Anda di halaman 1dari 19

PENGENALAN

Local Agenda 21 (LA21) merupakan satu program yang dirancang oleh Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT) bagi mewujudkan pembangunan mampan di bawah kawasan
pentadbirannya. Ia telah mula diperkenalkan hasil daripada Persidangan Earth Summit
di Rio de Janeiro, Brazil yang telah diadakan pada 3hb hingga 14hb Jun 1992. Agenda
21 ialah suatu program tindakan pembangunan mampan global manakala angka "21"
menandakan abad ke-21.

Program Agenda 21 tersebut telah ditandatangani oleh lebih 178 wakil kerajaan
termasuk Malaysia. Agenda 21 mengandungi 40 bab yang kesemuanya berhubung
dengan pembangunan mampan dan Bab 28 dalam Agenda 21 bertajuk "Usaha Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT) Dalam Menyokong Agenda 21" menetapkan supaya PBT
melaksanakan proses perundingan dengan masyarakat untuk merumuskan "Local
Agenda 21" masing-masing. Oleh yang demikian, LA21 ialah Agenda 21 di peringkat
tempatan yang memfokuskan kepada PBT bagi satu-satu kawasan
PRINSIP-PRINSIP LA21

Beberapa prinsip-prinsip LA21 telah digariskan oleh KPKT bagi mencapai objektif ke
arah pembangunan mampan iaitu:-
1. Penyertaan Dan Ketelusan
Melibatkan masyarakat tempatan termasuk pihak swasta, pihak berkuasa tempatan
dan jabatan-jabatan kerajaan lain dalam semua program LA21. Maklumat tentang
program LA21 dan pembangunan mampan mestilah sentiasa terbuka kepada
masyarakat tempatan.
2. Usahasama
Mewujudkan usahasama dan tanggungjawab bersama antara semua pihak
berkepentingan di semua peringkat program LA21.
3. Kebertanggungjawaban
Memastikan bahawa semua rakan usahasama bertanggungjawab kepada keputusan
dan tindakan yang diambil.
4. Pendekatan Menyeluruh
Menangani punca masalah-masalah sosial, ekonomi dan alam sekitar dengan cara
yang sepadu dan merangkumi seluruh masyarakat tempatan.
5. Peka Kepada Keupayaan
Memastikan bahawa corak hidup dan pembangunan kita adalah mesra alam dan
selaras dengan keupayaan alam sekitar.
6. Kesaksamaan
Memastikan bahawa semua lapisan masyarakat tempatan, tanpa membezakan
kaum, jantina, umur, keupayaan, taraf sosio-ekonomi atau latar belakang, diwakili
dalam program LA21.
7. Mementingkan Masa Hadapan
Memastikan bahawa kepentingan-kepentingan masa kini dan lebihlebih lagi masa
hadapan diambilkira pada semua peringkat program LA21.
8. Hasil Yang Nyata
Membuahkan hasil yang nyata supaya program Local Agenda 21 dapat
dipertingkatkan dan dipastikan berterusan.
CIRI-CIRI PERLAKSANAAN LOCAL AGENDA 21

Bagi proses perlaksanaan LA21, PBT perlu menerapkan ciri-ciri seperti


mana dibawah iaitu:-
i. Menangani keperluan ekonomi, sosial dan alam sekitar bersama
ii. Merumus wawasan masa hadapan yang mampan berdasarkan sepersetujuan
(consensus)
iii. Melibatkan masyarakat tempatan
iv. Mewujudkan badan atau forum yang terdiri daripada pihak-pihak yang
berkepentingan untuk menguruskan proses ini
v. Merumuskan pelan tindakan dengan sasaran-sasaran tertentu
vi. Mewujudkan rangka kerja pemantauan dan laporan perkembangan projek
vii. Merumuskan petunjuk-petunjuk pembangunan mampan
viii. Melaksanakan aktiviti-aktiviti dan program-program untuk menjayakan pelan-pelan
tindakan yang telah dirumuskan
FAEDAH-FAEDAH PERLAKSANAAN LOCAL AGENDA 21

Menurut KPKT (2002), perlaksanaan projek LA21 sememangnya menjanjikan kebaikan


kepada semua pihak yang terlibat. Antara faedah yang bakal
diterima adalah:-

1. Sebagai Individu
Sebagai masyarakat setempat dan individu yang terlibat, segala pendapat yang
diberikan akan diambilkira dalam perancangan dan pelaksanaan
programprogram untuk meningkatkan kualiti hidup. Ini kerana PBT adalah
merupakan pihak yang lebih peka kepada keperluan-keperluan masyarakat
setempat. Dengan cara demikian, ia dapat mewujudkan alam sekitar yang lebih
selesa, kualiti hidup yang lebih tinggi dan seterusnya dapat meningkatkan rasa
bangga, cinta dan bertanggungjawab kepada alam sekitar.

2. Persatuan Atau Syarikat


Dengan perlaksanaan LA21 maka ia dapat meningkatkan imej pertubuhan atau
syarikat sebagai badan masyarakat atau korporat yang bertanggungjawab dan
peka terhadap keperluan-keperluan masyarakat tempatan dan pihak-pihak
berkepentingan yang lain. Syarikat dan persatuan dapat menjalankan program-
program dengan lebih berkesan kerana adanya kerjasama daripada pihak-pihak
berkepentingan yang lain. Selain itu ia juga dapat memberi peluang untuk
merancang dan menguruskan pembangunan alam sekitar kawasan anda
bersama-sama dengan PBT. Ia juga dapat memberi input kepada dasar-dasar
dan kaedah operasi tempatan yang ada kesan kepada alam sekeliling, selain
berkhidmat untuk masyarakat.
3. Wakil Kerajaan
Faedah yang diterima oleh wakil kerajaan adalah dapat meningkatkan
persefahaman antara masyarakat dengan pihak kerajaan dan dapat
meningkatkan sokongan masyarakat kepada program-program yang akan
membawa manfaat kepada semua. Dengan penglibatan seseorang wakil
kerajaan, maka ia dapat mempertingkatkan imej sebagai wakil kerajaan yang
mempraktikkan tadbir urus yang baik (good governance) dengan adanya
penyertaan awam, ketelusan, kepekaan dan kesepakatan.

4. Pihak Berkuasa Tempatan


Faedah yang diterima oleh PBT adalah dapat meningkatkan kerjasama antara
PBT, sektor swasta dan masyarakat dengan pengurusan kawasan persekitaran
yang lebih teratur dan cekap kerana wujudnya kerjasama antara masyarakat dan
PBT. Selain itu, pembangunan bandar juga akan lebih teratur dan peka kepada
keperluan tempatan. Disamping itu juga, sokongan dan penglibatan masyarakat
akan dapat dipertingkatkan dan seterusnya hasrat serta hala tuju masyarakat,
sektor swasta dan MBJB dapat diselaraskan.

TAPAK-TAPAK PROJEK PERINTIS LA21


Pada pertengahan tahun 1999, Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah menjemput semua PBT di Malaysia supaya
menyertai Projek Perintis LA21. Selepas penilaian dibuat berdasarkan minat dan
kemampuan PBT yang memohon, PBT-PBT berikut telah dipilih untuk melaksanakan
projek perintis LA21:
• Majlis Perbandaran Miri
• Majlis Perbandaran Petaling Jaya
• Majlis Daerah Kerian
• Majlis Perbandaran Kuantan

Lokasi Tapak-Tapak Projek Perintis Local Agenda 21

Pilihan ini juga mewakili jenis dan lokasi PBT dalam negara, iaitu:
• Majlis Perbandaran Miri bagi PBT-PBT Sabah dan Sarawak
• Majlis Perbandaran Petaling Jaya di kawasan tengah Semenanjung dan bagi PBT
yang bersaiz besar dan mempunyai isu-isu perbandaran yang agak kompleks
• Majlis Daerah Kerian di utara Semenanjung dan bagi PBT-PBT peringkat daerah
• Majlis Perbandaran Kuantan di pantai timur Semenanjung dan bagi PBT-PBT yang
bersaiz sederhana
PERLAKSANAAN LA21 DI MAJLIS PERBANDARAN PETALING JAYA

Petaling Jaya adalah merupakan sebuah bandar baru yang ditubuhkan pada
tahun 1952. Tanah seluas 3,600 ekar telah dikhaskan untuk pembangunan sebuah
bandar baru. Apabila Petaling Jaya mula menunjukkan kemajuan mendadak pada tahun
1954 melalui Ordinan No. 36, Petaling Jaya Authority (dan kemudiannya dikenali
dengan Perbadanan Kemajuan Petaling Jaya) telah ditubuhkan dengan tujuan
memajukan sebuah bandar satelit.
Pada 1hb Januari 1964 sebuah Lembaga Bandaran yang mempunyai 'autonomi
kewangan' telah ditubuhkan melalui Warta Kerajaan Negeri Selangor G.N. Bil.2/1964
untuk mentadbir bandar Petaling Jaya. Ia telah dinaiktaraf sebagai Lembaga Bandaran
Petaling Jaya. Pada 1hb Januari 1977, telah dinaiktaraf sekali lagi menjadi Majlis
Perbandaran Petaling Jaya. Petaling Jaya kini mempunyai keluasan lebih kurang 97.2
km persegi berkembang sebagai pusat tumpuan pelaburan dan sektor perindustrian
serta pendidikan. Kini kawasan perindustrian dan perdagangannya telah melebihi 20%.
Petaling Jaya terus membangun dan menyediakan kemudahan kepada lebih 590
industri yang terus beroperasi. Kepesatan ini telah menyumbang kepada pertumbuhan
penduduk yang melebihi 480,000 orang dengan kawasan perumahan melebihi 52%.
Kemajuan Perbandaran dan kepesatan sektor ekonominya menjadi simbol kemajuan
bagi Negeri Selangor Darul Ehsan. Pihak berkuasa tempatan yang mentadbirnya adalah
Majlis Perbandaran Petaling Jaya.
KRONOLOGI LA 21 DI PETALING JAYA

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah memilih MPPJ untuk


dijadikan projek perintis bagi Perlaksaan program LA21. Projek LA 21 telah
dibangunkan oleh Unit Perancangan Ekonomi dan United Nations Development
Programme.
Bengkel LA21 telah dilaksanakan pada 1hb dan 2 hb Februari 2000 dan telah
disertai dan dihadiri oleh 150 orang peserta termasuklah NGO, Organisasi Masyarakat
(CBO), Agensi Kerajaan, Sekolah, Pihak Swasta, dan MPPJ. Peserta bengkel tersebut
telah mengenalpasti 3 isu utama di PJ iaitu keselamatan, persekitaran (Alam Sekitar)
dan Intergerasi Sosial. Selain itu, bengkel LA21 telah mencipta wawasan bagi LA21 di
PJ iaitu “kami komited untuk menyelesaikan segala isu yang berbangkit daripada
masyarakat umum untuk mewujudkan persekitaran yang selesa, selamat, harmoni dan
perbandaran yang mampan”.
MPPJ juga telah melaksanakan seminar LA21 pada 10hb Mei 2000. Pada
seminar yang diadakan sebelumnya, peserta dan penduduk setempat telah menghadiri
seminar tersebut dengan jayanya dan mereka begitu bersemangatmemberi pandangan
serta mengutarakan segala permasalahan yang berbangkit.
Komuniti LA21 telah ditubuhkan pada Julai 2000 dan dipengerusikan oleh Yang di
Pertua MPPJ. Komuniti tersebut mempunyai seramai 37 orang ahli. Komuniti tersebut
telah melibatkan NGO, CBO, Agensi Kerajaan, Pihak Swasta dan MPPJ. Pada masa
yang sama, logo dan slogan baru bagi LA21 Petaling Jaya dilancarkan iaitu “Ke arah
Pembangunan Mampan”.
Pelaksanaan Local Agenda 21

• Merupakan satu komuniti yang mesra untuk mempromosi pembangunan dan


pentadbiran bandar yang kukuh
• Merupakan satu forum untuk penyertaan komuniti dan penasihat di dalam pelan
perbandaran dan proses pembangunan

Pendekatan Implimentasi

• Menyokong strategi Pengukuhan Pembangunan di Negeri Selangor dan


menjadikan Local Agenda 21 sebagai satu penunjuk perlaksanaan.
• Menubuhkan pendekatan dengan strategi pengukuhan pembangunan dalam
proses pentadbiran.
• Memfokus dalam alam persekitaran, integerasi sosial dan aspek-aspek sosial
dalam proses perlaksanaan.
• Memberi sokongan yang berterusan dalam proses perlaksanaan inisiatif yang
sedia ada.

Konsep Dasar Local Agenda 21

• Persekutuan dan penyertaan di kalangan pihak-pihak penguasaan, komuniti,


agensi kerajaan, sektor-sektor swasta dalam rancangan, perlaksanaan dan
pentadbiran aktiviti-aktiviti sistem pengkukuhan pembangunan perbandaran.
• Pendekatan pentadbiran dari bawah ke atas.
• Pendekatan yang sistematik dan dari segi keugamaan.
Ciri-ciri program LA21:

• Ia menyatakan keperluan bersama ekonomi, sosial dan ekologi.


• Ia mengabungkan satu visi konsensus untuk pengukuhan di masa depan.
• Ia mengabungkan satu proses penyertaan bersama penduduk tempatan.
• Ia menubuhkan kumpulan-kumpulan Pengerusi, Forum atau sektor yang
berbilang kumpulan komuniti untuk melangsungkan proses-proses pentadbiran.
• Ia mempunyai satu pelan tindakan dengan sasaran yang konkrit dalam tempoh
panjang.
• Ia mengetuai dan melaporkan dalam lingkungan kerja.
• Ia mempunyai penunjuk untuk mengetuai proses kemajuan.
• Ia mempunyai kewujudan aktiviti-aktiviti yang nyata serta program dalam pelan
tindakan.

Cabaran Dalam Local Agenda 21

• Memenuhi keperluan ekonomi, sosial dan alam persekitaran.


• Merumuskan visi berpandukan dengan kosensus.
• Mengabungkan semua segmen-segmen daripada komuniti tempatan.
• Memikir dengan keseluruhan serta bertindak sepenuhnya.
• Menubuhkan institusi-institusi yang melibatkan pihak-pihak pengerusi daripada
sektor-sektor yang berlainan.
• Merumuskan dan melaksanakan pelan tindakan berpandukan dengan sasaran
dan objektif.
• Menubuhkan aktiviti-aktiviti dalam rumusan kerja.
• Menghasilkan laporan kemajuan pada setiap projek-projek yang dilakukan.
CARTA ORGANISASI LOCAL AGENDA 21 MPPJ

Carta Organisasi Jawatankuasa LA21 MPPJ

Bil Jawatankuasa Kerja Pelan Tindakan Pengerusi

1 PJS 2 Pengerusi Jawatankuasa En. Aman b. Mat

YB Dato Ghazali B Dato


2 Ekonomi Pelan Tindakan Ekonomi
Yusoff

3 Keselamatan Pelan Tindakan Keselamatan YB. Dr. Lim Thuang Seng

4 Alam Sekitar Pelan Tindakan Alam Sekitar YB. Dr. Wong Sai Hou

Pelan Tindakan Memperkukuhkan


5 Integrasi Sosial YB. Lim Choon Kin
Semangat Kejiranan
6 SS 22 Pelan Tindakan Perangkaan En. Yew Cheng Hoe
Jawatankuasa LA21
FUNGSI JAWATANKUASA KERJA

Antara fungsi Jawatankuasa kerja di MPPJ adalah:-


• Mengadakan aktiviti seperti berdialog, penyelidikan dankempen di peringkat
tempatan.
• Membangunkan pelan tindakan dan mewujudkan strategi.
• Merancang, mengurus dan melaksanakan projek printisLA21.
• Membuat laporan prestasi bagi komuniti LA21.
• Memudahcarakan perlaksanaan projek perintis LA 21 PJ.
• Memandu arah tuju projek perintis LA 21 PJ.
• Merangka pelan tidankan dan strategi perlaksanaan projek perintis LA 21 PJ.
• Menyelaras, melaksana dan mengawasi kemajuan projek perintis LA 21 PJ.
• Melaporkan kemajuan projek kepada Majlis Penuh, Jawatankuasa Teknikal dan
Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan.
• Menjalankan aktiviti meningkat kesedaran melalui dialog, penyelidikan dan kempen
di peringkat tempatan.

• Merangka pelan tindakan dan strategi perlaksanaan.

• Menyalaras, melaksana dan mengawasi kemajuan projek perintis Local Agenda 21.

• Melaporkan kemajuan kepada Jawatankuasa LA 21 PJ.


PELAN TINDAKAN LOCAL AGENDA 21

Jawatankuasa Kerja Alam Sekitar

Jawatankuasa Kerja Alam Sekitar telah merangkakan Pelan Tindakan Pengurusan Sisa
Pepejal Domestik untuk perlaksanaan. Antara program yang telah dilaksanakan
termasuk :-

• Sesi Taklimat Local Agenda 21 dan Program Kitar Semula kepada semua
sekolah di Petaling Jaya.
• Demonstrasi Memkompos sisa buangan dapur dan taman di kawasan kejiranan.
( setakat ini 3 kali demo telah dijalankan ).
• Jawatankuasa Kerja SS 22 telah mencetak dan mengagihkan risalah untuk
meningkatkan kesedaran, komuniti di SS dan menubuhkan satu pusat kitar
semula.
• Galakan penubuhan Pusat Kitar Semula komuniti. Yang baru dilancarkan adalah
Pusat Kitar Semula Komuniti Bandar Sri Damansara pada 26/1/2002.
• Latihan kesedaran Local Agenda 21 kepada pelajar dan guru-guru di Petaling
Jaya.
• Perlaksanaan Projek Perintis “River basin management” dengan GEC dan NGO
lain.
• Perlaksanaan Projek Perintis “ Harmonising NEHAP policy in the local
government” bersama Kementerian Kesihatan.
• Anjuran Karnival Makanan Semulajadi dan Organik bersama NGO lain untuk
mempromosikan kesedaran mengkompos sisa buangan.
Jawatankuasa kerja Integrasi Sosial

Jawatankuasa kerja Integrasi Sosial telah merangkakan Pelan Tindakan


Memperkukuhkan Semangat Kejiranan untuk perlaksanaan. Antara Program yang telah
dijalankan termasuk :-

• Mengadakan Pertandingan Kawasan Kejiranan Terbaik Tahun 2004 Petaling


Jaya.
• Jawatankuasa Kerja SS 21 telah menganjurkan Hari Keluarga yang julung kali
diadakan bersama semua pihak berkepentingan di satu kawasan kejiranan.
• Penganjuran Pertandingan Kawasan Kejiranan Terbaik Tahun 2001 Petaling
Jaya. Tarikh Tutup pada 15/1/2002 telah mendapatkan 11 penyertaan. Majlis
anugerah akan diadakan pada 6/5/2002.
• Perlaksanaan Program Rakan Kerjaya yang akan berlangsung dalam aspek
Latihan Kemahiran anjuran bersama MBPJ, Yayasan Strategik Sosial, Pejabat
Pendidikan Daerah dan See Hoy Chan Sdn Bhd. Tujuannya untuk mendedahkan
pelajar Tingkatan 5 yang sedang menunggu pengumuman keputusan
peperiksaan SPM kepada peluang pekerjaan di sektor swasta.
• Menganjurkan pertandingan menrekabentuk taman kejiranan sebagai pusat
interaksi sosial di SS 2. Karnival SS2.
• Cares di Taman Bandaran SS 2, Jalan SS 2/63 , Petaling Jaya.
• Jawatankuasa Kerja juga memulakan sesi perundingan dengan golongan kurang
upaya untuk merangkakan deraf pelan tindakan Orang Kurang Upaya.
Pertemuan kedua akan diadakan pada 23/3/2002 untuk sesi dialog dan
merangka pelan tindakan.
Penganjuran Malam Perayaan Gong Xi Fa Cai pada 24/2/2002 di Uptown
Damansara oleh 16 organisasi termasuk 8 Persatuan Penduduk
Pelan Tindakan Keselamatan

Jawatankuasa Kerja Keselamatan telah memulakan langkah proses pada pertengahan


tahun 2001 disebabkan pertukaran pengerusi Jawatankuasa kerja. Namun,
Jawatankuasa Kerja ini berjaya menghasilkan 2 pelan tindakan, iaitu Pelan Tindakan
Mencegah Jenayah Ringan dan Pelan Tindakan Mencegah Vandalisma. Kedua-dua
pelan telah diluluskan oleh komuniti dan disahkan oleh MBPJ untuk perlaksanaan.
Berasaskan kepada syor pelan tindakan, beberapa program telah dilaksanakan :-

• Pencetakan Buku Panduan Keselamatan dan Sekuriti untuk edaran.


• Skim Pengawasan Kejiranan (Neighbourhood Watch) telah diadakan di beberapa
kawasan seperti SS 22, Sunway Damansara, Bandar Sri Damansara, Bandar
Utama.
• Program Menganak-angkatkan pili-pili bomba di Petaling Jaya.
• Pameran pencegahan vandalisma kemudahan dan harta-benda awam.
• Program Pasukan Keselamatan Kebakaran.
Inisiatif Lain

Selain daripada aktiviti di atas, promosi LA 21 telah menarik minat NGO dan CBO lain
untuk menjalankan projek pembangunan komuniti di kawasan lain . Setakat ini ,
Jawatankuasa Kerja Kebersihan Pusat Bandar Seksyen 17 telah ditubuhkan . Aktiviti
berikut telah dijalankan :-

• Program Kitar Semula.


• Pengawasan pengutipan sampah berjadual oleh pekedai-pekedai.
• Penyusunan semula gerai-gerai.
• Pembersihan pusat bandar secara berjadual.

Bagi tujuan promosi, pameran dan pengiklanan juga diadakan dari masa ke semasa. E-
Buletin juga diterbitkan sebagai makluman berkenaan kemajuan dan pengumuman
aktiviti.
RAKAN KONGSI LOCAL AGENDA 21 PETALING JAYA

Komuniti

• Organisasi di peringkat kejiranan


• Persatuan Penduduk
• Rukun Tetangga
• Organisasi bukan Kerajaan
• Badan Kebajikan
• Organisasi bagi golongan kurang upaya
• Sekolah

Pihak Swasta

• Perniagaan dan Perindustrian


• Media
• Syarikat Penghantar servis

Agensi Kerajaan

• Kakitangan
• Ahli MBPJ dan Agama
KESIMPULAN

Local Agenda 21 merupakan suatu program untuk masyarakat, sektor swasta


dan PBT bekerjasama untuk merancang dan menguruskan kawasan persekitaran
mereka ke arah pembangunan mampan dan kualiti hidup yang lebih tinggi.Tidak
hairanlah sekiranya Local Agenda 21 ini dikenali sebagai ‘Pelan tindakan tempatan yang
menjurus ke arah pembangunan mampan di abad 21.’
RUJUKAN

Buku Rujukan
Nor Mohamed bin Mohamed Haniba (2003),
Perspektif NGO dalam memajukan Pembangunan Lestari Di Malaysia,
Forum 21, Petaling Jaya
Selangor.

Laman Web
http://www.Kpkt.Gov.My/
http://www.mbpj.gov.my/

Anda mungkin juga menyukai