Anda di halaman 1dari 8

MINIT MESYUARAT KURIKULUM KALI PERTAMA 2009

SEK. MEN. KEB. TANAH PUTIH KUANTAN

Tarikh : 10hb. Januari 2009

Masa : 8.30 pagi

Tempat : Bilik BTV 2 (Blok A)

Jumlah kehadiran : 53 orang

Ketidakhadiran:

1. Encik Rangasamy A/L Muthusamy (bersebab)

2. Puan Yip Wai Lin (bersebab)

3. Puan Yin Yoke Chan (bersebab)

4. Puan Rohana Asmawi (bersebab)

Agenda:

1. Ucapan Alu-aluan Pengerusi.

Pengerusi mengucapkan selamat pagi dan selamat datang kepada AJK


kurikulum. Perkara utama yang akan dibincangkan ialah rancangan panitia sesi
2009 dan post mortem peperiksaan PMR.

2. Pengesahan Minit Mesyuarat.

2.1 Cadangan : Puan Ezmah @ Hasanah Mahmud

2.2 Disokong : Puan Nurshuhadah bt Mohammad

3. Perkara Berbangkit:

3.1 Perbelanjaan tahunan panitia 2008 telah habis dibelanjakan.

1
3.2 Penyelaras tingkatan dapat melicinkan proses kemasukkan data ujian 2008

3.3 Kehadiran pelajar untuk menjalankan aktiviti kokurikulum hendaklah


dicatatkan (5.1)

3.4 Program Pra SPM (5.2) hendaklah dirancang lebih awal pada tahun 2009.

3.5 Hari Karnival telah dirancang akan diadakan pada hujung sesi pertama.

3.6 Penjimatan penggunaan elektrik dan penggunaan kertas reso atau fotostat.

3.7 (5.3) Penetapan pelajar tingkatan 4 telah dijalankaan dengan lancar oleh
Encik Chan Seng Fook. Beliau juga telah dapat menyelesaikan masalah
pelajar yang ingin memilih kelas dengan mewujudkan sebuah kelas Prinsip
Akaun dan mengurangkan satu kelas sastera. Puan Zuraidah bt Ahmad,
selaku Penyelaras SPBT inginkan kepastian bilangan pelajar kelas Prinsip
Akaun untuk mengagihkan buku teks.

3.8 (5.4) Puan Lee Nyit Fong telah membuat penyusunan semula kelas tingkatan
3 pada tahun 2009 ini.

4. Post Mortem Analisis Peperiksaan PMR 2008.

4.1 Analisis Keputusan PMR 2008 (Berdasarkan GPMP dan GPS)

Gred/ Mpel Jum. Bil. Bil. Bil. Bil. Bil. GPMP/ T/R
Calon A B C D E GPS
B. Malaysia 428 61 157 73 95 37 2.71 5
B.Inggeris 428 66 114 75 81 88 3.00 4
Sejarah 428 80 71 73 145 55 3.03 4
Geografi 428 71 64 100 134 55 3.06 4
Matematik 428 183 63 55 91 32 2.33 4
Sains 428 125 77 52 118 50 2.70 6
K. Hidup 1 293 90 58 98 43 4 2.36 0
K. Hidup 2 135 48 29 43 14 1 2.19 0
Pen. Islam 95 14 30 21 19 9 2.72 2
B. Cina 309 83 78 39 70 37 2.66 2
B. Tamil 6 1 1 3 2 1 3.50 0
Jumlah 3406 822 743 632 812 369 2.73
Bil x Gred 822 1485 1894 3248 1845 14048
2

2
4.2 Peratus keseluruhan bagi semua kertas / mata pelajaran

A 24.10% E 10.83%

B 21.79%

C 18.53%

D 23.84%

Gred Purata Sekolah (GPS) ialah 2.73. Kedudukan sekolah berdasarkan GPS
ialah tangga ke 17 dan tangga ke 11 berdasarkan kecemerlangan. Secara
keseluruhan terdapat peningkatan dalam beberapa mata pelajaran. Target PPD
pada tahun 2009 ini sebanyak 5% peningkatan dalam semua mata pelajaran
berdasarkan anggaran bilangan pelajar seramai 402 orang. Peratus lulus yang
diharapkan pada tahun ini meningkat kepada 74 % daripada 69 %. Manakala
target GPS pula daripada 2.75 kepada 2.25 (2009).

4.2 Jika dibandingkan dengan keputusan PMR 2007,pencapaian PMR 2008


amat membanggakan kerana ada peningkatan dari segi peratus dan kualiti.
Bilangan pelajar yang mendapat semua A telah meningkat kepada 27 orang.

5. Laporan Ketua Panitia.

5.1 Bahasa Melayu.

Terdapat peningkatan sebanyak 3.29 % berbanding dengan tahun


sebelumnya. Antara perancangan untuk meningkatkan prestasi tahun 2009
ialah guru-guru Bahasa Melayu akan mengenalpasti para pelajar yang tidak
tahu membaca, mengadakan kelas intervensi,mewujudkan kelas pemulihan
pada bulan Mac dan ceramah teknik menjawab serta program Pra PMR.
Selain itu Program Seuntai Kata Seindah Bahasa akan diteruskan.
Pengetua mencadangkan agar para pelajar tingkatan 3 yang sangat lemah
akan diturunkan ke kelas tingkatan 2 selama sebulan, begitu juga para
pelajar tingkatan 5 yang sangat lemah diturunkan ke kelas tingkatan 4
selama sebulan. Tujuannya adalah untuk memberi kesedaran dan semangat
kepada pelajar untuk berubah.

5.2 Bahasa Inggeris

3
Bilangan pelajar yang memperoleh A telah meningkat berbanding dengan
tahun 2007. Antara perancangan panitia ialah memberi penekanan kepada
Kertas 1 iaitu 40 soalan objektif. Meneruskan kelas pemulihan seperti biasa.
Memaksimumkan penggunaan buku latihan dan buku kerja. Program Learn A
Word A Day diteruskan walaupun hanya kelas baik sahaja yang memberi
sambutan . Pengetua mencadangkan supaya guru-guru Bahasa Inggeris
mengenalpasti para pelajar yang pandai Bahasa Inggeris untuk menjayakan
program ‘Spell-it-right’.

5.3 Sejarah

Ketua Panitia Sejarah merancang untuk mengadakan program kelas


tambahan dan pemulihan. Selain itu menjalankan bengkel menjawab soalan
kepada para pelajar tingkaan 3 disamping meneruskan Program Pra PMR.
Malahan program memperkenalkan istilah sejarah akan ditampal di papan
kenyataan.Kursus Dalaman untuk guru-guru akan diadakan untuk
memantapkan pengetahuan mereka. Pengetua mencadangkan agar kelas
tambahan di awalkan dan beliau akan mengambil tindakan tegas terhadap
pelajar yang tidak hadir ke kelas tambahan dan pemulihan.

5.4 Geografi

Bilangan A telah meningkat berbanding tahun 2007. Cadangan ketua panitia


ialah mengadakan kelas tambahan lebih awal. Disamping itu panitia akan
membuat modul untuk pelajar cemerlang dan pelajar yang berpotensi lulus.
Pengetua mengharapkan agar guru-guru geografi memberi perhatian kepada
pelajar yang lemah dan gagal.

5.5 Matematik

Terdapat peningkatan yang baik dalam keputusan PMR 2008. Panitia telah
mensasarkan 94.0% kelulusan tahun 2009 dan seramai 200 orang akan
memperoleh A. Perancangan yang dicadangkan ialah menghabiskan
Sukatan Pelajaran lebih awal supaya dapat membuat ulangkaji yang
mencukupi. Disamping mengadakan kelas pemulihan untuk memantapkan
lagi penguasaan para pelajar terutama pelajar lemah. Menyediakan modul

4
soalan seperti soalan topikal dan soalan peperiksaan tahun-tahun lepas.
Juga Bengkel Kecemerlangan pada masa cuti penggal pertama akan
diadakan. Kursus Dalaman akan diadakan untuk guru-guru yang tidak pernah
menanda PMR.

5.6 Sains

Menunjukkan peningkatan yang baik dalam keputusan PMR 2008. Panitia


akan mengenalpasti para pelajar yang berpotensi dan menyediakan modul
untuk mereka. Bagi guru-guru pula akan diadakan Kursus Dalaman terutama
bagi guru-guru tingkatan 1 dan 2. Panitia mensasarkan bilangan A tahun ini
sebanyak 150 orang dan peratus kelulusan sebanyak 90 %.

5.7 Kemahiran Hidup

Antara perancangan yang dicadangkan ialah menyediakan modul bagi para


pelajar yang cemerlang dan yang berpotensi lulus, iaitu modul PMR bagi
pelajar cemerlang dan modul khas bagi yang berpotensi lulus. Seterusnya,
menghabiskan Sukatan Pelajaran lebih awal iaitu pada bulan Jun (6) dan
mengulangkaji pada bulan Julai (7). Menyelesaikan kerja kursus dalam masa
yang ditetapkan. Panitia mensasarkan kelulusan 100 % dan bilangan
memperoleh A sebanyak 40 %.

5.8 Pendidikan Islam

Pencapaian agak menurun kerana 9 pelajar telah gagal. Kegagalan ini


disebabkan tidak hadir,tidak tahu membaca,dibuang sekolah dan masalah
guru. Selain itu skop terlalu luas. Antara cadangan untuk meningkatkan
prestasi ialah mengadakan kelas tambahan, kelas iqra’ dan projek gemilang
anjuran JPN. Panitia mensasarkan 20 orang memperoleh A dan 93 %
kelulusan pada tahun 2009.

5.9 Bahasa Cina

Antara perancangan ialah menambahkan bilangan penulisan esei, terutama


kelas lemah. Memberi penekanan penulisan kaligrafi iaitu satu masa
diperuntukkan untuk aktiviti penulisan kaligrafi itu. Mencatatkan laporan

5
membaca ke dalam buku catatan selain buku NILAM. Menggunakan papan
kenyataan untuk aktiviti pengukuhan tatabahasa. Begitu juga latihan
menjawab soalan-soalan peperiksaan daripada sekolah-sekolah lain.
Sasaran kelulusan sebanyak 92 % dan bilangan A seramai 100 orang tahun
2009.

5.10Bahasa Tamil

Panitia merancang program kelas tambahan dan pemulihan, latih tubi


menjawab soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas. Tahun 2009
seramai 3 pelajar sahaja dan sasaran kelulusan sebanyak 100 %.

6. PKKP ( Peningkatan Kurikulum Kemajuan Pendidikan)

6.1 Penggunaan borang yang sama seperti tahun 2008. Pelunjuran selama 5
tahun diadakan, PMR bermula dari tahun 2003 hingga 2008 dan SPM
bermula dari 2002 hingga 2007.

6.2 Perancangan Strategik. Setiap ketua panitia akan memasukkan segala


maklumat dalam excel. Folio A ialah keputusan dan unjuran 4 tahun dan Folio
B ialah ;swat’, carta gantt.

6.3 Ketua panitia dikehendaki melengkapkan ‘head count’. Terdapat beberapa


borang yang mesti diisi iaitu Ketua Panitia mengisi 3 borang, guru mata
pelajaran mengisi 2 borang, pentadbir mengisi 1 borang dan guru
peperiksaan satu borang.

7. Hal- hal lain

7.1 Pengetua memberitahu tentang Pertandingan Kecemerlangan Sekolah


seperti berikut:

a. PKKP

6
b. PPSMI

c. Infrastruktur bilik darjah

d. Infrastruktur makmal computer

e. Infrastruktur makmal sains

f. Infrastruktur bilik sains

g. Infrastruktur bengkel KH

Pengetua mengharapkan guru-guru bilik khas ini melengkapkan segala


infrastruktur dan mencadangkan sekolah masuk bertanding.Sekolah juga
telah merancang untuk menambah dana dengan cara mengadakan Hari
Karnival dan Jamuan Amal.Pihak sekolah akan masuk bertanding dalam
PPSMI.

7.2 Pengetua memberitahu tentang Pertandingan Guru Inovatif 2009 dan


Anugerah Gading Bersilang.

7.3 Rombakan Jadual Waktu akan diadakan selepas perayaan Tahun Baru
Cina,menurut Encik Chan Seng Fook.

7.4 Puan Lee juga mengatakan bahawa sesi petang juga akan melakukan
rombakan jadual waktu dan guru bukan opsyen terpaksa mengajar mata
pelajaran tertentu.

7.5 Puan Zuraidah ingin menyatakan bahawa pihak pentadbir menetapkan kelas
4M2 dari 1.05 hingga 1.40 petang kerana sesi petang telah bermula. Encik
Chan akan mengambil tindakan menetapkan kelas 4M2 di makmal atau BTV.

7.6 Pencerapan dan pemantauan oleh ketua bidang dan pengetua dengan cara
rondaan atau pemeriksaan buku latihan.

7.7 Pengetua memberitahu Ketua Panitia supaya mencatat nama guru yang
tidak hadir tanpa sebab mesyuarat panitia di dalam buku yang disediakan.

7.8 Pengetua juga akan menjalankan penyemakan buku yang dikutip secara
rambang sebanyak lima buah

7.9 Guru-guru yang tidak dapat hadir mesyuarat dikehendaki memaklumkan


kepada pengetua terlebih dahulu.

7
7.10Cik Fuziellah meminta ketua panitia memastikan ahli panitia menyerahkan
markah secepat mungkin untuk memudahkan penyelarasan memasukkan
markah dalam komputer.

7.11Pengetua memberitahu bahawa Pusat Sumber Sekolah telah mendapat 3


bintang sahaja kerana belum lengkap dari segi peralatan seperti komputer.
Beliau mengharapkan para pelajar memaksimumkan penggunaan pusat
sumber terutama semasa peperiksaan.

7.12Pengetua mengharapkan ketua panitia mengadakan mesyuarat pertama


secepat mungkin.

7.13Pengetua juga mengharapkan para guru melengkapkan buku rekod dan


register secepat mungkin dan mesti dimasukkan refleksi.

Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 11.30 pagi.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

-tt------------------------------- -----tt----------------------------

Pn Wan Bahiah bt Wan Nik En. Moy Wah Goon

Setiausaha Kurikulum SMKTP Pengetua SMKTP.

Anda mungkin juga menyukai