan juga terhadap orang lain.

Untuk membimbing pesakit jiwa mengenai penyesuaian dalam kehidupan harian mereka.

Selain Kementerian Pendidikan, pendidikan khas juga dikendalikan oleh pelbagai organisasi, persatuan dan badan-badan sukarelawaan. Badan Bukan Kerajaan atau NGO (NonGovernmental Organisations), ditubuhkan oleh masyarakat setempat dan wujud di meratarata tempat di negara kita. Peristiwa Tahun Antarabangsa Orang-orang Cacat pada 1986 telah membuka mata pelbagai pihak terhadap pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Ekoran daripada itu berbagai-bagai aktiviti dilaksanakan bagi menyedarkan ibu bapa dan masyarakat tentang halhal berkaitan dengan kanak-kanak berkeperluan khas. Selepas tahun tersebut, bilangan kanakkanak berkeperluan khas yang berdaftar di pusat tertentu serta guru pendidikan khas telah bertambah, yang memperlihatkan kesedaran pelbagai pihak terhadap keperluan pendidikan kepada golongan ini. Antara Badan Bukan Kerajaan yang terlibat dengan penyediaan pendidikan khas ialah:

Persatuan Kanak-kanak Spastik (Spastic Childrens Assocation) yang menyediakan intervensi awal untuk kanak-kanak kerencatan mental di antara umur 2-16 tahun. Pada masa ini terdapat kira-kira kanak-kanak spastik 210 dari umur 1 hingga 18 menerima terapi pendidikan dan latihan pemulihan di pusat itu. Satu lagi kira-kira 30 orang dewasa spastik

bekerja di bengkel terlindung. Terdapat beberapa kemudahan di Pusat Spastik untuk menyediakan pengangkutan percuma, pendidikan dan rawatan (termasuk fisioterapi, terapi pertuturan dan terapi pekerjaan) kepada kanak-kanak spastik. Antara kemudahan ini termasuk klinik, bilik darjah, kolam hidroterapi, dapur latihan, makmal komputer, perpustakaan, bilik muzik, bas, kedai-kedai, peralatan latihan sukan khas dan dewan serbaguna. Terapi lain termasuk hidroterapi, Hippotherapy (menunggang untuk orang kurang upaya) dan rhizotomy posterior selektif.

Pusat Bimbingan Sinaran Matahari yang mengajar kanak-kanak berkeperluan khas kemahiran hidup serta kemahiran sosial. Bagi kanak-kanak pendidikan khas, pengurusan diri merupakan satu keperluan asas untuk menguasai bidang-bidang kemahiran lain.Perkara ini penting untuk menentukan penguasaan bidang-bidang lain diperoleh dengan lebih lancar dan sempurna. Latihan dan kemahiran perkembangan sosial, hidup berkeluarga, penjagaan diri, perkembangan peribadi dan pengurusan rumah tanggaperlu diajar kepada murid bermasalah pembelajaran. Komponen Pengurusan Diri dibina dengan tujuan melatih murid agar berkemahiran dan mampu hidup berdikari.

Pusat Harian Kanak-Kanak Istimewa yang terlibat dengan intervensi awal bagi kanakkanak di antara 0-6 tahun serta kemahiran hidup untuk kanak-kanak di antara umur 6-16 tahun. Pusat ini bertujuan untuk memberi penekanan dalam mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid dan seterusnya memberi pengukuhan kepada tingkah laku positif yang sedia ada. Ia juga bertujuan melatih kanak-kanak mengurus emosi dan membina keyakinan diri supaya dapat disesuaikan dalam kehidupan bermasyarakat. Aspek-aspek keselamatan diterapkan bagi membantu murid mengenal pasti perkara-perkara yang membahayakan diri sendiri, orang lain, komuniti dan masyarakat. Ini akan meningkatkan tahap kesediaan belajar kanak-kanak serta memupuk sikap positif terhadap pembelajaran.

Yayasan Sindrom Down Kiwanis (Kiwanis Down Syndrome Foundation) yang komited kepada kebajikan kanak-kanak sindrom down dan tumpuan ialah kepada kanak-kanak di bawah 6 tahun. Kini Yayasan ini mengendalikan enam pusat pendidikan untuk kanak-kanak sindrom down di merata tempat dalam Malaysia. Pusat ini memang komited terhadap kebajikan anak Sindrom Down. Fokus utamanya ialah pembelajaran dan pendidikan anak Sindrom Down yang berumur enam tahun ke bawah. Antara aktiviti KDSF ialah memberi

kaunseling kepada keluarga anak Sindrom Down serta pengetahuan kepada umum tentang masalah genetik ini. Yayasan ini juga mempunyai pusat sumber yang komprehensif tentang Sindrom Down serta alat bantuan pendidikan khas. Ia juga memberi latihan kepada pengajar pendidikan khas selain daripada melakukan pembaikan dalam program pendidikan khas. 10.0 Isu semasa dalam Pendidikan Inklusif

1.Kurang mendapat kerjasama dari pihak pentadbir dan guru-guru perdana kerana tidak memahami perjalanan program inklusif tersebut. Kebanyakan mereka gagal memahami sikap dan kelemahan murid Inklusif dan menganggap sebagai satu beban dalam kelas. 2.Kurang pengetahuan terhadap potensi murid dan cara mengatasi masalah bila bersama dengan murid-murid Inklusif. 3.Sikap ibu bapa dan penjaga yang tidak menunjukkan kesungguhan dan mengambil tahu perkembangan anak-anak mereka. 4.Penerimaan rakan sebaya dalam kelas yang mungkin memandang rendah dengan kebolehan murid Inklusif. 5.Kesuntukan masa untuk member tumpuan yang lebih kepada murid Inklusif dan dalam usaha untuk menghabiskan sukatan. Beban guru akan bertambah yang akan menimbulkan stress di kalangan guru

11.0

Sokongan daripada pelbagai pihak.

11.1 DEFINISI DAN KONSEP Khidmat sokongan sebagai satu gaya perhubungan secara langsung sekurang-kurangnya antara dua k interaksi kumpulan yang ersetuju dalam membuat keputusan untuk mencapai matlamat yang sama(Cook & Friend, 1991). Sher dan Baur (1991) khidmat sokongan sepenuhnya merangkumi interaksi setiap anggota di sekolah yang melibatkan antara guru dengan ibu bapa murid-murid khas, guru, ibu bapa dan murid lain dalam kelas biasa. Kefahaman tentang murid-murid khas bukan hanya dapat membantu pihak sekolah membantu mereka tetapi juga menghargai kewujudan mereka sebagai sebahagian daripada anggota sekolah.

11.3 JENIS-JENIS KHIDMAT SOKONGAN a) Perkhidmatan Audiologi b) Perkhidmatan Terapi Pertuturan c) Perkhidmatan Pediatrik d) Perkhidmatan Neurologi e) Perkhidmatan Oftomologi f) Perkhidmatan Sosial dan Kerjaya g) Perkhidmatan Pendidikan

11.4 Peranan Ibu Bapa / Penjaga a) Ibu bapa sebagai penyebab anak mempunyai cirri-ciri ketidakupayaan. b) Ibu bapa sebagai pengasas pertubuhan dan organisasi ibu bapa. c) Ibu bapa sebagai pembentuk program pendidikan dan perkhidmatan. d) Ibu bapa sebagai penerima keputusan daripada professional. e) Ibu bapa sebagai guru kepada anak-anak mereka. f) Ibu bapa sebagai pembela melalui political. g) Ibu bapa sebagai pembuat keputusan dalam pendidikan. h) Ibu bapa sebagai perlaku kerjasama

11.5 Peranan Komuniti a) Mengetahui hak dan kepentingan perkembangan kanak-kanak berkeperluan khas. b) Memberi sokongan, bersosial dan menikmati kehidupan yang sama dengan kanak-kanak lain.

c) Kolaborasi dengan kumpulan pelbagai disiplin untuk mendapatkan informasi mengenai ciri ciri ketidaupayaan. d) Menyediakan perkhidmatan yang bersesuaian dengan keperluan kanak-kanak berkeperluan khas. e) Sebagai rujukan untuk sesuatu keputusan dan perlaksaan intervensi

11.6

Pengetua/Guru Besar

Pengetua/Guru Besar perlu menitikberatkan menitikberatkan perkara ini dan mengambil langkah-langkah berikut untuk menjamin pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif dikelolakan dengan sempurna. (a) Mempengerusi Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif sekolah (b) Mempastikan Guru pendidikan khas (guru pembimbing). yang dilantik adalah terdiri daripada personalia terlatih dalam bidang Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran. (c) Mempastikan Guru pendidikan khas (guru pembimbing). melaksanakan senarai tugas

serta mengguna Garisan Panduan Program Pendidikan Inklusif di Program Pendidikan Khas Integrasi secara optimum. (d) Mempastikan Guru pendidikan khas (guru pembimbing). menumpukan segala tenaga, kemahiran dan kepakarannya ke arah meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. (e) Guru pendidikan khas (guru pembimbing). hendaklah membimbing murid khas

mengikut matapelajaran tertentu. Keutamaan mestilah diberi kepada matapelajaranmatapelajaran teras. (f) Jadual Waktu Pendidikan Khas mestilah disesuai dan diselaraskan dengan perjalanan

Jadual waktu aliran perdana mengikut keperluan. (g) Membuat pemantauan Program Pendidikan Inklusif.

12.0

Isu semasa dalam Pendidikan Inklusif

1. Kurang mendapat kerjasama dari pihak pentadbir dan guru-guru perdana kerana tidak memahami perjalanan program inklusif tersebut. Kebanyakan mereka gagal memahami sikap dan kelemahan murid Inklusif dan menganggap sebagai satu beban dalam kelas. 2. Kurang pengetahuan terhadap potensi murid dan cara mengatasi masalah bila bersama dengan murid-murid Inklusif. 3. Sikap ibu bapa dan penjaga yang tidak menunjukkan kesungguhan dan mengambil tahu perkembangan anak-anak mereka. 4. Penerimaan rakan sebaya dalam kelas yang mungkin memandang rendah dengan kebolehan murid Inklusif. 5. Kesuntukan masa untuk member tumpuan yang lebih kepada murid Inklusif dan dalam usaha untuk menghabiskan sukatan. Beban guru akan bertambah yang akan menimbulkan stress di kalangan guru. 12.0 Syor Pihak pentadbiran Sek. Keb. Batu 29 adalah dipohon untuk mempertimbangkan dan meluluskan cadangan pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif (PPI) supaya ia dapat dilaksanakan dengan sistematik dan berkesan.

13.0 Rumusan Cadangan/garis panduan ini adalah satu usaha untuk melihat pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif (PPI) murid berkeperluan khas. Kejayaan pelaksanaan program yang bakal dijalankan di sekolah ini adalah berdasarkan ciri-ciri yang telah disenaraikan. Usaha yang berterusan perlu bagi memastikan program ini dapat dijalankan dengan teratur dan berjaya. Kita dapat meningkatkan murid-murid berkeperluan khas ini dari satu liabiliti menjadi satu aset yang penting dan berguna kepada Negara di mana mereka boleh menjadi modal insan yang

gemilang satu hari nanti. Pihak sekolah terutamanya di bahagian pentadbiran seharusnya menyokong penuh usaha yang dilakukan oleh guru-guru dalam membantu membimbing murid-murid berkeperluan khas ini untuk berdikari dan meneruskan pembelajaran mereka bersama-sama dengan murid yang normal. Keyakinan mereka perlu dibina daripada sekarang agar mereka tidak berasa tersisih dengan kekurangan diri mereka. Guru seharusnya memainkan peranan yang penting dalam meneruskan perkembangan pembelajaran seseorang murid pendidikan khas.

Disediakan oleh : oleh :

Disemak oleh :

Disahkan

......................... .........
(PN. NORERMYLIA MOHAMED ) (EN. ROSLAN BIN KECHIL

.........
(PN. RUBITA BT MOHD ISA)

Anda mungkin juga menyukai