Anda di halaman 1dari 5

(http://nashnote.files.wordpress.com/2012/08/screen-shot-2012-08-08-at-2-58-29-pm1.

png) Tagged bab 6, ekonomi, Form 6, jumlah pengeluaran, keluaran purata, keluaran sut, kos, kos berubah purata, kos berubahjumlah kos, kos purata, kos sut, kos tetap, kos tetap purata, MIkroekonomi, Nota ekonomi, nota mikroekonomi, STPM, teori pengeluaran dan kos pengeluaran, Tingkatan 6 06.08.2012 LEAVE A COMMENT NOTES

Hubungan Kos Purata Jangka Pendek (SAC) dengan Kos Purata Jangka Panjang (LAC)

(http://nashnote.files.wordpress.com/2012/08/screen-shot-2012-08-06-at-3-26-11-pm.png) Rajah di atas menunjukkan hubungan antara LAC dengan SAC. Apabila LAC sedang menurun, SAC menyentuh LAC pada bahagian SAC yang juga sedang menurun iaitu di titik A, pada output Q1 di mana SAC1 sedang menurun dengan titik minimumnya di A. Apabila LAC di titik minimum, SAC menyentuh LAC pada titik minimum SAC, iaitu di titik B di mana titik minimum SAC0 juga di B pada output Q0. Apabila LAC sedang meningkat , keluk SAC menyentuh LAC pada bahagian SAC yang juga sedang meningkat iaitu di titik C, pada output Q2 di mana SAC2 sedang meningkat dengan titik minimumnya di C. Tagged bab 6, ekonomi, Form 6, hubungan kos purata jangka pendek dengan kos purata jangka panjang, lac, MIkroekonomi, Nota ekonomi, nota mikroekonomi, sac, STPM, teori pengeluaran dan kos pengeluaran, Tingkatan 6, titik minimum 31.07.2012 LEAVE A COMMENT NOTES

Jangka Masa Pendek dan Jangka Masa Panjang

Jangka Masa Pendek Satu tempoh firma tidak dapat menyesuaikan kapasiti lojinya mengikut keperluan pasaran kerana wujudnya faktor tetap dalam operasinya. Dalam jangka pendek, firma tidak dapat mengeluarkan barang dengan banyak dan hanya dapat menambahkan input berubahnya seperti buruh dengan terhad jika tiada perubahan dalam input tetap contohnya tanah. Ini bermaksud, tidak kira jika firma itu sudah beroperasi selama 10 tahun atau 2 tahun jika ada faktor tetap dalam operasi, ia sedang berada dalam jangka masa pendek Kalau semua faktor adalah faktor berubah, barulah firma beroperasi dalam jangka masa panjang Jangka Masa Panjang Satu tempoh firma dapat menyesuaikan kapasiti lojinya mengikut keperluan pasaran kerana semua faktor adalah faktor berubah dalam operasi. Ini kerana semua faktor dalam operasi adalah faktor berubah Firma boleh menaikkan skala pengeluaran, menambahkan modal, meningkatkan tingkat teknologi atau melakukan penyelididkan dan pembangunan untuk menambahkan daya pengeluaran. Contohnya, firma boleh membuka kilang baru untuk meningkatkan pengeluaran tanah kerana tanah adalah input berubah. Tagged bab 6, ekonomi, faktor berubah, faktor tetap, Form 6, jangka masa panjang, jangka masa pendek, MIkroekonomi, Nota ekonomi, nota mikroekonomi, STPM, teori pengeluaran dan kos pengeluaran, Tingkatan 6 31.07.2012 LEAVE A COMMENT NOTES

Perbentukan Keluk Kos Purata Jangka Panjang (LAC)

(http://nashnote.files.wordpress.com/2012/07/screen-shot-2012-07-27-at-1-17-40-pm.png) 1. Pembentukan keluk LAC berkaitan dengan pemilihan saiz loji firma pada pelbagai tingkat output supaya kos pengeluaran dapat diminimumkan. 2. Saiz loji firma diwakili oleh keluk SAC. Andaikan firma mempunyai 3 saiz loji yang berbeza, iaitu SAC1, SAC2 dan SAC3 seperti rajah diatas. 3. Andaikan firma ingin menghasilkan tingkat keluaran Q1, firma akan memilih saiz loji SAC1 kerana kos purata pada SAC1 adalah sebanyak C2 pada titik B yang lebih rendah berbanding dengan saiz loji SAC2 pada titik A dengan kos purata C3. 4. Oleh itu, bagi tingkat keluaran yang kurang daripada Q2, firma akan memilih loji SAC1 demi meminimumkan kos pengeluaran. 5. Sekiranya firma ingin mengeluarknan tingkat keluaran Q2, saiz loji SAC1 bersilang dengan SAC di titik C dengan kos purata sebanyak C2. 6. Ini bermakna firma boleh memilih loji SAC1 atau SAC2 kerana kos puratanya adalah sama. Walaubagaimanapun firma perlu memilih loji SAC2 kerana loji SAC2 beroperasi dalam keadaan kos yang berkurangan. 7. Pada tingkat keluaran Q3, saiz loji SAC2 dan SAC3 bersilang di titik D dengan kos purata yang sama, iaitu sebanyak C1. 8. Oleh itu, firma boleh menggunakan saiz loji SAC2 atau SAC3. 9. Bagi tingkat keluaran antara Q2 dan Q3, loji SAC2 akan dipilih kerana menghasilkan kos purata yang lebih rendah. Ini ditunjukkan oleh keluk SAC2 yang berada di bawah SAC1. 10. Jika tingkat output melebihi Q3, misalnya Q4, saiz loji SAC3 dipilih kerana kos puratanya hanya C0 (titik F) berbanding dengan C2 (titik E) yang lebih tinggi. 11. Kesimpulanya sambungan titik-titik BCDF akan membentuk keluk LAC. Dapat disimpulkan juga keluk LAC terdiri daripada bahagian keluk SAC yang dapat meminimumkan kosnya pada pelbagai tingkat output.

Tagged bab 6, ekonomi, Form 6, keluk kos purata jangka pendek, kos pengeluaran minimum, lac, MIkroekonomi, Nota ekonomi, nota mikroekonomi, perbentukan keluk kos purata jangka panjang, sac, STPM, teori pengeluaran dan kos pengeluaran, Tingkatan 6 31.07.2012 LEAVE A COMMENT NOTES

Punca Disekonomi Bidangan Luaran


1. Kekurangan faktor pengeluaran Kemasukan firma yang semakin banyak ke dalam industri jika tidak dikawal, menyebabkan persaingan antara firma untuk memperoleh sumber ekonomi sehingga membawa masalah kekurangan faktor pengeluaran. Pertambahan permintaan faktor daripada firma-firma lebih cepat daripada pertambahan penawaran faktor mewujudkan kekurangan penawaran faktor pengeluaran dan menyebabkan harga faktor seperti tenaga buruh dan tanah naik. 2. Masalah kesesakan Perkembangan industri yang berterusan boleh membawa masalah kesesakan di tempat tinggal dan kesesakan lalu lintas. Kemudahan yang disediakan mungkin tidak mecukupi untuk menampung keperluan firmafirma. Ini menyebabkan harga rumah, sewa kilang, sewa pejabat, dan kos pengangkutan bertambah, akibatnya kos pengeluaran meningkat. 3. Masalah pencemaran Kemasukan firma yang semakin banyak akan membawa masalah pencemaran seperti pencemaran udara, air, dan bunyi. Ini seterusnya menimbulkan pelbagai kesan eksternaliti negatif atau kos sosial yang akhirnya akan menaikkan kos pengeluaran. Tagged bab6, ekonomi, eksternaliti negatif, Form 6, kekurangan faktor pengeluaran, masalah kesesakan, masalah pencemaran, MIkroekonomi, Nota ekonomi, nota mikroekonomi, punca disekonomi bidangan luaran, STPM, teori pengeluaran dan kos pengeluaran, Tingkatan 6 Blog at WordPress.com. | The Chunk Theme.