Anda di halaman 1dari 16

Solat Sunat Hajat

. Solat Sunat Hajat merupakan solat sunat yang didirikan untuk memohon hajat atau ketika berada dalam permasalahan dan kesukaran. Ia dilakukan bagi mengharapkanpertolongan daripada Allah SWT dan memohon sesuatu perkara atau menolak sesuatu yang tidak diingini agar apa yang dihajati itu dikabulkan. Walau bagaimana pun ia hendaklah disertai dengan keazaman dan usaha yang gigih di samping bertawakal kepada Allah Yang Maha Pencipta. Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah SWT atau kepada seorang manusia, maka hendaklah ia berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian dia bersolat dua rakaat. (Riwayat At-Tarmizi) Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Darda bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian solat dua rakaat dengan sempurna, nescaya Allah memberikan apa saja yang dimintanya, sama ada cepat ataupun lambat. . Solat sunat ini mempunyai kelainan kerana pada sujud yang terakhir, mukmim yang melakukan solat hajat itu perlu memuji-muji Allah SWT disertakan dengan niat apa yang dihajati atau hendak dicapai. Sesudah melakukan solat hajat, perlu berdoa sekali lagi agar permintaan mudah dimakbulkan. . Solat hajat boleh didirikan secara bersendirian atau berjemaah, sama ada pada waktu siang maupun malam hari. Lebih afdal solat bersendirian sewaktu suasana sunyi selepas tengah malam (selepas 2/3 malam, iaitu 1/3 malam terakhir) kerana ianya lebih berkesan, lebih khusyuk dan amat hening suasananya. . Solat Sunat Hajat dilakukan dengan pelbagai cara dan ia boleh didirikan sehingga 12 rakaat dan paling minima adalah 2 rakaat. Solat sunat ini mempunyai kelainan kerana pada sujud yang terakhir, mukmim yang melakukan solat hajat itu perlu memuji-muji Allah dan disertakan dengan niat hajat yang hendak dicapai. Sesudah melakukan solat hajat, perlu berdoa sekali lagi agar permintaan mudah di makburkan.. . FADHILAT SOLAT HAJAT 1. Berasa tenang setelah bebanan disampaikan kepada Allah SWT. 2. Menjadi lebih bersifat ikhlas menerima ketentuan Allah. 3. Permohonan dimakbulkan Allah SWT. . . 1

. PANDUAN SOLAT HAJAT . Sekiranya dilakukan selepas terjaga dari tidur pada sebelah malam, sebelum melakukan Solat Sunat Hajat, hendaklah bersugi dan mandi terlebih dahulu kemudian berwuduk bagi membersihkan diri dan menyegarkan diri. Pakailah pakaian yang bersih dan afdalnya berwarna putih. Alhakim berkata,Sesiapa yang melaksanakan solat sunat hajat, hendaklah ia mandi pada malam Jumaat dan memakai pakaian yang bersih dan solatlah di waktu sahur dengan niat mohon dipenuhi hajatnya. Sebaiknya dirikanlah Solat Sunat Wuduk dan Tahajjud terlebih dahulu sebelum melakukan Solat Sunat Hajat. .. CARA MELAKUKAN SOLAT HAJAT . Dirikanlah Solat Sunat Hajat sebagaimana solat-solat biasa yang lain dengan mematuhi 13 rukun yang telah disyariatkan itu. Perbezaannya cuma pada perkara-perkara berikut: . 1. Lafaz dan niat: .

U-shol-lii sun-na-tal haa-ja-ti rok-a-tai-ni lil-laa-hi ta-aa-laa. Daku Solat Sunat Hajat dua rakaat, kerana Allah Taala. .. 2. Bacaan selepas Al-Fatihah . Rakaat pertama: Surah Al-Kafirun atau Ayat Al-Kursi (satu kali atau 11 kali)

ALLaahu la ilaaha illa huwal hayyul Qayyum, la ta khudzuhu sinatun walaa naumun lahu maa fissamaawaati wama fil ardhi, man dzal ladziiyasy fa u indahu illaa biidznih, ya lamu maa baina aydiihim wa maa khalfahum, walaayuhiithuuna bisyai-in minilhimi illaa bimaa syaa-a, wasia kursiyuhus samaawaati wal ardhi, walaa yauuduhu hifzuhumaa wa huwalaliyuul azhiim. 2

Allah, tidak ada Tuhan melainkan Dia yang Hidup Kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tertidur. Kepunyaan-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kerajaan Allah (IlmuNya dan KekuasaanNya) meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya). [Surah Al Baqarah 255 (Ayatul Kursiy)] .. Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas (sekali atau 11 kali)

Qul huwallaahu ahad, Allaahush shamad, Lam yalid walam yualad, Wa lam yakun lahu kufuwan ahad. Katakanlah : Allah itu Esa! Allah tempat meminta. Dia tidak beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada sesuatu pun yang setara dengan-Nya. . *Sesungguhnya sebahagian daripada doa yang tidak ditolak ialah bersolat, di mana ia membaca pada setiap rakaat Surah Al-Fatihah, ayat Al-Kursi dan Qulhu wallaahu Ahad. . . 3. Membaca Tasbih . a. Sebaik sahaja selesai solat (sesudah memberi salam), terus sujud sekali lagi danbacalah tasbih ini 41 kali:

Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-ni kun-tu mi-naz-zhoo li-min. Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini dari golongan orang yang aniaya.

. . b. Atau Tasbih berikut 1 kali:

. . 4. Wirid Selepas Solat Hajat . Sesudah selesai menunaikan solat sunat Hajat, wiridkanlah kalimat-kalimat berikut: . a. Istighfar (10 / 100 kali)

As-tagh-fi-rul-laah, Rab-bi min kul-li zan-bi wa-a-tuu-bu i-laih. Daku memohon ampun kepada Allah, Tuhanku, daripada segala dosa dan daku bertaubat kepada-Nya. . 4

b. Zikir

Laa-i-la-ha il-lal-laah, Mu-ham-mad-da ro-suu-lul-laah. Tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad utusan Allah. . c. Selawat (10 / 100 kali)

Allaahumma shalli alaa Sayyidinaa Muhammadin wa alaa aalihii Sayyidinaa Muhammadin. Ya Allah! Sejahterakanlah ke atas penghulu kami Nabi Muhamad SAW dan ke atas ahli keluarga penghulu kami Muhamad SAW. . . 5. Doa Solat Hajat . Teruslah memohon hajat yang dikehendaki sewaktu masih bersujud. Kemudian duduk semula dan bacalah doa berikut: . AL-La-Hum-ma in-ni as-a-lu-ka bi-ma-aa-qi-dil iz-zi min ar-shi-ka, wa-mun-ta-Har rah-ma-ti min ki-tabik, wa-bis-mi-kal a-zo-mi, wa-waj-Hi-kal a-la, wa-ka-li-maa-ti-kal tam-mah. La-i-la-ha il-laL-Laa-Hul ha-lii-mul ka-riim, sub-ha-naL-Laa-hi rab-bil a-zhim, al-ham-du LiL-La-Hi rab-bil a-la-miin. as-a-lu-ka muu-ji-baa-ti rah-ma-tik, wa-a-zaa-i-ma magh-fi-ra-tik, wal-is-ma-ta min kul-li zhan-bi, wal-gha-nii-mata min kul-li birr, was-sa-la-ma-ta min kul-li ithm. Laa-ta-da li zhan-ba il-la gha-far-tah, wa-laa Hamman il-la far-raj-tah, wa-laa dai-nan il-la qo-dhai-tah, wa-laa ma-ri-dhan il-la sha-fai-tah, wa-laa fa-qiiran wa-laa mis-kiy-nan il-la agh-nai-tah, wa-laa jaa-hil-lan il-la al-lam-tah, wa-laa a-duu-wan il-la kha-zal-tah, wa-laa ai-ban il-la sa-sar-tah, wa-laa maiy-yi-tan il-la ra-him-tah, wa-laa haa-ja-tan Hi-ya la-ka ri-dhan il-la qha-dhai-tah. AL-La-Hum-ma in-ni a-ta-waj-ja-Hu bi-ka i-la rab-bi fii haa-ja-tii Ha-zhiHi li-tuq-dha lii Haa-ja-tii yaa-ar-ha-mar roo-hi-min. aa-miin. Sslamat Beramal! . Wallahu Alam Bish Shawab (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar) DOA SOLAT HAJAT UNTUK PEPERIKSAAN _________________________________

1. Mulakan setiap doa dengan isti3azah dan basmalah (A'uzubillah dan Bismillah) 2. Jangan lupa untuk berselawat ke atas Baginda Rasulillah Sallallahu Alaihi Wa Aalihi Wa Sallam 3. Bacalah pula doa memohon keampunan dosa diri sendiri dan kedua ibu bapa 4. Kemudian bacalah doa solat hajat yang masyhur dibaca dalam solat hajat biasa 5. Bacalah apa-apa sahaja doa yang anda tahu 5

6. Seterusnya bacakanlah doa ini dalam bahasa Melayu yang difahami oleh orang Melayu keseluruhannya:

Ya Allah Ya Tuhan kami, Ampunilah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa guru-guru kami, dosa anak-anak kami, dosa anak didik kami dan dosa seluruh muslimin muslimat samada yang masih hidup atau yang telah mati.

Ya Allah Ya Tuhan kami, Kami menadah tangan kepadaMu, berkatilah segala ilmu yang telah kami pelajari, berkatilah segala ilmu yang telah kami ajarkan kepada anak didik kami, keluarkanlah kami daripada lembah kejahilan dan kegelapan kepada daerah cahayaMu dan ilmu pengetahuan.

Ya Allah Ya Tuhan kami, Hanya Engkau yang mampu memberi taufik dan hidayah kepada hambaMu, maka anugerahkanlah kepada kami taufiq dan hidayahMu, agar kami menjadi guru yang amanah menjalankan tanggungjawab mendidik, agar kami menjadi ibu bapa yang dihormati dan dicontohi oleh anak-anak kami, tambahkanlah kasih sayang diantara kami, jauhkanlah rasa benci hasad dan iri hati, hiasilah diri kami seperti peribadi Nabi, serta lindungilah kami dari syaitan yang dilaknati.

Ya Allah Ya Tuhan kami, Ikhlaskan hati anak didik kami dalam menuntut ilmu, kekalkan semangat yang tinggi untuk mereka terus belajar tanpa ada rasa jemu, janganlah Engkau palingkan hati mereka dan hati kami, lindungilah kami dari menuntut ilmu hanya kerana segulung sijil, hanya untuk harta, hanya untuk wanita, dan hanya untuk tahta, lindungilah kami dari sifat tamakkan dunia.

Ya Allah Ya Tuhan kami, Kami berlindung kepadaMu daripada ilmu yang tidak memberi manfaat kepada diri dan agama kami, jadikanlah kami orang yang beramal dengan ilmu yang telah Engkau pinjamkan kepada kami.

Ya Allah Ya Tuhan kami, Kami memohon kepadaMu, mengharap kepadaMu, bertawakkal kepadaMu, berilah kejayaan kepada anak didik kami dalam peperiksaan yang bakal mereka tempuhi, tenangkan hati mereka, lapangkan dada mereka, luaskan fikiran mereka, kuatkan ingatan mereka, dan janganlah Engkau jadikan mereka tergolong dalam golongan yang menggunakan ilmu untuk merosakkan agama.

Ya Allah Ya Tuhan kami, Kami hamba yang lemah hina dan dina ini memohon seribu rahmat dan keberkatan dariMu, golongkanlah kami dalam golongan yang Engkau redhai, tanpa redhaMu, tiadalah ertinya kehidupan kami, maka kepadaMu kami memohon, redhailah kami dalam apa jua yang kami kerjakan.

7. Setelah itu, bacalah beberapa doa penutup dan diakhiri dengan selawat keatas Baginda Rasulillah Sallallahu Alaihi Wa Aalihi Wa Sallam dan puji-pujian kepada Tuhan Pencipta sekalian alam. 6

Cara melaksanakan solat taubat : Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci dengan menghadap kiblat;

Waktu melakukan Solat Taubat Pada bila-bila masa sahaja jika kita merasakan telah berbuat dosa (kecuali waktumakruh tahrim untuk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya ialah pada 2/3 malam (kira-kira jam 2.00 pagi ke atas), semasa Qiyamullail.

Lafaz NIAT

Ertinya "Sahaja Aku Solat Sunat Taubat 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"

Rakaat PERTAMA - Dengan membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian Surah AlFatihah. Selepas itu bacalah Surah Al-Kafirun: .

atau mana2 ayat atau surah dalam Al-Quran.

Rakaat KEDUA- Membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu bacalah Surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali. Kedua-dua Surah (Surah Al-Kafirun dan Surah Al-Ikhlas) adalah bacaan sunnah Rasulullah SAW:

: atau mana2 ayat atau surah dalam Al-Quran.

Semasa sujud akhir rakaat kedua, jika mampu, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali

(bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Taala):

Ertinya:

loneT i ud a uTo apTon iTyT iao n on( ianTdoeTo loneT apT nnTu( aTuT adTiT -iaa onn uopT Te TiTnTu iTdd dTon ianTe eTo TodTpTo n oneTonTu iTe ( iTddyTiT ( iddd aaoiddd dTon pTon iaoyTndid

Selepas salam, perbanyakkan Istighfar sebanyak 100 kali, atau yang semampunya, Ertinya: Aku mohon keampunan ya Allah, yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus, Aku bertaubat kepada-Nya.

Selepas itu, jika mampu lagi bacalah tasbih memuji Allah SWT 100 kali, atau yang semampunya, Ertinya: Maha Suci Allah Yang Maha Agong. Selepas itu, jika mampu lagi ucapkanlah (seberapa yang mampu):

Ertinya: Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan, bagi-Nya segala puja. Dialah yang menghidupkan (orang yang sudah mati atau memberi roh janin yang akan dilahirkan) dan yang mematikan. Dialah Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu.

- Atau Istighfar sebagaimana berikut (Tiada had);


Ertinya: "Tiada keupayaan (untuk mentaati perintahMu) dan tiada kekuatan (untuk menjauhi laranganMu) melainkan dengan keizinan Allah yang Maha Agong" - Ataupun dengan istighfar dan taubat yang ringkas ini (mengikut kemampuan):


" T aT e

:ld dopT addiTnTu nT nnTuo Tiy odnTu Te iTo"

Akhir sekali berdoalah dengan cara yang mudah mengikut kemampuan dengan bahasa yang paling mudah atau dengan Penghulu Istighfar sebagaimana berikut:


Ertinya: Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau. Cara mengerjakan Solat Sunat Taubat di atas adalah sekadar panduan dan maklumat kepada yang memerlukan. Namun rujuklah kepada para ustaz mahu pun ustazah yang berdekatan agar dapat mengerjakan Solat Sunat Taubat dengan sesempurnanya. Ilmu yang perlu dipelajari hendaklah diperolehi secara berguru. Bukan berguru dengan ustaz-ustazah Google. Mudah-mudahan Solat Taubat yang dikerjakan akan diterima oleh Allah SWT, Insyallah. Tidak ada solat sunat taubat ringkas atau panjang sebagaimana yang didakwa oleh sesetengah pihak. 9

Tujuan Solat Tahajjud . 1. 2. 3. 4. 5. Sebagai petanda perhambaan kepada Allah SWT. Mendekatkan seorang hamba dengan Penciptanya Tanda kesyukuran manusia di atas nikmat kurniaan Allah SWT. Menguatkan jiwa dan ketaqwaan seseorang kepada Allah SWT. Mendapatkan ketenangan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup. . . Cara Mendirikan Solat Tahajjud . Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam. Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat tetapi dilakukan secara berterusan setiap malam. Rasulullah SAW telah bersabda,: Amalan yang disukai oleh Allah, adalah yang terus menerus (istiqamah) walaupun sedikit. (Riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah.) . . 1. Sebelum mengerjakan Solat Tahajjud baca doa berikut :

. Tiada Tuhan melainkan Dikau, Maha Suci Dikau! Daku memohon ampun kepada-Mu bagi dosa-dosaku dan daku memohon kepada-Mu akan Rahmat-Mu. Ya Allah! Tambahkanlah padaku ilmu dan janganlah Dikau pesongkan hatiku setelah Dikau berikan petunjuk. Dan berikanlah daku Rahmat-Mu; Sesungguhnya Dikaulah yang melimpahkan rahmat! Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkanku dan kepada-Nyalah tempatku kembali. . . 2. Niat Solat Tahajjud:

10

(Ushalli sunnatat tahajjudi rakataini Lillahi taala) Daku bersolat Sunat Tahajjud dua rakaat, kerana Allah Taala. . . 3. Bacaan Surah selepas Al-Fatihah: . a) Rakaat pertama: Ayat Al-Kursi (7 kali) Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas (11 kali) Atau; b) Rakaat pertama: Ayat Al-Kaafirun Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas Atau; c) 10 Ayat Terakhir, Surah Al-Imran,. (Rasulullah SAW sering membaca ini pada solat Tahajjud Baginda.) . . 4. Selepas membaca tasbih pada sujud kedua dalam rakaat terakhir, bacalah doa berikut 3 kali:

. . 5. Selesai salam solat Tahajud, bacalah doa yang pernah dibaca oleh Rasulullah SAW ini:

11

. . 6. Kemudian sambung baca Doa Solat Sunat Tahajjud berikut:~

12

Ya Allah! Bagi-Mu segala puji-pujian. Dikaulah pendiri langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagi-Mulah segala pujian, Dikau Penguasa langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Dan bagi-Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagi-Mulah segala pujian, Dikaulah yang benar (Al-haq), janji-Mu adalah benar, firman-Mu adalah benar, perjumpaan dengan-Mu adalah benar, syurga itu benar dan neraka adalah benar. Nabi-nabi itu benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar dan adanya hari Kiamat itu benar. Ya Allah! Pada-Mulah daku menyerahkan diri, dengan-Mu daku beriman, kepada-Mu daku bertawakal, kepada-Mu daku kembali, dengan-Mu daku menghadapi musuh dan kepada-Mu daku berhukum. Ampunilah dosa kesalahanku yang telah lalu dan yang terkemudian, baik yang daku sembunyikan mahupun yang daku nyatakan, di mana Dikau lebih mengetahuinya. Dikau yang Maha Mendahului dan Maha Mengakhiri. Tiada Tuhan melainkan Dikau! Tiada padaku daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah! Ya Allah! Berilah kami kebaikan di dunia dan kebajikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka. Selawat Allah ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarga serta para sahabat sekeliannya. Segala puji hanyalah untuk Allah; Tuhan Pemelihara seluruh alam.! .. KELEBIHAN SOLAT TAHAJJUD . 1. Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal. 2. Doa dimakbulkan Allah. 3. Memperolehi ketenangan jiwa. 4. Merasai diri hampir kepada Allah SWT. 5. Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT. 6. Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah. 7. Menewaskan gangguan dan godaan syaitan. 8. Mencegah dosa dan menghindari penyakit. 9. Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas. 10. Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari. 11. Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai. 12. Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia. 13. Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan. 14. Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT. 15. Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi. 16. Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat. 17. Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla. 18. Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim. . . Memudahkan Bangun Solat Malam . 1. Sebelum masuk tidur, berniat ingin melakukan Solat Tahajjud. 2. Menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat. 3. Bersederhana makan dan minum pada waktu siang. 4. Membaca ayat-ayat Al-Quran. . Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang hendak tidur dan berniat untuk bangkit bagi mengerjakan Solat Sunat Tahajjud, kemudian tidurnya terlajak sampai ke pagi, maka dicatat niatnya itu sebagai satu 13

pahala, manakala tidurnya pula dikira sebagai kurniaan Allah yang diberikan kepadanya. (Riwayat alNasai dan Ibnu Majah r.a.) Solat Sunat Rawatib .

Rawatib berasal daripada perkataan raatib yang bermaksud berterusan. Oleh kerana itu Solat Sunat Rawatib dilakukan beriringan secara berterusan sebelum dan selepas solat fardhu lima waktu. Solat Sunat Rawatib biasa juga disebut solat sunat Qabliyyah (sebelum) dan sunatBadiyyah (selepas). Ia merupakan pendamping atau pelengkap bagi solat wajib yang bertujuannya untuk mencari keredaan Allah di samping menampung sebarang kekurangan ketika melakukan solat fardhu. . Selepas azan Zuhur dianjur mengerjakan solat Qabliyyah dua rakaat. Apabila cukup waktu kerjakanlah dua rakaat lagi. Setelah selesai solat fardhu Zuhur, kerjakanlah solat Badiyyah dua rakaat pula, bila ada masa tambahkanlah dua rakaat lagi. Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang tetap mengerjakan solat sunat sebelum dan selepas Zuhur sebanyak 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan dirinya dari api neraka (H.R. Abu Daud & Tirmidzi) Ibnu Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda; Semoga Allah merahmati orang yang solat sunat Zuhur empat rakaat. (Hadis riwayat Ahmad dan At-Tirmizi r.a.) Pada Solat Sunat Rawatib sebelum Asar (Qabliyyah) adalah dua hingga empat rakaat manakala selepas Asar tidak ada rawatib Badiyyah. Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang solat sunat sebelum Asar 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan jasadnya dari api neraka (H.R. At-Tabrani) . Selepas solat fardhu Maghrib kita boleh melakukan Solat Sunat Rawatib Badiyyah sebanyak dua rakaat dan solat Maghrib tidak ada Rawatib Qabliyah. Pada solat Isyak terdapat dua rakaat Solat Sunat Rawatib Qabliyyah dan dua rakaat Badiyyah. Adapun untuk solat Subuh, hanya ada dua rakaat sebelumnya (Qabliyyah), Solat Subuh tidak ada Solat Rawatib Badiyyah malah makruh solat selepas subuh. . Terdapat beberapa hadis yang menerangkan mengenai keutamaan Solat Sunat Rawatib. Jumlah yang muakkad (digalakkan) ialah 10 rakaat atau 12 rakaat, dalilnya: Dari Ibnu Umar bahawa; Rasulullah SAW tidak meninggalkan solat (sunat) 10 rakaat iaitu 2 rakaat sebelum Zuhur, 2 rakaat sesudahnya Zohor, 2 rakaat selepas Maghrib, 2 rakaatseusai Isyak (juga di rumah) dan 2 rakaat sebelum solat Subuh. (HR Bukhari-Muslim, Bukhari) . Dari Aisyah r.a., Rasulullah SAW bersabda, Sesiapa yang sentiasa (berterusan) mengerjakan solat (sunat) 12 rakaat, Allah SWT akan membina rumah baginya di syurga, iaitu; 4 rakaat sebelum solat Zuhur dan 2 rakaat selepas Zuhur, serta 2 rakaat sesudahMaghrib, 2 rakaat selepas Isyak dan 2 rakaat lagi sebelum solat Subuh. (Hadis riwayat Turmizi r.a.) . Solat sunat Rawatib yang muakkad 14

1. 2. 3. 4. 5.

Solat 2 rakaat sebelum solat fardhu Subuh. Solat 2 rakaat sebelum solat fardhu Zuhur atau Jumaat. Solat 2 rakaat selepas solat fardhu Zuhur atau Jumaat. Solat 2 rakaat selepas solat fardhu Maghrib. Solat 2 rakaat selepas solat fardhu Isyak .

Apabila ada kekuatan dan kelapangan lakukanlah 12 rakaat Solat sunat rawatib yang sudah tentunya lengkap dan sempurna. Jika kesibukan, cukuplah lakukan 10 rakaat sahaja. . . CARA MENGERJAKAN SOLAT SUNAT RAWATIB 1. Cara mengerjakan Solat Sunat Rawatib ini sama seperti dengan cara mengerjakan solat Subuh, hanya niatnya yang berbeza. Solat Sunat Rawatib Zuhur, berniat mengerjakan solat sunat rawatib Qabliyyah atau Badiyyah dan dikerjakan dengan cara individu (Munfarid, tidak berjamaah). . 2. Niat Solat Rawatib: a. Solat Sunat Rawatib Qabliyyah (sebelum)

Daku menunaikan solat sunat sebelum (Zuhur / Asar / Isyak / Subuh) dua rakaat, kerana Allah Taala. . b. Solat Sunat Rawatib Badiyyah (selepas).

Daku menunaikan solat sunat selepas (Zuhur / Maghrib / Isyak) dua rakaat, kerana Allah Taala. . 3. Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah: Rakaat 1: Surah al-Kafirun Rakaat 2: Al-Ikhlas . . Peringatan: Semasa melakukan takbiratul ihram solat sunat Rawatib, wajib diniatkan sama ada solat itu Qabliyyah atau pun Ba;diyyah. Solat sunat sebelum fardhu Subuh dan sebelum fardhu Asar tidak perlu disebut atau diniatkan Qabliyyah. 15

Solat-solat sunat Rawatib ini tidak dituntut berjamaah. Solat-solat sunat Rawatib lebih utama dikerjakan di rumah. Jika lebih 2 rakaat, lakukan tiap-tiap 2 rakaat satu salam.

.. Qada solat Rawatib Nabi Muhammad SAW sangat mementingkan dan menjaga solat-solat sunat, terutama yang muakkad. Rasulullah SAW bersabda; Dua rakaat sunat Subuh, lebih aku sukai daripada seisi dunia. (Hadis riwayat Muslim) Masuknya waktu solat sunat qabliyyah adalah ketika masuknya waktu solat tersebut dan ianya berakhir setelah masuknya waktu solat selepasnya. Apabila Rasulullah SAW tidak dapat melakukan pada waktunya, Baginda SAW pasti akan mengqadakan solat tersebut pada waktu berikutnya. . Daripada Aisyah r.a.; Bahawa jika Rasulullah SAW tertinggal solat empat rakaat sebelumZuhur, maka Baginda SAW melakukannya selepas Zuhur. (Hadis riwayat Turmizi r.a.) Daripada Kitab Mughni al-Muhtaj; Seandainya terluput akan solat sunat yang berwaktu, disunatkan mengqadakannya. Maka solat sunat yang berwaktu boleh diqadakan sama seperti solat fardu.

16

Anda mungkin juga menyukai