Anda di halaman 1dari 48

TUGASAN

: 1) 2)

PEMBENTANGAN PENULISAN ILMIAH

TAJUK : PENDIDIKAN SAINS AWAL DI PERINGKAT AWAL KANAK-KANAK

NAMA :

1) 2) 3) 4) 5)

CHRISTOPHER ANAK BARAT NOVIE ADILAH SONDIG TAI CHEN HIUNG NORHAFIZAH BT MANAN HISHAM JAIMIE

FAKULTI JABATAN TEMPAT SEMAKAN : : :

SENI DAN MUZIK PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL DEWAN TAMAN BERNAM 1 ENCIK KAMARUL AZMAN BIN ABD.SALAM

PENDIDIKAN KEMAHIRAN HIDUP DAN TEKNIKAL ( AT 31 ) Asuhan Dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SHV 4193)
Kumpulan 4 Tajuk : PENDIDIKAN SAINS AWAL DI PERINGKAT AWAL KANAK-KANAK
Tugasan berkumpulan Disediakan oleh:

Nama

No.matrik

Christopher anak barat Novie adilah sondig Tai chen hiung Norhafizah bt Manan Hisham Jaimie

D20071029848 D20071029835 D20071029859 D20071029846 D20071029876

Nama Pensyarah : EN. KAMARUL AZMAN B. ABD. SALAM

ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKA/SURAT

1.0 2.0 3.0 4.0 4.1

PENGENALAN DEFINISI SAINS AWAL DEFINISI KURIKULUM PENDIDIKAN SAINS AWAL KURIKULUM PERMATA Bidang Pembelajaran Perkembangan Deria/Sensori Dan Pemahaman Dunia Persekitaran Peringkat perkembangan Kanak-kanak (Pra-Sains) 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 Kanak-kanak Umur 0 hingga 6 bulan. Kanak-kanak Umur 7 hingga 12 bulan Kanak-Kanak Umur 1-2 Tahun Kanak-kanak Bagi Umur 2 hingga 3 Tahun Kanak-kanak Bagi Umur 3 hingga 4 Tahun KAJIAN LEPAS MENGENAI PENGAJARAN SAINS AWAL KANAK-KANAK.

4 6 9 12

12 12 16 21 25 29

5.0

34

6.0

KAJIAN LEPAS BERKAITAN PEMBELAJARAN SAINS AWAL KANAK-KANAK. 38 45

7.0 KESIMPULAN RUJUKAN dan BIBLIOGRAFI

1.0

PENGENALAN Istilah Pendidikan awal kanak-kanak meliputi umur yang mana dalam

lingkungan 0-4 tahun dan telah diwujudkan seawal tahun 2006 serta telah dimasukkan dalam akta Pendidikan 1996 mengikut peraturan-peratuaran kurikulum kebangsaan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Menurut Vyogtsky (1984), penerapan pendidikan awal sains seharusnya dimulakan pada peringkat lebih awal lagi. Hal ini adalah berkaitan dengan pendapat yang dikemukakan oleh Harlan & Jelly (1989) mengatakan bahawa matlamat pendidikan sains awal kanak-kanak dapat membentuk dan memupuk perkembangan dalam aspek pengetahuan dan kemahiran. Satu dasar telah ditetapkan dengan menyediakan kurikulum bagi Pendidikan awal kanak-kanak yang dikenali sebagai Kurikulum Permata. Kurikulum permata dirancang dengan mangambil kira semua aspek

perkembangan jasmani, rohani, mental dan emosi dan ia adalah berfokus kepada pembinaan kualiti individu kanak-kanak berumur 0-4 tahun. Penetapan Sains bagi kanak-kanak bermula dengan apabila mereka sedar mereka dapat belajar berhubung alam kehidupan mereka melalui tindakan dan perlakuan sendiri, seperti menuip belon ataupun buih sabun dan menambah blok binaan yang membuat binaan asas tidak stabil. Peluang-peluang mempelajari sains terdapat di pelbagai tempat dan keadaan contohnya, di dapur, di kawasan sekolah, di tepi kolam dan laut, di muzium, di zoo dan juga di tempat permainan yang disediakan. kita menggunakan ilmu sains bagi menjawab pelbagai soalan yang dikemukakan

oleh kanak-kanak. Pengetahuan sains membolehkan mereka memahami fenomena yang terdapat di sekeliling mereka. Sebagai bidang ilmu, sains membekalkan rangka konsep bagi

membolehkan kanak-kanak memahami alam sekeliling. Ilmu pengetahuan sains ini menjadi lebih bermakna apabila kanak-kanak dibantu menghubungkan fakta dan konsep, serta mengaitkan pembelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada. Proses ini membolehkan mereka memahami situasi dan maklumat baru. Pendedahan awal kanak-kanak ke atas sains adalah penting bagi

perkembangan konsep-konsep saintifik serta perkembangan intelek yang lain.

2.0 DEFINISI SAINS AWAL Umumnya, Sains boleh didefinisikan sebagai ilmu yang boleh menerang dan memahami sifat alam. Bidang sains mengandungi tiga aspek iaitu kognitif, konatif dan afektif. Menurut Joseph Abruscato (2000), sains adalah proses yang melibatkan kemahiran intelek dan manipulatif bagi mendapatkan maklumat berhubung alam semula jadi. Dengan kata lain,sains adalah pengetahuan yang diperolehi melalui aplikasi proses saintifik. Pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperoleh melalui pengalaman sains seharusnya dapat membantu kanakkanak memahami dan mencorakkan alam sekeliling. Oleh itu, pendedahan awal dalam sains penting bagi membolehkan kanak-kanak membina rasa

tanggunjawab dan prihatin serta rasa hormat pada alam sekitar. Interaksi positif yang dialami secara terus membantu peningkatan kanak-kanak dalam pembelajaran dan memperbaiki kualiti kehidupan dalam jangka masa panjang. Merujuk kepada pendidikan sains awal, ia menfokuskan dengan

perkembangan deria/ sensori dan pemahaman dunia persekitaran. Bidang pembelajaran ini lebih dikenali sebagai pra-sains. Definisi Sains awal adalah subjektif iaitu sains adalah sesuatu yang dilakukan oleh kanak-kanak setiap hari apabila mereka bertanyakan soalan, memerhati serangga, membuat ketulan ais, menunggang basikal, mengasah pensel ataupun memasang lampu. Dengan kata lain, sains adalah sesuatu yang berkaitan dengan persekitaran yang mana ia akan mewujudkan perasaan ingin tahu kanakkanak untuk meransang perkembangan kognitif dan deria mereka.

Menurut Johnston (1996), kanak-kanak pada umumnya bersifat ingin tahu atau inkuisitif. Kenyataan ini dibuktikan melalui soalan-soalan yang kerap kali ditanya dengan tujuan mendapatkan penjelasan dan kefahaman berhubung sesuatu yang menarik perhatian mereka. Soalan-soalan ini biasanya berkaitan dengan perkara yang dialami oleh kanak-kanak. Melalui proses ini, kanak-kanak akan cuba membina pengertian dan kefahaman berhubung dengan fonomena yang dialami. Proses Pendidikan Sains awal kanak-kanak pada peringkat awal

menekankan konsep pembelajaran aktif. Justeru, aktiviti-aktiviti yang dirancang adalah bercorak Hands-on yang mana ia dapat melibatkan kanakkanak secara aktif melalui interaksi dengan bahan-bahan pembelajaran.

Kanak-kanak belajar memahami sesuatu konsep dengan baik daripada pemerhatian, sentuhan, rasa dan manipulasi bahan bagi membina kefahaman saintifik. Pengetahuan sains awal yang diterapkan kepada kanak-kanak bermatlamat memberi pendekatan hands-on dalam pengajaran sains dengan memberi ruang dan peluang kanak-kanak membina kefahaman sendiri dengan bantuan guru. Harlan & Rivkin (1996), antara tujuan pendidikan sains adalah : Membantu meningkatkan perkembangan bahasa dan kemahiran kanakkanak.

Memberi peluang kepada kanak-kanak mengkaji perhubungan kesan dan akibat

Membantu kanak-kanak menguasai kemahiran berfikir secara kreatif, kritis, analitis dan sisitematik dalam membuat penakulan.

Membantu kanak-kanak membina dan menghayati sikap dan nilai murni.

3.0

DEFINISI KURIKULUM PENDIDIKAN SAINS AWAL KANAKKANAK Menurut Isaac Asimov (1994), Sains ialah cara kita berfikir dan melihat

dunia persekitaran kita. Sains adalah suatu proses eksperimen yang berterusan dan mencuba jawapan terhadap kejadian dan tidak balas yang berlaku di dalam persekitaran. Hasil keputusan kajian sentiasa berubah dan tidak tertumpu kepada satu jawapan sahaja. Keterbukaan berfikir ini perlu diterapkan kepada setiap kanak-kanak melalui pengajaran dan pembelajaran pendidikan sains awal kanak-kanak. Pengalaman sains dapat membantu kanak-kanak mengenali dan memahami persekitarannya. Secara semula jadi kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi. Maka mereka perlu diberikan peluang, galakan dan masa bagi memenuhi keperluan mindanya. Bagi memenuhi keperluan tersebut kanakkanak harus dibimbing dengan kaedah saintifik bagi menggalakkan mereka menyelesaikan masalah (Nani Menon & Rohani Abdullah, 2003). Umumnya, kanak-kanak cenderung mengetahui fakta berkaitan fenomena alam semula jadi, cuaca, haiwan, proses tumbesaran, manusia dan benda di persekitarannya. Setiap tingkah laku mereka adalah suatu proses eksperimen yang berlaku secara spontan setiap hari. Apabila mereka tersentuh objek, maka akan timbul beberapa soalan seperti Apa ini?, Bagaimana ia berfungsi?, Kenapa?. Tingkah laku ini adalah suatu proses siasatan saintifik. Pengalaman

ini

akan

menggalakkan

kanak-kanak

supaya

mahir

berfikir,

menyoal,

menyelesaikan masalah, membuat rumusan dan membina pengetahuan yang berasaskan pengalaman saintifik. Brewer, 1995 mengatakan bahawa sains adalah semua yang wujud di sekitar kita, tidak kira dimana kita berada. Pada kanak-kanak pra sains adalah pekara yang mereka hairan, rasa takjub, serta ingin tahu dan terokai. Sains adalah pemikiran dan perbuatan dan ia berlaku seiring. Sains adalah suatu proses memerhati, berfikir dan membuat perkaitan antara satu tindakan dan kesan atau kejadian dan peristiwa. Ia juga adalah sesuatu yang boleh menimbulkan rasa ingin tahu, minat dan proses penyelesaian masalah (Nani Menon & Rohani Abdullah, 2003). Dalam pendidikan awal kanak-kanak, proses sains adalah suatu pembelajaran yang dapat menggalakkan kanak-kanak memperoleh pengetahuan fakta sains, menggalakkkan minat ingin tahu, meneroka persekitaran, meramal, memerhati, menjalankan uji kaji dan membuat infrensi. Apabila kanak-kanak terlibat dalam aktiviti pembelajaran seperti meneroka dan mencuba-cuba, secara tidak langsung mereka akan terlibat dalam proses berfikir dan mendapat maklumat secara saintifik. Proses pengajaran dan pembelajaran bagi pendidikan sains awal kanakkanak sebaiknya disesuaikan dengan tingkat perkembangan kebolehan dan kemampuan kanak-kanak. Menurut Jean Piaget dalam teori perkembangan kognitif mengemukakan idea tentang pembentukan konsep kanak-kanak dan kecerdasan dengan mencadangkan bahawa penyelidik-penyelidik dapat belajar

10

mengikut kemampuan perkembangan intelek yang dialami oleh kanak-kanak dengan berterusan. Pemerhatian beliau terhadap kanak-kanak secara

berterusan termasuk pemeriksaan terhadap kesilapan anak-anak sendiri, maka beliau merumuskan bahawa wujud sistem logikal yang mudah dan teratur yang mendasari pemikiran kanak-kanak. Menurut Piaget, sistem-sistem ini adalah berbeza-beza daripada sistem logikal yang digunakan oleh orang dewasa. Untuk memahami perkembangan, sistem-sistem ini seharusnya diidentifikasi dan dibahagi mengikut cirri-ciri yang tersendiri. Piaget percaya fungsi kecerdasan adalah untuk membantu

menyesuaikan diri (adaptasi) adalah berdasarkan perkembangan kognitif yang dilihat bersama-sama dengan respon kompleks yang dialami terhadap persekitaran. Dengan meningkatnya pembelajaran dan kematangan kanakkanak, kedua-dua kecerdasan dan manifestasinya menjadi berbeza-beza (Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul Shukur, 2008).

11

4.0

KURIKULUM PERMATA

4.1

Bidang Pembelajaran Perkembangan Deria/Sensori Dan Pemahaman Dunia Persekitaran Peringkat perkembangan Kanak-kanak (PraSains) Dalam isi kandungan Kurikulum Permata, bidang sains awal terdapat

dalam bidang pembelajaran yang keempat iaitu bidang yang melibatkan pembelajaran perkembangan deria/sensori dan pemahaman dunia persekitaran peringkat perkembangan kanak-kanak dalam lingkungan 0 hingga 4 tahun. Berikut merupakan perincian setiap peringkat umur dalam lingkungan tersebut serta fokus yang diberi penekanan berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran dalam bidang ini.

4.2

Kanak-kanak Umur 0 hingga 6 bulan. Menurut Piaget, pada peringkat umur 0 hingga 6 bulan ini pemahaman

bayi tentang dunia ini berasaskan pada pergerakan spontan yang tidak dipleajari seperti menghisap, memegang dan melihat. Piaget memanggil corakcorak gerakan spontan ini sebagai skima-skima dalaman dan skima ini sentiasa berubah. Walaubagaimanapun, bayi dapat menyesuaikannya kepada

pengalaman-pengalaman baru yang dialami. Contohnya bayi yang berumur 2

12

bulan sudah mempunyai skima menghisap, lama-kelamaan dia akan belajar bahawa skima untuk menghisap puting botol susu berbeza dengan menghisap putting susu ibunya atau menghisap jari. Melalui cara ini, proses perkembangan kognitif berlaku kerana kanak-kanak mulai sedar bahawa penghisapanpenghisapan ini berbeza-beza dari segi cara dan gaya ( Jas Laile Suzana Jaafar, 1996). Menjelang usia 3 bulan, bayi sudah boleh mengangkat kepalanya apabila ditiarapkan serta mencapai benda yang dihulurkan kepadanya. Bayi juga sudah boleh memusingkan badannya dengan sendiri. Menjelang usia 4 bulan, bayi sudah mengenali tangan dan kakinya serta akan menghisap dan bermain dengannya. Pada usia 4 hingga 6 bulan, bayi semakin mahir mengawal kepala dan bahagian dada ketika meniarap. Di penghujung umur 6 bulan, bayi lebih matang dari segi emosinya dan dia akan mula menunjukkan emosi yang pelbagai dalam situasi yang berbeza. Bayi akan mula menunjukkan rasa terujanya dengan mengenjut badannya ke atas dan ke bawah dan seronok bila diagah. Bayi juga akan menangis apabila keperluaannya tidak dipenuhi. Bentuk pemikiran bayi adalah berdasarkan pada aktiviti sensori dan motor. Aktiviti sensori ialah pengalaman-pengalaman yang dikesan melalui lima deria manakala aktiviti motor diperolehi hasil gerak balas fizikal terhadap objek iaitu pengalaman semasa bermain atau merasa objek berkenaan. Pada peringkat perkembangan kanak-kanak umur 0 hingga 6 bulan ini sibuk mencari satu perhubungan antara tingkah laku mereka dan akibat-akibat yang akan terjadi apabila mereka menolak pinggan ke tepi meja. Melalui uji kaji-uji kaji ini

13

bayi mula memperoleh satu konsep bahawa diri mereka adalah satu identity yang berbeza dengan objek-objek lain serta belajar tentang karakteristikkarakteristik objek dan bagaimana ia berkaitan dengan satu sama dengan lain (Aminah Ayob et al. 2008).

Fokus Modul Umur 0 hingga 6 bulan Fokus modul pada peringkat perkembangan kanak-kanak umur 0 hingga 6 bulan dalam pra sains ini ialah memberi ransangan yang banyak supaya kanak-kanak dapat melihat dan menyesuaikan diri dan mengenali objek di persekitarannya melalui pancaindera. Intervensi yang dijalankan adalah untuk memastikan kebolehan melihat persekitaran dan pergerakan dengan perpekstif yang berbeza. Selain itu juga, ingin memupuk kemahiran menghubungkan sesuatu objek dengan aktiviti tertentu. Disamping itu ingin meningkatkan deria lihat dan menanam perasaan ingin tahu. (Aminah Ayob et al. 2008). Menurut Piaget, kanak-kanak mula mengenali dunia melalui deria mereka pada peringkat kanak-kanak. Melalui uji kaji yang dilakukan secara menghidu, merasa, memegang, mengetuk, menolak dan melihat kesan tindakannya ke atas sesuatu objek, kanak-kanak mempelajari ciri-ciri objek yang timbul tenggelam di dalam air, melantun apabila dilambung, berkecai apabila jatuh dan sebagainya. Pada peringkat pra operasi (umur prasekolah), mereka akan membina pengetahuan mengenai nama dan ciri-ciri objek dalam persekitaran mereka yang akan digunakan bagi aktiviti olahan peringkat seterusnya.

14

Sifat ingin tahu akan menjuruskan minat kanak-kanak supaya mencuba dan mengeksperimenkan. Semakin banyak mereka mempelajari sains. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan sudah berusaha kearah itu di mana pembelajaran awalan sains dalam komponen perkembangan kognitif. Ini adalah suatu titik tolak yang amat penting bagi memulakan pembelajaran sains dan penerapan pemikiran saintifik dan peringkat awal lagi (Nani Menon & Rohani Abdullah, 2003). Kurikulum Pendidikan Sains Awal Kanak-Kanak Bagi Umur 0 Hingga 6 Bulan.
Objektif Pembelajaran 1. Kebolehan melihat persekitaran dan pergerakan dengan perspektif yang berbeza. Kaedah a. Meletakkan bayi pada posisi yang berbeza-beza. b. Menayangkan kepada bayi mainan pelbagai bentuk dan warna yang menarik. Cadangan Aktiviti Baringkan bayi di atas katil bayi, baring dengan sokongan bantal, letak di kerusi atau kerusi bayi dalam kereta. Menggantung permainan di atas katil bayi untuk meransang daya tumpuan. Menggunakan gim kanak-kanak untuk bayi bermain sendirian. 2. Membezakan warna dan objek. Bermain dengan bayi dengan memanggilnya dari lokasi yang berbeza. Permainan yang menggunakkan pertembungan mata. Berkomunikasi dengan bayi semasa menakapnya. 3.Memupuk kemahiran menghubungkan sesuatu objek dengan aktiviti a. Mengagah bayi dari pelbagai posisi. Membawa bayi bersinar-sinar melihat persekitaran sambil bercakap-cakap dengannya dan

15

tertentu.

b. Menggunakan barang mainan yang mempunyai pelbagai fungsi.

memperkenalkan beberapa jenis benda hidup seperti daun pokok, bunga, serangga.

4.Meningkatkan deria lihat dan menanam perasaan ingin tahu.

a. Mendukung bayi dalam keadaan vertikal, menghadap ke depan atau ke belakang.

4.3

Kanak-kanak Umur 7 hingga 12 bulan Menurut Piaget, pada umur bayi 7 hingga 12 bulan dikatakan sebagai

masa pengukuhan di mana keadaan yang wujud sebelumnya disesuaikan di antara satu sama lain. Pada tahap perkembangan ini, perkembangan bayi sudah dikatakan sebagai berada di tahap perkembangan daya kognitif dan kebolehan mental asas pada bayi. Bayi sudah mengetahui sebab akibat sesuatu keadaan yang berlaku. Contohnya, apabila menggoncangkan sesuatu alat mainan, ia akan berbunyi. (Aminah Ayob et al. 2008). Pada umur 7 hingga 12 bulan, bayi sudah dapat menyusun dan mencantum skema asas untuk menghasilkan skema yang lebih rumit. Hasil daripada kemahiran ini, dua jenis perubahan intelektual berlaku pada peringkat perkembangan ini iaitu tindak balas bayi menjadi lebih terkawal dan bermatlamat. Selain itu juga, kekalan objek iaitu memahami bahawa objek terus wujud walaupun tidak kelihatan. ( Rohani Abdullah, 2004). Selain itu, pada umur antara 7 hingga 12 bulan bayi mula melibatkan diri dalam tingkahlaku yang bermatlamat dan mereka boleh menjangkakan peristiwa secara lebih berkesan. Mereka amat gemar melakukan aktiviti

16

mencuba dan meneroka seperti mengeluarkan barang daripada almari atau laci, suka menyusun, membina dan memecah dan membina semula. Mereka juga mula memahami kemungkinan terdapat barang di bawah atau belakang sesuatu. Semua aktiviti dilakukan secara meneroka melalui penggunaan semua deria termasuk deria rasa. Mereka amat suka meneroka dengan menyentuh semua barang dalam persekitarannya. (Aminah Ayob et al. 2008).

Fokus Modul Umur 7 hingga 12 bulan Fokus modul pada peringkat perkembangan kanak-kanak umur 7 hingga 12 bulan dalam pra sains ini ialah member ransangan yang banyak supaya kanak-kanak dapat melihat dan menyesuaikan diri, mengenali objek,

membezakan pelbagai objek dan bunyi serta mengenali diri sendiri. Intervensi yang dijalankan adalah untuk memastikan kebolehan membezakan pelbagai bunyi dan meningkatkan deria pendengaran. Selain itu, membezakan warna dan objek yang berlainan dan membezakan bauan yang pelbagai dan meningkatkan kepekaan deria bau. Akhir sekali, dapat mengenali dan menamakan anggota badan serta membezakan sesuatu objek. (Aminah Ayob et al. 2008). Pada peringkat perkembangan kanak-kanak umur 7 hingga 12 bulan bayi mula memahami ciri kekalan pada objek yang terdapat di sekitarnya. Misalnya, mereka faham ibu ataupun alat permainan kegemarannya wujud walaupun tiada di depannya ketika itu. Kemahiran pergerakan yang meningkat dan pemahaman cirri kekalan objek membolehkan bayi mencari benda yang tersorok di bawah

17

kain ataupun di belakang penjaga. Pada peringkat ini, bayi hanya terikat kepada tempat yang tersorok. Contohnya, seorang bayi berusia 9 bulan, beliau sudah pandai mencari bola yang tersorok di belakang abangnya. Akan tetapi, apabila abangnya menggerakkan bola itu ke tempat lain, bayi tersebut tetap mencari bola di belakang abangnya. Walau bagaimanapun keupayaan mereka mencari objek ayang hilang bagi bayi berumur 10 bulan adalah terhad. Mereka akan mencarinya pada tempat yang sama sehingga menjumpai objek tersebut. Dia sudah dapat memahami objek itu masih wujud walaupun dia tidak melihatnya. Bayi sudah berupaya memperoleh satu perwakilan mental pada objek yang hilang dengan mewakilkan apa yang dilihatnya lalu disimpan di dalam mental. Peningkatan kebolehan memahami konsep kekalan objek dan pengawalan koordinasi badan bayi membantu mereka mengambil bahagian secara langsung dalam permainan cikucak. Bayi juga menujukkan tingkah laku yang bermatlamat dan dapat menjangkakan peristiwa dengan lebih berkesan, misalnya ibunya akan wujud setiap kali mereka menjerit ataupun menangis. Jadi, apabila mereka ingin mendapat perhatian ibu, mereka dapat menggunakan strategi menjerit ataupun menangis. Pada hujung peringkat kecil ini, bayi berkebolehan mengawal bahasa dengan menggunakan dua perkataan seperti papa ataupun mama. Panggilan ini mengembirakan ibu bapa, yang akan terus memberi galakkan kepada bayi supaya dapat memahami maksud perkataan itu. (Rohani Abdullah, 2004).

18

Kurikulum Pendidikan Sains Awal Kanak-Kanak Bagi Umur 7 Hingga 12 Bulan.


OBJEKTIF PEMBELAJARAN 1. Kebolehan membezakan pelbagai dan meningkatkan kepekaan deria pendengaran. KAEDAH a. Bercakap dengan bayi b. Memperkenalkan pelbagai bunyi dari sumber yang berlainan. CADANGAN AKTIVITI Memanggil nama bayi dengan intonasi yang berbeza. Mainkan rentak muzik atau alunan nasyid yang berlaian setiap hari. Mengetuk objek berbeza yang akan menghasilkan bunyi yang berbeza di hadapan. Mencari bunyi: contoh dapatkan alat muzik atau kotak muzik, bunyikan dan sembunyikan. Tanya bayi bunyi apa tu? Dari mana datangnya bunyi tu? mula mencari bunyi tersebut bersama bayi dengan cara merangkak bersama-sama. Ucap tahniah pada bayi apabila menjumpai mainan tersebut. 2. Membezakan warna dan objek yang berlainan. a. Menggalakkan bayi bermain dengan objek yang berlaian bentuk dan warna yang berlainan. Bermain dengan objek yang berbeza bentuk dan warna (alat mainan mobil). Bermain barang mainan

19

b. Memperkenalkan kepelbagai bauan yang berbeza.

yang lembut atau boneka yang berwarna terang dan berbeza. Menggunakan boneka dalam bercerita atau memoerdengarkan lagu incy wincy. Spider menggunakan labah-labah.

3.Membezakan bauan yang pelbagai dan meningkatkan kepekaan deria bau.

Letakkan bauan yang berbeza dalam helaian kain/tisu, bungkuskan dengan pembalut yang berbeza warna dan hayun dan tayangkan di depan bayi.

3. Mengenali dan menamankan anggota badan, membezakan sesuatu objek.

a. Membacakan buku dengan meletakkan bayi di atas pangkuan bayi.

Menujukkan buku bergambar berwarna (tanpa tulisan) dan membaca bersama-sama. Tunjukkan buku cerita yang hanya ada gambar atau lukisan, dan reka cerita sendiri. Cari peluang untuk bunyikan bunyi yang biasa pada pendengaran kanakkanak.

4.4

Kanak-Kanak Umur 1-2 Tahun

20

Menurut Rohani Abdullah (2004), pada peringkat usia 12 hingga 18 bulan, Kanak-kanak ini merupakan peringkat permulaan eksperimen menarik bagi seorang sanitis kecil. Keadaan kanak-kanak ini akan cuba menyesuaikan dan mengubahsuaikan pelbagai skema yang terbentuk dengan lebih kreatif serta menunjukkan tingkah laku cuba-jaya dalam langkah mereka menyelesaikan cabaran yang ditimbul dalam aktiviti bermain. Kanak-kanak pada usia ini juga cuba mencantumkan dan mengkoordinasikan pelbagai skema bagi

menyelesaikan masalah yang semakin kompleks ketika mereka menghadapinya. Bukan itu saja, kanak-kanak ini semakin meningkat dan juga memahaman terhadap kekekalan objek kepada penguasaan bahasa juga

tumpuan

mempengaruhi minat bayi bagi menunjukkan sesuatu dengan jari untuk menanyakan atau meminta sesuatu yang mereka tiada. Menjelang usia 18 bulan, dalam Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget menyatakan bahawa usia ini merupakan akhir tahap sensori motor, di mana kanak-kanak pada usia ini mula menunjukkan tanda-tanda representasi pemikiran, iaitu representasi dalaman terhadap rangsangan luaran. Oleh itu, kanak-kanak akan mula memikirkan tentang orang dan benda tetapi tidak semestinya dapat memperspesikan pada ketika itu. (Suppiah Nachiappenet al. 2008). Pada usia ini juga, kanak-kanak ini akan mengalami perkembangan kemahiran motor halus dan juga berupaya untuk memegang objek kecil dengan ibu jari dan jari telunjuk dalam aktiviti harian mereka seperti menekan tombol dan memutarkan suis yang mereka gemar untuk melakukannya.

21

Tetapi dalam usia antara 22 hingga 24 bulan, kanak-kanak akan menghadapi pengalaman fizikal yang dilalui telah membantu mengembangkan kemahiran kognitifnya. Contohnya, kanak-kanak ini boleh mengetahui untuk menggunakan permainan dengan cara yang betul dan dikaitkan dengan peristiwa bagi membezakan apa yang telah dilihat dan dipelajari oleh mereka. Oleh itu, kanak-kanak ini akan menggunakan kemahiran yang ada untuk mengalami sendiri agar membolehkan kanak-kanak ini memanipulasikan objek-objek ini untuk melihat apa yang akan berlaku seterusnya dan mengulangi aksi yang sama(Aminah Ayob et al. 2008). Pada peringkat ini, kanak-kanak ini masih dalam jangka masa pemerhatian yang semakin bertambah, mereka akan dapat mengingat lebih banyak perkara. Walau pun pada peringkat umur ini kanak-kanak itu belum menguasai lambang bahasa bagi menamakan benda dan kejadiaan di sekelilingi, namun demikian mereka terpaksa bergantung kepada bukti-bukti mentah atau objek-objek yang wujud bagi memahami sesuatu perkara. Oleh itu, kanak-kanak pada tahap ini perlu mengembangkan kebolehan derianya untuk membezakan pelbagai bunyi dan pelbagai bauan yang dapat dikesani oleh deria bau mereka. Sementara itu, kanak-kanak meningkatkan deria melihat iaitu kemahiran penumpuan mereka dalam masa yang sama untuk agar dapat membezakan warna dan objek-objek yang telah mereka lihat samaada dengan membacakan buku bergambar kepada mereka sambil memangku anak tatih di atas riba (Rohani Abdullah, 2004).

22

Fokus Modul Umur 1-2 Tahun Fokus modul ialah memberi rangsangan yang banyak supaya bagi meningkatkan persekitaran lagi melalui kebolehan penggunaan kanak-kanak deria menyesuaikan meningkatkan diri dengan

serta

kemahiran

penumpuan dan kemahiran berbahasa kanak-kanak. Intervensi yang dijalankan adalah untuk mencapai perkara-perkara berikut : 1. Meningkatkan deria melihat dan menyentuh. 2. Meningkatkan kemahiran penumpuan dan kemahiran bahasa. 3. Menggalakkan perkembangan kelima-lima deria

23

OBJEKTIF PEMBELAJARAN 1. Meningkatkan deria melihat dan menyentuh

a.

KAEDAH Membacakan buku

CADANGAN AKTIVITI Gunakan buku cerita bergambar yang besar dan berwarna warni serta mempunyai tekstur yang berbeza dan biarkan kanakkanak membolak-balik muka surat.

bergambar sambil memangku anak tatih di atas riba

2. Meningkatkan kemahiran penumpuan dan kemahiran bahasa

a.

Bermain dengan

Hide and seek biarkan kanakkanak melihat pengasuh bersembunyi dahulu sehingga mereka memahami permainan.

permainan berfungsi ada dan hilang.

3. Menggalakkan perkembangan kelima-lima deria

a.

Menyeidakan pelbagai

Sediakan buah-buahan seperti oren, jambu merah dan hijau, dan anggur. Galakkan mereka melihat, menyentuh tekstur kulit, menghidu dan meras buahan tersebut. Bawa mereka keluar dan biarkan mereka mendengar pelbagai bunyi yang berlainan yang mempunyai maksud dalam kehidupan mereka contoh dengan bunyi burung, siren ambulans, tangisan kanakkanak lain dan sebagainya.

bahan yang membolehkan kanak-kanak melihat, menyentuh, mendengar,menghidu, dan merasa. b. Memperdengarkan

pelbagai bunyi dari persekitaran

Kurikulum Pendidikan Sains Awal Kanak-Kanak Bagi Umur 1 Hingga tahun.

4.5

Kanak-kanak Bagi Umur 2 hingga 3 Tahun

24

Pada tempoh usia ini, Kebanyakan Ibu bapa mempengaruhi kanak-kanak melalui arahan, ulasan, dan soalan dengan mengambil kira kebolehan pemahaman bahasa anak (Damon, 1988). Oleh itu, kanak-kanak di peringkat awal usia ini akan cuba memperoleh bahasa dengan memanjangkan makna tertentu yang mungkin boleh difahami ataupun tidak. Tetapi biasanya kanakkanak ini akan menghabiskan sebahagian besar masanya dengan

mengumpulkan sebanyak mungkin informasi mengenai persekitaran tanpa disedari. Hal ini kerana persekitaran komunikasi amat penting dalam menggalakkan keupayaan berfikir secara logikal dan kreatif. Oleh itu, ibu bapa sentiasa digalakkan menggunakan isu-isu perbincangan tentang sebab-musabah dalam perbincangan keluarga agar dapat mewujudkan komunikasi yang positif dan merapatkan hubungan rapat dengan kanak-kanaknya. Menurut teori Piaget menyatakan bahawa kanak-kanak berlaku

perubahan besar dari segi perkembangan kognitif apabila ia mula boleh menggunakan skema yang berasaskan penggunaan bahasa dan bentuk-bentuk perwakilan simbolik yang lain serta dapat menyelesaikan masalah-masalah yang mudah. kanak-kanak ini menggunakan simbol dalam pemikiran mereka. contohnya, seorang kanak-kanak mungkin mennganggap sebatang penyapu sebagai kuda . ( Jas Laile Suzana Jaafar, 1996). Berdasarkan teori piaget, pada peringkat praoperasi, kanak-kanak masih menggunakan bahasa yang mudah sperti tanda-tanda,lambang-lambang, objek dan perkataan. Mereka mampu mengendalikan dunia secara simbolik atau perwakilan objek ketika menyelesaikan masalah dan mengingat kembali

25

peristiwa yang lalu. Mereka juga mampu berfokus pada pemprosesan information dalaman dan meningkatkan keupayaan untuk mengingatkan semula informasi. Oleh itu, kanak-kanak adalah sesuai dengan meningkatkan dan memantapkan kemahiran-mahiran meneliti terhadapa sesuatu benda dengan perkembangan deria dan perkembangan bahasa mereka serta deria sentuh agar dapat merangsang perkembangan afektif dan emosi mereka pada peringkat awal, tetapi juga secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan kemahiran berfikir dan kemahiran intelektual. (Craik dan Lockhart,1972; Lockhart dan Craik, 1990).

Fokus Modul Umur 2 hingga 3 Tahun Fokus modul ialah memberi rangsangan yang banyak supaya bagi meningkatkan lagi kebolehan kanak-kanak untuk memberi tumpuan, membuat penelitian, meningkatkan daya ingatan dan bagi meningkatkan kemahiran berfikir kemahiran intelektual melalui penggunaan deria serta pendedahan awal kepada penggunaan teknologi dalam kehidupan. Intervensi yang dijalankan adalah untuk mencapai perkara-perkara berikut : 1. Meningkatkan kemahiran meneliti sesuatu menggunakan deria. Meningkatkan deria sentuhan, dengar dan bau serta memantapkan perkembangan bahasa.

26

Merasai

perbezaan

melalui

sentuhan

dan

merangsang

perkembangan afektif dan emosi. 2. Menguasai bahasa dan menggalakkan penguasaan ilmu. 3. Meningkatkan kemahiran berfikir dan kemahiran intelektual. 4. Menyedari dan mula memahami tentang kegunaan teknologi dalam kehidupan seharian di samping meningkatkan daya kreativiti dan menguatkan otot-otot tangan.

Kurikulum Pendidikan Sains Awal Kanak-Kanak Bagi Umur 2 Hingga 3 Tahun


OBJEKTIF PEMBELAJARAN KAEDAH CADANGAN AKTIVITI

1. Peningkatan kemahiran meneliti sesuatu benda mengguanakan deria ii. Meningkatkan deria sentuhan, dengar dan bau serta mematapkan perkembangan bahasa. iii. Merasai perbezaaan melalui sentuhan dan merangsang perkembangan afektif dan emosi.

a.Menydiakan merangsang deria untuk

aktiviti penggunaan mengenali

Letakkan objek yang berkainan di dalam kotak suruh mereka mencari objek yang dikehendaki tanpa melihat ke dalam kotak. Menutup mata kanak-kanak dan biarkan mereka merasa dan menamakan objek dengan mata yang tertutup. Pelbagai jenis objek yang digunakan yang boleh dikenali berdasarkan bunyi,

sesuatu benda.

27

bau, bentuk dan tekstur. Sediakan permulaan objek yang berbeza teksturseperti kasar, licin, lembut dan lainlain sambil memeperkenalkan perkataana-perkataan baru tersebut. Berjalan di atas permukaan yang berbeza seperti rata dan tidak rata. 1. Menguasai bahasa dan menggalakkan penguasaan ilmu. a.Mendedahkan kanak-kanak kepada pelbagai cara untuk menguasai bahasa dan menambahkan ilmu Menyanyi. Berlakon. 2. Meningkatkan kemahiran berfikir dan kemahiran intelektual. a. Gunakan peluang yang ada untuk melibatkan kanak-kanak dalam aktiviti berfikir. Memperkenalkan kepada anak tatih pelbagai benda dan makanan serta fungsinya. Memerhati benda-benda hidup di sekitar. Sebagai contoh : mengenai pokok tomato kita ni berbuah sangat lebah dan pokoknya juga tinggi. Agaknya apa yang boleh kita lakukan untuk mengekalkan kelebatan buah pokok ini ? 3. Menyedari dan mula memahami tentang kegunaan teknpologi dalam kehidupan seharian disamping meningkatkan 4. Mendedahkan kepada anak tatih barangan berteknologi yang digunakan dalam kehidupan seharian Sediakan gunting kanakkanak dan suruh mereka mengunting bentuk dan objek yang berlainan tetapi mesti dengan pengawasan Bercerita bersama kanakkanak.

28

daya kreativiti dan menguatkan otot-otot tangan.

seperti gunting, peti ais basikal dan sebagainya.

orang dewasa. Biar mereka guntung bentuk yang diingini oleh mereka. Membuka peti ais, mengenalkan barangan di dalamnya sambil menerangkan fungsinya menyejukkan beri peluang anak tatih bermain dengan basikal atau trisikal sambil pengasuh menerangkan fungsi kayuh

4.6

Kanak-kanak Bagi Umur 3 hingga 4 Tahun Mengikut Teori Psikososial Erikson, kanak-kanak ini akan mula berupaya

menerokai persekitaran dan mencipta aktiviti sendiri. Mereka mempunyai persekitaran fizikal yang lebih luas dan bebas bergerak. Perkembangan bahasa berkembang dengan cepat, mereka dapat menyoal, memahami jawapan dan dapat membayangkan berbagai-bagai kemungkinan. Dalam tahap usia ini mereka akan memperolehi insiatif iaitu hasil positif dalam tahap ini, tetapi sebaliknya jika kanak-kanak pada tahap ini dihalang daripada melaksanakan kehendak dan rancangan aktivitinya oleh ibubapa, maka ia akan

memperkembangkan rasa bersalah yang akan membawa kepada perasaan takut dan kurang tegas dalam sesuatu perkara yang mereka kakukan (Jas Laile Suzana Jaafar,2002).

29

Pada

umur 3 hingga 4 tahun, kanak-kanak telah berkeinginaan

mempunyai kuasa membuat keputusan yang berkaitan dengan aktiviti seharian. Mereka berusaha menunjukan dan membuktikan mereka boleh membuat sesuatu yang diingini dengan kebolehan dan daya usaha mereka sendiri tanpa bantuan orang lain. Pada masa yang sama kanak-kanak dalam lingkungan umur ini akan berasa malu apabila tidak diberi kuasa yang perlu ada pada mereka. Mereka tidak sahaja malu kepada diri sendiri tetapi juga malu kepada individu yang berberada di sekeliling mereka.hal ini kerana mereka bimbang dan malu apabila mereka melakukan sesusutu perkara dipandang salah di depan orang lain (Aminah Ayob et al. 2008). Pada tahap usia ini juga kanak-kanak mula menggunakan bahasa untuk menyatakan sesuatu. Perkembangan daya ingatan dan imaginasi semakin meningkat. Mereka mula faham konsep masa lepas dan masa sekarang dan masa hadapan. Sebagai contohnya mereka akan cuba membuat bentuk bulatan, empat segi dan meniru gaya orang dewasa menulis.begitu juga, kanak-kanak ini boleh mengenali dan sekurang-kurangnya enam warna, susun angka mudah ikut urutan dan nama anggota badan.

Fokus Modul Umur 3 hingga 4 Tahun Fokus modul ialah memberikan rangsangan yang banyak bagi meningkatkan lagi kebolehan kanak-kanak untuk memberi tumpuan, membuat penelitian,

meningkatkan daya ingatan dan bagi meningkatkan kemahiran berfikir dan kemahiran intelektual melalui penggunaan deria serta pendedahan awal kepada

30

penggunaan teknlogi dalam kehidupan. Intervensi yang dijalankan adalah untuk mencapai perkara-perkara berikut : 1. Meningkatkan deria rasa, sentuhan, bau dari pelbagai objek yang berbeza bentuk dan menamakannya. 2. Mempertingkatkan kemahiran deria, menumpukan perhatian objek yang berbeza bentuk dan menamakannya. 3. Mempertingkatkan kemahiran deria rasa dari pelbagai rasa, bentuk dan warna. 4. Mengawal neurologi jari dan daya fokus koordinasi tangan dan mata. 5. Meningkatkan kemahiran mengimbangkan tangan dan jari dan

meningkatkan kemahiran gabungan pelbagai rasa, bentuk dan warna. 6. Meningkatkan kemahiran berfikir secara analogi dan deduktif, membuat pengamatan dan analisis. 7. Memahami kemahiran penggunaan, mahir dan kaitan objek/situasi dengan rutin harian. Kurikulum Pendidikan Sains Awal Kanak-Kanak Bagi Umur 3 Hingga 4 tahun.
OBJEKTIF PEMBELAJARAN KAEDAH CADANGAN AKTIVITI

1. Meningkatkan deria rasa, sentuhan, bau dari sentuhan, bau dari pelbagai objek yang berbeza bentuk dan menamakannya

a. Memperdengar dan memperkenalkan pelbagai objek yang berbeza untuk bunyi yang berbeza

Letakkan di dalam karung kecil objek-objek yang berbeza rupa, dan bentuk seperti kunci, sikat, tin dan lain-lain. Minta kanak-kanak

31

memasukkan tangan ke dalam karung tersebut meneka dan menamakan objek berdasarkan tekstur, bentuk, bau tanpa melihatnya. 2. Mempertingkatkan kemahiran deria, menumpukan perhatian dan pengamatan. a. Memberikan peluang kanakkanak menerokai melalui pengalaman langsung. Ajak kanak-kanak meneroka dan mendengar setiap bunyi yang dihasilkan. Agar lebih menarik, dalam keadaan mata tertutup teka bunyi apa yang dihasilkan atau bunyi yang tidak terdengar. Meneka bunyi objek yang hilang boleh mempertingkatkan daya kemahiran deria dan mefokus. 3. Mempertingkatkan kemahiran deria rasa dari pelbagai tekstur dan suhu yang berlainan. Biarkan kanak-kanak bermain dengan selesa mengikut kehendak mereka. Boleh sediakan bekas yang berbagai bentuk untuk memberikan peluang kepada kanak-kanak menerokainya. 4. Mengawal neurologi jari dan daya fokus koordinasi tangan dan mata. a. Menjahit. Sediakan tali sederhana halus dan objek yang berlubang ditengahnya untuk dimasukkan tali ditengahnya. Ajar kanak-kanak memasukkan tali ke dalam lubang objek dengan perlahan, jelas dan berulang-ulang. 5. Meningkatkan kemahiran a. Mendedahkan kanak-kanak 1. Memasak dan merasa : a. Bermain pasir/ air Sediakan bekas diisi dengan air atau pasir yang berlainan. Warna/ tekstur.

32

mengimbangi tangan dan jari dan meningkatkan kemahiran gabungan pelbagai rasa, bentuk dan warna.

dengan pengalaman langsung. a. Ajar dan ajak kanak-

kanak memasak dan menyediakan masakan ringkas atau minuman yang pelbagai rasa. b. Ajak mereka merasa

makanan/ minuman yang mereka sediakan. c. Berbual dengan kanak-

kanak tentang perbezaan rasa, tekstur bentuk dan warna bahan masakan/ minuman. 6. Meningkatkan kemahiran berfikir secara analogi dan secara analogi dan deduktif, membuat pengalaman dan analisis. a. Menyediakan persekitarann yang menggalakkan pemikiran analogi, deduktif, dan membuat pengalaman dan analisis sifat bahan. Lebih menarik jika disediakan b. Mengasingkan replika binatang/ benda mengikut kumpulan. Minta kanak-kanak asingkan c. Belajar menggunakan bahan yang ada untuk menyelesaikan masalah dan belajar mencuba dengan menggunakan strategi yang sedia ada. d. Bermain lego, tanah liat dan puzzle. e. Bereksperimen dengan air. antara replika binatang-binatang itu di atas papan imasginasi safari contohnya, binatang buas (dalam hutan), ikan (dalam sungai/laut), burung (atas pokok). Berbual dengan kanak-kanak untuk menggalakkan penggunaan bahasa dan perkataan yang sesuai semasa pengasingan dibuat. Ajar kanak-kanak menggunakan papan imaginasi bertemakan safari. Sediakan replika/ permainan binatang yang menarik dihadapan kanak-kanak (Mini World Play Materials ).

33

alat permainan. Tunjuk contoh hasil kerja diikuti dengan galakkan dan pujian yang selari dengan pencapaian hasil kerja. Galakkan pembinaan daya kreatif dengan memberi satu permasaalahan. Galaka pembinaan daya kreatif dengan memberi satu permasaalahan. Sediakan permainan pelbagai jenis tekstur dan material yang boleh direndamkan dalam bekas yang berisi air. Anak patung, ikan, span, tali, bekas plastik dan lain-lain. 7. Memahami kemahiran pengunaan, makna dan kaitan objek/ situasi dengan rutin harian. a. Melabel objek/situasi Ajak kanak-kanak membantu melabekan objek atau situasi tertentu di dalam kelas atau sekitar sekolah. Contohnya tinggi, rendah, besar, kecil meja, kerusi, bunga, bulat, panjang dan lain-lain. Sambil melabel, ajak mereka berbual tentang objek atau situasi tersebut, reka cerita fantasi untuk lebih menarik.

5.0

KAJIAN LEPAS MENGENAI PENGAJARAN SAINS AWAL KANAKKANAK

34

Menurut Zurida bin Haji Ismail & Hasimah Mohd Yunus (2004) dalam Sikap & keyakinan guru-guru prasekolah dalam pengajaran sains awal , terdapat enam komponen pembelajaran dalam kurikulum prasekolah yang dilaksanakan secara bersepadu. Salah satu daripadanya ialah perkembangan kognitif. Komponen perkembangan kognitif mengandungi konsep-konsep awal sains dan bertujuan untuk mengembangkan kemahiran kognitif dan memupuk sikap positif terhadap sains. Antara objektif komponen perkembangan kognitif ialah bagi membolehkan kanak-kanak meningkatkan kemahiran berfikir dan kemahiran proses sains, memperkembangkan sikap ingin tahu dan suka menyiasat. Tambahan pula, dapat memperkembangkan kemahiran menyelesaikan masalah dalam

kehidupan seharian. Kemahiran kognitif terdiri daripada pengelasan, konsep ruang, proses sains dan penyelesaian masalah. Kemahiran proses sains membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan bahan dan fenomena alam serta memupuk sikap ingin tahu dan suka menyiasat. Membuat permerhatian atau pencerapan adalah kemahiran paling asas dalam proses sains. Kemahiran proses yang lain ialah seperti berkomunikasi, membuat inferens dan membentuk hipotesis. Kefahaman konsep asas serta penguasaan kemahiran proses diperolehi melalui interaksi dan penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti-aktiviti seperti bermain dengan blok, air dan pasir serta bahanbahan manipulatif dan aktiviti-aktiviti seperti bernyanyi, berlakon dan mendengar atau menonton cerita kanak-kanak.

35

Keberkesanan perlaksanaan kurikulum ini banyak bergantung kepada pendidik yang berada di dalam kelas. Para pendidik diharapkan faham, menghayati serta mampu melaksnakan kurikulum seperti yang dihasratkan. Mereka perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan, kemahiran serta sikap yang bersesuaian dengan subjek yang diajar. Dapatan-dapatan kajian menunjukkan konsepsi, sikap serta kepercayaan guru tentang sains sering mempengaruhi keputusan dan tindakan dalam proses pengajaran dalam sains awal kanak-kanak. Sikap ialah tindakbalas tingkah laku yang didorong oleh pemikiran (mentality) yang diterjemahkan dalam bentuk tindakan seorang individu. Sikap dianggap salah satu elemen penting yang mempengaruhi pemikiran dan tindakan seseorang khususnya dalam pendidikan. Dapatan-dapatan kajian menunjukkan peranan guru adalah penting dalam usaha memupuk dan menanam sikap yang sesuai terhadap sains. Kajian turut menunjukkan sikap guru yang negatif atau neutral terhadap sains akan dapat dirasai dan menjadi ikutan murid-murid(Gabel & Rubba,1997). Selain sikap, kepercayaan serta nilai yang dihayati guru turut mempengaruhi corak Pengajaran dan meniggalkan kesan terhadap pembelajaran, kepuasan dan keseronokan serta perkembangan kanak-kanak. Kepercayaan berkait rapat dengan tingkah laku dari aspek fobia dan jangkaan-pencapaian kendiri. Bandura (1986) menyatakan pendapat dua jenis jangkaan sebagai daya kognitif utama yang memandu tingkah-laku. Jenis jangkaan pertama dikenali sebagai jangkaan hasil kerja(outcome expetancy) dan berkait dengan hasil kerja. Umumnya,

36

individu akan memperlihatkan tingkah laku dimana dia percaya hasil kerjanya akan dihargai. Sebalikya individu tersebut tidak menunjukkan tingkah laku yang sama jika hasil kerja tersebut dilihat tidak memberi keuntungan kepadanya. Jenis jangkaan kedua ialah efikasi-kendiri merujuk kepada kemampuan seseorang untuk melakukan sesuatu tingkah laku dengan jayanya. Efikasikendiri mempengaruhi pilihan tingkah laku yang perlu dibuat, usaha dan

ketabahan jika berlaku rintangan terhadap pencapaian prestasi tingkah laku tadi. Efikasi-kendiri juga mempengaruhi kecekapan dalam mempamerkan tingkah laku tersebut. Menurut Bandura (1986), kita membina jangkaan-

jangkaan( expectancy) secara umum tentang kemungkinan-kemungkinan berdasarkan pengalaman hidup dan kepercayaan secara khusus tentang keyakinan an keupayaan kita untuk menangani sesuatu tugasan tau keadaan. Menurut Farrah Wahilda Bt Hj Khirluddin (2006) dalam Perisian pengajaran berbentukan komputer(PBK) untuk pra sekolah di bawah tajuk mengenal haiwan, kanak-kanak yang berumur 2 hingga 6 tahun merupakan golongan yang perlu dibentuk sebelum menjalani proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang lebih tinggi. Disebabkan inilah pembangun memilih projek untuk membangunkan perisian bagi kanak-kanak pra-sekolah kerana pada peringkat ini, minda kanak-kanak semakin berkembang dan mudah bagi mereka untuk mempelajari sesuatu yang baru. Dengan ini, perkembangan kognitif pelajar dapat diperkukuhkan dari awal sebelum menjalani pendidikan di sekolah rendah. Komponen Perkembangan Kognitif menjadi fokus utama dalam pendidikan awal kanak-kanak kerana keupayaan kognitif mempengaruhi semua aktiviti

37

pembelajaran. Ia juga menekankan pemupukan sikap positif terhadap Sains. Tambahan pula sejak kebelakangan ini, matapelajaran Sains adalah begitu penting kerana pihak kerajaan Malaysia ingin mengorak langkah ke arah kemajuan sains dan teknologi untuk menapai status negara maju pada tahun 2020. Menurut Lumpe & Staver (1995), pelajar hilang minat terhadap sesuatu pembelajaran adalah disebabkan oleh pelbagai faktor dan antaranya adalah bahan pembelajaran tidak menarik organisasi isi kandungan tidak sistematik, persekitaran pembelajaran yang kurang memuaskan dan pendekatan

pengajaran yang statik. Kesemua faktor-faktor ini menyumbang kepada keciciran pelajar dalam mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, penggunaan elemen-elemen multimedia seperti teks, grafik, audio, video dan animasi bagi tujuan proses pengajaran dan pembelajaran adalah lebih efektif dan menarik minat pelajar. Seterusnya, proses pengajaran dan pembelajaran ( P&P) Sains di peringkat prasekolah memerlukan guru yang berperanan penting meransangkan pemikiran aktif dan kreatif kanakkanak. Guru-guru perlu merangka persekitaran pembelajaran dan memahami tahap kebolehan kanak-kanak supaya sesuai dengan topik dan aktiviti sains. Dr . Bustam Kamri, Pensyarah Pendidikan Pra-Sekolah Institut Bahasa Melayu Malaysia berkata, guru boleh bermula dengan aktiviti sains harian iaitu perbezaan tentang kandungan apa yang telah dipelajari. Sains di peringkat prasekolah katanya, adalah dunia sebenar dan pengalaman harian. Ini secara tidak

38

langsung kanak-kanak dapat menghubungkaitkan sains yang dipelajari dengan pengalaman harian mereka. 5.0 KAJIAN LEPAS BERKAITAN PEMBELAJARAN SAINS AWAL Pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigma dalam setiap individu dan ia juga memainkan peranan penting dalam melahirkan insan deduktif yang dinamik dalam semua aspek kehidupan. Secara umumnya, pendidikan selalu dikaitkan dengan proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu kemahiran, penyampaian ilmu dan juga penerapan nilai. Dalam bentuknya yang praktikal, hasil pendidikan seharusnya dapat melahirkan insan yang mampu mengaplikasi ilmu yang dipelajari dan memanfaatkan kemahiran yang dimiliki dalam kehidupan seharian. Dalam konteks kanak-kanak, pendidikan perlu dilihat sebagai satu proses yang berterusan berkembang serentak dengan perkembangan individu seorang kanak-kanak yang

mempelajari apa sahaja yang ada di persekitaran dan dengan ilmu atau kemahiran yang diperolehi ia akan mengaplikasikannya dalam konteks yang pelbagai samada dalam kehidupan sehariannya di ketika itu ataupun sebagai persediaan untuk kehidupannya di masa yang akan datang. Dalam menjana pendidikan, pembelajaran awal adalah sangat penting untuk kanak-kanak. Selaras dengan itu, pembelajaran sains awal banyak dikaitkan dan dilihat melalui kajian-kajian lepas yang dilaksanakan oleh banyak individu dan pihak didalam memperkasakan lagi bahawa pendidikan dan pembelajaran kanak-kanak diperingkat awal adalah sangat penting.

39

Antara kajian-kajian lepas yang banyak menyentuh tentang pembelajaran sains awal kanak-kanak ialah dapat dilihat melalui kajian Edward Chittenden dan Jacqueline Jones (1999) yang menyatakan Dialogue on Early Childhood Science, Mathematics, and Technology Education/First Experiences in Science, Mathematics and Technology yang menyebut; in active science programs, children make choices, voice opinions, and perform various investigations. In such settings, children might demonstrate their interests, understandings, and emerging skills through their conversations; their questions; their actions; and the work they produce, such as constructions, drawings, or writings (Bredekamp dan Rosegrant (1995) di dalam Edward Chittenden dan Jaqueline Jones (1999) ) . Melalui keterangan tersebut dapat diperhatikan bahawa kanak-kanak akan membuat pelbagai spekulasi terhadap apa yang mereka dapat perhatikan seperti membuat andaian pilihan, dan akan memperkatakan pendapat mereka melalui perkara-perkara yang menarik dan baharu bagi mereka. Setelah itu, kanakkanak akan mempraktikkan perkara tersebut dengan cara mereka yang tersendiri. Dalam pada itu, adalah sangat penting menjana pemikiran kanakkanak dengan membuat komunikasi dengan mereka dan membiarkan mereka berkomunikasi, memberi contoh perlakuan dan membawa mereka meneroka kepada sesuatu yang aneh iaitu sesuatu yang baharu bagi mereka. Dapat dilihat juga pelbagai kajian terhadap pembelajaran sains awal kanak-kanak melalui kajian yang dibuat oleh Mark K. M Quillan et. al. (2007) didalam A Guide to Early Childhood Program Development. Kajian ini turut

40

mengaitkan tentang teori John Dewey (1859-1952) yang memperkenalkan tiga peringkat aktiviti pembelajaran dalam perkembangan kanak-kanak, iaitu: Memperkembangkan sensori keupayaan dan koordinasi fizikal Menggunakan bahan yang mendorong dan membina sesuatu yang menarik, dan; Menerokai idea baru.

Melalui tiga peringkat aktiviti yang diperkenalkan tersebut, kanak-kanak harus dibentuk dengan keupayaan sensori (keupayaan pancaindera) dan fizikal agar dapat mempergiatkan diri didalam meneroka pelbagai ilmu baru dan dapat menjana pemikiran dengan lebih baik untuk mengaplikasikan apa yang mereka dapati dari pengamatan terhadap setiap bahan yang digunakan didalam sesi pembelajaran mereka diperingkat awal tersebut. His contributions can be witnessed in early childhood settings which focus on providing direct experience with materials and peers, and encouraging the pursuit of individual interests and questions. (Mark K. M Quillan et. al. 2007). Kanak-kanak adalah sangat aktif dan sangat sentiasa bersedia untuk menerokai dunia baru, maka melalui pelbagai pembelajaran ianya dapat membantu perkembangan sifat kendiri, pergaulan dan perkembangan intelektual kanak-kanak tersebut. Kajian-kajian lain yang dapat diperhatikan didalam mengaitkan

pembelajaran sains awal kanak-kanak ialah yang dibuat oleh Kathy Cabe Trundle (2009) dalam jurnalnya Teaching Science During the Early Childhood Years. Beliau turut menerangkan tentang kepentingan dan kesan pembelajaran sains diperingkat awal kanak-kanak. Menurut French (2004) di dalam Kathy

41

Cabe Trundle (2009) Young children are motivated to explore the world around them, and early science experiences can capitalize on this inclination . Sehubungan dengan itu, pembelajaran sains awal di peringkat kanak-kanak adalah satu pengalaman yang akan membentuk kanak-kanak tersebut kepada sesuatu bidang yang yang digemarinya. Kanak-kanak akan lebih cenderung untuk bergiat terus dalam sesuatu bidang yang akan memberi banyak faedah kepadanya didalam menganjak kedewasaan. Maka dengan itu, kecenderungan kanak-kanak dalam sesuatu bidang tidak sepatutnya dihalang dengan kehendak atau keinginan ibu bapanya sahaja, tetapi melihat kepada bidang yang diminati oleh kanak-kanak tersebut. Galakan dan dorongan harus diberikan agar tidak memberi sebarang bentuk tekanan yang membuatkan kanak-kanak hilang arahnya, yang membawa kepada kesan negatif seperti tekanan dan

kemurungan. Supporting children as they develop scientific thinking during the early childhood years can lead children to easily transfer their thinking skills to other academic domains which may support their academic achievement and their sense of self-efficacy Kuhn & Pearsall (2000); Kuhn & Schauble, & GarciaMilla (1992), di dalam Kathy Cabe Trundle. 2009). Merujuk kepada kenyataan tersebut, memberi sokongan akan membantu meningkatkan pemikiran yang saintifik kanak-kanak dan seterusnya memberi kesan terhadap keupayaan akademik yang berkeupayaan tinggi di kalangan kanak-kanak itu sendiri. Kanakkanak akan lebih berdaya saing dan mampu menghadapi dunia ini dengan lebih berdaya maju dengan pelbagai kelebihan. Young children need quality science experiences during their early childhood years. Science and Literacy provides a

42

systematic instructional framework, a standards-based curriculum, and high quality teacher resources. This program also effectively integrates text, illustrations, and diagrams into inquiry-based instruction (Kathy Cabe Trundle. 2009) The basic architecture of the brain is constructed through an ongoing process that begins before birth and continues into adulthood (Jack P. Shonkoff et. al. 2007). Dapat diperhatikan juga kajian berkenaan dengan pembelajaran sains awal kanak-kanak melalui Jack P. Shonkoff et. al. (2007) melalui jurnal mereka yang bertajuk The Science of Early Childhood Development . Kajian ini mengutamakan pembelajaran sains awal kanak-kanak yang bermula dari awal (sebelum lahir) sehingga dewasa, menurut mereka pembelajaran ini adalah berterusan dan berhubung rapat dengan pembentukan perkembangan

keupayaan minda kanak-kanak tersebut. Selain itu, kajian ini banyak memperkatakan tentang keupayaan kanak-kanak menerima sesuatu benda baru (pembelajaran) yang kadang-kadang membawa kepada tekanan yang serius, ini berikutan bebanan pelbagai pembelajaran yang sukar diikuti dan diterima oleh kanak-kanak. Menurut Jack P. Shonkoff et. al. (2007), Toxic stress in early childhood is associated with persistent effects on the nervous system and stress hormone systems that can damage developing brain architecture and lead to lifelong problems in learning, behavior, and both physical and mental health. Penekenan terhadap pembelajaran yang sukar diterima oleh kanak-kanak akan memberi impak yang tidak memberi keuntungan kepada kanak-kanak itu sendiri, ianya akan membawa kepada pelbagai kesan negatif semasa pembelajaran

43

tersebut. Stress in early childhood can be either growth-promoting or seriously damaging. (Jack P. Shonkoff et. al. 2007). Membentuk kanak-kanak adalah berdasarkan kecenderungannya dari usia awal, ini lebih efektif daripada membentuknya di usia dewasa, kerana diusia awal, kanak-kanak lebih terdedah dengan sensitive periods yang membawa mereka berfikir dengan lebih fokus dan kelibat mereka akan lebih cenderung dengan perkara-perkara yang mereka tertarik secara semula jadi. Merujuk kepada sensitive periods, ianya mula diperkatakan didalam Model Montessori (1870-1952) didalam kajiannya terhadap perkembangan awal kanak-kanak. Menurutnya sensitive periods merupakan satu tempoh yang paling sesuai untuk kanak-kanak menguasai sesuatu kemahiran. Dalam pada itu, setiap kemahiran yang dikuasai kanak-kanak itu merupakan kemahiran-kemahiran yang berdasarkan kecenderungannya dirinya sendiri. Kesimpulannya, terdapat pelbagai kajian lepas yang memperkatakan tentang pembelajaran sains awal kanak-kanak. Walaubagaimanapun, fokus mereka adalah terarah kepada membantu dan menerangkan keperluan kanakkanak didalam menjalani tempoh awal mereka dengan lebih efektif dan mampu bergerak di tempoh dewasa mereka dengan lebih berkeyakinan dan mampu melihat hala tuju mereka. Kajian-kajian ini hakikatnya masih tidak lari dengan teori-teori dan model-model yang diperkenalkan oleh tokoh-tokoh awal dalam bidang perkembangan manusia dan kanak-kanak. Getting things right the first time is more efficient and ultimately more effective than trying to fix them later (Jack P. Shonkoff et. al. 2007).

44

7.0 KESIMPULAN Secara keseluruhannya, pengalaman sains awal membuka jalan dan menjadi asas pembinaan kemahiran dan kecekapan dalam sanis pada masa hadapan. Hal ini adalah penting bagi pendidik untuk menyediakan peluang dan persekitaran yang membolehkan kanak-kanak berinteraksi dan

meneroka alat fizikal mereka. Kanak-kanak perlu didedahkan dengan bahanbahan dan persekitaran yang dapat meransang naluri ingin tahu mereka. semakin banyak penerokaan yang dilakukan sama ada dengan mendengar, melihat, sentuhan, rasa dan bau, maka semakin meningkat minat dan keinginan mereka mencari penjelasan di samping memperkembangkan bahasa. Perkataan biasanya didahului dengan gambaran mental yang dibentuk melalui pengalaman kanak-kanak itu berinteraksi dengan bahan-

45

bahan disekeliling mereka yang mana aktiviti sains akan membantu kanakkanak dalam aspek ini. Pendidik perlu memainkan Peranan yang penting dalam membantu kanakkanak menguasai kemahiran saintifik serta konsep-konsep sains dengan menyediakan persekitaran dan peluang-peluang yang membolehkan kanakkanak meneroka alam sekeliling, membuat ramalan melalui eksperimen ringkas apabila sesuai dan membuat rumusan. selain itu, pendidik perlu berinteraksi dengan kanak-kanak dan membimbing mereka membuat penemuan pengetahuan yang diinginkan melalui aktiviti penerokaan dan penyiasatan itu. Secara tidak lansung, Interaksi antara mereka akan

membantu kanak-kanak tersebut membina kefahaman dan menguasai konsep-konsep. RUJUKAN dan BIBLIOGRAFI Aminah Ayob, Mastura Badrzis, Rohani Abdullah, Azizah Lebai Nordin &Mahani Razali. 2008. Kurikulum Permata : panduan Pendidikan Awal Kanakkanak 0-4 Tahun. Tanjong malim. Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara . Abruscato, J. (2000). Teaching children science: A discovery approach (5th ed.). Boston: Allyn & Bacon. CURRICULUM 507 229 Bandura, A. (1986). Social foundations of thought and action: A social cognitive theory. Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall Craik,F.I.M dan Lockhart,R.S. (1972), Level of processing : A framework for memory research. Journal of Verbal Learning and Verbal Behavior, 11 : 671-684. Damon, W., 1977. The Social World of Child. San Francisco : Jossey-Bass.

46

Edward Chittenden, Jacqueline Jones (1999), Dialogue on Early Childhood Science, Mathematics, and Technology Education/First Experiences in Science, Mathematics and Technology. American Association for the Advancement of Science (AAAS). Diperolehi dari http://public.doe.k12.ga.us/DMGetDocument.aspx/Dialogue on Early Childhood Science.pdf pada 26 Februari 2010. Farrah Wahilda Bt Hj Khirluddin (2006). Perisian pengajaran berbentukan komputer(PBK) untuk pra sekolah di bawah tajuk mengenal haiwan, 5&6.Universiti Teknologi Malaysia. Diperolehi daripada http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/FARRAHWAHILD AAP010074D2006TTP.pdf Gabel, D.Rubba P. (1979).Attitude change of elementry teachers according to the curriculum studied during workshop participation and their role as model science teachers. Journal of Research in Science Teaching, 16, 19-24. Harlan & Jelly (1989). Technology for children. Sydney: Prentice Hall Australia. FISHER CURRICULUM 372.358044 3. FISHER CURRICULUM also has 1st ed. 607 88 Harlan, J. D. & Rivkin, M. S. (1996). Science experiences for the early childhood years: An integrated approach (6th ed.). Englewood Cliffs, NJ: Merrill Curriculum 507 375 Johnston, J. (1996). Early explorations in science. Buckingham, UK: Open University Press. CURRICULUM 507 437 Jack P. Shonkoff et. al. (2007), The Science of Early Childhood Development. National Scientific Council on the Developing Child, Center on the Developing Child at Harvard University. Diperolehi dari http://www.speaker.gov/pdf/Shonkoff.pdf. pada 26 Februari 2010. Jas Laile Suzana Jaafar. 1996. Psikologi Kanak-Kanak Dan Remaja. Ampang, Selangor. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kathy Cabe Trundle (2009), Teaching Science During the Early Childhood Years. The Ohio State University. Diperolehi dari www.ngsp.com/Portals/0/.../SCL22-0429A_AM_Trundle.pdf. pada 26 Februari 2010. Lumpe, A.T. & Staver, J.R. 1995. Peer collaboration and concept development. Journal of Research in Science Teaching. 32(1) : 71-98.

47

Lockhart,R.S dan Craik,F.I.M (1990), Level of processing : A retrospective commentar on a framework for memory reseacrh. Canadian Journal of Psychology, 44, 87-112. Mark K. M Quillan et. al. (2007), A Guide to Early Childhood Program Development. State Board of Education. Diperolehi dari http://www.sde.ct.gov/sde/lib/sde/PDF/DEPS/Early/early_childhood_guide. pdf. pada 26 Februari 2010. Nani Menon & Rohani Abdullah. 2003. Panduan Kognitif Kanak-Kanak Prasekolah. Bentong, Pahang. PTS Publication & Distributor Sdn.Bhd. Rohani Abdullah. 2004. Bayi Cerdik. Bentong, Pahang. Publication & Distributor Sdn.Bhd. Surayah Zaidon & Haslinda Md. Ali. 2008. Pendidikan Prasekolah. Shah Alam. Selangor Darul Ehsan. Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul Shukur. 2008. Psikologi Pendidikan. Shah Alam, Selangor. Oxford fajar Sdn.Bhd. Vyogtsky (1984). Science for children (2nd ed.). Sydney: Prentice Hall Australia. FISHER CURRICULUM 372.3044 1 Zurida bin Haji Ismail & Hasimah Mohd Yunus (2004). Sikap & keyakinan guruguru prasekolah dalam pengajaran sains awal, 156 & 159.Universiti Sains Malaysia.

48

Anda mungkin juga menyukai