Anda di halaman 1dari 4

PRAMELA A/P RAMAKRISHNAN K17 REFLEKSI PENGAJARAN MAKRO KITARAN 2 Sepanjang tempoh pelaksanaan pengajaran mikro Sains - topik

penyerapan air yang telah dilakukan, saya mendapati terdapat beberapa kelemahan dan kekuatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran tersebut. Disini terdapat beberapa kekuatan pengajaran yang saya laksanakan seperti penggunaan video kartoon pada set induksi dapat merangsang murid-murid untuk berfikir dan cuba membuat andaian. Ini secara tidak langsung meningkatkan kemahiran berfikir murid secara kritis. Selain itu, video yang ditunjukkan juga bersesuaian dengan isi pelajaran yang hendak diajar. Ini lebih membantu murid terutamanya murid yang lemah untuk lebih faham sekiranya dibuat dalam bentuk audio dan visual dan menampakkan situasi yang lebih nyata. Namun demikian, saya telah menambahkan lagi daya tarikan dan minat murid dengan memberi lembaran kerja untuk mereka mengisi supaya mereka tidak terlepas konsep penting yang diajar. Selepas memerhatikan rakaman video yang ditolong oleh rakan saya, saya dapati pengawalan disiplin dalam kelas saya agak memuaskan. Murid-murid telah memberi bekerjasama dan komitmen yang baik semasa sesi pengajaran dan pembelajaran saya. Murid-murid berebut-rebut mengangkat tangan untuk menjawab soalan saya dalam lembaran kerja. Tambahan lagi, murid-murid akan mendengar jawapan yang diberikan oleh rakannya dengan teliti dan tidak membuat bising atau menggangukan orang lain. Berdasarkan keadaan ini, saya percaya penerapan nilai hormat-menghormati antara murid telah berjaya disemaikan dalam hati murid. Tambahan lagi taburan saya meminta murid menjawap soalan adalah sekata. Saya melibatkan murid yang berkeupayaan yang berlainan untuk menjawapkan soalan saya. Daripada jawapan yang diberikan, saya dapati pengetahuan sedia ada murid pada kelas ini adalah luas kerana mereka tahu membezakan objek yang menyerap air dan kalis air. Kekuatan saya pada pengajaran ini juga dari segi memberi kata-kata pujian kepada murid-murid setiap kali mereka dapat menjawab dengan tepat. Dengan ini

dapat membentuk keyakinan murid-murid untuk turut serta pengajaran yang seterusnya. Kumpulan saya juga menyediakan carta segi empat ( square chart) untuk menilai kelakuan pelajar kelas saya. Semasa menjawab soalan saya telah meberikan motivasi yang positif suoaya mereka tidak putus asa apabila tidak dapat mencari jawapan yang betul. Selain itu, kekuatan saya juga adalah BBM yang saya hasilkan adalah menarik dan menggunakan bahan maujud . BBM yang saya hasilkan juga dapat membantu untuk menarik minat murid-murid untuk belajar. Selain itu, saya juga banyak bergerak semasa microteaching berlangsung dan tidak hanya statik di satu tempat sahaja. Aktiviti-aktiviti yang telah saya sediakan juga adalah menarik tetapi kekerapan saya berjalan telah mengganggu sedikit pengajaran. Kepelbagaian bahan bantu mengajar sememangnya banyak membantu proses pengajaran dan pembelajaran saya. Namun begitu, sekiranya saya bijak dan mahir mempelbagaikan bahan bantu pengajaran dengan penggunaan pelbagai media yang lebih canggih terutamanya pengaplikasian teknologi, proses pengajaran dan pembelajaran saya akan menjadi lebih menyeronokkan dan dapat meningkatkan minat serta tumpuan murid Namun begitu, pada masa yang sama juga terdapat pelbagai kelemahan yang harus saya perbaiki pada masa akan datang dan saya harus ambil perhatian dalam proses pengajaran dan pembelajaran saya. Kelemahan saya yang pertama ialah pengguasan Bahasa Melayu saya agak lemah. Sebenarnya saya jarang menggunakan Bahasa Melayu sama ada dalam pengajaran atau komunikasi antara orang lain. Saya kurang yakin apabila saya bertutur dengan Bahasa Melayu. Kelemahan yang diberi komen adalah dari aspek perkembangan langkah penyampaian isi saya kurang mengorganisasikan dengan baik. Penguasaan konsep oleh murid sukar sebab saya tidak memberi contoh yang lebih mencabar dengan penyoalan yang aras rendah. Dari segi aspek pengawalan kelas berbanding dengan pengajaran mikro yang lepas agak sukar bagi kali ini disebabkan oleh murid baru balik selepas makan tengah hari.Sebelum aktiviti saya memberi arahan yang jelas tetapi tidak memberi masa untuk mereka menyoal balik apa yang mereka tidak faham dan masalah yang mereka hadapi. Dari aspek penggunaan BBM pula tidak

terlalu

optimum walaupun banyak

dan tidak dapat mencetuskan idea mereka

dengan lebik kritik. Dari segi variasi rangsangan saya kurang menepati . Saya hanya membincangkan soalan secara lisan tetapi tidak menggunakan papan tulis atau visualiser. Pemeringkatan isi tidak tepat kerana kurang mencungkil idea murid mengenai penyerapan air dan contoh yang diberi adalah kurang tepat disebabkan saya banyak merujuk kepada buku rujukan tambahan yang silibus tidak sama dengan buku teks. Kelemahan yang ketiga ialah penglibatan murid. Murid yang dilibatkan dalam sesi mikropengajaran adalah terhad kerana soalan yang dikemukakan adalah terhad. Murid hanya dilibatkan dalam memjawap soalan yang dikemukakan sahaja. Selain itu, saya tidak memberi mereka masa untuk meramalkan apakah yang berlaku apabila objek objek yang diberikan telah direndam di dalam air ? Pemberian kuiz juga perlu diubahsuai mengikut kemampuan murid di mana kebanyakan soalan adalah aras tinggi dan murid yang lemah mungkin tidak dapat menjawab . Selain itu, saya juga sentiasa memberikan jawapan kepada murid apabila mereka tidak dapat menjawab. Pengajaran saya telah menjadi lebih berpusatkan guru dengan guru yang banyak bercakap pada konteks ini. Dengan demikian, saya perlulah memperbaiki pengajaran supaya lebih tahu tempoh masa yang sesuai untuk mengaitkan isi pelajaran dengan melibatkan murid secara aktif lagi. Jika saya berpeluang mengajar sekali pelajaran ini , beberapa langkah penambahbaikan saya akan lakukan. Pertama, untuk melibatkan semua murid dalam mencungkil idea, saya akan memulakan dengan mempaparkan beberapa keping gambar haiwan yang mereka selalu tengok dan membuat perbandingan antara objek objek yang diberikan kepada mereka .Cadangan yang dibincangkan akan dicatatkan dalam papan hitam kecil yang disediakan lalu diudarakan oleh wakil kumpulan masing-masing. Seterusnya saya akan mengaitkan tajuk pembelajaran pada cadangan yang diberikan. Melalui penambahbaikan ini, saya yakin penglibatan murid bukan sahaja setakat hanya menjawab soalan yang dikemukan oleh guru sahaja. Murid juga diberi peluang untuk mengaitkan pengetahuan sedia ada pada mereka sendiri dan meluahkan pemikiran mereka melalui aktiviti perbincangan kumpulan dan

pembentangan hasil kumpulan. Tambahan lagi, murid juga diberi peluang untuk mencatatkan hasil perbincangan mereka dengan kreativiti sendiri dan juga diberi peluang berkomunikasi antara ahli kumpulan dan juga rakan sekelas. Melalui ini, interaksi di dalam kelas bukan sahaja anatara guru dan murid, tetapi ditambahkan lagi dengan murid dengan ahli kumpulan dan juga murid dengan rakan sekelas. Ini dapat memberi peluang kepada murid untuk memperkembangkan lagi potensi mereka dari segi kognitif, afektif dan psikomotor. Penambahbaikan yang kedua ialah penambahbaikan penguasaan Bahasa Melayu saya. Saya akan membuat skrip pengajaran saya dalam Bahasa Melayu semasa saya merancangkan sesi pengajaran dan pembelajaran saya. Kemudian skrip yang dituliskan, saya akan meminta rakan yang mahir dalam Bahasa Melayu untuk mengubahsuaikan dan penambahbaikan. Melalui kaedah ini, ia bukan sahaja memberi peluang saya membuat imaginasi pada sesi pengajaran tersebut, ia juga memberi keyakinan saya untuk bertutur dalam Bahasa Melayu. Penambahbaikkan yang ketiga ialah saya akan membuat RPH yang lengkap dan sentiasa merujuk kepada pensyarah untuk diperbaiki. Setiap langkah harus diberi perhatian yang khusus supaya tidak berlaku miskonsepsi . Selain itu, saya akan sentiasa menggunakan buku teks sebagai sumber rujukan utama supaya tidak berlaku kesilapan dalam contoh yang diberi. Saya juga akan membentuk soalan yang pelbagai aras pemikiran dan menyerapkan pemikiran aras tinggi (HOTS) dalam penyoalan saya. Saya juga akan memastikan aktivit yang dibuat oleh saya sentiasa memusatkan murid dan memerlukan mereka untuk melengkapkan pengajaran dan pembelajaran. Melalui refleksi yang dibuat, saya dapat menilai keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan dalam pengajaran mikro. Di samping itu, saya juga dapat memperbaiki setiap kelemahan dengan tujuan untuk meningkatkan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran agar objektif yang dirancang akan dapat dicapai.