Anda di halaman 1dari 0

Panduan Cash Flow 1 PanduanCashFlow.

com












Panduan Cash Flow 2 PanduanCashFlow.com

Panduan Cash Flow
Oleh Suzardi Maulan {Pakdi}

2012
Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-
mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam
apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun sama ada secara
elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum
mendapat izin bertulis dari penulis.

* * *
Penulis sedaya upaya memastikan ebook ini mengandungi
maklumat yang tepat dan berautoriti berkenaan subjek ini. Penulis
tidak boleh dianggap memberikan khidmat perundangan,
perakaunan atau khidmat profesional yang lain kepada pembaca.
Sekiranya nasihat atau panduan pakar diperlukan, sila dapatkan
nasihat dan khidmat bertulis daripada pakar yang berkelayakan.







Panduan Cash Flow 3 PanduanCashFlow.com

Isi Kandungan
Pengenalan 6
(1) Kisah Kampung Pinang Sebatang 11
Perancangan Strategik Hijrah Nabi Muhammad saw 14
(2) Kenapa Mahu Jadi Kaya? 15
Makna Kekayaan 15
(3) Prinsip Kekayaan Nabi Yusuf a.s. 19
5 Perkara Wajib Buat Untuk Jadi Lebih Kaya 24
(4) 7 Langkah Membina Penyata Kewangan 27
Mengira Pendapatan 32
Mengira Perbelanjaan 33
Senarai Aset 34
Senarai Liabiliti 35
Mengira Pendapatan Dari Aset 36
Mengira Aliran Tunai 37
Mengira Nilai Aset Bersih 38
(5) Analisis dan FAQ 42
Cash Flow Bulanan Negatif 42
Pendapatan Dari Sumber Yang Terhad 43
Nilai Aset Semasa Yang Rendah 43
FAQ #1 Apakah Kepentingan Penyata Kewangan Peribadi? 45
FAQ #2 Apakah Tindakan Terbaik Menangani Hutang Piutang? 46
FAQ #3 Saya Mempunyai Banyak Aset, Tetapi Tiada Cash Flow.
Kenapa Ya?
46
FAQ #4 Adakah Aset yang Memberikan Cash Flow Lebih Baik? 47

Panduan Cash Flow 4 PanduanCashFlow.com

FAQ #5 Apakah Fungsi Net Worth Dalam Penyata Kewangan? 47
FAQ #6 Apa Yang Patut Dibuat Dengan Simpanan yang Banyak? 48
FAQ #7 Apakah Emas Pelaburan Yang Terbaik? 49
FAQ #8 Pendapatan Saya Tidak Cukup Besar, Perbelanjaan Mesti
Dibuat Suami-Isteri Adakah Saya Boleh Buat Penyata Kewangan
Bersama?
49
FAQ #9 Adakah Perancangan Kewangan Telah Lengkap Setelah
Mempunyai Penyata Kewangan?
50
FAQ #10 Apa yang Saya Patut Buat Selepas ini? 50
(6) Uruskan Hutang Dengan Bijak 52
Bagaimana Nabi Muhammad Mengajar Kita Untuk Keluar Dari
Bebanan Hutang?
53
5 Langkah Untuk Bermula Menguruskan Hutang Dengan Bijak 56
Tips & Strategi Melangsaikan Hutang Dengan Cepat 57
i) Hutang Kad Kredit 57
ii) Hutang Rumah 63
iii) Hutang Kereta 67
iv) Hutang Pembiayaan Peribadi & Hutang Pendidikan 69
(7) Menampal Kebocoran Wang 70
3 Strategi Berbelanja dengan Rasional 71
Strategi Paling Power 77
(8) Jana Pendapatan Tambahan 79
5 Sebab Memulakan Bisnes 79
Amaran: Bisnes Lingkup Lebih Banyak 82
3 Cara Menambah Pendapatan 83
Bagaimana Saya Membeli Kereta Myvi Special Edition Melalui
Pendapatan Freelance RM 1,000 Sebulan?
88
Bagaimana Saya Dapat Mengumpul RM 6,000 Dalam Tempoh 8
Bulan?
90

Panduan Cash Flow 5 PanduanCashFlow.com

Bisnes Dropship 94
Rat Race 96
Penutup 99























Panduan Cash Flow 6 PanduanCashFlow.com

PENGENALAN

Aiman Tak Kisah!
Too many people spend money they havent earned, to buy
things they don't want, to impress people they don't like.
(Will Smith, American actor)

Hanya kita yang betul-betul peduli.
Tentang urusan duit kita.
Jangan ikut cakap orang lain.
Orang lain nampak macam peduli mengenai kita seperti memberi pandangan
tentang kereta kita yang berharga RM 95,000, baju baru yang kita beli dari butik terkenal
dan telefon canggih berharga RM 2,000 yang kita gunakan. Mereka memang suka beritahu
begitu dan begini kepada kita.
Kita tak berfikir panjang.
Kita pun membeli sesuatu untuk menunjukkan kita pun berduit. Namun cuba
fikirkan, jika kita membeli kereta paling mahal dan 3 bulan kemudian kita tidak mampu
membayar hutang bank, berapa ramai orang sekeliling kita yang mahu menghulurkan duit
untuk membantu kita keluar dari bebanan hutang?
Jika tiada siapa yang kisah situasi kewangan kita ketika susah, kenapa kita perlu
mendengar kata-kata mereka? Ini yang dikatakan seperti peribahasa Melayu:
Kawan ketawa ramai, kawan menangis susah nak jumpa.
Atau, Aiman tak kisah!
Jadi jangan ikut-ikut orang. Jadi diri kita sendiri.

Panduan Cash Flow 7 PanduanCashFlow.com

Kita perlu meniru sikap Nabi Nuh a.s.
Nabi Nuh a.s. mendapat wahyu dari Allah swt agar membina sebuah kapal yang
besar di tengah-tengah padang pasir. Lalu Baginda pun membina bahtera tersebut
walaupun ketika panas terik, jauh dari sungai dan laut. Orang di sekeliling Baginda hanya
tahu mengejek-ngejek.
Nuh sudah gila. Buat bahtera tengah padang pasir.
Nuh dah hilang akal. Hujan pun jarang-jarang turun tapi nak buat kapal.
Nuh dah tukar kerja jadi tukang kayu. Dulu kata kerja dia Nabi Allah.
Namun Baginda tetap meneruskan kerja dan tanggungjawab sehinggalah kapal
tersebut siap. Apabila sampai janji Allah swt maka hujan turun dengan lebat sehingga
berlaku banjir besar dan menenggelamkan semua yang mengejek, mencaci dan
mentertawakannya. Cuma mereka yang percaya dengan ajaran Islam yang disampaikan
Nabi Nuh a.s. selamat dari banjir besar dengan menaiki bahtera tersebut.
Fokus!
Ya, apabila kita sudah nampak apa yang kita mahu maka kita seharusnya fokus
mencapai apa yang kita mahukan. Jangan ambil peduli apa orang lain kata kerana kita
sedang melaksanakan perancangan kewangan kita.
Cuma 3 dari 10 orang di Malaysia yang serius dengan urusan kewangan.
Siapa yang bermula awal pasti lebih untung. Jadual berikut menunjukkan perbezaan
antara dua individu, Amir yang bermula sejak usia 25 tahun manakala Man yang hanya
bermula pada usia 35 tahun. Andaikan pulangan atas simpanan mereka adalah 8% setahun.
Lihat perbezaan simpanan mereka pada usia 55 tahun nanti.





Panduan Cash Flow 8 PanduanCashFlow.com

Menyimpan
RM 100 sebulan
Amir
Jumlah Simpanan (RM)
Man
Jumlah Simpanan (RM)
25 tahun 0
(Baru bermula)
0
(Mahu enjoy dulu)
35 tahun 18,774.58 0
(Baru bermula)
55 tahun 146,815.04 59,307.51
Amir mula menyimpan RM 100 sebulan pada usia 25 tahun berbanding Man, bermula pada
35 tahun.
Banyak perbezaannya jika kita bermula awal.
Lakukan sekarang.
Bertindak segera.
Ebook ini membantu kita menguruskan cash flow (aliran tunai) dalam pengurusan
kewangan sehari-hari. Mereka yang mempunyai cash flow yang baik ibarat seperti seorang
yang tiada masalah jantung. Darahnya dipam ke seluruh badan dengan lancar. Banyak
penyakit dapat dielakkan apabila darah kita mengalir lancar, kandungan kolestrol jahat
yang rendah dan mempunyai kadar lemak dalam julat yang sihat.
Ebook ini adalah manual kepada buku Rancang Wang Dari Sekarang. Ia
memperincikan strategi dan teknik kewangan yang dapat digunakan setiap hari.
Kita bermula dengan melalukan 7 langkah yang mudah untuk menyediakan penyata
kewangan peribadi yang lengkap supaya kita mempunyai satu sistem pengurusan
kewangan yang sistematik bermula dengan melihat situasi cash flow kita.
Kunci utama untuk bebas dari pelbagai masalah kewangan adalah dengan menjaga
cash flow. Apabila cash flow kita baik secara automatik banyak benda berkait urusan duit
kita menjadi sihat.
Seterusnya kita juga dapat menganalisa situasi aset dan liabiliti kita iaitu berkaitan
harta dan hutang yang kita ada. Apakah strategi yang ada untuk menambah cash flow
setiap bulan?

Panduan Cash Flow 9 PanduanCashFlow.com

Apakah cara yang bijak untuk membeli sebuah kereta?
Bagaimana kita dapat menyelesaikan hutang kad kredit dan rumah dengan cepat?
Apakah peluang yang ada untuk menambah pendapatan?
Ebook ini juga mempunyai lembaran kerja yang wajib diisi semasa membaca supaya
tuan mendapat hasil yang paling baik untuk menjadikan poket lebih tebal dan seterusnya
akaun bank tidak lagi menjadi kering kontang pada setiap hujung bulan.
Jadi pastikan tuan memuat turun dan mencetak terlebih dahulu lembaran kerja
yang disediakan sebelum mula membaca.
Simple but not easy.
Semua kaedah, tips dan strategi yang dicadangkan adalah ringkas (simple) dan tidak
kompleks. Namun ia tidak semestinya mudah (easy) dilaksanakan kerana ia bergantung
kepada tabiat kewangan kita sedia ada. Ia tidak melibatkan alat-alat kewangan yang
sofistikated kerana hidup ini sudah pun terlalu kompleks, industri kewangan sudah pun
terlalu sofistikaked justeru simplicity is the best.

Selamat membaca.


Suzardi Maulan {Pakdi}
Islamic Financial Planner
TM


www.suzardimaulan.com











Panduan Cash Flow 10 PanduanCashFlow.com

Pakdi, apakah yang patut saya buat mengenai
situasi kewangan saya?

Ebook ini menjawab persoalan tersebut dan
mendedahkan tips & strategi yang dapat kita
amalkan.

Bagaimana mereka yang bergaji RM 3,000 dapat
menjadi lebih kaya dan berharta dari mereka yang
bergaji RM 10,000.











Panduan Cash Flow 11 PanduanCashFlow.com

BAB 1

Kisah Kampung
Pinang Sebatang
If you are planning for a year, sow rice;
if you are planning for a decade, plant trees;
if you are planning for a lifetime, educate people.
(Chinese Proverb)

Pada satu hari Datuk Ketua Kampung Kampung Pinang Sebatang memanggil semua
penduduk kampung berkumpul di padang yang luas untuk menyelesaikan masalah yang
melanda kampung tersebut sejak dahulu. Masalah tersebut adalah penduduk-penduduk
Kampung Pinang Sebatang masih perlu mengambil air dari sungai sendiri untuk urusan
harian.
Maka semua lapisan masyarakat, kanak-kanak, remaja, ibu bapa dan orang-orang
tua datang berkumpul untuk mendengar apakah penyelesaian yang bakal diumumkan oleh
Datuk Ketua Kampung. Mereka sungguh gembira mendengar masalah harian ini dapat
selesai tidak lama lagi.
Setelah penduduk kampung berkumpul, maka Datuk Ketua Kampung lantas
mengumumkan, Wahai orang-orang kampung, kita semua sudah sedia maklum masalah
air yang berlaku dan dengan ini saya mengumumkan dua pemuda yang bakal
bertanggungjawab menyediakan bekalan air ke setiap rumah di kampung ini. Dipersilakan
maju ke hadapan.

Panduan Cash Flow 12 PanduanCashFlow.com

Bersoraklah semua penduduk kampung mendengarkan pengumuman tersebut.
Akan hilanglah kerisauan bapa-bapa melepaskan ibu-ibu dan anak-anaknya ke sungai
untuk mandi, membasuh dan urusan lainnya kerana now everyone can have water supply.
Setelah sorakan reda Datuk Ketua Kampung pun memohon kerjasama dari semua
penduduk kampung kepada dua pemuda yang dianugerahkan kontrak yang bernilai jutaan
ringgit itu tadi.
Keesokan harinya penduduk kampung terkejut apabila subuh-subuh lagi sebaldi
besar air sudah tersedia di hadapan pintu. Alhamdulillah, mudah membersihkan diri di
pagi hari. Tengah hari pula, tersedia lagi sebaldi air. Disusuli pada waktu petang dan
seterusnya malam.
Seronok semua penduduk Kampung Pinang Sebatang dengan perkembangan ini.
Disebalik keseronokan ini ada seorang pemuda yang bekerja keras mengangkut air dari
sungai dan menghantarnya ke rumah-rumah. Pemuda ini mengupah pekerja-pekerja yang
gagah untuk membantunya membuat kerja tersebut. Pemuda ini kita namakan sebagai
Pemuda A.
Lama-kelamaan Pemuda A dan para pekerjanya mengalami kepenatan yang amat
sangat. Upah yang diterima tidak setimpal dengan penat lelah membanting tulang
mengangkat baldi-baldi air dari sungai ke setiap rumah.
Lama kelamaan bekalan air 5 kali sehari yang diterima oleh semua penduduk
kampung berkurang menjadi 4. Tidak lama kemudian 3. Seterusnya, naik semula menjadi 4.
Tiba-tiba turun menjadi 2. Ini menyebabkan orang kampung berasa marah dengan apa yang
berlaku.
Mereka pun beramai-ramai mengadu kepada Datuk Ketua Kampung mengenai hal
tersebut. Setelah perbincangan dibuat barulah mereka sedar selama ini yang menghantar
bekalan air ke rumah-rumah hanya disediakan oleh Pemuda A. Ke manakah hilangnya
pemuda seorang lagi? (Kita namakan dia sebagai Pemuda B)
Tiada seorang pun mengetahui misteri kehilangan Pemuda B.
Setelah 6 bulan mengalami keadaan bekalan air putus-putus penduduk Kampung
Pinang Sebatang tiba-tiba dikejutkan dengan kehadiran jentera-jentera berat memasuki

Panduan Cash Flow 13 PanduanCashFlow.com

kampung. Ada yang menuju ke sungai, ada yang menuju ke bukit ada yang menuju ke
kawasan-kawasan perumahan.
Datuk Ketua Kampung pun memeriksa keadaan yang berlaku. Rupa-rupanya
Pemuda B yang datang membawa pelbagai jentera untuk membekalkan air kepada
penduduk-penduduk kampung.
Setelah 3 bulan bekerja menyiapkan struktur-struktur penting, akhirnya Pemuda B
membuat pengumuman kepada semua penduduk bekalan air bersih bakal masuk ke setiap
rumah melalui sistem perpaipan yang sempurna.
Air sungai disalurkan ke satu empangan yang besar dan diproses agar bebas dari
kuman berbahaya dan seterusnya mengalir ke paip-paip air yang telah dipasang di setiap
rumah. Semua proses ini dibuat dengan pelbagai teknologi hijau yang ada.
Pemuda A terlopong melihat kebijaksanaan Pemuda B menyediakan bekalan air.
Tidak seperti dirinya yang terpaksa bekerja keras setiap hari untuk menghantar air ke
rumah-rumah sehinggakan kualiti perkhidmatan tidak dijaga dengan baik.
Melihat kejayaan Pemuda B memberikan bekalan air yang lebih sempurna dari
Pemuda B, Datuk Ketua Kampung pun bertanya kenapa selepas 9 bulan baru bekalan air ini
dapat disediakan dan bukan sejurus selepas pengumuman dibuat seperti yang dilakukan
oleh Pemuda A?
Pemuda B pun menerangkan dengan peruntukan yang diterima, dia pergi mencari
ilmu yang bersesuaian dengan ilmu pembekalan air dan pada masa yang sama mencari
pelabur-pelabur yang berminat untuk melaksanakan projek tersebut. Setelah mendapat
ilmu yang cukup dan pelabur-pelabur pun telah tersedia, dia pun merangka pelan yang
lengkap untuk menyediakan air yang bersih dan terjamin kualitinya. Kemudian barulah dia
kembali ke Kampung Pinang Sebatang untuk melaksanakan projek tersebut.
Akhirnya, semua penduduk Kampung Pinang Sebatang tidak lagi menghadapi
masalah bekalan air. Kesusahan yang mereka alami dulu kini sudah tiada lagi kerana
adanya seorang pemuda yang bijaksana, yang teliti merancang dan melaksanakan tindakan
yang tepat dengan situasi yang dialami.


Panduan Cash Flow 14 PanduanCashFlow.com
























Peristiwa Hijrah Nabi Muhammad saw merupakan satu episod yang penting
dalam sejarah Islam. Allah swt dapat memerintahkan sekalian malaikat
membawa Nabi Muhammad saw dari Mekah terus sampai ke Madinah tanpa
perlu bersusah payah. Namun peristiwa Hijrah tidak berlaku begitu.
Nabi Muhammad saw mempunyai pelbagai strategi dan perancangan
tertentu antaranya seperti berikut:
Meminta Sayyidina Ali r.a. menggantikan baginda di tempat tidur.

Keluar dari rumah pada waktu tengah hari terik, perkara yang orang
lain tidak buat untuk bermusafir di padang pasir pada ketika itu.

Memilih Sayyidina Abu Bakr as-Siddiq sebagai rakan dalam hijrah ke
Madinah.

Memilih jalan lain ke Madinah yang lebih jauh dan jalan tersebut
bukan jalan yang selalu digunakan oleh orang lain.

Melantik Abdullah bin Uraiqat (bukan Islam) sebagai jurupandu arah.

Asma bt Abu Bakar dan Abdullah bin Abu Bakar sebagai penyampai
maklumat dan menyediakan bekalan makanan ketika bersembunyi di
Gua Thur.

Amir bin Fuhairah menjadi individu yang memadamkan jejak baginda
dan Sayyidina Abu Bakar.

Menjadi orang biasa-biasa sepanjang perjalanan sedangkan Nabi
Muhammad saw dan Sayyidina Abu Bakar sudah dikenali ramai.

Membina masjid di Quba sebelum memasuki bandar Madinah dan
juga membuka pasar untuk umat Islam.

Sekiranya manusia seistimewa Nabi Muhammad saw juga merancang
dengan teliti untuk berhijrah, maka sudah tentu kita juga perlu mempunyai
merancang dengan baik untuk berhijrah dari keadaan kewangan yang biasa-
biasa menjadi seorang yang mempunyai keadaan kewangan yang luar biasa!

Panduan Cash Flow 15 PanduanCashFlow.com

BAB 2

Kenapa Mahu
Jadi Kaya?
Kekayaan bukanlah diukur dengan banyaknya harta.
Namun kekayaan adalah hati yang selalu merasa cukup.
(Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari)


Ramai orang nak jadi kaya.
Namun tidak ramai yang pernah memikirkan kenapa nak jadi kaya.
Adakah tuan pernah memikirkannya?
Makna Kekayaan
Apakah erti kekayaan kepada kita?
Ada yang mendefinisikan kekayaan seperti mempunyai duit RM 1 juta dalam akaun
bank, sejumlah simpanan emas fizikal, memiliki kereta mewah dan memiliki rumah banglo
yang besar. Namun itu semua sebenarnya bukan kekayaan.

Panduan Cash Flow 16 PanduanCashFlow.com

Apa yang disebut itu cuma alat-alat kekayaan. Sekiranya kita hanya mengumpulkan
alat maka dalam hati kita pasti tidak merasa puas dan cukup. Kekayaan tidak terletak pada
alat.
Kekayaan adalah sesuatu yang lebih besar dan bermakna dalam hidup kita. Seperti
mempunyai keluarga yang bahagia, mampu berhenti kerja makan gaji sebelum usia 50
tahun, dapat menjadi sukarelawan dalam bidang yang kita suka dan seterusnya.
Alat-alat kekayaan itu berperanan sebagai alat mencapai kekayaan yang sebenar
iaitu apa yang menyebabkan hidup kita menjadi cukup. Apa yang menyebabkan hati kita
berasa seronok. Sesuatu yang kita tidak dapat beli dengan wang tunai malah emas
sekalipun.
Apakah makna duit yang kita kumpul itu sekiranya tiada ahli keluarga dan
rakan-rakan yang mahu menemankan kita mengelilingi dunia mahupun
menikmati secawan kopi?
Apakah makna koleksi kereta yang kita miliki sedangkan kita sakit dan
terlantar di atas katil?
Apakah erti banglo yang besar sekiranya ianya kosong dan senyap sunyi dari
aktiviti yang merapatkan silaturrahim sesama jiran tetangga?
Justeru kita perlu tahu makna kekayaan dalam diri kita.
Bagi saya kekayaan adalah masa yang dapat dimanfaatkan bersama keluarga.
Justeru saya mahukan banyak masa terluang bersama orang-orang yang saya sayang. Saya
mahu berada di sisi mereka pada saat-saat yang penting, umpamanya ketika almarhumah
emak saya sakit tenat saya dapat menjaga beliau sehingga akhir hayat, ketika isteri mahu
melahirkan anak saya dapat berada di sisi beliau dan ketika anak-anak mempunyai acara

Panduan Cash Flow 17 PanduanCashFlow.com

penting di sekolah saya ada bersama mereka. Alat-alat kekayaan adalah untuk membantu
saya mencapai kekayaan tersebut.
Justeru saya memerlukan alat-alat seperti:
Pekerjaan dengan jadual kerja fleksibel.
Bisnes yang dapat memberikan pendapatan pasif.
Aset yang dapat saya jual untuk membeli masa berkualiti dengan keluarga
seperti melancong.

Erti kekayaan bagi saya pasti berbeza dengan erti kekayaan tuan.
Ya, walaupun kita sama-sama membeli hartanah misalnya, ia cuma satu alat untuk
mencapai kekayaan yang masing-masing mahukan. Pesan Nabi Muhammad saw:
Seandainya manusia diberi lembah penuh dengan emas, maka dia masih mahu
lembah yang kedua yang penuh dengan emas. Jika diberi lembah kedua, dia
masih mahu lembah ketiga. Perut manusia tidak akan penuh melainkan dengan
tanah. Allah tentu menerima taubat bagi siapa saja yang bertaubat.
(Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari)
Sebagai manusia kita tidak akan berasa puas mengumpul harta. Sudah ada RM 1
juta, mahu kumpul RM 10 juta pula. Dan jika duit tersebut tidak digunakan pada jalan yang
betul ia tak dapat membantu diri kita semula di hari akhirat kelak.
Kita sering mendengar berita kematian selebriti antarabangsa yang terkenal, kaya
raya dan boleh dikatakan memiliki segala alat-alat kekayaan namun akhirnya terlibat
dengan gejala dadah atau mati membunuh diri. Sedangkan secara logik akal manusia,

Panduan Cash Flow 18 PanduanCashFlow.com

mereka telah menikmati segala nikmat dunia namun kehidupan mereka tidak gembira.
Mereka tidak berjumpa dengan apa sebenarnya yang hati mereka mahukan.
Jadi apa yang sebenarnya hati kecil kita mahu...
Bebas hutang?
Mendirikan rumah anak yatim?
Membantu penyelidikan kanser?
Mengelilingi dunia?
Menjadi sukarelawan?
Mempunyai yayasan sendiri?
Memberikan pendidikan tertinggi kepada anak-anak tanpa bantuan wang
ringgit orang lain seperti PTPTN, kerajaan dan peluang biasiswa?
Dalam Islam harta hanya pasti menjadi milik kita sekiranya kita memberi sedekah,
zakat dan wakaf. Walaupun harta tersebut nampak berkurangan tetapi sebenarnya ia
bertambah. Walaupun ikhlas paling utama, adakah kita berpuas hati hanya mampu
bersedekah sebanyak RM 10 berbanding RM 10,000 ?
Ya, ada 1001 matlamat yang dapat kita fikirkan. Carilah matlamat hidup yang
memberikan kepuasan dalam hidup kita. Bukan semua perkara dapat dibeli dengan duit,
namun tanpa duit juga, banyak perkara yang tidak dapat kita capai.




LEMBARAN KERJA 1
1) Apakah erti kekayaan kepada tuan / puan ?

2) Apakah alat kekayaan yang diperlukan untuk mencapainya?

Panduan Cash Flow 19 PanduanCashFlow.com

BAB 3

Prinsip Kekayaan
Nabi Yusuf a.s
Yusuf menjawab, Hendaklah kamu menanam bersungguh-
sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu
tuai simpanlah bersama tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian
yang kamu jadikan untuk makan.
(Surah Yusuf: 47)

Panduan Cash Flow 20 PanduanCashFlow.com

Mereka yang merancang wang pasti berjaya
Prinsip ini telah diamalkan sejak 3,000 tahun yang lalu dan masih releven sehingga
hari ini. Al-Quran telah mencatat kisah ini dalam surah Yusuf dalam kisah mengenai Mimpi
Raja Mesir. Saya telah menceritakan kisah ini dengan terperinci menerusi buku Rancang
Wang Dari Sekarang.
3 prinsip yang saya mahu kongsikan adalah:
1. Kita Perlu Ada Pendapatan
Langkah pertama adalah kita perlu mempunyai sumber pendapatan sama ada
pendapatan tersebut datang dari duit gaji, bisnes sendiri atau pun pelaburan. Islam
mengajar kita agar tidak meminta-meminta dan mengemis tetapi Islam menyuruh
kita berusaha bersungguh-sungguh mencari pendapatan dengan cara yang betul.

Panduan Cash Flow 21 PanduanCashFlow.com

Kita tidak perlu berdebat makan gaji lebih baik atau buat bisnes. Ia tidak
memberikan banyak manfaat. Ada orang lebih berbakat menguruskan bisnes orang
lain (makan gaji) dan ada orang yang lebih berbakat menguruskan bisnes sendiri.

Apa yang penting adalah apa yang kita buat dengan pendapatan kita.

2. Simpan Dahulu, Kemudian Baru Belanja
Kedua, selepas memperoleh pendapatan adalah kita menyimpan sebahagian gaji
terlebih dahulu. Simpan bermula dari 10%, 15% atau 30% daripada gaji bersih. Lebih
tinggi lebih bagus. Jika belum mampu simpan sehingga 10% pendapatan mulakan
menyimpan walaupun cuma RM 50 sebulan.

Langkah ini adalah wajib dari sudut hukum pengurusan kewangan. Sekiranya kita
tidak menyimpan maka kita tidak dapat melabur. Jika kita tidak melabur, maka
pendapatan kita tidak dapat berkembang dengan sendirinya.

Menyimpan memerlukan disiplin. Sekiranya kita tidak dapat mendisiplinkan diri
untuk membuat simpanan tetap maka jangan fikir kita dapat melabur dengan baik.
Disiplin dalam pelaburan adalah jauh lebih ketat berbanding disiplin dalam
menyimpan.

3. Menukar Pendapatan Menjadi Harta
Orang yang mempunyai pendapatan RM 10,000 sebulan belum tentu dia berduit
dan orang yang cuma berpendapatan RM 3,000 sebulan boleh jadi seorang yang
lebih berduit..

Panduan Cash Flow 22 PanduanCashFlow.com

Ini adalah jadual yang telah kongsikan awal tadi:
Menyimpan
RM 100 sebulan
Amir
Jumlah Simpanan (RM)
Man
Jumlah Simpanan (RM)
25 tahun 0
(Baru bermula)
0
(Mahu enjoy dulu)
35 tahun 18,774.58 0
(Baru bermula)
55 tahun 146,815.04 59,307.51
Amir mula menyimpan RM 100 sebulan pada usia 25 tahun berbanding Man, hanya
bermula pada 35 tahun.
Pertama, sekiranya Man memikirkan untuk menunggu mendapat gaji RM 10,000
pada usia 35 tahun untuk baru menyimpan, maka dia perlu menyimpan sebanyak
RM 250 sebulan selama 20 tahun untuk mendapat jumlah yang hampir sama dengan
Amir pada usia mereka 55 tahun. Sedangkan Amir kekal menyimpan RM 100
sebulan sehingga usia 55 tahun.

Kedua, realitinya jika kita menjadi seperti Amir, pada usia 35 tahun dengan modal
tunai lebih dari RM 15,000 sudah tentu kita telah memulakan pelaburan lain yang
dapat memberikan pulangan yang lebih dari 8% setahun. Ketika ini Amir telah dapat
melangkah dengan lebih jauh berbanding Man.

Ketiga, jika pada usia 25 tahun dengan gaji seorang graduan muda pun dah mampu
menyimpan RM 100 sebulan secara berdisiplin apakah kita tidak dapat
meningkatkan jumlah simpanan kita dari masa ke masa sejajar dengan kenaikan gaji
dan bonus yang diterima?

Panduan Cash Flow 23 PanduanCashFlow.com

Itulah maksud graf yang saya kongsikan dengan tuan pada awal bab ini
menunjukkan perbezaan mereka yang telah menguruskan wang dan mereka yang belum
menguruskan wang. Apabila sampai masa yang betul, Amir mempunyai modal yang
mencukupi untuk memecut laju manakala Man baru mula merangkak.
Ini pula adalah hasil mereka yang menyimpan dalam sesuatu produk kewangan
yang memberikan pulangan 5% - 8% setahun.
Tahun 5 10 15 20 25 30
5% p.a.
17,405.74 39,620.36 67,972.48 104,157.76 150,340.36 209,282.37
8% p.a
19,007.79 46,936.46 87,972.85 148,268.76 236,863.25 367,037.60
Menyimpan RM 3,000 setahun (RM 250 sebulan)
Tahun 5 10 15 20 25 30
5% p.a.
34,811.48 79,240.72 135,944.95 208,315.51 300,680.72 418,564.74
8% p.a
38,015.57 93,872.92 175,945.70 296,537.53 473,726.49 734,075.21
Menyimpan RM 6,000 setahun (RM 500 sebulan)
Tahun 5 10 15 20 25 30
5% p.a.
69,622.95 158,481.45 271,889.90 416,631.02 601,361.45 837,129.48
8% p.a
76,031.15 187,745.85 351,891.40 593,075.06 947,452.98 1,468,150.42
Menyimpan RM 12,000 setahun (RM 1000 sebulan)




Panduan Cash Flow 24 PanduanCashFlow.com

5 Perkara Wajib Buat Untuk Jadi Lebih Kaya

Artikel asal diterbitkan di MajalahNiaga.com pada 20 Disember 2012

Semua orang hendak jadi kaya.
Tetapi bukan semua tahu caranya.
Saya sarankan tuan membuat 5 perkara berikut supaya akaun bank
mempunyai lebih banyak duit.
5 Aktiviti Pasti Buat Banyak Duit
#1 Simpan
Tiada tip lain?
Tunggu. Menyimpan adalah perkara paling asas. Kalau tidak dapat
menyimpan, kita pasti tidak dapat menjadi pelabur yang baik.
Simpan sekurang-kurang RM100 sebulan.
Kepada yang sudah menyimpan, tahniah. Selepas ini perlu menambah
jumlah simpanan dari tahun ke tahun. Kalau tahun lepas sudah
menyimpan RM100 sebulan, tahun ini kena tambah lagi. Boleh?
Simpan 50% bonus yang diterima dan juga simpan 50% dari kenaikan gaji
tahunan. Bakinya berbelanjalah sesuka hatimu.
#2 Tulis dan shopping
Kita sebagai manusia membeli mengikut emosi.
Justeru apabila kita membeli belah tanpa menulis terlebih dahulu barang
yang mahu kita beli, kita akan membelanjakan lebih daripada apa yang
sepatutnya.
Paling kurang kita pasti membelanjakan lebih dari 25% daripada bajet asal.
Barangkali perbelanjaan asal dapur misalnya RM800 sebulan, dan
disebabkan kita tidak menulis sebelum shopping akhirnya kita
membelanjakan sehingga RM1,000 sebulan.

Panduan Cash Flow 25 PanduanCashFlow.com


RM200 bertambah sebulan menjadikan RM2,400 kos tahunan meningkat.
#3 Bersedekah
Tangan yang memberi lebih baik (490,000 kali ganda) dari tangan yang
menerima.
Jangan kedekut untuk bersedekah. Duit yang kita sedekahkan sudah pasti
menjadi milik kita. Duit gaji yang anda terima tapi tidak disedekahkan
barangkali jadi milik ASTRO, TNB atau pun makcik karipap.
Duit yang kita sedekahkan bukan sahaja tidak hilang tetapi bakal
berganda-ganda dengan begitu unik sekali.
#4 Gunakan Tunai, Bukan Kad Kredit
Sekiranya kita bukan seorang yang berdisplin dalam urusan kad kredit,
amalkan perbelanjaan tunai sahaja.
Jika terlupa keluarkan duit, ATM habis duit dan duit tidak cukup maka
tidak perlu keluar berjalan-jalan. Rancang sahaja perjalanan pada hari lain.
Jika kita masih belum ada kad kredit dan tiada tujuan khas (seperti
pembelian online untuk bisnes), tidak perlu cuba-cuba menggunakan kad
kredit.
Kad kredit adalah berhantu. Lebih menakutkan dari cerita-cerita hantu
Malaysia, Korea dan Jepun.
#5 Hadir Seminar Dua Kali Setahun, Beli Buku Sebulan Sekali
Sekiranya kita berminat dalam bidang masakan menonton Masterchef di
televisyen tidak mencukupi. Kita masih perlu juga belajar asas-asas
memasak secara live. Paling kurang belajar dengan emak.
Saya masih hadir ke kelas-kelas berkaitan pengurusan kewangan dan
pelaburan walaupun saya sudah mempunyai sijil profesional dalam
bidang ini.
Setiap bulan juga saya pasti membeli buku-buku berkaitan walaupun saya
telah menulis satu buku sendiri. Lagi banyak saya belajar dan membaca

Panduan Cash Flow 26 PanduanCashFlow.com

rupanya lagi banyak yang saya tidak tahu.
Ilmu Adalah Kuasa dan Kekayaan
Duit yang kita ada boleh hilang. Pelaburan yang kita buat boleh rugi.
Bisnes yang kita ceburi boleh tutup kedai.
Namun, ilmu di dada kekal sampai bila-bila. Kita boleh gunakan semula
untuk mencari duit baru, membuat pelaburan lain dan menceburi bisnes
lain.

Mari kita mulakan menguruskan wang kita dengan serius dalam bab seterusnya.
7 langkah membuat penyata kewangan sendiri. (ms 27)
3 perkara yang mesti diatasi segera selepas menyiapkan penyata kewangan
peribadi (ms 42)
10 soal jawab (FAQ) utama mengenai penyata kewangan (ms 45)
Bagaimana Islam mengajar kita keluar dari bebanan hutang (ms 53)
Bagaimana menjimatkan pembayaran hutang kad kredit sehingga 26% secara
automatik hanya dengan 1 langkah mudah (ms 58)
Cara-cara menyelesaikan hutang kad kredit dalam tempoh 11 bulan (ms 59)
Strategi mengurangkan tempoh hutang rumah dari 30 tahun menjadi 25
tahun tanpa perlu menambah satu sen pun bayaran bulanan (ms 66)
Strategi kombo menyelesaikan hutang kad kredit dalam tempoh 19 bulan
dan hutang rumah dipendekkan menjadi 13 tahun sahaja (ms 67)
Teknik bijak mempunyai simpanan sebanyak RM 50,000 dan membeli sebuah
kereta baru sekaligus (ms 68)
6 strategi menambah cash flow sehingga RM 300 sebulan tanpa memulakan
sebarang pelaburan atau pun bisnes sendiri (ms 71)

Panduan Cash Flow 27 PanduanCashFlow.com

Strategi paling power untuk mendapat rezeki berlipat ganda (ms 77)
3 cara menambah pendapatan bulanan yang semua orang dapat buat (ms 83)
Bagaimana seorang penterjemah bebas dapat membeli kereta Myvi Special
Edition hanya dengan perkhidmatan freelance yang memberinya pendapatan
tambahan RM 1,000 sebulan? (m/s 83)
Bagaimana seorang peguam muda yang tidak mempunyai sebarang
simpanan akhirnya dapat mempunyai simpanan RM 6,000 dalam tempoh 8
bulan (m/s 90)
Dan banyak lagi.
Untuk terus membaca sila buat pembelian melalui link dibawah. Penjualan hanya
dibuat dalam versi digital (ebook sahaja). Klik link di bawah untuk membeli.

Ya saya mahu beli ebook Panduan Cash Flow
http://www.panduancashflow.com/beli/

Bantuan, hubungi info@panduancashflow.com

Terima kasih.