Anda di halaman 1dari 21

KERTAS KERJA PROGRAM BUDIMAN (RADIO SEKOLAH)

JAWATANKUASA MBMMBI & MBA SEKOLAH AGAMA MENENGAH RAWANG, SELANGOR.


1.0 PENDAHULUAN Sejajar dengan kepentingan perlaksananaan dan keberhasilan yang diharapkan untuk memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkukuh Bahasa Inggeris dan Memperkasa Bahasa Arab MBMMBI & MBA yang dipertanggungjawab oleh pihak sekolah melalui Jawatankuasa MBMMBI & MBA maka suatu program induk dirangka agar dapat memanafaatkan kredibiliti yang ada semaksima mungkin. Hal ini juga berkait rapat dengan keberkesanan penggunaan media dalam pembelajaran yang membantu penguasaan bahasa yang berterusan. Penyediaan persekitaran dan iklim sekolah yang berkesan ditambah dengan aktiviti yang lebih bersifat ringkas dan santai akan lebih menggalakkan proses pembelajaran yang bersifat global dan glokal. Program Budiman (Radio Sekolah) dilaksanakan bagi membolehkan proses pembelajaran sentiasa berjalan sepanjang sesi persekolahan di samping menyediakan persekitaran berbahasa yang menarik dan berkepelbagaian. Selain itu, radio sekolah juga digunakan sebagai medium dalam menyempurnakan Program Sekolah Penyayang yang diwara-warakan oleh pihak KPM baru-baru ini. 2.0 RASIONAL Untuk mendorong kepada penyediaan persekitaran berbahasa yang lebih meluas dan lebih terancang pihak sekolah pada awalnya telah bersetuju untuk melancarkan program khas melalui pengkhususan Hari Bahasa sepanjang lima hari persekolahan iaitu dengan menetapkan hari Isnin dan Khamis sebagai hari Bahasa Melayu, hari Selasa dan Jumaat sebagai Hari Bahasa Inggeris dan hari Rabu sebagai Hari Bahasa Arab. Sejajar dengan peranan bahasa dalam penyampaian maklumat yang paling berkesan maka program ini dilancarkan; seterusnya menjadikan penggunaan bahasa yang baik sebagai pemangkin bahasa merentasi kurikulum sekolah. Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 yang menekankan kepentingan berbahasa secara betul dan berkualiti seterusnya melahirkan individu yang berkemahiran berbahasa dalam pelbagai bahasa tanpa mengetepikan martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Pemantapan persediaan persekitaran ini amat perlu ada program yang membantu merealisasikan kebitaraan bahasa yang lebih menyeluruh dan terbuka. Maka atas inisiatif menyediakan keadaan, suasana sekolah yang tenang dan selesa untuk berkomunikasi yang baik dan penguasaan berbahasa, sama ada berbahasa Malaysia, berbahasa Inggeris mahupun berbahasa Arab, maka program BUDIMAN ini dirangka dan dirancang untuk membantu menyediakan konteks berbahasa yang lebih tersusun dan diamalkan oleh semua warga sekolah. Sekaligus program MBMMBI & MBA ini memberikan kebolehyakinan menguasai semua bahasa

pertuturan di sekolah ini dengan kebiasaan yang akhirnya membolehkan semua warga sekolah selesa dalam suasana hari berbahasa yang ada. 3.0 TEMA Tema MBMMBI & MBA : BAHASA MELAYU DIJUNJUNG, BAHASA INGGERIS DIKENDONG, BAHASA ARAB DIGALAS Tema Program BUDIMAN : BIASA BICARA BITARA BAHASA 4.0 MATLAMAT 4.1 4.2 Menjadikan warga SAMER agar dapat berbahasa yang berekreasi dan gramatis sebagai sesuatu yang menyeronokkan dan menarik minat para pelajar. Meningkatkan penguasaan murid terhadap pelbagai kemahiran seperti membaca, menulis, bertutur, kemahiran tatabahasa, kemahiran meneroka dan mencari maklumat dengan penyediaan program bantu yang berkesan dan tekal serta berterusan. Meningkatkan prestasi pelajar dalam peperiksaan dan dapat berkomunikasi dalam pelbagai situasi dan konteks Menanamkan kecintaan terhadap bahasa rasmi negara di samping tidak menolak kepentingan Bahasa Inggeris dan keutamaan Bahasa Arab sebagai bahasa Al-Quran secara terancang. Menyediakan persekitaran biasa dalam bicara dan akhirnya memupuk kebitaraan bahasa yang lebih baik dan molek.

4.3 4.4 4.5

5.0 OBJEKTIF 5.1 5.2 5.3 5.4 5.5 Meningkatkan minat pelajar dalam Pembelajaran dan Pembelajaran semua bahasa yang indah dan menarik dengan pendekatan yang lebih terbuka dan santai. Mendidik warga Sekolah Agama Menengah Rawang yang sentiasa siaga dalam berbicara lisan yang membolehkan kebitaraan dalam penguasaan berbahasa yang baik. Membentuk kebiasaan dan kelaziman penggunaan berbahasa yang menyakinkan dan lebih menguasai keterbilangan ilmu dan komunikasi yang lebih tepat dan betul. Menekankan asas-asas kemahiran sosial atau kemahiran berbahasa dengan menggunakan konsep Biasakan yang betul, betulkan yang biasa Menerapkan dasar-dasar KPM seperti Sekolah Penyayang, Pencegahan Jenayah dan Anti Dadah, dan seumpamanya dengan lebih meluas dan berkesan.

6.0 TARIKH Sepanjang sesi persekolahan mulai April, 2013; dan tahun-tahun seterusnya. 7.0 TEMPAT Sekolah Agama Menengah Rawang, Selangor

8.0 NAMA PROJEK : PROJEK BUDIMAN 8.1 Projek ini mula diilhamkan di sekolah pada 19 Mac, 2012 dan beberapa langkah telah diambil dalam proses pembinaannya. Diharapkan projek akan dapat terus dilaksanakan pada tahun 2013 dan pada tahun-tahun berikutnya. 8.2 Program ini dicadang dilaksanakan mulai jam 7.05 pagi hingga 7.15 pagi setiap hari Selasa, Rabu dan Khamis dan pada jam 2.15 petang hingga 2.30 petang setiap hari kecuali hari Jumaat pada jam 12.45 hingga 1.00 petang. Waktu siaran akan pada waktu rehat sesi 1 (10.25 pagi hingga 10.45 pagi) dan waktu rehat sesi 2 (10.50 pagi hingga 11.15 pagi). Radio Sekolah hanya akan berkumandang ke kawasan kantin dan dewan serta kawasan persekitaran yang bersesuaian dan sebarang informasi akan disampaikan untuk kawasan yang berkenaan sahaja (Siaran juga akan merujuk kepada jadual Pembelajaran dan Pengajaran di blok pusat sumber) Waktu bersiaran juga akan dilanjutkan pada waktu-waktu khas seperti ketika majlis-majlis diadakan dan juga pada hari Sabtu dan Ahad ketika pelajar asrama tidak pulang ke rumah. Dimanafaatkan menerang info berkaitan secara teratur dan terancang oleh juruhebah radio yang dilatih dan dibimbing. Waktu bersiaran pada hari Sabtu dan Ahad bergiliran akan dimulakan seawal jam 9.00 pagi dan selesai pada jam 7.00 petang. Siaran akan ditutup di kawasan blok A dan B pada waktu persediaan belajar (prep) atau sekiranya ada kelas kecemerlangan dilaksanakan. Siaran hanya akan berkumandang di kawasan kantin dan asrama (jika bersesuaian).

8.3

8.4

8.5

8.6

Penyampaian siaran akan diaplikasikan mengikut bahasa yang digunakan mengikut ketetapan minggu dan hari bahasa yang ditentukan seperti berikut: a. Minggu bergilir seperti dijadualkan dalam takwim sekolah b. Ketentuan Bahasa mengikut hari : HARI Isnin Selasa Rabu BAHASA Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Bahasa Arab HARI Jumaat *Sabtu *Ahad *Khas BAHASA Bahasa Inggeris Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris /Bahasa Arab Bahasa Malaysia/ Bahasa Inggeris/ Bahasa Arab Bahasa Melayu

Khamis Bahasa Melayu 8.7

Secara Konseptual BUDIMAN merujuk kepada pentafsiran perkatan Budi dan Iman; yang menjelaskan kepada generasi yang mempunyai budi yang luhur dan mempunyai kemantapan iman yakni taqwa dalam diri yang mantap dan mampan. Definisi BUDIMAN mengkombinasikan akronim merujuk penjelasan yang tersirat seperti di bawah iaitu : = = Bicara Ungkapan

B U

D I M A N 8.8

= = = = =

Dunia Ilmiah (Ilmu Dunia dan Akhirat) Media/Medium Aspresiasi NILAM

Takrif B.U.D.I.M.A.N secara menyeluruh

B Bicara Perbuatan lisan yakni bercakap; atau bertutur; atau berkata yang bertujuan menyatakan pendapat, buah fikiran, akal budi, dan bermesyuarat. U Ungkapan Susunan kata-kata yang digunakan dalam percakapan mahupun tulisan merangkumi frasa atau rangkaikata yang tertentu susunan katanya. Lazimnya ungkapan adalah susunan kata-kata indah termasuk peribahasa, kata-kata hikmah hukamah, katakata falsafah ; juga diberikan pengertian gabungan atau kelompok kata yang khusus untuk menyatakan sesuatu maksud, simpulan bahasa Ungkapan juga dapat ditafsir sebagai pernyataan sesuatu perasaan melalui ekspresi wajah. Selain itu, ungkapan boleh dirujuk gabungan fungsi, pemalar, pemboleh ubah dan seumpamanya dalam bidang Matematik. Ungkapan dengan erti lain merupakan rumusan matematik yang dikodkan dalam bentuk suruhan atur cara. Namun dalam konteks radio, ungkapan yang ada akan disampaikan melalui lisan sebagai suatu medium melestari maklumat. D Dunia Dunia adalah satu medan perjuangan yang merupakan ruang menghadapi cabaran bagi manusia sejagat. Sabda Rasullullah SAW bermaksud Sesiapa yang menghadapi dunia hendaklah berilmu. Sesiapa yang mahu kepada akhirat hendaklah berilmu, dan sesiapa yang hendak kedua-duanya hendaklah dia berilmu IIlmiah Sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan insan yang seimbang duniawi dan ukhrawi. Sabda Rasullullah SAW bermaksud : Menuntut ilmu itu wajib ke atas orang-orang mukmim. MMedia/Medium Media merujuk alat atau perantara komunikasi atau perhubungan. Medium memberi erti bahan atau sesuatu yang menjadi perantara bagi menghasilkan sesuatu kesan. Dalam istilah Biologi pula, medium merujuk kepada bahan atau persekitaran yang menjadi tempat tinggal (tumbuh) sesuatu organisma. AAspresiasi

Aspresiasi merupakan suatu pengikhtirafan, penghargaan, meletakkan nilai dalam membuktikan rasa perghargaan kepada sesuatu atau seseorang dan melestarikan sebagai hasil sesuatu aspirasi yang diharapkan. NNILAM NILAM merupakan akronim Nadi Ilmu Amalan Membaca. Hal ini bermaksud amalan membaca akan membuahkan hasil ilmu yang baik dan berkesan. 9.0 SASARAN PENDENGAR Semasa dan Jangka Pendek 9.1 Semua pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 9.2 Semua warga Sekolah Agama Menengah Rawang termasuk Guru, kakitangan, pekerja syarikat pembersihan, dan pengusaha kantin 9.3 Tetamu yang hadir 9.4 Para ibu bapa dan individu yang hadir ke SAMER menziarahi anak-anak/urusan rasmi. 9.5 Jangka masa panjang Semua penduduk sekitar 10 km dari Sekolah Agama Menengah Rawang dengan frekuensi tertentu. (Masih dalam perancangan dan penyelidikan)

10.0 KEWANGAN Rujuk kepada Lampiran Budi 1. 11.0 PERLAKSANAAN PROGRAM Sila Rujuk Lampiran Budi 2, Budi 3,Budi 4, Budi 5, dan Budi 6 12.0 PENUTUP Konklusinya, program ini diharapkan dapat membentuk golongan sasaran agar sentiasa mendengar, menginterprestasi, berbicara, mengucapkan ungkapan dan mengekspresi diri menggunakan ungkapan berbahasa yang baik, molek dan bertatasusila serta mempunyai kesantunan yang terpelihara. Hal ini diharapkan dapat melahirkan modal insan dan golongan aset masa depan yang menghargai konsep budiman yang asal iaitu berbudi, berakal, bijaksana dan menerapkan aspek berbudi bahasa, berakal budi, berbudi pekerti, bersopan santun dan memberikan jasa atau budi yang terunggul menjana generasi terbilang dalam diri masingmasing. Insyaallah. SEKIAN, TERIMA KASIH. MELESTARIKAN KEBITARAAN BAHASA UNTUK KEGEMILANGAN SEKOLAH, BANGSA DAN NEGARA Disediakan oleh: (NORHASIMAH BT. HASSAN)

Guru Kanan Matapelajaran Bahasa, Sekolah Agama Menengah Rawang, Sel. Disemak oleh: (NAZIRI BIN MAD ISA) Penolong Kanan, Sekolah Agama Menengah Rawang,Sel Disahkan oleh: (HJ. MOHD ZAINUL ARIFIEN BIN MOHD JAID) Pengetua, Sekolah Agama Menengah Rawang, Sel

LAMPIRAN BUDI 2

JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM BUDIMAN (RADIO SEKOLAH)


SEKOLAH AGAMA MENENGAH RAWANG, BATU 16, JALAN IPOH, 48000 RAWANG SELANGOR. Pengerusi Timbalan Pengerusi Naib Pengerusi I Naib Pengerusi II Setiausaha Penolong Setiausaha Matematik) Bendahari Penolong Bendahari Radio) Ahli Jawatankuasa Melayu) Inggeris) : Pn. Ruslina bt. Hamzah Arab) : En. Ilias bin Dollah Azhar) : En. Mohd Ridzuan bin Ismail : Pn. Zawatilaqmal bt. Othman Vokasional) : Pn. Siti Hajar bt. Khalib : En. Mohd Sofiuddin bin Daim Guru Pembimbing : Pn. Shahariza bt. Teh (GKMP Pendidikan Islam) (GKMP Al-Azhar) (Bahasa Inggeris) (GKMP Kemanusiaan) (GKMP Teknik (Ketua Panitia Bah. Arab Al(Ketua Panitia Bahasa : Tn. Hj. Mohd Zainul Arifien bin Mohd Jaid : En. Naziri bin Mad Isa : Pn. Hjh. Noraini bt. Jasman : Pn. Harlina bt. Kabol : Hjh. Norhasimah bt. Hassan : Pn. Nurul Aduliena bt. Adam : Pn. Sarah bt. Johari : Pn. Hjh. Normawati bt. Daud : Pn. Hjh. Nor Aishah bt. Ibrahim : Pn. Rosnani bt. Roslan (Pengetua) (Penolong Kanan)

(GKMP Bahasa) (GKMP Sains dan (Dana Induk) (Dana Kutipan Aktiviti (Ketua Panitia Bahasa (Ketua Panitia Bahasa

: : : : : Melayu/Kaunseling)

Pn. Mastura bt. Osman Pn. Sazlina bt. Sadikon Pn. Fazidah bt. Husin Pn. Maryuni bt. Mohamed Pn. Norlela bt. Mat Sarip : Pn. Zuraihah bt.

(Bahasa Inggeris) (Bahasa Inggeris) (Bahasa Inggeris) (Bahasa Melayu) (Bahasa Melayu) Othman (Bahasa Arab) (Bahasa Arab) (Bahasa Arab) (Bahasa

: En. Muhammad Azman bin M.Husin : Pn. Hayati Zanirah bt. Idris : Pn. Mustazilla bt. Mustakhim Guru NILAM : Pn. Dewi Fickry bt. Wahidin : Pn. Haslina bt. Harun : En. Mohd Azrul bin Abd Aziz : En. Mohd Haider bin Samsuddin : En. Mohd Azwan bin Sarjidin : Semua Ketua Panitia

Ahli Jawatankuasa (Teknikal)

AJK Tambahan

Lampiran Budi 3

JAWATANKUASA PELAKSANA PELAJAR 2013/2014 PROGRAM BUDIMAN (RADIO SEKOLAH)


Pengerusi Mahmud Naib Pengerusi Tahir (5 Al-Hanafi) Setiausaha Roslan (4 Al-Maliki) : Ainul Nadhirah bt. Che : Marahaini Nabila bt. Mohd : Nurliyana Shahira bt. (5 Al-Hanafi) : Mohd Muqrie bin Sofi : Nur Farhah bt. (5 Al-Hanafi) : Mohd Fakhrul Rodzi bin Md : Abdul Qayyim bin

Penolong Setiausaha I Hassan (4 Al-Maliki) Penolong Setiausaha II Raji (4 Al-Maliki) Bendahari Bahari Penolong Bendahari Ahli Jawatankuasa Skrip dan suntingan Bahasa Melayu : M.Zaini (5 As-Syafie)

1. Muhammad Aiman Syafiq bin

2. Norliza bt. Muhamad Sugandi Norselin (5 Al-Maliki) 3. Nur Atiqah bt. (5 Al-Hanafi) 1. Siti Hawa Naimah bt. 2. Muhammad Sidqi b. Muhammad Naim (5 Al-Hanafi) 3. Nur Ain Farhana bt. Mohd Adnan (5 Al-Hanafi) : 1. Muhd Aqil Musthakim bin Mohd 2. Siti Nurul Afifah bt. Fauzi Kamaruddin (5 Al-Maliki) 3. Nur Syarafana binti (5 Al-Hanafi)

Skrip dan suntingan Bahasa Inggeris : Maheran (5 Al-Hanafi)

Skrip dan suntingan Bahasa Arab Fadzil (5 Al-Hanafi)

NILAM dan One Stop Read Centre : 1. Muhammad Farizuan bin Mohd Shukry (5 Al- Maliki) 2. Nur Farihah bt Mohd Hariz Subki (5 Al-Hanafi) 3. Mohd Nur Hariz bin Mohd (5 As-Syafie) : 1. Muhammad Fahmi bin Abdul 2. Muhammad Hilmi bin Mohd Shafawi Anuar Subahir Roslan Sopian (5 Al-Hanafi) 3. Ameera Adnin binti (5 As-Syafie) 4. Tiara Zulaikha bt Mohd (5 As-Syafie) 5. Nur Athirah bt. (5 Al-Maliki) 6. Nawal bt. Mohd (5 Al-Maliki)

Teknikal, ICT dan Multimedia Muin (5 Al-Maliki)

SEGMEN KHAS (BAHASA-BAHASA LAIN)


BIL NAMA 1. Muhammad Ashek bin Muhammad Nazarulla 2. 3. 4. 5. 6. 7. Nurul Natasya bt. Nazarulla Muhammad Adib Aiman bin Zahariman Muhammad Syamil Iqhwan bin Ridzuan Yusuf bin Muhammad Fadhullah Ng Nur Shafiqah bt. Ramli Nurul Husna bt. Mohd Nasir TINGKATAN 4 Al-Maliki 5 As-Syafie 4 Al-Hambali 4 Al- Hambali 1 Al-Hambali 5 As-Syafie 2 Al-Hanafi KEUTAMAAN SEGMEN Bahasa Tamil, BA, BI, BM Bahasa Tamil, BM, BA, BI Bahasa Spain, BI, BM, BA Bahasa Jepun, BM Bahasa China, BI, BM, BA Korea Korea, China, BM

Senarai Penyampai / juruhebah automatik Budiman@SAMER.

: Semua Ahli Jawatankuasa Induk secara menjadi Penyampai Radio

Semua senarai penyampai/juruhebah radio yang disenaraikan di bawah ini adalah pemohon-pemohon yang ingin menjadi ahli secara sukarela. Pihak Radio Budiman @SAMER memberikan peluang kepada semua yang memohon dan mereka akan dilatih untuk mengendalikan radio dengan sebaik mungkin.

MENENGAH ATAS
BIL
01 02 03 04 05 06 07 08 09 10 11 12 13

NAMA Muhammad Fikri bin Mohd Arief Fitri Munawaroh binti Zailani Nasty Nurul Syuhadah binti Jasni Nur Syarafana binti Kamaruddin Muhammad Sidqi bin Muhamad Naim Muhammad Naqib bin Salleh Amirul Aiman bin Amran Muhammad Hafizzuddin bin Abdul Halim Muhammad Shahrul Izwan bin Khairuddin Nazirul Syakir bin Romlan Muhammad Aiman Syafiq bin M.Zaini Nurliyana Shahira bt. Baharli Nur Hidayu binti Razali

TINGKATAN 5 As-Syafie 5 Al-Maliki 5 Al-Hambali 5 Al-Hanafi 5 Al-Hanafi 5 As-Syafie 5 As- Syafie 5 As-Syafie 5 As-Syafie 5 As-Syafie 5 As-Syafie 5 Al-Hanafi 5 Al-Hanafi

KEUTAMAAN SEGMEN

BM, BI, BA BA, BI, BM BA, BI, BM BA, BI, BM BI, BA, BM BM, BI, BA BM, BI, BA BI, BA, BM BA, BM, BI BI, BM, BA BA, BI BM, BA BM, BI

14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 38 39

Mazwin Qairunnisa bt Zaidi Najlah bt. Sopian Syafiq Ikmal bin Muhammad Nisran Muhammad Ashek bin Mohamed Nazarullah Nursaidatul Husna bt. Shahrul Anuar Nur Raihanah bt. Md. Rosman Yusra Insyirah bt. Ibrahim Marahaini Nabilah bt. Mohd Raji Nur Hidayah bt. Hassan Anis Adilla bt. Anuar Muhammad Syafiq bin Mat Zali Amy Nadhira bt. Ahmad Ainul Nadhirah bt. Che Hassan Khairunnajihah bt. Zulkefli Ain Farhana bt. Jaafar Nur Hanis bt. Md Isa Nurul Najwa bt. Muhammad Nasyir Farah Syafinaz Widad bt. Md Zain Nur Qamarina bt. Badrul Hisham Khairunnisa bt. Kamal Muhammad Miqdad bin Amdan Muhammad Hazwan bin Hasbollah Azwan B. Ismail Aiman Hakim B. Suhaimi Zikril Hakimi B. Kamaruddin

5Al-Hambali 5Al-Hambali 5Al-Hambali 4 Al-Maliki 4 Al-Maliki 4 Al-Maliki 4 Al-Maliki 4 Al-Maliki 4 Al-Maliki 4 Al-Hambali 4 Al-Hambali 4 Al-Hambali 4 Al-Maliki 4 Al-Maliki 4 Al- Hanafi 4 Al Hanafi 4 Al- Maliki 4 Al-Hanafi 4 Al-Hanafi 4 Al-Hanafi 4 Al-Hanafi 5Al-Maliki 5Al-Maliki 5Al-Maliki 5Al-Maliki 5Al-Hambali

BI, BM BM, BI BM BA, BM, BI BI, BM, BA BM, BI, BA BI, BM, BA, BM BA, BM, BI BM, BI, BA BI, BM, BA BA, BM BM, BI, BA BM, BI, BA BM, BI, BA BM, BI, BA BM,BI, BA BI, BM, BA BA, BM BM, BI, BA BM BA, BM BM BA BI BI, BM

MENENGAH RENDAH
BIL
01 02 03 04

NAMA Nurul Afiqah bt. Muzaili Rasyidah bt. Nasiar Rakinah bt. Abdul Rahman Mohd Suhail

TINGKATAN 2 As-Syafie 2 As-Syafie 3 Al-Hanafi 2 As-Syafie

KEUTAMAAN SEGMEN

BM, BI, BA BM, BI, BA BM, BI, BA BM, BI, BA

05 06 07 08 09 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37

Afri Zikri Bin Shahrul Muhammad Haziq Aiman bin Mohd Jihadi Muhammad Irfan bin Badrul Munir Izzat Fahmi bin Ramli Nur Anis Thamaniah bt. Muhammad Sulaiman Aina Maisarah bt. Zulkefli Farhana bt. Ismail Muhammad Naufal bin Lahami Salihin Muhammad Danish Farhan bin Mohd Faizal Muhamaad Nilyunyu Nur Alya Khalisya bt. Amran Nurul Najwa bt. Nizam Nur Izzah Afiqah bt. Rosdin Nur Najihah bt. Mohd Roslan Nurul Nasuha bt. Mohd Riduan Nurul Hidayah bt. Mohd Sayothi Sofiatun Naqibah bt. Mohd Rizal Nur Aqilah bt. Md Yassin Nurul Rafiqah Najwa bt. Mohd Rasyid Syuhailah bt. Sulaiman Amiratul Balqis bt. Mohyee Nur Nisaa Solehah bt. Muhd Hazawil Ainna Afwawafa bt. Abdul Rahman Nur Anis Sbarina bt. Azri Sham Nurul Qasdina bt. Abdul Jaleel Nurin Aina Najihah bt. Ahmad Rasyidah bt. Mohammad Nasiar Haqilah Ainur Balqis bt. Hairul Anuar Nurul Najwa bt. Abd Rahman Nurul Afiqah bt. Muzaili Nur Syammi bt. Shahari Nurul Izzati bt. Zakaria Nur Nabilah Aisyah bt. Shahrul Anuar

1 Al-Hambali 1 Al-Hambali 1 Al-Hambali 1 Al-Hambali 1 Al-Hanafi 1 Al-Hanafi 1 Al-Hanafi 1 Al-Hambali 1 Al-Hambali 1 As-Syafie 1 Al-Hanafi 1 Al-Hanafi 1 Al-Hanafi 1 Al-Hanafi 1 Al-Hanafi 1 Al-Hanafi 1 Al-Hanafi 1 Al-Hanafi 1 Al-Hanafi 1 Al-Hanafi 1 Al-Hanafi 1 Al-Hanafi 1 Al-Hanafi 1 Al-Maliki 1 Al-Maliki 1 Al-Maliki 2 As-Syafie 2 As-Syafie 2 As-Syafie 2 As-Syafie 2 As-Syafie 2 Al Hanafi 2 Al Hanafi

BM, BI, BA BA, BM, BI BM, BI, BA BA, BM, BI BM, BI, BA BA, BM, BI BA, BM, BI BA, BM, BI BM, BI, BA BM, BI, BA BM, BI, BA BM, BI, BA BM, BI, BA BM, BI, BA BM, BI, BA BM, BI, BA BM, BI, BA BM, BI, BA BM, BI, BA BM, BI, BA BM, BI, BA BM, BI, BA BM, BI, BA BI, BM BM BM BA, BM BA, BM BM BM BM BM, BI, BA BM, BI, BA

38 39 40 41 42 43 44 45 46 47 48 49 50 51 52 53 54 55 56 57 58 59

Siti Fariha bt. Yahya Amnan Hanani bt. Badruddin Nur Murshidah bt. Mohd Adam Nur Athirah bt. Mohd Azhar Nurul Aliah bt. Mohammad Akh Nur Aqilah bt. Rohimi Anis Syafinie bt Norul Yakin Noor Syazwani bt. Mohamad Yusri Ayu Nadhirah bt. Mohd Suhaime Nur Amierah bt. Khairulnizan Anis Shahira bt. Shamsuri Sharifah Athirah bt. Syed Ismail Nurul Hanis bt. Rohaizad Siti Maisarah bt. Badri Ain Nadhirah bt. Nazli Nur Wahidah bt. Khalil Wadhiah bt. Rosli Afifah Raihanah bt. Rohimi Siti Aisyah Wafa bt. Muhammad Rusdi Aina Afrina bt. Azmi Nur Hanisah bt. Mohd Shuib Nur Alissya bt Nazri

2 Al Hanafi 2 Al Hanafi 2 Al Hanafi 2 Al Hanafi 2 Al Hanafi 2 Al Hanafi 2 Al Hanafi 2 Al-Maliki 2 Al-Maliki 2 Al-Maliki 2 Al-Maliki 2 Al-Maliki 2 Al-Maliki 2 Al-Maliki 2 Al-Maliki 2 Al-Maliki 2 Al-Maliki 2 Al-Maliki 2 Al-Maliki 2 Al-Maliki 2 Al-Maliki 2 Al-Maliki

BM, BI, BA BM, BI, BA BM, BI, BA BI BM, BI, BA BM, BI, BA BM, BI, BA BM, BI, BA BM, BI, BA BM, BI, BA BI, BA BI, BM BI, BA BM BM, BI, BA BM, BA BM, BA BM, BI, BA BM, BI BM, BI BA, BM BM, BI

LAMPIRAN BUDI 4

KANDUNGAN DAN PENGISIAN RADIO BUDIMAN @ SAMER


1. Bicara Ilmu Mata pelajaran Dasar Kementerian Pelajaran Malaysia Kriteria Ilmu ( Formula atau pencirian) Bijak Belajar Aktiviti Koakademik (Syarat-syarat dan Keperluan)

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Bicara informasi Terkini Bicara Hati dan Minda (Nukilan kreatif) Bicara MBMMBI dan MBA Peribahasa KOMSAS Teknik Belajar Deklamasi Puisi Bicara NILAM Sinopsis Buku Pertandingan/Kuiz merujuk bahan buku Jelajah Kamus (Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Bahasa Arab) Kekotak Minda Bestari Jalinan ilmu Bicara Buku Bicara Tokoh Bicara Ucapan dan lagu ( Budaya Penyayang) Bicara Personaliti Pilihan Bicara Tazkirah Hadis Bicara Qalam Allah

10. Bicara Istilah Hari Ini 11. Bicara Lelucon 12. Bicara Anda bijak dan fikirkan 13. Bicara Penyampai Jemputan 14. Bicara Iklan dan Penajaan 15. Bicara Motivasi 16. Bicara permintaan lagu dan ucapan 17. Bicara Ustaz/ustazah @ Pesanan Guru 18. Bicara Hebahan 19. Bicara Sayang ayahanda dan Bonda 20. Bicara Pelita hati 21. Bicara Cakna Bahasa (Bahasa Lain)

# Semua contoh segmen disertakan adalah menggunakan Bahasa Malaysia untuk lebih mudah difahami. SEGMEN 1 : BICARA ILMU
Objektif : 1. Menyampaikan maklumat dalam tiga bahasa berkaitan dengan semua bidang mata pelajaran secara giliran dan menjadikan konsep ala bisa tegal biasa sebagai fenomena mengingat sesuatu isi pelajaran secara pengulangan. 2. Memboleh audien/pendengar menguasai ilmu melalui pendengaran walaupun sedang berada dalam situasi santai dan bersegera. 3. Membolehkan audien/pendengar mendapat pendedahan tentang ilmu di luar ruang litup matapelajaran yang dipelajarinya. Contohnya: Murid-murid aliran sains akan mengetahui istilah atau maklumat tentang matapelajaran Ekonomi Asas dan Perdagangan. Murid-murid menengah rendah akan mengetahui tentang matapelajaran menengah atas. Secara tidak langsung pendedahan ini membolehkan murid di peringkat menengah rendah menentukan hala tuju mereka lebih awal Rasional : Pendengar akan dapat mengenal pasti pelbagai maklumat di luar bidang penguasaan mereka dan membuat pilihan atau keputusan terhadap keperluan atau syarat-syarat yang perlu dipenuhi untuk masuk ke bidang yang mereka minati. Pendengar juga boleh lebih mengingati fakta yang dipelajari apabila berlaku pengulangan; seterusnya mereka akan maklum dan mahir dalam menguasai ilmu pengetahuan. Instrumen : 1. Data atau maklumat dalam mata pelajaran yang perlu diingat atau ditekankan seperti formula, penggunaan istilah dan seumpamanya.

2. Istilah dan ungkapan sesuai mengikut konteks dan kondisi. 3. Rangkaikata-rangkaikata menarik seperti peribahasa dalam pengucapan dan bertulis 4. Maklumat tentang sesuatu fakta seperti sejarah, hasil kajian dan penyelidik, kriteria pemarkahan dalam PBS dan ULBS, dan seumpamanya. Kaedah : 1. Juruhebah akan membacakan instrumen mengikut giliran mata pelajaran. Instrumen dan diperolehi dan disahkan dahulu oleh panita mata pelajaran oleh wartawan atau pengumpul maklumat yang ditugaskan. 2. Segmen akan disampaikan dalam bentuk ringkas, padat dan difahami.

3. Untuk segmen ilmu pada hari Sabtu dan Ahad, juruhebah boleh menjemput tetamu sama ada dalam kalangan guru-guru, atau tetamu sama ibu bapa atau mantan pelajar untuk memberikan info dan maklumat dalam sesi BUAL BICARA ILMIAH. a. Pihak ibu bapa yang ahli dalam bidang tertentu dengan bercerita tentang pengetahuan atau pengalaman dalam bidang yang diceburi. b. Pihak juruhebah boleh mengumpulkan soalan daripada kalangan pelajar pada minggu sebelum bersiaran untuk diajukan dan dijawab oleh guru-guru yang mata pelajarannya terpilih untuk bersiaran pada minggu itu. c. Mantan pelajar juga boleh diminta untuk memberikan pendapat dan pengalaman dalam bidang yang dipilih. Contohnya, memberikan tips-tips menguasai mata pelajaran dengan mudah, pendekatan yang lebih baik, dan seumpamanya.

4. Segmen ini boleh disampaikan dalam mana-mana satu daripada tiga bahasa; atau ketiga-tiga bahasa berselang seli yang digunakan di SAM Rawang, terutama pada segmen yang digunakan pada hari Sabtu dan Ahad. 5. Segmen ini akan diselang-selikan dengan lagu-lagu yang bersesuaian jika perlu. Tujuan lagu-lagu ini dikumandangkan kemudian diulas sedikit oleh penyampai radio adalah untuk mewujudkan suasana santai tetapi berinformasi. 6. Contoh-contoh pengisian adalah seperti berikut: Contoh 1: Penyampai Buat warga SAMER yang dikasihi. Hari ini kita akan membicarakan beberapa istilah yang digunakan dalam bidang Teknik dan Vokasional iaitu istilah yang sinonim dengan mata pelajaran Perdagangan, Ekonomi Asas dan Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan 4 (Perniagaan dan Keusahawan) Istilah pertama ialah duti import. Duti import ialah sejenis bayaran yang dikenakan kepada barangan yang dibawa masuk ke dalam negara mengikut kadar yang telah ditetapkan. Syarikat pengeksport barangan ke dalam negara mesti menanggung bayaran tersebut sebagai syarat kemasukan barangan atau produk mereka di sesebuah negara yang terlibat. Hal ini bertujuan untuk mengawal kelewahan produk luar masuk ke dalam pasaran di sesebuah negara itu. Istilah kedua ialah liabiliti. Liabiliti pula bermaksud tanggungan hutang yang dikenakan kepada ahli atau lembaga pengarah sesebuah syarikat. Hal ini bergantung kepada jenis sesuatu perniagaan itu. Jika perniagaan

tunggal semua tanggungan hutang terletak kepada pemilik tunggal tersebut. Dalam perniagaan perkongsian pula, liabiliti akan ditanggung oleh individu yang berkongsi mengikut syarat-syarat perjanjian perkongsian yang dipersetujui. Penggunaan istilah duti import dan liabiliti sesuai digunakan dalam penulisan karangan Bahasa Malaysia menggunakan laras Ekonomi. Contoh soalan : Anda telah terpilih sebagai pembahas kedua dalam pertandingan Bahas Sekolah-sekolah pada peringkat daerah dengan tajuk: Sesebuah negara yang berjaya bergantung kuat kepada kestabilan ekonomi. Bahaskan pernyataan ini. Kami mengharapkan info kali ini dapat membantu anda dalam menghasilkan karangan yang baik. Contoh 2 : Bual Bicara bersama mantan pelajar SAMER Penyampai Hari ini kita telah menjemput salah seorang alumni sekolah kita, abang Muhd Luqman Hakim bin Mohamad untuk sesi Bicara Ilmiah. Beliau merupakan pelajar cemerlang dan pelajar terbaik SPM 2009 dengan pencapaian 11A dan merupakan satu-satunya pelajar yang memperolehi keputusan terbaik dalam tempoh lima tahun belakang ini. Assalamualaikum abang Luqman. Apa khabar? Tetamu Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, abang sihat-sihat sahaja. Terima kasih abang ucapkan kepada pihak radio Budiman @ SAMER kerana sudi menjemput abang hari ini untuk segmen Bicara Ilmiah. Sememangnya abang amat teruja apabila menerima surat jemputan untuk hadir ke rancangan ini dan berkongsi dengan adik-adik tentang pengalaman abang. Penyampai Sama-sama. Kami memang amat menghargai kehadiran abang ke sini hari ini. Kesudian abang merupakan satu rahmat buat kami. Baiklah. Boleh abang perkenalkan diri abang dengan lebih terperinci. Almaklum, banyak adik-adik kita dan warga pendengar kita hari ini mungkin belum mengenali diri abang. Bak kata orang, tak kenal maka tak cinta. Bukan begitu, abang Luqman? Tetamu Hmm Abang setuju dengan pernyataan adik Muqrie. Nama abang, macam yang Muqrie perkenalkan tadi. Muhd Luqman Hakim bin Mohamad. Abang anak sulung daripada dua adik beradik. Adik abang, Fatimah Az-Zahra juga mantan murid

SAMER.. Abang sekarang ini sedang menuntut di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dalam jurusan perubatan. Tahun ketiga sekarang ini. Namun selepas SPM, abang terlebih dahulu melanjutkan pelajaran di Darul Quran. Alhamdullillah, abang amat bersyukur kerana terpilih belajar di SAMER ini. Sejak daripada sekolah rendah, abang bercita-cita belajar di SAMER ini. Oh, lupa abang hendak beritahu. Abang sebenarnya tinggal di Taman Mawar sahaja di bawah bukit ini. Ayah abang seorang pensyarah di UIAM dan ibu abang, suri rumah tetapi mengusahakan pusat asuhan kanak-kanak. Macam Muqrie katakan tadi, tidak kenal maka tidak cinta.. begitu juga dengan abang. Lima tahun di SAMER menjadikan abang sangat kasih akan sekolah kita ini. Pada awal meninggalkan SAMER, abang akan selalu balik untuk menjengah SAMER kita ini. Bak kata orang yang kemaruk bercinta, tak nampak orangnya nampak bumbung rumah pun jadilah. Abang berbangga belajar di sini, yang sekaligus menjadikan abang ini individu yang seimbang. Abang memang mengakui sahsiah dan peribadi abang hari ini juga adalah hasil tangan guru-guru di sini. Dan jika ada mantan guru yang pernah mengajar saya mendengar siaran kita hari ini.. terima kasih dengan segala tunjuk ajar dan ilmu yang dicurahkan kepada saya. Tiada ungkapan yang dapat menjelaskannya. Terima kasih kerana menjadikan saya insan berguna pada hari ini. Penyampai Saya yakin ada kalangan guru-guru kita ada pada hari ini, terutama pihak warden kita. Walaupun saya tahu abang tidak menginap di asrama ketika belajar dulu namun warden yang ada merupakan guru-guru kita yang tidak jemu-jemu memberikan komitmen kepada sekolah Abang Luqman, Apa rahsia abang dalam menuntut ilmu sehingga mencapai kecemerlangan yang terbilang di SAMER ini? Tetamu Bagi abang, Muqrie..sebenarnya mudah sahaja. SMART-3T. Solat, Muhasabah, Amanah, Rehlah,Taqwa Tekun/Tekal/Tawadduk Kita ini sebagai umat Islam, sememangnya kita seharusnya menjaga solat. Baik dan sempurna solat kita maka sempurnalah diri kita. Nasihat abang adik-adik wajib menjaga solat dan sentiasa memperbaiki solat tersebut. Kedua,kita mesti muhasabah setiap apa yang kita lakukan. Jika ada kekurangan dan kelemahan kita perbaiki. Setiap hari terutama sebelum tidur.

Amanah, yakni amanah dengan apa yang kita terima sama ada kepercayaan ibu bapa, tanggungjawab kita sebagai orang yang menuntut ilmu, anak dan apa sahaja yang kita buat.. kita amanah. Hidup kita pasti tenang. Rehlah.. Diri dan hidup kita perlu kerehatan. Kita perlu seimbangkan waktu rehat kita juga. Susun jadual. Waktu minda kita perlu berehat maka kita berehatlah. Dan ilmu akan lebih cepat kita kuasa. Taqwa. Bagi abang kita perlu buat semua hal yang menjadi ibadat itu secara seimbang. Di dunia mahupun akhirat. Dan 3T Tekun, tekal dan tawaduk pula pelengkap ketaqwaan itu. Penyampai Wah, abang ada perancangan untuk hidup abang sendiri. Bagaimana abang dapat menguasai semua mata pelajaran dengan baik. 11 A pada orang seperti bukanlah mudah untuk dicapai. Abang percaya Muqrie juga boleh sebenarnya. Selain abang menggunakan SMART-3T, abang juga set minda abang dalam menghadapi kekangan belajar ini. Contoh, set di minda kita ini Matematik itu mudah. Tak kiralah sama matematik moden mahupun matematik tambahan. Maka dengan pemikiran itu membolehkan kita sentiasa bersikap positif. Set juga dalam minda kita, jika orang lain boleh kita juga tentu boleh. Jangan cepat mengalah. Satu hal lagi sikap kita sendiri, jangan mudah berputus asa. Kena buat latihan selalu. Jika guru berikan tugas atau kerja latihan dalam kelas. Siapkan dahulu segera. Jadi dalam masa sama kita sudah menjimatkan masa untuk lebih banyak mengulangkaji mata pelajaran. Persediaan awal juga penting untuk membolehkan kita faham akan isi pelajaran kita. Dan sesi bual bicara seterusnya dalam masa yang ditetapkan atau dijadualkan.

Tetamu

SEGMEN 2 : BERITA INFORMASI TERKINI


Objektif : 1. Menyampaikan maklumat dalam tiga bahasa berkaitan tentang maklumat atau informasi atau perkembangan terkini di peringkat sekolah, daerah, negeri mahupun kebangsaan. 2. Murid dapat mengetahui perkembangan yang berlaku dalam dan luar sekolah. 3. Memasyhurkan pencapaian warga SAMER dan berkongsi kegembiraan atas penghargaan yang diperolehi agar menjadi dorongan kepada mereka yang lain. Rasional :

Pendengar akan dapat mengetahui maklumat terkini yang berlaku di SAMER dengan lebih cepat dan menyeluruh. Hal ini disebabkan terdapat warga SAMER yang tidak mengetahui perkembangan terkini atau semasa yang berlaku dan medium ini menjadikan penyebaran maklumat lebih meluas dan diketahui oleh mereka yang tiada kelapangan mencari berita. Instrumen : 1. Penyertaan dan status pencapaian penyertaan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan oleh warga SAMER 2. Perkembangan, peristiwa, kejadian yang berlaku di sekitar sekolah 3. Perkembangan luar yang berkaitan dengan senario di sekolah 4. Acara atau majlis yang sedang dirancang, sedang berlaku dan laporan peristiwa berlaku berkaitan sekolah. Kaedah : 1. Pengumpulan maklumat tentang peristiwa, perkembangan, aktiviti, majlis sekolah sama ada di peringkat sekolah, PPD, JPN, KPM dan kebangsaan. 2. Meringkaskan berita kepada frasa atau format yang khusus. Membacakan dan menyampaikan berita mengikut keutamaan informasi. 3. Memberikan ulasan ringkas sekiranya bersesuaian 4. Disampaikan ikut jadual ditetapkan. Contoh setiap satu jam Radio Budiman ke udara, atau setiap jam 9.00 pagi; 12.00 tengah hari; 3.00 petang dan 5 petang pada hari Sabtu dan Ahad bergiliran. 5. Boleh juga menyampaikan berita-berita penting semasa atau kecemasan. Contoh, kehilangan individu atau kanak-kanak oleh ibu bapa yang melawat anak-anak; Atau kehilangan wang atau barangan ketika waktu melawat dan seumpama. 6. Menwara-warakan peristiwa penting sekolah yang sedang berlaku sepanjang minggu berlangsung. 7. Contoh segmen 2 seperti : a. Bicara informasi terkini. 1. SAMER berjaya menjadi Johan Bahas Ala Parlimen Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Menengah Daerah Gombak buat kali ke-5 2. Penyertaan peserta memanah dibatalkan pada Kejohanan Memanah peringkat sekolah-sekolah Daerah Gombak. 3. Lima orang guru menerima Anugerah Prestasi Cemerlang 2012. b. Bicara informasi penuh. 1. Pasukan Debat Bahasa Melayu SAMER memecahkan rekod menjadi johan pada Pertandingan Bahas Ala Parlimen Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Menengah Daerah Gombak buat kali keenam berturut-turut. Kejayaan ini disifatkan sebagai satu kehebatan yang tidak dinafikan dan meletakkan pendebat SAMER sebagai lagenda yang disegani dalam kalangan sekolah-sekolah daerah Gombak ini. Usul Malaysia dapat menjadi pusat pendidikan dunia yang dicadangakan oleh SAMER sebagai

kerajaan diterima menewaskan SMK Bandar Baru Sg.Buloh dengan undian 6:1. Tahniah diucapkan kepada pasukan Debat Bahasa Malaysia SAMER atas kejayaan tersebut. 2. Penyertaan dua daripada tujuh orang peserta SAMER dalam Kejohanan Memanah sekolah-sekolah Daerah Gombak dibatalkan kerana tidak menepati syarat umur yang dibenarkan. Pengurus yang juga selaku jurulatih pasukan, Ustaz Mohd Ridzuan bin Ismail berkata, beliau menerima keputusan itu dan mengakui beliau tidak menyedari syarat tersebut sehinggalah pada saat-saat akhir pendaftaran. Namun begitu lima orang peserta lain telah menunjukkan prestasi yang baik dalam pertandingan tersebut. Kekurangan mata kumpulan akibat pembatalan dua orang peserta itu tidak melayakkan pasukan memanah SAMER ke peringkat yang lebih baik. Ustaz Mohd Ridzuan berjanji perkara itu tidak akan berlaku pada masa-masa akan datang dan percaya SAMER akan mendapat tempat pada pertandingan akan datang. 3. Lima orang guru SAMER telah menerima Anugerah Prestasi Cemerlang tahun 2012 yang diumumkan pada 13 April, 2013 yang lalu. Guru-guru tersebut ialah: 1. Pn. Rosnani bt. Roslan 2. En. Yusri bin Ayob 3. Pn. Harlina bt. Kabol 4. En. Mohd Haider bin Samsuddin dan 5. En. Abdul Hidir Afnizal bin Abdul Latif Tahniah diucapkan kepada kelima-lima penerima APC 2012. Dan semoga SAMER akan terus cemerlang dengan kecemerlangan semua guru dan kakitangan sekolah ini.

SEGMEN 3 : BICARA HATI DAN MINDA (NUKILAN RASA)


Objektif : 1. Menyampaikan bicara yang berkaitan pendapat, nukilan rasa, luahan hati dan minda secara kreatif sama nukilan prosa atau puisi dalam tiga bahasa berkaitan. 2. Memberikan peluang mengembang idea secara bernas dan menggunakan medium yang betul untuk menyampaikan pendapat dan mesej kepada orang lain. Rasional : Warga Sekolah rata-rata memiliki bakat yang tersendiri namun tidak dapat dikembangkan dengan baik sama ada disebabkan kerana tidak tahu atau tiada wahana yang dapat digunakan untuk menyerlahkan bakat mereka. Maka pihak Radio Budiman memberikan peluang kepada mereka yang ingin menyerlahkan bakat mereka dengan lebih sistematik untuk membentuk keyakinan mereka.

Instrumen : 1. Hasil karya dikumpulkan dan dipilih serta dibaca ketika segmen ini dijadualkan. 2. Pelbagai bentuk hasil karya kreatif seperti sajak, nukilan rasa, puisi tradisional, cerpen dan seumpamanya. Namun bahan daripada karya novel tidak akan diudarakan kerana kapasiti dan masa yang diperuntukkan terlalu panjang. Kaedah : 1. Juruhebah akan membacakan dan mendeklamasikan instrumen mengikut keputusan perbincangan jawatankuasa. 2. Segmen akan disampaikan mengikut kaedah penyampaian mengikut bentuk penyampaian yang betul. 3. Untuk segmen ini persembahan atau penyampaian dalam beberapa bentuk sama ada, a. Rakaman bahan oleh para penyampai radio yang disediakan sebelum bahan tersebut disiarkan. Untuk memberikan motivasi, nama pengkarya akan dimaklumkan. b. Pihak juruhebah menyampaikan bahan secara langsung dan diulas mengikut pemahaman mereka. c. Para ibu bapa atau saudara-mara juga boleh menyumbangkan karya untuk dikongsikan bersama para tetamu atau warga sekolah (pada hari Sabtu dan Ahad)

4. Segmen ini akan disampaikan dalam mana-mana satu daripada tiga bahasa; atau ketiga-tiga bahasa berselang seli yang digunakan di SAM Rawang, mengikut jenis bahasa yang digunakan dalam karya-karya yang dihantar. 5. Pendeklamasian akan disertakan iringan muzik instrumental bagi memberikan kesan yang lebih baik. 6. Segmen ini akan diselang-selikan dengan lagu-lagu yang bersesuaian jika perlu. Tujuan lagu-lagu ini dikumandangkan kemudian diulas sedikit oleh penyampai radio adalah untuk mewujudkan suasana santai tetapi berinformasi. 7. Contoh-contoh pengisian adalah seperti berikut: Bicara Hati Ini Hati ini sering berkata. Mengapa perlu ada kebimbangan Mengapa perlu ada kecewa