Anda di halaman 1dari 1

Hadith: Daripada Ummu Al-Mukminin Ummu Salamah Hindi binti Abu Umaiyah Huzaifah RA, daripada Nabi SAW

bahawa sesungguhnya baginda bersabda, "Sesungguhnya pada suatu masa nanti akan dilantik beberapa pemimpin. Maka ada yang kamu bersetuju (kerana amalan mereka yang bertepatan menurut syara') dan yang kamu tidak bersetuju (kerana perbuatan mereka yang bercanggah dengan syara'). Sesiapa yang benci (di dalam hati) maka terlepaslah ia (daripada) dosa dan sesiapa yang membantah sesungguhnya ia terselamat. Tetapi, sesiapa yang redha dan mengikuti (pemimpin tersebut) yang telah bermaksiat". Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah tidakkah kita perlu memerangi mereka?" Sabda Rasulullah SAW, "Jangan perangi mereka selagi mereka mendirikan solat". Huraian Hadith: 1. Janganlah kamu meredhai perbuatan jahat, jika kamu redha maka kamu dianggap berkongsi didalam mengerjakannya. 2. Setiap orang yang bertaraf pemimpin hendaklah menyedari tanggungjawabnya dan bersedia melaksanakan hukum-hukum Allah didalam pemerintahannya. 3. Pemimpin yang arahannya menyeleweng daripada ajaran Allah tidak wajib dipatuhi tetapi tidak boleh diperangi selagi dia mendirikan solat. 4. Antara mukjizat Rasulullah SAW ialah menceritakan perkara ghaib yang akan berlaku. 5. Solat adalah syiar Islam yang membezakan antara Islam dan kufur. 6. menimbulkan fitnah dan perpecahan dikalangan masyarakat Islam adalah dilarang, kerana perpecahan itu lebih berat dan lebih dahsyat daripada kemungkaran pemerintah dan ketidakadilan mereka. Riwayat: Bukhari dan Musli Kategori: Akidah Hadith: Daripada Abu Sufian ya`ni Sahri ibni Harbin RA dalam ceritanya yang panjang lebar berhubung dengan kisah Hirqal (Raja Rom). Tanya Hirqal, Apa yang diperintahkan kepada kamu (ya`ni Nabi SAW)? Jawab Abu Sufian : Dia (ya`ni Nabi) berkata Sembahlah Allah Yang Esa dan jangan menyekutukannya (Allah) dengan sesuatu apa pun. Tinggalkan semua ajaran nenek moyang kamu dan dia (Nabi) menyuruh kami bersembahyang, bercakap benar, memelihara diri daripada kemungkaran dan menghubungkan silatul rahim.

Huraian Hadith: 1. Rasulullah sentiasa bersikap benar sehingga diakui oleh musuh, kerana Abu Sufian, pada masa pertemuan dengan Hirqal masih merupakan seorang kafir dan memusuhi Rasulullah SAW. 2. Tunjang Islam adalah mengesakan Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu. 3. Berpegang dengan kepercayaan jahiliah dalam masalah agama adalah dilarang. 4. Seruan Islam itu adalah untuk seluruh manusia. 5. Tauhid (beriman) kepada Allah adalah perkara pokok dalam akidah Islam. 6. Menyekutukan Allah dengan sesuatu adalah terkeluar daripada akidah Islam.
Hits : 373

Anda mungkin juga menyukai