Anda di halaman 1dari 3

Petua Untuk Menghilangkan Jeragat Di Muka

PETUA-PETUA MELAYU LAMA Petua Untuk Menghilangkan Jeragat Di Muka Jeragat ialah tompok-tompok hitam yang disebabkan melanin yang terkumpul dan menjadi warna coklat muda atau coklat tua. Kadang kala ia hitam yang terkumpul di muka biasanya berkelompok, baik di pipi mahupun di dahi atau dagu. Jeragat boleh dipudarkan atau dikurangkan, tetapi tidak boleh dipulihkan sama sekali. Mungkin anda tidak ada jeragat, tetapi mencegah lebih baik sebelum ditimpa masalah ini. Penyebabnya: 1. Ia disebabkan oleh pancaran UV matahari yang menjadikan kelebihan pigmen. 2. Hormon yang tidak seimbang disebabkan mengandung atau menopaus. 3. Gelisah dan tidak cukup tidur. 4. Menggunakan makeup yang tidak berkualiti dan bermutu rendah. 5. Disebabkan oleh masalah pada limpa. Rawatan Moden a. Lindungi kulit anda daripada matahari dengan menggunakan skin care dan barangan makeup yang mengandungi "sunscreen" iaitu bahan pelindung matahari. Tidur dengan cukup dan jauhi daripada kegelisahan. b. Pastikan barangan makeup yang anda pakai bermutu tinggi. Urutan pada muka anda boleh merangsang peredaran darah dan mempercepatkan pemulihan. Rawatan Tradisional Petua 1 : Sapukan kulit pisang berangan ke jeragat. Biarkannya selama 5 minit dan bersihkan muka anda dengan air bersih. Petua 2: Ambil putih telur, rendam tisu dalam putih telur dan tekapkan pada muka anda sehingga tisu menjadi kering. Buang tisu tersebut dan cuci muka anda dengan air bersih. Petua 3: Kutip beberapa helai sireh muda dan simpan dalam peti sejuk. Setiap pagi ambil sehelai dan terus gosok di sekitar tempat jeragat tersebut. Petua 4: Ambil 2 inci daun betik, 1 genggam beras, air dan 1 inci kulit kayu manis. Rendam terlebih dahulu beras dengan air semalaman. Setelah ia kembang, kisar ataupun tumbuk dengan sedikit air bersama daun betik dan kulit kayu manis. Setelah siap, sapukan di seluruh muka anda dan biarkan ia kering lebih kurang 20 - 30 minit. Kemudian, lembabkan muka anda, gosok (seperti scrub) dan cuci. Bagi mendapatkan kesegaran, cuci muka anda dengan air suam. Petua 5: Ambil hampas kelapa dan gosokkan di seluruh muka anda. Biarkan selama 15 minit atau lebih. Amalkan selalu. Jeragat anda akan hilang dan kulit muka menjadi halus dan gebu.

Petua Melayu Lama

Petua Melayu Lama Untuk Membunuh Lipas

Pilihan 1: Ambil hujung timun atau pangkalnya dan letakkan di tempat ada banyak lipas. Lipas akan mati. Pilihan 2: Ambil beberapa biji buah pelaga dan letakkan di tempat lipas membiak. Pilihan 3: Kalau terlalu banyak sangat, sediakan ubi kentang yang direbus dan dilecek dicampurkan bersama serbuk penaik dan gaul. Buat seperti pegedel dan letak di tempat banyak lipas.

Petua Untuk Membesarkan Payudara Secara Semulajadi


Petua Melayu Lama

Gambar Hiasan

Petua Untuk Membesarkan Payudara Secara Semulajadi

1. Amalkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi Vitamin C, Vitamin E, Beta-karotena dan antioksidan. 2. Amalkan memakan minyak ikan selalu. 3. Amalkan pengambilan makanan berserat tinggi seperti gandum, beras merah dan kacang soya. 4. Elakkan minuman beralkohol, kopi, coklat dan cola. 5. Gunakan bra atau coli yang sesuai agar bentuk payudara anda kekal mantap. 6. Bersihkan secara rutin kawasan sekitar puting dengan kapas yang dibasahi air suam. 7. Lakukan urutan pada payudara dengan minyak zaitun. 8. Lakukan senaman ringan yang memberi fokus pada memperkuat otot sokongan payudara. 9. Gunakan tangan anda untuk menarik dan putarkan puting secara perlahan-lahan.

Khasiat Jus Nanas : PETUA MELAYU LAMA


PETUA MELAYU LAMA
Khasiat Jus Nanas Nanas sejenis buah tropika mengandungi kandungan gula yang tinggi serta kaya dengan vitamin A, B dan C. Jus nanas merupakan sejenis minuman yang lazat dan baik untuk kesihatan, terutamanya bagi mengatasi kekeringan di bahagian bibir dan kulit muka. 1. Nanas merupakan ramuan penting dalam rawatan tradisional. Ia melancarkan perjalanan haid serta berkesan mengatasi masalah-masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan badan. Ia juga merupakan penawar yang penting bagi mengatasi penyakit batu karang. Amalan meminum jus nanas terbukti berkesan untuk mengatasi masalah kencing tidak lawas kerana kandungan enzimnya yang tinggi. 2. Untuk Keremajaan Kulit Wajah - Enzim yang terdapat pada nenas dapat mengeluarkan sel-sel kulit mati yang berada pada permukaan kulit wajah. Sel kulit yang mati menghalang kulit daripada bernafas dan seterusnya menyebabkan lebih banyak tisu kulit mati. Anda hanya perlu kisar buah nenas dan tapis untuk mendapatkan jusnya. Tambah sedikit air jika jus tersebut kelihatan terlalu pekat. Minum selalu.

Anda mungkin juga menyukai