Anda di halaman 1dari 59

KERTAS KERJA LEMBAGA DISIPLIN SMK PUTERI WILAYAH 2010

KURSUS KETUA TINGKATAN DAN PENOLONG KETUA TINGKATAN

1. RASIONAL

Ketua dan Penolong Ketua Tingkatan merupakan tonggak utama kelas untuk membantu guru tingkatan dalam pengurusan kelas masing-masing. Amat wajar mereka diberi pendedahan, bimbingan dan motivasi agar dapat menjalankan tugas dengan berkesan.

2. OBJEKTIF

1. Memberi pendedahan tugas dan tanggungjawab ketua kelas dan penolongnya. 2. Mengukuhkan ikatan kerjasama antara ketua dan penolong ketua kelas. 3. Membina keyakinan diri pelajar melalui pengalaman dan interaksi semasa sesi soaljawab. 4. Membimbing mereka membuat keputusan yang tepat semasa mengawal kelas.

3. KUMPULAN SASARAN

Semua ketua dan penolong ketua Tingkatan 1 hingga 5.

4. PERSONALIA (AJK KERJA)

1. 2. 3. 4. 5.

Pn. Atikah Yusuf (Kaunselor) Pn. Rose Mazira (Kaunselor Petang) Pn. Hamimah Shamsuddin Pn. Roslina Sulong Penyelia Tingkatan 1 hingga 5

5. PENGISIAN

1. 2. 3. 4.

Taklimat kepada semua pelajar Pembentangan Kertas Kerja Aktiviti Kumpulan & Kajian Kes Sesi soaljawab

6. PELAKSANAAN

TARIKH

MASA 7.30 8.00 8.00 10.00

AKTIVITI Pendaftaran & Taklimat

GURU BERTUGAS Pn. Rose Mazira

Pembentangan Kertas Kerja

Pn. Atikah Yusof

18 Jan

10.00 10.30 10.30 11.30

Rehat

Aktiviti Kumpulan & Kajian Kes

Pn. Hamimah Pn. Roslina Sulong

11.30 12.30

Sesi Soaljawab

Pn. Hamimah / Atikah / Roslina / Rose Mazira

7. KEWANGAN

WANG MASUK Yuran Pendaftaran RM 200.00

Fail

WANG KELUAR RM 40.00

Sumbangan PIBG Peruntukan Kaunselina JUMLAH

RM100.00 RM100.00 RM 400.00

Alatulis Makanan JUMLAH

RM 60.00 RM300.00 RM 400.00

8.

HARAPAN

Diharap aktiviti ini dapat melahirkan Ketua dan Penolong Ketua Tingkatan yang yakin dan Dapat melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan.

KERTAS KERJA LEMBAGA DISIPLIN SMK PUTERI WILAYAH 2009

PROGRAM SEKOLAH SELAMAT

1. RASIONAL

Keselamatan murid dalam waktu sekolah merupakan tanggungjawab pihak sekolah yang perlu diberi keutamaan. Semua murid perlu diberi kesedaran agar peka kemunginan berlakunya perbuatan jenayah ke atas diri mereka.

2. OBJEKTIF

a. Memberi peringatan kepada murid tentang pentingnya menjaga keselamatan diri. b. Memastikan murid yang terlibat aktiviti luar memakai uniform sekolah atau baju yang mempunyai lambang sekolah. c. Memastikan murid yang pulang lewat menunggu ibubapa dalam kawasan sekolah d. Menasihatkan murid agar tidak berinteraksi dengan orang yang tidak dikenali.

3. KUMPULAN SASARAN

Semua murid SMK Puteri Wilayah terutamanya murid Tingkatan 1

4. PERSONALIA (AJK KERJA)

a. b. c. d. e.

Pn. Hamimah Shamsuddin (Ketua Guru Disiplin) Pn. Atikah Yusuf (Kaunselor Pagi) Pn. Rose Mazira (Kaunselor Petang) Pn. Roslina Sulong (Ketua Disiplin Petang) Penyelia Tingkatan 1 hingga 5

5. PENGISIAN

a. Membaca Pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia semasa perhimpunan rasmi. b. Memberi peringatan kepada semua pelajar murid pentingnya menjaga keselamatan diri c. Mencadangkan langkah-langkah untuk menjaga keselamatan murid. d. Mendapatkan kerjasama pengawal sekolah, semua guru dan PIBG.

6. PELAKSANAAN

Memberi taklimat semasa perhimpunan rasmi yang dihadiri semua murid dan Penyelia Tingkatan

7. KEWANGAN

- tiada -

8.

HARAPAN

Aktiviti ini diharap dapat memberi kesedaran dan panduan kepada semua murid agar menjaga

tingkahlaku dalam kawasan sekolah.

KERTAS KERJA LEMBAGA DISIPLIN SMK PUTERI WILAYAH 2009

PROGRAM MURID BERDISIPLIN MURID BERMARUAH

1. RASIONAL

Disiplin murid merupakan tanggungjawab pihak sekolah yang mengambil masa yang agak lama untuk dimantapkan. Ini kerana mereka datang dari latarbelakang keluarga yang berbeza taraf hidup dan cara asuhan. Maka mereka perlu diingatkan tatacara berkelakuan di sekolah kerana murid yang berdisiplin adalah murid yang bermaruah.

2. OBJEKTIF

a.

Memastikan semua murid faham perlakuan yang dianggap sebagai kesalahan disiplin.

b. Memastikan murid yang melakukan kesalahan disiplin faham pentingnya mempunyai tahap disiplin yang tinggi. c. Menasihatkan murid agar tidak berkawan dengan murid yang melakukan kesalahan disiplin.

3. KUMPULAN SASARAN

Semua murid SMK Puteri Wilayah terutamanya murid Tingkatan 1

4. PERSONALIA (AJK KERJA)

a.

Pn. Hamimah Shamsuddin (Ketua Guru Disiplin)

b. Pn. Atikah Yusuf (Kaunselor Pagi) c. Pn. Rose Mazira (Kaunselor Petang)

d. Pn. Roslina Sulong (Ketua Disiplin Petang)

e. f.

Cik Azrini Suziraida Pn. Zabedah Abu

5. PENGISIAN

a.

Membacakan kod-kod salahlaku disiplin dalam Buku Peraturan Disiplin Murid yang dibekalkan oleh JPWP.

b. Menerangkan kesalahan disiplin ringan, sederhana dan berat serta tindakan yang akan diambil terhadap setiap kesalahan.

6. PELAKSANAAN

Memberi taklimat semasa perhimpunan rasmi yang dihadiri semua murid dan guru.

TARIKH 11 Feb

MASA 7.30 8.30

KUMPULAN SASARAN Murid Tingkatan 1

GURU BERTUGAS Pn. Roslina Sulong

12 Feb

7.30 8.30 7.30 8.30 7.30 8.30 7.30 8.30

Murid Tingkatan 2

Pn. Zabedah Abu

13 Feb

Murid Tingkatan 3

Pn. Hamimah Shamsuddin

14 Feb

Murid Tingkatan 4

Cik Azrini Suziraida

15 Feb

Murid Tingkatan 5

Pn. Roslina Samsi

7. KEWANGAN

- tiada -

8.

HARAPAN

Aktiviti ini diharap dapat memberi kesedaran dan panduan kepada semua murid selamat sepanjang masa samada di sekolah dalam perjalanan balik ke rumah.

KERTAS KERJA LEMBAGA DISIPLIN SMK PUTERI WILAYAH 2009

PROGRAM PENGAMBILAN PENGAWAS PELATIH (T 1 & T4)

1. RASIONAL

Pengawas merupakan tulang belakang sekolah dalam membantu guru dalam pengurusan disiplin. Amat wajar pengawas pelatih yang dipilih diberi pendedahan, bimbingan serta motivasi agar dapat menjalankan tugas dengan berkesan tanpa mengabaikan bidang akademik.

2. OBJEKTIF

a.

Memberi pendedahan tugas dan tanggungjawab pengawas.

b. Membimbing mereka membuat keputusan yang tepat semasa bertugas. c. Membina keyakinan diri pelajar melalui pengalaman dan interaksi semasa sesi soaljawab

d. Mengukuhkan ikatan kerjasama antara pengawas.

3. KUMPULAN SASARAN

Murid Tingkatan 1 dan 4 sahaja

4. PERSONALIA (AJK KERJA)

a.

Pn. Hamimah Shamsuddin (Ketua Guru Disiplin)

b. Pn. Atikah Yusuf (Kaunselor Pagi) c. Pn. Rose Mazira (Kaunselor Petang)

d. Pn. Roslina Sulong (Ketua Disiplin Petang) e. f. Pn. Norhayati Sabari (Penyelia Ting 4) Pn. Shahaniza Soaid (Penyelia Ting. 1)

5. PENGISIAN

a.

Mendapatkan nama calon dari Guru Tingkatan

b. Membuat senarai pendek. c. Memanggil temuduga.

d. Pengawas menjalani tempoh latihan sebelum dipilih.

6. PELAKSANAAN

Memberi taklimat semasa perhimpunan rasmi yang dihadiri semua murid dan guru.

TARIKH 3 7 Mac Mac

AKTIVITI Mengedarkan borang untuk mendapatkan nama calon dari guru tingkatan Membuat senarai pendek calon-calon pengawas pelatih

17 22 Mac

Menjalankan temuduga.

24 Mac

Mengumumkan nama calon pengawas pelatih.

25 Mac

Pengawas pelatih mula menjalankan latihan

7. KEWANGAN

- tiada -

8.

HARAPAN

Aktiviti ini diharap dapat mencungkil dan meningkatkan bakat kepimpinan di kalangan murid SMK Puteri Wilayah. Tanpa pemimpin muda, tidak akan ada pemimpin di kalangan masyarakat sekolah.

KERTAS KERJA LEMBAGA DISIPLIN SMK PUTERI WILAYAH 2009

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS (1)

1. RASIONAL

Pengawas merupakan unit kedua selepas para guru dalam organisasi pentadbiran sekolah maka sudah tentulah tugas para pengawas itu sendiri lebih mencabar berbanding organisasi lain. Tujuan utama program ini adalah untuk meningkatkan jatidiri supaya dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan sebaik mungkin.

2. OBJEKTIF

a.

Memberi kesedaran akan tanggungjawab apabila dipilih dan diberi kepercayaan oleh guru

b. Memberi bimbingan bagaimana untuk menjadi pemimpin yang berwibawa dan berkarisma. c. Memberi kemahiran cara menangani perlakuan murid yang melakukan kesalahan disiplin

d. Melahirkan pengawas yang berfikiran positif, bermotivasi dan berkeyakinan tinggi.

3. KUMPULAN SASARAN

Pengawas pelatih sesi pagi (20 orang) dan pengawas pelatih sesi petang (25 orang).

4. PERSONALIA (AJK KERJA)

a.

Pn. Hamimah Shamsuddin (Ketua Guru Disiplin)

b. Pn. Atikah Yusuf (Kaunselor Pagi) c. Pn. Rose Mazira (Kaunselor Petang)

d. Pn. Roslina Sulong (Ketua Disiplin Petang) e. f. Cik Azrini Suziraida Pn. Zabedah Abu

5. PENGISIAN

a.

Taklimat

b. Ceramah c. Latihan dalam kumpulan

d. Kajian Kes

6. PELAKSANAAN

TARIKH

MASA

PENGISIAN Pendaftaran dan Taklimat Ceramah dan Latihan dalam kumpulan Rumusan dan Penutup

25 April (Jumaat) 8.00 am 10.00 pm 26 April (Sabtu) 27 April (Ahad) 8.00am 10.00 pm 8.00 am 10.00am

7. KEWANGAN

WANG MASUK Yuran Pendaftaran (RM10.00) RM200.00 Sumbangan PIBG RM200.00 Peruntukan Kaunseling RM200.00 Tabung Pengawas RM200.00 JUMLAH RM 800.00

WANG KELUAR Fail RM 100.00 Alatulis RM 100.00 Pengangkutan RM 200.00 Makanan RM 400.00 JUMLAH RM 800.00

8.

PENUTUP

Selepas menghadiri kursus ini, pengawas diharap akan mempunyai jati diri yang kental untuk menghadapi arus & cabaran dan seterusnya meningatkan tahap disiplin murid.

KERTAS KERJA LEMBAGA DISIPLIN SMK PUTERI WILAYAH 2009

PROGRAM SUKANEKA PENGAWAS

1. RASIONAL

Sukan merupakan satu cara untuk meningkatkan disiplin dan sifat kepimpinan selain kerjasama

antara individu. Setiap pengawas memerlukan aktiviti ini untuk membina sikap toleransi dan semangat berpasukan.

2. OBJEKTIF

a. b. c. d.

Memupuk sikap suka bergaul. Mewujudkan sikap kerjasama semasa menjalankan tugas. Mengeratkan silaturrahim antara semua pengawas. Agar pengawas merasa gembira dan dihargai.

3. KUMPULAN SASARAN

Semua pengawas SMK Puteri Wilayah dari Tingkatan 1 hingga 5

4. PERSONALIA (AJK KERJA)

a. Pn. Hamimah Shamsuddin (Ketua Guru Disiplin) b. Pn. Roslina Sulong (Ketua Disiplin Petang)

c. Cik Azrini Suziraida d. Pn. Zabedah Abu

5. PENGISIAN

a. b. c. d.

Mencari gula-gula dalam tepung Mengisi air dalam botol. Telefon rosak Kerastangan

6. PELAKSANAAN

Aktiviti dijalankan dsemasa aktiviti ko-kurikulum hari Jumaat 11 April 2008 (12.30 1.45)

AKTIVITI Mencari gula-gula dalam tepung

KETERANGAN Setiap kumpulan menghantar 3 orang wakil untuk mencari 3 gulagula dalam tepung

Mengisi air dalam botol

Air diisi dengan sudu plastik sehingga penuh.

Telefon rosak

Mesej pendek dibisikkan ke telinga setiap ahli. Peserta terakhir akan menulis mesej itu atas kertas.

Kerastangan

Mencungkil bakat kreatif dari kertas warna, straw, daun, bunga dan cawan polisterina.

7. KEWANGAN

WANG MASUK Kutipan pengawas (RM1.00) RM100.00 Wang tabung RM 50.00 JUMLAH RM150.00

WANG KELUAR Hadiah 4 acara Alatan Air mineral JUMLAH

RM 80.00 RM 20.00 RM 50.00 RM 150.00

8.

PENUTUP

Semoga aktiviti ini akan mengeratkan ukhwah sesama pengawas sesi pagi dan petang Semangat kekitaan ini diharap dapat menaikkan semangat semua pengawas untuk saling membantu dalam menjalankan tugas.

KERTAS KERJA LEMBAGA DISIPLIN SMK PUTERI WILAYAH 2009

PROGRAM PERLANTIKAN PENGAWAS T1 & T4

1. RASIONAL

Pengawas pelatih yang telah menjalani tempoh latihan dengan jayanya selama 1 bulan akan dilantik secara rasminya semasa perhimpunan rasmi. Pengawas Tingkatan 5 akan mula dikurangkan tugas-tugas mereka agar dapat memberi tumpuan penuh terhadap pelajaran. Dengan ini, pengawas boleh bersaing dan muncul antara pelajar cemerlang dalam akademik.

2. OBJEKTIF

a. Memberi pengiktirafan kepada pengawas pelatih yang berjaya menamatkan tempoh latihan dengan jayanya. b. Menyediakan ruang untuk pengawas Tingkatan 4 dan Tingkatan 1memikul tanggungjawab mengawal murid. c. Memperkenalkan pengawas baru kepada semua murid dan guru. d. Mengurangkan masa bertugas pengawas Tingkatan 5 agar dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran

3. KUMPULAN SASARAN

Semua pengawas Tingkatan 4 dan 1 yang baru dipilih.

4. PERSONALIA (AJK KERJA)

a. b. c. d.

Pn. Hamimah Shamsuddin (Ketua Guru Disiplin) Pn. Roslina Sulong (Ketua Disiplin Petang) Pn. Norhayati Sabari (Penyelia Tingkatan 4) Pn. Shahaniza Soaid (Penyelia Tingkatan 1)

5. PENGISIAN

a. Ucapan Pengetua b. Memperkenalkan setiap pengawas yang baru c. Penyerahan tanda nama pengawas

6. PELAKSANAAN

Majlis perlantikan diadakan semasa perhimpunan rasmi dengan kehadiran Pengetua SMK Puteri Wilayah

MASA 7.30 am

KETERANGAN Murid beratur di tapak perhimpunan. Nyanyian Negaraku, Wawasan 2020, Lagu Wilayah Persekutuan dan Lagu Sekolah.

7.40 am

Ucapan Pengetua

8.00 am

Memperkenalkan nama-nama pengawas baru dan penyerahan tanda nama pengawas oleh Pengetua

7. KEWANGAN

WANG MASUK Kutipan pengawas (RM5.00) RM 250 .00 Wang tabung RM 150.00 JUMLAH RM400.00

WANG KELUAR Tempahan tanda nama RM 400.00 JUMLAH RM 150.00

8.

HARAPAN

Aktiviti ini diharap membuat pengawas yang baru dilantik merasa dihargai dan lebih Bersemangat untuk menjalankan tugas.

KERTAS KERJA LEMBAGA DISIPLIN SMK PUTERI WILAYAH 2009

PROGRAM KEMPEN MURID DIKASIHI, GURU DISAYANGI (SEMPENA HARI GURU)

1. RASIONAL

Hasrat Kementerian Pendidikan agar semua murid diberi pendidikan yang adil dan seimbang Ini penting agar mereka merasa dihargai dan sayang kepada guru. Guru perlu ada perasaan kasih kepada muridnya barulah murid akan menyayangi gurunya. Ini akan mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk pembelajaran.

2. OBJEKTIF

a. b. c. d.

Mewujudkan rasa persefahaman antara guru dan murid. Melahirkan murid yang gemar membantu guru di sekolah. Memberi peluang murid mengemukakan idea kreatif mereka. Merupakan salah satu cara murid menunjukkan perasaan sayang kepada guru.

3. KUMPULAN SASARAN

Semua pengawas SMK Puteri Wilayah Tingkatan 1 hingga 5

4. PERSONALIA (AJK KERJA)

a. b. c. d.

Pn. Hamimah Shamsuddin (Ketua Guru Disiplin) Pn. Roslina Sulong (Ketua Disiplin Petang) Pn. Roslina Samsi Pn. Kalsom Husin

5. PENGISIAN

a. Merancang aktiviti semasa Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah bersama pengawas. b. Membentuk AJK untuk melaksanakan persiapan. c. Memastikan semua aktiviti yang dirancang berjalan lancar. d. Membuat post-mortem untuk penambahbaikan.

6. PELAKSANAAN

TARIKH

PERANCANGAN

2 9

Mei Mei

Mesyuarat AJK bersama pengawas & merancang aktiviti. Mesyuarat bersama ketua biro untuk pelarasan tahap persiapan yang telah dijalankan.

20 Mei

Mnjalankan Raptai Persembahan.

7. KEWANGAN

WANG MASUK Kutipan dari murid RM 1500.00 Sumbangan PIBG RM 500.00

JUMLAH

RM 2000.00

WANG KELUAR Alatulis RM 200.00 Perhiasan RM 500.00 Cenderahati RM 1300.00 JUMLAH RM 2000.00

8.

HARAPAN

Aktiviti ini diharap dapat mencungkil bakat terpendam murid apabila membuat persembahan. Murid dan guru akan saling menghargai dan menyayangi antara satu sama lain.

KERTAS KERJA LEMBAGA DISIPLIN SMK PUTERI WILAYAH 2009

PROGRAM PONTENG SIFAR

1. RASIONAL

Gejala ponteng merupakan kes paling tinggi antara kes salahlaku murid di Wilayah Persekutuan. Amat sukar membenteras masalah ini kerana banyak faktor yang mempengaruhinya. Pengaruh rakan sebaya, masalah keluarga, tidak minat belajar, guru dan masalah kewangan adalah antara punca masalah ini.

2. OBJEKTIF

a. Memberi kesedaran kepada murid akan sikap yang tidak berfaedah ini. b. Memberi peluang kepada murid meluahkan masaalah mereka. c. Memberi cadangan cara mengatasi masalah ponteng murid.

3. KUMPULAN SASARAN

Semua murid SMK Puteri Wilayah yang teribat dengan kesalahan ponteng.

4. PERSONALIA (AJK KERJA)

a. b. c. d. e. f.

Pn. Hamimah Shamsuddin (Ketua Guru Disiplin) Pn. Atikah Yusuf (Kaunselor Pagi) Pn. Rose Mazira (Kaunselor Petang) Pn. Roslina Sulong (Ketua Disiplin Petang) Pn. Nursyeila Sabari Pn. Zakiah Mohd. Yusof

5. PENGISIAN

a. Mendapatkan nama murid ponteng dari setiap Guru Tingkatan. b. Menjaalankan soal-selidik mengapa & bagaimana mengatasi ponteng. c. Berbincang dengan kaunselor akan tindakan susulan.

6. PELAKSANAAN

Memberi taklimat semasa perhimpunan rasmi yang dihadiri semua murid dan guru.

TARIKH 10 13 Jun Jun

TINDAKAN Mendapatkan nama murid ponteng dari setiap Guru Tingkatan Mengumpulkan semua murid terlibat di dewan untuk soal-selidik Motivasi oleh Kaunselor

7. KEWANGAN

- tiada -

8.

PENUTUP

Aktiviti ini diharap dapat memberi kesedaran dan panduan kepada semua murid agar dapat membentuk mereka menjadi murid yang tahu kepentingan masa.

KERTAS KERJA LEMBAGA DISIPLIN SMK PUTERI WILAYAH 2009

PROGRAM LAWATAN KE PUTRAYJAYA

1. RASIONAL

Selain menimba pengalaman melawat pusat pentadbiran kerajaan, program ini bertujuan meningkatkan kerjasama dan semangat berpasuskan melalui aktiviti luar yang dijalankan. Pengawas memerlukan semangat yang kuat dalam menghadapi tugas pengawas yang lebih mencabar berbanding organisasi lain.

2. OBJEKTIF

a. Melahirkan pengawas yang berfikiran positif, bermotivasi dan berkeyakinan tinggi. b. Mewujudkan sikap kerjasama antara pengawas semasa menjalankan tugas. c. Mengeratkan silaturrahim antara semua pengawas. d. Agar pengawas merasa gembira dan dihargai.

3. KUMPULAN SASARAN

40 orang pengawas Tingkatan 5 (1 bas sahaja)

4. PERSONALIA (AJK KERJA)

a. Pn. Hamimah Shamsuddin (Ketua Guru Disiplin) b. Pn. Atikah Yusuf (Kaunselor Pagi)

5. PENGISIAN

a. Malawat pusat pentadbiran kerajaan dan menulis esei berkaitan lawatan. b. Menjalankan aktiviti membina semangat dan jatidiri (Team Building) di Wetland. c. Aktiviti bercorak penyelesaian masalah situasi / kes salahlaku yang dihadapi di sekolah.

6. PELAKSANAAN

Lawatan pada hari Jumaat 28 Jun 2008 (1 hari)

MASA 7.00 8.30 8.30 10.00

AKTIVITI Bertolak ke Putrajaya dengan bas dari sekolah. Melawat sekitar bangunan pentadbiran, masjid dan tasik Di Putrajaya

10.00 12.00 12.00 12.30 12.30

Aktiviti `team building di Wetland. Penutup Bertolak balik ke sekolah.

7. KEWANGAN

WANG MASUK Bayaran pengawas (RM5.00) Peruntukan Kaunseling

RM 200.00 RM 100.00

WANG KELUAR Pengangkutan RM 200.00 Peralatan aktiviti RM 50.00

JUMLAH

RM 300.00

Hadiah 50.00 JUMLAH

RM RM 300.00

8.

PENUTUP

Semoga aktiviti ini dapat menambahkan pengalaman pengawas serta mengeratkan ukhwah sesama pengawa, menaikkan semangat semua pengawas untuk saling membantu dalam menjalankan tugas.

KERTAS KERJA

LEMBAGA DISIPLIN SMK PUTERI WILAYAH 2009

PROGRAM KEMPEN SAYANGI SEKOLAHKU

1. RASIONAL

Sekolah merupakan tempat murid menghabiskan separuh masanya dalam sehari. Aktiviti kokurikulum di sekolah dapat membentuk mereka menjadi insan berguna di masa hadapan. Justru, benarlah kata-kata Sekolahku Syurgaku. Kempen ini bertujuan mendedahkan kejayaan sekolah kepada semua murid agar lebih sayang kepada sekolah. Murid yang sayang kepada sekolah akan lebih cemerlang dalam bidang akademik dan terpuji sasiah diri.

2. OBJEKTIF

a.

Melahirkan murid yang sayang terhadap sekolah.

b. Memupuk semangat bangga menjadi murid SMK Puteri Wilayah.

c.

Mendedahkan kejayaan-kejayaan sekolah di bidang akademik & ko-kurikulum.

3. KUMPULAN SASARAN

Semua murid SMK Puteri Wilayah terutamanya murid Tingkatan 1

4. PERSONALIA (AJK KERJA)

a.

Pn. Hamimah Shamsuddin (Ketua Guru Disiplin)

b. Pn. Roslina Sulong (Ketua Disiplin Petang) c. Pn. Roslina Samsi

d. Pn. Shahaniza Soaid

5. PENGISIAN

a.

Membacakan sejarah penubuhan sekolah.

b. Memaklumkan kejayaan-kejayaan sekolah. c. Pertandingan esei Kenapa saya sayang sekolah saya

6. PELAKSANAAN

Memberi taklimat semasa perhimpunan rasmi yang dihadiri semua murid dan guru.

TARIKH 7 Julai 8 Julai

AKTIVITI Membaca sejarah penubuhan sekolah Memaklumkan kejayaan-kejayaan sekolah

7 - 11 Julai Pertandingan menulis esei berjalan.

7. KEWANGAN

WANG MASUK Peruntukan kaunseling JUMLAH

RM 50.00 RM 50.00

WANG KELUAR 5 hadiah RM 50.00 JUMLAH RM 50.00

8.

HARAPAN

Aktiviti ini diharap dapat memupuk semangat sayang kepada sekolah serta bangga menjadi murid SMK Puteri Wilayah.

KERTAS KERJA LEMBAGA DISIPLIN SMK PUTERI WILAYAH 2009

PROGRAM JATIDIRI

1. RASIONAL

Fokus program ini adalah murid yang mempunyai banyak masalah disiplin. Disiplin murid merupakan tanggungjawab pihak sekolah yang mengambil masa yang agak lama untuk

dimantapkan. Ini kerana mereka datang dari latarbelakang keluarga yang berbeza taraf hidup dan cara asuhan. Maka mereka perlu berkali-kali diingatkan tatacara berkelakuan di

sekolah..

2. OBJEKTIF

a.

Membantu murid yang menghadapi masalah disiplin yang berat.

b. Memastikan murid yang melakukan kesalahan disiplin faham pentingnya mempunyai tahap disiplin yang tinggi. c. Memberi kesedaran agar dapat mengubah sikap.

3. KUMPULAN SASARAN

Semua murid SMK Puteri Wilayah yang bermasalah dari Tingkatan 1 hingga 5.

4. PERSONALIA (AJK KERJA)

a.

Pn. Hamimah Shamsuddin (Ketua Guru Disiplin)

b. Pn. Atikah Yusuf (Kaunselor Pagi) c. Pn. Rose Mazira (Kaunselor Petang)

d. Pn. Roslina Sulong (Ketua Disiplin Petang) e. f. Pn. Nursyeila Sabari Pn. Kalsom Husin

5. PENGISIAN

a.

Mengenalpasti murid bermasalah dan kesalahan disiplin yang dilakukan.

b. Ceramah motivasi oleh Kaunselor. c. Penilaian Kendiri.

6. PELAKSANAAN

TARIKH

MASA 7.30 8.00 8.00 8.30

AKTIVITI / PENGISIAN Mengenalpasti dan menyatakan kesalahan. Ceramah motivasi oleh kaunselor.

8.30 9.00 12 Ogos

Penilaian kendiri

7. KEWANGAN

- tiada -

8.

HARAPAN

Aktiviti ini diharap dapat memberi kesedaran kepada murid teelibat akan kesalahan yang telah mereka lakukan. Semoga dengan adanya program ini murid faham bahawa pihak sekolah akan sedaya upaya cuba membantu mereka agar berubah sikap.

KERTAS KERJA LEMBAGA DISIPLIN SMK PUTERI WILAYAH 2009

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS (11)

1. RASIONAL

Sebagai bakal pemimpin, sudah tentulah tugas para pengawas itu merangkumi kebolehan berkomunikasi dengan baik. Tujuan utama program ini adalah untuk meningkatkan keyakinan pengawas ketika berkomunikasi dengan guru atau rakan sebaya.

2. OBJEKTIF

a.

Memberi bimbingan bagaimana untuk menjadi pemimpin yang berwibawa dan berkarisma.

b. Memberi keyakinan ketika berkomunikasi c. Melahirkan pengawas yangdapat bercakap dengan petah, yakin dan berkesan.

3. KUMPULAN SASARAN

Pengawas sesi pagi (55 orang) dan pengawas pelatih sesi petang (25 orang)

4. PERSONALIA (AJK KERJA)

a.

Pn. Hamimah Shamsuddin (Ketua Guru Disiplin)

b. Pn. Atikah Yusuf (Kaunselor Pagi) c. Pn. Hariyati Yasin

5. PENGISIAN

a.

Ceramah

b. Kajian kes. c. Sesi soaljawab

6. PELAKSANAAN

TARIKH 5 September

MASA 12.30 am 1.45 pm 12.30 am 1.45 pm

PENGISIAN Kursus untuk pengawas sesi pagi

12

September

Kursus untuk pengawas sesi petang

7. KEWANGAN

- tiada-

8. PENUTUP

Selepas menghadiri kursus ini, pengawas diharap akan mempunyai keyakinan yang lebih tinggi apabila berkomunikasi terutama apabila menjalankan tugas.

KERTAS KERJA LEMBAGA DISIPLIN SMK PUTERI WILAYAH 2009

JAMUAN AKHIR TAHUN PENGAWAS

1. RASIONAL

Setelah setahun bertugas, ada baiknya pengawas dihargai dengan mengadakan jamuan akhir tahun di tempat yang agak istimewa. Jasa mereka membantu pihak sekolah tidak terkira banyaknya dan tidak terbalas dengan kata-kata. Walaupun ringkas, diharap majlis ini dan nama Lembaga Pengawas SMK Puteri Wilayah akan kekal di ingatan mereka sepanjang hayat.

2. OBJEKTIF

a. b. c. d.

Meraikan pengawas Tingkatan 5 yang akan bersara. Agar pengawas merasa gembira dan dihargai. Mengeratkan silaturrahim antara semua pengawas Mewujudkan sikap kerjasama antara semua pengawas semasa aktiviti kumpulan.

3. KUMPULAN SASARAN

Semua murid SMK Puteri Wilayah terutamanya.

4. PERSONALIA (AJK KERJA)

a.

Pn. Hamimah Shamsuddin (Ketua Guru Disiplin)

b. Pn. Roslina Sulong (Ketua Disiplin Petang) c. Pn. Zakiah Mohd. Yusuf

5. PENGISIAN

a.

Pengawas Ting 2 dan 1 akan merancang semua aktiviti.

b. Tempahan tempat majlis perlu dibuat awal. c. Agenda, tema dan buku aturcara dan aaaktiviti kumpulan perlu dirancang awal.

6. PELAKSANAAN

Sabtu 25 Oktober, 11.00 pagi hingga 3.30 petang.

MASA 11.00 am 11.20am 11.30am Ketibaan para tetamu

PENGISIAN

Ketibaan tetamu khas & Majlis bermula Ucapan Ketua Pengawas Ucapan Guru Disiplin Ucapan Pengetua Jamuan bermula Persembahan pengawas Aktiviti Kumpulan Cabutan Nombor Bertuah Penyampaian cenderahati pengawas T5

11. 45am

1.30 pm

7. KEWANGAN

WANG MASUK Kutipan pengawas RM 3,000.00 Sumbangan PIBG RM 100.00 Tabung pengawas RM 500.00 JUMLAH RM 3,600.00

WANG KELUAR Jamuan hotel RM 2,500.00 Persiapan RM 100.00 Hadiah RM 1,000.00 JUMLAH RM 3,600.00

8. HARAPAN

Aktiviti ini diharap dapat memberi kenangan manis yang abadi di ingatan semua pengawas. Semoga pengawas Tingkatan 5 akan berjaya dalam peperiksaan SPM seterusnya dalam apa saja bidang yang diceburi selepas meninggalkan sekolah.

Anda mungkin juga menyukai