Anda di halaman 1dari 11

JURNAL PARADIGMA BIL 9 2011

ISSN 1985-1731 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN 14000 BUKIT MERTAJAM

KOMUNIKASI KEPIMPINAN DALAM ORANISASI Anas bin Suray Jabatan Kajian Sosial Abstrak Tujuan penulisan ini adalah untuk membincangkan tentang pentingnya komunikasi di dalam sesebuah organisasi, fungsi-fungsi komunikasi, komunikasi kepimpinan, sifat-sifat komunikasi kepimpinan yang baik, hubungan komunikasi kepimpinan dengan produktiviti dan kepuasan bekerja. Tulisan ini akan lebih berfokus kepada kepentingan komunikasi kepimpinan dari perspektif Islam.

SUATU TINJAUAN TENTANG SIKAP PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL SEBAGAI MATA PELAJARAN ELEKTIF Mohammad Bin Chat Bidang Pendidikan Seni Visual Jabatan Sains Sosial Abstrak Tujuan kajian ialah untuk meninjau sikap pelajar tingkatan empat terhadap Pendidikan Seni Visual (PSV) sebagai satu subjek elektif pada peringkat menengah atas. Fokus kajian ialah untuk mengenal pasti sikap pelajar terhadap PSV, perbandingan sikap terhadap PSV dengan latar belakang pelajar ,faktor-faktor pengambilan PSV di sekolah dan kaitan sikap pelajar dengan pencapaian mereka dalam PSV. Seramai 160 pelajar (lelaki dan perempuan) tingkatan empat dipilih dari dua buah sekolah menengah harian yang berbeza dari segi kaum tetapi mempunyai pencapaian yang setara. Instrumen kajian ialah soal selididk berkaitan sikap terhadap seni atau (attitude art education scale ATAES). Dapatan kajian menunjukkan 88.66 peratus yang dikaji mempunyai sikap yang positif terhadap PSV. Dapatan yang lebih penting ialah tidak terdapat perbezaan yang disignifkan antara sikap pelajar Sains dan bukan Sains serta sikap pelajar yang mengambil PSV dalam Sijil Pelajaran Malaysia dan tidak mengambilnya dalam SPM terhadap PSV. Berdasarkan dapatan kajian adalah disyorkan agar PSV diberi perhatian lebih agar dapat berdiri sama tinggi dengan subjek-subjek lain.Psv juga dicadangkan menjadi salah satu subjek teras pada peringkat menengah atas.

PERHUBUNGAN ANTARA PENGETAHUAN DAN MOTIVASI DENGAN AMALAN MEMELIHARA ALAM SEKITAR DALAM KALANGAN GURU PELATIH (KPLI) Hanunah Bte Ahmad Shah Jabatan Penyelididkan Dan Inovasi Abstrak Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan berkenaan isu-isu Pendidikan Alam Sekitar dan motivasi terhadap amalan memelihara dala sekitar dalam kalangan guru pelatih KPLI Institut Perguruan Guru Malaysia yang mengambil matapelajaran Pendidikan Alam Sekitar.Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan yang menggunakan tiga jenis instrument kajian iaitu ujian pengetahuan dan juga soal selidik terhadap motivasi dan amalan memelihara alam sekitar. Kajian ini hanya difokuskan kepada guru-guru pelatih KPLI di salah sebuah IPGM di Zon Utara yang terdiri daripada 148 orang guru pelatih. Persampelan dilakukan dalam dua peringkat. (1) Mengelompokkan Sembilan kumpulan pengkhususan tersebut kepada tiga kategori kumpulan dan setiap kategori kumpulan mengandungi jumlah populasi yang lebih kurang sama. (2) Pesampelan rawak terhadap setiap kategori kumpulan pengkhususan. Data daripada ujian dan soal selidik dianalisis menggunakan tatacara analisis berstatistik deskriptif dan inferens menggunakan SPSS for Window Version 11.5. Hasil keputusan kajian ini menunjukkan guru pelatih mempunyai tahap pengetahuan yang sederhana tinggi berkenaan isu-isu Pendidikan Alam Sekitar secara keseluruhan, mempunyai motivasi yang tinggi dan giat melaksanakan amalan memelihara alam sekitar. Kajian juga mendapati tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pengetahuan dengan amalan memelihara alam sekitar tetepi terdapat hubungan yang signifikan antara motivasi dengan amalan memelihara alam sekitar.

PENGETAHUAN DAN SIKAP PELATIH TERHADAP ISU-ISU BIOTEKNOLOGI Rohana Mahadzir Jabatan Sains Abstrak Kajian ini adalah untuk meninjau tahap pengetahuan dan sikap guru pelatih. Terhadap isu-isu bioteknologi.Tahap pengetahuan di uji menggunakan ujian tentang isu-isu bioteknologi. Sikap ditentukan dengan menggunakan soal selidik sikap terhadap isu-isu bioteknologi. Seramai 176 guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dari sebuah Institut Pendidikan Guru telah dipilih sebagai kajian.Pencapaian guru pelatih terhadap ujian tentang isu-isu bioteknologi adalah pada tahap sederhana.Manakala sebilangan besar guru pelatih bersikap positif terhadap isu-isu bioteknologi. Berdasarkan analisa statistik didapati terdapat perbezaan yang signifikan di antara guru pelatih pengkhususan sains dan bukan sains. Analisa korelasi menunjukkan terdapat sederhana antara tahap pengetahuan dan sikap terhadap isu-isu bioteknologi. hubungan

SIKAP GURU-GURU PELATIH KURSUS PERGURUAN LEPASAN IJAZAH TERHADAP PENGGUNAAN ICT DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP Siti Sharipah bt Mohamad Unit Kemahiran Hidup Abstrak Tujuan utama kajian ini untuk mengkaji sikap guru-guru pelatih Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) terhadap penggunaan Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup semasa menjalani praktikum yang dijalankan selama tiga bulan. Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang dijalankan di Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam dan melibatkan 40 orang guru pelatih KPLI iaitu 20 orang lagi merupakan pelajar minor. Manakala pecahan mengikut jantina pula ialah 17 orang pelajar lelaki dan 23 orang pelajar perempuan. Sikap guru-guru pelatih KPLI terhadap penggunaan ICT diukur dengan menggunakan inventori Skala Sikap Terhadap Komputer (Computer Attitude Scale-Loyd, 1984). Dapatan kajian ini membuktikan bahawa guru pelatih menunjukkan sikap positif terhadap pengguaan ICT semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang disignifikan antara pelajar major dan pelajar minor terhadap penggunaan ICT tetapi terdapat perkaitan yang disignifikan antara sikap dengan kesediaan, kesesuaian dan penglibatan dalam penggunaan ICT.

ANXIETY DISORDER (KETAKUTAN DAN KEBIMBANGAN) Mohd Khalil Bin Mohd Yusoff Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Abstrak Artikel ini membincangkan konsep ketakutan dan kebimbangan (anxiety disorder) dalam kalangan remaja. Ketakutan dan kebimbangan yang tidak munasabah dan berlebihan tergolong dalam tingkah laku yang abnormal. Ia boleh dibahagikan kepada beberapa jenis anxiety seperti fobia, panik disorder, post-traimatic, stress disorder (PTSD) dan obsessive-compu lsive disorder (OCD). Selain itu artikel ini juga membincangkan langkah-langkah bagi mengatasi anxiety disorder remaja.

MENINGKATKAN KEMAHIRAN KEDUDUKAN HAMZAH DALAM PERKATAAN ARAB DI KALANGAN PELAJAR PPP RP4T BAHASA ARAN DI IP TUANKU BAINUN DENGAN MENGGUNAKAN MODUL ASADULLAH Mohd Nazmi Bin Desa PhD Zambri Bin Ahmad Abstrak Kajian yang saya lakukan ini adalah berdasarkan kesedaran diri sendiri untuk mencari penyelesaian terhadap masalah yang dialami oleh pelajar saya ketika menulis kedudukan hamzah dalam perkataan Arab. Di samping itu, saya dapat meningkatkan tahap profesionalisme dalam mengendali proses pembelajaran dan pengajaran. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui semakan kerja, soalselidik, temubual, ujian pra dan pemerhatian. Dapatannya menunjukkan bahawa kebanyakan mereka tidak mahir menulis hamzah dalam perkataan Arab pada kedudukan yang betul. Justeru untuk mengatasi maslah ini saya memperkenalakan modul pengajaran dan pembelajaran yang dinamakan ASADULLAH . Modul ini mengandungi beberapa pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan efektif untuk menyelesaikan masalah pra pelajar. Seramai seorang guru dan 21 orang pelajar IP Tuanku Bainun telah terlibat dalam kajian ini yang dijalankan dalam tempoh 2 bulan. Ia mengandungi 6 sesi pengajaran utama dan setiap sesi dijalankan selama 120 minit ( 2 jam ). Setiap sesi pengajaran akan dimulakan dengan penerangan mengenai kaedah-kaedah menulis kedudukan hamzah dalam perkataan Arab yang betul berdasarkan buku Panduan Menulis Kedudukan Hamzah Dalam Perkataan Arab karangan Dr Che Radiah Mezah dan Ustazah Norhayati Awang. Sebanyak 3 aktiviti disediakan untuk setiap satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan pelnbagai teknik pembelajaran Seperti Latih tubi, Lakaran Grafik, Pembelajaran Multimedia dan lain-lain. Apabila selesai 6 sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut ujian pos dilakukan dan dapatannya menunjukkan ada peningkatan kemahiran pelajar yang amat ketara dalam menulis kedudukan hamzah dalam perkataan Arab.

MASALAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P & P) BAHASA ARAB DI MALAYSIA Mohd Nazmi bin Desa Phd Jabatan Pengajaian Islam & Moral Ustaza Sukki bin Othman Phd Fakulti Bahasa Moden & Komunikasi, UPM Abstrak Kertas kerja ini mengemukakan beberapa masalah dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab di Malaysia. Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab telah melalui satu tempoh yang agak panjang jika dibandingkan dengan bahasa bahasa asing yang lain di Malaysia. Bahasa Arab kini telah diajar dalam pelbagai peringkat pendidikan, bermula daripada sekolah rendah, sekolah menengah hinggalah ke universiti. Walaupun bahasa Arab telah diterima dengan begitu meluas terutama di kalangan masyarakat Islam di negara ini, namun tidak dapat dinafikan dan tidak dapat disangkal lagi kelemahan dan masalah dalam pembelajaran dan pengajaran Bahasa Arab, memerlukan pemerhatian dan penyelesaiannya.Penulis akan mengenal pasti kesukaran dan masalah yang berlaku dalam penguasaan bahasa Arab sama ada yang melibatkan kesukaran dalam menguasai kemahiran mendengar, bertutur dan yang berkaitan dengannya. Seterusnya penulis akan meneliti dan mencadangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurung atau mengatasi masalah penguasaan dalam pembelajaran dan pengajaran Bahasa Arab ini. Diharap kertas kerja ini dapat mengatasi masalah yang mencengkam pembelajaran dan pengajaran Bahasa Arab di Malaysia dan seterusnya meningkatkan penguasaan pelajar di dalam bahasa ini.

TAHAP KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (HOTS ) DAN TAHAP KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS RENDAH (LOTS) PELAJAR TINGKATAN EMPAT DALAM PEMAHAMAN BAHASA TAMIL Arthiletchemy Suberamniam Jabatan Bahasa Abstrak Kajian ini bertujuan meninjau tahap HOTS dan LOTS dalam kalangan pelajar Tingkatan Empat bagi pemahaman Bahasa Tamil. Data ini dikumpulkan dengan menggunakan ujian pemahaman. Sebanyak lapan petikan pemahaman telah digunakan untuk menguji tahap HOTS dan LOTS pelajar. Soalan pemahaman bagi setiap petikan dibina dengan berasaskan taksonomi yang telah diubah oleh Subadrah Nair dan Nor Hashimah Hashim (2006). Bagi setiap petikan pelajar dikehendaki menjawab 3 soalan LOTS (peringkat literad) dan 3 soalan HOTS (peringkat inferens). Sampel kajian terdiri daripada 275 orang dari 5 sekolah menengah Bandar dan 5 buah sekolah menengah luar Bandar di daerah Kuala Muda,negeri Kedah Darulaman. Dapatan kajian menunjukkan min pencapaian pelajar bagi soalan pemahaman LOTS adalah lebih tinggi dan signifikan berbanding dengan min pencapaian pelajar bagi soalan pemahaman HOTS. Dapatan kajian ini juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian pemahaman soalan LOTS dan Hots dengan gred pencapaian pelajar bagi Bahasa Tamil di peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR).

PERHUBUNGAN ANTARA STAIL KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN BILIK DARJAH DENGAN PEMBELAJARAN AFEKTIF PELAJAR Chuah Boon Keat The Tim Kian Jabatan Kajian Sosial & Jabatan R&I chuahbkiptb@gmail.com & skyttk@yahoo.com Abstrak Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk melihat perhubungan antara stail kepimpinan dalam pengurusan bilik darjah dengan pembelajaran efektif pelajar. Seramai 250 pelajar Tingkatan 3 dari enam buah sekolah menengah bantuan kerajaan di Pulau Pinang telah terlibat dalam kajian ini. Sampel-sampel telah diminta menjawab Soal Selidik Penerangan Tingkahlaku Pemimpin ( Leader Behavior Description Questionnaire atau LBDQ) untuk menentukan stail kepimpinan guru dalam pengurusan bilik darjah. Sampel-sampel juga telah diminta menjawab Soal Selidik Skala Pembelajaran Afektif (Affective Learning Scale atau ALS) untuk menentukan hasil pembelajaran afektif mereka. Skala Pembelajaran Afektif itu pula dibahagikan kepada lima bahagian yang mengukur aspek-aspek konsep kendiri, sikap terhadap rakan sekelas, sikap terhadap sekolah, sikap terhadap guru dam pembelajaran efkiasi kendiri. Data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan Korelasi Pearson dan diproses menggunakan Program Pakej Statistik Untuk Sains Sosial (Statistic For Social Science-SPPS Windows Version 13.0). Keputusan data telah menunjukkan bahawa stail kepimpinan guru dalam pengurusan bilik darjah dan hasil pembelajaran afektif pelajar mempunyai perhubungan positif yang kuat dan signifikan. Kajian ini juga menunjukkan terdapat perhubungan positif yang kuat dan sigifikan antara satil kepimpinan guru dalam pengurusan bilik darjah dengan ukuran hasil pembelajaran afektif dari segi konsep kendiri. Kajian ini menunjukkan perhubungan positif yang sederhana dan signifikan antara stail kepimpinan guru dalam pengurusan bilik darjah dengan ukuran hasil pembelajaran afektif dari segi sikap terhadap sekolah,sikap terhadap dan pembelajaran efikasi kendiri. Akhir sekali kajian juga menunjukkan perhubungan positif yang amat lemah antara stail kepimpinan guru dalam pengurusan bilik darjah dengan ukuran hasil pembelajaran afektif dari segi sikap terhadap rakan. Kesimpulan,stail kepimpinan guru dalam bilik darjah mempunyai perhubungan positif yang kat dan signifikan dengan hasil pembelajaran afektif pelajar.

PERBEZAAN INDIVIDU DI DALAM PEMEROLEHAN PERNEMDERAHAAN KATA BAHASA TAMIL DAN FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHINYA Maniyarasan Muniandy Jabatan Bahasa Abstrak Kajian ini bertujuan meninjau pemerolehan bahasa dua orang kanak-kanak yang berbeza dari segi latar belakang keluarga, jantina, umur, pendidikan, kelas sosial, kemudahan yang disediakan dan bilangan ahli keluarga. Dalam kajian ini,pengkaji memilih dua orang kanak-kanak yang sebaya tetapi berbeza dari segi latar belakang keluarga,jantina dan pendidikan. Pengkaji menemu ramah beberapa orang kanak-kanak yang sebaya dalam lingkungan umur 5 tahun untuk mengenal pasti latar belakang kanak-kanak. Untuk memilih 2 subjek yang berbeza dari segi jantina,pendidikan yang diterima dan latar belakang keluarga mereka. Bahan kajian adalah sebuah buku bergambar yang mengandungi 60 gambar keseluruhannya meliputi 5 gambar bagi setiap kategori. Gambar-gambar tersebut dikategorikan mengikut 12 topik. Pengkaji telah mencatat pencapaian kanak-kanak mengikut topic dan menandakan skor [/] untuk jawapan yang betul dan [0] untuk jawapan yang salah. Markah kemuduhan dijumlahkan untuk analisis data. Pengkaji akan mengenal pasti sebab-sebab subjek dapat menjawab dengan betul atau sebaliknya. Mengenal pasti faktor-faktor yang membantu penguasaan perbendaharan kata tersebut. Skor keseluruhan menunjukkan subjek A mencatat jumlah yang tinggi iaitu 52/60 berbanding subjek B yang hanya mencatat 38/60. Subjek A menamakan dengan betul 87% gambar yang ditunjukkan dan subjek B menjawab dengan betul 63% gambar yang ditunjukkan. Setelah dikaji melalui pencerapan peserta dan perbincangan,dapatlah dirumuskan bahawa pemerolehan perkataan antara seorang kanak-kanak yang lain adalah amat berbeza. Ini adalah disebabkan oleh perbezaan individu tersebut.

Anda mungkin juga menyukai